PDA

View Full Version : Kalau Kena Santau

syhkli
25-08-05, 07:58 PM
Aper nak buat klu kena santau..
angin ker..makan ker??

Mitsui
25-08-05, 08:54 PM
oang cakap... .. kalau nak elak kena santau.. . jangan cukur misai yang tumbuh tue... ..
maksud aku tu misai yang 1st sekali tumbuh.. . jgn di potong atau cukur ... ..
ahaks.. ..

tapi kalau dah kena santau.. .. erms.. cari la oang yang pandai ngubatnya...!

ruslan05
26-08-05, 12:47 AM
Kalu dah kena gi berubat la.cari orang yang tau.Tp ini sume keje setan nak berubat pun kena hati2la jgn cari bomoh nanti bukan hilang penyakit,tp lagi tambah.sebab bomoh pun guna setan samada dia sedar ke tak je..Walau pun guna ayat quran tp kalu hati lalai ingat allah,setan ng jin yang ambil tempat.
Semua penyakit dibawa oleh setan,tak kira lah penyakit apa,kencing manis,darah tinggi,lemah jantung,sakit tulang,macam2 lagi.Kadang bila dah tua baru penyakit tu timbul,sal masa muda menuntut ilmu yang bukan2.Dalam quran kata :syetan yang membawa penyakit" lagi satu allah firman "Mereka yang tidak mengambil quran sebagai teman,Kami kuasa kan setan keatas diri mereka" lagi "Kami datangkan seksaan didunia,sebelum seksaan yang lebih besar diakhirat"
Apa pun ingat ;ah allah banyak2 dan minta allah cabutkan penyakit2 tu dari saudara.

SixShot
26-08-05, 09:09 AM
berubat ler.... biasanya cara tradisi... slalunya ada dua options.. sama ada ubati sahaja or return balik pada pengirim.... terpulang pada anda untuk pilih...

Mitsui
26-08-05, 09:11 AM
Semua penyakit dibawa oleh setan,tak kira lah penyakit apa,kencing manis,darah tinggi,lemah jantung,sakit tulang,macam2 lagi

erks.. .. betul aku tak tau selama ni... ..
huhuhu.. .. jahilnyer aku.. ..!

Sarung_Wrangka
26-08-05, 09:48 AM
No Komen. Miahahahahahaha

RajaUtara
26-08-05, 11:14 AM
Assalamualaikum,

Semua penyakit dibawa oleh setan,tak kira lah penyakit apa,kencing manis,darah tinggi,lemah jantung,sakit tulang,macam2 lagi.
Humm.. susah nak komen nie. Kalau benar seperti yang didakwa, maka cara yang paling berkesan utk merawat penyakit kencing manis, darah tinggi dll ini, hanyalah dengan cara rawatan ruqyah shj. Toksah makan ubat, or jumpa doktor pakar. Bedah pun, toksah. Tak guna bedah, sebab saitan still leh masuk balik dlm badan manusia.

Tak gitu.....??

Sarung_Wrangka
26-08-05, 11:44 AM
Sebab tu aku no komen... takut nak cakap, tak pandai nk beri pendapat. Pakat tgk dulu laa. Gitu! Gitu!... Hehehehe

Sarung_Wrangka
26-08-05, 11:46 AM
Tapikan... kalu betul la setan leh bg penyakit camtu... carilah pengunci diri, setiap pembuka pasti ada penguncinya, setiap persoalan pasti ada jawapannya. Tawakkalmullah

anaktimur84
28-08-05, 02:03 PM
aku tak tau la ni betui atau tak...........

kata2 orang la kan... setiap kali nak minum kena rasa dulu bawah gelas dengan jari...

kalau air sejuk tapi kat bawah panas atau sebaliknya maknanya air tu ada sesuatu tak kena...

Sarung_Wrangka
29-08-05, 01:02 PM
Amalkan lah membaca Bismillah 5. InsyaAllah, jadikanlh ianya amalah di lidah mu... guru aku cakap, sihir takkan mampu menembusi diri kita dengan izinNya, insyaAllah...

Mutant
30-08-05, 02:19 PM
:R
salam-z-

aku tak tau la ni betui atau tak...........
kata2 orang la kan... setiap kali nak minum kena rasa dulu bawah gelas dengan jari...

kalau air sejuk tapi kat bawah panas atau sebaliknya maknanya air tu ada sesuatu tak kena...

ako ada dengar jugak pasal benda ni...tp cam tak praktikal la...
contoh air teh ais la kan...
cuba pikir kalau air tu baru dibuat(panas)...kemudian dia letakkan ais...mesti la kat bawah tu panas lagi dan kat atas tu sejuk...atau kena tunggu sampai dia larut betul² ker apa ker...??

kompius ako...tlg jelaskan cam mana cara yg betulnya...:apo:

afross...

slique
30-08-05, 02:37 PM

betullah tu. kalau kat bwh panas atas sejuk, tak kene lah tu. air die tak larut. kene kacau dulu....

ukm68
14-09-05, 11:42 AM
Cubalah mandi dengan Aura Seri. Ni kakak aku syorkan. Bab makhluk halus ni kalau kena mandi pakai Aura Seri ni dia sure lari. Tak kira la santau ke , rasuk ke dan yang sewaktu dengannya. Sebab Aura Seri ni dia punya frekuensi tinggi, hantu semua tak tahan. Memang dah banyak kes aku dengar, semuanya baik bila mandi dengan Aura Seri. Tapi Aura Seri ni tak jual kat kedai. Ni kakak aku bagi link kalau nak order ;

URL Remove: Sila baca peraturan.

Sarung_Wrangka
14-09-05, 12:11 PM

Tu kalau ada antu setan dan jin kat kita... tapi kalau dah yang jenis masuk dalam perut ni (santau ni mende yang kita dah makan, atau bnafas dgn udara yang dah di cemari dgn bahan2 bracun ni)... Takkan nak minum lak Aura Seri ni?... Thehehehehe... peringkat prebet leh la kot...?

svarsgaard
16-09-05, 10:57 PM
heheheh merepek ah korang nih! kelakar lak bunyi nyer....

takde lain melainkan berdoa pada tuhan setiap awal dan akhir perbuatan kite. tu je rahsia nak preventing those kind of black magic! aight!...

aliyna
21-09-05, 11:15 AM
Black magic ka white magic ka.. david copperfield ka..
semua Allah gak yg beri kuasa...

Contoh:-
Org nak santau orang... ge jumpe bomoh sana sini usha nak pekena org
kalau buat sendiri sure sebelum nih dah ge blajar cara pekena org kan?
Usaha mintak jin sana setan sana tolong...
tapi kalau Allah tak beri, tak menjadi...
kalau org jahat leh mintak supaya kite sakit...
kite mintak balik pada Allah pulihkan semula
takyah pulang2 kan pada pengirim...
nnt diorg dpt gak balasan...

So kalau nak buang santau tuh pulak...
kalau doa sendiri tak menjadi.. carik la bijak pandai...
darul shifa ada... byk jugek pusat rawatan alternative yg lain...
ustaz sana sini leh mintak tolong doakan pada allah...

kalau betul ada kes santau needs help bagitau..
liyna leh direct ke mana yg patut....

Sarung_Wrangka
21-09-05, 05:03 PM
ustaz sana sini leh mintak tolong doakan pada allah...

Kenapa tak yakin dgn kebolehan dan keupayaan diri sendiri?... Susahkan kalau takde ilmu yakin dalam diri?... ( aku pon gitu gak.. thehehehe ) :hehe:

anaktimur84
26-09-05, 10:32 AM
DOA MAKAN (CEGAH PELARIS DAN SANTAU)
Amalan:
· Baca sebelum makan di kedai makan
· Baca 7x sehari sebagai pendinding

[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

Isya Allah.... berkesan..... ( Dijamin dengan kemulian dan kebesaran al-quran )

svarsgaard
26-09-05, 11:37 AM
mekasih anak timur for the useful amalan.... ;)

kromok
26-09-05, 12:44 PM
ni aku nak citer skit pasal santau nie...

bermula dengan batuk yg tak henti-henti..terutama pada waktu malam...lepas tu...leher gatal-gatal...badang rasa miang-miang...aku suffer bende ni dalam 2-3 bulan jugak...pada mulanya aku rasakan macam batuk biasa jer...sampai jumpa doktor 4-5 kali...last sekali doktor suruh aku bua x-ray...dalm pada tu mak/ayah (sebab dia tengok batuk aku semacam....tak de kahak)dia suruh berubat secara tradisional....bomoh tu kata aku kena santau...masa dia bagitau tu...aku rasa antara percaya dan tidak....wallahuallam...

tapi lepas tiga kali berubat...alhamdulilalh....batuk-batuk,miang-miang pada badan pun hilang...

ruslan05
26-09-05, 01:52 PM
DOA MAKAN (CEGAH PELARIS DAN SANTAU)
Amalan:

[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

Isya Allah.... berkesan..... ( Dijamin dengan kemulian dan kebesaran al-quran )

1. Rasul dikalangan kamu sendiri.(bermakna yang datang beri peringatan dikalangan bangsa kita sendiri.)

2.Dalam quran mana ada tulis nabi muhammad cuma muhammad je.Jangan pandai2 tambah sendiri kalu kurang faham.Pegertian Nabi Muhammad dan Muhammad ada lah berbeza.

3. Ayat2 Quran juga adalah bersifat hamba.Jangan bergantung pada ayat,tapi minta lah terus dengan Allah.

walahualam.

TodakPaya
27-09-05, 10:27 AM
DOA MAKAN (CEGAH PELARIS DAN SANTAU)
[128] Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu dan dia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

Surah atTaubah Ayat 128-

[129] Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

Rupanya ayat laqad jaa'akum... ayat ni juga kalau beramal boleh jadi satu penanda kita akan mati bila.... tandanya bila kita amalkan selalu. tiba pada satu hari , kita terlupa/gagap nak baca ayat ni. padahal itu adalah amalan kita. Maka hari kematian dah tak lama. Tok2 guru selalu beramal dgn ayat ni. itu yg diorang dapat rasa bila diorg akan pergi..

TAPI betul ke? Aku pun beramal dgn ayat ni... lepas baca ayat ni , aku rsa konpiden je... mulala bawak keta/motor mcm pelesit, sebab aku masih ingat/tak sangkut.

penah sekali aku baca sangkut.... aku takut nak kuar, kot2 meninggal luar rumah.. heheh..

Ada komen apa2, terutamanya TJ???

svarsgaard
28-09-05, 12:43 PM
so... aku nak tanya sket nih... apa moralnyer pada orang yang kena santau, pada orang yang melihat orang lain kena santau dan penyantau itu sendiri???

svarsgaard
28-09-05, 12:44 PM
Rupanya ayat laqad jaa'akum... ayat ni juga kalau beramal boleh jadi satu penanda kita akan mati bila.... tandanya bila kita amalkan selalu. tiba pada satu hari , kita terlupa/gagap nak baca ayat ni. padahal itu adalah amalan kita. Maka hari kematian dah tak lama. Tok2 guru selalu beramal dgn ayat ni. itu yg diorang dapat rasa bila diorg akan pergi..

TAPI betul ke? Aku pun beramal dgn ayat ni... lepas baca ayat ni , aku rsa konpiden je... mulala bawak keta/motor mcm pelesit, sebab aku masih ingat/tak sangkut.

penah sekali aku baca sangkut.... aku takut nak kuar, kot2 meninggal luar rumah.. heheh..

Ada komen apa2, terutamanya TJ???

pasal "laqad jaa' akum" nih aku dah bukak topic dalam bincang muslimin muslimah ni dulu, check out surah at taubah dan kelebihannya...

//dabel posting
lenkali pakai fungsi edit

Sarung_Wrangka
29-09-05, 11:17 AM
Hmmm... tak sangka la kalau ada lagi yang masih mengamalkan racun meracun orang skang ni... ingat zaman dolu2 je aktif orang kita main santau menyantau... dulu2 mmg wajib la, kalau musuh dia kuat dan gagah, nak berdepan camne?... Baik racun dari jauh je...Tapi tak nafikan masih ada segelintir orang kita yang menyimpan ibu santau @ ibu racun ni... bnyk dari kalangan orang skang ni dah tak berminat nak guna racun meracun ikut angin, air dan makanan ni... well, harapnya takde dah lepas ni orang kene santau...
Ntah la apa yang aku melalut ni...

jordache
30-09-05, 01:19 PM
p la panggil guru agama yang berkelayakan utk ubat santau... jgn salah amik guru ajaraan sesat lak.. nanti lagi la ko tu tersantau

anaktimur84
03-10-05, 04:23 PM
sekarang org tak main santau lg dah...

diorang main arsenik.....

talapia
13-10-05, 11:36 AM
hmm.. santau.. sihir.. takleh ke kita kenekan pada bush ke? geram aku kt dia. apsal yg terer2 dok kene2kan org.. sesama kita? gi la kenekan bush tu ha. biar dia gatal2 seluruh badan.. batuk kuar jarum ke. apa2la..

wati2006
14-07-06, 11:40 PM
KALAU AMERIKA/ISRAEL GUNA SENJATA CANGGIH BUNUH ORANG ISLAM...
BOLEH TAK GUNA SANTAU KENAKAN DIA ORANG???:hehe:

SAYA GURAU JE!!:hehe:

kerisnaga
15-07-06, 05:24 AM
KALAU AMERIKA/ISRAEL GUNA SENJATA CANGGIH BUNUH ORANG ISLAM...
BOLEH TAK GUNA SANTAU KENAKAN DIA ORANG???:hehe:

SAYA GURAU JE!!:hehe:

dr ape yg aku tau/dgr/baca/blaja, santau or sihir ni cuma bleh berkesan utk org islam yg tak mkn ****. ilmu santau x jadi pd bush laknatullah & the gang pasal diorg mkn ****...

wallahualam.

Salimah
17-07-06, 04:39 PM
Abang aku la batuk dah berbulan, jumpa dr sana sini kata takde penyakit. X-ray la, XX-ray la, sting ray la.

Abang aku berubat kat Darul Syifa' dgn Datuk Harun Din kat Bangi. Alhamdulillah, sihat. Katanya terkena cara tak sengaja masa abang aku singgah makan kat mana tah.

ekzos_pipe
17-07-06, 04:49 PM
Abang aku la batuk dah berbulan, jumpa dr sana sini kata takde penyakit. X-ray la, XX-ray la, sting ray la.

Abang aku berubat kat Darul Syifa' dgn Datuk Harun Din kat Bangi. Alhamdulillah, sihat. Katanya terkena cara tak sengaja masa abang aku singgah makan kat mana tah.

haah sama kes ngan member opis, beberbulan2 batuk sampai kurus, cek doktor tara pape bagi ubat - tak jalan, x-ray - paru2 clear, last g darul syifa, alhamdulillah. Pegi tratement kuarkan bisa habuk ape tah dari dada dan siap bagi ramuan ubat batuk tradisional - pokok dukong anak, pegaga, gula batu, tebu pastu hape ntah lagi rebus pastu minum air. Alhamdulillah okeh.

wati2006
17-07-06, 05:04 PM
dr ape yg aku tau/dgr/baca/blaja, santau or sihir ni cuma bleh berkesan utk org islam yg tak mkn ****. ilmu santau x jadi pd bush laknatullah & the gang pasal diorg mkn ****...

wallahualam. AMACAM KALAU SEMUA BOMOH2 SANTAU GEMBELING TENAGA HASILKAN 'SUPER SANTAU' YG BERKESAN UTK YG MAKAN ****(BUSH & THE GANG)???:tokjoget:

RajaUtara
17-07-06, 05:12 PM
Assalamualaikum,

AMACAM KALAU SEMUA BOMOH2 SANTAU GEMBELING TENAGA HASILKAN 'SUPER SANTAU' YG BERKESAN UTK YG MAKAN ****(BUSH & THE GANG)???:tokjoget:
Matlamat tak menghalalkan cara, dik oi...

fms
17-07-06, 09:36 PM
AMACAM KALAU SEMUA BOMOH2 SANTAU GEMBELING TENAGA HASILKAN 'SUPER SANTAU' YG BERKESAN UTK YG MAKAN ****(BUSH & THE GANG)???:tokjoget:

Santau kan guna syaitan..
xkan nak kenakan kroni sendri..hehe..

tilmizah
17-07-06, 11:19 PM
apa yg sy perhatikan selama ini ada perbezaan diantara perubatan mengunakan bomoh dgn perubatan islam....antara yg kita sudah maklum bomeh guna mentera2, perubatan secara islam guna ayat al-quran....dan satu lg klau bomoh2 nie dia akan bg org yg berniat jahat tu kena balik penyakit tu, klau dlm perubatan islam dia x akan memulangkan balik penyakit tu tp mendoakan perkara yg baek2 kat org yg buat tadi....beza kan

crucifferlove
18-07-06, 09:56 AM
Ader tu aku dengar orang kena santau sampai meninggal.. Banyak dah orang citer kat aku. Katanya dah bawak berubat dengan ramai ustaz dan bomoh but still tak leh baik coz santau tu kuat.. tak leh nak buang. Ader pulak cikgu aku masa aku sekolah dulu sampai gila sebab masa dia kerja kat Sarawak dia pernah kecewakan sorang pompuan (org sana jugak) dia kawin ngan pompuan lain. Mulanya nampak dia murung, suka termenung kat library sengsorang.. lelama start pulak cakap sengsorang. Pas tu masa budak2 sekolah tengah main bola sepak terus hilang pertimbangan... Gempak satu sekolah. Tanya kat family dia .. dia sebenarnya dah terkena santau .. Bomoh Sarawak.. dah tak leh nak ubat.. Dah lama cuba berubat tapi tak berjaya... Sia2 jer teraniaya mcm tuh. Kalau dia tau saper yang buat pon bukan ader Akta yang boleh menyabitkan kesalahan pada si penyantau tuh..

supin_supian
19-07-06, 03:41 AM
erkss...
apa yg aku dgr...
kalu korang pi kuala kangsar...
di harap jgn makan kat mana2 kedai kat kuala kangsar...
selagi ia daerah kuala kangsar jgn makan...
pasat...
sedara aku dok sana...
dia citer skang kat kuala tgh gila org buat santau...
ngabornye nak try dia punyer santau power tahap mana...
tp...
selagi makan kita dimulai dgn bismillah...
insya-Allah...
kita dilindungi...

reportez
19-07-06, 02:22 PM
ramai gak pakar2 pengubat ilmu itam ni eh..

asura
19-07-06, 03:05 PM
No Komen. Miahahahahahaha

klu x mau komen atay x tau komen.
Jgn post thread ..ahaakkss :hehe:

Jgn maraaahh ..gurau jer ..:cungile:

kerisnaga
21-07-06, 11:07 PM
ada satu petua arwah atok aku ajo kat aku. klu nak trace air yg dihidangkan kat kita tu ada santau ke tak, try tgk byg2 muka kita kat permukaan air tu. klu xde byg2 muka kita, dikhuatiri ada santau la tu.

ibuirfan
25-07-06, 11:24 AM
biasanyer kalau dah kena penyakit macam ni...tak cukup dengan sorang bomoh jer...lagilah kalau termakan dan menjadi darah daging...
teringat pulak masa hubby sakit dulu....dalam dunia yg semakin moden ni...rasanyer makin banyak pulak kes2 macam ni...
penyakit ni kalau datang macam ribut tapi kalau nak baik/balik...macam semut..
saya memang susah nak maafkan orang yg buat hubby saya macam tu....sayangnyer kami masih tercari2 sapa orangnyer:bangbang:

zarif
25-07-06, 02:56 PM
cara nak rawat tuh aku xtaula, tp aku nak share sket langkah2 pencegahan megenai santau air. Santau air ni klau ko nak tau ada bahan santau atau tak bila ko pgg gelas cawan yg berisi air kosong ko rasa air tuh sejuk tp bawah glas tu ko rasa panas so hati2 sket takut ada bahan santau!

supin_supian
26-07-06, 02:39 AM
ada lg...
kalu nak makang...
kenduri atau kat kedai makang...
order air dulu...
pastu angkat itu gelas...
kasi gosok dia punya tapak...
sambil mengucap 3 kali...
pasti kasi minum itu air...
pastu lidah kasi main kat lelangit...
pastu kalu ada rasa geli jugak...
ada selamat...
boleh makang...
kalu x der rasa aper²...
ca alif but cabut...

baca doa nie...
utk pelindungan diri dari segala macam jenis bencana...
kita hanya berdoa...
so kena yakin...
bismillah hillazi layadhurruma'asmihii shai unf fil ardhiwala fissamaaaaa iwahuwasami u'l a'lim

Nagas
26-07-06, 10:11 AM
kat perak skang ni tgh giler2 santau.... huhu~ dah byk kes mati baru2 nie~

zarif
28-07-06, 06:21 AM
Byk Tok Moh Muda skang nih!