PDA

View Full Version : Mencari Kitab Tafsir Terbaik



el-lail
04-12-06, 02:38 PM
:salam:

Rakan2 muslimin muslimah sekalian..apa kitab tafsir terbaik pilihan anda? Biasa dengar dlm ceramah, ustaz2 asyik sebut Tafsir Ibn Kathir, adalah yg terbaik dan terlengkap.

Cari di internet, adalah jumpa e-book Tafsir Ibn Kathir in BI. Hmm..ada ke kitab ni dlm BM erk? Teringin memiliki dan jadikan rujukan seisi keluarga hingga akhir usia.

Selain Tafsir Ibn Kathir, apa kitab Tafsir yg dikira lengkap gak ye? Biasanya dikeluarkan berjilid-jilid, dgn hard cover.

shah
04-12-06, 02:58 PM
Di abad ke-8 Hijriyah lahir seorang ulama ahli tafsir yang merupakan alumnus akhir madrasah tafsir dengan atsar. Dialah Isma’il bin ‘Umar bin Katsir rahimahullah, salah seorang murid Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (wafat tahun 774 H). Tafsirnya dijadikan rujukan oleh para ulama dan penuntut ilmu semenjak jaman beliau hingga sekarang.

Al-Imam Asy-Syaukani rahimahullah -beliau juga menulis tafsir- mengatakan bahwa Tafsir Ibnu Katsir adalah salah satu kitab tafsir terbaik, jika tidak bisa dikatakan sebagai tafsir terbaik, dari kitab-kitab tafsir yang ada. Al-Imam As-Suyuthi rahimahullah menilai tafsirnya menakjubkan, belum ada ulama yang menandinginya. Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullah dalam bukunya Al-‘Ilmu menganjurkan penuntut ilmu membaca Tafsir Al Qur’anil ‘Azhim atau yang lebih dikenal dengan Tafsir Ibnu Katsir. Kitab Tafsir Ibnu Jarir juga tidak kurang hebatnya

Jika masalahnya berkaitan dengan Sunnah, maka merujuklah kepada kitab-kitab syarah dan fiqih seperti Fathul Bari, Syarhun Nawawi li Shahih Muslim, Nailul Authar, Subulus Salam, al-Muhalla oleh Ibnu Hazm.

Jika suatu masalah itu berkaitan dengan hadits, maka hendaknya engkau merujuk kepada kitab-kitab takhrij seperti kitab Nashbur Rayah oleh az-Zaila’i, at-Talkhishul Habir oleh Ibnu Hajar al-‘Atsqalani dan kitab-kitabnya Syaikh al-Albani hafidhahullah yang padanya ada takhrij seperti Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah dan Silsilah al-Ahadits ad-Dha’ifah.

Penuntut ilmu yang ingin mempelajari ilmu nahwu mulai dengan mempelajari kitab Tuhfatus Saniyah, setelah itu kitab Mutammimah al-Ajurumiyah, lalu kitab Qatrun Nada dan Syarhu ibnu ‘Aqil.

mnajem
04-12-06, 03:40 PM
el-lail,setiap tafsir mempunyai manhaj,serta kelebihan dan kekurangannya sendiri. kalau Tafsir Ibn Kathir, ada versi mukhtasar(ringkasan dalam BM),terbitan Victory Agency.

Tafsir Fi Zilaalil Quran adalah di antara tafsir yg terkini oleh alm. Syed Qutb.

Utk mendalami sababun nuzul,boleh dapatkan kompilasi Jalalain(Jalaludin as Suyuti,kalau tak silap).

kalau online boleh pergi http://www.tafsir.com , cari Miqbas Ibn Abbas(salah seorang sahabat yang muffasir).

p/s: kalau kawan2 ada dapat tau kat mana nak cari tafsir as Sa'dy dalam BM/BI sila btau. TQ

el-lail
04-12-06, 04:32 PM
Yup..masing2 ada kelebihan dan kekurangan sendiri. Bagus gak kalau dpt kumpulkan 2-3 koleksi.

Hmm..Victory Agency erk..Kat kedai buku biasa, ada ke? Ish..lamanye tak gi kedai buku. Huhuu..

el-lail
19-12-06, 05:51 PM
:salam:

Jumpa list...Banyaknye...kena carik satu nih.


Ruh al-Ma’ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Adzhim was-Saba’ al-Mathani – Mahmud al-Alusi al-Baghdadi (167H). Disunting oleh Ali Abdul al-Bari Athiyah. 15 jld - Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut 1994.

Tafsir Abdurrazzaq – Abdurrazzaq bin Hammam as-Sa’nani (211H). Disunting, disemak jalan-jalan periwayatan dan diberi penjelasan tambahan oleh Mahmud Muhammad Abduh. 3 jld – Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut 1999.

Jamii’ al-Bayan ‘an Takwil ay al-Qur’an – Abu Ja’far Muhammad bin Jarir at-Tabari (311H). Disunting dan disemak secara ringkas hadis-hadis & atsar-atsar oleh Siddiq Jamil al-‘Atar. 15 jld – Dar el-Fkr, Beirut 1999.

Tafsir al-Qur’an al-‘Adzhim: Musnadan ‘an Rasulullah wa Sahabah wa Tabiin – Abdurrahman bin Muhammad bin Idris ar-Razi bin Abi Hatim (327H). Disunting oleh As-‘aad Muhammad Tayyib. 14 jld – Maktabah al’Asriyyah, Beirut 1999.

Al-Nukatu wa al-‘Uyun Tafsir al-Mawardi – Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi (450H). Disunting oleh Abdul al-Maqsud bin Abdul al-Rahim. 6 jld – Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut (tanpa tahun).

Tafsir al-Kasysyaf (al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq Ghawamid al-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Takwil) – Abu al-Qasim Mahmud bin Umar al-Zamakhsyari (538H). Disertai nota pinggiran (hasyiyah) oleh Nasiruddin Ahmad bin Muhammad (683H) dan semakan hadis-hadis oleh Ibnu Hajar al-Asqalani (852H). Disunting oleh Abdurrazzaq al-Mahdi. 4 jld – Dar Ehia al-Tourath al-Arabi, Beirut 1997.

Tafsir al-Kabir – Muhammad bin Umar bin Husain, Fakhruddin ar-Razi (606H). Disunting dlm bentuk 11 jld oleh panel penerbit: Dar Ehia al-Tourath al-Arabi, Beirut 1999.

Tafsir al-Kabir – Taqi ad-Din ibnu Taimiyah (728H). Disunting, disemak jalan-jalan periwayatan dan diberi penjelasan tambahan oleh Abdurrahman ‘Umairah. 7 jld - Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut (tanpa tahun).

Tafsir al-Qur’an al-‘Adzhim – Abu al-Fida’ Ismail bin Umar bin Katsir (774H). Edisi lengkap disunting dlm bentuk 4 jld oleh panel penerbit: Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut 1999.

Tafsir al-Baidawi – Nazir al-Din Abi Sa’id Abdullah Ibnu Umar bin Muhammad (791H). Disunting oleh Abdul Qadir Arafat al-‘Ash. 5 jld - Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut 1996.

Al-Bab fi Ulum al-Kitab – Abu Hafs Umar bin Ali bin ‘Adl (selepas 880H). Disunting oleh Aidil Ahmad Abdul Maujud, Ali Muhammad Mu’awwad, Muhammad Sa’ad Ramadhan Hasan & Muhammad al-Mutawalli ad-Dasuki. 20 jld - Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut 1998.

Tafsir Jalalain – Muhammad bin Muhammad bin Ibrahim al-Mahalli (864H) & Jalaluddin as-Suyuti (911H). Diterjemah oleh Bahrun Abubakar. 4 jld – Sinar Baru Algensindo, Bandung 1997.

Mahasin at-Ta’wil (juga dikenali sbg Tafsir al-Qasimi)– Muhammad Jamal ad-Din al-Qasimi (1332H). 9 jld – Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut 1997.

Tafsir al-Manar (Tafsir al-Qur’an al-Hakim al-Masyhur bi Tafsir al-Manar) – Muhammad Rashid Rida (1935). Disunting oleh Ibrahim Shamsuddin. 11 jld - Dar al-Kotob al-Ilmiyah, Beirut 1999.

Tafsir Fii Zhilalil Qur’an – Sayyid Quthb (1966). Diterjemah oleh Aunur Rafiq Shaleh (siap 1 jld dan akan dilengkapkan dlm 12 jld, terjemahan disertai dengan semakan status hadis & atsar yang dilakukan oleh Alawi Saqqaf). Robbani Press, Jakarta 2000.

Tafsir an-Nur (juga dikenali sbg Tafsir al-Qur’anul Majid) – TM. Hasbi ash-Shiddiqi (1975). 5 jld – Pustaka Rizki Putra, Semarang 1995.

Tafsir al-Azhar – HAMKA (Haji Abdul Majid Abdul Karim Amrullah 1981). 10 jld – Pustaka Nasional, Singapura 1993.

Tafsir al-Asas – Sa’id bin Muhammad Daib Hawwa (1989). Diterjemah oleh Syafril Halim (setakat ini siap jld pertama). Robbani Press, Jakarta 2000.

The Message of The Qur’an: Translated and Explained – Muhammad Asad (1992). Dar al-Andalus, Giblatar 1980.

Tafsir al-Maraghi – Ahmad Mustafa al-Maraghi. Diterjemah oleh K. Anshori Umar, Hery Noer & Bahrun Abubakar. 30 jld dalam 10 buku – CV. Toha Putra, Semarang 1992.

Tafsir al-Qur’an al-Karim: Tafsir atas Surat-surat Pendek Berdasarkan Urutan Turunnya Wahyu – Muhammad Quraish Shihab. Pustaka Hidayah, Bandung 1997.

Tafsir al-Mishbah: Pesan, Kesan & Keserasian al-Qur’an – Muhammad Quraish Shihab. (Setakat ini siap 3 jld hingga surah al-Maidah). Lentera Hati, Djuanda 2000.

Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada pengertian al-Qur’an – Abdullah Basmeih. Bhg Hal-ehwal Islam, Jab. Perdana Menteri. Kuala Lumpur 1988.

The Qur’an (Translation and Commentary) – al-Hajj Ta’lim ‘Ali (dahulunya T.B. Irving). Omar Brothers, Singapore 1992.

Sumber: http://www.al-firdaus.com/20hujah/rujukan.htm

Tok Janggut
19-12-06, 06:25 PM
:salam:

Rakan2 muslimin muslimah sekalian..apa kitab tafsir terbaik pilihan anda? Biasa dengar dlm ceramah, ustaz2 asyik sebut Tafsir Ibn Kathir, adalah yg terbaik dan terlengkap.

Cari di internet, adalah jumpa e-book Tafsir Ibn Kathir in BI. Hmm..ada ke kitab ni dlm BM erk? Teringin memiliki dan jadikan rujukan seisi keluarga hingga akhir usia.

Selain Tafsir Ibn Kathir, apa kitab Tafsir yg dikira lengkap gak ye? Biasanya dikeluarkan berjilid-jilid, dgn hard cover.

Kitab tafsir adalah tafsiran daif seorang manusia yang lemah di atas satu kitab yang sempurna. Maka, hasilnya adalah tafsiran yang juga mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Setiap kitab tafsir mempunyai kelebihan dari beberapa aspek tetapi kekurangan dalam aspek yang lain. Umpamanya banyak fatwa dan hukum dalam ibn khatir mempunyai relevensi pada zamanya tetapi bukan pada zaman sekarang dll. Tetapi tidak lah kita menolak terus ibn khathir. Begitu juga fizilal, kitab maududi dll. semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Maka asalkan ia dekat dengan al quran dan as sunnah ita kupas dan terima.

wallahualam
tj

asura
19-12-06, 07:59 PM
wah wah waaaahhh ...ade link torrent ker ?

el-lail
21-12-06, 08:59 AM
Kitab tafsir adalah tafsiran daif seorang manusia yang lemah di atas satu kitab yang sempurna. Maka, hasilnya adalah tafsiran yang juga mempunyai kelebihan dan kekurangan.:salam:
Sebab tu, tak cukup je dgn tafsir, kan? Ada lagi kitab khusus utk pengajian Fiqah, Fardu `Ain, Sirah Nabi, Ahklak, etc.. Semuanya tak lari dari Al-Quran dan saling lengkap melengkapi. Betapa indahnya Islam.

Kadang dengar ceramah ustaz tu cerita kisah Nabi Luth, Daud, Sulaiman, Musa etc..teringin je nak tanya, kat mana ustaz dptkan cerita2 tu? Tapi tu la..ceramah download kat internet nih..camne nak berinteraksi ngan ustaz tu. :hehe:

pemusnah_dewa
21-12-06, 09:25 AM
Kadang dengar ceramah ustaz tu cerita kisah Nabi Luth, Daud, Sulaiman, Musa etc..teringin je nak tanya, kat mana ustaz dptkan cerita2 tu?
Kisah Para Anbiya a.s ada sedikit dalam al-Quran, Hadis dan banyaknya dlm Israelliyat.
al-Hafiz Ibn Kathir ada menulis sebuah kitab mengenai Kisah Para Anbiya a.s.

mnajem
06-01-07, 07:10 PM
salam.
saudara Abd Rahman(al-ahkam) ada jual Tafsir Ibn Kathir & Al-Umm (syafie). each RM200. satu set.

el-lail
08-01-07, 09:07 AM
salam.
saudara Abd Rahman(al-ahkam) ada jual Tafsir Ibn Kathir & Al-Umm (syafie). each RM200. satu set.
:salam:

Terima kasih..camne nak contact dia yerk..nak register al-ahkam pon tak dapat setelah sekian lama tunggu..