View Full Version : Persoalan tentang Jamak dan Qasar?
LeeCooper
24-12-04, 11:57 AM
Salam utk semua,
Saya ada persoalan ttg jamak (bukan jima' aa..) dan qasar?
Disebabkan kerja saya yg byk travel, ada beberapa kemusykilan
yg ingin saya tujukan pada sesiapa yg arif tentang perkara ini.
Yang saya tahu syarat jamak dan qasar seperti:
1. Tujuan yg baik.
2. Melebihi 2 marhalah atau lebih kurang 91km.
3. Bukan permastautin di tempat yg dituju.
4. Syarat sembahyang fardu melebihi 2 rakaat.
ada byk lagi tak ingat..
Permusykilan seperti berikut:
1. Sekiranya saya dlm urusan kerja selama 4 hari di suatu tempat(lebih 200km), adakah saya dikira musafir dan cukup syarat utk melakukan jamak? Walaupun saya melakukan solat tersebut di hotel?
2. Sekiranya hari musafir saya jatuh pada hari Jumaat, bolehkah saya sambung dgn sembahyang jamak takdim waktu Asar (hanya 2 rakaat saja) iaitu selepas selesai solat Jumaat?
3. Sekiranya saya sembahyang jamak dan qasar di R&R, tetiba ada seseorang
menepuk bahu saya utk mengimamkan saya, adakah saya harus terus rakaat saya seperti sembahyang fardu kemudian sambung dgn jamak atau harus saya gugrkan sembahyang tersebut?
4. JIka saya niat jamak tetapi tidak qasar bolehkah saya semayang 2 rakaat sahaja (bukan 4 rakaat) utk setiap waktu?
Harap sesiapa dapat memberi penjelasan.
Maaf atas kekurangan maklumat tentang perkara ini.
Sekian.
Wasalam.
3. Sekiranya saya sembahyang jamak dan qasar di R&R, tetiba ada seseorang
menepuk bahu saya utk mengimamkan saya, adakah saya harus terus rakaat saya seperti sembahyang fardu kemudian sambung dgn jamak atau harus saya gugrkan sembahyang tersebut?
wasalam.
aku rasa tak perlu ubah niat kepada solat biasa...ini kerana ustaz aku cakap masa sekolah dulu, org yg bermusafir boleh mengimamkan org tempatan, tetapi org tempatan tak boleh mengimamkan org musafir...
waallahu a`lam
Tok Janggut
27-12-04, 09:58 AM
Salam utk semua,
Saya ada persoalan ttg jamak (bukan jima' aa..) dan qasar?
Disebabkan kerja saya yg byk travel, ada beberapa kemusykilan
yg ingin saya tujukan pada sesiapa yg arif tentang perkara ini.
Di dalam posting sebelum ini saya sudah menjelaskan secara panjang lebar mengenai jamak, qasar dan jamak qasar. Secara ringkasnya:
Jamak: menbghimpunkan dua solat menjadi satu seperti zohor dan asar dan maghrib dan isya'.
Qasar: memendekkan solat seperti 4 rakaat menjadi dua.
Jamak qasar: Memendek dan menghimpunkan dua solat. Yakni solat zohor 2 dan asar menjadi 2 kemudian di himpunkan dalam satu waktu sama ada dalam waktu zohor (taqdim) atau waktu asar (takhir).
Seorang yang bermusafir boleh memilih untuk:
1. Solat penuh seperti biasa.
2. Solat jamak sahaja
3. Solat qasar sahaja
4. Jamak dan qasar.
(PERHATIAN: Solat jamak dan/atau qasar hanya untuk orang yang bermusafir. Selain dari orang yang bermusafir, mereka hanya boleh jamak sahaj tetapi TIDAK qasar.)
Sekian serba sedikit.
Yang saya tahu syarat jamak dan qasar seperti:
1. Tujuan yg baik.
2. Melebihi 2 marhalah atau lebih kurang 91km.
3. Bukan permastautin di tempat yg dituju.
4. Syarat sembahyang fardu melebihi 2 rakaat.
ada byk lagi tak ingat..
Mengenai syarat ulama berselesih pendapat dalam perkara jarak dan tempoh masa seseorang itu bermusafir. Namun begitu Syarat sembahyang fardu melebihi 2 rakaat bukan syarat utama utk menjadikan soalt itu solat jamak qasar. Menurut pendapat yang asah dari mazhab shafie, 2 marhalah ialah 80 km dan bukannya 91 km seperti yang kita selalu inghat.
Permusykilan seperti berikut:
1. Sekiranya saya dlm urusan kerja selama 4 hari di suatu tempat(lebih 200km), adakah saya dikira musafir dan cukup syarat utk melakukan jamak? Walaupun saya melakukan solat tersebut di hotel?
Cukup dan boleh jamak serta Qasar. Ini kerana menurut mazhab shafie tempoh masa yang dibenarkan jamak ialah 4 hari tidak termasuk hari masuk dan hari keluar.
2. Sekiranya hari musafir saya jatuh pada hari Jumaat, bolehkah saya sambung dgn sembahyang jamak takdim waktu Asar (hanya 2 rakaat saja) iaitu selepas selesai solat Jumaat?
Boleh. Saudara boleh jamakkan solat jumaat dengan asar atau sudara boleh jamak solat jumaat dan asar serta qasarkan solat asar.
3. Sekiranya saya sembahyang jamak dan qasar di R&R, tetiba ada seseorang
menepuk bahu saya utk mengimamkan saya, adakah saya harus terus rakaat saya seperti sembahyang fardu kemudian sambung dgn jamak atau harus saya gugrkan sembahyang tersebut?
Teruskan solat jamak qasar saudara tanpa menukar niat. Sekiranya saudara menukar niat menjadi solat lain, maka terbatallah solat tersebut. Ini kerana niat suatu ibadat adalah di awal amal.
4. JIka saya niat jamak tetapi tidak qasar bolehkah saya semayang 2 rakaat sahaja (bukan 4 rakaat) utk setiap waktu?
Lihat perbezaan jamak dan qasar di atas. Kalau saudara niat jamak, maka jamak adalah himpunan 4+4 (zohor-asar) dan 3+4 (maghrib-isya') dan tidak boleh dipendekkan (qasar). Kalau nak memendekkan maka kena niat qasar.
wallahualam
TJ
LeeCooper
28-12-04, 06:11 PM
terima kasih byk TJ.
Satu soalan tambahan : Apakah beza antara musafir dan bukan musafir?
ekzos_pipe
28-12-04, 07:45 PM
musafir dalam kontek sini ialah org yg travel dan jika melebihi 80km dibolehkan jamak/qasar solatnya.. yg bukan musafir pula yg tak pergi ke mana2, duduk rumah sahaja tak travel.
LeeCooper
29-12-04, 09:12 AM
PERHATIAN: Solat jamak dan/atau qasar hanya untuk orang yang bermusafir. Selain dari orang yang bermusafir, mereka hanya boleh jamak sahaj tetapi TIDAK qasar.
Soalan sy tadi merujuk pada jawapan diatas, maknanya bukan musafir boleh melakukan jamak? Boleh terangkan dlm keadaan yg bagaimana bukan musafir boleh melakukan jamak??
Tok Janggut
29-12-04, 09:38 AM
Soalan sy tadi merujuk pada jawapan diatas, maknanya bukan musafir boleh melakukan jamak? Boleh terangkan dlm keadaan yg bagaimana bukan musafir boleh melakukan jamak??
Assalamualaikum
Orang yang dikira bermusafir ialah apabila dia telah mencapai beberapa syarat. Di antaranya ialah:
1. Dia berjalan kesatu tempat bukan dengan niat untuk bermastautin sebaliknya hanya sekadar untuk lalu atau tinggal sementara.
2. Jarak - menurut shafie melebihi 80 km atau 2 marhalah. Tetapi terdapat lebih 20 pendapat mengenai jarak dari paling sedikit 5km ke paling banyak 80 km.
3. Tempoh masa - seseorang itu menurut shafie hendaklah berniat tidak tinggal lebih dari 4 hari (tidak termasuk hari masuk dan keluar) di satu tempat untuk melayakkan dia boleh melakukan solat jamak qasar. Menurut mazhab hanbali dan hanafi tempoh masanya 15 hari. Menurut mazhab ibn umar tidak ada had masa.
4. Tujuannya boleh jadi baik atau maksiat. Dia boleh melakukan jamak dan qasar.
Jamak:
Selain dari solat untuk orang musafir jamak dibenarkan untuk perkara-perkara yang menyulitkan yang berlaku kepada umat Islam yang bukan muasfir dengan syarat kesulitan tersebut bukanlah satu perkara kebiasaan dan berlaku setiap masa. Antara kesulitan yang disenaraikan.
1. Sakit yang menyukarkan dia untuk solat penuh.
2. Doktor atau pekerja yang tidak dapat meninggalkan kerjanya pada masa tersebut sehingga terlepas waktu solat dan masuk waktu lain maka dibolehkan untuk jamak. Tetapi ini dengan syarat terlepasnya waktu tersebut bukanlah berlaku setiap masa.
3. Pelajar yang menghadapi peperiksaan yang tidak dapat tidak akan terlepas waktu solat dan masuk waktu berikutnya. (Selalunya soalan ini pada mereka yang tinggal di negara bukan Islam)
4. kesulitan-kesulitan lain.
Kelonggaran ini adalah banyak tetapi tidak bermakna semuanya boleh terus dijamakkan. Menjamakkan solat hanya untuk kesulitan yang tidak dapat dielakkan dan bukan sebab bermalas-malas untuk tidak melakukan solat.
wallahualam
TJ
mattroxxx
29-12-04, 01:21 PM
2. Jarak - menurut shafie melebihi 80 km atau 2 marhalah. Tetapi terdapat lebih 20 pendapat mengenai jarak dari paling sedikit 5km ke paling banyak 80 km.
3. Tempoh masa - seseorang itu menurut shafie hendaklah berniat tidak tinggal lebih dari 4 hari (tidak termasuk hari masuk dan keluar) di satu tempat untuk melayakkan dia boleh melakukan solat jamak qasar. Menurut mazhab hanbali dan hanafi tempoh masanya 15 hari. Menurut mazhab ibn umar tidak ada had masa.
TJ
soalan berdasarkan nombor:
2. bolehkah kita jamak/qasar sblm memulakan perjalanan dgn mengambilkira bahawa kita tahu jaraknya mmg lebih 2 marhalah, kedua kita ambil maklum bahawa sekiranya kita berhenti akan menyebabkan kita lambat ke destinasi dituju dan ketiga kita dah set dlm kepala cuma akan berhenti sekiranya nak buang air, tayar bocor dan sebagainya yg memang dirasakan kecemasan, tidak boleh tidak kena berhenti.
3. katakan saya berkursus di ipoh selama seminggu, sedang saya bermastautin di kl, bolehkah saya jamak/qasar selama seminggu tersebut?
bolehkah kiranya 2 hari saya jamak qasar kemudian 2 hari saya jamak sahaja pastu 1 hari saya sembahyang biasa(tanpa jamak/qasar) kemudian selebihnya saya jamak qasar semula???
trima kasih
Jamak:
Selain dari solat untuk orang musafir jamak dibenarkan untuk perkara-perkara yang menyulitkan yang berlaku kepada umat Islam yang bukan muasfir dengan syarat kesulitan tersebut bukanlah satu perkara kebiasaan dan berlaku setiap masa. Antara kesulitan yang disenaraikan.
1. Sakit yang menyukarkan dia untuk solat penuh.
2. Doktor atau pekerja yang tidak dapat meninggalkan kerjanya pada masa tersebut sehingga terlepas waktu solat dan masuk waktu lain maka dibolehkan untuk jamak. Tetapi ini dengan syarat terlepasnya waktu tersebut bukanlah berlaku setiap masa.3. Pelajar yang menghadapi peperiksaan yang tidak dapat tidak akan terlepas waktu solat dan masuk waktu berikutnya. (Selalunya soalan ini pada mereka yang tinggal di negara bukan Islam)
4. kesulitan-kesulitan lain.
Kelonggaran ini adalah banyak tetapi tidak bermakna semuanya boleh terus dijamakkan. Menjamakkan solat hanya untuk kesulitan yang tidak dapat dielakkan dan bukan sebab bermalas-malas untuk tidak melakukan solat.
wallahualam
TJ
sorila nonie aktifkan balik topik nie tapi nak confirmation, so atanya btul2... kang org kata buat pahaman sendiri plak...
nonie baru dapat jadual keje part time & nampak gaya macam termasuk ke dalam kategori ke-2 sbb dlm seminggu sekali nonie terpaksa jaga kedai dari pukul 1.00pm sampai 10.00pm... jadik sepanjang waktu tu nonie bermasalah utk solat asar & maghrib sebab dari pukul 4.00pm sampai la 10.00pm tutup kedai tu nonie jaga seorg diri kerana kekurangan pekerja... jadi boleh ke nonie jamak kan solat asar pada waktu zuhur & maghrib pada waktu isyak? tapi di tulis kat situ "Tetapi ini dengan syarat terlepasnya waktu tersebut bukanlah berlaku setiap masa" camna ek? kalau kedai sendiri mau jer nonie tutup kejap... tapi masalahnya kedai org & selalu ada customer... tokeynya pun bukan Islam, pekerja2 lain Islam, tapi derang manjang culas jer nonie tgk smayang... so payah gak nonie nak bersoal jawab ngan tokey nie sbb dia dok compare ngan pekerja yg lain yg takde masalah... lagipun dok o/sea nie derang cam tak baper paham sket la.... :(
Tok Janggut
18-02-05, 05:02 PM
soalan berdasarkan nombor:
2. bolehkah kita jamak/qasar sblm memulakan perjalanan dgn mengambilkira bahawa kita tahu jaraknya mmg lebih 2 marhalah, kedua kita ambil maklum bahawa sekiranya kita berhenti akan menyebabkan kita lambat ke destinasi dituju dan ketiga kita dah set dlm kepala cuma akan berhenti sekiranya nak buang air, tayar bocor dan sebagainya yg memang dirasakan kecemasan, tidak boleh tidak kena berhenti.
Boleh jamak tetapi tidak boleh qasar. Ini kerana pendapat ulama qasar hanya bermula setelah keluar dari kawasan tempat tinggal sama ada perumahan atau kampung dll. Kalau nak mudah, keluar sedikit dari kawasan kampung dan qasar di kampung sebelah. Kalau tak nak jamak sahaja tanpa qasar.
3. katakan saya berkursus di ipoh selama seminggu, sedang saya bermastautin di kl, bolehkah saya jamak/qasar selama seminggu tersebut?
bolehkah kiranya 2 hari saya jamak qasar kemudian 2 hari saya jamak sahaja pastu 1 hari saya sembahyang biasa(tanpa jamak/qasar) kemudian selebihnya saya jamak qasar semula???
trima kasih
Boleh kalau berdalilkan pendapat ibn qayyim, ibn umar dll yg dinuqilkan oleh sayyid sabiq. Bagi saya itu pendapat yang kuat kerana berdasarkan hadis bukhari nabi s.a.w tinggal di tabuk 19 atau 20 hari dan qasar selama mana berada di sana. Walaupun ada yg argue sebab lepas tu nabi nak ke taif. Tetapi bagi saya dalil tersebut dah kuat utk menyokong pendapat kita. Imam hanafi dan hanbali meletakkan 15 hari.
Anda boleh campur2. Ie jamak, qasar, leapas tu solat cam biasa, lepas tu jamak balik dll. Itulah kelebihan yg Allah berikan pada org musafir.
wallahualam
TJ
Tok Janggut
18-02-05, 05:03 PM
sorila nonie aktifkan balik topik nie tapi nak confirmation, so atanya btul2... kang org kata buat pahaman sendiri plak...
nonie baru dapat jadual keje part time & nampak gaya macam termasuk ke dalam kategori ke-2 sbb dlm seminggu sekali nonie terpaksa jaga kedai dari pukul 1.00pm sampai 10.00pm... jadik sepanjang waktu tu nonie bermasalah utk solat asar & maghrib sebab dari pukul 4.00pm sampai la 10.00pm tutup kedai tu nonie jaga seorg diri kerana kekurangan pekerja... jadi boleh ke nonie jamak kan solat asar pada waktu zuhur & maghrib pada waktu isyak? tapi di tulis kat situ "Tetapi ini dengan syarat terlepasnya waktu tersebut bukanlah berlaku setiap masa" camna ek? kalau kedai sendiri mau jer nonie tutup kejap... tapi masalahnya kedai org & selalu ada customer... tokeynya pun bukan Islam, pekerja2 lain Islam, tapi derang manjang culas jer nonie tgk smayang... so payah gak nonie nak bersoal jawab ngan tokey nie sbb dia dok compare ngan pekerja yg lain yg takde masalah... lagipun dok o/sea nie derang cam tak baper paham sket la.... :(
Cubalah cari masa untuk solat seperti biasa. Kalau tidak ada jugak then tidak mengapa untuk jamakkan solat. Cuma sekali sekala cuba juga untuk solat penuh. Kerana walaupun ini kelonggaran, tetapi saya masih berat utk kata supaya solat penuh.
wallahualam.
TJ
tima kasih TJ... nonie akan cuba.. in fact i'm actually planning to change job... tapi tgk rezeki...
Tok Janggut
18-02-05, 08:56 PM
tima kasih TJ... nonie akan cuba.. in fact i'm actually planning to change job... tapi tgk rezeki...
Study kat mana? Boleh cerita sikit so kita boleh tahu suasana macam mana dll
TJ
Assalamualaikum
tok jangut telah menerangkan secara mendalam latar belakang jamak dan qasar. sekarang soalan yang seterusnya pula.........
1.bagaimana hendak memunaikan jamak dan qasar?????? contohnya, saya hendak menjamak solat antara zuhur dan asar dibuat pada waktu zuhur yakni jamak takdim. jadi ini adalah 4 rekaat + 4 rekaat bukan!!! bagaimana lafaz niatnya pula???????? (usalli.........)
2. berapa bilangan tahayyat dalam solat jamak ini kerana ada 8 rekaat untuk dibuat? Adakah 2 tahayyat akhir dan 2 tahayyat awal???
3.berapa salam dalam sembahyang ini kerana gabungan 2 solat??? satu salam atau 2 salam?
sekian wasallam......

study kat melbourne, australia... TJ nak tau suasana yg camna tu? overall kat sini sebnarnya tak susah kalau nak beramal ibadat sbb ramai org Islam kat sini surau & masjid pun byk (cuma kat city nie selalu tutup) kalau kita smayang kat mana2 pun org takdela kacau... makanan halal pun senang nak dapat... cuma dlm situasi nonie nie, bos kurang paham sket & keadaan kedai yg kurang pekerja yg tak mengizinkan tu jer...
Tok Janggut
23-02-05, 08:47 PM

Betul. Jamak 8 rakaat 2 salam. Qasar 4 rakaat 2 salam.
Maaflah kalau saya buat gempar sikit. Masalah baca usalli nie adalah perkara yg diciptakan kemudian. Nabi s.a.w tidak pernah niat lafaz usalli... Malah perkara ini imam shafie pun tak kenal. (baca wahbah az zuhaili dalam bab niat).
Niat letaknya di hati. ia adalah lintasan hati. Cuma ulama shafie lebih mengkhususkan kata kalau was-was sekuragnya kita tahu solat apa, berapa rakaat dan sunat ke fardhu. Ini semua dalam hati, lintasaan dalam hati bukan lafaz di lidah.
2. berapa bilangan tahayyat dalam solat jamak ini kerana ada 8 rekaat untuk dibuat? Adakah 2 tahayyat akhir dan 2 tahayyat awal???
Mula-mula buat solat jamak taqdim zohor 4 rakaat macam solat zohor biasa cuma niat jamak taqdim. bagi salam tahhiyat akhir. Selepas itu bangun semula dan niat solat asar jamak taqdim pula. Buat 4 rakaat macam solat asar biasa. Sama dengan kalau jamak qasar.
3.berapa salam dalam sembahyang ini kerana gabungan 2 solat??? satu salam atau 2 salam?
sekian wasallam......
2 salam
wallahualam
TJ
Tok Janggut
23-02-05, 08:48 PM
study kat melbourne, australia... TJ nak tau suasana yg camna tu? overall kat sini sebnarnya tak susah kalau nak beramal ibadat sbb ramai org Islam kat sini surau & masjid pun byk (cuma kat city nie selalu tutup) kalau kita smayang kat mana2 pun org takdela kacau... makanan halal pun senang nak dapat... cuma dlm situasi nonie nie, bos kurang paham sket & keadaan kedai yg kurang pekerja yg tak mengizinkan tu jer...
Faham. Saya pun dok luar negara 8 tahun dan faham benar situasi kat sana
TJ
Saya nie kalau explain je kureng sikit paham........paham tapi nak lebih konform lagi.
so macam ni la ye.....jamak saya baca niat jamak takdim, lepas tu solat zohor macam biasa, lepastu lepas tahayyat akhir bagi salam, lepastu terus bangun, niat solat asar jamak pula, lepastu tahayyat akhir dan bagi salam. Betul tak Tuk jangut??
Bagai mana pula jamak dan qasar?
Macam mana lafaznya pula Tok janggut? Takkan nak niat aja mesti ada lafaznya supaya ikut tertib (stendart).
Tok Janggut
23-02-05, 11:30 PM

ya betul tu.
Bagai mana pula jamak dan qasar?
Buat mcm di atas tapi instead of 4 rakaat zohor jadi 2. jadi tak de tahiyat awal la. sama juga dengan asar.
Macam mana lafaznya pula Tok janggut? Takkan nak niat aja mesti ada lafaznya supaya ikut tertib (stendart).
Standard nie nabi yang set bukan org lain. jadi nabi tak pernah set standard lafaz niat. nabi niat dalam hati. jadi itu standard yg betul.
wallahualam
TJ
3. Tempoh masa - seseorang itu menurut shafie hendaklah berniat tidak tinggal lebih dari 4 hari (tidak termasuk hari masuk dan keluar) di satu tempat untuk melayakkan dia boleh melakukan solat jamak qasar. Menurut mazhab hanbali dan hanafi tempoh masanya 15 hari. Menurut mazhab ibn umar tidak ada had masa.
:salam:
Jadi ini bermakna kita ada kelonggaran utk ikut samada 4 hari, 15 hari atau tiada had masa?
Ada sedikit persoalan.
Adakah saya dibolehkan utk jamak qasar apabila saya pulang ke kampung?? Kampung di sini ialah :-
1. Kampung mertua iaitu tempat tinggal ibu & bapa mertua saya
2. Kampung saya sendiri iaitu tempat tinggal ibu & bapa saya tetapi saya tidak pernah tinggal di kampung tersebut (dibesarkan di tempat lain)
Harap TJ atau yg lain dapat memberi penjelasan.
Tok Janggut
24-02-05, 02:44 PM

Jawapannya boleh sekiranya semua syarat safar dipenuhi. Ini kerana kampung yang tidak boleh qasar kalau itu tempat tiggal saudara dan hany aberpidah sementara di katakan KL. COntoh sdr berasal dari perak. Pergi ke kl utk bekerja. Tinggal di kl dan membeli rumah dan bekerluga di KL. Tetapi sekali sekala balik ke kampung. Maka sesampai di kampung tersebut seolah2 telah balik ke kampung halaman. Kalau tidak kampung mertua atau kampung ibu bapa yang kita tidak pernah tinggal di sana, boleh qasar.
wallahualam
TJ
jadinya tuk janggut, kalau saya jamak dan qasar cuma ada 2 kali rakaat biasa dan 2 kali tahayyat akhir sahaja kan??? tak da sebarang rakaat untuk tahayyat awal.
so seperti ini lah : rakaat biasa, rakaat akhir (ada tahayyat akhir-zuhur), bangun, niat qasar & jamak (rakaat biasa, rakaat akhir (ada tahayyat akhir-asar), salam...
betul kan tuk janggut...
Tok Janggut
25-02-05, 10:08 PM

rakaat biasa, rakaat akhir (ada tahayyat akhir-zuhur), salam bangun, niat qasar & jamak (rakaat biasa, rakaat akhir (ada tahayyat akhir-asar), salam...
maksudnya macam solat subuh tapi buat 2 kali. Tapi niat lain la dan tak de qunut
Wallahualam
TJ
vBulletin® v3.7.1, Copyright ©2000-2009, Jelsoft Enterprises Ltd.