el-lail
18-09-06, 11:27 AM
:salam:
Sesapa tak kenal PERKID, secara ringkas saya dapat ceritakan, PERKID (Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor) satu NGO yg menjalankan tanggungjawab amar makruf, nahi munkar di Selangor.
PERKID membawa remaja2 bermasalah, bekas gangster, gang black metal, bekas pelacur, penagih dadah, perempuan terlanjur dan sebagainya ke jalan taubat. Mereka ditempatkan di rumah perlindungan dan kebajikan di Dusun Tua. Selain itu, PERKID juga banyak mengajurkan program motivasi dan kesedaran kepada remaja sekitar Selangor.
Malam merdeka yg lalu, PERKID ada mengajurkan operasi "Masih Ada Yang Sayang 3" dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dengan kelulusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan badan-badan dakwah institusi pengajian tinggi awam serta swasta. Hampir 1500 sukarelawan turun padang membuat rondaan sekitar lembah kelang selepas tamat sambutan merdeka sekitar 1.00 pagi hingga ke Subuh.
Mungkin kerana PERKID sangat tegas terhadap gejala sosial remaja, banyak pihak yg tidak senang dgn mereka. Malam Jumaat lepas, pengetua rumah kebajikan PERKID, Ustaz Masridzi Sat ada hantar SMS dalam pukul 3.30pagi, berbunyi begini:
ketika perkid menjulang naik..kumpulan penghasut hasad dengki yg berdendam muncul menyerang..AWAS!! besok kumpulan ini memperalatkan budak2 yg bermasalah utk membunuh perkid dlm metro dn media massa..SELAMATKAN PERKID...tolong sebarkan.. Us Masridzi Sat
Saya agak terkejut..mmg ustaz pernah cerita PERKID selau cuba dianiaya. Tapi kali ni bunyinya macam betul2 serius. Esoknya saya check harian metro, tiada apa2 berita. Esoknya pula, keluar muka depan: Dipaksa Kunyah Cicak Hidup-hidup. Mungkin ini fitnah yg ustaz katakan.
Alhamdulillah, hari ini, harian metro melaporkan yg budak2 tu buat aduan palsu. PERKID rupanya cuba difitnah.
Ini beritanya:
Edisi KL : ‘Kami buat aduan palsu’
Oleh Zainal Zawawi Mohamed
KUALA LUMPUR: Dua daripada tiga penghuni wanita rumah kebajikan Pertubuhan Kebajikan Islah Selangor (Perkid) yang mendakwa didera dengan dipaksa mengunyah cicak sebelum menelannya hidup-hidup, mengaku membuat aduan palsu selepas didesak pihak tertentu yang menjanjikan habuan ribuan ringgit.
Kedua-dua wanita mendakwa mereka disuruh membuat aduan polis oleh individu terbabit semata-mata kerana mahu melihat rumah kebajikan swasta itu ditutup.
Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang menyedari ditipu serta menginsafi perbuatan itu fitnah kepada rumah kebajikan itu, menarik semula aduan yang dibuat kepada polis.
Normardiana Ramli, 24, berkata selepas menarik balik aduan berkenaan, dia membuat aduan lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Khamis lalu, kerana mendakwa menjadi mangsa penipuan serta diperalatkan individu tertentu yang mahukan rumah kebajikan itu ditutup.
“Rakan saya, Noor Sabrina Ismail, 24, turut menarik balik aduan kononnya dia menjadi mangsa dera ketika menghuni rumah kebajikan itu sebelum ini.
“Pada 10 September lalu, seorang wanita datang ke rumah emak saya di Cheras dan mengajak keluar dengan alasan hendak pergi makan.
“Apabila memasuki kereta wanita itu kira-kira jam 2.30 petang, saya dapati ada dua lelaki sedang menunggu dan mereka membawa saya ke sebuah kedai makan sebelum diminta menolong mereka,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.
Menurutnya, mereka bertiga kemudian menghasut dengan menjanjikan akan memberi upah berbentuk ‘wang ringgit’ sekiranya rumah kebajikan itu ditutup.
“Khamis lalu kira-kira jam 11 pagi, saya diminta ke Taman Kosas, Ampang dan mereka kemudian membawa kami bertiga iaitu saya, Sabrina dan Norliyana ke sebuah stesen televisyen untuk mendedahkan kes penderaan rumah kebajikan itu terhadap kami.
“Mereka bertiga turut mengajar kami cara memberi keterangan kononnya kes penderaan benar-benar berlaku di rumah kebajikan itu dan ada wakil stesen televisyen mewawancara kami,” katanya yang tidak sampai hati memfitnah pengetua rumah kebajikan yang pernah memberi pendidikan agama kepadanya sebelum ini.
Normardiana berkata, tiada kes penderaan berlaku rumah kebajikan seperti didakwa walaupun kadangkala mereka ditegur pengetua kerana melakukan kesalahan, itupun tidak keterlaluan sehingga mendatangkan kecederaan.
Sementara itu, Pengerusi Perkid, Masridzi Sat, berkata polis ada mengunjungi rumah kebajikan itu dan membawa dua penghuninya ke Hospital Kajang (HK) untuk pemeriksaan selepas menerima aduan mengenai penderaan itu.
“Hasil pemeriksaan, tiada penderaan dikesan doktor dan mereka dibebaskan selepas polis mengambil keterangan.
“Saya kemudian membuat aduan polis kerana mengesyaki ada pihak cuba memfitnah serta memburukkan nama baik rumah kebajikan ini, semata-mata kerana mahu melihat ia ditutup,” katanya yang mendakwa pihak terbabit sengaja menabur fitnah kerana masalah peribadi.
Harian Metro Sabtu lalu melaporkan, Normardiana membuat aduan polis kerana mendakwa dia dan seorang rakannya dipaksa mengunyah cicak yang masih hidup dan menelannya hanya kerana kesalahan cuba lari dari rumah kebajikan itu.
Menurut wanita itu, pengalaman pahit selama 10 bulan berada di rumah kebajikan berkenaan menyebabkan dia dan beberapa rakan menderita kerana didera secara fizikal oleh pentadbiran pusat berkenaan.
Huhuu..dah la usaha nahi mungkar kat negara kita ni sangatlah sedikit, yg ada ni pun nak dipedajal. Harap PERKID terus utuh utk kebaikan bersama.