View Full Version : cinta dalam islam
rosenta
12-12-04, 05:50 PM
boleh saye tau macam mane seseorg muslim itu bcinta dalam islam?
percintaan ini melibatkan cinta jarak jauh, mcm mane nak dapatkan rahmat allah dan kasih allah thadap cinta itu? :bunga:
fosilmitra
13-12-04, 11:22 AM
:salam:
Nak diterjemahkan cinta dlm islam nie... better cik/pn. Rosenta melihat lirik lagu Kalimah CInta - In Team...
Kalimah Cinta
Pepohon cintaku kian merimbun
Semakin dicantas makin bertunas
Tidak mampu mendustai hatiku
Rasa cinta fitrah manusia
Berdosalah aku menolak cinta
Yang hadir di jiwa tanpa dipaksa
Hidup ini tidak akan sempurna
Tanpa cinta dari Tuhan Yang Esa
C/O
Adam Hawa bercinta di Syurga
Angkara iblis terpisah menderita
Kerana cinta mereka setia
Bertemu di dunia
Dengan cinta kenal Pencipta
Dengan cinta kenal RasulNya
Kerana cinta kenal saudara
Bahagia keluarga
Hidup tanpa cinta
Sengsaralah jiwa
Sengketa dan dusta
yang merajai jiwa
Dibatasan cinta syariat terjaga
Tanpa keraguan tanpa kesangsian
Betapa sucinya kasih-Mu Tuhan
Betapa agungnya kebesaran-Mu
Diri ini mengharapkan cinta-Mu
Kekalkanlah rasa kehambaan ku
Senilagu : Manis Helma (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Adolah skit2 bayangnyer cinta dlm islam bagaimana... Wassalam. :)
ainsyam
13-12-04, 11:34 AM
dulu saya pernah tanya soalan camtue kat seorang ustad dalam satu website islamik..tapi hingga skarang...soalan tue tak terjawab...tak tauler saya sebab aper...mungkin soalan saya tue agak subjektif kot...hehehehe...
dah menggatal sangat jari nak taip soalan camtue...otak pun tak baper clear...apo lagi..?
"camaner nak bercinta cara islam?"..."camner nak berhubung dengan seorang muslimah ikut acuan al-quran?"...dan macam2 lagi soalan yang menjurus kepada hubungan manusia berlainan asal kejadian.
namun...pada sayaler...kalo kita ikhlas dan serius...jumpa mak ayah dia...tanya status si dia...kalo dah terbukti masih blum aper-aper...minta izin drpd mak ayah dia untuk kenal lebih rapat ngen anak mereka..kalo isyarat hijau...moved onler...kalo isyarat merah...nok wak ganer kan???
kalo melibatkan cinta jarak jauh...pertama sekali..lakukan usaha yang diatas..lepaih tue bertunang...yang molek...tak salah kita percepatkan...asal selamat dari fitnah!
insya'Allah!
fosilmitra
13-12-04, 11:56 AM
:salam:
Cinta peringkat tertinggi ialah cinta kita pada Allah dan Rasulnya.
Kemudian cinta pada kedua ibu-bapa.
Kemudian cinta sesama manusia.
Kemudian cintakan pada semua makhluk Allah.
Semua itu merangkumi bahawa kita cinta pada diri kita.
CINTA itu iradat Tuhan,dikirimNya ke dunia supaya tumbuh.Kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus,tumbuhnya akan menyeksa orang lain.Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan budi yang rendah,dia akan membawa kerosakan.Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci,dia akan mewariskan kemuliaan,keikhlasan dan taat kepada Ilahi.
~ Hamka ~
Ttg cinta-mencintai ini, ALLAH berfirman dlm Al-Quran:-
"... ALLAH akan mendatangkan suatu kaum yg ALLAH cintai mereka dan
mereka pun mencintaiNya..." Al-Maidah, ayat 54
" Jika kamu benar2 mencintai ALLAH, ikutilah Aku, nescaya ALLAH
mengasihi dan mengampuni dosamu..." Al-Imran, ayat 31
Ternyata, walau mcmana sekalipun, cinta terhadap ALLAH sepatutnya
didahulukan. Ini kerana, apabila kita mengetahui hakikat ketuhanan yg
sebenarnya,InsyaAllah kita dpt membezakan yg mana intan dan yg mana
kaca. Falsafah ada menyatakan, 'Cintai diri sendiri, sebelum memberi
cinta pada org lain'
Tentu anda pernah mendengar nama Rabi'atul Adawiyah, seorg wali
wanita yg hidup atr 95 - 185 hijrah. Cinta Rabi'atul padaNya
merupakan cinta suci, murni dan sempurna menyebabkan beliau korbankan
hidupnya semata-mata utk beribadat kpd ALLAH SWT.
Dan acik tertarik juga dgn ungkapan saudara Al-Imran tentang cinta nie…
Hati manusia dijadikan Allah mudah berubah2 dan mudah lupa. Justru itu seringlah kita ingat mengingati di antara kita. Tidaklah hairan jika kita lihat divorce rate yang tinggi dimasa kini.
Rasulullah (saw) bersabda: "Cintalah sesiapa kamu cinta berpatutan, mungkin satu hari nanti dia akan menjadi seorang yang kamu membenci. Bencilah sesiapa yang kamu benci berpatutan, mungkin satu hari nanti dia akan menjadi seorang yang kamu cintai." [Di riwayatkan oleh at-Tirmidhi (no. 1997)]
Dalam segala yang cintai didunia ini, ada golongan yang kita akan tinggalkan dirumah kita, ada golongan yang akan mengikuti sehingga kepusara kita, hingga kita akan dengar tapak kaki mereka meninggalkan kita setelah acara kebumian berakhir. Ada sesuatu yang sentiasa menjadi teman kita hingga keakhir zaman, dimasa dimana keaadan amat gelap gelita dan tersangat sempit. Amalan puasa kita akan datang menlindungi kita dari satu arah, amalan solat kita akan datang melindungi kita dari satu arah, amalan sedakah kita akan datang melindungi kita dari satu arah, dan kalimah "Laa Ilaaha IllalLah" akan memberi cahaya. Rasulullah bersabda bahawa belum pernah lagi satu hari berlalu yang kubur tidak berkata: "Aku adalah tempat hutan belentara, aku lah tempat kesunyian, dalam aku lah rumah cacing dan serangga." (At-Tirmidhi).
Junjungan kita Rasulullah (saw) bersabda: "Sentiasalah mengingati pemusnah kelazatan (maut)" [Tirmidhi, Nasa’i, Ibn Maja, Ibn Hibban dan Ahmad]
Wallahu a'lam bisshawab.
ah... bagusnya soalan nie.... bagi aku... setuju sgt dgn apa yg dinyatakan oleh fosilmitra tu... aku pun ikut camtu gak antara percintaanku... seeloknya kita menegnali Allah dahulu dan diri kita..... kemudian barulah kita mencintai kekasih kita... barulah kita lebih memahami.. asalkan ada kefahaman... tp jgnlah terlalu mendesak... cinta dengan Allah sepatutnya diperlebihkan barulah bercinta ngan manusia... itulah yg sebaik2nya...
ekzos_pipe
13-12-04, 02:33 PM
Sekadar berkongsi ilmu yg terlalu sedikit dan mana yg salah harap ditegur insyaAllah..
boleh saye tau macam mane seseorg muslim itu bcinta dalam islam?
percintaan ini melibatkan cinta jarak jauh, mcm mane nak dapatkan rahmat allah dan kasih allah thadap cinta itu? :bunga:
Ekzos kira maksud di sini ialah percintaan dua insan dalam islam.
Antara pekara yg perlu di check list terlbih dahulu:
1.Niat
2.Batas pergaulan
3.Kaedah pergaulan
4.Ikatan
Niat
Adapun cinta hakiki manusia itu adalah hanya kepada penciptanya serta rasulnya. Maka, bagaimana pula kaitan dengan cinta kita sesama manusia yg ingin memenuhi fitrah manusia yg perlu berpasangan dan berkasih sayang? Pertamanya, kita perlu sedar akan fitrah manusia yg memerlukan antara satu sama lain yakni lelaki dan perempuan. Hatta dari sejak terciptanya Nabi Adam, telah dipasangkan ia dengan Hawa.
[1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. - an-nisa'
Nah dari ayat pertama surah an-nisa, kita sebenarnya sudah boleh nampak, kita sepatutnya memulakan niat kita dalam memenuhi fitrah manusia ini kerana ingin mendapat rahmat Allah swt melalui jalan taqwa. Pasangan itu sendiri adalah amanah dari Allah swt utk kita menjaga serta mengembangkan zuriat kita melaluinya. Dari zuriat ini pula, mereka perlulah kita didik utk meneruskan lagi amanah2 Allah swt dimuka bumi ini.
Cumanya, dalam zaman skrg ini ramai org mencari kasih manusia semata. Apa maksud disini? maksudnya ialah, kita boleh lihat, trend org bercinta kerana hanya mahukan si gadis atak si pria idaman, jika tak menjadi yakni clash ramai yg frust menongeng, menangis berhari2, hatta ada yg menyatakan tiada makna hidupnya lagi.. nauzubillah. tapi jika kita bercinta sesama manusia, kerna ingin mencapai keberkatan serta menjalankan amanah Allah, persoalan tak dapat si dia, tiada jodoh dgn si dia, tidak menjadi hal.. kerana kita tahu, itu bukan hak kita seperti yg di tetapka oleh Allah. Sekali lagi perlu diingatkan, bukan makhluk yg dicari semata, tapi rahmat Allah yang perlu dikejari. Niat bercinta sesama manusia kerana ingin mencapai kasih Allah.
Batas pergaualan
Ini selalunya dipandang enteng oleh ramai org. Hatta di zaman skrg ini, ibubapa pula yg boleh menggalakkan anak2 keluar dgn pasangan tanpa ikatan yg sah dgn nasihat - "jaga2 ya nak, bawa anak org tuh.." sepatutnya, si ibubapa patut menasihati si anak, "jaga2 ya nak, batas yg telah Allah dan rasulnya telah tetapkan" sebagai contoh sahaja - (gunalah skrip/nasihat mengikut keadaan yg sesuai). Ramai yg berkata, Aku hanya keluar dgn si dia hanya utk lebih mengenali diri si dia, tidak akan terlintas lebih dari itu niat ku.. nah, di skrip ini sahaja penuh dgn sifat2 dialog yg telah diputar belitkan oleh nafsu yg didorong oleh syaitan-kecuali, samada dia mati pucuk atau bermasalah dgn tenaga batin atau dia hanya minat kaum sejenis(ini bab lain)
maksud hadith: tiadalah dua org lelaki dan perempuan itu bertemu melainkan yang ketiga itu iala syaitan..
nabi junjungan kita telah lama menberi amaran ttg tatacara perhubungan ini, tapi kita yg bijak pandai ini masih ingin memutar belitkannya dan ironi dalam masa sama kita mengaku berkalimah syahadah pada Tuhan dan pesuruhnya. Berbalik kepada niat dan amanah Allah tadi, bagaimana kita ingin memenuhi keduanya itu sedangankan kita mencampur adukkan perhubungan yg bermula dgn niat yg baik dgn susana maksiat dan kemungkaran akan perintah Allah dan ingatan pesuruhnya?
Maka di sini, perlu kita jaga batas2 pergaulan seperti yg dibenarkan oleh syarak.
Kaedah pergaulan
Pertamanya ini merujuk kepada batas pergaulan, dari batas2 ini kita boleh memformulasikan kaedah2 yg secocok dgn syarak. Secara asasnya jika bercinta, kita pasti perlu bertemu mata. Pertamannya, kurangkan masa bercinta, segerakan ikatan. Kedua dalam masa bercinta kurangkan keluar bersama, dan jika perlu keluarlah dgn mahram si perempuan menemaninya. Ketiga, dalam bab bertalifon pula, ini pun agak bahaya, kerana mungkin tidak bertemu mata, tetapi peranan suara dan permainan fikiran serta nafsu bisa juga memudharatkan. Jauhkan dari bercakap kosong semata, elakkan berbiacara dgn suara yg lunak manja yang bisa mengoda.
Tatacara pergaulan kita menentukan keberkatan perhubungan kita. Kalau boleh penuhkan dgn suasana mencari ilmu, ajak ke kuliah2 ilmu yg lebih menambahkan kesedaran kepada kita serta sedikit sebanyak boleh menyediakan utk gerbang perkahwinan serta mendidik anak2. Kata kuncinya, jaga batas2 syarak. Biar kita simpan segala kemesraan kita ini sesudah adanya ikata perkahwinan yg sah. Masa ini gunalah segala kaedah yg diidam2kan dalam keadaan yg halal lagi mendapat balasan pahala sebagai ibadah.
Ikatan
Inilah apa yang diidam2kan pasangan2 kekasih, ikatan perkahwinan(tapi ada juga yg hanya mahu berfoya2). Ini sebenarnya hanyalah satu lagi permulaan kita ditahap yg sebenar dalam menuju kasih Allah melalui cinta sesama manusia. Disinilah kita akan diuji dgn janji2 manis masa bercinta, sehidup semati. Di sinilah akan kita lalui tempoh mendidik anak2 sebagai amanah kita. Bebalik pada panduan2 di atas, bagaimanakah peluang kita menghadapinya dgn keadaan niat yang tidak betul, batas serta kaedah pergualan kita yang melanggari batas syarak? bagaimana kita ingin mendpt kerahmatan serta keberkatan Allah dalam menempuhi hari2 ujian serta menjalankan amanah? Nah ini semua terpulang pada tuan2 utk menilainnya. Pokoknya disini, pemahaman ttg agama perlu ada terlebih dahulu, ilmu mengenainya perlu lah dicari seiring kita meneruskan kehidupan ini. Jangan jadikan nikmat berpasangan yang Allah jadikan utk sesama manusia sebagai Alat yang membelenggu kita di neraka kelak, sebaliknya jadikanlah ia sebagai alat yang membuat kita lebih mensyukuri nikmat darinya hatta menambahkan ketaqwaan kita dan seterusnya medekatkan kita kepada cinta hakiki. InsyaAllah..
Sepasang mata yg membaca, tetepai sepuluh jari yang menekan keyboard, maka ekzos memperingati diri ekzos yg selalu lalai ini terlebih dahulu dan seterusnya sesamalah kita ingat memperingati diri kita antara satu sama lain.
WA
Al-Imran
14-12-04, 10:52 AM
Jawapan pendek: "Dating" sebelum kawin dalam bentuk yang dipraktikkan sekarang tidak wujud dalam Islam.
Saya tambahkan dalil2 berkaitan yang belum dinyatakan diatas:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). [Al-Isra' ayah 32]
Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [Al-Nur 30-31]
Kalau kita umpamakan konsep cinta yang kita selalu lihat dimedia2 sekarang macam kek yang cantik icing nya, macam mana kita potong akan nampak sumbing nya. Kalau kita analyzekan problem tersebut dengan dalil2 yang dinyatakan di atas, juga analyzekan dalam mana2 segi saikology, social, dsb, kita akan dapati yang kebudayaan tersebut tidak sesuai dengan pengajaran Islam.
Islam menghamparkan struktur social atas dasar perhubungan kekal antara lelaki dan perempuan dalam bentuk keluarga. Perhubungan ini wujud dalam bentuk jalinan perkahwinan yang berkekalan. Justru itu untuk meneguhkan perhubungan suami/isteri, perhubungan sementara antara lelaki dan perempuan tidak dibenarkan. Perhubungan sementara tersebut bukan saja mendatangkan kerosakan social tapi juga menodai rohani dan moral kedua belah pihak (lelaki & perempuan).
Oleh sebab topik ini melibatkan banyak aspek, saya sambungi perbincangan ini dilain kali. Kita perlu faham impactnya pada pergaulan social kita dan bagaimana kita boleh melalui hidup kita dengan cara yang diredai Allah, Insa' Allah.
Wallah hu 'alam
alkaeda
14-12-04, 11:01 AM
boleh saye tau macam mane seseorg muslim itu bcinta dalam islam?
percintaan ini melibatkan cinta jarak jauh, mcm mane nak dapatkan rahmat allah dan kasih allah thadap cinta itu? :bunga:
bergantung dekat diri sendiri...
'apa yg kita buat hari ini akan menentukan siapa kita esok hari' :rokkdude:
rosenta
14-12-04, 11:07 AM
terima kasih semua , sesungguhnye , saye mahukan satu hubungan yg diredhai dan dirahmati allah ..mama saya ckp ,jika kamu cintakan sesorg , dptkan kan dulu kasih ilahi , insyaallah kamu akan dapat menjalin cinta yg suci.. :bunga:
tp sayer tak paham ape yg mama cakap so , saya utarakan kat cni ...
ariffuddin
14-12-04, 12:41 PM
ramainyer kanselor....mana satu nak ikut nie???
"cinta tidak semestinya bersatu!"
kesatuan hati adalah paling penting...
Allahu'alam...
Humairah
15-12-04, 09:25 AM
Serasi hati dan fikrah..tu yg susah nak cari tuh......:(...kerana lum pandai menyintai diri sendiri....
Al-Imran
15-12-04, 01:24 PM
:salam:
Subhanallah, begitulah sifat anak2 yang soleh, selalu patuh kepada ibu/bapa, moga kita digolongkan dikalangan anak2 yang soleh.
Rasulullah bersabda yang bermaksud :
“Apabila matinya anak Adam, terputuslah semua amalan melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat dan anak soleh yang mendoakan baginya.” (Saheeh Muslim 4005).
Selalu lah berdoa untuk ibu/bapa kita setiap solat. “Allahummagh fir li zunuubi wali walidaya warhamhumaa kamaa rab bayaanii shaghiira” bermakna “Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa ibu-bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengash sayangi aku ketika aku kecil.”
Kita sambung balik pasal “cinta”. Allah jadikan kita dengan perasaan cinta semula jadi antara yang berlainan jenis. Kita perlu jaga bagaimana kita arahkan perasaan tersebut dengan cara yang diredai Allah.
Perhubungan “sementara” yang saya maksudkan diatas adalah perhubungan dimana kedua2 belah pihak tidak bermaksud untuk berkahwin. Janji2 kosong untuk berkahwin pun termasuk dalam golongan perhubungan “sementara”. Kedua belah pihak perlu betul2 serious dengan tujuan perkahwinan dan pihak lelaki perlu meminta kebenaran dari ibu/bapa pihak perempuan (ikatan pertunangan).
Dalam alam pertunangan pula, kita perlu jaga batas2 Islam dan ikut seperti En. Ekzos_pipe nyatakan dalam tajuk “kaedah pergaulan” di atas. “Mahram” yang dimaksudkan adalah “mahram” yang faham batas2 Islam, bukan “mahram” yang “sporting”, macam bagi adik gula2 kemudian bawak adik sebagai “mahram” yang tak kacau daun. Itu sebenarnya menipu diri sendiri, Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam hati kita.
Mari kita tinjau mengapa sebab2 perhubungan antara lelaki/perempuan “sementara” (boyfriend/girlfriend) berlaku:
1)Tekanan dari kawan2 (peer pressure)
Bila semua kawan2 yang sebaya ada pasangan, kita akan terdorong untuk berbuat demikian. Jika kita tak ada pasangan kita akan merasa kekurangan dan merasa tersisih dari kawan2 dan tidak dapat fit-in dengan kawan2 dalam pergaulan selepas sekolah dan tidak dapat bercampur dalam perbualan harian. Paling teruk mungkin kita akan di gelar bermacam nama macam “geek”, “wallflower” dsb.
2)Pertandingan popularity (popularity contest). Peer pressure seperti ini melibatkan lebih dari 1 calun pasangan. Lagi banyak peminat lagi popular lah dalam sekolah. Perbuatan seperti ini boleh mengecewakan hati pihak2 yang terlibat, sebab ianya terang2 tidak bertujuan untuk menghasilkan perhubungan yang kekal.
3)Apa itu cinta?. Cinta ni satu perasaan yang paling payah sekali difahami. Kenal tak Dr. John Gray? Pengarang buku terkenal, “Men is from Mars, Women is from Venus”, kiranya “respectable” dalam bidang perhubungan lelaki/perempuan. Perhubungan suami/isteri dia sendiri pun bercerai-berai. Ex-wife dia Dr. Barbara De Angelis, juga “expert” dalam ilmu perhubungan (“Are you the one for me?”, “What Women Want Men to Know”, dsb.), pun dah berapa kali cerai/kawin dengan berlainan lelaki. Bertahun2 lama mereka mempelajari ilmu hubungan lelaki/perempuan, mereka sendiri tak faham soal cinta ini, ini kan kita yang baru memasuki alam dewasa.
4)Kebosanan (Boredom). Mencari pasangan untuk mengisi kekosongan. Insya' Allah cuba lebih-kan ibadat, zikr, pergi ke usrah atau aktiviti2 kerohanian. Tiada apa yang dapat mengisi hati yang kosong kecuali Iman.
5)Low self-esteem. Bila kita rasa kita tak diidamkan, kita rasa macam kita berkurangan, oleh itu kita rasa kita perlukan pasangan untuk meningkatkan self-esteem.
6)Kurang kasih-sayang dalam keluarga, oleh itu kita cuba mencari kasih-sayang dari berlainan jenis.
Kita tidak akan dapat mengenali seseorang melalui perhubungan “sementara”, sebab kedua2 belah-pihak tidak akan menunjukkan perangai yang sebenar mereka.
Insya' Allah, saya akan sambungi dilain kali.
rosenta
21-12-04, 06:02 PM
hmmm , time kaseh al imran, u mean wpun couple tuh dah btunang hubungan mereka masih di kira anjabikan?
tul kate awk ,cinta adalah satu perasaan yg sukar di fahami , kdg2 dtgnye tidak dijemput tp pulangnye dgn iringan air mata..
:bunga:
abeh tu bila nk sambung topiknya ni
el-lail
07-06-05, 09:40 AM
Quote from my signature:Cintai Dia sbelum mcintai org lain,kerna tanpa cintaNya,kita tdk mungkin mcintai org yg kita cintai.
Susah nak letakkan cinta kpd Allah mengatasi segalanya. Huhu..
Jika ada cinta dlm diri, letakkanlah cinta kpd Allah yg tertinggi,
Jika ada rindu dlm diri, rinduilah Syurga Allah sedalamnya,
Jika ada sayang dlm diri, sayangilah Iman dlm diri melebihi segalanya,
Jika semua ini dituruti, di situlah cinta sejati...
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.