PDA

View Full Version : TAKZIAH PADA KELUARGA MANGSA TERBARU NURI



Camar98
18-07-07, 01:53 AM
Saya mengucapkan takziah kepada keluarga keenam-enam anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam nahas pesawat helikopter Nuri di Genting Sempah.

Saya Juga mendoakan semoga roh mereka yang terkorban itu akan ditempatkan oleh Allah SWT di kalangan mereka yang soleh.

Al Fatihah untuk arwah Anggota Nuri.

norf
18-07-07, 07:52 AM
Sebagai isteri seorang tentera,

norf cukup sedih dengar berita macam ni

Takziah buat keluarga anggota terbabit...

Al-Fatihah

MakcikCleaner
18-07-07, 08:01 AM
takziah untuk family mangsa nahas.. :(

honey_luv_b
18-07-07, 08:45 AM
Sebagai isteri seorang tentera,

norf cukup sedih dengar berita macam ni

Takziah buat keluarga anggota terbabit...

Al-Fatihah

me too..sedey sangat...takziah..moga allah mencucuri rahmat ke atas allahyarham & allahyarhamah..amin..

pada kuarge mangsa...banyakkan bersabar..merekalaha wira negara..

izhani
18-07-07, 08:47 AM
takziah......huh..moga roh dicucuri rahmat...Al-Fatihah....

kuya
18-07-07, 08:59 AM
al-fatihah untuk semua pejuang negara yg terkorban dalam nahas tersebut.

tudung biru
18-07-07, 09:10 AM
smlm masa tgk buletin utama, rasa sedih sgt smpai bergenang airmata.. part paling sedih bila tgk ayah salah seorang mangsa takleh nak ckp.. then ada mak dorang sakit jantung.. so kna rahsiakan kematian ni buat smntara sbb tggu masa sesuai nak bgtau...bila mak tu tnya kat jiran ke sedara dia..lupa laks.. mak tu ckp...

anak aku takde apa-apa kan? cuma patah-patah je kan?

sedih laaaaaaaaaaaaaaa.....

pastu najib leh ckp, takleh nak hentikan perkhidmatan nuri ni serta merta sbb jd pengangkutan utama... cet

takziah dan al-fatihah buat smua

:(

SixShot
18-07-07, 09:26 AM
Tiap tiap yg hidup pasati merasai mati... redhakanlah pemergian mereka.. tak perlulah sensasikan or politikkan punca kematian mereka (as seen on TV) last nite...

acik_niezza
18-07-07, 09:31 AM
aku ada kawan kerja kat TUDM nie..dia pun bekerjasama dlm usaha mencari tu..kenkawan dia gak tuu..

dia pun sedih bila bercerita ngan aku..aku pesan kat dia toooolong la jangan naik nuri lagi... naik beskal ke, lori ayam ke, prebet sapu ke...MIG ngan Hornet tu mmg dah biasa la kan, but not nuri. gelak kecik aje la dia...

takziah buat keluarga mangsa..
al-fatihah

sweethoney
18-07-07, 09:36 AM
takziah dan al fatihah kepada keluarga dan anggota terbabit..moga roh mereka dicucuri rahmat...mereka wira negara

Mitsui
18-07-07, 09:57 AM
wira negara yang gugur sebelum sempat pergi perang.. ..

hanya dari kesilapan tangan2 kita sendiri.. ..
yg tu sebenarnya yg membuatkan kita bertambah sedih.. :(

ai
18-07-07, 10:03 AM
takziah utk keluarga mangsa...dr Allah kite dtg,pd Dia jugak kite kembali.. smoga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yg beriman...

Al-fatihah...

xyhie
18-07-07, 10:28 AM
wira negara yang gugur sebelum sempat pergi perang.. ..

hanya dari kesilapan tangan2 kita sendiri.. ..
yg tu sebenarnya yg membuatkan kita bertambah sedih.. :(

tis make me regret sesangat....reallly felt down....bukan tk meredhai pemergian..bukan tk merelai kematian....but tis...:cedih:

CupidOfLuv
18-07-07, 10:33 AM
sebak tak terkira, sepanjang mengenali syikin
syikin orgnya manja.. softspoken.. disebalik kelembutan, jiwanya bersemangat waja
itu yg mendorong dia join TUDM

hmm.. :( nak tulis bebanyak pon.. sebak sgt rasa..

pada smua yg terlibat dengan nahas.. Al-Fatihah..
Takziah

QDING
18-07-07, 10:52 AM
takziah kepada keluarga mangsa....
tapi terkilan sikit, alasan kejadian cuaca buruk...
ingatkan pasal helikopter buruk...
bayangkan Nuri mula dugunakan pada 1968... dah hampir 40 thn...
dah 18 buah nahas melibatkan Nuri...
tinggal 20 buah lagi...
kalau kapal selam boleh beli takan helikopter yg byk kegunaan tak boleh beli baru....
sorry , emosi skit...terbayang mcmana keadaan diorg masa terhempas...

honey_luv_b
18-07-07, 10:58 AM
sebak tak terkira, sepanjang mengenali syikin
syikin orgnya manja.. softspoken.. disebalik kelembutan, jiwanya bersemangat waja
itu yg mendorong dia join TUDM

hmm.. :( nak tulis bebanyak pon.. sebak sgt rasa..

pada smua yg terlibat dengan nahas.. Al-Fatihah..
Takziah

kak dila,member eh?
dia org taman desa murni kan?

grimlock
18-07-07, 11:01 AM
mmg la boleh la nk salahkan nuri sbb lama..tp walaupun nuri tu lama tp few years back baru upgrade apa yang patut...even us coast guard pun pakai lagi nuri tu...so bg aku nuri ok

kalo nk haramkan nuri sbb kemalangan camni then kita kena haramkan sama la trak askar..coz askar lagi ramai mati eksiden trak dari air crash...

tp aku rasa mmg gomen mmg ada plan nk beli helikopter lain cuma bajer utk TUDM aku rasa dh pegi ke Sukhoi...

pahal pun aku salute suma askar...alfatihah utk yg terkorban

mohdaliffnajmi
18-07-07, 11:01 AM
aku masih terbayangkan muka tak bersalah datuk najib.
selamba jer buat statement..
dahlah baham pitis ratusan juta beli besi buruk!!
beli jet peribadi PM..tak beli yang setaraf ngan nuri pulak.

dreamloard...
aku tak percaya ko boleh cakap..dalam keadaan begini tak perlu dipolitikkan...
ko tahu tak...benda nie...kalo dah awal2 tak dipolitikkan...tragedi nie takkan berlaku!! kapal selam yang kerajaan kita beli tue..ko ingat selamatker?? dengan cara rasuah pulak tue...

aku tak fikir selamat...

oh yer...aku terlupa. ko sensitif pasal politik nie!!
aku tak tahulah kenaper...
kematian tak boleh dipolitikkan?? betul..
tapi bukan kematian yang aku hightlight...

bersepah orang macam ko aku jumpa kat luar sana nun.

Mitsui
18-07-07, 12:23 PM
mmg la boleh la nk salahkan nuri sbb lama..tp walaupun nuri tu lama tp few years back baru upgrade apa yang patut...even us coast guard pun pakai lagi nuri tu...so bg aku nuri ok

yess.. nuri tu mmg ok lagi.. masih boleh lagi di pakai.. dah banyak sangat jasa.. takyah tukar pun takper.. boleh jer pakai nuri tue..
tapi kita suma bleh agak dah.. kalau keter yg umur sama dengan nuri tu pun belum tentu kita bleh dapat sparepart yang sebaiknya untuk kereta kita.. inikan pula heli..

tapi aku rasa laa.. mindef mmg nak beli helli baru.. tapi adviser atau consultant tengah hadap menda lagi besar.. hahah.. pasal tu tak minister tak dapat nak kasi kata putus kut.. :D

PrettyLux
18-07-07, 12:55 PM
apa yg aku buley kata..perjanjian dh sampai
esok lusa,mana tau..ntah2 kita pula

alfatihah...

SixShot
18-07-07, 01:52 PM
Update..

aku just lalu depan padang bola HKL (hospital bersalin).. nampak org ramai berkumpul tepi jalan tun razak hingga menyesakkan lalulintas.. dalam hati aku berkata "DIAORG NI TAK PERNAH TENGOK/ZIARAH ORG MATI KE ?".. let bygone be bygone.. dah janji diorg mati camtu.. kita blom tahu lagi...

ekod
18-07-07, 02:28 PM
aku pun baru lalu tadi kat jln tun razak tepi hkl...w/pun tensen jem sesak...dlm hati aku bangga jugak at least ada rakyat Malaysia yg prihatin kepada wira negara yg gugur ketika menjalankan tugas w/pun bukan berperang....

ncik mat
18-07-07, 05:23 PM
dlm nih utk ucapan takziah jer kan? xyah la sebut pasaipa gomen pakai lg nuri walaupon dh hampir 40 thn berkhidmat utk TUDM.... kalo blh bukak topik laen...:)

takziah utk semua keluarga pilot n aircrew nuri yg terkorban.....

tenno01
18-07-07, 05:47 PM
aku tumpang simpati sangat kat keluarga mangsa...yelah bila kematian famili member akibat eksiden, bukan macam meninggal kat hospital, kita tengok semalam ok, tau2 harini keluar news....

ada sorang x-askar penah bercerita kat aku pengalaman dia naik heli, hampir2 terhempas kat tengah2 laut...time dia cerita tu, memang ngeri betul aku rasa, especially bila dia describe perasaan dia masa heli tu dah nak cecah laut...

syakuntala
18-07-07, 06:19 PM
alfatihah buat wira2 negara kita...
semoga keluarga mereka tabah menghadapinya....

ekod
18-07-07, 08:28 PM
dlm buletin utama dlm mesyuarat kabinet... najib kata nuri akan diganti dan telah memaklumkan keputusan itu kepada PM yg sedang bercuti...aik...cuti lg PM kite ni....

tudung biru
18-07-07, 09:47 PM
td tgk berita, mayat pilot tu still dlm nuri..
3 dah dianta ke tmpat masing-masing...

2 lagi.. nak dibawa kuar melalui knderaan darat sbb cuaca buruk tak izinkan bwa kuar melalui pgangkutan udara

satu lagi, still dlm nuri tu... hrpnya skg dah kuar...

kesian..

eh, pak lah hanimun lagi eh?

sawi
18-07-07, 11:47 PM
paklah kan suka ronda2 dunia..sana sini..lawat situ sini... ahaks...

semalam 17julai, 8pm bulletin utama... sesi temuramah wartawan dgn najib tak pasti la petang dlm pukul brp... dgn bangga najib bgtau punca nahas adalah cuaca buruk...

sedangkan ketika itu usahkan bangkai heli nuri...mangsa dlm heli tu pun blm dpt dikeluarkan, yg mana pakar2 blm dpt sampai ke sana... begitu cepat rumusan ttg punca nahas dibuat... tanpa ada butiran technical...siasatan terperinci...

alasan sejak dulu... kan elok kalau kata, kita akan siasat punca sebenar nahas setelah siasatan terperinci dilakukan setelah mayat dibedah siasat, bangkai pesawat di analisa... kan lebih profesional...

murah sgt ke nyawa askar kita hah... sambil tersenyum je menteri rumuskan alasan nahas berlaku...

*al-Fatihah utk mangsa...dan didoakan moga keluarga mangsa tabah serta redha dgn apa yg terjadi.

tudung biru
18-07-07, 11:52 PM
baru teringat. kat buletin utama td dorang siarkan email dr seseorg. org tu kalau tak silap askar gaks.

dia ckp cmni lebih kurang

setiapkali ada yg terkorban, hati saya menjerit. jangan salahkan cuaca buruk sdgkan nuri tu mmg dah tua dan buruk. hrp jgn guna nuri lagi

mcmtu la lebih kurang. mybe pkcik ni pernah naik nuri dan tahu betapa teruknya nuri ni

sekian, tu je

ncik mat
18-07-07, 11:57 PM
dlm nih utk ucapan takziah jer kan? xyah la sebut pasaipa gomen pakai lg nuri walaupon dh hampir 40 thn berkhidmat utk TUDM.... kalo blh bukak topik laen...

aku rase x perlu aku ulang penyataan aku kt atas.... :)
tp aku paste skali lg.....

doremon
19-07-07, 10:10 AM
takziah.. banyak banyak bersabar untuk keluarga dan kenalan mereka..

se7en
19-07-07, 10:18 AM
dlm buletin utama dlm mesyuarat kabinet... najib kata nuri akan diganti dan telah memaklumkan keputusan itu kepada PM yg sedang bercuti...aik...cuti lg PM kite ni....
dia cuti tahunan byk..lgpun penat pikir ttg kenaikan barangan lepas nie:p

TUAKBLUES
19-07-07, 09:10 PM
Al-fatihah untuk semua mangsa... semoga mereka diletakkan didalam golongan Syahid

masa aku training dulu salah satu ayat dalam doa bila berbaris pagi - "Ya Allah, jika ditakdirkan mati, maka matikanlah kami sebagai pejuang agama Mu" amin...

petang tadi aku ada ikut mengiringi jenazah asyikien.. semua nya sudah selamat dan selesai.. alhamdulillah...

Camar98
19-07-07, 10:12 PM
Sebagai rakyat yang cintakan keamaanan mari kita renungkan fakta berikut, adakah dasar yang perlu dipersalahkan atau perlaksanaan?

1969 Nuri terhempas di Sarawak. 4 anggota TUDM terkorban

1976 Nuri ditembak pengganas komunis dan terhempas di Gubir, Kedah. 11 anggota tentera terbunuh.

1980 Beberapa kejadian Nuri terhempas dilaporkan di Perak. Tiada yang terkorban.

1981 Nuri terhempas di Kuching. 2 anggota TUDM terkorban, 13 yang lain cedera.

1981 Nuri terhempas di Batu Melintang, Perak. 4 anggota TUDM cedera.

1989 Nuri terhempas antara Gunung Gerah dan Gunung Bilah di sempadan Kelantan - Perak. 21 orang terkorban.

1989 Nuri mendarat cemas di Felda Sendayan, Seremban. Tiada kecederaan dilaporkan.

1989 Nuri terhempas di Lundu, Sarawak. 16 anggota tentera terkorban.

1996 Nuri terhempas ke dalam laut berdekatan Muka Head, Pulau Pinang. 2 juruterbang terkorban, 3 anggota TUDM hilang.

1997 2 helikopter Nuri terhempas selang beberapa minit di Sipitang, Sabah. 8 anggota tentera terkorban.

2004 Nuri terhempas di Butterworth. 2 anggota TUDM terkorban, 1 orang cedera.

2004 Nuri terhempas di pergunungan Long Seridan, Sarawak. 3 anngota TUDM terkorban, 7 cedera.

2006 Nuri mendarat cemas di sebuah kawasan lapang di Kuala Sedaka. - mks

2007 - yang Terbaru - 6 terkorban

farranuralisa
19-07-07, 11:18 PM
alfatihah.. semoga roh mereka dicucuri rahmat
takziah jugak untuk keluarga mangsa

sub_zero
20-07-07, 12:16 PM
Al Fatihah untuk arwah Anggota Nuri
xpayah naik nuri lg senang..
sewala helli mane2 kalu nak travel..
kreta kalu 40 tahun pakai pun gear, stereng brek & lain2 dah byk kali gelong..
kalu helli 40 tahun..takkan xde gelong ape2..
kalu sebijik rm50k..10 baru rm500k..

paNavia
20-07-07, 02:11 PM
takziah utk keluarga mangsa..
Al-Fatihah...

se7en
21-07-07, 11:07 AM
paper ari nie baru ade cadangan nak buat alamat pengesanan dkt bdn pesawat TUDM...selepas byk nyawa terkorban:D

Mitsui
21-07-07, 11:38 AM
alasannya munasabah jugak...
sebelum ni tak pasang pasal tak praktikal ketika perang.. bahaya... enemy leh detect...

se7en
21-07-07, 01:32 PM
gps dorg xbg ke pada staff yang bertugas?

sp3d2
21-07-07, 01:32 PM
nyawa anggota tentera lebih bernilai dari helikopter buruk ini. da sampai masanya kerajaan menghentikan pengunaan Nuri...

kopi54
21-07-07, 04:29 PM
Aku tak tau kenapa. Masa first paper laporkan pasal crash ni, and letak gambar capt nor intan yang dia tengah berjalan sambil senyum, sayu sangat. Bila dah keluar news memang semua meninggal, aku jadi sayu. Sampai nanges.

Takziah buat semua keluarga mangsa.

Dan, berenti la guna Nuri...carik la lang ka, cenderawasih ka...apa ka...sukhoi n sub marin leh bli..bli hat len la plak ganti nuri.

Ain _syaoran
27-07-07, 01:46 AM
:masam: Shayer dah tengok gambar mangsa nahas di tempat kejadian...sedey :masam:

semoga Allah merahmati roh mereka...