PDA

View Full Version : Seminar Sifat Solatun Nabi


mnajem
06-12-04, 01:41 PM
dapat dari email. Kalau ada yang berpeluang datang jangan lepaskan peluang. Wassalam.


jika tuan-tuan ada kelapangan saya amat menganjurkan dapat meluangkan
sedikit masa kita utk memperbaiki ibadah sholat kita agar ianya
bertepatan dgn junjungan Ar-Rasul SAW. Ingatlah akan sabdanya yang
bermaksud"Dirikanlah sholat sebagaimana kamu melihat aku
mengerjakannya." - H.R Bukhari, Muslim & Ahmad.
Maklumat lanjut spt dibawah.
Wassalam.


From: zuriene [mailto:zuriene@cagamas.com.my]
Sent: Wednesday, December 01, 2004 4:16 PM
Subject: Seminar Sehari Penghayatan 'Sifat Solat Rasulullah SAW'

Insya'Allah, Masjid Asy-Syakirin, KLCC dengan kerjasama Pusat Pengajian
At-Tibyan akan menganjurkan satu Seminar Sehari Penghayatan 'Sifat Solat
Nabi SAW' pada 18 hb Disember 2004 ini bersamaan hari Sabtu bertempat di
Dewan Syarah, Masjid Asy-Syakirin, KLCC.

Maklumat lanjut Seminar Sehari ini adalah seperti berikut:

Pendahuluan,
Solat adalah tiang agama , tanpanya runtuhnya agama seseorang malah Nabi
pernah bersabda : ertinya " sesungguhnya sempadan di antara seseorang
dengan kekafiran adalah meninggalkan solat" ( Hadith Shohih Riwayat Muslim
) , manakala dalam sebuah hadith lain ertinya : " Bukti perjanjian antara
kita (Islam) dan kamu (Umat Islam) adalah Solat, barangsiapa yang
meninggalkannya maka ia telah jatuh kafir" (Riwayat Abu Daud,
Tirmizi,Al-Hakim, Hadith Sohih menurut Ibn Hibban, An-Nasaie dan al-'Iraqi
)

Ia juga adalah jenis ibadah khusus yang terhebat kesannya dalam diri
seseorang dan merupakan ibadah khusus yang paling dapat menghampirkan diri
seseorang dengan Allah SWT. Terdapat begitu banyak ayat yang menyatakan
perihal solat seperti Firman Allah SWT ertinya : "Sesunguhnya solat adalah
ketetapan buat orang Mukmin menurut waktunya" (An-Nisa: 103 ), Bukan
setakat itu sahaja, malah Allah SWT juga telah menetapkan bahawa tanda
sesuatu solat itu diterima adalah dengan melihat kepada kesannya dalam
diri
individu sebagaimana Firman Allah SWT ertinya : "Sesungguhnya dengan
melaksanakan solat itu, dapat mencegah sesorang dari melakukan perkara
yang
keji dan mungkar". ( al-'Ankabut : 45 )

Maka, ingin ditegaskan di sini, bahawa solat yang mampu melahirkan kesan
dan tanda yang dikehendaki oleh Allah SWT tadi, hanyalah solat sempurna
yang memenuhi sifat solat Nabi SAW. Maka solat yang tepat rukun dan syarat
serta rukun hatinya, pasti dapat mengelakkan seseorang dari lembah
maksiat.
Tetapi hari ini, mengapa ramai juga kelihatan individu yang bersolat masih
lagi melakukan maksiat? Jawapannya adalah kerana solat yang didirikan
tidak dibuat dalam bentuk dan kaedah yang diajar oleh Nabi SAW. Akhirnya
solat itu gagal mendidik ruh walapun kelihatan di mata kasar menepati
rukun zahirnya. Firman Allah SWT : " Telah berjayalah orang mukmin yang
khushu' di dalam solatnya" ( Al-Mukminun : 1) , Nabi juga bersabda ertinya
: " Allah tidak melihat kepada solat seseorang yang tidak hadir hati
seseorang dengan badannya" ( Hadith Mursal )

Nabi SAW menegaskan "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat"
.Justeru, beruntunglah sesiapa yang memperelokkan solatnya dengan didasari
ilmu dan kekhusyu'kan hati. Benar ia adalah sesuatu yang amat sukar di
akhir zaman ini. Maka menyedari dan menginsafi kepentingan ilmu dalam
menyempurnakan ibadah terbesar ini. Suatu usaha khusus yang bersungguh
untuk memperdalami selok belok ilmu tentang solat, serta keluar dari
kepompong taqlid dalam hal yang sebesar ini adalah amat diperlukan.
Justeru, Seminar Sehari Penghayatan Sifat Solat Nabi SAW ini adalah amat
wajar dilaksanakan.

Objektif
1) Mendedahkan beberapa kaedah dan teori bagi memperolehi khusyu' dalam
solat serta menekankan kepentingannya.
2) Mendedahkan kaedah solat yang paling bertepatan dengan solat
Rasulullah SAW berdasarkan dalil-dalil terkuat. Tanpa melupakan perbezaaan
pandangan mazhab dalam hal-hal cabang.
3) Mempersembahkan suatu ilmu teori dan praktikal agar dapat melahirkan
solat yang paling hampir dengan solat Rasulullah SAW.
4) Mengeluarkan umat Islam dari kepompong taqlid dalam ibadah solat
kepada mengetahui dalil-dalil al-Quran dan AS-Sunnah yang kukuh.

Anjuran
Masjid As-Syakirin, KLCC dengan kerjasama Pusat Pengajian At-Tibyan.

Tempat
Dewan Syarah,Masjid As-Syakirin, KLCC.

Masa
8.30 pagi hingga 5 petang.

Penyertaan
Terbuka kepada Semua.

Yuran
RM 20 sahaja termasuk minum pagi , makan tengahari dan minum petang serta
kertas kerja pembentangan.

Pembentang dan Penyediaan Modul
Yg. Bbhg. Ustaz Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman,
Pengurus, Pusat Pengajian At-Tibyan,
Felo Akademi, Pusat Kajian Modeniti dan Masyarakat Madani,
Kelulusan : B.A ( Hons) , Usuluddin, Universiti Malaya dan M.A, Shari'ah,
Univ. Al-Yarmouk, Jordan,

Tentatif Program
08.30 pagi : Pendaftaran peserta
09.00 pagi : Syarahan 1.
Tajuk : Falsafah Solat dan Bagaimana Mencapai Khusyu'
Dalam Solat.
10.00 pagi : Sesi Soal Jawab
10.30 pagi : Rehat dan Minum Pagi
11.00 pagi : Syarahan 2.
Tajuk : Sifat Solat Nabi dari Takbir Hingga Salam (
Sesi Pertama )
12.00 tgh : Sesi Soal Jawab
01.00 tgh : Rehat, Solat Zohor dan Makan Tengahari
02.15 ptg : Syarahan 3.
Tajuk : Sifat Solat Nabi Dari Takbir Hingga Salam (
Sesi Kedua)
03.30 ptg : Sesi Soal Jawab dan Pernilaian
04.30 ptg : Penutup dan minuman ringan

Penutup
Akhirnya, adalah diharapkan program ini akan mampu menjana ilmu yang amat
berguna buat seluruh peserta dan jugadapat melahirkan generasi yang
cintakan solat. Kesan dari solat yang sempurna pastinya mampu menjadi
nukleus ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang beridentiti Islam
tulen.
Insya'Allah.

Kepada muslimin dan muslimat yang berminat untuk turut serta, bolehlah
mendaftar melalui e-mail zakarial@klcc.com.my atau sms ke no. handphone
012-3938645 atau faxkan data peserta ke pejabat Masjid Asy-Syakirin -
03-23801293. Penyertaan yuran boleh diserahkan kepada pihak urusetia di
Masjid Asy-Syakirin, KLCC pada hari seminar diadakan. Sekiranya berlaku
pembatalan penyertaan harap dapat dimaklumkan kepada Urusetia Kem sebelum
15 hb. Disember 2004 bagi menggelakkan daripada berlaku pembaziran
persediaan bahan dan makanan.

Kepada yang berminat untuk menaja kos seminar/bengkel ini atau lain-lain
program yang diadakan dimasjid ini, bolehlah menghubungi saya melalui no.
handphone yang disertakan di atas. Sumbangan Tuan/Puan amat kami
alu-alukan
terutama untuk menjayakan program-program yang melibatkan golongan remaja.

Pihak Masjid Asy-Syakirin, memohon jasa baik muslimin dan muslimat semua,
agar memanjangkan e-mail ini kepada kaum keluarga dan sahabat-handai.
Kerjasama dan sokongan semua didahului dengan ucapan ribuan terima. Semoga
ianya diterima sebagai amalan yang soleh di sisi Allah SWT.

Wassalam.

B/p Masjid Asy-Syakirin
Dan Pusat Pengajian At-Tibyan, K.L.