View Full Version : ~Petua ape yg anda pakai untuk menjaga~
flamingo145
13-09-05, 05:41 PM
Petua ape yg anda pakai untuk menjaga..
1. muka..
2. rambut..
3. kesihatan dalaman..
4. kehalusan kulit..
5. kelembapan bibir..
kongsi sket.. macih.... :D
p/s: kalo bleh nak petua traditional yek.. tapi kalo ade petua/produk moden ape salahnye..
yg aku penah baca kan..
bab muka, bangun jer tido, dgn tak gosok gigi tu terus amek air basuh muka dari bawah ke ubun-ubun kepala, 3 kali dengan selawat, insyaallah muka nampak berseri aa..
bab bibir tu, amek sikit scrub gosok kat tang bibir tu selo-selo, pastu basuh, pastu amek veseline ke, pelembab ke tonyoh kat mulut tu seeloknya biar semlman taim tido..
depa kata buat bibir jadi soft and supple
aa tu jer aku tau
yg lain aku main blasah jer hehe :D
muka.. pembersih, penyegar & pelembab. selewat mane blk dr kije ke.. ttp kine cuci muka,jgn tedo dgn mekap, jgn picit jerawat, pakai sunblock..
kelembapan bibir.. pakai vasenline..natural je tp mmg bagus
ekceli me pong tak bape pandai.. ehehehee.. :D
SixShot
17-09-05, 10:40 PM
Petua ape yg anda pakai untuk menjaga..
1. muka..
2. rambut..
3. kesihatan dalaman..
4. kehalusan kulit..
5. kelembapan bibir..
kongsi sket.. macih.... :D
p/s: kalo bleh nak petua traditional yek.. tapi kalo ade petua/produk moden ape salahnye..
saya mengguna pakai petua orang tua.... bukan petua orang muda.. skian trima kasih
Petua ape yg anda pakai untuk menjaga..
1. muka..
2. rambut..
3. kesihatan dalaman..
4. kehalusan kulit..
5. kelembapan bibir..
kongsi sket.. macih.... :D
p/s: kalo bleh nak petua traditional yek.. tapi kalo ade petua/produk moden ape salahnye..
utk sumer tu, kene jaga makan dulu. cukup bitamin, cukup air. Insya'Allah. sumer ok. air wuduk pun bagus gak.
amik wuduk je...lepas buang air besar ngan air kecik..heheheh
amik wuduk je...lepas buang air besar ngan air kecik..heheheh
Betul ni, sebab bila kita tidur tanpa doa, syaitan mengikat 3 pintalan, bila kita bangun, mengambil wuduk melepaskan salah satu dari pintalan tersebut (HR Muslim). Dalam masa yang sama memberi seri kepada wajah, Insya Allah.
Ada sekali tu saya tengah amek wuduk kat satu tempat yang ader sink, ada sorang non-muslim tu tengok semacam jer. Kendian saya tanya "Berapa kali awak basuh muka awak?" Kendian saya tunjuk kaki saya, "ini kaki dibasuh 15X sehari, lagi bersih" :)
assalamualaikum sumer...danish bukannya ape..as a newbie kat sini jer..kalau ade salah silap sile beri tunjuk ajar...
.:Byha komen:.
mak, aih, berderet2 post...
harap dpt baca peraturan bdn dulu yer...
sini ada limit bilangan post utk satu thread...
kasik peluang utk kawan2 lain nak post...
u can edit ur post as long as the edit button is still there...
welcome to bdn & have fun :sengih:
__________________________
Petua Nampak Muda..
Hang kena perasan lebih....Dont kira apa orang nak kata ...rasa2 nya lah....
Dak pon selalu lalu lah duk dalam gelap.....
dak pon selalu lalu lah nolong orang......
Lembutkan Rambut
Untuk lembutkan rambut anda boleh cuba petua ini.Ambil segenggam daun inai,mesin hingga hancur atau masak hingga panas sebentar. Sejukkan , kemudian sapulah pada rambut anda.Insyaallah
Masalah uban?
Rendamkan teh semalaman. Kemudian usapkan ke kepala, lakukanlah selama 30 minit sebelum anda mencuci dengan syampu.
Masalah rambut gugur?...
Ha,sebelum terlambat Rebus segenggam daun labu muda dengan minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala, lakukan ini setiap hari hingga rambut tidak gugur lagi.
Rambut berkelimumur?
Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci.
Petua ape yg anda pakai untuk menjaga..
1. muka..
2. rambut..
3. kesihatan dalaman..
4. kehalusan kulit..
5. kelembapan bibir..
kongsi sket.. macih.... :D
p/s: kalo bleh nak petua traditional yek.. tapi kalo ade petua/produk moden ape salahnye..
Kalau akulakan aku buat camni...
1.cuci guna sabun pegaga
2.pakai minyak pandan
3.makan supplemen spt spirullina atau vit C
4.guna sabun susu kambing
5.bykkan minum air
cubelah.wassalam.
flamingo145
14-10-05, 11:19 AM
muka
ade member syorkan guna bunga tanjung.. tapi aku baru pakai skali jek.. :D nk try petua spurs.. :D
rambut
isk.. ade rase cam gugur nie, maybe sbb ade kelimumur kot.. nak try petua danish..
kesihatan dalaman
ade kawan syorkan jamu mustika ratu- jamu perawatan puteri.. hmm... ingat nak amik spirulina..
kehalusan kulit
err.. tak pakai ape2 pon..
kelembapan bibir
dulu guna veselin tuh.. pastu skang guna water lip balm cool (mentholatum). memula pakai balm tu, pass tu pakai lipstik, pastu sapu lagik balm.. hehe, bibir aku jenis mudah kering, keje plak kat aircond.. tu pasal kena pakai pelembab..
AFD3113
14-10-05, 01:09 PM
baby..kalo nk kasi kulit muke licin dan tegang..sapu ngan putih telur ..dulu time study slalu buat..skarang da malas.. :hehe:
kalo nk rambut lebat dan hitam bersinar gune daun bunga raya..
:hehe:
flamingo145
14-10-05, 02:02 PM
baby..kalo nk kasi kulit muke licin dan tegang..sapu ngan putih telur ..dulu time study slalu buat..skarang da malas.. :hehe:
kalo nk rambut lebat dan hitam bersinar gune daun bunga raya..
:hehe:
bleh cuba gak nieh.. :D
t.q. AFD3113 :hehe:
jordache
15-10-05, 12:36 PM
x tau mane lbih elok tradisional or moden.....
riiiesa
07-02-06, 01:20 PM
Ntah ler... tak de product yg berkesan lg kat bibir aku. Asik kering je
LavendeR
08-02-06, 12:36 PM
x tau mane lbih elok tradisional or moden.....Integrated both of them will produce THE BEST result...insyaALLAH...
Humairah
10-02-06, 06:07 PM
kalu yg malas cam cek nih...bg la alat moden ker...petua tradisi ker.......tak pakai pun...erm......:D
p/s; budak2 pompuan BDN ni mesti comel2......
rexprimo
11-02-06, 10:05 AM
1. Menegangkan Kulit Muka
Petua 1 : Ambil tepung ubi kayu dan timun.Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering.Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.
Petua 2 : Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhlah bersama sedikit air dan sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
2. Melicin dan Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak,lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.
3. Menghilangkan Bau Mulut
Petua 1 : Ambil 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih. Kemudian kedua-duanya ditumbuk lumat. Gosok pada gigi dan berkumur. Lakukan 3 hari sekali, baunya akan hilang dan ia mengeluarkan bau yang harum.
Petua 2 : Amalkan makan hampas kelapa yang sudah digoreng tanpa minyak dan minum air suam. Makanlah setiap pagi dan malam selama 3 hari atau 3 hari sekali.
4. Menghaluskan Kulit Muka
Petua 1 : Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.
Petua 2 : Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. Kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.
Petua 3 : Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.
5. Kulit Cerah dan Licin
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan. Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.
6. Mengelak Kulit Bersisik
Ambil segelas air kelapa muda, dua sudu air limau kasturi dan suku gelas madu lebah. Campurkan bahan ini dan panaskan seketika tetapi jgn sampai mendidih kerana ia akan merosakkan khasiatnya. Minum 2 kali sehari dan amalkan sehingga kulit bersisik tadi menggelupas. InsyaAllah akan mendapat kulit yang lebih halus dan licin.
7. Menghasilkan Kulit Cantik
Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan .
8. Menghaluskan Kulit Badan
Petua 1 : Buah keras ditumbuk dan dicampur bersama minyak zaitun dan digosok ke badan. Insyaallah kulit akan menjadi halus dan dapat membuangkan daki-daki dibadan (skrub)
Petua 2 : Kisarkan dua biji kelapa dan tuangkan ke dalam bekas mandi. Berendamlah di dalamnya selama 15 minit. Gosokkan badan anda dengan santan dan hampas kelapa itu. Amalkan petua ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit tubuh yang halus.
9. Mencantikkan Kulit Muka
Petua 1 : Sapukan putih telur ke muka anda dan biarkan selama 10 minit. Cuci dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.
Petua 2 : Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih. Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.
Petua 3 : Amalkan mencuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan teh tersebut ke muka anda, 10 minit kemudian cucilah dengan air bersih.
10. Menghilangkan Bau Badan
Petua 1 : Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.
Petua 2 : Ambil beberapa helai daun limau nipis yang masih muda, tumbuklah hingga hancur. Kemudian, gentel-gentelkan kecil-kecil supaya mudah ditelan. Telanlah 3 kali sehari.
11. Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat
Rebus segenggam biji manjakani di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.
12. Melembutkan Rambut
Petua 1 : Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.
Petua 2 : Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus. Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika. Kemudian, cuci bersih. Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur
13. Rambut Berbuah Dan Bercabang
Petua 1 : Ramas daun pinang. Kemudian, campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Biarkan 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan 2 minggu sekali.
Petua 2 : Tumbuk daun inai dan lumurkan di seluruh rambut anda. Tunggu sehingga sejam baru dibasuh dan dibilas
14. Menyegarkan Mata
Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata
Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.
15. Merawat Kulit Berkedut
Petua 1 : Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan,lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.
Petua 2 : Utk mengurangkan garis halus di wajah, ratakan selapis madu pada wajah dan biarkan selama 15-20 minit. Bersihkan menggunakan kapas yang dibasahkan dengan air (seelok-eloknya air hujan). Jika kulit berminyak, campurkan beberapa titis jus lemon ke dalam madu sebelum disapukan pada wajah.
16. Menghilangkan Bulu Di Atas Bibir
Semua perempuan pasti menghadapi masalah ini dan banyak juga yang berasa sangat malu dan tidak berkeyakinan diri bila bulu di atas bibir ini terlalu lebat kan. Jangan risau, cubalah petua yang saya beri ini insyaAllah berkesan kerana saya sendiri telah mencubanya dan ternyata berkesan dan kulit kelihatan lebih menarik. Caranya :Perah limau nipis dan campurkan jusnya dengan gula pasir. Kacau sebati dan kemudian sapu atau urutlah ke atas bibir. Selamat mencuba
17. Melentikkan Bulu Mata
Ambil daun lidah buaya. Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik
18. etc. byk sgt le kalo nk buh kat sini......okeh setakat itu je utk arini.....sekian mekasih.....
:mc:
flamingo145
17-06-06, 03:20 PM
bro rex....... perrghhhhhhhhhhhhh..........
'raja petua' tul laa dia nie....
bagus... banyak petua berguna... :D
terganaz
18-06-06, 01:19 AM
utk muka berseri , sejuk mata memandang , murah rezeki dan ade keberkatan hidup sentiasa amalkan lah petua nie
1. sentiasa berwuduk
2.tak tinggal solat
3.jauhi maksiat
4.selalu bertaubat
5. ingat pade Tuhan
6.tutup aurat
ayu1979
05-07-06, 01:10 PM
riiesa... gunalah petroleum jelly... kena rajin sapu kat bibir.... kalau bibir dah merekah2 tu, kena gosok ngan berus gigi utk lembutkan dulu... pastu baru boh petroleum jelly....
flamingo145
03-11-06, 03:12 PM
kalo bibir merekah.. letak baby oil atau minyak zaitun pun leh ok...
Kuro-Obi
03-11-06, 03:53 PM
:salam:
nak tanye sket..kalu muke terkene angin yg terlalu kuat ade effect tak???
contohnye..kalu naik moto tak pakai topi keledar(+ cermin penghalang)...bawak laju2x
...ade effect ke...:hehe:
flamingo145
03-11-06, 04:13 PM
erk.. tatau...
tak penah lagik naik moto sejak umo 4th, tu pon naik moto ngan ayah+pak busu...
campur tradisonal dan moden..dan
ambik air wuduk..
insyaallallah
:salam:
nak tanye sket..kalu muke terkene angin yg terlalu kuat ade effect tak???
contohnye..kalu naik moto tak pakai topi keledar(+ cermin penghalang)...bawak laju2x
...ade effect ke...:hehe:
kalo selaju 500mph kulit muka leh koyak kot..haha
tapi kalo dh naik moto..helmet takde visor...dgn habuk jalan..asap lori...blabla....mmg laa akan beri kesan pada kulit muka
Nurashila
22-11-06, 03:50 PM
hmm entah ler..... bila tengok kat majalah pening kepala nak try yang mana satu.... dan yang paling heran... org yang makin berusia makin cantik pulak tu yang lagi jeles nengok tu... apa la agaknye depa pakai eks
WhiTe Daisy
22-11-06, 04:44 PM
:salam:
Bagi daisy...
amalkan...tido dan rehat yang cukup, jangan pulak
berlebihan...itu membahayakan....
senaman penting untuk kesihatan...
diet ikut peraturan...
makanan mesti seimbang...
vitimin perlu...untuk kesimbangan diri...
sembahyang jgn tinggalkan...penting...
makanan rohani...jaga tingkahlaku, penampilan...
imej...bukan setakat rupa...tpi hati jua pun mesti mo
jaga aaaa...
cakk pongg cakk pongg:tokjoget:
:wasalam:
tok kami kata...klu guna yg tradisional lg baik...
rambut-daun kesum,aloe vera,daun bunga raya,santan klapa
muka-gosok ngan aloe vera sminggu skali,atau pun guna buah nona sbgai scrub.bleh wt utk bdn.nanti kulit jd bersih dan licin.mk tido mlm,basuh muka bersih2 pas2 pakai bedak sejuk yang buatan kg punya lg baik.
bibir-sapu madu masa nk tido
yg lain2 lg...xtau la plak.tok kami xckap lg pun....
yg aku wat laa...
lepas wudhu.. bia kering sndiri..
aku cume lap kat dagu ngan ujung dahi sket je sbb nk sarung tlekung..
zzz :ayam:
.
Kuro-Obi
08-11-08, 10:34 AM
ok, macam mane plak ntuk kesihataan mata..?
aku ni jenis yg ade garis hitam kt bawah mata....
tapi aku ni bukan gothic, bukan Emo....
orang cakap aku pakai celak...
tapi aku dah lame x pakai, mase kecik2 dulu ade la...
dan memang aku ni jenis yg suke gosok kt bghn mata...
ke x cukop tido..
tapi aku tgk kat kwan2 aku ramai lagi yg kurang tido dari aku, rilek jer....
~curious...
pagi2 basuh muka 3 kali n berselawat ke atas nabi...
kalau boleh sambil mengadap kiblat...
insyaallah akan naik seri muka...=)
mashraf
27-11-08, 11:30 AM
Rambut berkelimumur?
Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala , biarkan 10-15 minit sebelum dicuci.[/quote]
betul ker? org kata pakai santan
ada lg x petua lain pening la rambut berkelimumur nie .[nangis]
mushaliqa
28-11-08, 10:35 PM
1) Kalau muka, aku pakai produk miracle mask je... sebab produk nih pun berasaskan herba gamat dan kulit kayu manis.... mang okeh skang nih.
2) Kalau rambut, aku pakai syampu tu 2/3 hari sekali ( sebab nak elak rambut kering dan hilang mineral kalau basuh kerap) lepastu, pakai gak conditioner. Mase pakai, biar urut atas kepala sampai rase semua kulit kepala. Memang besh...!!
3) Kalau bibir lak... aku mang pakai lip balm nivea yang merah cherry tu... so, bibir aku tak kering....
Tapi, aku gak ikut petua org tua, lepas berwuduk, biarkan air dimuka kering sendiri, jangan di lap...
shark1006
01-01-09, 09:33 PM
klu untuk yang nak bagi muka kelihatan muda dan sentiasa tegang..macam saya pakai produk LUMIGLOw..
nak bagi tegang kat muka hanya perlu sapu cream tu di tangan saja..dalam masa 15 minit dh boleh nampak kesan dia.
Cream LUMIGLOw ni bukan hanya untuk kecantikan muka saja. nak untuk slimkan badan, untuk pesakit gout, kencing manis, dll
erm..senang cakap cream ni leh tegangkan apa yang kendur, panjangkan apa yang pendek n lamakan apa yang sekejap.
xcayekan..xpi itulah kenyataan
tun_teja
01-01-09, 11:33 PM
owh sy ada lumiglow ni..sy curik kakak sy punya..sbb dia 3..
tp x pakai pun..xtau pun apa khasiat dia..
menurut kakak sy pakai dia ada caranya..cth kalau sapu kt perut mengikut arah jam ke lawan jam..x ingat dah..kakak sy pun x khatam lg..dia sroh sy beli cd penggunaan dia..kat mana la sy nk carik..coih!
kakak sy kata tuk awet muda je..xtau plak sy khasiat2 seperti yg dinyatakan di atas..:meleleh:
cikmistry
01-01-09, 11:35 PM
ada x org yg xblh pakai apa2 kat bibir mcm cik ni?..
kalau pakai mesti jd mengelupas, saket..:(
so, mmg xpakai apa2 la..
rambut, gne lendir bunga raya..
insya-Allah, cantik berseri..:)
shark1006
02-01-09, 12:15 AM
owh sy ada lumiglow ni..sy curik kakak sy punya..sbb dia 3..
tp x pakai pun..xtau pun apa khasiat dia..
menurut kakak sy pakai dia ada caranya..cth kalau sapu kt perut mengikut arah jam ke lawan jam..x ingat dah..kakak sy pun x khatam lg..dia sroh sy beli cd penggunaan dia..kat mana la sy nk carik..coih!
kakak sy kata tuk awet muda je..xtau plak sy khasiat2 seperti yg dinyatakan di atas..:meleleh:
memang ada cara nak pkai lumiglow ni..tuk perut sapu ikut arah jam..kakak awak beli dari siape..xkan org tu tak ajar cara pkai.
banyak sgt kegunaan lumiglow ni..
1. Menegangkan Muka
2. Turunkan berat badan
3. Penyakit kencing Manis, Gout, darah tinggi..kanser payudara peringkat awal, sakit lutut
4. Senggugut
5. Menegangkan buah dada dan sebagainya
Nasliyana_Wafa
21-07-09, 01:35 PM
ooo...sebelum pakai vaseline kat bibir kene gosok pakai berus gigi dulu biar lembut ye...hehe kene cube ni.....dah jrg pakai coz ntah mcm malas je tp bile bace petua2 ni mcm semangat nak jage kecantikan plak...:)
Nak cite psl penjagaan muke,rambut...mmg byk nak tulis ni....
tp sy dpt kasi ckit je sbb....mls nak tulis panjang2...hehehe:sengih:
k...berikut adalah cara2 nak tegangkan kulit muka..
1)Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. 2)Bancuh dengan air suam. 3)Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.4)Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. 5)Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Nak tau petua yang lain,surf kat cni :
Powered by vBulletin™ Version 4.0.1 Copyright © 2010 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.