View Full Version : Hukum Rokok, Menjual Dan Memperdagangkannya
Tok Janggut
23-11-04, 10:09 PM
HUKUM ROKOK, MENJUAL DAN MEMPERDAGANGKANNYA
Oleh Syaikh Abdul Aziz bin Baz
Pertanyaan. Syaikh Abdul Aziz bin Baz ditanya : Apakah hukum rokok,
haram atau makruh ? Dan apakah hukum menjual dan memperdagangkannya ?
Jawaban.
Rokok diharamkan karena ia termasuk Khabits (sesuatu yang buruk) dan
mengandung banyak sekali mudharat, sementara Allah Subhanahu wa Ta'ala
hanya membolehkan makanan, minuman dan selain keduanya yang baik-baik
saja bagi para hambaNya dan mengharamkan bagi mereka semua yang buruk
(Khaba'its). Dalam hal ini, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Artinya : Mereka menanyakan kepadamu, `Apakah yang dihalalkan bagi
mereka' Katakanlah, `Dihalalkan bagimu yang baik-baik" [Al-Maidah : 4]
Demikian juga dengan firmanNya ketika menyinggung sifat Nabi Muhammad
Shallallahu `alaihi wa sallam dalam surat Al-Araf.
"Artinya :…Yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf melarang
mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka
segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk"
[Al-A'raf : 157]
Jadi, rokok dengan segala jenisnya bukan termasuk Ath-Thayyibat
(segala yang baik) tetapi ia adalah Al-Khaba'its. Demikian pula, semua
hal-hal yang memabukkan adalah termasuk Al-Khaba'its. Oleh karenanya,
tidak boleh merokok, menjual ataupun berbisnis dengannya sama hukumnya
seperti Khamr (arak).
Adalah wajib bagi orang yang merokok dan memperdagangkannya untuk
segera bertaubat dan kembali ke jalan Allah Subhanahu wa Ta'ala,
menyesali perbuatan yang telah diperbuat serta bertekad untuk tidak
mengulanginya lagi. Dan barangsiapa melakukan taubat dengan
setulus-tulusnya, niscaya Allah akan menerimanya sebagaimana
firmanNya.
"Artinya : Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman
supaya kamu beruntung" [An-Nur : 31]
Dan firmanNya.
"Artinya : Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang
bertaubat, beriman, beramal shalih, kemudian tetap di jalan yang
benar" [Thaha : 82]
[Kitabut Da'wah, dari fatwa Syaikh Ibn Baz, hal.236]
[Disalin dari buku Al-Fatawa Asy-Syar'iyyah Fi Al-Masa'il Al-Ashriyyah
Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa
Terkini-2, hal 21-22 Darul Haq]
ref:
http://www.almanhaj.******/index.php?action=more&article_id=651&bagian=0
fosilmitra
23-11-04, 10:35 PM
:salam:
Lamo dah acik tak bertandang ke teratak BMM yg menjadi phojaan hati acik nie saban waktu... :p Terpandang pulak tajuk dan perbincangan yg ingin dibawa oleh saudara TJ kiter nie, suka jugak acik nak mencelah skit manalah tahu boleh kiter semua sama2 fikirkan...
Kadangkala ada org yg dah tahu dah hukum merokok nie haram... tapi tah pasaipa depa buat2 jadi makruh lak, acik pun tak paham?!... Mungkin sebab pertama depa kata rokok nie buat ketagihan... ado nikotin... haiyaa... manyak susah mau berenti woo... Pastu depa lihat pak2 lebai... pak2 syeikh yg berserban pun dok isap sama... depa pun pakat pi kata lagu nie laa...
Ado jugak yg kata rokok nie makruh jer... yg kata haram nie cuma ulama2 sekarang... bukanlah haram yg dah ditentukan dlm Al-Qur'an... (wallahu a'lam). Macam2 tafsiran & perbalahan dlm ketetapan mengatakan rokok nie haram... Kalau tuan2 semua menjenguk kenyataan saudara Astora Jabat... laielah tuan2 semua keliru...
Dan yg lagi haru bila ada yg kasi alasan... nak bantu kerajaan Malaysia... duit cukai rokok (dan arak juga) nie kalau takde maka tak membangun ler jawabnyer kerajaan kiter... :D Sabar jelah...
Jadi sekarang nie apa yg kiter nak simpulkan mengenai alasan2 sebegini pada mereka2 yg tetap takmo berenti menghisap, menjual & memperdagangkan rokok nie... Adakah alasan2 sebegini sudah sampai ke tahap dibenarkan atau tidak dibenarkan sama sekali?. Acik pun dah tak berani nak bagi kesimpulan acik mengenai rokok nie... mcm2 mazhab, mcm2 pendapat & mcm2 pemikiran acik dah baca... Sebab perkara ini dah menjadi kebiasaan kebanyakkan umat kat Mesia nie... Tue yg tak dapek nak buat pape tue... Kiter yg tahu rokok nie haram pun mana berani nak pi habaq kat member kiter yg isap rokok tue... "eh! hang pi makan najis kaa?... haram rokok tuh!"... Entahlah... mungkin ada sesiapa yg sudi menambah lagi... silakan...
Wallahu a'lam bisshawab.
Tok Janggut
24-11-04, 09:06 AM

Kalau atas alasan membantu kerajaan maka apa salahnya kita minum arak, ambik riba' dan berjudi. cukai atas benda-benda tu pun masuk dalam pendapatan negara. Sama besar dengan rokok. Tak gitu? Itulah bak kata saidina Ali, agama nie kalau disandarkan kepada logik akal, kita sapu khuf kat bawah telapak kaki bukan atasnya.
Mmg ulama zaman dulu kata rokok makruh. tapi sebab masa tu tak ada kajian lagi macam skrg. MEdically org tak kaji lagi apa kesan-kesannya. Macam saya selalu kata, kalau ulama zaman dahulu hidup zaman skrg dan ada kemudahan infomasi macam yg ada sekarang, saya berani jamin mereka akan mengatakan rokok tu haram. Kalau dadah dah haram, kenapa rokok tak jadi haram? pelik tak pelik? Sedangkan substance keduanya adalah sama.
Wallahualam
TJ
fosilmitra
24-11-04, 11:11 AM

Acik tertarik utk mohon saudara TJ mengupas mengenai perkara yg menjadi kemusykilan acik selama ini. Nie bukan nak ikut kata logik akal kepala acik semata2 jelah.. tapi mengenai kenyataan saudara mengenai dadah itu haram... apa yg acik ketahui bahawa ianya haram bila disalahgunakan... Dadah dlm ubat-ubatan tidak menjadi haram cuma harus sahaja... Jadi tuelah... camne nak simpulkan bahawa rokok itu haram disebabkan penggunaannya jika org yg biasa pandu lori besar2 menjadikan rokok sebagai penyebab mereka boleh terus memandu atau utk hilangkan ngantuk dsb... Adakah penggunaan ini juga dikatakan salah?...
Maaf, sekadar bertanya sahaja utk kefahaman semata2... :)
red_line
24-11-04, 12:08 PM
:salam:
Kalau atas alasan membantu kerajaan maka apa salahnya kita minum arak, ambik riba' dan berjudi. cukai atas benda-benda tu pun masuk dalam pendapatan negara. Sama besar dengan rokok. Tak gitu? Itulah bak kata saidina Ali, agama nie kalau disandarkan kepada logik akal, kita sapu khuf kat bawah telapak kaki bukan atasnya.
ayat di atas macam ada unsur emosi aje ? maaf kalau saya tersilap sangka. siapa yg kata kita letakkan semua agama dengan logik dan akal ? cuba terangkan kepada saya dan paling penting sekali iaitu apa yg dimarahkan sangat pada perokok ni ? O:O
sememang yg kita tahu arak itu bapa kepada segala kejahatan, ia boleh merosakkan akal dan fikiran membuatkan fikiran menjadi tidak waras. sama hal nya dengan zina yang mana ianya boleh membawa kerosakan keturunan umat manusia secara kesimpulannya. judi juga mengakibatkan seseorang itu hilang kawalan diri dan menjerumuskan diri kepada perbuatan jenayah.
minta pendapat semua pulak utk huraikan mudharat rokok selain dari masalah kesihatan... O:O
Humairah
24-11-04, 12:26 PM
seludup rokok...jenayah
merokok boleh beri effect pd benih lelaki/kanser prostat...boleh rosakkan nasab gak tu.....boleh lahirkan insan2 muslim yg kurang sihat.....
kalau pompuan pregnant pun boleh bahayakan baby dlm kandungan.....
bau busuk....penampilan pun kurang comey......jatuhkan reputasi dan imej org islam....
bazir duit ah merokok ni....
kesian kat wife...nak2 kalau dia asma.....pompuan kadang2 bila pregnant mudah asma....budak2 kecik pun mudah asma...kesian kat org asma...sensitif ngan bau rokok.....
p/s; sekadar logik akal dr sumber2 perubatan akhbar dan majalah.....
fosilmitra
24-11-04, 12:42 PM
:salam:
Hmm... nie yg bagus nie... kiter perlu ada sikap mendengar dari kedua2 belah pihak dlm soal2 sebegini... so, acik dtgkan sahabat acik saudara red_line utk sama2 membahaskan pasal isu merokok nie... sebab beliau sendiri pun samo jugak... seorg... pepaham jelah ek... :p
Maaflah... acik bukan jadi batu api atau nak jadi penyebar fahaman sesat lak kat sini cuma acik yakin & percaya bahawa setiap keburukan pasti ada kebaikan dan setiap kebaikan pasti ada keburukan... Cer lihat firman Allah yg maksudnya lebih kurang begini "boleh jadi apa yg buruk itu adalah baik buat kamu dan sebaliknya..." maaflah, acik bukan pandai sgt bab2 tafsir Al-Qur'an nie.. kalau silap mohon betulkan ek... tapi camtulah yg acik andaikan... Cth mcm perbuatan onani jugaklah (jgn pikir negatif lak)... ada hikmah disebalik mazmumah... :)
So, itulah kemusykilan acik dlm persoalan rokok ini... Mungkin dpt dijelaskan lagi sedetail2nyer... Kiter jgn cepat ckp begini "Kalau kamu nak berpegang bahawa rokok tue haram maka peganglah... kalau sebaliknya maka tanggunglah sendiri" sebab islam pasti mempunyai jawapan yg tersendiri dlm hal2 sebegini...
Correct me if i'm wrong.
Wallahu a'lam bisshawab.
nak copy & paste jugak la :D
Ummu Salamah r.a. telah berkata: "Rasulullah melarang dari mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir)." (Ahmad dan Abu Daud)
BBC News bertarikh 8 Februari, 2000 melaporkan, pakar-pakar perubatan dari Royal College of Physicians UK (RCP) meminta agar pengawasan dan tindakan yang lebih tegas diambil untuk mengawal ketagihan merokok. Mereka mengatakan, nikotin yang terdapat di dalam rokok sebenarnya adalah sejenis dadah berbahaya yang setanding dengan dadah heroin dan kokain. Apabila seseorang menghisap rokok, dadah nikotin akan menyerap masuk ke dalam darahnya dan memperngaruhi otak di dalam masa hanya 7 saat dan apabila
amalan ini berterusan, ketagihan akan mengusai dirinya. Kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko tinggi untuk menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia), radang saluran nafas (bronchitis), radang
tonsil (tonsillitis) dan infeksi telinga. Agensi Pemeliharaan Alam Sekitar EPA) di Amerika menganggarkan lebih kurang 150,000-300,000 kanak-kanak yang berumur 18 bulan ke bawah menghidap penyakit radang paru-paru dan
radang saluran pernafasan setiap tahun, kesan dari pendedahan kepada asap rokok. ........... (Dari buku 'Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden' oleh Dr. Danial bin Zainal Abidin)
wassalam.
fosilmitra
24-11-04, 01:16 PM

Copy... jgn tak copy... lopeh nie minum kopi ek trew... :D
Acik nak tanya begini... misal katalah... (acik mmg tak isap rokok ler, acik tak tahu pun kebaikannyer... cuma keburukan tue acik tahulah)... misal kata mcm arak itu haram... dah jelas termaktub dlm al-Qur'an mengenai keharamannyer... sekarang nie jika rokok itu dikatakan totally haram... so, jika kiter sebagai org Islam melihat org lain memakan sesuatu yg haram dan kiter just ignore takde nak ckp pape mengenainyer maka tak ke itu dikira bersubahat jugak tue?... (Maaf, acik ikut kamus acik sendiri mengenai tafsiran bersubahat nie).
Acik maleh nak berqias... kang silap qias tak pase2 jer dapek dosa... tapi tuelah acik nak tanya skit nie... haram rokok itu haram yg dah umpama haramnya arak yg termaktub dlm Al-Qur'an ke atau bukan?... just haram sebab ikut tafsiran hadis "mudharat lagi memudharatkan"... :confused:
Acik yakin & percaya ramai sahabat2 trew malah sahabat2 acik sendiri yg menjadi perokok... Bila hukum rokok haram maka haram yg bagaimana yg dimaksudkannyer tue?... Totally haram sampai tak boleh dihisap hatta sebatang rokok ke atau tengok keadaan seseorg penghisap itu... adakah dah sampai tahap gian kalau tak hisap etc... Inilah kemusykilan acik dlm perkara nie... Acik mohon diperjelaskan dgn terperinci...
Wallahu a'lam bisshawab.
p/s: Bukan nak menolak fatwa... hanya suatu pertanyaan sahaja. :)
Tok Janggut
24-11-04, 01:45 PM
:salam:
ayat di atas macam ada unsur emosi aje ? maaf kalau saya tersilap sangka. siapa yg kata kita letakkan semua agama dengan logik dan akal ? cuba terangkan kepada saya dan paling penting sekali iaitu apa yg dimarahkan sangat pada perokok ni ? O:O
sememang yg kita tahu arak itu bapa kepada segala kejahatan, ia boleh merosakkan akal dan fikiran membuatkan fikiran menjadi tidak waras. sama hal nya dengan zina yang mana ianya boleh membawa kerosakan keturunan umat manusia secara kesimpulannya. judi juga mengakibatkan seseorang itu hilang kawalan diri dan menjerumuskan diri kepada perbuatan jenayah.
minta pendapat semua pulak utk huraikan mudharat rokok selain dari masalah kesihatan... O:O
Assalamualaikum
Sebab itu kita kena faham akan objektif kepada syariat. Menjaga lima perkara dan salah satunya adalah nyawa yang diletakkan di dalam perkara kedua selepas agama. Maka apakah tak cukup kalau kita kata rokok tu membahayakan nyawa? Bukankah membahayakan nyawa itu suatu yang diharamkan di dalam Islam?
Merokok bukan sahaja membazir, tetapi juga membahayakan nyawa sendiri dan orang lain. Pasif smoker mempunyai risiko menghadapi kanser dan segala jenis penyakit lain lebih tinggi dari aktif smoker. Maka dengan itu dia bukan sahaja membahyakan nyawa diri sendiri tetapi nyawa orang lain. Now tell me, how is this tak diconsiderkan sebagai satu yang haram?
HAdis rasullulah s.a.w " Jangan mudarat dan jangan memudaratkan". Dari hadis ini ulama fiqh mengambil usul bahawa setiap perkara yang memudaratkan diri dan orang lain hukumnya adalah haram. Apakah rokok tidak memudaratkan? ijma' saintis sedunia bahawa rokok itu memudaratkan.
Kalau diikutkan, dalam alquran tak kata pun salah guna dadah itu haram. kalau carik dalam hadis pun takkan jumpa. Tetapi adakah kita kata penyalah gunaan dadah itu makruh? atau harus? Dalam hal ini kena tahu akan usul fiqh. Islam itu sesuai utk semua tempat dan masa.
wallahualam
TJ
red_line
24-11-04, 04:26 PM
Acik nak tanya begini... misal katalah... (acik mmg tak isap rokok ler, acik tak tahu pun kebaikannyer... cuma keburukan tue acik tahulah)... misal kata mcm arak itu haram... dah jelas termaktub dlm al-Qur'an mengenai keharamannyer... sekarang nie jika rokok itu dikatakan totally haram... so, jika kiter sebagai org Islam melihat org lain memakan sesuatu yg haram dan kiter just ignore takde nak ckp pape mengenainyer maka tak ke itu dikira bersubahat jugak tue?... (Maaf, acik ikut kamus acik sendiri mengenai tafsiran bersubahat nie).
Acik maleh nak berqias... kang silap qias tak pase2 jer dapek dosa... tapi tuelah acik nak tanya skit nie... haram rokok itu haram yg dah umpama haramnya arak yg termaktub dlm Al-Qur'an ke atau bukan?... just haram sebab ikut tafsiran hadis "mudharat lagi memudharatkan"...
baca dan fahami ayat yg fosil rakan saya ni cuba bentangkan di sini. banyak pointnyer... lihatlah pandangan orang lain juga. jangan terlalu selalu memikirkan yg dari kita betul... :)
Apabila seseorang menghisap rokok, dadah nikotin akan menyerap masuk ke dalam darahnya dan memperngaruhi otak di dalam masa hanya 7 saat dan apabila
amalan ini berterusan, ketagihan akan mengusai dirinya. bila kita berpuasa ramai smoker dapat menahan ketagihan tersebut. so saya boleh andaikan maklumat trew ini lemah. Sebenarnya kajina yg saya baca (maaf saya kurang ingat sumbernya) nikotin yg diserap melalui paru paru dan terserap ke darah akan berterbaran di dlm badan, bila kandungan peratusan nikoton itu berkurang, lalu ianga menghantar impul ke otak dan otak akan segera mengisyaratkan anggota dan tubuh badan lin utk mendapatkan lebih nikotin bagi mengimbangi kandungan nikotin. kalau tak percaya boleh buat research sendiri menganai ulasan saya ini.
merokok boleh beri effect pd benih lelaki/kanser prostat juga tidak dapat dibuktikan secara totally. rata- rata lelaki memerlukan sejumlah 60 juta (kalau tak silap ) dgn setiap kali ejakulasi. peratusan sperma yg berkurangan atau ketidak suburan sperma akibat rokok masih lagi belum dapat disahihkan lagi. biasa nya ia terjadi akibat komplikasi lain dan atas sebab sebab kesihatan yg lain.
saya pasti ada rakan rakan sekelian yg ayahnya merokok tapi masih punyai zuriat yg baik atau bijak. Noted. O:O
the most interesting part.
tetapi juga membahayakan nyawa sendiri dan orang lain. Pasif smoker mempunyai risiko menghadapi kanser dan segala jenis penyakit lain lebih tinggi dari aktif smoker anda tahu bagaimana kajian utk fakta dia tas ini dijalankan..?? hmm... is sombody gonna tell me ? :)
penyalah gunaan dadah itu makruh? atau harus? tapi kita tahu rokk tak pernah jejaskan kewaresan pemikiran seseorang seperti dadah atau arak atau judi atau zina. penyataan saya disini saya akui lemah... tapi boleh sesape citer kat saya ada anak yg sanggup merompak atau meragut demi utk sebatang rokok...?? :)
yg buruk dari saya yg baik itu dari Allah S.W.T....
Humairah
24-11-04, 05:59 PM
Adakah berbaloi untuk merokok bila tahu ia membahayakan diri?
Apakah tujuan anda berhujah ni red?
Adakah utk membuatkan orang lg bersemangat utk merokok atau berhenti merokok?
Apa yg diperjuang dan ingin diperbincangkan sebenarnya? Apakah niat sebenarnya?
fosilmitra
24-11-04, 06:04 PM
:salam:
Acik memilih dasar berkecuali... :_:
farezwani
24-11-04, 07:42 PM
saya sebenarnya amat menunggu para jemaah fatwa malaysia agar mengharamkan rokok..................entah bile ahhh........wallahu a'lam
Tok Janggut
24-11-04, 10:42 PM
baca dan fahami ayat yg fosil rakan saya ni cuba bentangkan di sini. banyak pointnyer... lihatlah pandangan orang lain juga. jangan terlalu selalu memikirkan yg dari kita betul... :)
Bila kita kaji dan sudah pastikan 2+2 adalah 4, dan orang lain kata 2+2 adalah 5, takkan kita nak kata mungkin jugak. I'm always open to suggestions dan arguments IF you have valid arguments against mine. Seperti saya selalu katakan pada fosil, kalau ada hujah yang lebih baik dan tepat dgn quran dan sunnah, i'll be the first to change my hujah. Now present me with benefits of merokok dan hujah2 mematahkan fakta2 bahaya rokok. Please i'm waiting.
bila kita berpuasa ramai smoker dapat menahan ketagihan tersebut. so saya boleh andaikan maklumat trew ini lemah. Sebenarnya kajina yg saya baca (maaf saya kurang ingat sumbernya) nikotin yg diserap melalui paru paru dan terserap ke darah akan berterbaran di dlm badan, bila kandungan peratusan nikoton itu berkurang, lalu ianga menghantar impul ke otak dan otak akan segera mengisyaratkan anggota dan tubuh badan lin utk mendapatkan lebih nikotin bagi mengimbangi kandungan nikotin. kalau tak percaya boleh buat research sendiri menganai ulasan saya ini.
Your point is actually supporting our point on addiction dalam smoking. Kalau kita tengok (selalu perhatikan kat masjid2), selepas waktu berbuka what is the first thing these smokers will do? kadang2 tak sempat maghrib pun dan ada yg minum air je, terus ambik rokok. Kalau dah tau boleh tahan masa puasa, kenapa tak teruskan sampai sahur esok hari, dan esoknya dan seterusnya sampai berhenti?
juga tidak dapat dibuktikan secara totally. rata- rata lelaki memerlukan sejumlah 60 juta (kalau tak silap ) dgn setiap kali ejakulasi. peratusan sperma yg berkurangan atau ketidak suburan sperma akibat rokok masih lagi belum dapat disahihkan lagi. biasa nya ia terjadi akibat komplikasi lain dan atas sebab sebab kesihatan yg lain.
saya pasti ada rakan rakan sekelian yg ayahnya merokok tapi masih punyai zuriat yg baik atau bijak. Noted. O:O
Betul. tak semua yang merokok jugak mati kanser. Tetapi effectnya pelbagai bergantung kpd genetik, bentuk badan, tahap hisap dll. tetapi risikonya TETAP ada. Kita bercakap mengenai risiko. Sebab itu Islam bukan sekadar melarang melakukan sesautu perbuatan memudaratkan, tetapi juga mencegah dari mula sekali melakukannya. ini dipanggil kaedah saduz zaraie.
the most interesting part.
anda tahu bagaimana kajian utk fakta dia tas ini dijalankan..?? hmm... is sombody gonna tell me ? :)
Nak cerita sini panjang. Ayah mertua saya sendiri merupakan salah seorang pensyarah dan salah satu kajiannya ialah dalam effect merokok. Kalau nak kita boleh jumpa dan bawak pi lab rakan2 dia nak? atau kalau nak cara senang pi sini:
http://www.cdc.gov/tobacco/research_data/youth/stspta5.htm
tapi kita tahu rokk tak pernah jejaskan kewaresan pemikiran seseorang seperti dadah atau arak atau judi atau zina. penyataan saya disini saya akui lemah... tapi boleh sesape citer kat saya ada anak yg sanggup merompak atau meragut demi utk sebatang rokok...?? :)
yg buruk dari saya yg baik itu dari Allah S.W.T....
Effect rokok tidak secepat effect dadah. tetapi adakah kita menafikan akan kewujudan effek buruk tersebut?
Fikrikan
Tj
Tok Janggut
24-11-04, 10:44 PM
saya sebenarnya amat menunggu para jemaah fatwa malaysia agar mengharamkan rokok..................entah bile ahhh........wallahu a'lam
majlis fatwa negeri selangor dah keluarkan fatwa haram. begitu juga majlis fatwa kebangsaan. Saya pernah posting nombor rujukan fatwa tersebut.
TJ
fosilmitra
25-11-04, 12:19 AM
:salam:
Syukran buat saudara TJ diatas jawapan balas yg dikemukakan oleh beliau kpd kiter semua... Perdebatan mengenai perihal rokok difatwakan haram ini mmg dah acapkali acik ikuti dan acik dengari samada diforum ini atau dimana2 forum yg acik kunjungi... Kedapatan antara ahli forum yg (berkemungkinan) merokok akan berpegang dgn kenyataan ulama' masa dulu (yg peliknyer depa tahu jugak fatwa ulama masa dulu tue yg dah berabad2 lama ditinggalkan... :p ) yg mengatakan bahawa rokok ini makruh sahaja...
Pernah acik berdebat mengatakan bahawa rokok itu haram sebab seakan perbuatan membunuh diri (memudaratkan diri sendiri) sehingga menyebabkan depa pi tuduh acik sesat lagi menyesatkan org?!... Itu sebabnyer acik kadangkala rasa bosan jugak sebab kesimpulan mengatakan rokok itu haram atau tidak adalah terletak pada pilihan diri sendiri bukan ulama' atau umara'. (Maaf jika bersalahan dgn pendapat yg lain).
Akhirnya... ada masa bacalah artikel ini... :p
SEPEKAN LALU aku pulang kekampung halaman dan dalam masa sama aku cuba menyelami hati sebilangan warga tua dikampung tentang cukai rokok serta tabiat mereka.. Sungguh kesian apabila aku lihat seorang pakcik terlantar longlai dirumah kerana hajatnya berhenti merokok tapi menjadi satu musibah dahsyat pada kehidupannya..
ceritanya bermula apabila 3 bulan lalu iaitu sebelum kenaikkan cukai rokok diumumkan lagi dia dalam proses berhenti merokok,,dan dia begitu bersemangat tinggi untuk menghentikan tabiat tu.. bayangkanlah pakcik ni dah merokok sejak zaman bujang lagi dan kira kira tabiat tu berjalan hampir 20 tahun dulu. dalam masa beliau memulakan proses berhenti merokok itu dia tak mendapat sebarang kaunseling dari mana mana pihak dan setelah 3 hari berlalu dia mula muntah muntah kerna menahan ketagihan rokok tapi dia masih bersemangat,selang seminggu dia mula menjadi racau dan mula menghadapai masaalah migrain dan stressnya kembali seperti dulu,lalu dia ke hospital dan cuba mendapatkan ubatan tertentu malangnya doktor yg merwat beliau kata harga ubat itu terlalu mnahal dan mungkin akan memerlukan belanja besar kerana perlu diambil selalu apabila timbul rasa ketagih,,,ubat itu bernama "nikotina chewing gum" jadi bilakeadaan tambah tertekan dia yg tak punya pendapatan tetap dan rasa terlalu berat untuk membayar harga ubat itu mula menghisap rokok semula.
TAPI kali ini dia mula menghisap rokok daun tembakau cina yang harganya murah sedikit dari rokok biasa. malangnya rokok daun yg menggunakan tembakau itu pastinya tak ada penapis tertentu bagi mengimbangi nikotin yg dihasilkan maka keadaan pakcik ini bertambah teruk dan sekarang ni terlantar menanti satu semangat baru untuk beliau mula berhenti sekali lagi.
PERSOALANNYA DISINI:
1) dimanakah keadilan untuk dia sebagai perokok tegar yg ingin berhenti merokok tapi tak mendapat satu kaunseling atau pertolongan khusus.
2)seseorang yg baru merokok 2 atau 3 tahun lalu pun susah untuk berhenti, inikan seseorang yg dah begitu lama ketagih rokok.
3)kenaikkan cukai rokok dengan alasan utama kerajaan supaya rakyat berhenti dari merokok tapi sejauh mana realiti itu sedangkan kerajaan tahu dengan kenaikkan cukai yg begitu tinggi itu dan secara drastik akan menambah kantung kerajaan dengan nilai yg cukup besar...tapi kemanakah duit itu digunakan?kenapa tidak hasil percukaian itu digunakan bagi menubuhkan satu unit kaunseling untuk mereka yang memerlukan bantuan khidmat motivasi atau sebagainya dalam merealisasikan harapan mereka.
4)kenapa baru sekarang cukai yang begitu tinggi dikenakan dengan alasan yg tak munasabah untuk perokok.....kenapa tidak dari dulu lagi ianya terus dinaikkan sampai ketahap tertinggi,,bukan kah itu lebih mujarab..
hakikatnya kerajaan masih memerlukan hasil cukai itu untuk menampung sebahagian perbelanjaannya dan yang menjadi mangsa adalah perokok yang membayar cukai langsung untuk sebahagian prasarana negara. memanglah merokok itu membahayakan kesihatan,,,,tapi kempen anti rokok waktu dulu cuma sehangat tahi ayam dan apabila kesatu peringkat keperluan percukaian boleh diimbangi oleh pendapatan lain maka apa yang dilihat beginilah jadinya..
BUKANKAH lebih baik pendekatan yang realistik dan bersaikologi diambil sebelum menyusahkan dan membebankan golongan ini.. seperti mewajibkan grafik dan imej pesakit terhadap kegiatan rokok dipaparkan pada setiap kotak rokok dan mungkin dari situ perokok perokok tegar akan mula beransur ansur meninggalkan tabiatnya.
WUJUD kan satu perkhidmatan kaunseling bagi mereka yang mahu berhenti merokok sekaligus memberikan satu semangat tinggi serta panduan sesuai untuk mereka.
KURANGKAN HARGA ubatan bagi perokok menghentikan tabiat rokok.
PENGUATKUASAAN yang benar telus dan bukan acuh tak acuh dan benar benar berniat suci untuk mereka yang merokok berhenti merokok bukan berlindung disebalik cukai yang tinggi.
p/s bagi sesiapa yg sudi tolong fowardkan email ini kepada kementerian kesihatan serta pihak pihak tertentu dan pihak admin supaya mereka dapat menyelami permasaalahan mereka yang mahu berhenti merokok.
Wallahu a'lam bisshawab.
Tok Janggut
25-11-04, 08:52 AM
:salam:
Syukran buat saudara TJ diatas jawapan balas yg dikemukakan oleh beliau kpd kiter semua... Perdebatan mengenai perihal rokok difatwakan haram ini mmg dah acapkali acik ikuti dan acik dengari samada diforum ini atau dimana2 forum yg acik kunjungi... Kedapatan antara ahli forum yg (berkemungkinan) merokok akan berpegang dgn kenyataan ulama' masa dulu (yg peliknyer depa tahu jugak fatwa ulama masa dulu tue yg dah berabad2 lama ditinggalkan... :p ) yg mengatakan bahawa rokok ini makruh sahaja...
Pernah acik berdebat mengatakan bahawa rokok itu haram sebab seakan perbuatan membunuh diri (memudaratkan diri sendiri) sehingga menyebabkan depa pi tuduh acik sesat lagi menyesatkan org?!... Itu sebabnyer acik kadangkala rasa bosan jugak sebab kesimpulan mengatakan rokok itu haram atau tidak adalah terletak pada pilihan diri sendiri bukan ulama' atau umara'. (Maaf jika bersalahan dgn pendapat yg lain).
Akhirnya... ada masa bacalah artikel ini... :p
Wallahu a'lam bisshawab.
Perkhidmatan kaunselling dan bantuan berhenti dah ada di sediakan. Boleh rujuk kepada hospital atau klinik-klinik kerajaan. Cuma benda nie tak di war-warkan. saya pun tak faham kenapa. Sedangkan di negara maju spt UK, US dll mereka menekankan aspek bantuan ini.
Mengenai rokok sbg perkara makruh tersebut saya selalu berhujah bahawa kalau makruh sekalipun, memang tak boleh buat. Kalau makruh buat byk2 kali jadi haram jugak. tapi orang kita anggap makurh nie sbh benda yang kecik sangat. Itulah seperti kata ulama, kalau orang tu imannya tinggi, dosa yg kecik dianggap maam gunung yang berat. tapi kalau orang tu imannya rendah, dosa besar dianggap seperti lalat yang hinggap dihidung. ditepis nya sahaja kemudian hilanglah rasa bersalahnya.
wallahualam
TJ
red_line
25-11-04, 09:38 AM
:salam:
Bila kita kaji dan sudah pastikan 2+2 adalah 4, dan orang lain kata 2+2 adalah 5, takkan kita nak kata mungkin jugak. I'm always open to suggestions dan arguments IF you have valid arguments against mine. Seperti saya selalu katakan pada fosil, kalau ada hujah yang lebih baik dan tepat dgn quran dan sunnah, i'll be the first to change my hujah. Now present me with benefits of merokok dan hujah2 mematahkan fakta2 bahaya rokok. Please i'm waiting.dan boleh ke TJ menetapkan fatwa yg membawa, menyediakan dan memperdagangkan rokok itu sama berdosa ? TJ secara tak langsung menyamakan ia dengan Arak. Please refer to the topic title yg telah TJ postingkan di sini. Seumur hidup saya belum pernah saya dengar orang menyamakan rokok itu dengan arak.. maaf kalau saya jahil dan pendapat itu telah pun dipersetujui oleh semua pihak.
Your point is actually supporting our point on addiction dalam smoking. Kalau kita tengok (selalu perhatikan kat masjid2), selepas waktu berbuka what is the first thing these smokers will do? kadang2 tak sempat maghrib pun dan ada yg minum air je, terus ambik rokok. Kalau dah tau boleh tahan masa puasa, kenapa tak teruskan sampai sahur esok hari, dan esoknya dan seterusnya sampai berhenti? ia kerana telah masuk waktu berbuka, dan dia meneruskan habitnya iaitu merokok, setelah berbuka dengan air. Alhamdulillah perokok masih lagi sujud pada kiblat yg sama, berimamkan seorang yg warak, serta bertahmid dan berdoa merendah diri pada tuhan yg sama. Ok back to our topic again, berapa lama dia bertahan dari imsak hingga ke maghrib menahan nafsu iaitu termasuk hubungan suami isteri, lapar dan dahaga serta keinginan merokok ? TJ pakai ayat kadang kadang.. ? dan bukan selalunya ? adakah TJ buat kajian utk kebanyakan perokok atau mengambil dengna beberapa orang perokok ?
Betul. tak semua yang merokok jugak mati kanser. Tetapi effectnya pelbagai bergantung kpd genetik, bentuk badan, tahap hisap dll. tetapi risikonya TETAP ada. Kita bercakap mengenai risiko. Sebab itu Islam bukan sekadar melarang melakukan sesautu perbuatan memudaratkan, tetapi juga mencegah dari mula sekali melakukannya. ini dipanggil kaedah saduz zaraie.jadi saya rasakan TJ setuju dengan pendapat saya di atas ? saya masih tertanya tanya banyak barah yg membunuh seperti barah tulang, barah darah, rahim, payudara, diabetis, ketidak fungsian limpa atau hati adakah merokok penyababnya..?? tapi TJ lupa yg kita manusia ini tidak lepas dari melakukan sebarang dosa samada kecil ataupun yg besar, betul tak ? jadi maafkanlah kami yg merokok ini jika tabiat kami ini menyusahkan anda semua. Sepanjang penulisan, saya tidak pernah mengatakan merokok itu tabiat yg terpuji. Cuma apa yg saya tekan disini ialah adakah kita boleh samakan rokok itu dengna arak..?
Nak cerita sini panjang. Ayah mertua saya sendiri merupakan salah seorang pensyarah dan salah satu kajiannya ialah dalam effect merokok. Kalau nak kita boleh jumpa dan bawak pi lab rakan2 dia nak? atau kalau nak cara senang pi sini:
maaf, saya tak jumpa pun pada jawapan saya. saya bukan lah nak jadi saintis rokok.. kang kut terjumpa plak kajian +side tabiat merokok... :gelaks: gurau aje.... apa kata TJ sendiri aje yg pegi tanya kalau ada kelapangan? katakan pada dia berapa peratus dalam kandungan rokok itu yg diserap oleh badan ? Dna itulah sebenarnya jawapan utk soalan saya di atas.
Effect rokok tidak secepat effect dadah. tetapi adakah kita menafikan akan kewujudan effek buruk tersebut? Tidak secepat ? apa maksud TJ ? sekali lagi dapat saya nak katakan efek rokok pada fikiran tak lah sama seperti apa kesan tindak balas kimia yg ada pada arak. :)
Adakah berbaloi untuk merokok bila tahu ia membahayakan diri?
Apakah tujuan anda berhujah ni red?
Adakah utk membuatkan orang lg bersemangat utk merokok atau berhenti merokok?
Apa yg diperjuang dan ingin diperbincangkan sebenarnya? Apakah niat sebenarnya?ish humairah... begitu sekali pandangan anda pada saya? :) bukan memperjuangkan sesuatu, cuma sekadar perbincangan secara muzakarah agar saya dapat membezakan dosa rokok dengan dosa arak yg pada amatan saya hendak disetarakan...
Segala yg buruk datang dari saya , segala yg baik adalah dari Allah jua.
:salam:
dan boleh ke TJ menetapkan fatwa yg membawa, menyediakan dan memperdagangkan rokok itu sama berdosa ? TJ secara tak langsung menyamakan ia dengan Arak. Please refer to the topic title yg telah TJ postingkan di sini. Seumur hidup saya belum pernah saya dengar orang menyamakan rokok itu dengan arak.. maaf kalau saya jahil dan pendapat itu telah pun dipersetujui oleh semua pihak.
jom baca yg ni pulak :D
http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=978
tapi kita tahu rokk tak pernah jejaskan kewaresan pemikiran seseorang seperti dadah atau arak atau judi atau zina. penyataan saya disini saya akui lemah... tapi boleh sesape citer kat saya ada anak yg sanggup merompak atau meragut demi utk sebatang rokok...??
tapi luahan hati kat radio ERA time harga rokok naik hari tu trew ade dengar sorg ayah yg terpaksa potong belanja sekolah anak dan dapur utk menampung belanja rokok dia (mamat ni dgn nada marah, marah kat kerajaan sbb naikkan harga rokok, dia kesian kat anak dgn bini dia). bagi trew mamat ni dah kurang kewarasan dia dah...
wassalam.
jom baca yg ni pulak :D
http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=978
tapi luahan hati kat radio ERA time harga rokok naik hari tu trew ade dengar sorg ayah yg terpaksa potong belanja sekolah anak dan dapur utk menampung belanja rokok dia (mamat ni dgn nada marah, marah kat kerajaan sbb naikkan harga rokok, dia kesian kat anak dgn bini dia). bagi trew mamat ni dah kurang kewarasan dia dah...
wassalam.
ish ish.. tak malu betul org tu ek.. sanggup potong belanja sekolah dan dapur yg lebih penting semata2 menurut keinginan merokok yg tak datangkan pekdah?
Tingat iklan kat tv aritu.. pasal kempen anti-merokok. Artis tu sape nama dia ek.. pengarah filem tu.. Aziz M Osman kut? Dia tak bg anak dia beli makanan harga rm6.50 sbb mahal.. tp dia nak beli rokok rm6.50 buleh pulak? So dia kate dia rasa tak jadi nak beli rokok. Rasanya boleh jadikan teladan tuh...
sumber yang bagu trew..:)
http://www.e-ulama.org/Tanya/Default.asp?mode=0&ID=978
aku nak petik 2 perenggan artikel tu yg mungkin boleh menghuraikan kemusyikilan
Red_line :) yg selanjutnye baca sendiri kat situ...
"Dalam perkara ini ada yang berkata bahawa rokok itu tidak sama dengan arak. Mereka beralasan bahawa rokok atau tembakau itu adalah dari jenis lain dan arak itu pula dari jenis lain yang tidak sama atau serupa dengan rokok. Memanglah rokok dan arak tidak sama pada ejaan dan rupanya, tetapi hukum dari kesan bahan yang memabukkan yang terkandung di dalam kedua-dua benda ini (rokok dan arak) tidak berbeza di segi syara kerana kedua benda ini tetap mengandungi bahan yang memabukkan dan memberi kesan yang memabukkan kepada pengguna atau penagihnya. Tidak kira sedikit atau banyaknya kandungan yang terdapat atau yang digunakan, yang menjadi perbincangan hukum ialah bendanya yang boleh memabukkan, sama ada dari jenis cecair, pepejal, serbuk atau gas apabila nyata memabukkan sama ada kuantitinya banyak atau sedikit maka hukumnya tetap sama, iaitu haram sebagaimana keterangan dari hadith sahih di atas.
Di hadith yang lain, Nabi Muhammad s.a.w mengkhabarkan bahawa ada di kalangan umatnya yang akan menyalahgunakan benda-benda yang memabukkan dengan menukar nama dan istilahnya untuk menghalalkan penggunaan benda-benda tersebut: "Pasti akan berlaku di kalangan manusia-manusia dari umatku, meneguk (minum/hisap/sedut/suntik) arak kemudian mereka menamakannya dengan nama yang lain". H/R Ahmad dan Abu Daud."
nak tambah skit yg spider tepek tu..
"Mungkin ada yang menolak kenyataan atau nas di atas ini kerana beralasan atau menyangka bahwa rokok itu hukumnya hanya makruh, bukan haram sebab rokok tidak memabukkan. Mungkin juga mereka menyangka rokok tidak mengandung candu dan kalau adapun kandungan candu dalam rokok hanya sedikit. Begitu juga dengan alasan yang lain, "menghisap sebatang rokok tidak terasa memabukkan langsung". Andaikan, alasan atau sangkaan seperti ini boleh diselesaikan dengan berpandukan kepada hadith di bawah ini: "Apa saja yang pada banyaknya memabukkan, maka pada sedikitnya juga adalah haram". H/R Ahmad, Abu Daud dan Ibn Majah.
Kalaulah meneguk segelas arak hukumnya haram kerana ia benda yang memabukkan, maka walaupun setetes arak juga hukum pengharamannya tetap sama dengan segelas arak. Begitu juga dengan seketul candu atau sebungkus serbuk dadah yang dihukum haram. Secebis candu atau secubit serbuk dadah yang sedikit juga telah disepakati oleh sekalian ulama Islam dengan memutuskan hukumnya sebagai benda yang dihukumkan haram untuk dimakan, diminum, dihisap (disedut) atau disuntik pada tubuh seseorang jika tanpa ada sebab tertentu yang memaksakan atau keperluan yang terdesak seperti darurat kerana rawatan dalam kecemasan. Begitulah hukum candu yang terdapat di dalam sebatang rokok, walaupun sedikit ia tetap haram kerana dihisap tanpa adanya sebab-sebab yang memaksa dan terpaksa. "
farezwani
25-11-04, 12:03 PM
majlis fatwa negeri selangor dah keluarkan fatwa haram. begitu juga majlis fatwa kebangsaan. Saya pernah posting nombor rujukan fatwa tersebut.
TJ
haaa...ye ke....aku hanya dengar khabar2 angin aje.......Tapi kalau betul dah kuar fatwa mengapa penguatkuasaannya masih lemah??
haaa...ye ke....aku hanya dengar khabar2 angin aje.......Tapi kalau betul dah kuar fatwa mengapa penguatkuasaannya masih lemah??
patut kalau org Islam isap rokok kat selangor, kena tangkap dan dihadapkan ke mahkamah syariah la kan?
wassalam.
hanamichi
25-11-04, 12:21 PM
:salam:
kementerian kesihatan kata "merokok membahayakan kesihatan"
KASTAM plak kata "jgn beli rokok yg diseludup"
kesimpulan = nak merokok lantak kau lah.. tp jgn beli yg seludup tau.. rugi kerajaan..
hmm knaper susah sgt nak berenti merokok ni.. puas dah ckp ttg bahaya merokok ni kat member2.. adik beradik.. tp semua buat tak tahu jer.. bahan aper (dari rokok tu) agaknya yg dah meracuni fikiran diaorg nih..
fosilmitra
25-11-04, 12:29 PM
:salam:
Hangpa sumer nie dok copy paste jer kat sini ek… Kalau camtu acik pun nak copy paste kenyataan dari Mubaligh Utusan Malaysia nie… pepaham jelah siapa… :p Ada sesiapa yg nak membangkang kenyataannya yg selalu menggosipkan agama??? :tapir:
Maksudnya terserah kepada pertimbangan sendiri jika hukum itu merupakan ijtihad ulama selagi mana kerajaan tidak mewartakannya. Jika kerajaan mewartakan hukum ijtihad itu, maka wajib kita ikut. Bagaimanapun, jika kita tidak ikut tidak dianggap salah dalam agama, tetapi salah dari segi undang-undang dan akan dikenakan tindakan undang-undang termasuk juga denda.
Saya bagi contoh hukum menahan orang tidak perbuasa dan dikenakan tindakan menaiki kereta mayat adalah hukum ijtihad ulama yang telah diwartakan di Melaka. Pada dalam al-Quran tidak ada hukum di dunia ini terhadap orang tidak berpuasa, tetapi ada hukum di akhirat saja. Ia sama seperti sembahyang juga.
Hukum haram merokok yang merupakan ijtihad ulama ini kebanyakannya dikuatkuasakan oleh ulama di Saudi. Di Malaysia bekas mufti Selongor Datuk Ishak Baharom ada mengeluarkan hukum yang serupa. Beliau disokong oleh beberapa ulama lain.
Bagaimanapun, kebanyakan ulama terdahulu menganggap hukumnya makruh.
Cukup saja saya buat link ke beberapa laman web ini.
Dalam bahasa Arab:
1- http://web.macam.ac.il/~tawfieq/smoking.htm
2- http://www.khayma.com/fahad1390/din/mamlat/25.htm
Dalam bahasa Inggeris:
1- http://www.alief.de/textfiles/againstsmoking.htm
2- http://www.islamsa.org.za/library/smoking_islamic_perspective.html
3- http://www.geocities.com/IslamAwareness/Smoking/
Selamat membaca.
Maka dlm soal ini kembali semula kpd fatwa Al Qaradawi seperti berikut:
* Hukum asal rokok adalah haram bagi yg baru mencuba atau sudah merokok tapi boleh berhenti.
* Menjadi makruh kalau cuba berhenti tetapi dalam keadaan yg sudah dicuba tetapi tidak dapat lagi berhenti (sudah naik gian) maka diambil sebartang rokok utk melepaskan gian. Tetapi selepas itu hendaklah dia cuba berhenti lagi sedaya upaya.
* Menjadi harus sekiranya berhenti merokok boleh menyebabkan kematian siperokok (ie memudaratkan diri sendiri)
Wallahu a’lam bisshawab.
P/s: Bukanlah perdebatan yg kiter cari… hanyalah kebenaran… :) (Tapi hangpa sumer jgn kata acik nak bersekutu ngan astora Jabat lak)...
Tok Janggut
25-11-04, 12:40 PM
:salam:
dan boleh ke TJ menetapkan fatwa yg membawa, menyediakan dan memperdagangkan rokok itu sama berdosa ? TJ secara tak langsung menyamakan ia dengan Arak. Please refer to the topic title yg telah TJ postingkan di sini. Seumur hidup saya belum pernah saya dengar orang menyamakan rokok itu dengan arak.. maaf kalau saya jahil dan pendapat itu telah pun dipersetujui oleh semua pihak.
Red kenal ke Syeikh Abd Aziz bin Baz? Kenal ke Syeikh dr Yusuf Al Qaradawi? begitu juga ulama-ulama lain seluruh dunia yang berfatwa sedemikian. (ruj islamonline utk fatwa ulama-ulama lain dari pelbagai tempat) Untuk memberikan fatwa saya tak sampai ke tahap boleh memberikan fatwa lagi. Yang memberikan fatwa ulama-ualma nie termasuk di Malaysia. Jadi tak boleh salahkan seolah-olah saya yang bagi fatwa. Fatwa dah keluar dan saya tak ubah sedikit pun. Cuma nak ikut atau tidak itu terpulang pada diri sendiri.
ia kerana telah masuk waktu berbuka, dan dia meneruskan habitnya iaitu merokok, setelah berbuka dengan air. Alhamdulillah perokok masih lagi sujud pada kiblat yg sama, berimamkan seorang yg warak, serta bertahmid dan berdoa merendah diri pada tuhan yg sama. Ok back to our topic again, berapa lama dia bertahan dari imsak hingga ke maghrib menahan nafsu iaitu termasuk hubungan suami isteri, lapar dan dahaga serta keinginan merokok ? TJ pakai ayat kadang kadang.. ? dan bukan selalunya ? adakah TJ buat kajian utk kebanyakan perokok atau mengambil dengna beberapa orang perokok ?
Tak ada siapa menafikan orang tersebut sujud pada ALlah. Tetapi apakah kita menafikan orang merokok tidak melakukan dosa dengan menghisap rokok? Adakah orang berzina, minum arak, berjudi yang sembahyang kita tak katakan berdosa hanya kerana mereka melakukan perkara demikian? MElakukan dosa tidak mengeluarkan mereka dari Islam, tetapi tidak bermakna tidak ada dosa. Dosa tetap dosa. Maaf saya katakan, merokok hukumnya berdosa. Saya dah tahu hukum takkan saya nak kata sebaliknya hanya kerana orang tak suka pada hukum tersebut.
Apa maksudnya kebanyakan atau beberapa perokok? kajian telah dilakukan bahawa rokok adalah addictive. tak payah kaji pun kita boleh nampak sendiri boleh tengok sendiri. Agak-agak perokok tegar tu kalau saya suruh ebrhenti merokok terus dia boleh tak? Sumber kajian kita kena pergi pusat kesihatan negara utk mendapatkan sumber kajian dan statistik. Better still kalau sapa-sapa sini ada buku medic boleh rujuk. Saya bukan bahagain doktor jadi buku medic tak ada. But then again, adakan kita menafikan akan keburukan merokok?
jadi saya rasakan TJ setuju dengan pendapat saya di atas ? saya masih tertanya tanya banyak barah yg membunuh seperti barah tulang, barah darah, rahim, payudara, diabetis, ketidak fungsian limpa atau hati adakah merokok penyababnya..?? tapi TJ lupa yg kita manusia ini tidak lepas dari melakukan sebarang dosa samada kecil ataupun yg besar, betul tak ? jadi maafkanlah kami yg merokok ini jika tabiat kami ini menyusahkan anda semua. Sepanjang penulisan, saya tidak pernah mengatakan merokok itu tabiat yg terpuji. Cuma apa yg saya tekan disini ialah adakah kita boleh samakan rokok itu dengna arak..?
Setuju. Sangat setuju bahawa merokok itu mendatangkan risiko pelbagai penyakit. Macam saya selalu kata tidak hanya kerana seseorang itu memandu secara merbahaya dia tak mati, adakah bermaksud memandu cara merbahaya tu tidak salah. Tidak hanya kerana seseorang itu minum racun tak mati (sakit teruk je) adakah kita kata minum racun tu tak merbahaya. Betul kadang kala ada orang merokok mati tidak kerana barah, atau rokok related. Tetapi adakah itu bermaksud kita menafikan akan kewujudan risiko yang disebabkan oleh rokok terhadap perokok? RISIKO inilah yang dilarang oleh Islam dalam ayat janganlah kamu meletakkan diri kamu dalam kebinasaan.
maaf, saya tak jumpa pun pada jawapan saya. saya bukan lah nak jadi saintis rokok.. kang kut terjumpa plak kajian +side tabiat merokok... :gelaks: gurau aje.... apa kata TJ sendiri aje yg pegi tanya kalau ada kelapangan? katakan pada dia berapa peratus dalam kandungan rokok itu yg diserap oleh badan ? Dna itulah sebenarnya jawapan utk soalan saya di atas.
Kajian dah buat dah. skrg nie off hand manalah ingat berapa peratus meresap dalam badan. Tapi macam saya kata, tak kira berapa peratus sekalipun, what difference does it make? Saintis dah buktikan rokok itu merbahaya full stop kat situ. Now tell me any kajian yg menyatakan otehrwise. Kalau nak ambik pendapat mengatakan rokok merbahaya kat internet banyak. Interesting kalau ada kajian menyatakan sebaliknya. Itu yang you should prove to us and not the other way around. macam mana?
Tidak secepat ? apa maksud TJ ? sekali lagi dapat saya nak katakan efek rokok pada fikiran tak lah sama seperti apa kesan tindak balas kimia yg ada pada arak. :)
Tidak kisahlah sama ke dengan tindak balas arak atau tidak, itu bukan point utama pengharaman walaupun ia salah satu dari point hujah (saya tak setuju dgn poin niejadi poin utama pengharaman). Point utama pengharaman adalah kerana illat atau sebabnya. effet dan akibatnya. keburukan yang didatangkannya. Any keburukan, kalau ada maka haramlah perkara tersebut. Titik.
wallahualam
TJ
red_line
25-11-04, 01:35 PM
Kajian dah buat dah. skrg nie off hand manalah ingat berapa peratus meresap dalam badan. Tapi macam saya kata, tak kira berapa peratus sekalipun, what difference does it make? Saintis dah buktikan rokok itu merbahaya full stop kat situ. Now tell me any kajian yg menyatakan otehrwise. Kalau nak ambik pendapat mengatakan rokok merbahaya kat internet banyak. Interesting kalau ada kajian menyatakan sebaliknya. Itu yang you should prove to us and not the other way around. macam mana? cari lah dulu. kata nak muzakarah sambil menambah pengetahuan. dengan maklumat itu barulah saya akan menerang kan kenapa ada kesimpulan yg mengatakan bahawa orang yg tidak menghisap rokok lebih tinggi dari yg merokok... boleh ? TJ yg pusing balik soalan tu bukannya saya... saya cuma hendak kita semua tahu peratusannya. Kan bapa mertua TJ boleh membantu.. :)
Red kenal ke Syeikh Abd Aziz bin Baz? Kenal ke Syeikh dr Yusuf Al Qaradawi? begitu juga ulama-ulama lain seluruh dunia yang berfatwa sedemikian. (ruj islamonline utk fatwa ulama-ulama lain dari pelbagai tempat) Untuk memberikan fatwa saya tak sampai ke tahap boleh memberikan fatwa lagi. Yang memberikan fatwa ulama-ualma nie termasuk di Malaysia. Jadi tak boleh salahkan seolah-olah saya yang bagi fatwa. Fatwa dah keluar dan saya tak ubah sedikit pun. Cuma nak ikut atau tidak itu terpulang pada diri sendiri. straight to the point aje la..betul ke kita boleh katakan yg menyediakan, mendagangkan dan menghisap itu sama dosanya dengar dosa menyediakan, mendagangkan dan meminum arak..?? ya atau tidak ?
Tidak kisahlah sama ke dengan tindak balas arak atau tidak tapi ianya akan menjawab kepada persoalan kita benarkan dosanya sama seperti minum arak ? juga noktah.
To Trew : alhamdulilah saya dah baca link tu. tapi saya perlukan kepastian JAKIM adakah dosanya sama seperti arak.. O:O
To Fosil : good info. ;)
hanamichi
25-11-04, 02:18 PM
:salam:
red_line.. nak tahu mcm mane org yg tidak merokok risiko dpt penyakit lagi tinggi dr yg merokok.. hmm nampak cam menarik tu :)
tp ada jgk kelebihan merokok ni.. iaitu pencuri tak masuk rumah.. kihkih..
Dato Ismail Kamus punyer lawak :D
Tok Janggut
25-11-04, 02:23 PM
cari lah dulu. kata nak muzakarah sambil menambah pengetahuan. dengan maklumat itu barulah saya akan menerang kan kenapa ada kesimpulan yg mengatakan bahawa orang yg tidak menghisap rokok lebih tinggi dari yg merokok... boleh ? TJ yg pusing balik soalan tu bukannya saya... saya cuma hendak kita semua tahu peratusannya. Kan bapa mertua TJ boleh membantu.. :)
Bapa mertua saya bukan bahagian statistik. Kajian dia more kpd kesan rokok kpd kesihatan. Betul muzakarah menambah pengetahuan. Nak carik rasanya kat internet banyak. Saya kasi link cukupla k.
http://health.yahoo.com/health/centers/smoke_free/1.html
http://www.mdanderson.org/topics/smoking/
http://www.acsh.org/publications/pubID.377/pub_detail.asp
http://www.tobaccofacts.org/
dan lain-lain. Ini sekadar contoh. Sekarang. Prove it to be otherwise pulak.
straight to the point aje la..betul ke kita boleh katakan yg menyediakan, mendagangkan dan menghisap itu sama dosanya dengar dosa menyediakan, mendagangkan dan meminum arak..?? ya atau tidak ?
Baca kenyataan Aziz bin baz. Itu fatwa beliau. Saya tak kata. Sekaran saya tanya. Merokok berdosa tak? (tak kiralah sama dengan arak atau tidak. sebab dosa tetap dosakan.)
tapi ianya akan menjawab kepada persoalan kita benarkan dosanya sama seperti minum arak ? juga noktah.
Again, sama atau tidak dengan arak dosanya bukan persoalan sebab dosa adalah dosa. Adakah kalau dosanya kurang dari arak maka boleh buat ke?
WAllahualam
TJ
fosilmitra
25-11-04, 03:23 PM
:salam:
Saudara red_line... Janganlah memandang serong terhadap kenyataan2 ahli ditopik ini... Mereka hanyalah sekadar ingin menetapkan kata bahawa merokok itu adalah haram Noktah. Persoalan selepas itu seperti samada kiter mahu menerimanya atau tidak adalah tergantung pada diri kiter sendiri sama juga diibaratkan memakai tudung itu wajib, tak pakai adalah haram & berdosa... maka mengapakah masih ada yang tidak memakainya???. Acik syorkan saudara red_line berhenti disini sahaja dlm berhujah kata.. dikhuatiri saudara sekadar menegakkan benang basah sahaja disini...
Wallahu a'lam bisshawab.
p/s: Mohon maaf pada semua jika terasa... :p
Humairah
25-11-04, 03:37 PM
Setuju gak ngan acik....
Tujuan saya provoke red ari tu pun supaya red fikir2 semula..siapa yg emosi sebenarnya.....kita ni sumer sebenarnya menegur sbb sayang bukan sbb benci.....
bukan ker kita larang depa ni sumer merokok sbb kita sayang kat depa? Kita tak benci perokok tp kita benci amalan merokok tu......
Cam ada lagu tu...marah bukan benci tp tanda sayang......
naiffusDamha
25-11-04, 04:31 PM
sori la......ni 1st time.....
saya seorang smoker
in my opinion......kalu hukum yang jelas dalam al-quran tak der, kalu nak menjatuhkan sesuatu hukum mestilah ada nas, or concrete reason, n sepakat antara ulamak.....pasal dalm islam hukum berdasarkan al-quran, hadis, qias ulama
tp dalam masalah rokok ni bila tak der sepakat antara ulama (qias) rasanyer tak der la hukum
fosilmitra
25-11-04, 05:20 PM

Selamat dtg ke BMM saudara... Pendapat saudara nie kelihatan seperti seorg yg pakar hukum hakam agama... Namun didlm bab2 yg melibatkan perkara yg terkena lubang idung sendiri nie maka acik tak yakin & percaya bahawa saudara bercakap mengikut akal pemikiran saudara yg sihat belaka...
(boleh jadi) saudara sekadar mengikut nafsu saudara sahaja disini. Jika dikatakan tiada hukum mengenai pemakaian tudung semcm wardina, waheeda wassini wassana dlm al-Qur'an maka adakah saudara turut ingin mengatakan bahawa menutupi akan aurat itu tak der la hukumnya?... :machotu:
Wallahu a'lam bisshawab.
p/s: Maaf jika tersinggung kata.

kalau betul takde kata sepakat camne bleh ada Fatwa? aku pernah baca
Fatwa pengharaman rokok dari Selangor kat sebuah masjid...ingat Fatwa nie
hanya pendapat seorang ulama ke? pandai2la pikir...
Tok Janggut
25-11-04, 05:35 PM

Selamat datang ke BMM. Baru masuk je saudara dah kena smash :) takpe kita sini semua kawan-kawan. tak de niat nak kenakan sapa-sapa. kita di sini nak belajar.
Bila membacakan tulisan sdr, safe to say sdr nie baru nak belajar dalam perkara fiqh nie. Perkara hukum halal haram tak semestinya dalam al quran sahaja. Hadis pun kena guna. kaedah fiqh yg diderive dari al quran dan assunnah pun kena guna. Merokok nie macam dadah dilihat dari 2 kaedah. 1 qiyas dengan arak dan 2 dari nas umum melarang berbuat kemudaratan kpd diri dan orang lain. (nas nie amat umum merangkumi segala yang haram).
Ulama kontemporei sepakat bahawa merokok itu haram. Sapa kata mereka tak sepakat. Seperti kata dr yusuf al qaradawi dalam islamonline, ulama dahulu dan sekarang berbeza pendapat pasal rokok sebab mereka berbeza meliohat dari aspek kajian semasa. tapi mereka tidak berbeza dari aspek umum bahawa apa sahaja yang memudaratkan itu haram. ijma' ulama (maksudnya sepakat ulama dahulu dan sekarang) bahawa apa sahaja yang memudaratkan itu adalah HARAM hukumnya.
Sebab itu saya kata, kalau imam-imam zaman dahulu hidup zaman skrg dan tahu kajian2 yg ada zaman skrg, pasti mereka akan mengatakan bahawa merokok tu haram. Sebab merek takkan lari dari kaedah usul fiqh ini bahawa sesuatu yang memuaratkan itu adalah haram hukumnya.
Selamat belajar.
PS: ketidak sepakatan ulama dipanggil khilaf. qiyas bermaksud menggunakan suatu hukum dalam keadaan yang lain kepada keadaan yang lain seolah2 ia sama.
Wallahualam
TJ
hanamichi
25-11-04, 05:44 PM
:salam:
hmm kadang2 kite ni biler dah terkena batang hidung sendiri payah nak ngaku..
aku pun slalu camtu ehe :).. tp bile org tanya knaper ko buat jgk benda2 ni...
aku senyum jer kihkih :)
camne yek kita nak ubah perangai.. kadang2 tahu benda tu dosa.. tp buat jgk
tepuk dada tanya iman, setel.
bulus geng
25-11-04, 09:37 PM
nak tanye jugak..
adakah seseorang tuh boleh memakai pendapat ulama dahulu yang mengatakan tidak haram .walhal dia tahu pendapat ulama sekarang mengatakan ia haram dan faham hujah dan sebab musabab yang diberi ulama mase kini (adakah bermaksud pendapat ulama terdahulu itu tidak bole diguna pakai lagi ?) ....
Lantas dgn alasan itu bolehlah seseoang itu malas nak cube try test berhenti merokok ? cube tak semestinye berjaye tapi bole cube sampai berjaye :)
perasaan perokok kpd yg tidak merokok "die tak hisap rokok..senangla ckp merokok tuh haram...aku yg seumur hidup ni dah hisap...ingat senang ke nk berenti"
perasaan yg tidak merokok kepada perokok "pentingkan diri sendiri...dah tau hisap rokok menyusahkan org lain dan diri sendiri...mmg patut fatwa haram merokok di keluarkan...biar diorang sedar.."
yusri_ever
25-11-04, 09:42 PM
Merokok samalah seperti penyalahgunaan dadah. Anda tentu tahu merokok boleh menyebabkan penyakit yang boleh membawa maut .Tidakkan anda terfikir merokok itu seperti membunuh diri? Saya percaya banyak hujah-hujah yang akan dikemukan bagi melawan dakwaan saya mengenai merokok samalah seperti membunuh diri. Jika anda tidak kisah dengan diri anda tetapi fikirkanlah kesihatan orang lain. Walaupun anda tidak kisahkan kesihatan anda fikirkanlah kesihatan orang lain yang berada disekeliling anda seperti anak-anak anda, adik beradik anda, ibu anda dan orang awam.
Kerana anda kesihatan mereka terjejas
kerana anda mereka menjadi sakit
kerana anda bayi yang lahir menjadi cacat
anda juga punca kenapa jangka hidup mereka menurun.
Tahukah anda orang yang pasif merokok (orang yg tidak merokok tetapi menghidu asap rokok dari orang lain) lebih berisiko untuk mendapat penyakit akibat rokok?
ini adalah kerana anda (perokok) menggunakan filter untuk menapis element-element yang berada dalam asap rokok sebelum asap rokok itu memasuki kerongkong anda sedangkan orang pasif merokok akan terhidu asap rokok anda yang memasuki kerongkong mereka tanpa penapis. tidakkah anda terfikir tabiat anda itu boleh MEMBUNUH orang disekeliling anda?????
Saya bukanlah hendak mendakwa bahawa anda (perokok) penyebab semua ini. Tetapi fikirkanlah, anda juga merupakan PENYEBAB terjejasnya kesihatan orang yang tidak merokok .
Sedangkan orang yang ketagihan dadah lagi boleh insaf kenapa anda tidak.???
ROKOK umpama racun
anda tidak mahu memakan racun tetapi anda telah lakukannya
racun yang tidak mengenal belas kasihan
racun yang akan memendekkan umur
racun yang membunuh tanpa disedari
Ianya racun yang berharga yang menjadi kebanggaan
racun yang disukai ramai
Banyak luahan yang kita dengar daripada perokok tetapi haruskah kita mendengar semua itu. Haruskah kita berasa kasihan akan luahan-luahan itu,. Ingat! dalam mengurangkan dan menegah lebih ramai orang menjadi perokok, serangan ini (menaikkan harga rokok) tidak harus diberhentikan. Sedangkan orang yang ketagihan dadah lagi boleh insaf kenapa anda tidak.???
Apakah hanya jika hukum haram diletakkan keatas rokok barulah anda akan berhenti merokok?
Kesan-kesan dari rokok anda sudah tahu tetapi anda tidak kisahkannya.
Anda berani berhujah demi untuk mengelak hukum rokok(ramai yg berkata harus) dari menjadi haram.Ini bermakna anda cuba memutar belitkan hukum. Hukum-hukum yang anda cipta sendiri dan berharap orang lain mendengarnya.
Anda bangga menghujahkan dakwaan anda yang disokong oleh kajian sains demi untuk memperkuatkan lagi hujah-hujah anda.
Anda tahu merokok itu akan menghayalkan anda (membuat anda terlupa akan masalah dan sbg) ini bermakna merokok itu samalah seperti meminum arak
"Setiap yang memabukkan itu adalah arak dan setiap (yang dikategorikan) arak itu adalah haram". H/R Muslim.
Renungkanlah........................
yusri_ever
25-11-04, 09:43 PM
Words against Smoking
by Aleefuddeen
This article is mainly dedicated to the smoking Muslim, mainly to the one who maintains that smoking is just makruh (scorned) and not haram (forbidden) in Islam. And even if it would be like this, does it feel good to do something makruh several times a day, while you are capable to change your habit?
It is true that the Qur’an does not mention explicitly that smoking is haram, as it is the case with meat of the swine and alcohol, but there are many clues in the Qur’an and Hadith which tend towards the view that smoking is rather haram.
Sometimes I am in the mosque, taking up my position in the rows for prayer with the others, and then I notice, or better I smell, that somebody is standing next to me who has just smoked a cigarette. Then, immediately I change my place, because the smell out of his mouth and from his clothes is repulsive and disturbs the concentration in prayers. Isn’t the cigarette’s smell out of a person’s mouth and from his clothes not similarly penetrating like the bad breath of somebody who ate crude onions or garlic? If yes, than smokers should consider what is better – to refrain from going to the mosque or better stop smoking. This reflection is based on the following hadith:
The Prophet (sas) said, "Whoever eats garlic or onion should keep away from our mosque or should remain in his house." (Bukhari 1.814)
Cigarette-Smoking is an addiction and extremely bad for health, nobody can deny this. Cancer, tuberculosis, heart attacks, asthma, coughing, premature birth, infertility, infections in the digestive system, high blood pressure, nervousness, mouth and teeth diseases, etc., are among the many health hazards that have been strongly linked to smoking. Many people have an untimely death due to the consequences of smoking. They knew their whole life that smoking is bad for their health, but they kept on smoking, similar to self-destruction. The Qur’an forbids such a destructive attitude:
nor kill (or destroy) yourselves: for verily Allah hath been to you Most Merciful. (Surah An-Nisa; 4:29)
In this Aya, Allah also clearly summons the believers to be careful of their own lives and bodies. Islam stresses explicitly the importance of health and physical strength – attributes which surely smokers with their tarred lungs don’t possess.
Allah's Apostle (sas) said: A strong believer is better and is more lovable to Allah than a weak believer… (Muslim 6441)
Unfortunately, Muslims are amongst the worst smokers of the world’s population. Someone who had been to Pakistan can confirm this. Internet Clubs are virtual smoke chambers there. The addicts in Pakistan are not even ashamed of lightening their cigarettes inside a fifteen passengers filled up minibus and pollute in an asocial manner the already stale air. In this respect, the West with its many non-smoker zones is more advanced than the Muslim countries, where a “No Smoking!” sign rather had declined into a no observed decoration as I experienced in the airport of Sudan.
Muslim smokers are often so addicted to smoking that they ignore in blindness the sound fatawa by the Islamic scholars against smoking or condemn them as nonsense. Smoking has so many disadvantages and alone Allah’s command in the Qur’an:
and make not your own hands contribute to your destruction but do good (Surah Al-Baqara; 2:195),
should be sufficient reason for someone who wants to practice Islam honestly, in quitting smoking. Additionally, smoking is an absolutely waste of money, something which has Allah prohibited in the Qur’an:
but squander not (your wealth) in the manner of a spendthrift. Verily spendthrifts are brothers of the Satans; and the Satan is to his Lord (Himself) ungrateful. (Surah Al-Isra; 17:26-27)
Taken from http://www.alief.de/textfiles/againstsmoking.htm
Mufti of Egypt declares smoking as "Haram" (forbidden)
The Mufti (priest with special concern for expounding Muslim law) of Egypt, Dr.Farid Wasil, announced that he has received an award from the World Health Organization (WHO) for the fatwa (religious decree) that declared smoking as ''Haram'' (forbidden) in Islam because of its damaging effects to human health. The WHO commended the Mufti for his good action in the fight against smoking.
Speaking to the Website "Islam Online" in Cairo, Dr. Wasil stated that WHO believes the Fatwa benefits not only Muslim countries, but also non-Muslim countries worldwide.
He said some of the lawsuits filed in the West against smoking used his Fatwa as evidence against tobacco companies.
"We can clearly without hesitation say smoking is not permitted in Islam," said the Egyptian Mufti.
The Mufti said he would like to see tobacco manufacturing companies being closed in the long term because of the health, financial and cultural devastation they caused, according to their own evidence and documentation.
Dr.Wasil suggested to addicted smokers struggling to quit smoking that they should take medical, social and spiritual steps that would help them.
When asked about tobacco manufacturers, he replied: "It is unlawful according to the Islam to produce or sell tobacco in a Muslim country, and it is hazardous to the individual and society."
Source: Islamic Republic News Agency (IRNA), 20 May 2000
Taken from http://www.geocities.com/IslamAwareness/Smoking/mufti.html
aku rasa nak benti merokok ni....nak seribu daya taknak seribu dalih la..
aku ckp camni sbb ayah aku dah 30 thn merokok...pada umo 40 trus benti...sampai skang dah 57...boleh je..knp org lain takleh?
fosilmitra
25-11-04, 10:55 PM
aku rasa nak benti merokok ni....nak seribu daya taknak seribu dalih la..
aku ckp camni sbb ayah aku dah 30 thn merokok...pada umo 40 trus benti...sampai skang dah 57...boleh je..knp org lain takleh?
:salam:
Maka bersyukurlah kamu wahai Emy diatas lanjutan umur ayah kamu tue dlm soal merokok nie... Sedangkan ayah acik telah kembali kerahmatullah disebabkan barah paru2 gara2 merokok inilah... "Ayah... kalau dari dulu acik mengetahui perihal keburukan rokok nie nescaya akan acik pastikan ayah tidak memegangnya..." :( :uwaa:
Al-Fatihah.....
naiffusDamha
26-11-04, 09:55 AM
kalau betul takde kata sepakat camne bleh ada Fatwa? aku pernah baca
Fatwa pengharaman rokok dari Selangor kat sebuah masjid...ingat Fatwa nie
hanya pendapat seorang ulama ke? pandai2la pikir...
itulah kata.....yang haram kat selangor tapi kat perak tak haram camna? itu yang dikatakan tak sepakat.....
camtu gak ngan sure heboh bila harunsani mufti perak kata haram front page paper lagi.....tak jadi haram gak.....so camna.....nak ikut sapa
sama gak ngan bila mufti johor ke perlis tak ingat lak saya kata astora jabat murtad......elok jer kat utusan
naiffusDamha
26-11-04, 10:01 AM
:salam:
Selamat dtg ke BMM saudara... Pendapat saudara nie kelihatan seperti seorg yg pakar hukum hakam agama... Namun didlm bab2 yg melibatkan perkara yg terkena lubang idung sendiri nie maka acik tak yakin & percaya bahawa saudara bercakap mengikut akal pemikiran saudara yg sihat belaka...
(boleh jadi) saudara sekadar mengikut nafsu saudara sahaja disini. Jika dikatakan tiada hukum mengenai pemakaian tudung semcm wardina, waheeda wassini wassana dlm al-Qur'an maka adakah saudara turut ingin mengatakan bahawa menutupi akan aurat itu tak der la hukumnya?... :machotu:
Wallahu a'lam bisshawab.
p/s: Maaf jika tersinggung kata.
thanxs
saya bukan pakar.......thanx once more
pasal tudung.......dalam islam jelas wajib pakai tudung...
tapi dalam islam tidak dinyatakan fesyen camna tudung itu dipakai....kalu ada pun dikatakan hendaklah menutup dada....tapi islam tak melarang umatnya berfesyen.....
Tok Janggut
26-11-04, 10:10 AM
itulah kata.....yang haram kat selangor tapi kat perak tak haram camna? itu yang dikatakan tak sepakat.....
camtu gak ngan sure heboh bila harunsani mufti perak kata haram front page paper lagi.....tak jadi haram gak.....so camna.....nak ikut sapa
sama gak ngan bila mufti johor ke perlis tak ingat lak saya kata astora jabat murtad......elok jer kat utusan
Bezakan. Selangor kata haram, tapi negeri lain tak kata apa-apa. tak kata apa-apa tak semestinya mereka maksudkan ia halal. CUma mereka tak keluarkan fatwa. Further more, tak ada satu negeri pn yang tak keluarkan fatwa nie mengeluarkan fatwa menyanggah fatwa selangor. Dengan kata lain, kalau tak ada keluarkan fatwa menyanggah, mereka secara senyapnya setuju. Tapi pengeluaran fatwa kat msia, tak sama dengan kaedah fatwa sebenar.
wallahualam
TJ
TJ
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.