PDA

View Full Version : Tanda-tanda Gangguan Jin

el-lail
20-12-06, 04:13 PM
:salam:

Topik ini adalah sambungan daripada topik Jom dengar rakaman dialog ustaz dgn jin (http://bincang.net/forum/showthread.php?t=72708), tetapi khusus untuk membincangkan tanda-tanda terdapatnya gangguan Jin.

Yg di bawah ni saya dapat dari email, ada yg sama pernah diceritakan dlm seminar bahaya sihir..ada yg tak pernah dengar..

Mari baca sama2 dan menapis yg mana yg betul..

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama
bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta
ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching,
anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau
tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat
pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua
mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan
tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

1. Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang
yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.
2. Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu
dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.
3. Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh
seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.
4. Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti
seseorang yang mengalami mimpi buruk.

DIANTARA PENYEBAB GANGGUAN JIN :

1. Jin lelaki kadangkala jatuh cinta kepada orang perempuan dan
kadangkala jin perempuan jatuh cinta kepada orang lelaki.
2. Kerana kezaliman manusia terhadap mereka, seperti menumpahkan air
panas atau menimpakan sesuatu barang dari tempat yang tinggi.
3. Kezaliman yang dilakukan oleh makhluk jin kepada manusia tanpa
sesuatu sebab tertentu. Yang berhubungan dengan prekara ini jin tidak
akan dapat menganggu manusia kecuali manusia itu dalam keadaan : Sangat
marah, Sangat takut, Sangat lalai dan Mempunyai nafsu syahwat yang
tinggi.

SEBAB-SEBAB MASUKNYA JIN KE DALAM DIRI MANUSIA

Kadang-kadang terjadinya gangguan jin kepada manusia adalah dikeranakan
syahwat, hawa nafsu dan mabuk cinta, keadaan ini sama seperti yang
dialami manusia. Ada pula kadangkala manusia dan jin melakukan
perkahwinan serta mempunyai anak. Perkara yang demikian banyak terjadi
dan banyak pula ulama'
yang membicarakannya.

Berlakunya perkara tersebut adalah disebabkan kebencian atau pembalasan
oleh kerana ia disakiti sebahagian manusia, atau makhluk jin ini
menyangka bahawa sebahagian manusia sengaja menyakitinya dengan cara
mengencingi mereka, menumpahkan air panas, atau membunuh mereka, padahal
manusia tidak mengetahuinya. Dikalangan makhluk jin juga ada yang bodoh,
ada yang zalim, sehingga mereka menjatuhkan hukuman dengan cara yang
tidak patut, keadaan ini sebagaimana juga yang kita jumpai dalam
kehidupan manusia yang bodoh.

Jika keadaan tersebut terjadi, perbuatan yang demikian itu adalah
merupakan perbuatan yang keji dan dilarang oleh Allah SWT. Justeru itu
perkara ini haruslah dijelaskan kepada jin tersebut dengan mengatakan
bahawa perbuatan mereka itu dalah perbuatan keji yang diharamkan.
Penjelasan seperti ini perlu dijelaskan kepada mereka supaya mereka tahu
bahawa pada diri mereka akan berlaku hukuman Allah dan Rasul-Nya yang
diutus kepada semua makhluk manusia dan makhluk jin.

Kepada mereka juga harus dijelaskan, bahawa manusia tersebut tidak
mengetahui dan tidak sengaja menyakiti mereka sehingga tidak patut untuk
dihukum. Jika mereka melakukan hal itu di rumah atau di kerajaan mereka
maka mereka dibolehkan atau bebas bertindak. Sedangkan mereka tidak
mempunyai hak untuk tinggal di tempat kediaman manusia tanpa izin dari
mereka, mereka hanya berhak tinggal di tempat-tempat kosong yang bukan
menjadi tempat tinggal manusia.

CARA JIN MASUK KE DALAM TUBUH MANUSIA.

Jin adalah sejenis makhluk berwujud udara sedangkan manusia memiliki
lubang bulu roma, kerana itulah dia dapat masuk ke dalam tubuh manusia
dari bahagian manapun juga. Makhluk jin diciptakan dari zat yang sejenis
udara sebagaimana firman Allah : Ertinya,"Dan Allah menciptakan jin dari
api yang menyala". ( Ar-Rahman: 15 ) Dalam hal ini Ibn Abbas berkata:
Iaitu dari hujung nyalanya api, sedangkan hujung nyalanya api adalah
merupakan udara panas yang keluar dari api.

Ketika jin masuk ke dalam tubuh manusia, makhluk ini langsung menuju ke
otak, melalui otak ini dia dapat mempengaruhi bahagian mana saja yang
dia sukai dari tubuh manusia. Para doktor perubatan telah mengkaji dan
membuktikan bahawa orang yang terkena penyakit kerasukan jin memiliki
gelombang otak yang sangat halus dan sangat aneh yang ada di dalam
otaknya.
Ditambah lagi dengan keterangan dari orang yang ahli tentang cara
pengubatan orang yang kerasukan jin, bahawa jin itu memberitahunya
bahawa mereka berada di otak manusia.

PERLINDUNGAN TERHADAP GANGGUAN.

1. Sentiasa berzikir dan bertaqarrub kepada Allah dengan memperbanyakkan
istighfar. Ini adalah kerana apabila seseorang semakin bertambah dekat
dengan Allah maka syaitan akan semakin menjauinya.
2. Mengucapkan "Bismillah" pada setiap kesempatan, iaitu ketika :- o
Hendak melompat dari tempat yang tinggi.
o Terjumpa sesuatu di atas tanah.
o Memasuki tempat yang menakutkan seperti tempat yang gelap, sunyi dan
kosong.
3. Berzikir kepada Allah pada waktu-waktu tertentu. Seperti pada waktu
pagi, petang ataupun pada waktu makan.
4. Tidak membunuh ular yang bersada di dalam rumah kecuali telah memohon
kepada Allah agar ia keluar dari rumah.
5. Tidak mendengar nyanyian ataupun seruling yang dapat mengundang
syaitan dan menimbulkan perbuatan zina. Yakni, nyanyian yang dapat
merangsang nafsu seseorang.
6. Tidak memandang wanita dengan penuh nafsu dan juga tidak berdua-duaan
dangan wanita yang bukan muhrimnya.
7. Jangan tinggal di rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni orang, di
kawasan perkuburan dan tempat-tempat kotor lainnya. Jangan menunaikan
solat sewaktu matahari terbit dan terbenam.
8. Jangan membuang air kencil merata-rata atau di lubang binatang.
9. Jangan sekali-kali menyeksa dan menyakiti anjing atau kucing.
10. Hindarkan dari melakukan perbuatan maksiat. Perbuatan maksiat itu
adalah senjata ampuh bagi syaitan.

Pernahkah anda mempunyai tanda2 ini?

Sejauh mana benarnya yg tanda2 ini sememangnya menandakan adanya gangguan Jin?

Ada pengalaman cerita gangguan jin yg berkaitan, sila2lah kongsikan. Saya harap, tiada yg mereka2 cerita di sini. Hanya kisah benar yg saya mahukan.

sol_badguy
20-12-06, 04:46 PM
Ada sorang kawan kakak aku ada masalah mungkin ada kaitan ngan jin (kot). Pegi hospital, dia didiagnos sebagai bipolar dan mania. Basically, she is on medication. Keluarga dia dulu2 ada saka, jadi kena pass on through generations to generations.

..kekadang kalo minah ni under pressure, dia akan went into maniac mode. So, takleh bagi pressure sgt.

..aku x percaya sgt jin2 ni semua.. Memang ada penyakit berpunca daripada jin. tapiaku tgk, orang kita bila penyakit pelik dan doktor takleh identify, terus kata jin.

umikniey
20-12-06, 04:53 PM
TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua
mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan
tidak sanggup mengubatinya.

umie pnh melaluinya
mmg sakit kepala sgt2, rasa bpusing, tak maya
-bila jumpa doktor cakap xda pa2 sakit

lupa zikir, malas solat
-emm tu mmg tak dinafikan
mana taknya bdn umie dah dikawal oleh 5 ekor jin kafir

rasa sakit
-tpaksa diberi mandi oleh pakar prubatan tradisional
mula2 tak caya benda2 cam ni....

shah
20-12-06, 04:54 PM
surah jin.............atau doa nabi sulaiman...............innahu min sulaiman wainnahu min sulaiman....

el-lail
20-12-06, 05:18 PM
:salam:

Tanda2 yg pernah saya alami dan selalu alami smpai skrg:

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta
ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup. (kena tindih, biasanya bila kat kampung & pernah gak bila tersangat-sangat letih)
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
Ntah..ada yg kata bukan gangguan..ada yg kata macam gangguan. Bila gi darussyifa, lepas bacaan ruqyah dan scan, tak jumpa pape..perawat tu kata maybe gangguan dari luar, kdg2 dia dtg..bkn berada dlm badan.

asura
20-12-06, 06:27 PM
kdg2 dia dtg..bkn berada dlm badan.

nape dia dtg?
tarikan pd diri ko atau tarikan pd tpt tggl ko?

eh ..byk tanya lak aku ni :hehe:

amal rugyah pon dia dtg lg ? ..
mmg apa ade pd ko ..sgt2 menarik bg jin2 ni :kontrol:

el-lail
21-12-06, 08:45 AM
nape dia dtg?
tarikan pd diri ko atau tarikan pd tpt tggl ko?

eh ..byk tanya lak aku ni :hehe:

amal rugyah pon dia dtg lg ? ..
mmg apa ade pd ko ..sgt2 menarik bg jin2 ni :kontrol:
Eh..apo yg menarik kat saya ni lah..

Tattau lah...pernah tdo dgn tinggalkan laptop main mp3 ruqyah, tp rasa gak dia dtg. Pernah shari tu, dia dtg 2-3kali..bila saya azan, bdn makin sakit mcm dia marah. Pstu dia hilang, pstu dtg lagi..azan lagi, dia hilang..dtg lagi pstu..Ntah la..saya dah lali rasanya.

Masa jumpa perawat, dia baca ruqyah sambil buat mcm scan badan, tak silap saya ayat 21, Surah Al-Hasyr (Lau anzalna..). Perawat tu tnya, kalau ada rasa mcm kebas atau rasa mcm karen kat mana2 gtau.. Tarrassapapeponn..

shah
21-12-06, 02:01 PM
dah kena baru percaya dan kongsi pengalaman.........macamtu gaklah dengan mistik yang lain..................selagi x mengalami dan x lihat memang sukar dibuktikan dengan kata-kata............jangan hilang keyakinan.....saudara kena letakkan diri saudara diluar dan jangan didalam sampai dia menguasai..........."lau anzalna".......kalau dah sebati dengan diri saudara banyak kegunaan lain.........begitu juga "inna fatahna"......dan ayat-ayat quran yang lain......jika saudara mampu memahami dan mendalami x mustahilllll...........kelebihan dan keberkatan akan ada dalam diri....saudara...............amalkan apa yang patut.

el-lail
12-01-07, 11:29 AM
:salam:

Sekadar kongsikan.. MP3 ceramah bertajuk Ciri-ciri Seseorang Yang Terkena Ilmu Sihir, oleh Ustaz Prof. Dr. Jumadi Bin Mustar (http://www.ceramahislam.com/audio/malay/UstJumadiMustar/tandasihir.mp3)

Jom sama2 kita dengarkan...

kupia
13-01-07, 01:25 PM
Selalu baca Quran dan perhatikan dan rasakan kalau kalau ada tindak balas dalaman. Dengarkan CD atau MP3 bacaan alQuran surah surah Yasin, As-Soffat, Ad-Dhukan dan Al-Jin, cara mendengar mesti tumpu perhatian pada bacaan sambil pejam mata (baik kalau guna headphone) jangan biarkan tumpuan dipaksa kearah lain dan jangan tidur.

Tanda tanda:

Mata terasa pedih dengan tiba tiba.
Rasa seram yang tiba tiba datang dan bulu roma berdiri
Rasa sakit dalam bahagian kepala dan turun kebahagian tengkuk.
Mata berkedip sendiri dengan laju masa pejam.
Tiba tiba rasa mengantuk yang amat sangat.
Ada urat urat bahagian kaki tangan yang bergerak sendiri
Rasa sakit dalam badan yang beralih alih tempat
Rasa ngilu atau gatal pada jari tangan atau kaki
Salah satu jari jari bergerak sendiri
Dan lain lain tanda tanda....

AWAS kalau jenis yang merasuk jangan dengar sendirian mesti ditemani.

Terus mendengar alQuran itu sampai kesemua tanda dan rasa tersebut hilang sendiri. Jangan lalai dan jangan tidur mesti tumpu perhatian dan JANGAN TAKUT DENGAN DIA...

fms
13-01-07, 09:09 PM
umie pnh melaluinya
mmg sakit kepala sgt2, rasa bpusing, tak maya
-bila jumpa doktor cakap xda pa2 sakit

lupa zikir, malas solat
-emm tu mmg tak dinafikan
mana taknya bdn umie dah dikawal oleh 5 ekor jin kafir

rasa sakit
-tpaksa diberi mandi oleh pakar prubatan tradisional
mula2 tak caya benda2 cam ni....

dah sembuh ke??

el-lail
18-01-07, 03:39 PM
:salam:

Sekadar kongsikan.. MP3 ceramah bertajuk Ciri-ciri Seseorang Yang Terkena Ilmu Sihir, oleh Ustaz Prof. Dr. Jumadi Bin Mustar (http://www.ceramahislam.com/audio/malay/UstJumadiMustar/tandasihir.mp3)

Jom sama2 kita dengarkan...
:salam:

Nie nota daripada ceramah di atas:

Pengenalan
- sihir itu wujud, ahli falsafah sesat shj yg tak percaya wujudnya sihir
- sihir wujud sepanjang zaman
- ada sihir yg masuk dlm tubuh dan ada yg dari luar sahaja
- sihir boleh kena kpd tumbuhan dan haiwan: membawa mati
- boleh dikenali dengan tanda luaran dan dalaman
- ain: pandangan mata - paling pantas, tiada tanda, tak dpt dikesan doktor
- sihir yg kuat boleh ubah manusia jadi binatang

Golongan terkena sihir:
- jarang-jarang: nabi, auliya'
- sering: org yg lemah iman, terlalu takut dgn selain Allah
- tidak kena sihir: Allah lindungi

Tanda luaran:
- diri sendiri tak nampak beza perubahan, org lain nampak
- lakukan sesuatu yg tak logik
- sering pening, sakit kepala, atau sakit melarat
- terlalu suka/sayang/benci secara tiba2
- membenci keterlaluan, contoh butir kata didengar jadi lain
- sihir hasad: dibenci oleh ramai org, biasanya diekori utusan
- sihir penghalau: ada saja halangan, contoh tak jadi kahwin
- rasa org tak suka
- dibacakan ruqyah, tak dapat kesan

Sihir masuk dalam badan:
- contoh: santau - berada dalam badan
- saka: merosakkan zuriat, anak cucu rosak ahklak / keluarga pecah belah
- tak makan, tapi jadi gemuk: sihir utk jadikan org tak suka
- kurus wlupn makan banyak
- tak mahu beribadat, suka maksiat

Tanda sihir dalam rumah:
- bau kemenyan
- bau busuk: sihir pembenci
- bau wangi: sihir pengasih, mungkin ada org luar meminati ahli keluarga
- bunyi atas bumbung, macam org tarik kerusi, guli jatuh
- alat elektrik rosak
- nampak kelibat, rasa mcm ada org perhati
- makanan cepat basi
- rasa takut di rumah
- kesan2 dlm rumah: contoh byk ulat, darah di dalam rumah yg tak diketahui punca datangnya

shah
18-01-07, 04:46 PM
EMMM pagar je rumah................baca ayat qursi buat penjuru

fms
21-01-07, 06:02 PM
El-lail,

bole scan jarak jauh ke??

el-lail
22-01-07, 08:26 AM
El-lail,

bole scan jarak jauh ke??
:salam:

Tak tau..tak studi la psl scan2 nih.. Perawat tu scan saya dari dekat.

asura
22-01-07, 10:07 AM
EMMM pagar je rumah................baca ayat qursi buat penjuru

klik link dibawah
> BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA (http://www.darussyifa.org/pertahanandiri2.php)

sumber : darussyifa.org

fms
22-01-07, 09:07 PM
:salam:

Tak tau..tak studi la psl scan2 nih.. Perawat tu scan saya dari dekat.

awak pon gi merawat ke?? sakit apa??

el-lail
23-01-07, 08:53 AM
awak pon gi merawat ke?? sakit apa??
:salam:

Takde sakit pe..cuma gangguan jin asyik suspected. Sila refer ke topik jin asyik. :_:

fms
23-01-07, 09:59 PM
:salam:

Takde sakit pe..cuma gangguan jin asyik suspected. Sila refer ke topik jin asyik. :_:

dah ok ke??
sape perawat??

deida
24-01-07, 02:41 PM
Alahai, takutnya!

Dlm lists tu.. aku:

2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam----> bile tersedar, aku selalu tgk jam.. tiap2 ari aku mesti sedar kul 4.57pg! :(
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta
ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup---> sgt selalu.. tp yg aku herannya ialah, bln puasa yg ptt diikat segala makhluk2 syaitan/antu tu lah aku slalu mimpi yg sgt mengerikan
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching,
anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau
tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat
pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan
tidak sanggup mengubatinya-----> aku slalu saket belakang.. bila gi cek dokter.. dokter kata tak de apa2.. so doc bg ubat.. tp still tak jln la.. maken melarat ada le!

Eih bnyak aa aku punye.. how to solve this? :confused:

el-lail
24-01-07, 02:57 PM
:salam:

fms, tak ingatla nama perawat tu..saya gi tu kat darussyifa. Skrg mcm dah ok sket la..jarang dah rasa dia dtg.

Dieda, bleh try checkla..gi darussyifa ke kat bangi tu.

Ustaz Jumadi ada kata dlm sesi soal jawab berkaitan mahkluk halus, antara tanda gangguan dlm diri: rasa diri brubah, cepat marah, slalu sakit blkg, sakit kepala, mimpi hantu/org takde kpala/binatang/jatuh dari tmpat tggi.

deida
24-01-07, 03:05 PM

Ooo saya penah survey kat bangi tu.. tp tak pernah masuk.
Rasa mcm takut la nak pergi.. Ustaz tu akan buat apa ye?

~cpt mrh--> ye sgt2
~slalu sakit belakang --> iye jugak
~mimpi hantu--> something like that.. tp lps bgn dr tedo, mmg tak ingt la mimpi psl apa.. tp apa yg pasti mengerikan

Actually sy tak percaya mende2 ni tp nak kena percaya ugak ah skang!

el-lail
24-01-07, 03:14 PM
:salam:

Perawat tanya dulu apa masalah, so gtau la mcm ada tanda2 gangguan, gtau tanda2 tu.. Pastu dia bacakan ayat2 jampi/ruqyah yg terdiri drp ayat Quran, selawat n doa nabi.

Dia akan tnya ada rasa kebas atau mcm karen tak kat mana2 bhgian badan, klu ada..next step tattau la, dia akan cuba kluarkan jin dlm badan, klu takde..just amik air yg dia dah bacakan ruqyah utk minum. Tu je..

Nota tambahan drp soal jawab itu jugak, ustaz ada sebut: gangguan pontianak: pontianak semuanya perempuan, suka kwsn hutan, bleh masuk dlm badan perempuan, mangsa akan ubah prangai dan suka mjeling, suka tgok bulan, suka mencakar, main sikat2 rambut, bela kuku panjang, suka kluar tgh mlm.

Ada kes ustaz rawat mangsa, anak2 perempuan makcik tu suka kluar tgh mlm, balik dlm kul 3pg, suka mencakar, makcik tu tunjuk bekas2 kena cakar kat badan dia.

deida
24-01-07, 03:23 PM
owh mcmtu ke cara rawatannya el-lail?
bila el-lail buat rawatan tu.. rasa cemana?

kalau yg mencakar2, ske menjeling, ske sikat rambut & ske kuku panjang tu tak ada lgsung la.

el-lail
25-01-07, 09:06 AM
:salam:

Dlm akhir tahun lepas pergi..rawatan just guna bacaan ayat ruqyah dan air. Tu je..

Ok sambung tanda2 gangguan jin. Juga drp siri soal jawab jugak. Kali ni gangguan dengar suara.
Dengar mcm bunyi air terjun/ cengkerik / alat muzik / burung etc - sebenarnya ada gangguan aliran darah, hanya perlu ubat herba tradisonal.
Dengar bisikan suara, ada arahan utk membunuh atau bunuh diri. Sihir dikenali sbg sihir gangguan suara. Boleh mnyebabkan gila, histeria, membunuh, bunuh diri, amuk etc.. Kemungkinan jin mengganggu drp luar atau berada dlm hati mangsa. Agak sulit ttp insyaAllah boleh dirawat.

fms
25-01-07, 09:57 PM
Dengar bisikan suara, ada arahan utk membunuh atau bunuh diri. Sihir dikenali sbg sihir gangguan suara. Boleh mnyebabkan gila, histeria, membunuh, bunuh diri, amuk etc.. Kemungkinan jin mengganggu drp luar atau berada dlm hati mangsa. Agak sulit ttp insyaAllah boleh dirawat.[/list]

aku dpt mimpi lompat dari flat aku xde pape..just sakit kaki je..
lompat byk kali plak tuh..terasa mcm lompat btul2..
sbb tu laa ramai yg gila sbb x tahan suara halus berulang2 byk kali..

xperts
26-01-07, 09:41 AM
ada angin jahat duk kat urat menghalang perjalanan lancar darah.. jumpa pada yg pakar

Anasuha
02-03-07, 10:55 PM
tanda-tanda lain ada gangguan :

-selalu nampak kelibat makhluk halus. biasanya org yg "sakit" memang boleh nampak makhluk halus ni. Sebab org yg dibuka hijab mata dalam 4 keadaan :

1 sakratulmaut
2. kanak-kanak / bayi
3. diberi keistimewaan oleh Allat SWT
4. gangguan jin (yg ni yg paling selalu berlaku)

Kalau gangguan tu teruk, biasanya org yg sakit tu sendiri boleh rasa diri dia ada something wrong..

Ana pernah alami benda ni. Rasa manic je. Berdebar2 tak tentu hala. Malas nak solat dan selalu menangis tanpa sebab. Bila pergi berubat rupanya ada benda dok kat kaki. Ustaz cakap mungkin Ana terlangkah something.
Alhamdulillah sekarang dah baik :)

MohdSahreen
06-12-07, 08:23 AM
Salam ukhwah fisabilillah..

saya ada masalah bhubung dgn gangguan jin/saka.
dimana harus sya pergi utk mdptkan perubatan yg besyariatkn islam..

el-lail
06-12-07, 08:44 AM
:salam:

Saudara MohdSahreen ahli baru di sini, saya tak dapat hantar mesej kepada saudara. Sila emailkan masalah saudara kepada saya: el.ilmy [at] gmail.com

Perawat dari Palestin, fasih berbahasa Malaysia, hanya menggunakan bacaan ayat Al-Quran dan doa kepada Alloh agar diselesaikan gangguan.

fms, macam mana perkembangan gangguan? Saya dah kena banned lagi kat forum sana tu.

Pinkee
06-12-07, 12:52 PM
isk.....nape mcm tanda2 tu byk jadik kat aku ek????

Tapi aku rase sht jer...musykil neh.....

Ade tanda2 tu maksudnye aku pon kene eh??????????

xperts
07-12-07, 10:15 AM
:) ... kekadang kiter ingat kite sihat.. tp jasad kiter actually dah kene tumpang dek 'adik' kecik .. :)

Pinkee
09-12-07, 09:22 PM
abis tu??
aku neh 'sht' ke tak???
musykil2.......

iori yagami
09-12-07, 09:34 PM
cube try ler p jumpe ustat ker..
kat sg buluh ada ustat yg boleh tgk kan..
nak cite iori dah lupe tpt nyer..

kupia
09-12-07, 09:37 PM
Dapatkan buku saku ruqyah syari'i kat bawah. Baik kalau dihafal untuk lindung, rawat diri dan keluarga terdekat, belajar cara-cara bedepan dengan jin. Boleh amal jadi bacaan lepas solat.

http://www.ilma95.net/pdf_lain3.htm

MP3:-

http://www.ceramahislam.com/audio.html

Video contoh rawatan Islam yang sebenar (arab), tempat kita ada banyak aliran rawatan macam ni, kena cari. Guna rqyah syari'i dengan air aja, jangan rawatan islam yang bercampur aduk dengan cara tradisional.

Tengok yang lumpuh sebab syaitan betina yg pakai jubah kat bawah tu:

http://www.islam-universe.com/Exorcism.html#Exorcism_video_clips

xadsnax
11-03-08, 02:37 PM
Tanda tanda:

Mata terasa pedih dengan tiba tiba.
Tiba tiba rasa mengantuk yang amat sangat.

salam semua...aq pnah baca surah al iklas ntah berapa kali...
dalam 30 minit ar mcm tu...pastu kn aq rasa ngantuk yang amat sangat time baca tu...n menguap bnyak kali...tiap kali aq baca surah tu...mesti nguap jak...mungkin bnyak jin dlm bdan aq ni:setan:

fms
12-03-08, 10:16 AM
fms, macam mana perkembangan gangguan? Saya dah kena banned lagi kat forum sana tu.

skrang ni dah mcm xde..
ialah sihir yg aku kene pon pasal perempuan..
klu x ngorat, xde laa kene..

apapon, jika jin dlm badan masih ade, harap2 sihir atau bahan kotor dlm badan terhakis sedikit demi sedikit..
bile badan bebas dari barang sihir, x dpt laa jin menumpang..

double_sunday
21-03-08, 09:16 AM
aku bukan nak memandai mandai....tapi ini petua yg aku ada sikit untuk kau orang:

1. jangan tinggal sembahyang fardu
2. jangan suka cakap besar atau riak kecil
3. jangan syirik dalam solat (contoh: ingat kat awek masa tengah sembahyang)
4. jangan suka bunuh serangga atau binatang tanpa sebab
5. jangan suka petik bunga dan daun tanpa sebab
6. jangan masuk hutan atau semak sorang sorang
7. jangan selalu sangat baca ayat ayat lazim dpd al-quran tanpa memulakan dengan al-fatihah.

aku rasa...ini boleh bantu kau orang untuk elak dpd sihir. dgn izin Allah s.w.t

izafarid
21-03-08, 10:16 AM
aku bukan nak memandai mandai....tapi ini petua yg aku ada sikit untuk kau orang:

4. jangan suka bunuh serangga atau binatang tanpa sebab
5. jangan suka petik bunga dan daun tanpa sebab
6. jangan masuk hutan atau semak sorang sorang

aku rasa...ini boleh bantu kau orang untuk elak dpd sihir. dgn izin Allah s.w.t

dulu-dulu, aku rasa pentua nie mengarut dan tak logik, tp bila direnungkan kembali ada sebabnya...

mr_naza
22-03-08, 02:34 AM
aku ade pengalaman junior aku kena rasuk..dak laki..sebab die study kat 1bilik then 'benda' tu suka kat die..ade sekali tu 6ekor masuk badan die..mata memang merah..untuk petua jangan g tempat sebarangan,ular masuk umah jangan terus bunuh kemungkinan jelmaan jin,kalau jumpa benda musykil jangan cuba2 amik tahu.jangan tegur bau-bauan kalau tiba terbau,jangan tegur kalau nampak benda2 ditengah malam jangan tegur..

supin_supian
25-03-08, 10:39 AM
assalamualaikum...

haku selalu mimpi ada seorang tua bg haku ayat2 doa...
dlm bahasa arab...
bila dia bg doa tue dan haku baca...
haku leh buat macam2...
contohnya haku leh terbang...
haku leh jadi air...
selalunya org tua nie menjelma bila haku mimpi di kejar sesuatu...
huhuhu...
adakah ianya jin atau apa...
bila haku bangun dari tdo...
haku tak ingat itu ayat...
cuma nak tanya...
adakah itu jin...
sbb haku takder pun terpikir nak terbang ker haper ker...
cuma tertanya pasat apa dia ada bg itu ayat...
leh percaya ker...
hurmm...

fms
25-03-08, 02:03 PM

aku ade gak masa kecik2 terbang mcm superman, jalan atas air dan lompat bangunan langsung x cedera..tapi tu sume mimpi je laa..berulang2 berlaku klu pikir nak keadaan mcm tu..apapon, mmg dari kecik ade jin ikut aku..x prasan sampai laa kene sihir kat universiti baru prasan ade bende ikut...

mr_naza
25-03-08, 11:20 PM
mimpi ni ade macam2..susah nak tafsir kalau xde ilmu..biasenye main tido..kalau xsilap aku mimpi binatang,ular kemungkinan ade orang nak sihir kite..kalau mimpi orang bagi ayat atau ajar ape2 sampai kite luar biase memang ade kemungkinan ayat yang dia ajar memang berguna...kalau xsilap aku,kalau silap tolong betulkan..kalau nak tau lebih lanjut tya ustaz2..

el-lail
03-04-08, 01:05 PM
:salam:

Tafsir mimpi untuk kenalpasti tanda-tanda gangguan memang boleh tahu jenis gangguannya. Tapi menceritakan mimpi buruk, dilarang oleh nabi.

Maybe takpe kalau menceritakan tu kepada perawat yang arif dan terbukti berilmu tentang menangani gangguan jin ni.

Tapi dengan tanda-tanda yang saya listkan dah boleh dah detect gangguan. Tak perlu ceritakan detail mimpi tu macam mana.

Kalau saya, saya just tanya ada tak mimpi jatuh tempat tinggi, cubaan dibunuh, binatang-binatang, mahkluk menakutkan dan lain-lain mimpi buruk. Minta jawab ya dan tidak je..tak perlu cerita detailnya. Semoga bermanfaat dan tak menyalahi larangan nabi.

والله أعلم بالصواب

Arks
05-04-08, 09:43 AM
assalamualaikum...

haku selalu mimpi ada seorang tua bg haku ayat2 doa...
dlm bahasa arab...
bila dia bg doa tue dan haku baca...
haku leh buat macam2...
contohnya haku leh terbang...
haku leh jadi air...
selalunya org tua nie menjelma bila haku mimpi di kejar sesuatu...
huhuhu...
adakah ianya jin atau apa...
bila haku bangun dari tdo...
haku tak ingat itu ayat...
cuma nak tanya...
adakah itu jin...
sbb haku takder pun terpikir nak terbang ker haper ker...
cuma tertanya pasat apa dia ada bg itu ayat...
leh percaya ker...
hurmm...

Bagi aku.........mimpi ko ni adalah kebenaran.......cuba lah belajar peka pada alam sekeliling...........insyaallah kau akan memahami akan mimpi-2 tersebut.............sediakan pen dan kertas di tempat tidor anda..........bila terjaga dari mimpi atau tidor............catitkan apa saja yg anda ingat walaupon sepatah ayat..............lakukan tiap-2 hari.............anda akan dapat jawapannya............

arieed2796
06-04-08, 01:11 AM
assalamualaikum..sahabat ..semua salam perkenalan saya member baru kat sini.. nampak menarik perbincangan kat sini.

kat sini saya ingin cerita masalah2 diri saya juga

2. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.(masalah yang mmg saya rasa mmg ada tak tahu kenapa kadang-kadang mmg rasa malas sgt.
3. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.(Emosi saya tak menentu.. kadang2 rasa nak marah-marah.naik angin tiba2..
4. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan
tidak sanggup mengubatinya-----> saya juga slalu saket belakang.. mmg tak tahu kenapa.

saya cuba try berubat skrg nie.
saya pernah buat CVT(hidroterapi ais)
tapi tak lengkap sbb kena mandi 9 kali(x cukup modal nak habiskan) saya cuma mandi 3 kali aje.

supin_supian
07-04-08, 05:40 PM
:salam:

Tafsir mimpi untuk kenalpasti tanda-tanda gangguan memang boleh tahu jenis gangguannya. Tapi menceritakan mimpi buruk, dilarang oleh nabi.

Maybe takpe kalau menceritakan tu kepada perawat yang arif dan terbukti berilmu tentang menangani gangguan jin ni.

Tapi dengan tanda-tanda yang saya listkan dah boleh dah detect gangguan. Tak perlu ceritakan detail mimpi tu macam mana.

Kalau saya, saya just tanya ada tak mimpi jatuh tempat tinggi, cubaan dibunuh, binatang-binatang, mahkluk menakutkan dan lain-lain mimpi buruk. Minta jawab ya dan tidak je..tak perlu cerita detailnya. Semoga bermanfaat dan tak menyalahi larangan nabi.

والله أعلم بالصواب

binatang2 jer...

el-lail
08-04-08, 06:02 PM
assalamualaikum...

haku selalu mimpi ada seorang tua bg haku ayat2 doa...
dlm bahasa arab...
bila dia bg doa tue dan haku baca...
haku leh buat macam2...
contohnya haku leh terbang...
haku leh jadi air...
selalunya org tua nie menjelma bila haku mimpi di kejar sesuatu...
huhuhu...
adakah ianya jin atau apa...
bila haku bangun dari tdo...
haku tak ingat itu ayat...
cuma nak tanya...
adakah itu jin...
sbb haku takder pun terpikir nak terbang ker haper ker...
cuma tertanya pasat apa dia ada bg itu ayat...
leh percaya ker...
hurmm...
:salam:

Kebanyakan kes mereka yang diperdaya jin yang beri ilmu pelik-pelik ni dapat daripada mimpi.

Nasihat saya, amalkan amalan-amalan dan doa-doa nabi sebelum tidur. Kalau nak, sila PM saya alamat email. Saya ada compile panduan amalan berkaitan tidur contohnya doa-doa sebelum tidur, terjaga dari tidur, takut masa nak tidur dan selepas bangun tidur.

PenditaGila
08-04-08, 06:11 PM
Bab tafsiran mimpi Imam Hanafi bijak mentafsir tetapi masih ada kitab kesufian yang menceritakan perihal mimpi dan jenis2nya,yang boleh percaya atau tidak....:sengih: :sengih:

reloader
13-06-08, 12:15 AM
Salam untuk semua....

Sedara el-lail.. memetik dari tulisan sedara....

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama
bersusah payah.
2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta
ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching,
anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.
6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau
tempat yang mengerikan.
12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat
pendek atau sangat hitam.
13. Bermimpi melihat hantu.

No.1 - Dulu selalu gak... skarang dah jarang2 berlaku
No.2 - Kerap berlaku zaman masih stadi di IPTS dulu, sekarang jarang2 berlaku bila dah kerja & berkahwin
No.3 - Sangat kerap ketika zaman stadi di waktu menengah, waktu di IPTS dan skarang masih berlaku sekali sekali, kengkadang jika tertidur lupa semayang Isyak, jika terlalu letih (kalau dulu kerap & tak tentu time, tak kira siang atau malam)
No.4 - Skarang jarang2... tapi zaman stadi kerap jugak
No.5 - Yang ni berlaku pada isteri saya, tak pasti samada "habit" atau sebab seperti yang el-lail bgtau ni, memang jelas sangat bunyi gerahamnya bergesel-gesel, ada gak saya tanya dia, tapi dia kata mana dia tau... :p
No.7 - Isteri kengkadang kejutkan saya dari tidor, bagitau saya meracau macam nak memekik masa tido & macam susah bernafas, yang pasti time tu memang saya alami mimpi yang tak menyenangkan
No.13 - Tak tentu.. tapi dah jarang2 terjadi

Saya juga kerap lenguh belakang & pinggang, mudah lenguh & kebas kalau berdiri atau duduk lama2 skit, walhal saya aktif bersukan. Buat medical chek-up bebaru ni time nak masuk keja tempat baru 3 blan lepas pun Dr cakap semua ok, blood pressure ok, jantung ok, semuanya normal.... emmmm...Mungkin juga saya kena p cek apa2 yang patut.... na'uzubillah...

flamingo145
10-12-08, 11:14 AM
Tanda sihir dalam rumah:
- bau kemenyan
- bau busuk: sihir pembenci
- bau wangi: sihir pengasih, mungkin ada org luar meminati ahli keluarga
- bunyi atas bumbung, macam org tarik kerusi, guli jatuh
- alat elektrik rosak
- nampak kelibat, rasa mcm ada org perhati
- makanan cepat basi
- rasa takut di rumah
- kesan2 dlm rumah: contoh byk ulat, darah di dalam rumah yg tak diketahui punca datangnya

Dulu.. dlm 4-5 tahun lepas..
duduk satu apartment kat shah alam,
pernah beberape kali.. tetiba muncul sekelompok darah kat lantai..
siang2 hari pon ade.. huishhh.. sungguh mengerikan...

sib baik duduk dlm 6 org.. takde laa takut sgt..:sengih:

nazerrul_za8
10-12-08, 11:18 AM
nenek aku bomoh gak..
dia ada masalah pasal 'kawan' ghaib dia..
abang el-lail ader cadangan x..??

fms
14-12-08, 10:57 PM
nenek aku bomoh gak..
dia ada masalah pasal 'kawan' ghaib dia..
abang el-lail ader cadangan x..??

ade bela ke??
buang laa..
bole jatuh syirik sbb bergantung kpd jin..ni jadi bomoh nak buat duit ke??
haram nnt..

bungaMelor
16-12-08, 03:14 PM
slm,sy org baru,xtau cmne nk letak quote.huhu..em gigi sy slalu berlaga time tdo,sy slalu mimpi diganggu ssuatu,ble sy bc ayat kursi,slalu berterabur ayt tu,wlupun diluar mmpi sy hafal ayt tu.pastu ble ngh tdo,slalu terjaga tbe2.adakah sy diganggu jin??

visz
18-12-08, 07:21 AM
surah jin.............atau doa nabi sulaiman...............innahu min sulaiman wainnahu min sulaiman....

salamun..a'la sulaiman,nafil,a'lamin ,,lebih afdal

PenditaGila
18-12-08, 07:50 AM
Menghairankan ada perkara yang disebabkan masalah lain dikaitkan dengan Jin. Ada penyakit yang disebabkan oleh darah dan penyakit dalaman. Tidak dinafikan ada gangguan makhluk halus pada anak cucu ADAM. Oleh sebab itu sebarang penyakit perlu di kesan melalui bacaan ayat AQ (ruqyah) untuk memastikan sama ada penyakit itu berpunca daripada jin atau tidak. Cara ini dapat mengelak daripada membuat sebarang andaian. Hati2lah....... Ada penyakit yang hampir sama dengan gangguan makhluk halus iaitu sihir. Maka ikutilah susur galur yang benar dalam perubatan yang betul dalam ajaran Islam.Mmmm............

fms
18-12-08, 11:33 AM
slm,sy org baru,xtau cmne nk letak quote.huhu..em gigi sy slalu berlaga time tdo,sy slalu mimpi diganggu ssuatu,ble sy bc ayat kursi,slalu berterabur ayt tu,wlupun diluar mmpi sy hafal ayt tu.pastu ble ngh tdo,slalu terjaga tbe2.adakah sy diganggu jin??

nak quote kan ke ade button quote kat bhgn posting..
mimpi camni mmg kene sihir laa..
klu susah nak nak baca ayat Qursi, azan je..sure berkesan..

el-lail
21-12-08, 09:24 AM
:salam:

Pada mereka yang bertanya kepada saya kemungkinan wujud gangguan pada dirinya, maaf saya tak quote satu-persatu. Saya simpulkan saja semua di dalam posting ini.

Menghairankan ada perkara yang disebabkan masalah lain dikaitkan dengan Jin. Ada penyakit yang disebabkan oleh darah dan penyakit dalaman. Tidak dinafikan ada gangguan makhluk halus pada anak cucu ADAM. Oleh sebab itu sebarang penyakit perlu di kesan melalui bacaan ayat AQ (ruqyah) untuk memastikan sama ada penyakit itu berpunca daripada jin atau tidak. Cara ini dapat mengelak daripada membuat sebarang andaian. Hati2lah....... Ada penyakit yang hampir sama dengan gangguan makhluk halus iaitu sihir. Maka ikutilah susur galur yang benar dalam perubatan yang betul dalam ajaran Islam.Mmmm............

Seperti yang pernah saya sebut dalam topik ini: Berat Jodoh dan kaitan Gangguan Jin @ Sihir Pemisah (http://www.bincang.net/forum/showthread.php?t=84012), kalau tanda-tanda yang disebutkan tu tak banyak dialami, cuma satu-dua tanda, tak perlu risau sangat ianya adalah gangguan jin / sihir. Cuba dapatkan rawatan di hospital / klinik.

Bagi mereka yang banyak tanda-tanda yang disebutkan, ada baiknya ubah gaya hidup..dekatkan diri kepada amalan sunnah dan banyakkan zikrulloh setiap hari, beberapa panduan ada di sediakan di dalam topik ini (Sila klik): Panduan Pagar Diri dari Sihir dan Ilmu Hitam (http://bincang.net/forum/showthread.php?p=1627068#post1627068)

Andai ingin dapatkan cara penyembuhan dengan bacaan-bacaan Al-Quran dan terapi zikir berpandukan hadith, boleh PM saya..insyaAlloh saya bantu setakat mampu.

Saya bukannya perawat, saya sekadar bawakan kepada rakan yang biasa membacakan ruqyah, kemudian kami minta pesakit sendiri meneruskan baca ruqyah-ruqyah yang dipilih selama sebulan hingga tiga bulan atau lebih, kemudian saya berikan panduan pagar diri mengikut sunnah yang kebanyakannya disebutkan dalam topik pagar diri yang saya sebut di atas.

Sama-sama kita ikhtiarkan dengan hikmah. :)

pablo_the_don
21-12-08, 09:39 AM
slm,sy org baru,xtau cmne nk letak quote.huhu..em gigi sy slalu berlaga time tdo,sy slalu mimpi diganggu ssuatu,ble sy bc ayat kursi,slalu berterabur ayt tu,wlupun diluar mmpi sy hafal ayt tu.pastu ble ngh tdo,slalu terjaga tbe2.adakah sy diganggu jin??

besar kemungkinan anda kena santau
cuba check kat stor.. ada tak cangkul?
cuba try gali tanah sekitar rumah
kot2 ada patung jembalang di tanam dek orang
ini barang takleh di ambil enteng

sila pasang kaset atau cd baca yaasin kat rumah

kalo kat kampong aku
kata orang tua2
satu cara kalo nak elak santau
pakai spender terbalik atau mandi songsang( dr kaki ke kepala)

btw..
buat masa ni
perbanyakkan solat dan baca quran:macho: