View Full Version : mandi wajib tanpa terlalu banyak air/masa
gajahdudok
22-12-04, 12:32 PM
masalah saya ialah, setiap kali kena mandi wajib, mesti terasa macam susah sangat sebab nak kena ratakan air ke seluruh badan. everytime saya mandi wajib mesti menggunakan air/masa yg banyak. kalau nak katakan ia hanyalah disebabkan perasaan was2 dari gangguan syaitan, mungkin juga. tapi mungkin juga disebabkan oleh kekurangan ilmu saya tentang mandi wajib.
so, saya nak mintak tolongla drpd sesiapa yg berilmu dalam hal ni untuk ajarkan setakat yg termampu, macamana nak mandi wajib dengan sah tanpa menggunakan air/masa yg terlalu banyak. yg saya mintak kat sini ialah cara mandi wajib dgn sah tanpa menggunakan terlalu banyak air/masa dan bukannya tentang was2/syaitan tu semua, okay?
:) thanks in advance.
alkaeda
22-12-04, 01:27 PM
Tajuk: Cara Wuduk Dan Mandi Wajib
Soalan:
Assalamualaikum tuan ustaz,
Bolehkah ustaz bagi panduan tentang cara mandi wajib dan mengambil wudhu' yang sempurna mengikut sunnah nabi saw.
Jawapan:
Wuduk dimulai dengan membaca bismillah dan membasuh dua pergelangan tangan kemudian berkumur sambil bersugi kemudian memasukkan air kehidung.
Selepas itu membasuh muka dengan niat mengerjakan wuduk kemudian membasuh dua tangan sampai ke siku kemudian menyapu sekuarng2nya ubun2 dikepala kemudian menyapu air ke telinga kemudian membasuh dua kaki sampai ke buku lali dan berdoa dan sekelian perbuatan ini sunat dalam keadaan mengadap kiblat.
Mandi wajib dimulai dengan membasuh segala najis dari badan dan segala yang menghalang sampai air ke kulit seperti getah,cat atau seumpamanya. Kemudian mengambil wuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian mula mandi dengan menjirus bahagian atas badan terlebih dahulu serta niat mengankat hadas kemudian diteruskan kepada anggota yang lain. Sunat menggosok2 sekelian badan dan menyampaikan air pada sekelian badan adalah diwajibkan.
Untuk meratakan anggota badan yang zahir hendaklah duduk mencangkong maka digosok bahagian kemaluan yang terbuka kerana ianya dikira anggota yang zahir.
Setelah selesai sunat membaca dua kalimah syahadah dan doa seperti doa wuduk.Wallahua'lam
dari ... http://www.surau.ladang.net
anyway, makruh hukumnya mandi secara berlebih2..an air sehingga membazir.. thanks for surau.ladang.net advice
azrida nani
22-12-04, 03:14 PM
Bagi Nani.. apa yang paling penting.. apa pun jua yang kita lakukan mestilah bersederhanaan
Seperti juga dalam hal mandi wajib.. dulu nani pernah gak jadik cam gitu..
tapi bila kita ingat balik kata2 rasulullah... "Walaupun kita mengambil wudhuk, di sungai yang deras.. gunakanlah air yang sedikit.. kerana jika berlebihan.. bermakna kita membazir...dan membazir adalah amalan syaitan.."
So.. manji hadas besar.. yang penting niat.. Biasanya.. Nani niat sebanyak 3X (dalam hati) sambil mandi wajib... Dan ratakan air keseluruh badan dan seterusnya seperti mana yang dinyatakan oleh alkaeda... RAtakan dengan mudah.. jangan anggap benda tu susah.. dan YAKIN....
Ermm.. biasanya nani ulang ratakan air seluruh badan sebanyak 3X..((APAKAH TIDAK PERLU??)) tetapi dalam masa dan air yang sederhana...
wallahua'lam
Nani niat sebanyak 3X - haaaa... dah tak sederhana la ni...
biasanya nani ulang ratakan air seluruh badan sebanyak 3X - ni pun...
cukup sekali je...
wassalam.
gajahdudok
24-12-04, 07:14 AM
terima kasih alkaeda. tapi penjelasan yg macam tu dah banyak kali saya baca.
nani... wah, dengar macam senang je... saya pun bukannya suka/sengaja berlebihan. camnela nani boleh buat tiga kali... saya nak buat sekali pun payah :|)
boleh detailkan sikit tak cara ratakan air ke seluruh badan tu (ini yg saya mintak dr awal sebenarnya). harap boleh memberi inspirasi kpd saya :)
yg atok trew ajar, mula2 mandi mcm biasa dulu - boh sabun, basuh tmpt2 yg kalau sentuh batal wuduk tu, buang kotoran, mcm mandi tiap2 hari tu... dah sudah tu amik wuduk... lps amik wuduk ni dah takleh sentuh dah part2 yg membatalkan wuduk... lps tu mandi wajib, niat dlm hati nak mandi wajib, jirus air start dari kepala sampai ke bwh, bg pompuan yg rambut pjg dan ikat rambut dia tu toksah lpskan ikatan rambut pun takpe, cukup jirus air atas kepala 3 kali je, yg ni yg kena 3 kali tu...
hadith dari Ummu Salamah Radhiyallahu 'anha.
"Sesungguhnya aku seorang wanita yang mengikat rambut kepalaku, apakah saya harus melepaskan ikatan rambut itu untuk mandi junub?" dan dalam riwayat lain : "dan untuk mandi haid?", maka Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda.
"Ertinya : Tidak, akan tetapi cukup bagimu untuk menuangkan air atas kepalamu sebanyak tiga kali..." [Hadits Riwayat Muslim]
ratakan air ni bg kena air seluruh badan, di sebabkan sblm tu dah mandi biasa, lps tu wuduk, tak susah la nak ratakan air utk mandi wajib ni sebab badan dah basah... nak terangkan mcm mana lg ek...
wassalam.
azrida nani
24-12-04, 09:32 AM
yg atok trew ajar, mula2 mandi mcm biasa dulu - boh sabun, basuh tmpt2 yg kalau sentuh batal wuduk tu, buang kotoran, mcm mandi tiap2 hari tu... dah sudah tu amik wuduk... lps amik wuduk ni dah takleh sentuh dah part2 yg membatalkan wuduk... lps tu mandi wajib, niat dlm hati nak mandi wajib, jirus air start dari kepala sampai ke bwh, bg pompuan yg rambut pjg dan ikat rambut dia tu toksah lpskan ikatan rambut pun takpe, cukup jirus air atas kepala 3 kali je, yg ni yg kena 3 kali tu...
ratakan air ni bg kena air seluruh badan, di sebabkan sblm tu dah mandi biasa, lps tu wuduk, tak susah la nak ratakan air utk mandi wajib ni sebab badan dah basah... nak terangkan mcm mana lg ek...
wassalam.
~thanks trew
Maksud nani.. nani tahu.. niat kena sekali.. tapi sambil nani mandi tu.. nani niat sebyk 3kali.. sekadar utk YAKIN... :hahaha:
pasal ulangan tuk seluruh badan tu....campur ngan mandi biasa yang dimaksudkan oleh trew(mandi bersabun):D
~gajah duduk.. takper.. insyaallah.. lepas ni awak bole lakukan dengan baik.. Nani pun masih banyak kelemahan...
cara2..
niat..
mandi cam biasa (bersabun n bershampoo)
jirus air start dari kepala (3kali dan ratakan)
gosok seluruh badan termasuk pusat
dan dari pusat terus ke bawah diratakan ke tempat2 yg kalau
sentuh batal wuduk, buang kotoran....
Untuk meratakan anggota badan yang zahir hendaklah duduk mencangkong maka digosok bahagian kemaluan yang terbuka kerana ianya dikira anggota yang zahir...
bila selesai.. angkat wudhuk
Berikut kami petik tatacara mandi wajib yang di ringkaskan dari beberapa hadith oleh Syeikh Muhammad Salih al-Munajjid :-
"Mula-mula, seorang Islam itu hendaklah berniat didalam hati bagi tujuan membersihkan diri dari janaabah, kemudian membersihkan tempat-tempat sulit. Kemudian ia mengambil wudhu' sebagaimana dilakukan untuk solat, kemudian menyiram air dari sebelah kanan badan, diikuti sebelah kiri. Air hendaklah disiram dari atas kepala, meliputi keseluruhan badan. Juga telah diriwayatkan didalam sunnah bahawa membasuh kaki di tangguh sehingga akhir mandi. Sebagaimana yang dilaporkan dari A'isyah ra. yang berkata Rasulullah saw apabila melakukan mandi dari janabah akan membasuh tangannya, kemudian membasuh anggota sulitnya dengan tangan kiri. Kemudian melakukan wudhu' sebagaimana didalam solat. Kemudian baginda mengambil air dan memasukkan jarinya ke akar rambut sehinggakan baginda menggunakan tiga kali tangan berisi air keatas kepalanya. Kemudian dia akan menyiram air ke baki badan dan membasuh kakinya. (sebagaimana riwayat Muslim #479). Didalam riwayat al-Bukhari menyatakan bahawa baginda akan tukar sebelah badan (kanan kemudian kiri) dan membasuh kaki".
Komentar Al-Haafiz mengenai hadith al-Bukhaari didalam al-Fath (1/362) :
"Al-Bukhaari juga memahami makna bahawa wajib melakukan mandi bagi membersihkan diri dari janaabah dengan sekali basuhan, dan sesiapa yang melakukan wudhu' dengan niat mandi dan membasuh keseluruhan badannya, maka tidak perlu mengulangi wudhu' jika tidak berlaku apa-apa perkara yang membatalkannya"
Kenyataan ini juga bermakna, apabila selesai membasuh tempat sulit, dikuti dengan mengambil wudhu', jika berlaku perkara-perkara yang membatalkan wudhu', maka mandi wajib itu sah akan tetapi wudhu' tadi perlu diperbaharui.
yg trew faham di antara mandi biasa dgn mandi wajib tu kena wuduk dulu, bukan wuduk selepas mandi wajib... sebelum mandi wajib tu kena wuduk, kalau batal wuduk time mandi wajib tu, baru la kena wuduk sekali lagi...
wassalam.
azrida nani
24-12-04, 02:58 PM
Kenyataan ini juga bermakna, apabila selesai membasuh tempat sulit, dikuti dengan mengambil wudhu', jika berlaku perkara-perkara yang membatalkan wudhu', maka mandi wajib itu sah akan tetapi wudhu' tadi perlu diperbaharui
yg trew faham di antara mandi biasa dgn mandi wajib tu kena wuduk dulu, bukan wuduk selepas mandi wajib... sebelum mandi wajib tu kena wuduk, kalau batal wuduk time mandi wajib tu, baru la kena wuduk sekali lagi...
wassalam.
Maaf yer trew..
ini pendapat Nani..:D
dan apa yang Nani ikut faham...
dalam perkara ni.. YANG PENTING..KITA MANDI HADAS BESAR.. kalau tak berwudhuk pun tidak mengapa.. kecuali jika ingin sembahyang..
Mengangkat Wudhuk dalam hal mandi wajib hanya SUNAT... tak kisah wuduk sebelum atau selepas...
Seperti yang trew nyatakan ini ..(jika berlaku perkara-perkara yang membatalkan wudhu', maka mandi wajib itu sah akan tetapi wudhu' tadi perlu diperbaharui)
BERMAKNA.. ANGKAT WUDHUK TIDAK MENGAPA TIDAK MENGAPA DILAKUKAN PADA PERINGKAT AKHIR..KERANA IANYA SUNAT DALAM MANDI WAJIB :D
Sebagaimana yang dilaporkan dari A'isyah ra. yang berkata Rasulullah saw apabila melakukan mandi dari janabah akan membasuh tangannya, kemudian membasuh anggota sulitnya dengan tangan kiri. Kemudian melakukan wudhu' sebagaimana didalam solat. Kemudian baginda mengambil air dan memasukkan jarinya ke akar rambut sehinggakan baginda menggunakan tiga kali tangan berisi air keatas kepalanya. Kemudian dia akan menyiram air ke baki badan dan membasuh kakinya. (sebagaimana riwayat Muslim #479)
maaf ye nani, bg trew pulak, kita ni nabi pun tak penah jumpa, kalau dan jumpa sunnah yg mudah2 tu, amalkan je, sbb tu salah satu tinggalan nabi kat kita... tak rugi pun, mcm sunnah pakai kasut kaki kanan dulu, buang kasut kaki kiri dulu... senang je tu, so tak kira la sunat ke wajib ke, kalau dah sunnah tu, tak rugi kita buat. toksah susah payah buat majlis mcm2 sambut kelahiran nabi yg menelan belanja ribuan RM nak tunjuk cinta kat nabi kalau sunnah baginda yg mudah yg 'murah' pun kita mls nak buat.
sunnah tak sama dgn sunat.
maaf kalau ada yg tersinggung.
wassalam.
maaf ye nani, bg trew pulak, kita ni nabi pun tak penah jumpa, kalau dan jumpa sunnah yg mudah2 tu, amalkan je, sbb tu salah satu tinggalan nabi kat kita... tak rugi pun, mcm sunnah pakai kasut kaki kanan dulu, buang kasut kaki kiri dulu... senang je tu, so tak kira la sunat ke wajib ke, kalau dah sunnah tu, tak rugi kita buat. toksah susah payah buat majlis mcm2 sambut kelahiran nabi yg menelan belanja ribuan RM nak tunjuk cinta kat nabi kalau sunnah baginda yg mudah yg 'murah' pun kita mls nak buat.
sependapat dengan trew,kalau ikut dapat pahala kalau tak ikut tak dapat
apa2...simple jer :)
azrida nani
24-12-04, 04:21 PM
Thanks trew... ;)
Mungkin itu cara Nani berfikir..untuk mandi wajib dengan mudah.. dan yakin bagi gajahdudok..
Ok... kalau trew kata itu sunnah.. nani setuju..
:salam:
cyrus77
24-12-04, 04:29 PM
aku rasa nani nak terangkan, konsep asasnya adalah apabila dah niat dan dah kenakan air pada semua tempat bahagian badan, maka mandi hadas tu sah.
tapi of course la lebih baik ikut seperti sunnah...
kalau boleh harap otai2 seperti fosil or TJ terangkan dgn mendalam lagi..
kalau mcm tu senang je, syarat sah mandi wajib 2 saja... 1. niat 2. meratakan air je :D
wassalam.
daunpalas
24-12-04, 05:25 PM
Untuk kemas lagii umah ko ada paip air hujan tak? kalau ada guna tu lagi bagus (kata ustaz skolah aku dulu) tak tau la ape sebab dia. tapi maybe ada cara yang lebih berkesan.
fosilmitra
24-12-04, 05:40 PM
aku rasa nani nak terangkan, konsep asasnya adalah apabila dah niat dan dah kenakan air pada semua tempat bahagian badan, maka mandi hadas tu sah.
tapi of course la lebih baik ikut seperti sunnah...
kalau boleh harap otai2 seperti fosil or TJ terangkan dgn mendalam lagi..
:salam:
Hai... dlm bidang nie pun ada istilah "otai" yer cyrys77?... :p
Cara mandi wajib yang paling baik ialah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidhi.
1. Membaca basmalah sambil berniat untuk mengangkat hadas besar
2. Membasuh tangan sebanyak 3 kali.
3. Membasuh alat kelamin dari kotoran dan najis.
4. Mengambil wuduk sebagaimana biasa kecuali kaki. jangan dibasuh dahulu kaki. Ia akan dibasuh selepas mandi nanti..
5. Membasuh keseluruhan rambut di kepala.
6. Membasuih kepala berserta dengan telinga sebanyak 3 kali dengan 3 kali cebokan air.
7. Menjirus air ke seluruh bahagian badan di sebelah lambung kanan dari atas sampai ke bawah.
8 Menjirus lambung kiri dari atas sampai ke bawah.
9. Menggosok bahagian-bahagian yang sulit seperti pusat, ketiak, lutut dan lain-lain supaya terkena air.
10. Membasuh kaki.
Menurut riwayat At-Tirmidhi dalam sahihnya Rasulullah SAW mandi junub dengan hanya satu gantang air sahaja. Satu gantang air masih belum sampai 2 kolah. Baginda tidak berendam di dalam bekas yang baginda SAW ambil air darinya itu.
Wallahu a'lam bisshawab.
p/s: Semoga anak saudara TJ lekas sembuh... patutlah lama tak join... tau tadi boleh acik ziarah kejap... :)
Humairah
24-12-04, 05:56 PM
acik or trew..leh konpermkan tak....
ttg pompuan yg bersanggul rambut tuh....perlu ratakan air ke kulit kepala sahaja ker? tak perlu rungkai sanggul tu?
tp humairah pernah jumpa..ada pendapat kata seperti hadis yg trew masukkan kat atas tuh....
ada pula kata kena rungkai rambut tuh....mungkin dibimbangi tak rata air ke kulit kepala kot.....
mana yg lebih kuat erk.....please....sbb sayang nak potong rambut....
gajahdudok
25-12-04, 12:57 PM
terima kasih banyak2la kepada trew, nani, fosil, dll. harap2 lepas ni saya dapat mandi wajib dgn lebih baik. insya Allah :)
sabiluna
28-12-04, 11:19 AM
macammana tentang air yang perlu digunakan utk mandi wajib ni?
fosilmitra
28-12-04, 12:45 PM
macammana tentang air yang perlu digunakan utk mandi wajib ni?
:salam:
Sudah barang tentu air mutlak yakni air yg suci lagi menyucikan sahaja yg boleh digunakan utk mandi wajib nie... Tak pernah laie acik dengar org mandi wajib guna air milo... :p
Wallahu a'lam bisshawab.
mattroxxx
28-12-04, 02:59 PM
Rukun Mandi ada 3:
1. Niat.
2. Menghilangkan kotoran dan najis pada badan.
3. Membasuh/meratakan seluruh tubuh.
Sunat Mandi ialah:
* Diawali membaca bismillah dalam hati
* Menggosok seluruh tubuh dgn tangan
* Mendahulukan bahagian yg kanan dari yang kiri
* Berwuduk sebelum dan selepas mandi
* Tertib atau berturut-turut.
yang 3 kali ... 3 kali ... semua tu kira kategori sunat juga tu...so kalo nak jimatkan air/masa, just buat yg rukun sajalah...harap membantu
cyrus77
28-12-04, 04:06 PM
mattrox...short and sharp. Kalau ada yg confuse lg tatau la..hehe
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.