View Full Version : Bayi tabung uji & Surrogate Mother
fosilmitra
08-12-04, 10:30 PM
:salam:
Acik ingin tahu apakah hukum didlm Islam tentang persenyawaan buatan bayi tabung uji dan implikasi agama terhadap seorang ibu tumpang (surragate mother)?
Adakah ianya sesuatu yg diharus (dibenarkan) atau tidak sekali pun hasil benih lelaki sendiri??... Harap saudara TJ dan pakar rujuk terbaru kiter saudara Al-Imran dapat mengulas kata... Terima kasih. :hurey:
tak macam zina ke tu?
cuma cara yg bukan biasa tu je...(konon cara sopan la tu)
still benih suami dia ni ngan pompuan lain..bukan isteri dia..
fosilmitra
09-12-04, 09:29 AM
tak macam zina ke tu?
cuma cara yg bukan biasa tu je...(konon cara sopan la tu)
still benih suami dia ni ngan pompuan lain..bukan isteri dia..
:salam:
Miss Emy...Ibu tumpang nie maksudnya, suami yg sah mensenyawakan benih dgn isteri yg sah kepada perempuan yg lain (makna kata kat sini) maybe si isteri tak boleh nak pregnant, so, perempuan lain yg pregnantkan benih suami & isteri yg sah tadi... Gitulah yg acik tahu... Tapi tue sajer nak tanya tue... apakah hukumnyer dlm Islam?... :confused:
saye ni tak reti berdalil.. tp setau sayelah..
1. Bayi tabung uji.. dibenarkan asalkan ovum dari isteri.. dan sperm dari suami yg sah. Setelah itu.. benih yg telah disenyawakan dimasukkan ke rahim isteri tersebut (yg sah itu).
Tak dibenarkan menggunakan ovum perempuan lain.. atau sperm lelaki lain.
2. Ibu tumpang.. menggunakan rahim perempuan lain sebagai tempat development bayi tu sehingga lahir. Tak dibenarkan..
Tapi ada soklan lah.. camne plak ibu tumpang itu adalah isteri kpd suami tu juga? Maksodnya.. benih tu antara suami dgn isteri pertama. Ibu tumpangnya adalah isteri kedua?
TQ
fosilmitra
09-12-04, 11:34 PM
:salam:
Puan Kurma... soalan acik pun belum terjawab laie kamu dah nak masukkan soalan lain pulak?... Pening lak tue soalan kamu tue... Hmmm... kamu nie pembuat soalan SPM ke hapa nih!... :gelaks:
p/s: Mohon sahabat2 yg mempunyai link2 serta sedikit info pasal nie berdiskusi disini ek... Terima kasih...
tahpape..tu pun pening.. org selalu ibu tumpang.. takde kaitan ngan suami atau isteri tuh. soklanku di atas tu.. ape kata kalau ibu tumpang tu.. isteri kpd suami tu jugak.. org siap bagi contoh lagi tu.. iqra'... iqra' .. hihihiihhi..
alkaeda
10-12-04, 05:11 PM
persenyawaan dlm tabung uji? maksud ko, in-vitro ke??
sebab invitro..
tiub fallopio tersumbat atau dipotong dan sebab2 lain yg munasabah..
cara perlaksanaan,
sperma dan ovum disenyawakan dalam bekas yg mengandungi tempat yg sesuai utk persenyawaan.. kemudian beberapa dimasukkan ke dalam rahim, (uterus) untuk penempelan dan perkembangan selanjutnya...
artikel dari surau.ladang.net..
Fatwa MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura): Bayi Tabung Uji & Menggugurkan Anak
Apakah pandangan Islam tentang bayi tabung uji?
Cara-cara yang boleh tergambar dalam penyemaian benih dalam tabung uji pada masa ini ada tujuh cara:
1 Disemaikan antara benih si suami dengan telur yang diambil dari seorang perempuan yang bukan isteri kepada lelaki itu kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.
2 Disemaikan antara benih seorang lelaki (bukan suami) dengan telur si isteri kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.
3 Disemaikan benih si suami dengan telur si isteri kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim seorang perempuan lain yang bersetuju untuk mengandung (hamil) dengannya.
4 Disemaikan antara benih seorang lelaki (asing) dengan telur perempuan asing juga kemudian dimasukkan semaian itu ke dalam rahim si isteri.
5 Disemaikan benih dengan telur dari sepasang suami isteri kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri keduanya.
6 Diambil benih dari si suami dan telur si isteri dan disemai di tabung uji kemudian dimasukkan ke dalam rahim isteri.
7 Diambil benih si suami kemudian disuntikkan di tempat yang sesuai dalam rahim isterinya sebagai semaian dari dalam.
Cara-cara yang pertama sehingga yang kelima adalah haram
kesemuanya dan terlarang di sisi agama Islam kerana kesannya boleh merosakkan perhubungan halal serta mencampuradukkan keutuhan keturunan. Cara yang ke-6 dan yang ke-7 adalah dibolehkan. Seseorang Islam yang ingin mendapat anak boleh berusaha untuk mendapatkannya tetapi hendaklah ia pastikan dan berjaga-jaga supaya tidak melakukan sesuatu yang lain daripadanya.
hmmm..tak tahu lak saya..tak bleh nak bagi komen la...
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.