PDA

View Full Version : kurus tanpa sauna-solution :D



rio
23-03-07, 11:49 AM
aku tak sure topic ni dah ada ke belum...
banyak jugak la tips2 baru yg dapat aku tau! :hehe:
copy paste dari email.


CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN


1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada
kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian,

mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. MAKAN KERAP TAPI SEDIKIT

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. GULA-GULA GETAH

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. KURANGKAN MAJERIN/MENTEGA

Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. MINUMAN MASAM

Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. BUAH & SAYURAN

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. JANGAN TIMBANG BERAT SETIAP HARI

Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIH LEBIH BANYAK BIJIRIN & KACANG DLM PEMAKANAN

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SEDIAKAN DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. REBUS, PANGGANG, KUKUS

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. PILIH PIRING/PINGGAN RATA

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BERJALAN SELEPAS MAKAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. BERBELANJA UNTUK MEMASAK

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. KEMPISKAN PERUT

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. KURANGKAN GULA

Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

MUfanz
23-03-07, 11:54 AM
5 perkara pun payah manusia nk ikut......apatah lagi 24 rules

rio
23-03-07, 12:14 PM
aku rasa silap 'bilik' daa... mod tolong angkut pegi ke bilik petua/resipi sana! :hehe:


kalo sesuai gak kat sini takpe la... ;)

iemma
23-03-07, 12:17 PM
heh aku timbang berat hari2:d
x bleh ek

mangabra
23-03-07, 12:18 PM
Mak aiii....banyaknye...
ni kalau satu tertinggal...
alamat tak kurus lee....

kurma
23-03-07, 12:18 PM
aku rasa sesuai sbb ni topik kesihatan...

aku rasa kalau nak turunkan berat badan jgn timbang hari2..
tp once dah dpt berat ideal kenala timbang hari2 supaya nak make sure berat tak terlebih2 semula hehe..

SixShot
23-03-07, 12:30 PM
Err.. kalau fall deeply in love with a calon bini cun bergetah sexy pisau cukur social that work as PA for one macho punya eligible barchelor yang kaki perempuan tak jalan ke bro ?

chunli
23-03-07, 12:35 PM
:salam:

jgn makan nasik 3 bulan...

bleh?

.

rio
23-03-07, 12:36 PM
Err.. kalau fall deeply in love with a calon bini cun bergetah sexy pisau cukur social that work as PA for one macho punya eligible barchelor yang kaki perempuan tak jalan ke bro ?
ko maksudkan aku ke ni, dude!? hehe...

ye... aku dah kurus skang... 34-26-38! :cintanmau

keylady
29-03-07, 03:37 PM
dulu aku gemuk gilos........
masa masuk itm berat aku 71 kg..... mcm belon....
nak timbang pun malu.....

tp skang alhamdulillah dah kurus sket walaupun xmakan ubat kurus.....

tau camner aku buat????? hehe

mula2 masa praktikal hari2 jln kaki sejam sehari sbb tempat tu xder public transport..
peluh macam mandi...... pastu kadang2 terpaksa main kejar2 ngan anjing sbb tmpt aku lalu tu kawasan perumahan..menatang tu mngejar aku cabut r.... kalo ader heart attack dah lama aku goal!!!!!!!

pastu hari2 kene naik tangga 3 tingkat 2,3 kali sehari sbb bangunan tu xder lif...huhu

izhani
29-03-07, 04:09 PM
aku dgr plak org cakap......tgk rangka badan kite tau........kalau rangka jenis beso...mmgle akan gemuk..mkn ke tak mkn........
kalau rangka kering mcm aku ni....mknle byk manepun...kering gak..kalau naikpun tak berapalah......betui ka?

Adreen
29-03-07, 04:26 PM
wahh mcm besh neh
mekaceh mekacehh
kelemahan aku ialah aku tak menom air yg cukup
skang ni air masak pun aku geli nak menom, tingat air paip tu kaler camner
kira nak beli air mineral jer
tapi sebotol kecik pun dah singgit
haiyaa

MaszMelati
29-03-07, 04:32 PM
bahya tu adreen...kene minum air masak gak..

ada kawn kt opis ni..mmg xleh minum air masak lansung..
air manis je dia minum...
kdg² dia minum air masak letak sirap ,xde gula pon xpe..
asalkan air tu ada kaler....smp cmtu sekali ek....

Adreen
29-03-07, 04:35 PM
aku rasa air masak tak cedap hahaha
pastu kira nak terkenceng jer manjang haiyaaa
aku dok cuba2 la ni
kalau 3 liter air, dalam 6 botol air mineral kecik tu
aku rasa klu buleh cocok IV tu isik air dalam badan aku mcm besh gak kan

ViZieR
29-03-07, 04:46 PM
23. KEMPISKAN PERUT

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.
org rumah suruh beli aku takmo hahaha

spider
29-03-07, 11:49 PM
nak minum air masak 8 gelas sehari yang susah tu...hehehe...

azrida nani
29-03-07, 11:53 PM
fuh.. nak minum air 8 gelas sehari tu lah yang seksa tuu..:D
tak makan nasik takper lagi..
dulu zaman study.. aku la orang yang paling susah nak makan nasik..
kalau digandingkan antara nasi dan 'roti'... aku lebih tergila2 kan roti.. heheheheh...
sampaikan member2 aku cop muka aku 'roti gardenia'...
member2 umah lain plak.. kalau silap beli jem.. mesti depa dtg bagi kat aku.. lawak! masa tu memang kurus gilak!.. seminggu atau berminggu2 agaknya aku tak makan nasik selama 7 tahun!

tapi skarang.. ntah naper la..sejak pregnant.. dah besalin ni.. makin selera plak.. hehehe...mintak2la kesihatan terjaga..:D

tudung biru
30-03-07, 12:10 AM
minum air byk, byk kbaikannya
leh elak pnyakit

air suam.. bukan air manis

MUfanz
30-03-07, 12:20 AM
8 gelas = 3L atau 2 botol mineral besar kan.....

ermm....susah gak laa....

aku kalau tekak perit + bersin=tanda² nak selesema la....1 botol besar aku leh abiskan 10 minit jer.....terus tak jadi nk selesema

MaszMelati
30-03-07, 08:21 AM
fuh.. nak minum air 8 gelas sehari tu lah yang seksa tuu..:D
tak makan nasik takper lagi..
dulu zaman study.. aku la orang yang paling susah nak makan nasik..
kalau digandingkan antara nasi dan 'roti'... aku lebih tergila2 kan roti.. heheheheh...
sampaikan member2 aku cop muka aku 'roti gardenia'...
member2 umah lain plak.. kalau silap beli jem.. mesti depa dtg bagi kat aku.. lawak! masa tu memang kurus gilak!.. seminggu atau berminggu2 agaknya aku tak makan nasik selama 7 tahun!

tapi skarang.. ntah naper la..sejak pregnant.. dah besalin ni.. makin selera plak.. hehehe...mintak2la kesihatan terjaga..:D

masyallah..ni lg hebat xsuka mkn nasik..
7 thn xmkn nasik..??

aku pon suka roti nani.. aku x mkn snek, jajan..
tp aku makan nasik...1 ari x mkn nasik rs lain mcm....
air masak? kt opis ats meja aku ni botol mineral
aku sntiasa pnuh....mmg selalu g tndas..hehe
aku mmg jaga pemakanan & peminuman aku...:D
cewahh

Adreen
30-03-07, 09:10 AM
masyallah..ni lg hebat xsuka mkn nasik..
7 thn xmkn nasik..??

aku pon suka roti nani.. aku x mkn snek, jajan..
tp aku makan nasik...1 ari x mkn nasik rs lain mcm....
air masak? kt opis ats meja aku ni botol mineral
aku sntiasa pnuh....mmg selalu g tndas..hehe
aku mmg jaga pemakanan & peminuman aku...:D
cewahh

konfem!
ko laaahhh idola aku 'masz
aku nak tinggi dan selim mcm ko
tinggi tu susah sket aa
selim tu aku nak terai lah wahahaha
aku tadi gi beli 2 botol air mineral 1.5L
tapi pilih yg sejok tu taknak yg tak sejok wahahaha
ujung hari ni aku repot sama ada aku abis kurang2 sebotol air mineral tu
:gilos:

SixShot
30-03-07, 09:17 AM
minum bebanyak nanti buncit.. hehehe... aku don't think aku consume more then a liter of water a day... 1 mug pagi.. 1 gelas lunch.. 1 cup tea time.. 2 mug at nite.. hmm... bagi aku kalau nak kurus kena seimbangkan nutrition yang dimakan dengan aktiviti pembakaran lemak.. itu sahaja... control makan.. hmm.. takde laa.. cuma jangan makan ikut nafsu.. makan on time.. 3-4 times a day.. 1 serving at a time... no tambah tambah regardless of how the menus suit your tekak.. and NO JUNK FOOD.. NO CAKES.. NO ICE CREAM on whatever circumstances..

MaszMelati
30-03-07, 01:47 PM
konfem!
ko laaahhh idola aku 'masz
aku nak tinggi dan selim mcm ko
tinggi tu susah sket aa
selim tu aku nak terai lah wahahaha
aku tadi gi beli 2 botol air mineral 1.5L
tapi pilih yg sejok tu taknak yg tak sejok wahahaha
ujung hari ni aku repot sama ada aku abis kurang2 sebotol air mineral tu
:gilos:


uishh....jgnla jdkn aku sbgai idola..
ahaha...
aku pon xstabil lg ...berat ngn tinggi xseimbang..:D

air sjuk mmg xbagus..minum air suam je...
biorpon bukn pyanyi...kita kne jaga suara jugk..hehe

nana
30-03-07, 03:36 PM
tp aku makan nasik...1 ari x mkn nasik rs lain mcm....

owh, sama la. kalo tak mkn nasik rase semcm je :D depends la mkn time bile pg ke lunch or dinner at least sehari msti skali.

btw, me nak print kan benda alah ni utk akak.. dia tgh membesar bagai johan.. ekekekekekeke.. :gelaks:

MaszMelati
30-03-07, 03:51 PM
btw, me nak print kan benda alah ni utk akak.. dia tgh membesar bagai johan.. ekekekekekeke..

kakak tgh ngndung ek nana?jgn...biarla dia mbesar bgai johan..
selera tgh naik tu...
bia dia diet lps bersalin..:D

si nana ni bile la nk mbesr bgai johan??:D

SixShot
30-03-07, 05:20 PM
kakak awak membesar ?.. hehehe... bleh sms kutuk nih... err.. jap jap.. laki dia okeh ke with jokes haa wak ?

Adreen
30-03-07, 05:43 PM
minum bebanyak nanti buncit.. hehehe... aku don't think aku consume more then a liter of water a day... 1 mug pagi.. 1 gelas lunch.. 1 cup tea time.. 2 mug at nite.. hmm... bagi aku kalau nak kurus kena seimbangkan nutrition yang dimakan dengan aktiviti pembakaran lemak.. itu sahaja... control makan.. hmm.. takde laa.. cuma jangan makan ikut nafsu.. makan on time.. 3-4 times a day.. 1 serving at a time... no tambah tambah regardless of how the menus suit your tekak.. and NO JUNK FOOD.. NO CAKES.. NO ICE CREAM on whatever circumstances..

huh laki senang ler cakap
metabolisma tinggi sket, makan mcm dinosor pun tak membesar
paling2 pun dari perot 6 petak tinggal 1 petak (boroi ler tu)

CupidOfLuv
30-03-07, 07:10 PM
NO JUNK FOOD.. NO CAKES.. NO ICE CREAM ?? :giler:
OMG, I can't live without...

huhu~

emy
30-03-07, 07:21 PM
aku skang dlm proses diet selepas kena tegur org beberapa org yg muka aku dah bolat, lengan dah beso, peha dah besar, pewut dan boncit..

pagi aku makan sandwich...kadang2 makan tose..betik sepotong..kadang2 pau..

tengahari makan nasi 1/2 cawan ngan ikan sekor,ayam & sayur..air limau suam kurang manis..

before 8pm aku makan roti 2 keping..kengkadang makan sup ayam..

tak lupa setiap hari aku jogging..di selangseli main squash n swimming..

wish me luck geng!

CupidOfLuv
30-03-07, 07:34 PM
wahh.. nekadnya emy.. syoqnya aku tengok
kawan² kampeni aku ni pon dok tego aku maken "bolat" aiseh~

:gilos:

Adreen
01-04-07, 01:26 AM
haiyaa
yg kecik kenit naik sekilo dua pon dah panik
klu naik macam aku ni konpem ada yg kene depression, nervous breakdown, masuk spital bahagia, bule kawan dengan haywire etcetc blablabla
seb baik aku hepi jer lagi walaupun bersaiz bak mak dinosor
susah ati gak sebenarnya tapi buat2 hepi jer :gilos:

//ila, baju yg ko tgk aku pakai masa ko jumpe aku duluk dah tak muat wahahahaa

tudung biru
01-04-07, 09:43 AM
^ adreen
sori nak off topik
fir tgk ko xdela gemuk.. biasa je (bukan bodek eh)
kalau ckp byk kali gemok, karang bebtul gemok gedempol karang!!!
ada fir tgk lg la gemokkk
bukan nak ejek, tp igtkan cntik sgt
sbb yoyo mcm la ok sgt

yg tak gemok mgaku gemok
yg mmg gemok tp xnak mgaku
lg cite mcm la lawa sgt
ahahahaha

eh minum air suam mmg bebnyak susah
tp percayalah byk kebaikkan
lelebih lagi yg keje dlm aircond
kulit cepat kering

mnajem
01-04-07, 09:44 AM
kalo gemuk satu hal.
tapi kalo boroi.

macam na nak kempiskan perut yang boroi.

emy
01-04-07, 10:13 AM
tp susah oooo nak amalkan diet secara sihat ni...
kalau takde disiplin..memang la out..
dah la sekeliling makanan...memang takleh tahan punyer..

ingat pagi td nak jogging kat titiwangsa...ha...tak jadi...

susah woooo...................... :gilos:
ni tak tau la jadik ke tak aku nak turunkan berat menjadi berat ideal..

CupidOfLuv
01-04-07, 04:26 PM
//ila, baju yg ko tgk aku pakai masa ko jumpe aku duluk dah tak muat wahahahaa

aiseh~ baju itam tuh? :gilos:

//kuden, baju yg aku jumpa ko arituh.. still muat.. tp sendat... wahahhahaa
mak aku pon dok tego.. smua baju kebaya aku dr kebaya longgar..
dah jadik kebaya sendat.. ahahaaa...

//kuden, jom diet :gelaks: haha..

MUfanz
01-04-07, 05:05 PM
anak dara BDN sekalian...jgn la membolatkan perut anda sblm waktunyerr......

:D:D

zantedeschia
01-04-07, 05:36 PM
kebanyakan petua tu memang dah jadi habit aku,mungkin sebab tu berat badan senang nak
maintain....part aku paling suka buat minum air kosong 8 gelas sehari sometimes more than that
dengan makan sayur dan buah-buahan...alhamdullilah berat badan masih bawah 50kg :D
walaupun sebenarnya aku memang tak pernah miss makan nasi 2 kali sehari
satu jer kena tukar habit makan laju ni sebab dok asrama la ni kecik2 dulu kena rush selalu
tu yang makan pun macam katun :gilos:

MaszMelati
06-04-07, 09:01 AM
kalo gemuk satu hal.
tapi kalo boroi.

macam na nak kempiskan perut yang boroi.


senaman sit up..bgn duk..bgn duk tu..
aku bt sit up..bila baring..nk naik xboleČ..hehe

berat aku dh kmbali sedia kala...mcm zmn anak dara dlu...
ini buknla berita mgmbirakan bg aku...
sb aku nk berisi skit..apaleh bt..dh mmg susah nk naik..
dpt merasa berat yg ideal ngn tinggi..cuma 2 bln lps bersalin...
lps tu turun balik...letih jg anak kcik kot...

nk kurus?- JGN makam lewat mlm...no junk food...
ice cream sekali sekala bole...
ms ngndung doc mmg suruh aku mkn aiskrim..bgus katanya..
tp aiskrim mhl sikit...bukan yg aiskrim malaysia 10sen 1 tu:D

balloon
06-04-07, 05:12 PM
mau kurus mesti ada banya minum ayer suam juga..

pasal ayer suam ada buang itu lemak
nanti purut ada kici, ada sinang mau kirija.. summa sinang

sicara tiyori, summa makanan misti ada enough exercise, coz kalu tara cukup exercise, nanti itu makanan ada jadi limak juga..

purut ada boroi banya sinang mau ilang. pakai itu kitat punya baju.

kalu purut 40, pakai suluar saiz 30.. nanti lama-lama bole kici la

mau tinggi ka?

saya punya kawan ada tanya sama itu sengse punya tabip. itu tabip ada cakap, cina punya worang ada ubek mau bagi tinggi punya.

makan saja nanti lama2 bole tinggi ini macam. ayoyo:bunga: