View Full Version : Hukum memakai kondom?
fosilmitra
25-11-04, 05:31 PM
:salam:
Maaflah kalau seakan berunsurkan SX18 lak topik acik nie... Agak2nya apakah hukumnya memakai kondom nie? Acik nak tanya adakah ianya semcm rokok jugak yakni haram dipakai?... Sebab kenapa nak pakai kondom lak kalau dah jadi suami isterikan?.. Adakah perlu kondom nie diharamkan dijual dipasaran Malaysia?... Sebab seakan penjualannya menggalakkan org melakukan hubungan luar nikah & maksiat sahaja... Boleh sesiapa jelaskan hukum memakai kondom nie dlm Islam. TQ. :)
p/s: Jgn pikir ke lain lak ek... nie just tanya jer nie... :D
DreamLord
25-11-04, 05:41 PM
kalau ianya bagi tujuan perubatan dan pencegahan tak menjadi kesalahan pokcik raso... asalkan gunakan ia dengan betul.......... (kalau tiup buat belon pon tak saloh jugak)... hehehe... tapi kalau tak buleh pon takpo jugak... copek laa reply pakar...
hanamichi
25-11-04, 05:50 PM
:salam:
biasanya org pakai sbb nak 'family planning' ..
dlm Islam boleh ker planning2 ni? ehe nak tanya ni..
klau tak planning berderet lah anak gayanya :)
sblm ni pernah dgr org ckp..
yg dibolehkan dlm Islam hanya lah pencegahan cara tradisional,
guna pil, guna kondom tak bleh (ini satu soalan)
betul ker??
cara tradisional = klau x tau rujuk pd yg dah kawin :)
apalagi pandai2la belajar 'teknik pengunduran'...memerlukan keazaman yang teguh!!
tak perlu keluar duit,tak perlu pakai sarung getah dan insyallah kalau kene gaya
selamat...:D
masalahnya yang banyak pakai kondom nie orang kafir dan orang-2 yang melakukan persetubuhan haram. kalau orang islam yang dah bernikah, nak buat apa pakai kondom lagi, tuhan dah janji nak kasi rezeki secukupnya kalau dapat anak, lain la kalau ditakuti penyakit(bab penyakit nie ada hukum boleh jadi harus/wajib/haram) tak berapa sure detail hukum nie coz tak brp ingat dah isi kandungan tazkirah berkenaan persoalan ni dulu.
apalagi pandai2la belajar 'teknik pengunduran'...memerlukan keazaman yang teguh!!
tak perlu keluar duit,tak perlu pakai sarung getah dan insyallah kalau kene gaya
selamat...:D
'teknik pengunduran'??...ni sama ke ngan teknik 'buang luar'..???
ni bkn haram gak ke??....
tanya je.....
mana pakar ni...org yg dah kahwin takkan tak tahu mende ni....
fosilmitra
25-11-04, 11:18 PM
masalahnya yang banyak pakai kondom nie orang kafir dan orang-2 yang melakukan persetubuhan haram. kalau orang islam yang dah bernikah, nak buat apa pakai kondom lagi, tuhan dah janji nak kasi rezeki secukupnya kalau dapat anak, lain la kalau ditakuti penyakit(bab penyakit nie ada hukum boleh jadi harus/wajib/haram) tak berapa sure detail hukum nie coz tak brp ingat dah isi kandungan tazkirah berkenaan persoalan ni dulu.
:salam:
Saudara sunyi tak boleh ler terus ckp camtu... Setahu acik pada asasnya salah satu tujuan kondom dibuat untuk memenuhi kemaslahatan manusia dalam mengatur hubungan suami isteri. Seperti mengatur jarak kehamilan atau mencegah kehamilan bagi isteri yang tidak mampu melakukan tugas untuk hamil kerana kemudharatan tertentu. Jika tujuan ini tidak diubah, maka pembuatan kondom hukumnya harus atau boleh.
Masalah samada org tue nak berbuat hubungan luar nikah maka yg tue dah mmg terang2 haram... sumer org dah tahu dah... cuma persoalan acik nie mengenai penggunaan kondom bagi tujuan isteri kiter dikhuatiri mempunyai penyakit atau baru keguguran misalnyer dsb... adakah haram menggunakan kondom atas alasan itu?... Mohon penjelasan pakar... (tapi siapa yg pakar pasal nie?)... :p
p/s: Harap rakan2 yg dah berkeluarga tue mengeluarkan pandangan bersama... Tak perlu malu dlm mendpt ilmu... (walhal acik nie yg malu sebenarnyer nie... cheh! baru nak bertunang jer dah byk tanya?... :p )
balakblues®
26-11-04, 12:45 AM
takde satu pun kaedah yang leh jaminkan keberkesanan nya 90% sekalipun...
sepanjang aku baca bab2 ni...
ade pakar unibersiti malaya cakap as soon as lelaki tu sampai kemuncak syahwatnya dah membuat enjakulasi walupun diluar rahim dan pada ketika seorang wanita tu subur sudah cukup untuk melahirkan anak....
aku tak nampak logik ni kat mana....
tapi dia pakar....
samada dia keluarkan fakta ni utk menakutkan remaja atau sebaliknya tetap merupakan satu fakta yang perlu diberi perhatian....
farezwani
26-11-04, 01:15 AM
'teknik pengunduran'??...ni sama ke ngan teknik 'buang luar'..???
ni bkn haram gak ke??....
tanya je.....
mana pakar ni...org yg dah kahwin takkan tak tahu mende ni....
settakat kuliah yg saya hadiri beserta buku yg pernah saya baca...hukum pancut di luar ini atau dipanggil dgn istilah 'azal adalah dibenarkan.....ada sahabat pernah bertanya nabi saw, dan nabi tidak menjawab boleh dan tidak pula nabi saw menghalang, kebiasaannya kalau perkara yg diutarakan memang dilarang/haram maka nabi pasti menyatakannya dengan jelas, utk sooalan sahabat itu, nabi saw menjawab "kalau Allah dah tetapkan mengandung, maka mengandunglah juga si isteri itu.....wallahu'alam
supin_supian
26-11-04, 02:14 AM
yer...
yer...
aku rasa x per kot...
kondom di reka bukan utk galakkan maksiat...
hanya utk cegah kehamilan...
ianya terletak pd nawaitu...
kalo nawaitu kita baik...
x salah...
naiffusDamha
26-11-04, 10:12 AM
:salam:
biasanya org pakai sbb nak 'family planning' ..
dlm Islam boleh ker planning2 ni? ehe nak tanya ni..
klau tak planning berderet lah anak gayanya :)
sblm ni pernah dgr org ckp..
yg dibolehkan dlm Islam hanya lah pencegahan cara tradisional,
guna pil, guna kondom tak bleh (ini satu soalan)
betul ker??
cara tradisional = klau x tau rujuk pd yg dah kawin :)
sepanjang pengalaman saya dalam bab nikah kahwin ni....family planning adalah dibenarkan.....camna nak buat, semua boleh, kondom ker tak kondom ker....kalu orang dulu dia orang akan pakai time subur ngan tak subur.....mana-mana yang nak kahwin elokla tanya orang tua.....satu lagi zaman dulu mana ada kondom.....kalu ada tak belinya oleh mak-bapak kita...satu lagi benda seronok ni....kalu nak menjadinya tak seronok buat apa??
satu lagi kondom kut-kutnya dicipta pasal orang cipta tu jenis taktahu camna nak control kut?
vtecinside
26-11-04, 10:26 AM
aper la salah kondom tu....mungkin kondom tak salah....tapi disalahgunekan untuk buat maksiat....kondom nie untuk elak dari percantuman benih....org yang gune ni untuk family planning....bukan diorang suke nak pakai tapi mungkin masalah kewangan yang tak mampu lagi nak tampung anak....jadi nie la care yang berkesan dan takder kesan sampingan....tak macam pil dan menggugurkan bayi....
takde salahnya pakai kondom
apatah lagi utk menjarakkan kehamilan (tapi bukan 100% berkesan)
antara nak dgn tak nak jer sbb pakai kondom ada yg tak rasa selesa
so, terpulang ler pada individu
p/s : ish.. acik ni.. tak sesoai la utk tanya soalan2 mcm ni.. tambah2 lg org bujang :p
tak pernah pakai kondom lagi.... nak gak try......
hua hua hua hua hua hua :tokjoget:
MakcikCleaner
26-11-04, 12:23 PM
nak tergelak bila kawan aku tetiba cakap..."bukan salah ibu mengandung, tapi salah bapak yang tak pakai kondom". he he he. :D
fosilmitra
26-11-04, 12:30 PM
p/s : ish.. acik ni.. tak sesoai la utk tanya soalan2 mcm ni.. tambah2 lg org bujang :p
:salam:
Ish!... malunyer acik... Mintak maaf bebanyak ler kak Ed... acik tumpang permisi ke masjid solat jumaat dulu... :p
ekzos_pipe
26-11-04, 12:56 PM
lama dah x posting kat sini.. sekadar berkongsi ilmu sket, kalau salah tolong betulkan..
asal usul sesuatu benda adalah harus kecuali ada nas yg mengharamkan atau benda yg sah melenggar syarak kecuali ibadah khusus yg mana setiapnya adalah haram/bidaah kecuali ada nas yg membenarkannya.
dalam bab kondom ini, ia jika bertujuan utk family planning atau asbab keuzuran tertentu, tanpa melibatkan unsur2 maksiat/melanggar syarak maka ia adalah harus.
WA
gogsard
26-11-04, 04:19 PM
apalagi pandai2la belajar 'teknik pengunduran'...memerlukan keazaman yang teguh!!
ayat yg akoo BOLD tu macam pernah baca .. kalau tak silap Buku Rujukan Biology Sasbadi SPM thn 1995 .... :budak:
daunpalas
26-11-04, 06:44 PM
Kita bleh tanya kepada pakar ulama ijmak dan ijtihad kerana ini benda baru bukan mudah untuk kita main-main dalam soal ni...mungkin dalam bincang mulimin dan muslimah ni perlu ada seorang pakar dalam ilmu fiqah (bab hukum)
supin_supian
27-11-04, 01:41 AM
bocoq...
musti kena gigit ngan tikus...
huhuhu...
lawok giler...
dah merepek jadi nya...
kondom bocoq plak tuuu....hehehehehehe bak kata mak cik nonie... dia termenetas kat luar plak.... hehehe
anyway, me personally rasa tak salah guna kondom nie wpun dah kawin atas sebab2 yg korang dah listkan kat atas nuh... kalau belum kawin tu dah sah2 la kan, pakai kondom ke tak ke, camna pun tetap salah... lagipun rasanya compared too makan pil rasanya kondom nie takde kesan sampingan....
p/s : ish.. acik ni.. tak sesoai la utk tanya soalan2 mcm ni.. tambah2 lg org bujang :p
bukan apa, org dah nak tunang, kena la amik tau :D
bg trew la, kondom ni bergantung kepada cara/tmpt digunakan juga, kalau guna kat bini, tak la salah (tunggu TJ utarakan hukum merancang keluarga)... tp kalau guna utk 'makan luar', salah la... kalau mcm Dream ckp tu, buat belon, lg la tak salah :D mcm pisau la, boleh guna utk memasak, asah pensil, kupas pelam dll., boleh juga utk merompak, tikam perut org, kelar leher org dll., tp takkan nak haramkan pisau lak...
wassalam.
fosilmitra
27-11-04, 09:01 AM
kondom bocoq plak tuuu....hehehehehehe
:salam:
Nego... cuba tapis2 skit ckp tue... kamu tue bujang lagi... tak sesuweiii... :p (Nie bukan ckp acik, nie kata Kad Ed kiter tue...) :D
p/s: Trew... bijak... bijak... kiter minum kopi dulukkk...
bila nak kawin acik? :D
Imam al-Ghazali berpendapat, jika seseorang berasa khuatir ibadahnya akan terganggu jika mempunyai ramai anak atau akan terjebak melakukan dosa dengan ramai anak, pencegahan kehamilan juga boleh dilakukan. (Ihya Ulumuddin) (sapa2 ada Ihya Ulumuddin boleh tolong check).
Ibn Taimiyah dari mazhab Hanbali mengizinkan wanita memasukkan alat-alat tertentu bertujuan untuk menghalang air mani dari memasuki saluran yang boleh membawa kepada mengandung. (Ibn Taimiyah, Fatawa, Darul Kutub al-Haditha, Fatwa 36) Ibn Nujaim dari mazhab Hanafi berpendapat, diharuskan bagi wanita menutup pintu rahimnya dengan menggunakan alat tertentu untuk mencegah kehamilan, dengan syarat suaminya meredainya. (Ibn Nujaim, al-Bahr ar-Raiq) Alat-alat moden seperti diaphragm, Dutch cap dan kondom termasuk di dalam kategori ini. (Ni pun kena check juga)
Memasukkan krim atau gel (spermicidal agents) ke dalam faraj bertujuan untuk membunuh sperma (benih lelaki) sebelum ia sampai dan bercampur dengan benih wanita juga diizinkan. Ia selari dengan perbuatan memasukkan ubat-ubatan tertentu ke dalam faraj seperti yang pernah dilakukan oleh wanita-wanita Islam sebelum ini, untuk menghalang air mani bersenyawa dengan benih isteri. Ibn Nujaim dari mazhab Hanafi mengizinkan perbuatan ini. (Ibid) (check juga)
wassalam.
MaszMelati
27-11-04, 10:32 AM
banyak betul infomasi yg diperolehi di sini..:D
fosilmitra
27-11-04, 11:00 AM
banyak betul infomasi yg diperolehi di sini..:D
:salam:
Cam ade udang disebalik mee jer melati blue... :hehe: (Jgn mare arr... Ish!... mana saudara TJ nie? Kunci jelah topik nie...)
p/s: Trew... kawen tue mungkin tahun dopan ler... :)
kondom bocoq plak tuuu....hehehehehehe
belilah yg mahal sikit....heee. :tamauseta
well, aku tak tahu sgt aa...
Tok Janggut
29-11-04, 09:12 AM
Assalamualaikum
rasanya kemusykilan dah dijelaskan. Tidak ada halangan utk merancang keluarga dengan cara azl atau dengan alat pencegah kehamilan selama mana ia tidak memudaratkan kedua pihak.
wallahualam
TJ
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.