PDA

View Full Version : Hukum sambut tahun baru


jude
22-12-04, 08:18 AM
assalamualaikum..

saya ada timbulkan persoalan dekat thread ni... http://www.bincang.net/forum/showthread.php?p=1219408&posted=1#post1219408
sebab saya ada terbaca kat mana entah yg sambut tahun baru ni haram..maksudnya sambutan tu mcmmana? adakah kalau kita sekali ikut tengok bunga api ke, lepak klcc ke dataran ke, macammana yek??..
kdg2 kita cakap, ala nak tengok je bukan nak sambut pun, tapi mcmmana nak tentukan niat hati kita tu bukan nak sambut tapi sekadar 'nak tengok'?
dari segi agama islam pulak hukumnya mcmmana??
tolong hamba yang jahil ini
trima kasehh

ChEf_N|3aM
22-12-04, 08:51 AM
hehehe betul gak tu... tengok tu kira sambut gak ke? ekkekek

fosilmitra
22-12-04, 09:23 AM
:salam:

Setiap tahun kiter pasti menyambut tahun baru... Silapnyer org yg mengaku Islam nie, tahun masihi 2005 tue kamain meriah disambut, tapi kalau ikut tahun hijrah (kalendar Islam) sampai ada umat Islam yg tak perasan pun dah masuk awal Muharam gitu.. :p

Jadi apa pulak haramnya disini?.... lain ler kalau sambut tahun baru tu penuh dengan perkara maksiat seperti seks bebas, minum arak, bercampur gaul lelaki perempuan tanpa batasan, konsert sana, konsert sini sampai lupa solat... menyambut tahun baru takde lah sampai peringkat haram, cuma bida'ah je. Tapi seafdalnyer rasa acik kiter menyambut tahun baru (islam)dengan merendahkan kepala sujud mengadap tuhan rabbulalamin tanda kesyukuran dan memohon agar tahun ini meningkat darjat iman dan taqwa...

Wallahu a'lam bisshawab.

skai
22-12-04, 11:44 AM
asal dekat ngan malam tahun baru je, atau malam merdeka mesti keluar thread ni...
kenapa tak search dulu thread lama2?

Lorong
22-12-04, 11:48 AM
asal dekat ngan malam tahun baru je, atau malam merdeka mesti keluar thread ni...
kenapa tak search dulu thread lama2?

..........tahun baru,ahli baru, konflik dan masalah je yang lama sikit:mamam: .................

spider
22-12-04, 11:52 AM
niela orang panggil ingat mengingati...tak kisahla dah ade ke belum sekurang2nya
dia mengingatkan....emmm

skai
22-12-04, 12:15 PM
sekurang2 nya usaha la skit utk mencari thread lama tu... takpun... pinkan je thread tu kat atas...

alkaeda
22-12-04, 12:21 PM
.

kita disunatkan membaca DOA AKHIR TAHUN selepas sembahyang Asar pada 29hb atau 30hb Zulhijjah... dan Doa Menyambut Tahun Baru selepas sembahyang maghrib..


tapi apabila ianya dijadikan satu pusat dan pelbagai maksiat berlaku sana-sini, maka haramlah menghadirinya.. mahupun menganjurkannya..


kita sambut tahun baru, ertinya kita tak dijajah, kan best tu?? :D


adakah kalau kita sekali ikut tengok bunga api ke, lepak klcc ke dataran ke, macammana yek??..

hihi.. kenapa sambut tahun baru tak ikut kalendar Islam, kan kalu sambut ikut Islam, takdenya awek2 x cukup baju, mahupun pembaziran.. hehe

ekzos_pipe
23-12-04, 01:33 PM
ekzos cadangakan kurang kan bajet sambutan2 perayaan yg nampaknye menjadi magnet kepada perilaku2 merosakkan anak bangsa... buat ala kadar je

lebihkan bajet seperti bajet kesihatan rakyat(dulu ada berita nak cut bajet kesihatan rakyat oleh timb menteri kesihatan tapi selepas mandapat tentangan menteri kesihatan nafikan berita oleh timbalannya), subsidi minyak, penyelidikan dan pembangunan(R&D) etc so lepas ni kurang sket bising tak cukup bajet utk itu ini..

sekadar cadangan..

mastakilla
23-12-04, 01:51 PM
yg slalunya aku tau..asal malam tahun baru..anak2 melayu kita,muda2..dgn rambut tecacak..yg botak..yg selekeh2..tapi dok mabuk,togak air setan kat bb sana tuh.pastu belari2..begaduh,sembur keta org dgn spray(aku tau sebab keta member aku kena last year).

fosilmitra
23-12-04, 02:09 PM
yg slalunya aku tau..asal malam tahun baru..anak2 melayu kita,muda2..dgn rambut tecacak..yg botak..yg selekeh2..tapi dok mabuk,togak air setan kat bb sana tuh.pastu belari2..begaduh,sembur keta org dgn spray(aku tau sebab keta member aku kena last year).

:salam:

Hmm... mastakilla... skang nie timbul lak persoalan pasaipa keta hangpa boleh ada kat sana?... Tue yg kena spray tue... patutnyer kat maa sepatutnyer diamnyer?... :ushajahat

p/s: Sajer offtopik sat... jgn mare ek... :p

mastakilla
23-12-04, 02:15 PM
Hmm... mastakilla... skang nie timbul lak persoalan pasaipa keta hangpa boleh ada kat sana?... Tue yg kena spray tue... patutnyer kat maa sepatutnyer diamnyer?...

keta member aku laa...cian dia 2 ratus kena bayo pi spray balik kat banting nun..

ekzos_pipe
23-12-04, 02:24 PM
yg slalunya aku tau..asal malam tahun baru..anak2 melayu kita,muda2..dgn rambut tecacak..yg botak..yg selekeh2..tapi dok mabuk,togak air setan kat bb sana tuh.pastu belari2..begaduh,sembur keta org dgn spray(aku tau sebab keta member aku kena last year).

cuma ada suara2 sumbang yg dicanang, semua gejala2 yg berlaku hari tuh tidak ada kena mengena dgn sambutan, sambutan itu suci bersih dan murni.. yg buat jahat itu semua hak individu..

mastakilla
23-12-04, 03:07 PM
cuma ada suara2 sumbang yg dicanang, semua gejala2 yg berlaku hari tuh tidak ada kena mengena dgn sambutan, sambutan itu suci bersih dan murni.. yg buat jahat itu semua hak individu..

haa..itula persoalannya..sebab sambutan2 camni jadi magnet pada perilaku2 tak senonoh..

ekzos cadangakan kurang kan bajet sambutan2 perayaan yg nampaknye menjadi magnet kepada perilaku2 merosakkan anak bangsa... buat ala kadar je

fosilmitra
23-12-04, 03:25 PM
keta member aku laa...cian dia 2 ratus kena bayo pi spray balik kat banting nun..

:salam:

Ish! camno leh tak pasan tadi nie... malunyer acik... :malunaga:

Tapi takpe, control macho jap... :p ... Dari kiter pi sambut kat dataran, lebih baik tgk tv jer kat umah... duit tak abis, takyah bersesak2 dan sudah tentu tak berlaku percampuran laki pompuan... (Nie syor utk yg suka sgt nak sambut perayaan ler..).

mastakilla
23-12-04, 03:29 PM
Ish! camno leh tak pasan tadi nie... malunyer acik...

takpo..takpo..acik tetap macho,jgn riso..hehehe.

jude
23-12-04, 03:36 PM
sekurang2 nya usaha la skit utk mencari thread lama tu... takpun... pinkan je thread tu kat atas...


maaf la saya orang baru kat forum ni tak reti nak search, sebab forum ni lain sikit function dia.. lagi satu saya nak tanya nak tau ajer pendapat kauorang..

piye03
26-12-04, 05:13 AM
jude, sama la kite..org baru...

fosilmitra
26-12-04, 11:19 PM
:salam:

Ahai korang berdua nie... jude ngan Piye... lama ke baru ke sama jelah... semua boleh keluarkan pendapat dan persoalan kat sini... Saudara Skai tue gegurau jer dgn kamu... :)

Mengenai sambutan tahun baru nie, apa yg acik pernah dengar walaupun asal pada setiap persoalan hidup yang tidak bersifat ibadah khusus itu boleh, akan tetapi di dalam beberapa masalah adat dan kehidupan, ada juga yang disentuh oleh Baginda Rasulullah s.a.w . Di antaranya ialah perintah agar kita tidak meniru-niru gaya-hidup , dan apatah lagi cara beribadah yang dilalui oleh orang-orang yang bukan Islam , khasnya Yahudi dan Kristian . Di antara pesanan Baginda Rasulullah s.a.w itu ialah :

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “ Kamu pasti akan mengikuti sunnah ( cara ) orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggakan jika mereka masuk ke dalam lubang dhob sekalipun, kamu tetap akan mengikuti mereka. Kami bertanya: Wahai Rasulullah, apakah yang kamu maksudkan itu adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani ? . Baginda bersabda: Kalau bukan mereka, siapa lagi ? “ ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim ( rahimahumalLah ) .

Inilah yang terjadi pada umat Islam , apatah lagi di zaman selepas penjajahan Yahudi dan Kristian ke atas tanah-tanah air umat Islam , pasti ada sedikit-sebanyak cara hidup mereka yang diikuti oleh kita. Lantaran umat Islam itu sendiri sepatutnya sedar dan insaf bahawa mereka mestilah mempunyai syakhsiah ( keperibadian ) dan imej tersendiri , maka Baginda Rasulullah s.a.w pun bersabda lagi seraya memperingatkan kita agar tidak meniru-niru mereka, di antara sabda Baginda s.a.w di dalam soal ini ialah :

Ertinya : Daripada Ibnu Umar ( r.a ) dia berkata : Baginda RasululLah s.a.w pernah bersabda : “ Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka “ ~ Hadits Sahih diriwayatkan oleh Imam Abu Daud ( rh ) di dalam sunannya ( 4 / 4031 ) , Imam Ahmad Bin Hanbal di dalam musnadnya ( 2 / 50 ) dan Imam as-Suyuti di dlm “ al-Jamie’ as-Soghir “ ( 8593 ) .

Pendek kata , apa –apa hal sahaja yang ada unsur-unsur persamaan di antara kita dengan Yahudi dan Kristian , lebih-lebh lagi di dalam tatacara ibadah yang khusus , maka Baginda Rasulullah s.a.w memerintahkan kita dengan sabdanya : “ Hendaklah kamu semua berbeza daripada mereka ! “ .

Tetapi dlm persoalan menyambut Tahun Baru nie, acik rasa ianya masih dlm konsep budaya dan bukannya agama... Justeru itu tiada salahnya selagi tidak sampai melibatkan hal2 kemaksiatan dan kepaksiatan...

Wallahu a'lam bisshawab.

p/s: Ehsan Bicaramuslim.

lonewarrior
27-12-04, 10:44 PM
ws up semua
aku ade bende yg nak dckpkan nie
agak2 apa jd ari jumaat nie yerk
dgn apa yg terjd kat kedah n penang saner tu
pasal tsunami tu....apa makna kejadian tu....
chauz

azrida nani
28-12-04, 10:38 AM
Dalam pada kita menyambut tahun baru ni...
Jangan kita lupakan pada mereka yang sedang bersedih kerana kehilangan sesuatu yang berharga dalam hidup..
Terkenang pada mangsa2 'Tsunami' baru2 ni.. amat menyayat hati...

Iyelah.. Bila Allah kata 'Kun fayakun'... tiada siapa bole menghalangnya...
Peringatan untuk diri me sendiri n kawan2 diluar...

Al-fatihah untuk mangsa2..

ChEf_N|3aM
28-12-04, 10:42 AM
apa kata belanjawan untuk tahun baru tu berserta dengan rumah terbuka tu pergi kat jalan raya atau subsidi tol supaya jangan naik tol lagi.... ataupun beli laaa peralatan tentera yang baru cam jet perjuang ke... ganti helicopter nuri ke skyhawk ke... dan lain-lain tu....... kan bagus tu

jude
28-12-04, 11:06 AM
trima kaseh atas jawapan panjang lebar yang diberikn oleh sedara fosil tu yerr..semoga sikit sebanyak memberi panduan kepada kita semua yg masih ralit dgn hiburan didunia ini..
lg satu persoalan saya ialah, apa hukumnya mengucapkan 'selamat tahun baru' sesama kita?
aku pernah dengar tak boleh nk ucapkan happy new year yek? yg mana satu btol???

hanamichi
28-12-04, 03:49 PM
:salam:


aku ni mmg suka giler tgk bunga api.. ehehe :)

fosilmitra
28-12-04, 04:49 PM
:salam:


aku ni mmg suka giler tgk bunga api.. ehehe :)




:salam:

Tengok jer mmg tak salah hanamichi... lelebey org lama cam kiter nie... :p
Tapi kalau dah kiter pakat main sama dgn org muda bunga api tue... hmm... sendiri tengok ler buruknyer ruperrr... :hehe:

Humairah
28-12-04, 05:26 PM
:salam:

Bila kita dipanjangkan umur sehari dan sehari lagi...bukankah setiap hari yg kita lalui itu adalah hari yg baru?

Tingat ceramah Ustaz ...lupa lak ustaz yg mana.....

Bila bangun tido di pagi hari (kira hari baru la)

cuba renung kenapa Allah masih hidupkan kita lagi? Tak lain tak bukan kerana ALlah masih beri kesempatan kepasa kita untuk bertaubat dan menyesali dosa2 kita yg lalu sebelum Dia jemput kita ke alam lain.....( alam barzakh) sehinggalah menunggu tibanya kiamat.......untuk menerima balasan diatas amalan kita.....begitulah sayangnya Allah pd hambaNya...diberi ruang dan kesempatan utk bertaubat walau dosa sebesar gunung........

Setiap hari yg mendatang adalah hari baru....
setiap minggu yg mendatang adalah minggu baru....
setiap bulan yg mendatang adalah bulan baru..
setiap tahun yg mendatang adalah tahun baru....
setiap dekad yg mendatang adalah dekad baru....
setiap abad yang mendatang adalah abad baru...
setiap zaman yg mendatang adalah zaman baru.....


tapi adakah alam mendatang lagi selepas alam akhirat?


Jadi bagaimanakah agaknya sewajarnya sikap kita menghadapi tahun baru ya?
Menghisab diri tanpa mensiakan peluang untuk membaiki diri dalam sisa waktu yg masih ada bukan?

p/s; I just remind myself yg masih alpa dan leka.......:(

sabiluna
30-12-04, 12:00 PM
bagus btol huraian fosilmitra. hmmm... nape kite memerlukan sambutan tahun baru yang sebegitu meriah? rasenyer kalau takde sambutan seperti yg lepas2 tu, tak kurang pun tahap pencapaian negara ni ataupun tak la rasenye rakyat melaysia ni tak boleh meneruskan kehidupan seperti biasa...
maybe kite boleh salurkan effort @ duit yg digunakan utk sambutan2 sperti ini kepada saudara2 kita di mesia ni yang lebih memerlukan.

p/s: bukan ape, tak tahan melihat penderitaan adik2 kita yg terbantut persekolahan mereka krn mengalami penyakit (dengar di dlm berita di TV)... banyak pulak tu perbelanjaan yg diperlukan utk perubatan...bila dah masuk TV, baru la dtg pertolongan...sama2 la fikirkan, mane la tau, sok-sok jadi kat kite pulak