PDA

View Full Version : BOOST......boostcut, boost controller...



tiextri
27-10-05, 08:15 AM
Kepada kengkawan,


Aku amat berminat dengan perkara ini. Kalau ada yang mahir, arif lagi mengerti sila lah beri pandangan tentang boost2 ni.


Tengkiu.

gar
27-10-05, 09:30 AM
boost cut ni adalah default setting yang mana di adakan oleh pengeluar utk menjaga enjin ko agar tak pecah . boost cut yang sering di set oleh pengeluar adalah 1.0 bar . walaubagaimanapun ko tetap boleh naikkan boost ko dgn beberapa cara ..

- re chip computer box ... no fuel cut/rev cut/speed cut/boost cut .. ko boleh up boost sesuka hati sampai enjin ko pecah .. tapi make sure upgrade fuel pump...guna regulator....upgrade injector...

-guna safc .. no boost cut ... ko leh set air flow ko....yang mana .. ko leh control tahap boost

-guna fcd ... no boost cut dan fuel cut....

-guna management (haltech/microtech) ...ni lebih kurang cam rechip computer box lah...


** ko nak up boost...ko boleh guna cara kampung ... gi kedai akaurium...beli bleed valve@tulang ikan rege dalam rm 3 aje.... kalau cara orang kaya...belilah electronic boost controller yang mana rege nya dalam rm 250 ke rm 500

ekzos_pipe
27-10-05, 09:39 AM
** ko nak up boost...ko boleh guna cara kampung ... gi kedai akaurium...beli bleed valve@tulang ikan rege dalam rm 3 aje.... kalau cara orang kaya...belilah electronic boost controller yang mana rege nya dalam rm 250 ke rm 500

haah ramai guna aquarium punya benda nih nak kawal boost.. mula tgk dulu mcm tak caye je... :hehe:

tyco
27-10-05, 09:39 AM
emmm..

boost: basically to increase (to meaning dpd dictionary aaa) so dlm context ni to increase pressure ler, dgn forced induction spt turbo/supercharger.

boost cut: actually sama fungsi/hampir sama fungsi dgn fuel cut, cuma lain company panggil lain2. Biasanya ECU akan detect berberapa parameter dpd enjin spt turbo pressure sensor utk halang naik lebih dpd sepatutnya, utk protect enjin dpd rosak sebab knocking, inbalance A/F ratio, component failure etc2. ECU dpt signal dpd situ, then mcm2 la taktik dia utk kurangkan boost mcm retard timing la, cut-off engine la, etc2 bergantung pd jenis kereta la so nanti enjin rasa slow, berat, teberenti kejap utk make sure boost tak bleh naik dpd yg dah ditetapkan. So nak elakkan benda ni jadi? Pakai boost cut controller/fuel cut controller. Dia 'tipu' ECU skit la dgn capped signal dpd boost sensor ke ECU so pd higher boost, ECU ingat pressure turbo still dlm range yg dia tetapkan. By brand mcm greedy, KSG, turbosmart etc2. Cara lain: adjust dkt ECU sendiri mcm tukat fuly programmable ECU ke etc2.

boost controller: nak control boost level dpd turbo, dgn kata lain nak naikkan dpd standard. Dia basically delay pressure dpd masuk ke wastegate, yg fungsinya akan buang exhaust pressure dpd turbine wheel cthnya katakan la pd 14psi, then kalau naik lebih, wastegate akan buang ke luar pressure tu, so boost tak kan naik lebih dpd 14 psi. Bila boost naik, sebahagian pressure tu akan disalurkan ke wastegate melalui hose yg mana dlm tu ada pre-tension spring, yg akan bukak wastegate bila capai nilai boost tertentu (sebenarnya wastegate start bukak slow kdg2 even pd 6 psi, then fully open pd 14 psi, cthnya la - ni dipanggil wastegate creep). So boost controller akan kurangkan amount pressure ke wastegate so wastegate tak kan terbukak bila boost lebih dpd 14 psi, then boost pressure dpd turbo akan dpt naik lebih dari nilai tu sebab tak dibuang oleh wastegate., cthnya 20 psi ka etc2.
Ada 2 jenis, mechanical & electronic. Mechanical yg basic la, manakala electronic kdg2 ada mcm2 function mcm boleh map boost ikut rpm, lagi byk preset setting dpd mechanical etc2, cthnya set boost rendah bila bini nak drive ke or jln licin ke, then 1 lagi setting utk high boost bila kita bawak sendiri or hujung minggu or ada schumacher wannabe cucuk kat belakang tu.
Kalau ECU ada boost cut, bila pakai boost controller kalau lebih boost level tertentu kena pakai boost cut jugak utk elak ECU block higher boost tu.

tiextri
27-10-05, 09:42 AM
tq.
Hang kat penang kan..??? kat mana nak cari SAFC memurah..?? Janji condition pada tahap boleh guna.

satu lagi.........pada kebiasaanya (katakan) apabila kita set boost pada 0.7 bar, apabila keta tekan pedal minyak boost meter akan menunjukkan pada takat 0.7 bar saje kan ? Ia tidak akan pergi lebih atau kurang. Betul ke...?

Bagaimana pula jika (katakan) pedal minyak ditekan secara mengejut sehingga ke lantai pada 3rd gear, apa terjadi pada bacaan boost meter..??

mintak mahap le, banyak tanya.

tiextri
27-10-05, 09:49 AM
aiyorrr.....tyco menjelma...tq

Saya dah lama tak masuk sini.....kekadang bila dah ada benda nak tanya jadi sini le tempatnya. Tak salah kan..??

tyco
27-10-05, 09:53 AM
tq.
Hang kat penang kan..??? kat mana nak cari SAFC memurah..?? Janji condition pada tahap boleh guna.

satu lagi.........pada kebiasaanya (katakan) apabila kita set boost pada 0.7 bar, apabila keta tekan pedal minyak boost meter akan menunjukkan pada takat 0.7 bar saje kan ? Ia tidak akan pergi lebih atau kurang. Betul ke...?

Bagaimana pula jika (katakan) pedal minyak ditekan secara mengejut sehingga ke lantai pada 3rd gear, apa terjadi pada bacaan boost meter..??

mintak mahap le, banyak tanya.

Dia boleh kurang tapi nak pegi lebih tu, jarang2 le. Bergantung kpd exhaust gas yg kita generate le, kalau pd cruising speed, rpm rendah je, tak de le ada exhaust gas byk utk gerakkan turbine>naikkan boost sampai 0.7, so rendah tu boleh le.
Tinggi pun boleh, tapi pd kes2 tertentu saja. Secara umum: tak naik le lebih tinggi. Kes2 tertentu: mcm kdg2 kalau pakai boost controller yg tak berapa elok, then boost boleh naik tinggi dpd sepatutnya then turun balik ke preset level.

tiextri
27-10-05, 10:06 AM
Yang soalan no. 2 tu..??? Bila saya tekan pedal minyak dalam 3rd gear, boost naik sampai 0.9 bar (max) tp bila sampai je 0.9 tiba-tiba jarum boost meter drop dan enjin pon jadi sempot.

Kenape ye...? memang macam tu ke..???

tyco
27-10-05, 10:27 AM
set boost mcm mana? Guna boost controller ke atau tu mmg standard setting i.e tak kacau apa2?

Antara sebab2nya:
-boost spike- sebab boost controller tak ngam skit, so dia tak boleh bleed boost secara efficient, tu yg jadi boost spike. Kalau mechanical seelok2nya ball-bearing type bleed valve.
-kalau standard, tak pernah kacau apa2: check pd wastegate, samada spring tension, or wastegate hose.
-semput tu, mcm mana? enjin putus ke? Antara possibility ialah boost cut pd ecu, tapi dia semput bila boost lari lebih dpd sepatutnya la, kalau tak lebih dia ok mcm biasa, so bila jatuh 0.7 dia tak sepatutnya semput lagi dah. Keduanya, timing dah diretard antara sebabnya jadi knocking etc2, tapi lepas masa tertentu ecu tu reset balik pd timing asal bila dia tak detect problem signal.

tiextri
27-10-05, 10:51 AM
TQ

Boost controller = tulang ikan tu.

Bila nak main boost, saya kena berhati -hati tekan pedal minyak. Bila sampai lebih kurang 0.6 bar, saya kena hold. Biar rpm naik. Tapi bila tertekan pedal minyak lebih, jarum boost meter sampai saje 0.7 dan terus jatuh ke bawah, enjin speed pon sama drop/sempot.

Jarum boost meter naik dengan kadar yang laju. Tekan je pedal mintak mendadak naik. Tapi tak boleh 'hold' pada 0.7 bar.

TQ

gar
27-10-05, 10:56 AM
hurm.....tiextri..ko enjin apa ek?

kawan aku ada jadi kes cam ni.....

kes 1... enjin daihatsu....l2s lah...kena peram minyak.....check punya check...std boost controller rosak.... so...buang terus..tak pakai....


kes 2...enjin mitsu.... evo lah.....computer box dia weng....try swap ngan member..ok...so..dia gi beli lain...

tiextri
27-10-05, 11:09 AM
b8t 180

mcm keter turbo yang lain, pandai 'hold' boost...halamak.....

tyco
27-10-05, 12:16 PM
berapa boost selalu dia naik kalau lagi tinggi dpd 0.7? Dia naik lebih dpd 0.7 pastu dia turun balik ke 0.7 tak? Kalau turun balik, tu classic tanda2 boost spike. Culprit? samada boost controller, atau hose ke boost controller-wastegate panjang, atau wastegate hose problem mcm bocor, clamp tak ketat, terlipat/tertekan, etc2.

Bila tkn minyak lebih, confirm 0.7 ke atau tinggi lagi? Kalau tinggi, berapa tinggi? Possibility: boost cut, ecu retard timing sebab knocking, etc2. Ada buat dyno tak utk detect knocking, A/F ratio etc2 pd high boost? Fuel supply OK tak?

tiextri
27-10-05, 12:52 PM
terima kasih. Nanti saya akan chek apa yang Tyco katakan tu.


Tadi saya beritahu "katakan" 0.7 bar, sebenarnya boost yang telah disetkan adalah pada 1.0 bar. Memang mudah/cepat untuk dapatkan bacaan pada 1.0 bar dalam mana-mana gear sekalipun. Yang masalahnya bila sampai je 1.0, automatik jarum bacaan akan jatuh terus termasuk sekali kereta jadi semput. Setahu saya, bila dah sampai 1.0 bar sepatutnya ia boleh hold sehingga tahap mana rpm kita mahu, kan ?

Bila terjadi macam tu, saya kena tekan pedal semula perlahan-lahan. Kereta terasa tersengguk-sengguk. Bila dah boleh 'cover' semula, ok lah.

Bila tekan minyak lebih, comfirm akan sampai 1.0 bar. Dimana-mana kedudukan gear sekalipon.

tyco
27-10-05, 01:15 PM
aaa..bila cakap 1 bar then baru clear skit, apa le tiextri.
Patutnya boleh, tapi bersyarat. Syaratnya: alat yg digunakan utk control boost tu efficient. Kalau tak, dia jadi boost spike. Camni maknanya kita rasa kita dah set pd 1, tapi sebenarnya dia naik lebih dpd 1 bar, then samada fuel sangkut pd >1bar (injector,pump, etc2) atau fuel cut/boost cut jadi sebab capai tahap yg ecu akan cut-off. Then keta sangkut2 and boost jatuh <1bar balik. Kalau sebab boost controller & boost cut/fuel cut, solutionnya: cari boost controller lagi bagus(samada mechanical: ball-bearing type or electronic) + fuel cut/boost cut/piggy-back ecu/programmable ecu/re-chipped ecu etc2.
Hose dari turbo ke boost controller ke wastegate tu pendek mcm asal or panjang? Check leak pd hose tu gak. Then check fuel mixture dan make sure takde knocking jadi bila max boost tu, takut sebab knocking keta semput2 sebab ecu retard timing.

tiextri
27-10-05, 02:09 PM
minta maaf.

Yang elektronik boost controller (ebc) tu saya tahulah, tapi yang mekanikal (ball bearing) ni tak tahu la mana rupanya. Yang betul semua tu takde lg. Yang ade cuma 'tulang ikan' je.

"tulang ikan" tu tak accurate ke..??? kalau tak guna 'tulang ikan", ada cara lain tak selain ebc.

Terima kasih Tyco. Banyak membantu. Dulu guna tx3 na. sekarang ni guna tx3 turbo.

gar
27-10-05, 02:44 PM
hurm....boleh guna valve angin yang orang hospital dok guna kat mesin lelah..waaa..ko leh kawan ngan kawan aku la...b8 180..hehehe......tiextri..pi jumpa pak tam .. dia expert b8 apa..

tiextri
27-10-05, 03:08 PM
Pak Tam...who is it....??? Kat mana tu..?? Bagi le info skit.

Aku ni bukan tak bermasyarakat dengan orang tapi tak kenal dengan pomen B8 ni. Ni pon baru berjinak-jinak dengan turbo. Dah lama mengidam..baru ni merasa.

gar
27-10-05, 03:46 PM
woo..pak tam..otai b8 la...dah 3 kali sprint batu kawan tahun ni...dia ada tempat .. kategori tebo 2 wheel ngan open...kete dia familia hitam..hang turun la sprint lepas raya nanti...leh kenai kenai..... otai wooo.....tak besa aku jumpa b8 kuat cam kete dia...

tyco
27-10-05, 03:49 PM
yg beli punya ghupa dia mcm ni:
http://www.turbosmart.com.au/boost_control_valves_gated.htm

Kalau nak buat sendiri a.k.a DIY, check dkt site ni:
http://www.geocities.com/chmwatson/FAQs/mbc.html

Sebenarnya yg DIY tu sama je dgn yg beli, and reliable sebab ball-bearing type.

tiextri
27-10-05, 04:14 PM
TQ once again Tyco.

Buat D.I.Y pon menarik. Dia boleh lock. Tak takut lari setting mcm "tulang ikan". Yang dah siap pun ok jugak. Tapi yang macam turbosmart mana nak dapat kat malaysia ni...terutama kat sebelah penang ni. *GAR tolong aku.

Balik nanti nak cek hose yang macam Tyco kata tu dulu. Kalau tak ok jugak nak buat D.I.Y. mbs. Tak ok jugak nak cari ebc pastu pi jumpa otai.


Gar....encik ni dari bahagian mana pulau pinang...??

gar
27-10-05, 04:18 PM
saya dari permatang pauh........woksop saya nama abi maju motorsport...kalau hang rajin..malam ni hang mai la...saya dok pasang halfcut honda sekarang ni..owner nak pakai raya

tiextri
27-10-05, 04:35 PM
abi maju motorsport....kat mana tu...??? Dulu masa bujang aku menyewa di kampung pertama. Betul-betul belakang UITM. Itu cerita dulu la.

Nak kata rajin bukan sangat la tetapi di bulan ramadhan al-mubarak ni agak kekurangan masa diwaktu malam. Tapi besok pagi saya insyaallah akan berada di seberang (dewan dato' ahmad badawi).

tiextri
27-10-05, 04:52 PM
Tyco,

Adakah ini bermakna jika ada leaking pada mana-mana bahagian berkemungkinan boleh menyebabkan sintom yang saya utarakan tadi...??

tiextri
28-10-05, 07:59 AM
lagi satu soklan,

Kalau saya tak mahu guna lagi boost cont "tulang ikan" tu boleh ke..??? Ade yang nak kena tuning ke..???

gar
28-10-05, 09:48 AM
kat tepi storeyard maybank permatang pauh......

tiextri
28-10-05, 02:31 PM
Kalau kat situ tau sangat la saya. Lepas meeting tadi saya ronda gak kat sana. Lepas pi kedai 99. Maybe lepas raya kot aku ke sana.

tyco
28-10-05, 03:00 PM
tyco,

Adakah ini bermakna jika ada leaking pada mana-mana bahagian berkemungkinan boleh menyebabkan sintom yang saya utarakan tadi...??

lagi satu soklan,

Kalau saya tak mahu guna lagi boost cont "tulang ikan" tu boleh ke..??? Ade yang nak kena tuning ke..???

Kalau leaking terutamanya kat hose ke wastegate, mmg boleh jadi boost spike lebih dpd preset boost, serupa pressure tu lari keluar tak sampai ke wastegate la, tu yg bahaya tu pasal serupa mcm tak pakai wastegate=unlimited boost=enjin boleh kaput. Masalahnya sekarang, kita tak pasti samada boost tu boleh naik lebih dpd 0.9bar keta sebab bila sampai tahap tu dia mcm ada cut-off, tak tau la samada dpd knock sensor atau dpd fuel/boost cut. Tapi tanda2 mcm tu mmg boleh jadi.

Kalau tak guna 'tulang ikan' tu boleh, hose dpd turbine wheel terus ke wastegate je la, tak payah ada apa2. So boost akan jatuh standard balik la (ingat: fungsi tulng ikan nak naikkan boost lebih dpd standard), dan sementara kita nak kenalpasti punca 'enjin sempot' bila high boost tu, saya rasa ni tindakan bijak. yela kalaulah punya sempot tu dpd knocking, ni masalah besar and kalau berterusan mcm tu boleh kaput enjin tu. Standard boost, utk kereta tiextri saya kurang pasti, tapi cthnya mcm keta saya standard boost dpd kilang, dlm 0.9 bar. Luar kilang punya lain cerita le tapi standard-nya, tu la.
Diharap membantu.

tiextri
28-10-05, 03:16 PM
Saya rasa dah banyak membantu ni Tyco. Cuma nak tanya lagi, ada tak diagram yang menunjukkan keadaan standard untuk perkara ini. Sebab saya tak pasti dengan keadaan ini.

Beli-beli dah ada "tulang ikan" tu.

tq TYCO

gar
28-10-05, 03:46 PM
ok...sekarang ni tulang ikan hang bukak berapa batang...kalau dia dok tembak boost jugak.;..hang try katup satu batang.....then pi lenjan....ok ke idak....

kalau tak pun..hang buang terus tulang ikan tu....ganti ngan hos ... tapi boost akan jadi std lah.. dalam 0.6 ke 0.7 ....

tyco
28-10-05, 03:47 PM
hmm..sebenarnya standard hose tu yg takde 'tulang ikan' tu, so bypass je benda tu. Pi kedai, suruh dia cabut tulang ikan tu and sambung terus 2 hose tu. Alternatifnya pakai one piece hose, maknyanya kena hose baru la sambung balik dari turbine wheel ke wastegate tuh. Kalau nak DIY, tgk kat turbo tu ada 1 hos yg sambung dari wastegate ke turbine wheel yg besambung dgn tulang ikan tu.(hose2 lain: 1 hose dari source coolant ke turbo, 1 hose dari source minyak itam ke turbo). cabut tulang ikan tu, ambik internal measurement hose tu, then cari connector hose utk sambung 2 hose tu. Clamp dkt dua2 ujung hose. Pakai clamp yg kena screw tu, mcm clamp hose paip air tu. Alternatifnya: tukar terus hose tu, sambung direct je antara turbine dgn wastegate.

Ni lebih kurang diagramnya.
legend: ------ : hose
sekarang:
|turbine wheel|-----------|tulang ikan|--------------------|wastegate|

Bila nak buang tulang ikan tu:
|turbine wheel|-----------|connector|--------------------|wastegate|

atau:
|turbine wheel|-----------------------------|wastegate|
ni kena tukar hose tu terus, dari turbine wheel ke wastegate pakai 1 hose je.

Standard ori mai dari kilang:
|turbine wheel|-----------------------------|wastegate|

tiextri
28-10-05, 03:56 PM
tq.

Saya sebenarnya prefer standard macam tu buat masa ni. Nak adjust-adjust takut pulak enjin kereta saya blow. Bajet nak pasang elektronik boost controller secondhand dah ada (untuk budak baru belajar je). Cuma barang dan person nak pasang saya tak tahu nak cari kat mana.

Nak run 1.0bar pon saya rasa tak guna juga sebab nak kena pandai hold pedal minyak.

RYOSUKE
29-10-05, 03:15 AM
betul lah apa yang kawan 2 cakapkan tuh... boost..tekanan ..untuk spool turbo.. boostcut... tekanan potong... bila tiba tekanan yang dah dihad kan kasi potong dia... sooo turbin tak lah menderita kesakitan... boost controller . device boosst cut... tapi boleh set ikut suka..nak 0.6 ..0.8... 1.0.. 1.2 ...selalu kalau electronic controller kalau nak ber racing boleh lah tukar2 boost... time beracing...low boost for good top end.. high boost..untuk high tork n high g..tapi top end tarak..dan yang paling teruk ... turbin boleh *puffff**.. tu yang tak nak tuh!save way... budget pakai tulang ikat... simple tapi nampak cantik dan innovative ...ehehhe. paling penting layan boost.. kita punya kaki ..bila tekan pedal minyak... dan kena ada boost meter... good driver never over boost n over revs...

Tak ada boost turbo tak activate... turbin tidur... ada boost baru turbo on dan turbin berkerja... once dah laju..let go pedal minyak..monitor boost meter.. make sure bawah save level bar.. dan henjut pedal balik...dan let go pedal..repeat sequence..lepas..untuk maintain power band... blow valve pun penting..untuk buang tekanan yang tak berkenaan.. dan sedut angin baru... tapi boost pun banyak related dengan turbo dan moving part engine... so..nak main boost ..sila tengok spec turbin..., stroker kits(crank shaft..con rod n pistons) dan combustion...(part ni masuk cerita pasal ecu, ems..piggy back eg : afc...avcr... bla bla bla.. ).. so good luck with the boost... dun let the boost eat u...hehehhe

tiextri
30-10-05, 05:18 PM
Saya dah bawa jumpa pomen di sini. Katanya ada kemungkinan piping bocor sebab semua "tulang ikan" dah ditutup tapi still ade boost cut.

Selepas tutup semua "tulang ikan" kalau saya tekan pedal perlahan-lahan sama dengan speed rpm maka boost boleh hold pada 0.7. Saya cuba pada 3rd gear. Masa tu rpm lebih kurang 5000. Cara tekan tu sahaja yang boleh hold boost. Ini bermakna saya kena bersabar. Tak boleh gelojoh. hahhahaha

Mana syok macam ni kan...???

gar_new
09-11-05, 08:27 AM
hah.......hurm.....map sensor hang ok ka?????kalau hos bocor...tukaq ja hos tulang ikan tu....


*******
aku ni gar lah..acc lama aku gila @$&*()((&(...ni acc baru aku
*******

legolas
13-12-05, 03:58 PM
tiextri,

- macam otai otai yang lain cakap, kalau pakai tulang ikan, kau akan kena boost spike ler.

- FYI BPT punya boost cut around 1.0-1.1 bar.

- ECU stock BPT & BPD memang jenis yang tak boleh upgred chip nya kecuali BPT versi Mazdaspeed.

- FCD pun tak ada yang sesuai

- AFC/ SAFC, Greddy E-manage, HKS FConn + GCC & stand alone ECU boleh di gunakan dengan BPT

tiextri
08-02-06, 06:18 PM
setelah beberapa percubaan memyemak dan memperbaiki hose-hose berkaitan pada kereta aku...masalah ni masih terjadi lagi.

So aku ambil langkah membeli turbo yang sama seperti original turbo. Cuma belum tukar pasang je lagi.

Aku nak tanya lagi....actuator berkaitan tak dengan masalah ini....????


tq

tyco
08-02-06, 07:12 PM
actuator boleh gak sebabkan, cthnya kalau base spring setting pd wastegate tu dah tak betul, boleh gak sebabkan. Takde leaking kat lain2 connection ke?

tiextri
09-02-06, 09:58 AM
apa yang dah aku buat....

1) semua hose kecil-kecilan dah ditukar. Termasuk hose air, hose ke boost selonoid. Boleh kata apa saje hose yang melibatkan force induction dah ditukar. Hose clip pun aku dah bikin cun-cun.

2) Piping dari compressor ke intercooler ke manifold dah disemak...ok. (ada org kata..org kata la, kalau piping ni leak........boost lambat naik.)

3) B.O.V pun ok lagi.

Turbo je belum tukar lagi. Dulu aku beli used turbo sebab ada asap putih keluar bila kereta aku mendaki/panjat bukit. Bila dah tukar semua hose takde pulak. Tp tu buat masa sekarang je la. Lain kali tak tahu le pulak.

Spring actuator yang bagaimana dikatakan tak betul..??? Spring rate lembik or keras atau kedua-duanye sekali..??

tq in advance.

legolas
09-02-06, 12:01 PM
tiextri,

Turbo baru kau tu kau check dia punya model. Make sure
- IHI RHB5 VJ20 untuk BPT (B8 180hp)
- IHI RHF6 VJ23 untuk BPD (B8 210hp)

Kalau lepas tukar turbo pun jadi masaalah yang sama. Cuba method di bawah :

Cuba kau check ECU kau punya code :
- Kalau BPT (B8T 180hp), make sure ECU code dia BP-26.
- Kalau BPD (B8 210hp) make sure ECU code dia BP - C8

Bukan apa sorang kawan aku yang pakai TX3 1.8 sampan pun ada masaalah macam ni, keta takde boost cut. Boost cut dia bukan bunyi buzzer tapi sebab keta leanning up at 1.1 bar. Check punya check rupanya keta tu convert B8T 180 TAPI pakai wiring asal TX3 sampan termasuk ECU.

- Kalau BP 1.8 DOHC n.a - BP05 - kalau yang ni bermakna kau masih pakai wiring asal TX3

Good Luck

Just share info.

tiextri
09-02-06, 12:29 PM
yang tu aku belum chek lagi. terima kasih kerana bagi info.

Aku perlu chek wiring sekali ke...???


turbo > vj20
ecu > nanti aku chek

legolas
09-02-06, 01:59 PM
Dari ECU kau boleh tau yang wiring tu datang dari TX3 atau B8 sebab kalau pakai wiring TX3 tapi pakai ECU BP26 keta kau idle tak betul & asap hitam banyak.

good luck bro

tiextri
10-02-06, 11:34 AM
aku dah tengok ecu...BP26.

wiring ...aku tak tahu.

Asap hitam banyak...??? banyak jugak sampai kekadang terbau hangit berpetrol.

Idle..??? aku rasa macam ok je. Cuma bila gear neutral, aku try main ram2 minyak utk sampai 1500-2000rpm...macam lembab dan lambat tangkap je.

tyco
10-02-06, 01:03 PM
-internal turbo dah check blum? ada tak minyak kat dlm housing tu?
-compression enjin ada check? Valve seal semua ok?
-AFR macam mana? dah chekc tak?

tiextri
10-02-06, 01:09 PM
semua yang tyco katakan tu ....tak pernah buat lagi utk keter turbo saya.