PDA

View Full Version : Asas Rumah; Foundation, Beam & Column



buildtem
20-01-06, 03:54 AM
Ramai tidak ambil kisah dan ramai tidak ketahui tentang kerja-kerja kontraktor ubah-suai rumah apabila mereka membuat kerja-kerja asas rumah spt "Foundation, Beam & Column". Ini adalah sesuatu yang penting yang menjadi teras kekuatan sesuatu bangunan.

Kekuatan asas bergantung kpd pengunaan cement jenis Portland berasaskan apa, batu kerikil / baur kuari atau laut, jumlah air, kekuatan rasuk, jenis tanah atau pasir yang digunakan, besi bunga menepati tanggungan berat dan lain-lain lagi faktor.

Pengunaan tanah berasid atau berakali bakal menyebabkan kekuatan struktur mengurang akibat tindak balas kimia. Tanah juga bakal menyebabkan proses pereputan besi bunga terjalin.

Kurang arif pekerja konkrit juga bakal menyebabkan terhasil "honey comb" pada permukaan konkrit. Konkrit slab tidak berbumbung yang tidak dicampur "water proof chemical" juga bakal mengundang kebocoran pada ceiling.

Bancuhan konkrit tidak mematuhi panduan juga menyebabkan kurang kekuatan struktur.

nura
21-01-06, 07:17 PM
em..rumah aku juga alami masalah ni semua..yela..masa nak buat rumah.duit banyak mengalir kuar..sebab skit budget maka jadi la perkara perkara diatas..nak tanye dua benda?

1.dinding rumah aku...mengerutu...lepas jek siap...tukang buat rumah main tingal cam tu jek..mak aku terus cat rumah ni luar dalam..(masa tu aku kat luar negara..tak sempat nak kasi advise)..ni aku dah pulang..aku nak baiki balik rumah ni..so ade cadangan untuk dinding dalam rumah ni...nak kene cat balik ni..huduh nampak..mengerutu jek..

2..ok kes kedua..mak aku upahla mamat melayu ni pasang mozek...(mula dia cakap dia pandai wat)..last last..abis tak sama rata mozek dia buat...siap tu.penuh bekas simen kat celah rekahan mozek..aduh..memang sahih ..dia ni goreng pandai..rupanya tak mahir..so mak aku tak nak bayar sebab keje takde kualiti..tapi duit dah rugi beli mozek..so camne geng..perlu ke bukak balik mozek ni dan pasang baru.

3.kes ketiga..bila hujan abis syiling basah..aku syak masa orang buat rumah..ade celahan antara atap...camne nak atasi...

4..soalan keempat...pasang mozek ni..elok kita as tuan rumah beli ke or cari tukang pasang mozek ..suruh dia beli dan pasang...dan apa jenama mozek yang elok..aku survey white horse..peh mahal gile...

ok geng that all

Mitsui
23-01-06, 05:48 PM
soklan no satu tue.. ..
rasa baik plaster jer baru.. .. buat smooth dan rata.. .. !!

Soklan 2:
erms.. aku sindri pun dalam perancangan nak pasang mozak pada rumah aku.. ..
dan masaalah macam ko nih pun jadi pada bilik air opis aku... .. senget senget.. pas tu simen tu tersembul sembul pada celahan mozek tu.. .. erms... .. hampeh tul.. sib baik bilik air.. jadi takder la nak amik port sangat.. .. sebaik baik jalannya.. . mmg kena bukak balik mozek tu.. then buat la yang lain.. ..

Soklan 3
Syak jer tapi tak konfirm pun tak leh gak.. . cari ddulu aper punca... atap tu pakai atap jenis aper yerks... ..? mana la tau kalau pakai atap besa ni kut kut bocoq kaa.. . .??

Soklan 4.. ..
aku ader oang rekemankan mana nak dapatkan mozek terus dari kilang.. . kata sepupu aku tu mmg murah dari lain lain tempat.. nanti aku tanyakan lebih lanjut.. .
dan dier cakap kat aku.. upah untuk pasang mozek tue.. . sekaki singgit.. .. mozek belii sindri.. .!!

nura
23-01-06, 09:35 PM
peh..tima kasih atas respon...

em....atap rumah ni jenis abestos...

wah..ade mozek terus dapat dari kilang..pastu pasang sekaki seringit...murah gile beb ..aku kat kuantan ni...camne nak dapatkan pemozek pemozek semua?....tadi aku tanye orang nak pasang mozek...dia wat semua sekali(dari beli mozek sampai pecah kan simen)...ukuran kawasan 23 X 15 kaki....harga dia nak rm2000...murah ke mahal ni..cam mahal jek..entah..dia goreng abis abis tadi..(dia ni cina)....dia cakap pemasang mozek no satu kat kuantan....aku yang jahil ni terlopong jek..tapi dalam hati ...dah pasang niat..kene cari orang lain ni untuk compare harga....

buildtem
23-01-06, 11:23 PM
nura,

1. Permasalahan dinding mengerutu mungkin disebabkan oleh kurang mahir pekerja melepa motar cement. Jika hendak plaster semula mungkin terlalu remeh, apakata panggil tukang cat suruh mereka "patch-up" permukaan tidak rata dengan bonding cement, cat permukaan semua dengan sealent selepas itu denagn cat yang anda suka.

2. Pemasangan tiles memerlukan "pakar" yang mahir. Kalau tidak itulah masalah yang anda bakal hadapi, saya sebagai kontraktor, sehingga kehari ini mashi menggunakan khidmat pemasang berbangsa Cina. So far, semua customer happy, dengan kehalusan kerja mereka.
2.1 Membeli tiles direct drp kilang ada baik dan buruk, pembelian tiles haruslah bersama kontraktor mahir agar mereka dapat membantu dari segi grade tiles tersebut.

3. Permasalahan kebocoran ceiling mungkin abestos sudah uzur, air memasuki melalui lubang paku atau keretakan sudah mula berlaku. Nasihat terbaik sila dapatkan kontraktor membaiki drp membetulkan sendiri. Bimbang jika berlaku kemalangan.

4. Tiles bergantung pada kawasan mana yang hendak dipasang, kawasan kitchen, garaj kereta baik digunakan "Homogeneous". Senang bergantung pada budjet anda.

nura
24-01-06, 10:11 AM
saudara buildtem..

tima kasih atas pandangan..

macam saya tulis diatas...kawasan rumah nak ditambah mozek atau tiles adalah ruang letak kereta(25x16 kaki)...ruang tgh dalam rumah dan lantai bilik..buat masa ni nak buat dulu kawasan porch.Kalau boleh minta saudara buildtem senaraikan jenis mozek yang sesuai dan kos keseluruhan dari dua segi.:

1.pertama berapa kos perlu dikeluarkan jika saya sendiri beli mozek dan upah orang pasang mozek.
2.jika saya serahkan semua keje kepada tukang pasang(dari beli sampai pasang)...

Actually upah pasang sekaki adalah berapa ringgit?Dan saudara buildtem ni kat mana?Boleh recommend sesapa di kuantan yang boleh buat keje keje pasang mozek ni?

gogsard
24-01-06, 01:53 PM
nura,

1. Permasalahan dinding mengerutu mungkin disebabkan oleh kurang mahir pekerja melepa motar cement. Jika hendak plaster semula mungkin terlalu remeh, apakata panggil tukang cat suruh mereka "patch-up" permukaan tidak rata dengan bonding cement, cat permukaan semua dengan sealent selepas itu denagn cat yang anda suka.


bonding cement ni macamana ? macam kapur tu ker ?

buildtem
24-01-06, 09:10 PM
gogsard,

Apakhabar saudara. Macam kapur itu adalah "Common All Joint Compound". Tiada daya ketahanan. Kebiasaan digunakan pada "False Ceiling Joint". Gabungan "powder + air ".

PRODUCT DESCRIPTION: Surface Bonding Cement

SURFACE BONDING CEMENT is a high density, waterproof, trowel applied coating composed of Portland Cement, finely graded aggregates, modifiers and construction grade fibers. The fiber reinforcement allows concrete masonry units to be dry stacked, eliminating the need for mortar joints. SURFACE BONDING CEMENT is also used as a decorative finish over existing brick, block or poured concrete walls. Its high impact resistance and waterproofing qualities make it an ideal surface crack resistant finish and base coat for applications over rigid insulation board and exterior insulation systems.

USES:

Structural coating for dry stacked block construction
Base coat for stuccos and other finishes
Insulation board coating
Load bearing and non-load bearing walls
Retaining walls
Foundation and basement walls
Material bin walls
Exterior or interior applications

ADVANTAGES:

Eliminates mortar joints
Reduces construction time
Lowers labor costs
Waterproofs and seals
Increases fire rating of wall system
Increases tensile and flexural strength
High density coating

nura
25-01-06, 12:05 AM
saudara buildtem..

tima kasih atas pandangan..

macam saya tulis diatas...kawasan rumah nak ditambah mozek atau tiles adalah ruang letak kereta(25x16 kaki)...ruang tgh dalam rumah dan lantai bilik..buat masa ni nak buat dulu kawasan porch.Kalau boleh minta saudara buildtem senaraikan jenis mozek yang sesuai dan kos keseluruhan dari dua segi.:

1.pertama berapa kos perlu dikeluarkan jika saya sendiri beli mozek dan upah orang pasang mozek.
2.jika saya serahkan semua keje kepada tukang pasang(dari beli sampai pasang)...

Actually upah pasang sekaki adalah berapa ringgit?Dan saudara buildtem ni kat mana?Boleh recommend sesapa di kuantan yang boleh buat keje keje pasang mozek ni?


plz..sapa boleh kasi advise part ni...

buildtem
26-01-06, 12:41 AM
nura,

Minta maaf saya terlupa hendak jawab. Saya di Johor dan tiada kenalan kontraktor di Kuantan. Senang sahaja hendak mencari kontraktor berkebolehan,

1. Melawatlah rumah-rumah jiran anda, bertanya kpd mereka siapa yang memasang.
2. Kunjungi kedai pembekal mosic, pasti mereka boleh memberi nama-nama kontraktor, dari situ pergilah melawat projek yang mereka sedang buat.
3. Hendak lebih murah, kunjungi C.I.D.B Kuantan, mereka ada menawarkan kursus kpd pelatih, dari situ berbincanglah dengan pelatih tersebut.
4. Lawati projek perumahan yang baru siap, pergilah berjumpa dng kontraktor, anda boleh lihat sendiri kerja mereka.

Tiles ada bermacam-macam jenis dan harga, agak sukar untuk diberi penerangan disini. Bergantung budjet anda. Tiles murah biasanya grade 2 & 3 atau lebihan sesuatu projek besar. Tiles buatan Malaysian Mosic , Niro dan Guocera adalah baik. Tiles grade B biasanya memberi kesukaran kpd pemasang mosic kerana ukurannya lari. Nasihat saya beli sahaja grade A.

Biasanya berhubung harga bergantung kpd beberapa faktor

1. Kerja hacking lantai sedia ada, ini adalah kerja berat dan memerlukan working tools bagi rumah anda, kerana anda mahu mosic tersedia ada diganti baru. Power tool spt Hitachi sudah mencecah ribuan ringgit.

2. Kerja-kerja pembuangan sisa, penggunaan lori bagi pengangkutan. Kos pembuangan ditempat disediakan oleh Majlis, perlu mendapat permit dan membayar, kalau tidak perlu curi-curi buang diwaktu malam.

3. Kos penghantaran bahan mentah, sekarang pihak pembekal mengenakan "charge penghantaran" sekitar RM3.00 sehingga RM10.00 satu trip.

4. Kerja rendering dan memasang tile selalunya sekaki persegi RM2.80-RM3.50 bergantung kpd ketebalan bancuhan diperlukan.

5. Kerja-kerja memasang skirting drp RM1.50 sekeping.

6. Kerja-kerja memasang tiles didinding memerlukan "Latex" atau mereka memanggil "susu" bagi pegangan yang kukuh pada dinding.

7. Tambahan 5% tiles bagi satu kawasan, kerana kos tiles yang pecah ketika dipasang ditanggung oleh tuan rumah.

8. Lebih selesa sekiranya rumah anda ditutupi dng kain atau plastic dahulu sebelum dimulakan kerja, kerana habuk terhasil pasti tebal dan kerja pembersihan perlu dilakukan oleh tuan rumah.

9. Kerja-kerja pembersihan mengunakan "acid" ditanggung oleh tuan rumah.

Harap serba-sedikit info ini, anda bakal memahami kos yang bakal anda tanggung........

Mitsui
26-01-06, 12:34 PM
PRODUCT DESCRIPTION: Surface Bonding Cement

SURFACE BONDING CEMENT is a high density, waterproof, trowel applied coating composed of Portland Cement, finely graded aggregates, modifiers and construction grade fibers. The fiber reinforcement allows concrete masonry units to be dry stacked, eliminating the need for mortar joints. SURFACE BONDING CEMENT is also used as a decorative finish over existing brick, block or poured concrete walls. Its high impact resistance and waterproofing qualities make it an ideal surface crack resistant finish and base coat for applications over rigid insulation board and exterior insulation systems.

USES:

Structural coating for dry stacked block construction
Base coat for stuccos and other finishes
Insulation board coating
Load bearing and non-load bearing walls
Retaining walls
Foundation and basement walls
Material bin walls
Exterior or interior applications

ADVANTAGES:

Eliminates mortar joints
Reduces construction time
Lowers labor costs
Waterproofs and seals
Increases fire rating of wall system
Increases tensile and flexural strength
High density coating

macam mana dengan kos .. . tenaga kerja yang pakar plak...?? semua kontraktor ader skill ni atau pun hanya certain certain jer.. ...??
kontraktor ni kalau bertanya semuanya boleh buat.. . tapi hasilnya kekadang mengecewakan.. . .

gogsard
26-01-06, 03:26 PM
baguih la ko buildtem. ko kontraktor gak ker ?

nura
27-01-06, 12:32 AM
thank you buildtem...memang saya dalam proses meninjau rumah rumah yang cun araea sini...dan sudah dapat berapa orang tukang pasang mozek untuk ditanye harga..

buildtem
27-01-06, 08:23 AM
gogsard,

Syarikat kami adalah general kontraktor, banyak ambil projek gov, swasta dan renovate rumah orang perseorangan.

Mitsui,
I did forward few tips on my last posting, check it out first. Jika anda bimbang mereka kurang pengalaman, suruh mereka buat dahulu, bayar kemundian, berserta syarat kerja mesti cantik, kalau tidak buat semula.

Tentang tenaga pakar, sekadar mencari mereka yg pandai buat "plaster ceiling" pasti dinding rumah anda kembali cantik.

Hendak yang terbaik, pastikan anda bersabar mencari kontraktor yang berkebolehan, terbaik bermaksud $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$. Gaji pekerja Indonesia sekarang sudah mencecah RM60.00 sehari yang kami bayar bagi yang berkebolehan, kalau orang Malaysia boleh mencecah RM100.00

Mitsui
27-01-06, 11:06 AM
I did forward few tips on my last posting, check it out first. Jika anda bimbang mereka kurang pengalaman, suruh mereka buat dahulu, bayar kemundian, berserta syarat kerja mesti cantik, kalau tidak buat semula.

Tentang tenaga pakar, sekadar mencari mereka yg pandai buat "plaster ceiling" pasti dinding rumah anda kembali cantik.

thanks.. .. sangat berguna pengetahuan ni.. .. kita ada hak untuk buat macam tu rupanyer. ..
tapi kalau kita tak puas hati dengan kerja nya.. dan kita rasa kita tak perlu membayar.. .
boleh ker macam tue..??

nura
27-01-06, 05:24 PM
thanks.. .. sangat berguna pengetahuan ni.. .. kita ada hak untuk buat macam tu rupanyer. ..
tapi kalau kita tak puas hati dengan kerja nya.. dan kita rasa kita tak perlu membayar.. .
boleh ker macam tue..??


em...pernah terjadi to rumah parent...orang ni buat mozek tak cantik..then my parent tak setuju nak bayar..so kitaorang tak bayar...orang tu pun takde tuntut tuntut..(dia tau tak berhak kot)..tapi dari segi law tak tau lak tindakan kami tu betul atau tidak..naya gak..tak pasal pasal orang tu bawak laywer su kami..ala skit jek.dalam 1000 jek upah diorang ...

buildtem
28-01-06, 06:15 PM
Mitsui,

Nasihat terbaik hendak saya nyatakan, kalau dengan kontraktor yg tokay-nya Cina, sila hati-hati, mereka selalunya "daring" dan selalunya mempunyai kawan-kawan gengster, bertujuan mendapatkan semula duit. Saya ada seorang client, yg sebelum ini mengunakan khidmat kontraktor Cina......berlaku "dispute".......mereka bawa gengster, jiran-jiran kawan saya pun tidak mahu masuk campur. So......pilihan ditangan anda.

Kontraktor Melayu ada yang bagus, ada yang tidak. Mereka cakap semua boleh buat.......bila masuk bab kerja itu mereka gagal......kerana setiap kontraktor itu pasti memilik bidang kerja mahir tersendiri jika mereka benar-benar berkebolehan. Macam doctor, ada "general practice doctor" dan specialist doctor.

Berhubung saman, sesiapa boleh saman sesiapa, tetapi kos guaman mampukah mereka tanggung, Biro Bantuan Guaman tidak mengambil kes seperti ini. Sebelum mereka saman, perlu ada "Document Contract" yang valid. Sekadar "perjanjian mulut".....kes tiada bukti.

Ramai orang Melayu suka memanggil pekerja Indon, samada yg ada permit, taraf penduduk tetap atau yang tiada permit. Mereka yang saya pernah jumpa pasti tidak lekang drp mulut "boleh pak" atau "bisa pak". Memang mereka boleh buat.....tetapi sekadar buat apa yang mereka boleh walaupun tidak menepati kehendak kita.

Saya selalu katakan kpd clients saya "rumah ku, syurga ku" so buat sekali sahaja, carilah yang kontraktor yang berkebolehan.....jangan terlalu memikirkan wang. Kalau kta mahu murah, pasti kita sedang "mencari kualiti kerja yang kurang bermutu".

nura
29-01-06, 12:22 AM
em..tapi kalau pandai budget..leh tak dapat kos murah tapi keje bermutu..?

asrifa
29-01-06, 02:23 PM
kami membina rumah sendiri. kami hanya membeli sebidang tanah, bahan mentah dan dapatkan kelulusan pbt. banyak yang dapat kami jimatkan terutamanya orang tengah. setakat ni rumah yang kami bina tidak bermasalah. dah 15 tahun kami duduki. kalau ada bajet kami selalu ubahsuai rumah.

dalam binaan ada 2 perkara yang menentukan hasil binaan. iaitu bahan dan pekerja. bahan bagus tapi pekerja tak mahir, hasilnya tentu tak cantik. kalau bahan murah tapi pekerja mahir buat hasilnya baik tapi tak tahan lama. contohnya dinding retak, atap bocor, paip pecah dll.

pendapat kami, biar harga bahan sederhana tapi pekerja mahir buat. hasilnya pasti memuaskan.

nura
29-01-06, 08:36 PM
ic ic..asrifa..saya pun berpendapat cam tu gak....bahan sederhana pekerja mahir..mesti hasil memuaskan.