PDA

View Full Version : proton oh proton ( second part)



triple8
06-08-05, 12:19 PM
Ini adalah faktanya. Proton Holdings Bhd adalah salah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) yang terbesar dalam Bursa Malaysia- mempunyai syer yang dikeluarkan sebanyak 549.21 juta. Pada setengah tahun pertama tahun 2004, syer Proton untuk auto tempatan telah menjadi semakin berkurangan di mana syer pasarannya jatuh kepada 45% daripada 53% untuk setengah tahun pertama 2003. Pasaran eksport Proton telah menjadi semakin merosot.

Manakala kontrak Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif Proton, Tan Sri Mahaleel Arif akan tamat pada bulan April 2005. Pada penghujung tahun 2003, Proton mempunyai tunai sebanyak RM 3.79 bilion, walaupun seorang pengurus dana mengatakan jumlah itu kini hampir RM2.5 bilion. Proton memiliki Lotus Group International Ltd yang mengalami kerugian dan kini dalam proses untuk membeli pengeluar motosikal MV Agusta SpA keluaran Itali yang telah muflis.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan bahawa Proton perlu mencari rakan kongsi pengeluar yang strategik secepat mungkin. Ya, selain daripada memiliki tunai yang banyak, nampaknya keadaan adalah tidak berapa baik buat pengeluar kereta nasional pertama itu, bukankah begitu? Lebih teruk lagi, ramai yang mengatakan bahawa kerajaan sepatutnya berhenti menyuntik wang ke dalam Proton dan menolak idea Proton.

Kebanyakkan orang berpendapat bahawa tanpa kewujudan Proton, harga kereta secara amnya akan menjadi lebih rendah dan pengguna mempunyai lebih banyak pilihan. Salah seorang dari pelabur industri yang pernah memandu kereta Proton berkata, “Di Australia, mereka telah menjual sebanyak lebih 900,000 buah kereta pada tahun lepas. Seperti di sini, mereka mempunyai penduduk seramai 22 juta orang. Sekiranya cukai direndahkan sedikit, kita mungkin berpeluang untuk menjual sebanyak 900,000 buah kereta setahun dan jumlah kerugian cukai yang ditanggung oleh kerajaan akan dibayar kembali dengan jumlah penjualan kereta yang tinggi.”

Ramai warga Malaysia yang mempunyai pandangan mereka terhadap Proton – baik kereta mahupun syarikatnya. Dan ini merumitkan lagi perjalanan syarikat itu – bayangkan, anda menghabiskan seluruh hayat anda sentiasa diperhatikan dan di‘suluh’, diperhatikan oleh semua pemilik kereta di Malaysia. Kini, bayangkan pula perasaan lapan orang ahli lembaga pengarah Proton. Mereka terdiri daripada Pengerusi, Datuk Abu Hassan Kendut, Mahaleel, dan enam lagi pengarah bukan eksekutif, Datuk Abdul Majid Hussien, Datuk Abdul Razak Ramli, Badrul Feisal Abdul Rahim, Abdul Jabar Abdul Majid, Lt Gen ® Datuk Seri Mohamed Daud Abu Bakar dan Mohd Ali Md Dewal.

Sedia maklum bahawa hanya Mahaleel sahaja eksekutif di dalam ahli lembaga pengarah. Di antara lapan orang, empat daripadanya dilantik oleh Khazanah Nasional Bhd. Mereka adalah Hassan, salah seorang ahli lembaga pengarah Khazanah, Abdul Majid, timbalan setiausaha agung Kementerian Kewangan; Razak, setiausaha agung Kementerian Perdagangan dan Indusri Antarabangsa; dan Badrul, pengurus besar di Khazanah. Inilah orangnya yang akan dicari oleh Mahaleel andai Proton ingin menukar haluannya. Dan kini mereka harus menyakinkan semua orang bahawa Proton mempunyai prospek yang baik di masa hadapan.

Cemerlang bersama Proton? Atau teruskan usaha dalam dunia yang mencabar?

Masalah utama adalah Proton itu sendiri, diibaratkan seperti seorang lelaki di atas sebuah pulau. Bukan juga idea di sebalik Proton. Jika ditanya mana-mana pelabur indusrti, mereka akan memberitahu bahawa idea di sebalik Proton adalah yang terbaik – batu loncatan untuk Malaysia bertukar menjadi sebuah negara industri. Dan yang pasti, Protonlah yang menjadi tulang belakang yang mendatangkan keuntungan.

Dengan terciptanya industri kereta nasional, satu rangkaian industri yang besar harus diwujudkan – pengeluar alat-alat ganti, rangkaian pengedar kereta, industri berkaitan enjin, kerja-kerja dan kemampuan penyelidikan dan pembangunan.

Adakah objektif-objektif ini telah direalisasikan? Secara amnya kita boleh katakan ya kepada persoalan itu.

Tetapi objektif ini bukanlah untuk diaplikasikan oleh industri-indusri yang menyokong Proton untuk pasaran tempatan sahaja. Idea yang sebenarnya adalah, syarikat-syarikat ini semakin berdiri kukuh untuk memasarkan servis mereka ke pasaran antarabangsa yang telah diketahui berada di dalam keadaan yang amat kritikal.

Adakah objektif ini telah dipenuhi?

Sejujurnya, objektif ini masih lagi belum dipenuhi.
Walaupun begitu, kewujudan Proton telah menyebabkan terciptanya rangkaian servis yang menyokongnya. Menurut laporan berita, Malaysia kini mempunyai 24 pemegang francais dan 350 pembuat komponen kenderaan. Menurut cacatan rekod, lebih kurang 250 syarikat vendor diwujudkan melalui Proton.

Proton sendiri telah melaburkan hampir RM8 bilion di dalam pasaran tempatan dan menggajikan 9,500 orang. Dianggarkan 100,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan oleh Proton, itu termasuk vendor, pekerja luar Negara, dan mereka yang bekerja di sektor industri sampingan. Ianya melibatkan pelaburan ringgit yang besar dan juga tahap kehidupan yang tinggi.

Oleh itu, tanpa proton, apakah yang akan terjadi kepada industri ini dan juga orang di dalamnya? Adakah mereka semua ini mampu berdiri kukuh tanpa Proton sebagai pelanggan utama di dalam kebanyakkan produksi mereka? Sesetengah pengeluar komponen yang besar, mereka telah pun mula membuat alat-alat ganti untuk nama besar bagi pembuat auto. Oleh yang demikian, penggiat-penggiat industri ini barangkali akan meneruskan perjuangan mereka di mana Proton hanya tinggal memori. Tetapi bagi pengeluar komponen yang sederhana dan kecil, mereka masih lagi bergantung kepada Proton.

Bagi pembuat polisi pula, nasib industri yang menyokong Proton akan menjadi topik utama setiap kali perbincangan mengenai Proton. Industri-industri ini tidak boleh dibiarkan dan terus mengalami kegagalan.

Walau bagaimanapun, ada yang mempersoal negara-negara seperti Thailand dan China yang mampu mengembangkan industri vendor tanpa kewujudan program kereta nasional mereka sendiri. Untuk menepis keraguan tersebut, ramai yang mengatakan vendor-vendor di Malaysia (sesetengahnya) mempunyai taraf yang berbeza berbanding rakan-rakan mereka di Thailand dan China. Mungkin sebenarnya, sesetengah vendor Malaysia tahapnya berbeza berbanding dengan “briged screwdriver” di Thailand. Dan sesetengah vendor di Thai dan China adalah sebagus di Malaysia walaupun tanpa kehadiran polisi kereta nasional di Thailand.

Kenyataannya kekal, walaubagaimanapun, Proton terus berdiri kukuh untuk terus menjadi faktor utama kepada sejumlah syarikat dan pekerja-pekerja mereka. Tetapi di situ letak kuncinya – Proton terus hidup dan berada di dalam keadaan yang baik.

Adakah sesiapa yang dapat memastikan bahawa Proton bukan sahaja boleh terus maju malah berdiri kukuh dalam industri ini?

Semua Masalah Dalam Proton

Menjadi suatu yang asas di dalam Pengurusan 101, jika sesebuah syarikat itu ingin menjadi kukuh, pengurusannya terlebih dahulu perlu diperkukuhkan. “Dan kemudian semuanya akan berjalan lancar,” orang lama dalam industri ini memberikan pendapat.
Kontrak Mahaleel yang akan tamat April depan bukanlah suatu rahsia lagi. Mahaleel sendiri yang mengeluarkan kenyataan bahawa dia telah bersedia untuk meletak jawatan “kerana saya telah melewati zaman persaraan saya.”

Tetapi siapakah selepas Mahaleel?

Beberapa nama telah pun disebut-sebut sebagai penggantinya. Sesetengahnya layak, selainnya kurang layak. Tetapi siapa yang bersetuju dan mampu untuk memikul tanggungjawab projek kereta nasional ini? Apabila diajukan persoalan ini, ada pendapat mengatakan, “Untuk Negara, saya boleh pertimbangkannya. Ianya akan menjadi tugasan negara.”

Walaupun dengan pampasan berdasarkan prestasi kereta itu sendiri, ramai yang merasakan ianya mungkin sukar untuk meletakkan harga bagi kerja-kerja yang melibatkan Proton.

Alternatif yang lain adalah dengan memanjangkan kontrak Mahaleel. Itu akan dipertimbangkan kerana ini adalah masa genting untuk Proton dan kesinambungan dirasai sebagai salah satu faktor penyelamat.

Tidak kira siapa juga yang menerajui Proton, dia pasti akan menghadapi pelbagai cabaran, tetapi tiada yang tidak boleh ditangani.

Tinjauan di kalangan pelabur industri, termasuk sesetengah vendor, membolehkan The Edge mengenal pasti beberapa isu, yang pastinya akan membuatkan Proton bukan sekadar terus hidup tetapi mampu berdepan dengan persekitaran persaingan yang hebat.

Isu-isunya:

1. Memperbaiki pengagihan rangkaian. Munurut pelabur-pelabur industri, rangkaian yang ada kini, terlalu besar sehingga tidak dapat menghidu sebarang masalah yang remeh. Sebanyak 400 pemborong di seluruh negara bersama Edaran Otomobil Sdn Bhd. Ini bermakna mereka berkongsi keuntungan yang amat kecil. Dan pastinya pemborong-pemborong ini harus diberi perhatian yang lebih.

Pelabur-pelabur industri bersetuju bahawa perang dingin di antara Proton dan EON tidak membawa faedah kepada dua belah pihak dan kewujudan Proton Edar (Proton Edar adalah anak syarikat Proton) hanya menambah luka di hati EON.

“Merujuk kepada objektif kewujudan industri kereta nasional, persaingan di antara kedua-duanya tidak harus berterusan,” satu sumber berkata.

Walau bagaimanapun, untuk Proton, ianya seperti berada di tengah-tengah – diantara objektif negara dalam mewujudkan industri yang menyokong Proton dan objektif komersil di dalam menyenaraikan Proton di dalam bursa saham.

“Ianya satu kenyataan, selagi Proton tidak bertindak, isu dengan Proton akan terus diperkatakan. Bagi satu pihak, terdapat jualan yang agresif ke atas aksesori dan bagi satu pihak yang lain pula, servis selepas pembelian yang perlu diutamakan,” kata salah seorang pelabur industri. “ Senang menjadi EON, tetapi tidak mudah menjadi Proton. Dan Proton masih berhempas-pulas memainkan dua peranan.”

2. Kualiti kereta dan servis selepas pembelian harus diperbaiki. Kritikan yang paling hebat adalah kualiti tidak menepati standard internasional. Kereta dengan kadar harga yang lebih murah pun mempunyai kualiti yang lebih baik dari Proton. Bagi pengguna, apa saja isu yang timbul akan membuatkan mereka mengingatinya – dan pastinya akan memberi kesan kepada keputusan mereka untuk membeli kereta itu nanti.

Dalam satu tinjauan yang diadakan beberapa tahun lalu, tdak ramai pengguna kereta Proton yang ingin menimbangkan hasrat untuk memiliki sebuah lagi kereta keluaran Proton.

Sepatutnya ini dianggap sebagai suatu peringatan bahawa sebarang janji mesti dikotakan. Kelewatan dalam proses pembelian Gen2, produk terbaru Proton, akan hanya memberi gambaran yang tidak elok. Bagi pihak pengguna pula, kelewatan itu bermaksud tidak boleh “dipercayai”.

Proton dijangkakan akan melancarkan model baru pada penghujung tahun ini – pengganti model Tiara. Model ini lebih kepada model kereta kecil dan akan diperkenalkan sebagai kenderaan untuk penghuni-penghuni di bandar. Pengganti model Satria pula dijangkakan akan deperkenalkan pada awal 2005.

3. Manaikkan kadar eksport. Ada yang mengatakan bahawa ianya tidak mustahil untuk menaikkan kadar eksport asalkan menepati caranya. Suatu masa dulu Proton berjaya menjual sejumlah besar produknya di UK dan Australia. Walau bagaimanapun, kemudiannya pasaran untuk kedua-duanya menurun. Contohnya di UK, diantara 14,000 dan 15,000 kereta terjual pada tahun 1998 berbanding pada tahun lepas, hanya 1,861 unit sahaja. Di Australia, Jumback (model kenderaan Aussie seperti model Arena) laris di pasaran.

Dalam pada itu, Proton mencari peluang untuk mengeksport kenderaan dan juga teknologinya sekali kepada negara-negara Timur Tengah dan China. Mahaleel juag ada menyatakan mengenai penggabungan mereka dengan MG Rover kepunyaan Nissan Renault. “Kami pasti akan melakukannya. Jangan ingat saya tidak menyedari betapa kritikalnya situasi ketika ini, kami harus melakukannya dengan betul,” Mahaleel memberitahu The Edge.

4. Tutup semua ’rompong’, terutama mengenai alat ganti dan servis komponen. Memang satu kenyataan, alat-alat ganti Proton yang tiruan mudah didapati di pasaran. Ini disebabkan servis setelah pembelian yang agak mahal dan kurang memuaskan berbanding servis yang diberikan oleh mekanik-mekanik yang ada di merata tempat. Pembeli biasanya hanya ‘setia’ dalam tempoh jaminan sesebuah kereta. Ini bermakna Proton kehilangan bisnes yang amat bernilai dan juga kehilangan kesetiaan pelanggan. Memandangkan Proton mengetuai seluruh pengedar, ia tertakluk kepada Proton untuk memastikan vendor menghantar komponen yang tepat pada harga yang berpatutan.

MAP atau Malaysian Automotive Policy dijangkakan akan menggalakkan pengukuhan industri vendor, ini akan memudahkan Proton memastikan kualiti alat-alat gantinya pada harga yang berpatutan.

5. Kurangkan kos dan beri penjimatan kepada pelanggan. Selagi Proton dilindungi, ia boleh meletakkan harga yang tinggi bagi sesebuah kereta tetapi lebih murah berbanding dengan pesaing yang terdekat dan masih memberikan margin yang besar kepada syarikat.

Bagi produk yang bukan berlabel nasional, selari dengan pengurangan duti import, duti eksais akan mengalami peningkatan untuk memastikan kerajaan tidak mengalami kerugian perolehan, tetapi bagi syarikat kereta ini mereka tidak akan mengalami kenaikan kos. Harga kereta tidak akan berubah, ianya tetap kekal sama, dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap pelanggan.

Cabaran bagi Proton adalah untuk menurunkan lagi kos untuk memastikan pengguna tidak perlu membayar lebih dan margin syarikat pula tidak menjadi semakin mengecil. Memandangkan jenama lain yang bukan keluaran nasional diperkenalkan di pasaran dengan harga yang mampu dimiliki, sebaiknya Proton merendahkan lagi kos kereta nasional. Kereta yang murah dengan kualiti yang baik dapat menarik minat orang ramai. Dan inilah salah satu cara yang dapat memastikan kedudukan pasaran saham berada di dalam keadaan yang kukuh.

6. Memastikan program pembaikan enjin terus berjalan dan menggantikan enjin yang lama. Di antara kritik yang diterima adalah enjin yang terdapat di dalam model kereta Iswara telah berusia selama 20 tahun.

Setiap pelanggan patut merasakan kebebasan dalam pemilihan model kereta. Model-model yang ada sekarang seperti Wira, Satria, Tiara dan Perdana adalah lebih kurang sama. Tetapi beberapa bulan lagi, Satria dan Tiara akan diganti dengan model yang lain.

Untuk memastikan medel-model baru yang dibawa masuk ke pasaran dapat memenuhi kehendak pengguna, pemantauan ke atas program pemulihan enjin perlu berterusan. Itu adalah sesuatu yang pasti akan berlaku di dalam industri dan pasaran. Produk bertambah baik, begitu juga dengan teknologi, masa berubah, kehendak juga berubah dan perubahan di dalam pasaran saham harus seiring dengan permintaan. Semua pelabur dalam bidang ini bertindak begitu.

Cuba fikirkan pengeluar kenderaan seperti Toyota dan BMW. Setiap beberapa tahun sekali, model yang baru akan berada di pasaran dan pada masa itu, pelanggan yang lama telah pun menyelesaikan pinjaman kereta mereka dan mula memikirkan untuk mendapatkan model yang lebih baru.

Kata-kata “pelanggan selalunya benar” besesuaian dengan pembeli kereta. Pelanggan hanya akan membeli kereta yang difikirkan sesuai dengannya sahaja. Syarikat kereta harus tahu apa yang dikehendaki oleh pelanggan-pelanggannya dan memenuhi permintaan mereka.

7. Ambil setiap peluang yang terbuka di depan mata – berfikir dengan sebijaknya. Ianya adalah suatu kenyataan bahawa Malaysia bertanggungjawab ke atas dua enjin –Petronas mengendalikan satu enjin dan Proton memiliki Campro. Satu kenyataan juga, Petronas menghasilkan motosikal dan Proton bercadang untuk membeli syarikat motosikal. Petronas masih ada 10% saham di dalam Proton. Menjadi tanda tanya mengapa sumber-sumber itu harus ditiru.

8. Bekerja dengan vendor sebaik mungkin untuk mewujudkan satu pertalian yang rapat berteraskan kepercayaan dan kesetiaan. Orang-orang di dalam industri memepercayai Toyota menjadi landasan setiap pelabur yang ingin menceburi bidang ini. “Toyota bekerjasama dengan vendor-vendornya, dan bukan menentang mereka,” kata salah seorang vendor.

Aduan terhadap Proton ialah mengenai pemotongan kos kepada pembekal-pembekalnya, dimana akhirnya mereka merana kerana Proton gagal mencapai target yang dikehendaki.
Sebenarnya, untuk beberapa tahun, vendor-vendor Proton menikmati keuntungan yang besar disebabkan oleh pelanggan-pelanggannya. Walau bagaimanapun, bila keadaan menjadi tegang, Proton tidak mempunyai pilihan yang lain selain dari memastikan mereka mendapat komponen-komponen pada harga yang paling berpatutan. Itu sebabnya objektif negara dalam mewujudkan industri vendor ini mungkin telah bertembung dengan objektif Asean Free Trade Area.

Walau apa cara sekalipun, Proton harus memastikan kesetian para vendor kepadanya. Ini untuk mengelakkan kejadian ke atas syarikat Australia ION Automative Pte Ltd, tidak berulang. ION telah diberikan kontrak untuk membuat kepala silinder untuk kegunaan enjin Campro. Tetapi, disebabkan beberapa alasan, mereka tidak dapat memenuhi permintaan dan penghasilan Proton Gen 2 tertangguh. Kenyataan ini merupakan suatu berita buruk di pasaran dan tamparan hebat buat Proton.

9. Jangan membeli MV Agusta. Ianya suatu kenyataan. Berita ini masih baru, tetapi apa yang kita tahu: Proton akan membayar 70 juta Euro bersamaan RM324 juta untuk 55% saham di dalam MV Agusta yang akan diperolehi dari Caludio Castiglioni.

Untuk pengetahuan, MV Agusta memiliki tiga jenama motosikal : MV Agusta, Cagiva dan Husgvarna.

Menurut Proton, peruntukan ini adalah untuk jangka masa panjang. – 12 ke 15 tahun. Sebahagian dari perancangan jangka masa panjang ini adalah untuk mempelbagaikan pengeluaran otomobil kepada kenderaan untuk marin, enjin, dan juga motosikal. Bagi Proton, MV Agusta merupakan peluang yang terbaik untuk mencipta nama di dalam industri ini.

Walaubagaimanapun, menurut salah seorang pembekal senior dari luar, “Potensi penyusutan sumber-sumber Proton, manusia dan kewangan, menjadikan ianya sukar untuk mendapatkan satu perjanjian yang positif. Keadaan kewangan MV Agusta, hutang yang tinggi, memberi gambaran keadaan syarikat itu yang tidak stabil atau persekitaran persaingan yang kurang memberangsangkan. “Kebanyakkan orang bersetuju dengan pernyataan ini. Malah, The Edge juga tidak menemui sesiapa yang inginkan pemilikan tersebut melainkan Pengurusan Proton.

Seorang pengurus kewangan mencadangkan satu alternatif : “Saya mencadangkan lebihan sebanyak RM4.70 ke atas satu saham dibayar balik kepada pengguna sebagai dividen, lebih-lebih lagi dividen telah dikurangkan dari 20 sen kepada 5 sen pada tahun lepas.”

Tetapi ianya menjadi topik perbincangan kerana pendapat pengurus tadi adalah untuk jangka masa pendek. Proton selalunya memandang jauh ke hadapan. Di sini wujud satu persoalan: Adakah harga untuk produk Itali agak tinggi? Ada yang mengatakan ianya memang terlalu tinggi. Tetapi Mahaleel tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan sebarang komen.

Rakan kongsi asing

Adakah Proton seharusnya medapatkan rakan kongsi yang strategik? Mahaleel mengiakan persoalan ini – dia berpendapat bahawa penggabungan ini dapat memaksimumkan potensi. Tetapi dia bertegas, tiada yang berkuasa di dalam menerajui sesebuah syarikat. “Adakah anda mahu kehilangan objektif dalam mewujudkan Proton?” dia menyuarakan persoalannya.

Kami masih tidak pasti sama ada idea untuk rakan kongsi strategik melibatkan penglibatan ekuiti. Sekiranya benar, Khazanah perlu melakukan sesuatu. Ia memiliki 191.17 juta saham di dalam Proton. Itu merangkumi hampir 35%. Seterusnya adalah KWSP, memiliki 66.82 juta saham atau 12.17%. Dan seterusnya adalah Petronas dengan 54.12 juta saham atau 9.8%.

Sekiranya kerajaan mahukan rakan kongsi dari luar untuk memiliki ekuiti, ianya adalah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Tetapi haruskah kerajaan menerima rakan kongsi ekuiti dari negara luar untuk Proton? Adakah ia dapat memastikan kestabilan syarikat pembuatan kereta nasional ini? Dan kita akan lihat nanti bagaimana reaksi Khazanah apabila mereka mengetahui tentang perkara ini.

Setakat ini, kemungkinan perletakan jawatan Mahaleel adalah tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka mungkin mencari rakan kongsi ekuiti dari luar. Pengabungan ini memerlukan penjelasan kepada para pelabur, pelanggan, dan pembayar cukai agar mereka ini akan dapat gambaran yang sepatutnya berkaitan masa depan Proton.


Note untuk triple8: Sumber dari mana?
Rujuk: Peraturan BDN (http://bincang.net/forum/peraturan.php?bdn=ahli)

C-Fumofufu
07-08-05, 06:41 AM
jangan sebar berita tipu la woi

BraDeRz
07-08-05, 09:47 AM
makin panjang makin tak byk betul...

ChEf_N|3aM
07-08-05, 12:40 PM
sudah laaa..... jangan nak buruk2 kan proton..... lagi.... org kuat dah pun keluar dah...

revomatrix
07-08-05, 08:54 PM
aku pun tak suka gak cara Proton handle bisnes diorang....lebih² lagi yang menyekat hak orang lain untuk membeli kereta yang power dan berkualiti ..tapi mana resource berita yg panjang lebar nih ??

aku nak tau gak reporter yang antar berita tuh ....

tyco
07-08-05, 11:20 PM
beritau sumbernya, adakah ini hasil tulisan anda sendiri, atau diambil dari mana2 laman web/akhbar atau lain2 media? Selagi tak de siapa nak bagitau sumbernya, topik dikunci dulu. Ada sumber, ada update apa2, then pm saya.