PDA

View Full Version : [Engine & Performance] Torque & Horsepower



clubman
09-12-02, 02:01 PM
ada sapa2 tau tak apa beza antara torque & bhp, cam ne nak tau enjin tu punya power & pickup dia :Z: :confused: O:O

tyco
09-12-02, 06:51 PM
torque & power(hp or kW) berkait rapat.

Power(kW)=(torque(Nm) x RPM)/9549
Power(hp)=(torque(lb/ft) x RPM)/5252

Camner nak tau engine tu punya power?
-check manufacturer data
-kalau dah modified, kena dyno utk dptkan nilai power & torque tersebut.

Enjin yg torque tinggi tak semestinya laju. Cth plg mudah enjin yg torque tinggi tapi speed kurang mcm enjin trak/lori. Kita boleh dpt kereta yg power sama dgn enjin lori tersebut tapi torque tak sama.
Sebab apa? Enjin lori mempunyai torque yg tinggi, so pd low rpm dia dah generate cukup power utk berfungsi. Tapi utk enjin kereta, cthnya high performance, torque lebih rendah dpd lori tapi dpt generate power yg sama dgn lori tersebut pd RPM yg tinggi. Cthnya, enjin lori tu generate 300hp pd 1500RPM katakan, enjin kereta boleh generate 300hp juga tapi mungkin pd 6000RPM.

Matlie
11-12-02, 10:34 AM
Cam bas express MAN & SCANIA... dia punya torque power betul. Naik bukit karak mencanak perginyer... kalau setakat Kancil tuh, jauh la kena tinggal. Tapi bila kat jln lurus... dia plak kena tinggal.

linuxlah
12-12-02, 04:42 PM
kalau tengok engine honda b series. Torque rendah tapi hp tinggi. Ini kerana enjin2 nie berupaya hi-rev. Engine type-r sampai 10rpm..

maestro
13-12-02, 10:07 AM
leh terang sikit tak kelebihan/keburukkan torque tinggi/rendah.. hp sekali...

linuxlah
13-12-02, 11:20 AM
walau pun fizik aku dapat 5 aje aku try nak explain. Tapi kalu aku salah tolong betulkan ya.
Theori kering....
Torque nie keupayaan utk memutark kan roda tu. Kalau torque tinggi boleh bawak banyak barang or tarik barang. Kalu tengok kenderaan seperti lori & bus ker...torque tinggi tapi tak laju. Pasal engine kenderaan2 nie bukan performance engine tak rev tinggi.

mempelam
15-12-02, 08:42 PM
aku pun ada soalan pasal torque dan RPM ni.

cam mana nilai torque dan RPM ni boleh berubah. ia bergantung pada apa?

yg mana senang nak dinaikkan nilainya, torque atau RPM?

RaZeEF
16-12-02, 12:31 AM
haah..akupun ader jumper satu unit SI ni tapi aku tak tau la untuk aper..Unit di "ps"..member aku cakap ps ni pun lebih kuwang macam bhp jugak..untuk kire power sesebuah kenderaan tu..betul ke??

maestro
16-12-02, 10:35 AM
maestro surf la a few website pasal torque ni.. ni la yang maestro paham... betulkan kalau salah...

torque adalah kuasa yang dikenakan pada piston... jadi rasanya itu la yang selalu dikatakan sebagai pick-up... torque yang tinggi tidak bermaksud sesebuah kereta tu akan lebih laju.. cuma lebih pick-up... cuma yang maestro tak faham ialah kaitan torque dengan rpm...

katakan ada dua jenis engine (sama cc):
enjin 1: torque =120/3000
enjin 2: torque = 105/6000

so engine mana yang lebih power, top speed tinggi, rendah penggunaan minyak, etc...

squall_dx
18-12-02, 05:03 AM
kalau cite pasal torque ngan rpm ni.. panjang rasanya.. cuma kalau nak senang.. torque ni daya yang dijanakan dari pusingan kepala silinder enjin tu.. dan pusingan silinder tu dikira dalam rpm.

so.. kesimpulannya... takleh nak pisahkan camtu je.

kalau enjin tu rev(rpm) tinggi pun.. kalau takde torque.. tak guna gak. terutamnya untuk kete yang chasis berat.. pikup takde.

kalau torque tinggi.. rpm rendah.. kereta takleh nak capai max speed yang tinggi.. sebab takcukup rpm nak pusingkan gear dengan kadar yang lagi tinggi.

kereta yang baik adalah kete yang ditune ikut cara penggunaan dan style bawak. cam kete wrc.. top speed kurang (100-200) tapi torque gila ****. kete F1 lak.. rpm gilo2.. sampai 14000 dan over ikut jenis kete.

perbandingan enjin 1 dan 2 maestro

torque 120/3000(rpm) vs 105/6000

kalau enjin no 1 tu max rpm dia setakat 3000 je dan takleh nak pegi lagi.. enjin no 2 ada advantage dari segi max speed sebab rpm max enjin no 2 adalah 6000. tapi dari segi pecutan.. advantage pada enjin no 1. sebab pada 3000 rpm je dia dah boleh keluarkan torque lebih dari 3000 rpm enjin no 2.

ni secara senang la. sebab banyak lagi faktor yang mempengaruhi kelajuan/pecutan sesebuah kereta. biasanya setiap enjin ada dia punya performance chart sendiri.max torque pada berapa rpm. tu yang paling penting.

kalau dapat enjin yang rpm tinggi & torque tinggi dalam semua keadaan kan best.. er.. ada ke?? F1??

ibnusina8791
19-12-02, 08:49 AM
Entah ler betul ker tidak.......

Kalau torque terlalu tinggi utk sebuah kereta pun tak elok jugak sebab nanti disebabkan terlalu power tyre akan selalu spinning. Kalau tyre spin lebey2 kete tak pegi pun hanya buat bazir tyre aja... Bayangkan 1st gear spin, 2nd gear pun masih spin, 3rd gear pun masih spin biler ler tyre nak lekat..... jawapannya... tukar ler tyre jenis racing super soft.

Matlie
19-12-02, 12:06 PM
Itu pasal keta turbo org kata bahya bawak dlm hujan. Betul ker?

tyco
21-12-02, 02:36 PM
kereta turbo bahaya dlm hujan kalau pemandu tak tau tahap bila boost akan dtg, cthnya katakan tgh ambik corner, tapi pemandu tekan throttle habis, tiba2 boost dtg, so boleh terbabas sebab power naik tinggi dgn mendadak.

nokai
22-12-02, 01:43 AM
menarik gak topik nie.. leh la ingat balik apa yg pernah belajar dulu :)..


Posting Asal oleh RaZeEF
haah..akupun ader jumper satu unit SI ni tapi aku tak tau la untuk aper..Unit di "ps"..member aku cakap ps ni pun lebih kuwang macam bhp jugak..untuk kire power sesebuah kenderaan tu..betul ke??

ps nie sebenarnya unit yg digunakan di Jepun utk menunjukkan kuasa kuda sesebuah kenderaan.. sama aje ngan kW atau hp atau bhp.. yg mana

1 [ps] = 0.736 [kW] sementara 1 [hp] = 0.746 [kW]


Posting Asal oleh maestro
katakan ada dua jenis engine (sama cc):
enjin 1: torque =120/3000
enjin 2: torque = 105/6000

so engine mana yang lebih power, top speed tinggi, rendah penggunaan minyak, etc...

nie cuma pendapat aku.. mungkin yg lain bleh betulkan kalu silap..

engine mana yg lebih power
berbalik pada rumus yg tyco bagi sebelum nie --> Power [kW] = (Torque [Nm] x Rev)/9549

utk enjin 1 --> Power [kW] = (120 x 3000)/9549 = 37.7 [kW]

utk enjin 2 --> Power [kW] = (105 x 6000)/9549 = 66 [kW]

jadi enjin 2 lebih power..

top speed
rasa nyer kena tgk gak pada kuasa kuda enjin tersebut.. makin besar kuasa kuda maka makin tinggi top speed sesebuah keta.. bayangkan kalu kita menaiki keta kuda.. sebuah dgn menggunakan seekor kuda dan sebuah lagi dgn 2 ekor kuda.. agaknya yg mana lebih laju?? selain tu kena tgk juga pada nilai power to weight ratio sesebuah keta tu..

rendah penggunaan minyak
bergantung pada rev enjin.. kalu utk mendapatkan torque yg dikehendaki kena selalu high rev makin kuat la penggunaan minyak.. selain tu mungkin tgk gak samada enjin tu menggunakan carb atau EFI..

maestro
22-12-02, 09:57 AM
oleh kerana maestro inginkan perbandingan maka, kita anggap yang ianya kereta yang sama dengan enjin yang hampir sama (perbezaan dari segi torque dan rpm sahaja..) dan katakan kedua-duanya menggunakan EFI...

RaZeEF
09-07-03, 07:17 AM
Ni ader satu soalan yang memusykilkan aku sket la...aper beza PS dengan BHP ni...PS ni maksud dia aper??..kalau nak mengukur kuasa sesuatu kenderaan tu, skala maner yang patut di gunakan?..PSi ke atau BHP?..atau ader skala lain lagi..:D

MojaMoja
09-07-03, 06:03 PM
PSI kan nak ukur pressure tire ?

Per Square Inch ?

BHP kan Brake HorsePower ?

tyco
10-07-03, 02:56 PM
PS, bukan PSI. PSI tu utk measure pressure.

PS maksudnya Pferdestaerke, ni metric horsepower.
BHP=brake horsepower

1PS = 75 kgm/s.
1 Brake Horse Power (BHP) = 745.7 Watt = 76.0398 kgm/s.
1 PS= 0.98632 BHP

Dari segi BHP pula, ada negara berbeza, cthnya US vs UK BHP sebab regulation utk measure power output berbeza, US punya lebih flexible/optimistic, so figures diaorg kdg2 tinggi pulak, manakala PS lagi strict, sebab most German punya manufacturer guna PS so figures diaorg selalunya lebih rendah.

MojaMoja
10-07-03, 08:56 PM
Aku tengok dia taruk PSi aku ingat PSI ler... :p


PferdeStaerke penyer..

MuGenX
12-07-03, 10:39 PM
PSI = Pound per Square Inch