View Full Version : Mengapakah Perlu Ada Mahzab, Sedangkan....
buildtem
14-12-04, 01:36 AM
Dunia Islam kini dipengaruhi oleh pandangan Mahzab Syafie, Mazhab Maliki, Mazhab Hambali dan Mazhab Hanafi. Ia seolah-olah ada persamaan dengan satu agama lain yang juga mempunyai pandangan paderi-paderi masing-masing yang juga bermasalah dengan cara ini. Mereka tidak bersefahaman sehingga kehari ini....
Telah menyebabkan banyak berlaku pecah belah sesama umat Islam. Perbezaan pendapat didalam banyak issue yang timbul. Para alim ulama Malaysia juga gagal bersependapat. Hakim mahkamah di Johor berpandukan mahzab Syafie, tetapi di Selangor berpandukan Mahzab lain bila menentukan sesuatu permasalahan lain.
Al-Quran dikatakan sesuai dipergunakan sehingga keakhir zaman. Dengan nama ALLAH, saya sehingga kehari ini tidak pernah mempertikaikan kebenaranNYA. Mengapakah kita perlu meneliti sesuatu permasalahan berdasarkan kita di Mahzab mana ? Mengapakah tidak terus berdasarkan Al-Quran dan Hadis sahaja? Didalam Al-Quran, adakah kita diminta berlandaskan pendapat-pendapat bercanggah mereka.
Saya kurang arif dibidang ini, minta pandangan yang lebih bijak dan mengetahui ?
Tok Janggut
14-12-04, 09:54 AM
Dunia Islam kini dipengaruhi oleh pandangan Mahzab Syafie, Mazhab Maliki, Mazhab Hambali dan Mazhab Hanafi. Ia seolah-olah ada persamaan dengan satu agama lain yang juga mempunyai pandangan paderi-paderi masing-masing yang juga bermasalah dengan cara ini. Mereka tidak bersefahaman sehingga kehari ini....
Telah menyebabkan banyak berlaku pecah belah sesama umat Islam. Perbezaan pendapat didalam banyak issue yang timbul. Para alim ulama Malaysia juga gagal bersependapat. Hakim mahkamah di Johor berpandukan mahzab Syafie, tetapi di Selangor berpandukan Mahzab lain bila menentukan sesuatu permasalahan lain.
Al-Quran dikatakan sesuai dipergunakan sehingga keakhir zaman. Dengan nama ALLAH, saya sehingga kehari ini tidak pernah mempertikaikan kebenaranNYA. Mengapakah kita perlu meneliti sesuatu permasalahan berdasarkan kita di Mahzab mana ? Mengapakah tidak terus berdasarkan Al-Quran dan Hadis sahaja? Didalam Al-Quran, adakah kita diminta berlandaskan pendapat-pendapat bercanggah mereka.
Saya kurang arif dibidang ini, minta pandangan yang lebih bijak dan mengetahui ?
Kesalahan fahaman ini datangnya dari sikap kita yang kurang arif dalam agama sendiri. Maka dengan itu soalan seperti ini bagi menjernihkan pemahanan adalah amat-amat dialukan.
Kita kena faham berdasarkan kajian kita akan perbezaan yang wujud sepanjang zaman sama ada di antara umat Islam atau bukan umat Islam. Kita hendaklah mengetahui persamaan dan perbezaannya, sebab dan kesannya serta akibatnya.
Pertama sekali, kita perlu faham bahawa adalah salah mengumumkan (to generalise) perbezaan di antara mazhab adalah sama dengan perbezaan agama seperti syiah dan sunni atau islam dan kristian dan sebagainya.
Kita perlu memahami apakah sebab perbezaan ini dan kenapa.
Perbezaan antara mazhab, tidak seperti perbezaan antara agama adalah perbezaan dalam perkara yang cabang/furuk/juzuk dan bukan dalam perkara usul/akidah/fundamental.
Maksudnya di sini, di dalam al Quran dan as sunnah, terdapat 2 jenis dalil. Satu yang qatie (muktamad) dan dzonni (samar-samar). Perbezaan dalam perkara qatie akan membawa kepada akidah dan usul yang lain dan salah. Berkemungkinan besar ia akan mengeluarkan seseorang dari agama. Tetapi perbezaan dalam perkara furuq/cabang hanya tidak mengeluarkan seseorang itu dari agama. Di sinilah akan berlakunya perbincangan dan muzakarah yang akan membawa kepada jalan penyelesaian yang terbaik.
Persoalannya kenapa perlu ada perbezaan?
Inilah kelebihan Islam. Di dalam Islam ada perkara yang bersifat tetap dan tidak berubah. Dan ini dikenali sebagai perkara usul/prinsip. Tetapi ada perkara yang bersifat at taghrir atau fleksible. Oleh kerana ujudnya kedua-dus sifat inilah maka Islam sesuai untuk setiap zaman dan masa.
Perbezaan antara pendapat dalam perkara furuq ini pernah berlaku pada zaman nabi s.a.w sendiri sewaktu ekspedisi ke bani khurazah. Pada waktu tersebut para sabahat diarahkan oleh nabi untuk tidak solat asar melainkan setelah sampai ke tempat yang hendak di tuju. Sewaktu perjalanan, waktu asar sudah hampir habis dan sudah masuk waktu maghrib. Ada sebilangan sahabat mengatakan mereka perlu solat dan mengambil kata-kata nabi tadi bukan dari segi literal tetapi dari segi makwani yakni nabi hendak mereka cepat ke tempat tersebut. Ada sahabat mengambilnya dari makna zahir dan mengatakan hanya solat setelh sampai kerana ini arahan nabi yg menerima wahyu. Kemudian ada sahabt yang soalt dan ada yang meneruskan perjalanan.
KEmudian mereka datang dan bertanya kpd nabi siapa yang benar dan siapa yang salah. Nabi kemudian menjawab bahawa setiap dari mereka telah berijtihad. Siapa yang benar ijtihadnya akan mendapat 2 pahala. YAng salah akan mendapat satu. Nabi tidak pernah menyatakan dalam kes ini siapa benar dan salah. But the point is, dalam perkara furuq, kedua-duanya akan mendapat pahala walaupun ia salah kerana kedua-duanya telah berijtihad (mengkaji/meneliti) dalil yang samar-samar.
Keduanya, kitab kita itu sempurna, tetapi interpritasi manusia itu tidak sempurna. PErbezaan pendapat adalah kerana ketidak sempurnaan kita dan keadilan Allah swt mengetahui perkara ini maka diberikan kelonggaran kepada manusia itu membuat interpretasi asalkan ia tidak menyalahi perkara usul dan qatie di dalam Islam.
Maka perbezaan mazhab sepakat umat Islam adalah dalam perkara yang diperselisihkan dan yang bersifat zonni. Cuma umat islam yang tidak faham dan jahil sahaja yg akan pening dan memandang perkara ini sebagai perkara yang bersifat usul.
maka fahamilah perkara ini
Apa yang saya nyatakan ini ialah perkara asas shaja. BOleh rujuk dgn lebih lanjut lagi dalam banyak buku2.
wallahualam
TJ
alkaeda
14-12-04, 10:39 AM
no idea.. mungkin ini tandanya umat Islam akan berpecah kepada 75(?) golongan dan hanya 1 golongan yang masuk Syurga..
manusia zahirnya berbeza antara satu dgn lain... cth. tafsiran Quran, satu lain maksudnya dr yang lain...
tapi amnya, mereka berbeza pendapat dengan tidak menyalahi isi al-Quran...
dan mungkin juga berbeza daripada tafsiran hadis yg bermacam ragam...
wallahualam'
Tok Janggut
14-12-04, 04:47 PM
no idea.. mungkin ini tandanya umat Islam akan berpecah kepada 75(?) golongan dan hanya 1 golongan yang masuk Syurga..
manusia zahirnya berbeza antara satu dgn lain... cth. tafsiran Quran, satu lain maksudnya dr yang lain...
tapi amnya, mereka berbeza pendapat dengan tidak menyalahi isi al-Quran...
dan mungkin juga berbeza daripada tafsiran hadis yg bermacam ragam...
wallahualam'
Hadis berpecah kepada pecahan golongan nie pun jangan tafisr sebarang. Perbahasan mengenai perkara ini panjang tetapi tidak ada satupun yang menyentuh mengenai perbezaan pendapat dalam mazhab. Ia tidak termasuk dalam perkara ini.
wallahualam
TJ
Morpheus
16-12-04, 09:41 PM
Saya ada mendengar kata-kata seorang kawan bahawa orang yang bermazhab Syafie tidak boleh berimamkan orang yang bermazhab lain tetapi perkara sebaliknya dibenarkan. Adakah benar kata2 ini? Saya kurang yakin sebab yang berbeza antara mazhab adalah furuq, bukan asasnya. Boleh bantu saya?
Saya ada mendengar kata-kata seorang kawan bahawa orang yang bermazhab Syafie tidak boleh berimamkan orang yang bermazhab lain tetapi perkara sebaliknya dibenarkan. Adakah benar kata2 ini? Saya kurang yakin sebab yang berbeza antara mazhab adalah furuq, bukan asasnya. Boleh bantu saya?
kalau betul, susah la time nak mengerjakan haji... mcm mana nak berjemaah di masjidil haram yg imamnya tak bertakliq dgn mazhab syafie... dan takkan la tiap kali nak solat berjemaah di tempat asing, kena jumpa imam bertanyakan mazhab yg dianuti...
pendapat ekstrim mcm ni la yg selalu menyusahkan agama Islam tu sendiri dan memecah belahkan masyarakat Islam... elok la Morpheus bertanya dan tak terus percaya...
untuk lebih jelas, diminta saudara TJ mengulas :D
wassalam.
ekzos_pipe
17-12-04, 09:52 AM
Dia skrg kalau tak salah ekzos, ada konsep Global Fiqh.. cuba cari kat al-ahkam.net kat sana kalau tak salah ada perbincangan lanjut..
Ta'asub Mazhab buta tuli? ada orang kata tak boleh guna istilah ini? ulamak mana kata demikian? pada saya orang yg berkata demikian tentu tidak mendalami sejarah mazhab.
dahulunya, ketaasuban mazhab bukan sahaja menidakkan kebenaran mazhab lain ttp menyebabkan pertumpahan darah. dan berlakunya penciptaan hadith palsu atas nama mazhab.
1. Sesetengah mereka yg taasub kpd mazhab asy-syafie ditanya ttg hukum makanan yg terjatuh ke dlm perahan anggur yg memabukkan. mereka akan menjawab, "makanan tersebut lebih baik dilemparkan kpd anjing atau diberikan sahaja kpd mereka yg bermazhab hanafi." sebaliknya mereka yg bermazhab hanafi ditanya ttg hukum berkahwin dgn perempuan mazhab syafie, "Hukumnya tidak harus kerana perempuan tersebut meragui keimananannya, padahal iman mestilah diputuskan secara pasti." maksud org yg bermazhab hanafi ini ialah terhadap sikap imam as-syafie yg mengharuskan seseorang itu berkata, Ana Mukmin InsyaAllah.
2. Sesetengah golongan hanafiah mendengar seorang lelaki solat disebelahnya sbg makmum dan membaca al-fatihah, lantas dipukulnya lelaki itu dgn satu pukulan yg menyebabkan pengsan. lantaran kisah inilah, imam as-syatibi mengarang sebuah kitab bertajuk, al-i'tisham (kesatuan).
3. sesetengah mereka yg taasub kpd mazhab maliki, menegaskan siapa mengatakan semua hadith dlm al-muwattha' adalah sahih, tidak perlu bersumpah bagi menguatkan dakwaannya ttp sebaliknya mengatakan hadith dlm bukhari dan muslim adalah sahih, dikehendaki bersumpah bagi menguatkan dakwaannya.
4. di india, seorang lelaki dibelasah hanya kerana menggerakan jari ketika tahiyat. menurut mereka yg melakukan perbuatan itu adalah haram. ditanya ttg dalil pengharaman, mereka hanya menyebut ia tertulis dlm kitab syeikh al-kaidan.
5. berlaku di kaherah, seorang alim bersama 2anak muridnya enggan menunaikan solat subuh berjamaah di sebuah masjid lantaran kerana imam yg dilantik itu mazhab syafie.
dlm 5 kisah ini, apa kita nak panggil? tak boleh panggil taasub mazhab?
ini belum lagi hadith 2maudhu' atas nama mazhab sehingga mencela para imam mazhab.
ziy@d al-ahkam.net
wassalam.
no komen....
tp terima kasih krn bagi komen...
alkaeda
18-12-04, 12:09 PM
erm,.. artikel dr al ahkam..
Di segi teologi, ia dihimpunkan kepada dua madzhab yang diketuai oleh A-Asy'ari yang dilahirkan tahun 227 Hijrah dan meninggal setelah tahun 330 Hijrah dan al-Maturidi yang lahir 225 Hijrah dan meninggal 331 Hijrah?
Adalah suatu kenyataan bahawa orang di tiga abad pertama (di permulaan sejarah Islam) secara mutlak tidak pernah berpegang kepada mana-mana madzhab itu. Dan madzhab-madzhab itu tidak wujud pada tiga abad pertama, padahal itu adalah masa-masaa yang terbaik.
Hampir dua abad selepas lahirnya madzhab-madzhab empat, kedudukan pengikut-pengikut mereka dilanda perpecahan dan masing-masing mendakwa madzhab merekalah yang terbaik.
Az-Zamakshari yang lahir 467 Hijrah bersamaan 1075 Masehi dan meninggal 537 Hijrah bersamaan 114 Masehi, seorang Hanafi, telah menggambarkan kedudukan madzhab Empat/Ahlul Sunnah pada masa itu seperti berikut:
Jika mereka bertanya tentang madzhabku,
Aku berdiam diri lebih selamat,
Jika aku mengakui sebagai seorang Hanafi,
Nescaya mereka akan mengatakan aku mengharuskan minuman arak,
Jika aku mengakui bermadzhab Syafie, mereka akan berkata: aku menghalalkan 'berkahwin dengan anak perempuan (zina)ku sedangkan berkahwin dengan anak sendiri itu diharamkan.
Jika aku seorang Maliki, mereka berkata: aku menharuskan memakan daging anjing,
Jika aku seorang Hanbali, mereka akan berkata: aku meyerupai Tuhan dengan makhluk.
Dan jika aku seorang ahli al-Hadith, mereka akan berkata: aku adalah seekor kambing jantan yang tidak boleh memahami sesuatu (Tafsir al-Kasysyaf, Cairo, Jilid, II, hal.494).
Ini adalah sebahagian daripada gambaran fanatik yang berlaku di kalangan madzhab-madzhab itu sendiri.
Dan di abad kemudiannya dihadkan madzhab kepada empat sahaja oleh pemerintah sekular pada masa itu. Dan tidak sekali-kali 'penentuan' itu berdasarkan kepada Hadith-Hadith Nabi SAWA. Malah 'penentuan' kepada empat itu adalah penentuan politik bagi menentang pergerakan Syiah Imamiyyah atau dalam erti kata yang khusus ialah pergerakan Ahlul Bayt.
Hanya di abad ketiga belas tiap-tiap pengikut madzhab menyenaraikan nama-nama pengikutnya seperti as-Subki menulis senarai nama-nama pengikut as-Syafie dalam bukunya Tabaqat as-Syafiiyyah al-Kubra.
Tidak ada perbezaan antara Syiah Imamiyyah dan madzhab Empat/Ahlul Sunnah mengenai asas-asas agama yang utama, iaitu Tauhid, Kenabian, dan Maad (Hari Kebangkitan).
Semua pihak percaya sekiranya seorang mengingkari salah satu daripada asas-asas itu, maka dia adalah kafir. Mereka percaya al-Qur'an adalah Kitab Allah yang diturunkan kepada umat manusia melalui Nabi Muhammad SAWA, tidak boleh dikurang atau ditambah, berdasarkan kepada Mushaf Uthman yang digunakan oleh seluruh umat Islam, manakala mushaf-mushaf lain seperti Mushaf Ali telah dibakar atas arahan Khalifah Uthman.
Sekiranya ada penafsiran yang berbeza antara Syiah Imamiyyah dan Ahlul Sunnah mengenai ayat al-Qur'an, maka ia adalah perkara biasa yang juga berlaku di kalangan Ahlul Sunnah itu sendiri antara Syafie dan Hanafi dan seterusnya.
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.