View Full Version : lupa niat puasa
yusri_ever
13-11-04, 11:15 AM
Apa hukumnya puasa bagi seseorang yang lupa untuk melafazkan niat puasa dengan mulut? adakah puasanya tidak sah? tetapi adakah niat itu mesti dilafazkan dengan mulut?. Ini kerana semalam saya lupa untuk berniat puasa tetapi saya ada bersahur semalam,tidakkah bersahur itu menunjukan niat saya untuk berpuasa?.
Tok Janggut
16-11-04, 08:37 AM

Assalamualaikum
Kita harap kita dapat membetulkan persepsi dan juga tatacara ibdah kita. Niat adalah qasad atau lintasan hati dan tempatnya di hati bukan di bibir (lafaz) walau dalam apa ibadh sekalipun. Rasullulah s.a.w tidak pernah mengajarkan kepada kita lafaz2 niat dan tiadk wajar kita mencipta dalam perkara ibadah sesuatu yang tidak diajarkan.
Cuma ulama mazhab menyatakan sekiranya kita rasa was-was sama ada ibadah itu jenisnya apa baru kita boleh melafazkan tetapi bukanlah syarat sah apatah lagi menjadi satu rukun. CUma utk menghilangkan rasa wa-was. Tetapi Syed sabiq dan ibn qayyim mengengkari pendapat ini.
Kalau dah bangun sahur itulah petanda kita dah berniat nak berpuasa. Kalau tidak buat apa kita nak bangun sebelum subuh lepas tu makan melainkan utk berpuasa? Tinggalkanlah lafaz2 niat yang kita selalu baca tu. Cukup dengan keinginan utk berpuasa dan jenis puasa (sunat atau wajib).
wallahualam
TJ
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.