PDA

View Full Version : Hukum anak tidak mengaku ayah dan ibu kandungnya...


momento
07-12-04, 03:00 PM
Assalamualaikum...
saya mengenali seorang perempuan,
tak perlulah saya cerita detail mengenai dirinya...
yg saya pasti dia telah lari dari rumah kira2 8 tahun lalu..
ibu bapanya ada datang menemuinya, tetapi dia menafikan sekeras2nya yg mereka itu ibubapanya walaupun dgn bukti yg sah..
kasihan ibunya yg sakit tenat dikampung merindui anaknya..
Saya cuma ingin tahu apakah hukum di dunia ini kiranya anak tidak mengaku ibu/ayah? di akhirat pula, apakah hukuman Allah?
terimakasih pada yg sudi menjawab
Wassalam.

zinni
07-12-04, 03:29 PM
assalamualaikum,,,
itu macam ka. memang bayak terjadi kat atas muka bumi ni kes2 macam ni.
ehm.. kita wajib taat kepada ibu bapa kita walupun mereka bukan islam tetapi taat selagi mereka tak suruh kita buat benda jahat seperti mensyirikkan ALLAH.

Baiklah hukumannya mestilah hidupnya tak berkat. hidup tak aman. bila nak mati nanti musti susah punyalah.

kat akhirat lagi tok sah nak cerita..... macam2 hukuman lagi ada..

kamu nasihatilah kawan kamu tu supaya berbincang ngan parent dia. ibu yang melahirkan kita.. bapa yang membela kita...
janganlah kita lupa...

momento
07-12-04, 03:54 PM
terimakasih zinni,
sudah puas saya menasihati, tetapi hatinya keras seperti batu, yg saya pasti dia tidak mengaku ibubapanya kerana mereka dari golongan susah..
dia malu dgn kehidupannya...
dia selalu megatakan yg dia dr golongan kayaraya pada hal
ibubapa miskin itulah yg memeliharanya sejak kecil...

Tok Janggut
07-12-04, 05:13 PM
Assalamualaikum...
saya mengenali seorang perempuan,
tak perlulah saya cerita detail mengenai dirinya...
yg saya pasti dia telah lari dari rumah kira2 8 tahun lalu..
ibu bapanya ada datang menemuinya, tetapi dia menafikan sekeras2nya yg mereka itu ibubapanya walaupun dgn bukti yg sah..
kasihan ibunya yg sakit tenat dikampung merindui anaknya..
Saya cuma ingin tahu apakah hukum di dunia ini kiranya anak tidak mengaku ibu/ayah? di akhirat pula, apakah hukuman Allah?
terimakasih pada yg sudi menjawab
Wassalam.

WAalaikumsalam

Di dalam Islam, minima seseorang itu dianggap menderhaka dan ditimpakan dosa besar ke atasnya ialah bila dia mengatakan uf (mendegus) kepada kedua ibu bapanya. Kalau dengan kata minimal macam itu pun sudah dianggap berdosa besar, inikan pula dgn menyisihkan/tidak mengaku kedua ibu bapanya. Semeangnya itu satu dosa yang teramat besar.

Apa guna kesenangan sementara di dunia, kalau keabadian di akhirat disudahi dengan kehancuran, lakhnat dan azab neraka. Apa guna pujian manusia sekiranya makhluk seluruh alam langit dan bumi melakhnat anak yang derhaka seperti ini.

Tapi saya teringat satu cerita dan saya rasa ramai di antara kita pernah membacanya. Seorang lelaki tua hidup dengan anak lelaki si A dan cucunya si B. lelaki tua tadi amat uzur. Lantas si A yang tidak sanggup lagi menjaga bapanya membuat satu raga. Bila si B bertanya kpd ayahnya si A apakah guna raga tersebut, dia mengatakan utk memikul datuknya dan meletakkan ditepi hutan. Biarlah TUhan menentukan nasibnya sama ada hidup atau mati.

KEesonkan harinya dalam perjalan si A hendak mengantar ayahnya kehutan, si B berteriak kpd si A. "Ayah kalau dah hantar datuk ke dalam hutan, jangan lupa di bawa balik raganya"

Ayahnya bertanya: "Kenapa?"

Si B menjawab: "Supaya bila besar nanti, bolehlah saya menggunakan raga tersebut utk menghantar ayah pula ke tepi hutan"

Apa yang saya boleh kata, setiap sesuatu itu ada balasannya. Dan balasan Allah adalah lebih perit.

Wallahualam
TJ

ekzos_pipe
07-12-04, 07:57 PM
Apa yang saya boleh kata, setiap sesuatu itu ada balasannya

hmm busuk macam mana pun, rahim ibu tu juga yg kita duduk sembilan bulan, benih dari bapa tu jugak yg kita terbentuk.

even org mualaf pun disuruh berbaik dgn ibubapa..

fosilmitra
07-12-04, 11:17 PM
:salam:

Susah kalau kiter nak bercakap mengenai perihal perkara sedemikian rupa... ianya mmg benar2 berlaku saban hari saban masa dinegara kiter... Benarlah bak kata org... seorg ibu mampu menjaga anaknyer yg lebih dari 9 org namun anak yg 9 org tadi belum tentu mampu menjaga ibunyer yg seorg sahaja... :(

Kadangkala bila dilihat akan rumah2 org tua, pasti terkejut kiter jika mengetahui kebanyakkan ahli rumah tersebut bukanlah sebenarnyer tidak mempunyai anak langusng utk menjaga mereka... bahkan anak2 mereka berkerjaya besar dan bergaji besar lagi tue... Tapi tuelah dia, bila dah berkedudukan, dah bertaraf dato' dsb maka keinginan mereka utk menjaga status tue amat ketara...

Sebab itu tidak heranlah apa yg berlaku seperti yg diceritakan oleh pembuka topik tadi... Nauzubillahiminzalik... Kiter memohon agar dijauhkan sikap sedemikian terhadap ibu bapa kiter... Biarlah mereka berada disisi kiter walaupun menyusahkan kiter... Tanpa mak ayah maka tiadalah kiter... Walau sejahat manapun mereka... :(

Wallahu a'lam bisshawab.

alkaeda
08-12-04, 07:20 PM
sungguhpun dia marah dengan ibu bapa atas mungkin kesilapan ibu bapa dia, tetapi bukan begitu cara berdakwah dengan ibu bapa.

apakah hukuman Allah?

itu adalah balasan di akhirat kelak.. dan Allah jua lah maha adil...


begitau dia,

1. kena ingat juga, kerana ibu bapa kita masih sempurna, bebas penyakit spt mutasi gen dan kromosom... eg. sindrom down, klinefilter, turner...

2. takkan hidup seorang anak tanpa ibubapa yg menjaga sejak kecil lagi yg mencari nafkah utk memberi makan..

3. ibu bapa jua lah saudara terdekat kita dibumi ini, tiada yg lebih rapat..

4. kita sudah dewasa, hal kecik lupakan saja... esok lusa tiada yg dapat jamin nyawa kita..

5. suruh orang yang dia respek utk tegur dia pasal perkara tersebut... harap dia berubah


syurga itu di bawah tapak kaki ibu..
wallahualam

fosilmitra
08-12-04, 10:14 PM
:salam:

Banyakkan bersabar dan sentiasalah berdoa agar hatinya berubah, nescaya kebaikan dapat meleburkan kejahatan...insyaallah, hadis ini untuk renungan kita bersama :

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya (ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu."

Acik teringat DR Fadhillah Kamsah berkata.......kalau orang baling NAJIS, kita bagi BUNGA... baling najis... bagi bunga, baling najis... bagi bunga.

Insyaallah saudara lama-kelamaan najis yang busuk tadi akan menjadi wangi, sebab banyaknya bunga menutupi dan mengatasi bau yang busuk itu.. Tapi jgn bila org baling najis kiter lagi advance gi baling tong najis tue!! tak kena lagu tue... :p

Wallahu a'lam bisshawab.

MUfanz
08-12-04, 10:41 PM
:salam:

momento,
Sedih aku baca kisah member kau tu.Aku tak tahu nak ckp apa lagi.Semuanya dah dikupas panjang lebar oleh mereka yang berpengalaman kat atas tuh.
Aku masih lagi bergelar anak dan belum lagi bergelar ayah.Ingin ku luahkan kat sini,setiap lepas solat itulah yg aku pinta dr Allah,supaya jauhkan aku dari menjadi anak yg derhaka.Aku akan berdoa lagi dan lagi.
Walaupun kadang˛ aku juga tersedar selepas terkasar bahasa keatas kedua ibu bapa dan paling menakutkan meluahkannya didlm hati.Subhanallah.
Alhamdulillah,sekarang aku masih lagi memegang pada amanat bahawa ibu bapa lah yang paling utama.
Aku masih memegang janji utk membalas jasa mereka semampu yg boleh walaupun aku sedar aku tidak mampu membalasnya.

Aku harap akan terbuka hati mereka˛ yang masih belum sedar betapa mulia dan besarnya jasa mereka yg bergelar ibu dan ayah.

emy
08-12-04, 10:52 PM
Assalamualaikum...
saya mengenali seorang perempuan,
tak perlulah saya cerita detail mengenai dirinya...
yg saya pasti dia telah lari dari rumah kira2 8 tahun lalu..
ibu bapanya ada datang menemuinya, tetapi dia menafikan sekeras2nya yg mereka itu ibubapanya walaupun dgn bukti yg sah..
kasihan ibunya yg sakit tenat dikampung merindui anaknya..
Saya cuma ingin tahu apakah hukum di dunia ini kiranya anak tidak mengaku ibu/ayah? di akhirat pula, apakah hukuman Allah?
terimakasih pada yg sudi menjawab
Wassalam.

macam citer hingga ke hujung nyawa plak...
takut dgr akibatnyer kalau menderhaka kat parents..
mintak dijauhkan ler perbuatan menderhaka ni..kalau tak kerana parents kita..saper la kita skang ni..

momento
09-12-04, 02:47 PM
saya juga berdoa semoga saya tidak menjadi anak yg derhaka.....
kerana saya sayangkan ibubapa saya.....
saya berharap perempuan itu berubah sebelum terlambat.....
terimakasih semua...

piye03
12-12-04, 12:27 AM
kalau tanggang takpe..lepas kena sumpah terus jadi batu...
tak payah nak susah2 minta maaf...ni org lain, bukan tanggang...
minta2 la perempuan tu berubah cepat2....
bukan apa, aku takut die meninggal sebelum sempat minta maaf kat ibu bapa die...

tp walau apa2 pon, aku nak tahu gak la kenapa dia lari dari umah...
dari cerita kat atas2 tu, aku tahu la yg parents dia tu miskin...
tp aku tak percaya sebabkan miskin tu dia lari dari umah...mesti ada sebab lain...
kita kena tahu sebab tu, dan lepas tu boleh la kita pujuk nasihat dia....
kalau sekiranya kita tak tahu sebab @ punca kenapa dia tak nak ngaku parents dia, tak guna gak...

itu pendapat aku laa...kalau salah tolong betulkan...

Luve_Cadburry
22-12-04, 03:48 PM
kesian mak bapak dia..mesti kecik hati..

mastakilla
22-12-04, 07:16 PM
takyah tgu akhirat..percayalah kat dunia lagi dah dpt skit2 tempias balasannya.tu bru yg peringkat anak2 je.Idup tak berkat,apa yg diusahakan tak menjadik,kalu kawin pun tak bahagia..beli keta eksiden plak..macam2 laa.sket...sket..satu demi satu balasan tu datang.

camne aku leh konfiden dgn apa yg aku bgtau??

pecayalah..sebab aku penah mengalaminya dulu..