PDA

View Full Version : solat isthiqarah



tiextri
22-07-05, 10:46 AM
Assalamualaikum....

Dah lama aku tak masuk dalam bincang.net ni.
Straight to the point.

Aku yang jahil mengalamai masalah ketika ini. Aku kena buat pilihan. Aku nak bertanya kepada yang semua. Yang arif dan mengetahui.
Boleh tak baritahu aku berkenaan solat isthiqarah.

1. Tujuan solat ini.
2. Cara-cara menunaikannya
3. Waktu yang sesuai
4. Lain-lain berkaitan

Jika ada yang mengetahui silalah beri penjelasan, pendapat dan pandangan kepada aku yang jahil ini.

Sekian. Terima kasih.

fa|thz|LeR
22-07-05, 05:12 PM
ni yg aku tau la. kalau tak betul, tolong betulkan. solat ni apabila kita berasa keliru atau berada di dua persimpangan atau dengan kata lain kita mempunyai pilihan dan kita tidak pasti yg mana satu adalah pilihan yg tepat. oleh sebab itu kita mintak dari petunjuk atau panduan dari Allah utk membuat pilihan yg lebeh tepat dengan menunaikan solat istikharah ni. seeloknya tengah malam kot buat solat ni. kadang kadang petunjuk tu kita boleh dapat melalui mimpi ke. yg ni aku tak pasti sgt. sebab rasanya lain individu lain. err, tak pasti la yg ni. hehe.

sekian penjelasan dari aku yg jugak jahil. hehehe. mari kita tunggu penjelasan org lain pulak.

;)

Hally
22-07-05, 05:33 PM
aku pun nk tolong sket...aku pun x brape tau..tp..nie pun search dr forum2 jugak..


Solat Istikharah ialah solat sunat dua rakaat untuk memohon kepada Allah ketentuan pilihan yang lebih baik di antara dua perkara atau lebih yang belum dapat di tentukan baik dan buruknya. Jadi, apabila kita berhajat untuk mengerjakan sesuatu atau untuk melakukan pilihan misalnya jodoh, maka di sunatkan kita sembahyang sunat ini.

Perlu diberi perhatian, solat ini dilakukan bukan untuk mencari mimpi (tanda-tanda) selepas kita bangun dari tidur keesokan harinya. Antara tanda-tanda yang menunjukkan solat ini diterima oleh Allah ialah mimpi, kemantapan ketenangan hati. Solat ini boleh dilakukan berulang kali sehingga kita memperoleh isyarat atau tanda atau petunjuk untuk melaksanakan pekerjaan atau memilih sesuatu. Cepat atau lambat petunjuk yang diperolehi bergantung kepada ketekunan dan kekhusyukan yang melaksanakannya.

Waktu terbaik untuk mengerjakan Solat Sunat Istikharah adalah pada 2/3 malam terakhir.

Salah satu cara Islam mendidik umatnya supaya sentiasa bergantung kepada Allah dan boleh memilih sesuatu dengan cara yang baik dan betul adalah dengan cara solat istikharah. Cara-cara mengerjakan solat sunat istikharah adalah seperti dengan solat sunat yang lain.Niatnya adalah "Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala". Surah yang boleh dibaca adalah surah al-Kafirun pada rakaat pertama selepas surah fatihah dan pada rakaat ke dua boleh dibaca surah al-Ikhlas. Setelah anda selesai solat bolehlah beristighfar dan banyakkanlah berserah diri dengan Allah. Kemudian berdoalah dengan doanya. Mengenai doa solat istikharah anda bolehlah merujuk buku-buku panduan solat sunat yang ada dijual di kedai-kedai buku yang menjual buku-buku yang bercorakkan agama..

Melayu.com (http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=173) post #32

n ni ader sket lagi info..
Bicara Muslim (http://www.bicaramuslim.com/bicara6/viewtopic.php?p=80327&sid=1cd6c72e1aa8fa04f5379c91c0ccf991)

hope dpt tolong sket la ek..

tiextri
25-07-05, 11:48 AM
terima kasih kerana membantu aku.