PDA

View Full Version : Api ashabiah yg membakar.....


¥ -,-
13-11-04, 05:16 PM
Itulah yg berlaku di sudan dan itu juga yg berlaku bermula dr pemerintahan saidina uthman. Walaupun hari ini aku mengaku aku ni "anti racist" tetapi api ashabiah masih membara dalam diriku dan akan membakar diriku dan seluruh umat. Bagaimana dengan anda?

"don't you know you're just the same
you're living in the same game
there's nothing to judge by the colour
and nothing to win by hating each other"

Al-Imran
13-11-04, 11:01 PM
Kurang faham makna posting ni. Apa kesimpulannya? Anti-racist ker racist?

¥ -,-
18-11-04, 12:32 AM
Maksud aku semangat ashabiah ni tetap ada dalam diri kita semua, susah nk padam.

¥ -,-
18-11-04, 12:38 AM
Islam berpecah sebab perkauman, itulah dalam khutbah terakhir nabi(kalau silap betulkan) ada sentuh bab perkauman ni, perkauman ni memang duri dalam daging bagi umat islam. Tapi macam aku cakap umat islam tetap ada semangat perkauman termasuklah aku.

Ibnu Syamil
18-11-04, 09:37 AM
betul tu...umat islam tidak boleh ada semangat perkauman....islam untuk semua bangsa....bukan utk satu golongan saja.

ed_thix
18-11-04, 08:07 PM
dah tu bagaimana dengan Kurdis lawan Arab kat Iraq ? masalah perkauman kan ..

zinni
18-11-04, 08:31 PM
assabiah bahaya tu buleh membahayakan umat nabi tak mengaku umat tu

Al-Imran
19-11-04, 12:00 PM
Di riwayatkan oleh Abu Da'wud Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang berjuang untuk nationalisme ('Asabiyyah), akan mati kerana nationalisma ('Asabiyyah).

Memang tujuan orang2 kafir untuk memecah-belah kan umat Islam. Ada satu masa di zaman Rasulullah sekumpulan yahud cuba untuk memecah-belah kan Islam setelah kaum Aus dan Khazraj memeluk Islam. Kaum Aus dan Khazraj ni sebelum Islam berperang sesama sendiri. Salah satu dari perperangan itu adalah perang Bu'ath di mana puak Aus menang. Jadi orang2 yahudi ni membuak2 kan kebencian dengan menyuruh budak2 menyanyi lagu kemenangan puak Aus selepas perang tersebut. Oleh sebab nanyian itu kedua2 pihak bersedia dengan senjata untuk bergaduh. Berita tersebut sampai ketelinga Rasulullah (saw), dan dia bersabda: "Wahai Muslim, ingatkan Allah, ingatkan Allah. Sanggupkah kamu berperangai jahiliah semasa aku masih bersama mu. Allah telah memberi kamu petunjuk ke Islam, meningkatkan mertabatmu, mengeluarkan kamu dari jahiliah dan kekafiran dan menjadi kalian sebagai kawan?"

Bila mendengar sabda baginda kedua2 pihak menangis dan memeluk sesama mereka. Kemudian ayat Quran diturunkan oleh Allah (swt):
"Wahai orang2 yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada Nya; dan janganlah sekali2 kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu (semasa jahiliah) bermusuh2an, maka Allah menjinakkan antara hatimu, lalu menjadikan kamu kerana nikmat Allah orang2 yang bersaudara; dan kamu telah berada ditepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat2Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk." (Surat Al-Imran 102-103).

Selepas perang dunia II, Winston Churchill membahagi2 kawasan timur-tengah supaya umat Islam menjadi lemah dengan tektik "divide and conquer". Oleh sebab kelemahan orang Islam, orang yahud berjaya menakluk Palestine. Ingatlah pembaca sekalian, perjuangan di Palestine jangan sepatutnya berdasarkan nationalisma, kita tak akan di beri kejayaan jika niat kita kerana nationalisma seperti hadith di atas. Nabi Musa di janji oleh Allah tanah Jerusalem, tapi mangkat sebelum sempat memasuki Jerusalem kerana umatnya tidak mahu pergi berperang. Umat Nabi Musa diturunkan seksaan Allah dimana mereka sesat ditanah gurun selama 40 tahun. Nabi selepas Musa, Yusa' bin Noon kemudian nya berjaya memasuki Jerusalem dan Nabi Musa dikebumikan disitu. Insya' Allah saya akan ceritakan cerita Nabi Musa diruangan "Muslim passion for Christ", yang mana umat Rasulullah patut membuat pengajaran. Rasulullah juga tidak sempat melihat Jerusalem jatuh ketangan umat Islam. Kunci Jerusalem diberi pada Umar Al-Khatab secara perseorangan tanpa menupahan darah. Insya' Allah Palestine akan dikembalikan pada umat Islam satu hari nanti.

¥ -,-
19-11-04, 10:01 PM
dah tu bagaimana dengan Kurdis lawan Arab kat Iraq ? masalah perkauman kan ..

Tu la aku cakap tengok kt sudan islam arab lawan islam afrika.

¥ -,-
19-11-04, 10:12 PM
Dunia arab sendiri pon tak bersatu, padahal sebangsa, ini pulak bukan perkauman tapi semangat kenegaraan, cam aku la ada semangat kenegerian. Tapi sekarang ni aku tengah belajar untuk kurangkan.

rosenta
21-12-04, 06:19 PM
semagat assabiah , ustazah ckp tuh perasaan yg terlalu taksub pada sesebuah kumpulan , that mean ini bukanlah amalan hidup yg sihat..tul tak?
yg buruk dtg dari saye yg baik hanye dari allah swt!!

mastakilla
22-12-04, 07:40 PM
tula punca umat Islam lemah dan diperbodohkan oleh Yahudi jahan**.Tiada perpaduan, yg ada cuma Ohh..I See...

alkaeda
23-12-04, 12:19 PM
assabiyahh - semangat kesukuan yang berlebih2an terhadap kaumnya.. (zaman Jahiliyah dulu)

Dunia arab sendiri pon tak bersatu, padahal sebangsa, ini pulak bukan perkauman tapi semangat kenegaraan, cam aku la ada semangat kenegerian. Tapi sekarang ni aku tengah belajar untuk kurangkan.

hihi.. contoh dekat je, UMNO PAS..

skrg Iraq pun dah berpecah.. akibat dek US.. aduiihh

ekzos_pipe
23-12-04, 01:27 PM
contoh dekat je, UMNO PAS

agama or bangsa?

Dulu adalah cadangan yg mengharamkan persatuan/pertubuhan mana yg berorientasi atau guna nama islam, tapi yg bersifat bangsa/ashabiah tak pulak.. tapi tuu dah lamaaa dah.. tak jadi pun..

kat universiti pun sama, tapi dah jalan dah kat u baru, persatuan2 berorientasi agama tak leh dah..

bersatu kerana satu akidah/agama bukan kerana bangsa, harta etc.. itu yg dituntut..