PDA

View Full Version : Bolehkah mereka berkahwin?


sharuzzaman
21-12-04, 02:30 PM
Assalamualaikum.

Dah lama terfikir nak tanya. Soalannya macam ni.

Keluarga pertama, Ali (suami), Bedah (isteri) , Daud (anak lelaki)

Keluarga kedua, Eman (suami), Fatimah (isteri), Halimah (anak perempuan).

Nak dijadikan cerita, Ali meninggal dunia ketika Daud masih kecil. Fatimah juga meninggal dunia ketika Halimah juga masih kecil.

Ditakdirkan, Eman dan Bedah, berkahwin, dan membawa anak mereka, Daud dan Halimah tinggal bersama. Daud tua setahun dari Halimah.

Persoalannya, bolehkan Daud dan Halimah berkahwin?

Bagaimana pula jika Daud adalah anak Eman, dan Halimah adalah anak Bedah, bolehkan mereka berkahwin?

gogsard
21-12-04, 02:54 PM
menarik gak nie tapi tak tau jawapan .. kena follow thread nie .. :D

sakit sur
21-12-04, 03:02 PM
tak boleh la...jawapnye apa punya tur...

emy
21-12-04, 03:17 PM
kalau mak bapak bebudak tu (eman dan bedah) kawin, rasanya anak2 depa takleh kawin jugak..rasanya la..

kita tunggu jawapan dr ahli pakar..

fosilmitra
21-12-04, 03:30 PM
:salam:

Kiter pergi kpd basic dulu...

Dalam hal ini telah dijelaskan dalam Firman Allah maksudnya: "Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan ayahmu, saudara-saudara perempuan ibumu dan anak perempuan dari saudara-saudara lelakimu, anak perempuan dari saudara-saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukan kamu, saudara perempuan sesusuan, ibu-ibu isterimu (ibu mertua) anak-anak perempuan isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu tiduri, tetapi jika kamu belum mencampurinya (dan sudah kamu ceraikan) maka tidak berdosa kamu mengahwininya dan diharamkan bagimu isteri anak kandungmu (menantu) dan menghimpun dua perempuan bersaudara kecuali yang pernah terjadi di masa lalu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah An Nisa' ayat 23)

Soalan sharuzzaman nie bukan takat acik, dgn pakar2 rujuk acik sekali pun pening kepala dibueknyer... :p

kaka
21-12-04, 04:09 PM
poning oden mcm ni oooi....................................

piye03
21-12-04, 06:21 PM
aku rasa pening kepala.....minta panadol sebijik..

sharuzzaman
21-12-04, 08:06 PM
Dalam hal ini telah dijelaskan dalam Firman Allah maksudnya: "Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan ayahmu, saudara-saudara perempuan ibumu dan anak perempuan dari saudara-saudara lelakimu, anak perempuan dari saudara-saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukan kamu, saudara perempuan sesusuan, ibu-ibu isterimu (ibu mertua) anak-anak perempuan isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu tiduri, tetapi jika kamu belum mencampurinya (dan sudah kamu ceraikan) maka tidak berdosa kamu mengahwininya dan diharamkan bagimu isteri anak kandungmu (menantu) dan menghimpun dua perempuan bersaudara kecuali yang pernah terjadi di masa lalu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah An Nisa' ayat 23)

power sangat ke soalan saya? ok la, back to basic.

kita tengok dari perspektif daud. dia nak kawin dengan halimah.

halimah
- bukan ibunya.
- bukan anak perempuannya.
- bukan saudara perempuannya (kecuali adik tiri, so kena faham definisi saudara perempuan)
- bukan saudara perempuan ayahnya
- bukan saudara perempuan ibunya (kes 1, dalam kes 2, halimah mungkin saudara perempuan ibu tirinya, kena faham gak definisi saudara perempuan)
- bukan anak perempuan dari saudara lelaki
- bukan anak perempuan dari saudara perempuan
- bukan ibu yang menyusukannya
- bukan saudara perempuan sesusuan
- bukan ibu isterinya
- bukan anak perempuan isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu tiduri (Eman tak leh kawin dengan Halimah dalam kes 2, bukan Daud)
- bukan isteri anak kandungnya

Daud bukan kawin dua untuk dia menghimpun dua perempuan bersaudara.

Jadi, sepatutnya boleh kawin kan?

Kita tunggu jawapan pakar.

gogsard
21-12-04, 11:37 PM
fuhhh .. kena buat flow chart nie ...

p/s : kalau buat programming dah berapa kali IF & THEN dah nie .. :D

true_niea
22-12-04, 01:56 AM
uik..ader yang kater boleh coz diorg takder pertalian darah but ader yang kater tak boleh...tp aper aper hal pun kiter dengar dari yang pakar la... :)

kurma
22-12-04, 09:30 AM
setau aku boleh.. istilah org tua2 kata.. adik beradik anjing.. Kiranya.. bapak kawen mak.. anak kawen anak la kan (adik beradik tiri)?
Jadilah.. Mak mentua (tiri) kpd Halimah.. adalah mak tiri dia sendiri (Bedah). Gitule kan?
Kecuali.. memandangkan anak2 dorang masih kecil (sekiranya kurang 2 thn) dan Bedah menyusukan si Halimah sehingga 5x kenyang (kalu tak salahku).. maka takleh kawenla Daud ngan Halimah...tul tak? :D

fosilmitra
22-12-04, 12:37 PM
:salam:

Persoalannya, bolehkan Daud dan Halimah berkahwin?

Soalan yang pertama tidak rumit kerana
jawapan mudahnyer :-
1. Daud dan Halimah boleh berkahwin kerana tiada hubungan darah dan bukan muhrim,

2. Daud hanya anak tiri Eman, Halimah pula anak tiri Bedah, mereka cuma saudara tiri tetapi ada batas auratnya.

Tapi kalau Daud anak Eman (dgn org lain) dan Fatimah anak Bedah (dgn org lain) tidak menjadi masalah jika mereka ingin kahwin, yang memusykilkan ialah cuba rujuk ayat asal:

Dah lama terfikir nak tanya. Soalannya macam ni.

Keluarga pertama, Ali (suami), Bedah (isteri) , Daud (anak lelaki)

Keluarga kedua, Eman (suami), Fatimah (isteri), Halimah (anak perempuan).

Nak dijadikan cerita, Ali meninggal dunia ketika Daud masih kecil. Fatimah juga meninggal dunia ketika Halimah juga masih kecil.

Ditakdirkan, Eman dan Bedah, berkahwin, dan membawa anak mereka, Daud dan Halimah tinggal bersama. Daud tua setahun dari Halimah.


Bolehkah mereka berkahwin? mereka itu siapa? Eman + Bedah atau Daud + Halimah ataupun Daud + Fatimah, jika Daud + Fatimah sememangnya tidak boleh kahwin kerana mereka ada hubungan darah iaitu adik beradik seibu (Jika Bedah + Eman= Daud dan Bedah + Org Lain = Fatimah)dari ayah yang berlainan... :confused:

Yatie
22-12-04, 12:42 PM
jap jap konpiusssss..poning kepalo den nie..

fosilmitra
22-12-04, 12:48 PM
:salam:

Kekeke... Acik sajer nak peningkan kepala Yatie jer tadi... :hehe: Acik pun tak paham laie... poning... poning... (sambil tergaru2 kutu kepala nie haa...)

alkaeda
22-12-04, 01:11 PM
Sebab HARAM Perkahwinan,

1. Keturunan @ Pertalian darah
2. Susuan
3. Persemendaan.

Kecuali.. memandangkan anak2 dorang masih kecil (sekiranya kurang 2 thn) dan Bedah menyusukan si Halimah sehingga 5x kenyang (kalu tak salahku).. maka takleh kawenla Daud ngan Halimah...tul tak?

Syarat penyusuan yg di anggap sebagai ibu susuan:
ŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻŻ
1. Ibu susuan hendaklah cukup umur ketika menyusukan
2. kanak2 yg menyusu itu mestilah kurang dari 2 tahun
3. Menyusu lebih daripada 5 kali
4. menyusu dan mengenyangkan setiap kali menyusu


*oleh kerna soalan dia buat terbeliak kepada, maka tengok Sebab Haram Nikah..
cari tafsir, Surah an Nisa ayat 23...

yg aku paham dr soalan, adik2 beradik tidak ada pertalian darah.. erm

hanamichi
22-12-04, 03:54 PM
:salam:


Daud dan Halimah adik beradik tiri..
jadi boleh lah nikah :)

suri
22-12-04, 04:09 PM
yang suri faham...

[dengan anggapan simbol '+' bermaksud 'berkahwin dengan' &
simbol '=' bermaksud 'mendapat anak']

1. ali + bedah = daud
2. eman + fatimah = halimah

selepas beberapa ketika....
1. ali meninggal dunia. so, bedah jadi ibu tunggal dengan seorang anak bernama daud
2. fatimah meninggal dunia. so, eman jadi bapa tunggal dengan seorang anak bernama halimah

hingga di suatu ketika, ditakdirkan....
1. bedah dan eman mendirikan rumahtangga

oleh itu, ikatan yang wujud antara anak kedua-duanya (daud dan halimah) hanya terletak pada adat. adik beradik tiri. mereka masih dikira mahram (halal kahwin). kerana tiada ikatan darah pada mereka. mereka juga bukan diikat dengan sebab perkahwinan (cth: bapa mertua, ibu mertua dll).

kecualilah jika,
1. bedah + eman = dapat anak.... katakan yati dan firdaus

oleh itu, yati dan firdaus ini merupakan adik kandung kepada daud dan halimah. maka,
1. haram bagi firdaus mengahwini halimah
2. haram juga bagi yati mengahwini daud
3. tapi masih halal bagi daud mengahwini halimah

perlu juga diingat, setelah bedah berkahwin dengan eman (dan setelah mereka 'bersama'), jika ditakdirkan berlaku perceraian antara keduanya... maka
1. haram bagi eman mengahwini halimah
2. haram juga bagi bedah mengahwini daud

wallahua'lam. begitulah pengetahuan suri yang cetek ni. itu apa yang suri tahu.

atau mungkin ada penjelasan lain yang lebih baik.

sharuzzaman
22-12-04, 05:00 PM
Bolehkah mereka berkahwin? mereka itu siapa?

aiseh... takkan confuse lagi acik.. senang cerita la.. bapak kawin dengan mak, anak kawin dengan anak...

persoalan saya ni dari perspektif daud dan halimah.. bukan ayah dan ibu mereka.

fosilmitra
22-12-04, 05:29 PM
aiseh... takkan confuse lagi acik.. senang cerita la.. bapak kawin dengan mak, anak kawin dengan anak...

persoalan saya ni dari perspektif daud dan halimah.. bukan ayah dan ibu mereka.

:salam:

Haa... yg nie acik dah paham dah... cuma nak terangkan dari segi hukum boleh atau tidak, acik minta saudara TJ sahaja yg uruskan... :p

Terima kasih.

Abang_Sopi
22-12-04, 05:34 PM
Kalau x silap dia org mmg boleh kahwin sebab dia org cuma org cuma adik beradik tiri..tak de kena mengena pun...

Lagipun kalau x silap adik beradik 'anjing' ie satu mak tapi lain bapak pun boleh kahwin..

Wallahualam..

trew
23-12-04, 07:44 AM
Lagipun kalau x silap adik beradik 'anjing' ie satu mak tapi lain bapak pun boleh kahwin..

Wallahualam..

hish... kalau dah satu mak tu adik beradik btul la... ada pertalian darah... mana leh kawin...
adik beradik sesusuan pun dah takleh kawin, ni kan pulak adik beradik sama rahim, se'darah'an :D

wassalam.

pHyXaa
23-12-04, 10:01 AM
Rasanya boleh kawin... sbb mereka (Daud dan Fatimah) adalah adik beradik tiri...
tiada pertalian saudara antara mereka...

Macam citer slot Samarinda tu kan... kalau Zahran kahwin ngan Zakiah...
anaknya Zahrul boleh jugak kawin ngan anak Zakiah iaitu Natasya...

NennG™
23-12-04, 11:05 AM
isk... bukan muhrim, bley kawen ape..

Abang_Sopi
23-12-04, 11:06 AM
Trew,

Betul tu..dah check kat JAKIM nya site mmg adik beradik seibu x leh kahwin..

Tapi kalau adik beradik tiri tu boleh rasanya..

kurma
23-12-04, 12:04 PM
terjawap dah soklan sharuzzaman hihihih...
tp saya nak soal ni pulak..


Dalam hal ini telah dijelaskan dalam Firman Allah maksudnya: "Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudara-saudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan ayahmu, saudara-saudara perempuan ibumu dan anak perempuan dari saudara-saudara lelakimu, anak perempuan dari saudara-saudara perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukan kamu, saudara perempuan sesusuan, ibu-ibu isterimu (ibu mertua) anak-anak perempuan isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu tiduri, tetapi jika kamu belum mencampurinya (dan sudah kamu ceraikan) maka tidak berdosa kamu mengahwininya dan diharamkan bagimu isteri anak kandungmu (menantu) dan menghimpun dua perempuan bersaudara kecuali yang pernah terjadi di masa lalu, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Surah An Nisa' ayat 23)


yg saya bold tu..saya tak paham skit. Maknanya Eman takleh kawen ngan Halimah sekiranya Eman dan Bedah telah bersama (serta tak cerai) kan?
Sekiranya Eman dan Bedah belum 'bersama' dan bercerai, maka Eman boleh kawen Halimah. Sekiranya Eman dan Bedah sudah 'bersama' tetapi kemudiannya bercerai, adakah Eman boleh berkahwin dgn Halimah?

p/s Jgn biarkan hidup anda diselubungi misteriiii....

trew
23-12-04, 12:18 PM
terjawap dah soklan sharuzzaman hihihih...
tp saya nak soal ni pulak..



yg saya bold tu..saya tak paham skit. Maknanya Eman takleh kawen ngan Halimah sekiranya Eman dan Bedah telah bersama (serta tak cerai) kan?
Sekiranya Eman dan Bedah belum 'bersama' dan bercerai, maka Eman boleh kawen Halimah. Sekiranya Eman dan Bedah sudah 'bersama' tetapi kemudiannya bercerai, adakah Eman boleh berkahwin dgn Halimah?

p/s Jgn biarkan hidup anda diselubungi misteriiii....

Keluarga kedua, Eman (suami), Fatimah (isteri), Halimah (anak perempuan).

Halimah tu anak kandung Eman la dgn bini lama dia (Fatimah) :D kompem takleh kawin dua org ni sampai bila2...

wassalam.

kurma
23-12-04, 12:50 PM
waahahha.. ye tak ye..
Sebenonye dlm pale saya.. Halimah tu anak Bedah.. aiseh tersilap. Daud anak Bedah sebenonye kan.. ish..
Okla kita tuko situation.. Camne kalau anak Bedah ialah Halimah, dan anak Eman ialah Daud? Bolehkah Halimah berkahwin dgn bekas bapa tirinya, Eman?

Tok Janggut
24-12-04, 09:12 AM
Boleh berkahwin hukumnya. Ini kerana Daud dan Halimah berada di luar ayat
hukum AQ dalam ayat 4:23 (Fatwa alQardhawi)

wallahualam
TJ

LeeCooper
24-12-04, 11:27 AM
aku rasa boleh sebab syarat2nya cukup..kecuali kalo halimah dan daud tidak satu susuan dgn Bedah ketika mereka kecil dulu.

daunpalas
24-12-04, 05:39 PM
So apakah jawapan sebenarnya.. kalau main rasa,mungkin,kut,entahlah,konpius.. tu bukan jawapan yang yakin(ini was-was).. keputusannya?


//yang juga kompius

sharuzzaman
24-12-04, 06:18 PM
Tok Janggut dah jawab boleh, sure dia dah tanya pada yang lagi pakar. :D

ekzos_pipe
24-12-04, 07:50 PM
Cuma just nak clarify sebab dia, TJ, dia boleh sebab nasab halimah dgn daud lain eh? Walaupun bapa si permpuan dah berkahwin dgn ibu si lelaki, tapi anak2 ble berkahwin, adakah sebab anak2 tuh nasab dia berbeza?

piye03
26-12-04, 05:04 AM
anak tu kan tak de pertalian darah..cuma adik-beradik tiri..tak disebut lak dalam al-quran adik beradik tiri tak leh kawin...

badakcipan
28-12-04, 03:00 PM
pandangan aku yg jahil nih...

buleh kawen sebab adik beradik tiri tiada pertalian darah dan bukan adik beradik susuan

hanamichi
28-12-04, 03:11 PM
:salam:


setahu sy.. adik beradik satu mak ke atau adik beradik satu bapak ttp tak boleh kawin..