View Full Version : Hukum walimatul urus (Majlis Perkahwinan)
fosilmitra
19-12-04, 10:54 PM
:salam:
Acik ingin mendapatkan kepastian yg jelas mengenai serba serbi hukum tentang menghadiri kenduri walimatul urus dimana yg biasa acik dengar jika kiter tidak dijemput datang ke majlis tersebut maka ianya dikira “haram” bagi kiter untuk makan sama didalam majlis tersebut… Betul ke pendapat ini?... Apakah maksud “haram” hanya jika memakan makanan kenduri tersebut tetapi jika ingin datang melihat dan bersama2 dengan rakan2 ke majlis tersebut juga tidak dibolehkan?..Musykil gak acik dlm soal nie… :rolleyes:
Pastu satu persoalan lagi berkenaan jikalau tidak dapat hadir ke majlis walimatul urus setelah diajak oleh rakan secara personally… Ada pendapat mengatakan haram jika dah dijemput kiter tak datang rumah diorg… Betulkah pendapat nie?... Kalau atas sebab2 sengaja takmo datang adakah ianya juga dikatakan haram dan berdosa?... Boleh sesiapa yg arif tolong perjelaskan sedikit persoalan ini?... Dan harap rakan2 yg lain sudi menambah soalan… :)
Wallahu a'lam bisshawab.
MaszMelati
20-12-04, 10:47 AM
biasanya..kalo xdijemput..xyah la datag..:D
tp kalo dijemput..tp xdpt mghadiri mjlis tu..krn mungkin sb yg
disengaja @ x disenjagakan..tidakla haram..
kalo xdijemput to kita pegi gak majlis tu & mkn..
xtau la apa hukumnya..tp yg aku tau..itu namanya..muka x malu..:D
apa2 pun...tungu yg arif yg mnjwp..:)
fosilmitra
20-12-04, 01:09 PM
biasanya..kalo xdijemput..xyah la datag..
tp kalo dijemput..tp xdpt mghadiri mjlis tu..krn mungkin sb yg
disengaja @ x disenjagakan..tidakla haram..
kalo xdijemput to kita pegi gak majlis tu & mkn..
xtau la apa hukumnya..tp yg aku tau..itu namanya..muka x malu..
apa2 pun...tungu yg arif yg mnjwp..
:salam:
Hepp!... ada apa org yg tak dijemput tapi mai jugak bertandang ke majlis tersebut melati... cthnyer cam bekas balak (ex-pakwe/makwe) si pengantin tue ker... datang2 nak surekecohkan majlis... ade jugak camtu kan?... :devjoget:
Acik pun tertanya gak... kalau dgn alasan sengaja malas nak pi kenduri tue walaupun tak sampai sebelah rumah, camn lak dikiranyer tue?... Dosa ke idak tue?... :confused:
"Jika kalian diundang ke walimah, sambutlah sambutlah undangan itu (samaada urusan perkahwinan atau yg lainnya). Barangsiapa yg tidak mmenuhi undangan itu ia telah derhaka/membantah Allah dan rasul-Nya." (Muslim:4/ 152dari Ibn Umar ra)
Matan yg lain:
"Apabila salah seorang dari kamu dijemput ke kenduri walimah, maka sambutlah. Jika ia tidak sedang berpuasa, makanlah dan jika ia sedang berpuasa, berdo'alah."
(Muslim:4/ 153dari Abu Hurayra ra)
Juga dari versi Muslim dan Imam Ahmad (3/392) "Apabila salah seorang kamu diundang makan, sambutlah, kalau suka hendaklah ia makan, jika tidak suka tinggalkan."
Madzhab Syafi'iy menetapkan ia wajib, yg rajih bahkan ia adalah ketetapan jumhur. Dalam kitab Iqna' misalnya: yang sangat wajib (fardhu 'ain) ialah bila yg mengundang itu menyebut nama atau menulis secara nyata orang yg diundang (hari ini guna kad2 jemputan). alMuhaddith alAlbani (adabul Zafaf) mendokong hukum wajib berdasarkan dalil yg qat'iy itu.
dicedok daripada al-ahkam.net
wassalam.
Humairah
20-12-04, 01:30 PM
Bagaimana lak kalau majlis tuh dah bercampur.....cth pasang muzik kan main sampai jiran nak solat pun berdengung telinga?
kalau dlm majlis tuh ada joget lambak.......
tempat duduk tak asing pun lelaki dan pompuan....
Kadang2 pening gak sekarang nih.....pd majlis penuh berkat nih duk ingat duk karaoke dan joget lambak jer...kata dirikan masjid....kadang2 cam tak logik...bina masjid tp dihiaskan dgn lagu2 entah aper2.......pakai baju lak jenis terbayang2.......melaram kan main lg.......
p/s; kita dah dpt jemputan...dah beli hadiah...bila sampai rupanya tgk syok karoeke kat depan umah......dah alang2 jln jauh masuk jugak.......kadang2 terpk leh ker nak doakan pengantin nih? tp dlm hati tetap berdoa semoga mereka akan mendpt hidayah nanti.....
fosilmitra
20-12-04, 01:35 PM
:salam:
Terima kasih atas rujukan yg diberikan oleh sahabat kiter saudara trew ini... Acik rasa telah jelas pada kiter mengenai kewajipan memenuhi undangan majlis walimatul urus sebegini... Cuma dlm persoalan melaksanakan majlis walimatul urus ini jugak, adakalanyer diselitkan dgn upacara persandingan... Kiter kena paham disini bahawa Islam membenarkan walimatul urus (majlis hebahan perkahwinan) dan melarang bersanding... bagaimana jika kiter menjadikan persandingan itu asbab kiter takmo pi majlis depa... Boleh saudara trew mengupas lebih lanjut akan hadis2 yg dibentangkan tadi dlm aspek ini... Terima kasih... :)
p/s: Ahai... cik Humairah kiter nie pulak... cam sehati sejiwa lak kiter nie... kekeke. Maaf, iklan skit.
Ulama’ juga telah menggariskan, sekiranya majlis itu dicampuri dgn perkara maksiat, maka gugurlah kewajiban tersebut. Ibn Mas’ud telah berkata, “Sekiranya hanya orang kaya yg dijemput dan org miskin tidak, kami telah diarahkam supaya tidak memenuhi jemputan itu.” Ibn Bataal berkata pula, “Sekiranya tuan rumah membezakan antara org kaya dan miskin melalui pengasingan tempat duduk, itu tidaklah mengapa. Ibn Umar berbuat demikian.”[Fathul Baari 9 /245]
Dalam persoalan sdr, upacara maksiat yg disertakan dgn adat lain yg mmg telah diketahui umum akan bid’ahnya. Ttp bagaimana hukum menghadirinya. Berdasarkan fiqh syafi’I, maksiat menggugurkan kewajiban utk menghadiri majlis walimah. Maka, tidaklah wajib utk sdr menghadirinya. Ttp, perlu juga kita mengambil kira faktor lain. Antaranya, adakah ketidak hadiran kita boleh membawa kpd pepecahan atau pertelingkahan antara sahabat/keluarga. Saya berpendapat, sdr penuhilah jumputan itu. Ttp janganlah pergi ketika upacara maksiat itu diadakan. Ini utk menolak mudharat yg mungkin akan wujud.
Persandingan pada hari ini ada banyak jenis. ada persandingan secara tertutup, ada yg dilakukan di mana pengantinnya bertudung. Bukan makna semua persandingan itu ditegah.
diubah suai drpd al-ahkam.net juga.
wassalam.
Humairah
20-12-04, 01:58 PM
Tu lah trew.....cam kalau kat kampung saya.....
Majlis buat kat bawah..maksudnya bukan kat atas umah....
Kalau buat persandingan (ambik gambar ngan set pelamin tanpa ada bertepung tawar pun) pun yg pompuan jer yg tengok sbb pompuan jer yg naik kat atas umah...tu pun just ambik gambar family.......
yg lelaki jumpa kat bawah jer......takut terpikat ngan pengantin pompuan yg tetiba comey di hari perkahwinan.......:D..lepas kawen gerenti muka dah jd lain dah.......abis seri kot.....
fosilmitra
20-12-04, 02:16 PM
Persandingan pada hari ini ada banyak jenis. ada persandingan secara tertutup, ada yg dilakukan di mana pengantinnya bertudung. Bukan makna semua persandingan itu ditegah.
diubah suai drpd al-ahkam.net juga.
wassalam.
:salam:
Acik rasa perlu jugak saudara trew memberikan garis panduan & kaedah apa yg dibenarkan oleh syarak mengenai kenyataan yg diatas nie... Seingat acik bersanding2 tue belanja hanguslah tue... :p
Wallahu a'lam bisshawab.
Acik berbincang la dgn pihak yg satu lg tu, elok jugak berbincang time nak tunang ni, kan biasa time tunang tu tetapkan tarikh nak kenduri sekali, so lanjutkan la soal cara mcm mana nak buat kenduri tu dlm perbincangan memilih tarikh tu... bukan apa... bila dah tunang, Acik akan rapat dgn keluarga seblh lagi, nak argue time lps tunang pun mcm tak molek je... kadang2 org tua2 ni dia fikir "apa org kata nnt..." so pilih jln tgh, kalau belah sana nak bersanding juga, buat la mcm yg Cik Humairah ckp tu... takde la bermasam2 muka nnt...
pendapat & pengalaman trew je :D
wassalam.
fosilmitra
20-12-04, 04:22 PM
Acik berbincang la dgn pihak yg satu lg tu, elok jugak berbincang time nak tunang ni, kan biasa time tunang tu tetapkan tarikh nak kenduri sekali, so lanjutkan la soal cara mcm mana nak buat kenduri tu dlm perbincangan memilih tarikh tu... bukan apa... bila dah tunang, Acik akan rapat dgn keluarga seblh lagi, nak argue time lps tunang pun mcm tak molek je... kadang2 org tua2 ni dia fikir "apa org kata nnt..." so pilih jln tgh, kalau belah sana nak bersanding juga, buat la mcm yg Cik Humairah ckp tu... takde la bermasam2 muka nnt...
pendapat & pengalaman trew je :D
wassalam.
:salam:
Laa... ke situ lak poienyer sahabat acik soang nie... Bukanlah trew... acik bukan dok cite pasal acik nak kawen sok kena bersanding ke apa lagi... acik dok tanya apa dia kreteria atau ciri2 garis panduan yg dibenarkan syarak dlm bab2 bersanidng nie selain pakai tudung menutuupi aurat tue... takkan takde lagi benda2 lain yg mesti dipatuhi... :)
yg lain trew tak tau la :D sbb tak pernah bersanding ke ape lg, nnt la ujung2 bln 3 ni trew cite :D
alaaaa.. apa salahnya Acik, persediaan awal :D time meminang nnt pesan la kat mak, tanya bg habis2 pasal majlis walimah nnt, baru semangat nak kawin, takde la tangguh2 nnt :D
wassalam.
Humairah
20-12-04, 04:58 PM
yg lain trew tak tau la sbb tak pernah bersanding ke ape lg, nnt la ujung2 bln 3 ni trew cite
alaaaa.. apa salahnya Acik, persediaan awal time meminang nnt pesan la kat mak, tanya bg habis2 pasal majlis walimah nnt, baru semangat nak kawin, takde la tangguh2 nnt
wassalam.
trew..hang dah silap paham nih...yg si pok cik tu maksudkan bukan majlis dia sendiri lah tp kalu dpt undangan lah...tu lah acik tu kan baru nak tunang...lg setahun masa utk dia penuhi undangan orang lain sebelum dia jemput kita semua ker majlis dia.....:D.....(weh jgn lupa jemput cek....mesti pegi ngan meow n the geng sekali kot.....ops.....)
so dia nak lah justification majlis cam mana dia wajib pegi dan yg camner perlu dia elak la......
trew.....trew dah merenyam nak kawen la nih.......ish..ish.......ops.....nakai lak akak hang nih......:malunaga:
fosilmitra
20-12-04, 05:44 PM
:salam:
Saudara kiter trew nie dah pakat nak kawen ke?... Acik baru jer nak bertunang... kamu dah nak kawen yer trew... Camno leh advance lak kamu nie... :D
Kiter nie dok pi sembang cam kat warung kopi jer hal nie... Hmm... kiter mohon sahabat yg lebih arif tentang bab walimatul urus nie bersama kiter memberikan jawapan... Apakah yg dimaksudkan persandingan yg dibolehkan dan apakah pulak maksud belanja hangus... Dah sanding2 beli beli anting2 tue kira hangus ler duit kiter!!... :p
tunang kejap2 dah la Acik... thn depan jugak kawin :D
jom baca ni :D
http://agamaku.tripod.com/adabsanding.html
wassalam.
mattroxxx
21-12-04, 08:42 AM
:salam:
Semangat kejiranan tidak akan berkembang dengan hanya bersembang pendek dan mengangkat tangan. Betul tak??
Jika ada jemputan ke rumah atas majlis-majlis tertentu seperti kenduri kahwin, majlis cukur jambul, majlis harijadi, kenduri doa selamat dsb, peluang itu hendaklah dilihat sebagai satu peluang untuk kita mengenali jiran kita dengan lebih mendalam. Seboleh-bolehnya jemputan tersebut ditunaikan agar jiran berasa dihargai dan tidak berkecil hati.
Peluang bermasyarakat ini juga boleh direalisasikan di hari2 kebesaran tertentu utk kaum tertentu. Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum. Oleh itu, pelbagai hari kebesaran utama diraikan sepanjang tahun. Misalnya Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Gawai, Krismas dsb. Pada hari2 tsb, ambillah peluang untuk mengunjungi dan beramah-mesra dengan jiran anda.
Agama Islam pula mempunyai pandangan yang tinggi kepada keperluan hidup bermasyarakat ini. Surah Al-Hujarat, ayat 13 membawa maksud “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)”.
ps: ini membuktikan bahawa manusia dituntut hidup bermasyarakat dan saling mengenali antara satu sama lain. :malaysia:
fosilmitra
21-12-04, 08:43 AM
:salam:
Wokey trew. Tengkiut.
Tarikh: 10/19/2002
saya ingin bertanya mengenai adat bersanding dalam perspektif islam? Jawapan:
1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.
2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.
3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.
Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)
Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.
4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:
(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.
(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu. Hukum Islam Terhadap Persandingan :
1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5, dan Yunus: 107.
2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.
3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (* pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)
4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)
5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing." Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)
6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)
7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi) Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:
1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.
2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.
Rujukan 1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam. 2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha. 3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam. Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".
Acik... ni haaa... baca ni lak :D
http://www.perkahwinan.com.my/v3/modules.php?name=Content&pa=showpage&pid=76
wassalam.
fosilmitra
22-12-04, 12:11 PM
:salam:
Sedikit info utk semua. Mohon diconfirmkan artikel ini:
Ucapan terbaik untuk pengantin baru
Assalamualaikum wbt
Bila cuti sekolah bermula...kita pastinya menerima kad undangan perkahwinan dari sahabat & saudara-mara.
Sudah menjadi kebiasaan kita akan ucapkan kata selamat kepada pengantin baru...kata-kata "Selamat Pengantin Baru...semoga kekal hingga ke akhir hayat" "Tahniah ...semoga murah rezeki" " Semoga kekal hingga ke anak -cucu"
Namun dalam Islam telah digariskan ucapan selamat yg paling baik & digalakkan kita mengamalkannya. Mungkin dulu kita tak tahu...tapi bila dah tahu kenalah kita ikut. Lagi pun bila kita melakukannya atas dasar ingin menurut apa yg Islam gariskan ...pasti pahala untuk kita.
Sebaiknya kita ucapkan " Mudah-mudahan Allah memberimu keberkahan, Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan". ATAU "Mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan"
Untuk lebih detail sila baca Tatacara Perkahwinan Islam
<http://www.geocities.com/mechanicolet/lite/la012.html>
Mengucapkan Ucapan Selamat Ala Kaum Jahiliyah
Kaum jahiliyah selalu menggunakan kata-kata Birafa' Wal Banin, ketika mengucapkan selamat kepada kedua mempelai. Ucapan Birafa' Wal Banin (=semoga mempelai murah rezeki dan banyak anak) dilarang oleh Islam.
Dari Al-Hasan, bahwa 'Aqil bin Abi Thalib nikah dengan seorang wanita dari Jasyam. Para tamu mengucapkan selamat dengan ucapan jahiliyah : Birafa' Wal Banin . 'Aqil bin Abi Thalib melarang mereka seraya berkata : "Janganlah kalian ucapkan demikian!. Karena Rasulullah shallallhu 'alaihi wa sallam melarang ucapan demikian". Para tamu bertanya :"Lalu apa yang harus kami ucapkan, wahai Abu Zaid ?". 'Aqil menjelaskan :
"Ucapkanlah : Barakallahu lakum wa Baraka 'Alaiykum"
(= Mudah-mudahan Allah memberi kalian keberkahan dan melimpahkan atas kalian keberkahan). Demikianlah ucapan yang diperintahkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam". (Hadits Shahih Riwayat Ibnu Abi Syaibah, Darimi
2:134, Nasa'i, Ibnu Majah, Ahmad 3:451, dan lain-lain).
Do'a yang biasa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam ucapkan kepada seorang mempelai ialah :
"Baarakallahu laka wa baarakaa 'alaiyka wa jama'a baiynakumaa fii khoir"
Do'a ini berdasarkan hadits shahih yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
'Artinya : Dari Abu hurairah, bahwasanya Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam jika mengucapkan selamat kepada seorang mempelai, beliau mengucapkan do'a :
(Baarakallahu laka wabaraka 'alaiyka wa jama'a baiynakuma fii khoir ) = Mudah-mudahan Allah memberimu keberkahan, Mudah-mudahan Allah mencurahkan keberkahan atasmu dan mudah-mudahan Dia mempersatukan kamu berdua dalam kebaikan". (Hadits Shahih Riwayat Ahmad 2:38, Tirmidzi, Darimi 2:134, Hakim 2:183, Ibnu Majah dan Baihaqi 7:148).
Wallahu a'lam bisshawab.
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.