View Full Version : Bila pintu rezeki tertutup selamanya
Assalamualaikum
Saye nak tanye pernah tak terpikir yang pintu rezeki kite nie seolah-olah Allah sudah tutup atau ade tak Allah tutup pintu rezeki kite ni selama-lamanya. Memang betul kalau rajin beruseha Allah kurniakan rezeki tapi kalau kite jahat Allah tutup rezeki kite...Tapi zaman skarang nie banyak org (Islam) yang jahat-jahat macam x sembahyang, makan rasuah, tamak, suke tindas org lain hidup senang-lenang. Malah rezeki mereka semakin hari semakin bertambah sedangkan org yg. baik-baik pulak walaupun bukan alim gile tapi rajin sembahyang, tak tipu org dan tak pentingkan diri sendiri semakin hari semakin susah hidupnya....sampai nak makan pun susah.
So ape komen para ahli-ahli bijak pandai sekalian???????????????
:sembahyang:
mywinter78
30-11-04, 08:58 AM
Tu semua ujian dari Allah utk hambanya...
Adakah kita ni dah benar2 bersyukur...? atau adakah kita ni tak pernah rasa cukup?
kalau kita selalu rasa cukup.... hati kita lapang dan Allah mesti redha dekat kita....
kalau hati dah rasa lapang.... mesti kita tak terkejar2 dengan segala kesenangan dunia... sebab semua kesusahan tu kita dah set in mind sebagai ujian bagi kita
bila Allah bagi ujian kat kita... maka Allah sayang kat kita...
Orang yang tak_berapa_baik tu pulak... Allah beri rezeki... sebagai ujian jugak... ade kah dia nak bersyukur....? atau... nak ke dia bersedekah... bayo zakat dan lain2 kewajipan dia...
kalau tak nampaknya kesenangan tu hanya dapat kat dunia aje la... kat akhirat nanti rasakan sendiri...
just pendapat..
Tu semua ujian dari Allah utk hambanya...
Adakah kita ni dah benar2 bersyukur...? atau adakah kita ni tak pernah rasa cukup?
kalau kita selalu rasa cukup.... hati kita lapang dan Allah mesti redha dekat kita....
kalau hati dah rasa lapang.... mesti kita tak terkejar2 dengan segala kesenangan dunia... sebab semua kesusahan tu kita dah set in mind sebagai ujian bagi kita
bila Allah bagi ujian kat kita... maka Allah sayang kat kita...
Orang yang tak_berapa_baik tu pulak... Allah beri rezeki... sebagai ujian jugak... ade kah dia nak bersyukur....? atau... nak ke dia bersedekah... bayo zakat dan lain2 kewajipan dia...
kalau tak nampaknya kesenangan tu hanya dapat kat dunia aje la... kat akhirat nanti rasakan sendiri...
just pendapat..
Ofcorse la ujian dari Allah...kalau tidak buat ape manusia dijadikan di muka bumi ni...tapi kekadang tu sebagai human being terasa jugak nakkan sesuatu...kita useha then kita doa & tawakkal macam nak berjaya dlm bisness, pelajaran, nak dapat peluang kerja, nak dapat jodoh dll tapi at the end all just tak de ape-ape.....semacam doa kite tak dimakbulkan....???????:apani:
LavendeR
30-11-04, 10:08 AM
Perkataan "Rezeki" dipinjam dari perkataan arab yg bermaksud "Kurniaan/pemberian", tetapi persepsi masyarakat kita nampaknya hanya mengfokuskan perkataan REZEKI pada duit/wang shj. Jika kita gunakan perkataan REZEKI dengan maksud KURNIAAN, maka banyak lagi REZEKI yg kita dapat dlm kehidupan kita sehari. Kesihatan, masa lapang, umur yang panjang, pun adalah satu rezeki/kurniaan.
Pintu rezeki tak pernah ditutup. ia telah ditulis sebagaimana ajal & jodoh pertemuan kita. Berusaha dan bertawakkal lah kpd Dia kerana Dia lah "Ar-Razzaq" iaitu Yang Maha Pemberi Rezeki. Cuba baca Asmaa-ul Husna (99 nama Allah Yang Mulia), sambil-sambil baca tu, cuba fahamkan maksudnya. Insya-Allah, tiada apa yang akan menggundahkan kita.
Pernah satu ketika saidina Umar Al-Khattab r.a. menegur Rasulullah s.a.w. yang ketika itu berbaring dlm rumah baginda yang beralaskan daun-daun & kulit pelepah tamar. Saidina Umar memberitahu baginda bahawa raja Rom & Parsi hidup dlm istana yg mewah sedangkan kekasih Allah hanya baring beralaskan daun-daun dan kulit pelepah tamar. Baginda bingkas bangun dan dengan nada yang tegas baginda memberitahu saidina Umar bahawa kehidupan sebenar orang mukmin adalah di akhirat.
org-org kafir & org-org yg tidak beriman, mereka mendapat kebaikkan/kemewahan/kesenangan di dunia ini adalah supaya apabila di akhirat nanti tiada lagi kebaikan yg Allah s.w.t. akan beri melainkan balasan terhadap keburukkan mereka sahaja. Sementara org-org islam/beriman, kebaikan yg mereka lakukan di dunia ini, ada yg telah dibayar 'cash' oleh Allah s.w.t. di dunia dan ada juga yg disimpan utk Allah beri ganjarannya di akhirat. Itu semua dalam ilmu Allah s.w.t. Mungkin ada diantara perbuatan kita yg ganjarannya hanya layak dibayar di akhirat sahaja.
wallahu a'lam.
*
kisah saidina Umar & Rasulullah di atas hanyalah susunan ayat saya sendiri kerana saya lupa matan/lafaz hadis tu. saya minta maaf di atas kelemahan tersebut.
mywinter78
30-11-04, 10:40 AM
Ofcorse la ujian dari Allah...kalau tidak buat ape manusia dijadikan di muka bumi ni...tapi kekadang tu sebagai human being terasa jugak nakkan sesuatu...kita useha then kita doa & tawakkal macam nak berjaya dlm bisness, pelajaran, nak dapat peluang kerja, nak dapat jodoh dll tapi at the end all just tak de ape-ape.....semacam doa kite tak dimakbulkan....???????:apani:
hmmm... cuba baca artikel kat bawah ni... rasa sebelum ni dah ada dah kat bilik bincang ni:
http://www.afa.org.sg/malay/b-pesakit.htm
[kenapa aku diuji]
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Mungkin kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan mungkin pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.
~ Al-Quran Surah al-Baqarah ayat 216
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!
Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.
~ Al-Quran Surah Yusuf ayat 12
kalau dah berdoa masih tak dapat2 apa yg kita hajati...
sesungguhnya Allah lebih mengetahui..
kita nak kaya.. nak berjaya dalam bisness... kita dah usaha sedaya upaya.. tapi Allah tak makbulkan juga...
ada hikmah di sebalik semua tu... contoh nya Dia taknak bagi kita kaya sekarang... mungkin kita akan lupa daratan, tak ingat sembahyang, bongkak dan suka menunjuk2...
ataupun, kita berdoa nak kawen ngan orang_tu.. tapi tak dapat...
Allah lebih mengetahui... mungkin dia tak baik utk kita sebenarnya.. utk agama kita.. utk family kita dan utk kehidupan kita di dunia dan akhirat...
kita tak nampak semua tu.. tapi Dia nampak...
mungkin Dia nak tengok sejauh mana kesabaran kita menghadapi dugaan... dengan bersabar pun kita dapat pahala.... tapi sabar dan redha lah....
dan kita jangan sekali2 berputus asa dengan rahmat Allah.....
Dia tahu kita boleh terima dugaan tu...
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
~ Surah Al-Baqarah ayat 286
wallahualam....
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya). [2 : 212]
biler hati rasa susah, memikirkan diri kurang dilimpahi rezeki, jgn lah mata memandang org yg dimurahi rezeki yg melimpah-2.. pandanglah pada mereka yg lebih kekurangan dari kita, coz kalau kita memandang kepada yg lebih tinggi, kita akan jadi tak redha tapi kalau pandang yg rendah, insyaAllah kita akan lebih bersyukur.
Humairah
30-11-04, 12:58 PM
menjd manusia juga adalah satu kurniaan yg besar......menjd islam juga satu kurniaan yg besar....
Manusia yg memikirkan bahawa harta kekayaan yg banyak itu sahaja rezki adalah silap..kerana nanti apa yg kita dapat ni akan dipersoal semula...satu lg rezki (dr segi harta kekayaan bukan apa yg masuk dan kita simpan tp apa yg kita belanjakan)
umur, masa, kesihatan dan harta..dimana kita gunakan.....apalah guna harta yg banyak...usia yg pjg....tenaga yg kuat kalau hanya utk bermegah2 kat dunia ni..akulah hebat...akulah kaya..akulah pandai......yg sebetulnya digunakan utk beribadah kpd Allah....
p/s; kalau pangkat besar..besar la tanggungjawab...kalau harta banyak...makin byk yg akan disoal nanti...itulah rezki yg kita kejar2...tp memanjangkan masa bila dihisab......
farezwani
01-12-04, 03:18 AM
bukankah nabi pernah bagitau lebih kurang begini sabdaannya....
org Islam Allah bagi segala2nya di akhirat nanti, tetapi org kafir Allah bagi segala kemewahan di dunia ini, tetapi tiada suatu bahagian pun di akhirat......yg penting kita jgn buruk sangka pada yang maha Pemurah, Rezeki terhadap hamba2nya adalah adil. Yakinlah, mungkin ada suatu hikmah disebaliknya...
periksalah diri,amalan dan iman masing2, mungkin di situ terdapat asbabnya...wallahu'alam
Insyaallah.....................
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.