PDA

View Full Version : [Kena Tipu Kontraktor] Renovation Rumah



cikgu-bakax
19-07-07, 12:17 PM
Aku dah kena tipu la.Begini aku dijanjikan sebutharga untuk kos pembesaran dapox rumah berkembar satu tingkat aku sebanyak DUA PULUH TUJUH RIBU RINGGIT MALAYSIA (RM 27,000.00) seperti yang tertera dalam sebutharga daripada pihak kontraktor terbabit.Tarikh akhir penyerahan rumah adalah pada 15 Julai 2007 dan aku telah membayar kesemua RM 27,000,00 memandangkan syarikat ni adalah syarikat member2 aku.

Bila dah selesai bayar rumah aku pintu,tingkap2,mangkok jamban,plumbing,kerja2 finishing semua masih belum selesai.
Sebaliknya kontraktor terbabit meminta tambahan RM5,800.00 lagi bayaran tambahan tak dijangka untuk menampung kos projek.Dan aku diberitahu perkara ni pada15 Julai 2007 tarikh akhir penyerahan.Dan kalau ditambah RM 5,800.00 pun masih tak cukup kerana aku perlu bayar kerja2 upah tiles sebanyak RM 1200.00 pada pekerja thailand dan kos untuk pintu sliding dapor sebanyak RM 1000.00.

Dah la semalam tokei upah pasang tiles (taikun thailand) tunggu depan rumah aku sampai pukui 9 malam semata-mata nak minta duit upah pasang tiles (sebaliknya itu termaktub dlam perjanjian asal).

Aku rasa aku betul2 tertipu.Teraniayai.Bini aku pun nangis2.
Hadoi.

Apa aku nak buat dengan kontraktor ****** nak mampos ni.
Kontraktor tu macam ugut aku pulak tak nak angkat sampah sarap depan rumah2 jiran aku kerana dia rugi dengan projek aku.

Kontraktor tu pulak mmg orgnya gah tinggal di kawasan elit ,kawan-kawan setiausaha kuat menteri besar kedah,aktif dalam pemuda UMNO dan aku percaya dia banyak kawan kaki2 pukul UMNO (Gengster Politik).

Apa aku nak buat skrg?.Kawan2...Aku tgh pening ni...
Start daripada krisis 15 Julai 2007 tu skrg aku sentiasa tidur dgn pedang samurai di tepi.

Aku terkejut gilababi punya.Dan aku istihar perang kepada kontraktor terbabit mulai hari ini.

MaszMelati
19-07-07, 12:44 PM
marah betul nampaknya..
sabar..sabar..
ermm...kalo kita bt surat pjanjian ngn lawyer..(antra cikgu ngn kontraktor)
ada black n white...aku pon x paham sgt bab ni..
xleh leh ke?w/cmne pon..msti siapkan juga..mgikut
jumlah harga yg kita bagi...kalo anything happen..kita leh sman diorg..xbole ke gitu..?

siap ada pedang samurai tu...eiii takut...:D

Dd
19-07-07, 01:04 PM
Leceh nye kes mcm ni. Aku masa buat renovation bilik air semua tu...tak pakai contractor besar...pasal takut leceh. Aku cari yg biasa2...yg kadang2 kontraktor besar guna kadang. Tak mahal. Kalau jadi mcm ni tatau la...bleh ke report mana2? Sape tu hah kontraktor ni...kat kedah sama aku ni...kot2 leh tau...leh la aku berjaga2

sothye
19-07-07, 01:29 PM
hal2 renovate ni leh repot kat tribunal tak?

fareast262
19-07-07, 01:49 PM
erm walauopon aku tak berpengalman dlm bidang nih...
tp aku simpati kat ko....
mgkin ni ujian yang patut ko trima...
walau ape pon....
ko report je kat tribunal tue......
atau pon kat syrikat kontracktor malayu......
sure ade tindakan rasmi di ambil....tp kner ade bukti yg kukuh la...


p/s; klu dia byk kaki pukul, ko pm jerk aku....insyallah kaki pukul aku cawangan sg. petani dtng...

SixShot
19-07-07, 02:05 PM
adukan kat polis ?.. and TV3...

Mitsui
19-07-07, 04:19 PM
erks...

buat full payment sebelum tengok hasil kerja punya kes ke ni..??

cikgu-bakax
19-07-07, 06:07 PM
Aku pun silap sbnrnya aku settle habis pada 15 julai 2007 sebab dia kata dia nak settle minggu ni,tapi hampeh..dia cabut lari suruh aku berakk dalam lubang pvc.

mangkuk jamban,tingkap,pintu dia tak hantar.
percaya member2 la ni.

Aku ditipu.Dan dia juga minta tambahan RM 5800.00 lagi utk kos finishing seolah-olah kalau aku bayar RM 5800.00 tu mangkuk jamban aku dll akan sampai.

Sampai skrg sampah depan rumah aku belum settle.jiran2 dah marah kat aku.

Aku istihar perang dgn dia.

zarif
19-07-07, 10:09 PM
Kesian la kt ko cik bakax, dulu pun bpk aku kena cam ko gak, konon2 murah la, tp keje xkemas, nak dtg suka hati, pastu esok kata nak dtg, nak kemaskan lg pemasanagn pintu, dia dah mintak baki payment, tp tunggu2 besok xsampai gak, terus cabut. Kontraktor cilakak macam nih xpatut jd kontraktor menyusahkan pengguna je. Apa2pun aku simpti ngan nasib ko. Report kt tribunal pengguna.

ChEf_N|3aM
20-07-07, 08:41 AM
umah aku habis.. renovate nak dekat harga keta ... tapi hasil keja ntah pape... lepas tu banyak benda x siapkan... barang2 dia pon kualiti murah... kontraktor lari...

chatid
20-07-07, 09:22 AM
aku punya style, aku ambik member kampung aku sendiri, tapi payment aku bayar ikut kerja. siap satu bayar satu. Pastu barang2 aku beli sendiri, mana yg aku ada masa la. Walaupun lari dari budget asal, tapi aku puas hati.

Contoh kalau ada kerja yg tak kemas (contoh dia pasang tiles bilik air pastu tempat letak sabun tu pecah), aku takkan bayar kalau dia tak ganti & pasang benda tu.

Walaupun kawan Cikgu jangan bagi muka, kalau dah hal duit adik beradik pun berperang.

-Pokoknya Hepi Pak!-

fareast262
20-07-07, 09:30 AM
erm....
perngajaran kpda semua.....
sesiapa yang mahu sambung umah tue,klu nak selamat jgn bayar full payment.....bayar ansuran 3 or 5 kali....smbil tue mintak signature biler dah byr....nnt buat2 luper pulak kontractor tue.....so becarefull ya....

a_creep
20-07-07, 10:05 AM
takde bt surat perjanjian ke...?
kalau citer mulut je...tu yg susah bila jadi kes mcm ni...

cikgu-bakax
21-07-07, 03:15 AM
Ni masalah aku yg mengganggu betul kareer aku semenjak seminggu yang lalu.KJontrator dah tak nampak muka semnjak aku refuse tutntutan tambahannya yg berjumlah RM6K atau mungkin lebih.Skrg rumah aku lompong..Dia pun dah lari.cuma org upahan dia saja mai ambik brgn2 kontrak dia secara sembunyi2 sewaktu aku dgn bini aku pi kerja.Haduh..aku dah pening.rumah pintu tingkap,mangkuk jamban tarak.upah pasang tiles pun aku...Jiran2 dah bengang sangat dgn sampah merbahaya mereka di hadapan rumah.Akju dah tension melainkan esok pepagi aku cari kontraktor lain settle sampah dia.hadus...pening aku.

Aku rasa mcm dia ugut aku sbb aku protes tuntutan tambahannya.Ni kisah percaya member2 la ni.

Aku dapat risik maklumat daripada abg dia tadi.Deposit RM5000.00 yg aku bagi kat dia, dia bayar pinjaman kereta dia dan roadtax kereta dia yang dah mati beberapa bulan.

Sbnrnya aku ingat member aku ni kaya.Rumah dia mmg la nilai hampir2 RM200,000.00 yang terletak di Bandar Darulaman Kedah kawasan elit di utara.Mulut manis betul, baik betul orgnya.Insyaallah..insyaallah. tapi hadus..bikin pening ini org.

Aku kalau nak gados boleh tapi member aku ni di belakangnya org-org kuat politik dan abang dia polis pulak tu.Kengkawan dia keliling pinggang.Kalau aku buat hal gertak2 dia,aku rasa dia tarak masalah nak hantar samseng pukoi aku.Aku pulak risau family aku.

Skrg ni tengah perang.Member aku siap boleh support suruh aku hantar samurai-samurai je bagi sikit pengajaran.

Tapi yang pertama aku kena report polis.

Mitsui
21-07-07, 09:56 AM
aku saja jer nak menerjah.. .. :D

cerita ko ni ada part lain lagi yg tertinggalkan.. ..??

sawi
21-07-07, 03:48 PM
rasanya tak dapat nak buat apa...
selalunya org bayar deposit...then kontraktor buat kerja, siap baru full settlement...

buat projek juta2 pun jarang org bayar full payment selagi kerja tak siap.. sebelah ofis aku hri buat buat bangunan rm1.5juta, bayar deposit utk buat pembelian barang2 dulu, then dah siap bayar lagi separuh...tp tak full.. kontraktor bagi warranty, then baru bayar habis.

akibat kalau terus bayar full, jadi mcm ni la, kontraktor tak beli barang, kerja tak siapkan..hancus...

ramai dah kena mcm ni... peringatan utk yg lain2..

xyhie
23-07-07, 01:25 PM
aku punya style, aku ambik member kampung aku sendiri, tapi payment aku bayar ikut kerja. siap satu bayar satu. Pastu barang2 aku beli sendiri, mana yg aku ada masa la. Walaupun lari dari budget asal, tapi aku puas hati.

Contoh kalau ada kerja yg tak kemas (contoh dia pasang tiles bilik air pastu tempat letak sabun tu pecah), aku takkan bayar kalau dia tak ganti & pasang benda tu.



ada solution lain tak cemana nk cari/urus kontraktor utk renovate2 rmh nie?
dlm proses nk renovate la ni
tp empty sgt pasal pengurusan
mati la ako kalo kene cam ckgu bakax nie

cikgu-bakax
24-07-07, 10:21 AM
Sebenarnya aku pilih member aku jadi kontraktor sebab background dia civil engineering dan adik dia pulak yg jaga site adalah arkitek,rumah depa dekat pulak dengan rumah aku.Ingat kot..member2 ni ok.

Rupa-rupanya PELAHAP.

MaszMelati
24-07-07, 10:38 AM
pgalaman cikgu ni..aku pernah rasa along taim ago.....
bkn akula..my parents...tempiasnya anak²nya ingt lg la..:D
5 kali tukar kontraktor bt umah..
Kesnya buknla renovate umah..ni nk bt umah..
parents aku bt ats tanah sndri..Nak membina umahla ni citenya..

Dr aku sek ting 1...hinggala aku abis SPM..baru dpt masuk
umah baru..bygknla 5 thn mnunggu umah siap..ishhh..
mcm² kerenah...bg duit..xbuat kje..bg duit..pastu lari..
kne tipu..mcm²la....mmg azab..nk mgumpul duit lg..
ingt sng agaknya nk cr duit....cian ayah aku..
X salah aku kontktornya melayu..las² ayah aku pilih cina..
kjp je siap...tp mahalnya..klo dr awal pilh cine tukan bgus..
Alsannya sama...sb pilih kwn...pcaya lbh kt kwn...

Tu pon smp skrg ada je kerosakn kt umah..ada bocor sna
sni..sb cina tu mymbung kje yg lom siap oleh
kontrktr melayu tu je..
Ada duit lbh..bru ayh aku betulkn skit²...kalo bt sekaligus..
matilakan....

Perit mmg perit..aku ingt lg ayh aku berusaha jgk siapkn
umh tu utk kuarge dia..xkan nk biarkan je..btul x..
Cikgu...pelan²...kumpul skit²...cari kontrktor betul²..
kalo x takut kjadian berulang kembali...

jhana
25-07-07, 03:08 AM
memang tersangat betul la apa yg dicakap oleh maszmelati.pengalaman dari parents aku jugak.buat rumah 3 kontraktor.last sekali pakai kontraktor cina yg siapkan.

mula2 pakai melayu sbb kawan2,anak angkatlah dan harga renovation cuma 45k berbanding dgn cina 60 ribu.tapi simelayu ni asyik2 mintak tambah duit sampai dah dekat 60 ribu lebih.tapi yg sedihnya tu banyak tak siap lagi.byangkanlah esoknya nak raya,dapur tak de pintu dan tingkap.jadi elok je lah raya tu memang jadi betul2 punya rumah terbuka.

last2 panggil kontraktor cina 3 hari siap kena tambah lagi 10ribu pasal nak repair kerosakkan kontraktor yg dulu buat.kena pecahkan tile lantai semula sbb paip bocor dll.asalnya nak jimat,last2 kena tambah lagi banyak .

so bila rumah aku pulak renovate aku pakai contractor cina,siap ikut masa dan tak de tambah walau satu sen pun.dan kerja sangatlah memuaskan.

husband aku kerja sekarang ni mmg banyak deal dgn contractor.diorang ni memang kebanyakkannyakaki samseng,kaki makan,kaki pompuan,kaki tipu lebih2 lagi yg ada backing org politik kuat.jadi cikgu,ngabihkan masa je kalau nak lawan dgn diorg ni.kalau nak report polis boleh jugak,manalah tau ada rezeki...

sabar je la cikgu,esok2 kalau ada duit buat lagi,pilih contractor yg ramai org rekomen.

sawi
25-07-07, 10:20 AM
kalau ada basic ttg pembinaan... buat mcm my boss...
dia beli barang, mcm simen2, dll... then panggil org buat kerja, bayar upah harian... (dulu dia pakai kontraktor melayu, kawan sendiri jgk..bayar deposit...tp kerja tak jalan, duit dia dapat guna utk buat benda lain..mcm cover hutang lain..tp tak beli barang..so mcm mana kerja nak jalan)

kalau 100% kita bagi pada satu kontraktor...mmg mcm2 la masalah kalau nasib tak baik..dpt kontraktor tipu mcm ni... kalau dapat ambik asing2 pun ok... mula2 buat ini panggil kontraktor ni..yg tu siap..utk buat pintu tingkap panggil org lain plk.. blh jgk..kos mungkin tinggi skt..tp lg ok dr satu kontraktor...satu kali jalan kena tipu...

Hairanaz
26-07-07, 01:09 PM
hehehe..my father bulih jadik kontraktor...sbb dia bab mengurus2 ni dia baguss....

my aunts...my sedara mara...kalau nak renovate rumah mesti carik my father.....dia lukis plan gitu gini...pehtu dia la yg urus...cari barang....cari tukang.....pantau setiap hari....bagus my abah nie....tp dia tak minat nak jadik kontraktor....lagi enjoy jaga kambing dia yg di beri nama "Saat dan Ketika" dan kebun dia kat belakang umah..... nie....

ujang149
30-07-07, 10:48 AM
Aku dah kena tipu la.Begini aku dijanjikan sebutharga untuk kos pembesaran dapox rumah berkembar satu tingkat aku sebanyak DUA PULUH TUJUH RIBU RINGGIT MALAYSIA (RM 27,000.00) seperti yang tertera dalam sebutharga daripada pihak kontraktor terbabit.Tarikh akhir penyerahan rumah adalah pada 15 Julai 2007 dan aku telah membayar kesemua RM 27,000,00 memandangkan syarikat ni adalah syarikat member2 aku.

Bila dah selesai bayar rumah aku pintu,tingkap2,mangkok jamban,plumbing,kerja2 finishing semua masih belum selesai.
Sebaliknya kontraktor terbabit meminta tambahan RM5,800.00 lagi bayaran tambahan tak dijangka untuk menampung kos projek.Dan aku diberitahu perkara ni pada15 Julai 2007 tarikh akhir penyerahan.Dan kalau ditambah RM 5,800.00 pun masih tak cukup kerana aku perlu bayar kerja2 upah tiles sebanyak RM 1200.00 pada pekerja thailand dan kos untuk pintu sliding dapor sebanyak RM 1000.00.

Dah la semalam tokei upah pasang tiles (taikun thailand) tunggu depan rumah aku sampai pukui 9 malam semata-mata nak minta duit upah pasang tiles (sebaliknya itu termaktub dlam perjanjian asal).

Aku rasa aku betul2 tertipu.Teraniayai.Bini aku pun nangis2.
Hadoi.

Apa aku nak buat dengan kontraktor ****** nak mampos ni.
Kontraktor tu macam ugut aku pulak tak nak angkat sampah sarap depan rumah2 jiran aku kerana dia rugi dengan projek aku.

Kontraktor tu pulak mmg orgnya gah tinggal di kawasan elit ,kawan-kawan setiausaha kuat menteri besar kedah,aktif dalam pemuda UMNO dan aku percaya dia banyak kawan kaki2 pukul UMNO (Gengster Politik).

Apa aku nak buat skrg?.Kawan2...Aku tgh pening ni...
Start daripada krisis 15 Julai 2007 tu skrg aku sentiasa tidur dgn pedang samurai di tepi.

Aku terkejut gilababi punya.Dan aku istihar perang kepada kontraktor terbabit mulai hari ini.

Cerita ko ni hampir sama ngan aku...kena tipu...
Ingatkan bila dah ada status Datuk, nak tolong bangsa sendiri, tapi sebaliknya menghancurkan bangsa sendiri.

Kisah camnie..
3 tahun lalu aku diminta design untuk renovation sebuah gumah kepunyaan seorg datuk...Kira gumah banglo di kawawsan elit.
Aku pun buatlah part time lukis gumah tu..Apa yg dia nak renovation aku pun designlah...

Bila dah siap design, aku pun bagilah design tu kat pembantu datuk tu dgn harapan dapat bayaran...

Tunggu punya tunggu, dah masuk 3 bulan...datuk tu tak jugak bayar2..
last2 aku call datuk tu.
Datuk tu boleh cakap design aku tak sama seperti apa yg dia hendak.
Hampeh betul sedangkan aku buat design tu seperti apa yg dia cakap...
Setahun kemudian aku lalu kat kawasan perumahan datuk tu,
Alangkah terkejutnya aku bila dapati bentuk gumah yg dia renovate tu sebijik cam aku lukis...
Dan yg paling sedih, kontraktor yg buat renovation tu adalah member aku sendiri...dan dia sendiri bagitahu yg gumah datuk tu buat renovation guna design aku...
Aku rasa nak bawak kes ni kat mahkamah...tapi bila fikir balik yg aku ni mentimun dan dia durian...terus tak jadi...

Pengajaran yg aku dpt ialah..Jgn mudah percaya dgn sesiapa pun, walaupun kawan sendiri.Pasal wang, kawan boleh jadi lawan.Yg penting kita kena byk2 bersabar dan mengingati yg hidup nie cuma sementara jee..

trew
02-08-07, 05:57 AM
hal2 renovate ni leh repot kat tribunal tak?

lebih RM25K takleh guna tribunal tuntutan pengguna dah...

wassalam.

irush
22-11-07, 10:41 AM
up kan sikit topik ni.... aku nak share gak experience aku...

1st reno... akubuta masa mula mula masuk rumah.... lepas ambik byk quote aku decide le yg mana aku nak deal...mlm tu gak..bertalu talu phone aku berbunyi... ada mamat cina ni tak puas hati aku tak deal dgn dia....so kontraktor china ni pun ok gak...aku punya rules.. max duit aku bagi...3k for every payment... tapi dia jenis tak pi sekolah kot... menulis pun tak berapa pandai... last dia kena kencing sama anak buah dia... so dia kena lari dari kaw. perumahan aku tu... mlm tu dia call nak minta balance duit dia... bila aku tanya berapa lagi balance... dia ckp buku dia dah hilang.... so aku cakp ok le..aku bagi 1.5k.... lepas dia blah... aku calculate balik... duit dia ada lagi dgn aku dlm 4k.. mungkin dia dah untung byk kot... sebab tu dia tak kisah...

2nd reno... chinese gak... lepas bagiquote dan aku dah agree terus mintak aku bayar full... dah kena marah dgn aku... lepas tu pemalas lak tu ... kejap ada kejap takde.... aku buat rule dgn dia... last 5k aku hold... sampai aku dpt CF... lepas tu tiap tiap hari sub con dgn indon dok call aku....hehe...lepas 3 bulan baru dia blh dapatkan cf utk aku...aku bayar le kat dia semua 5k... aku buat mcm tu bukan apa...ada kawan aku dah terkena dgn mamat ni.. kalau byr awal dia lari gak....

conclusion: bukan contractor melayu saja yg larik.... bangsa cina pun dok lari gak.....diorg ni semua financial management out... hang bagi kat dia 5k... hari tu gak pi joli katak... sebab tu le jarang kita tgk kontraktor kecil mcm ni berjaya ....

MeowHidayah
27-11-07, 01:05 PM
Kontraktor tu pulak mmg orgnya gah tinggal di kawasan elit ,kawan-kawan setiausaha kuat menteri besar kedah,aktif dalam pemuda UMNO dan aku percaya dia banyak kawan kaki2 pukul UMNO (Gengster Politik).



aku paling menyampah with this type of species. nak wat report pasal species camni memang payah laa. perosak...

jarang leh jupe kontraktor melayu yg betul2 excelent dlm keje die.. hmmm...

p/s: hanya mampu simpati pd cikgu-bakax... n yg senasib ngan beliau...

cikgu-bakax
09-12-07, 11:50 AM
Bahang kemarahan aku kena tipu sbnrnya masih belum reda.
Tapi apa2 pun semua ni ujian Allah s.w.t., sbb mungkin ada benda tak kena dengan pendapatan aku.Jadi apa yang aku buat skrg ni adalah aku gunakan wang tambahan untuk siapkan bbrp benda yg kontraktor tu sepatutnya cover.Skrg ni dah hampir RM5 K cover sikit2.Ikat perut sikit la.

Tapi menurut maklumat risikan aku yang dipercayai, ramai pembekal barang binaan mula cari dia merata-rata & kontraktor elektrik dan tiles,kereta sport rim mahal dia pun dah kena selimut kat rumah sbb bank dah cari.


See..aku tak nak ckp apa2.

Moral dia : Jangan tipu org.

cikgu-bakax
09-12-07, 11:55 AM
Dalam dok tipu org ni mamat ni masih mencanang-canang bahawa beliau akan ditawarkan kontrak untuk membina air pancut atas jambatan kedua pulau pinang atas budibicara cable kuat UMNO Penang.

Adoi..lawak betul mamat ni.

Sampah binaan depan rumah aku pun aku tolong sewa back hoe untuk angkut. Inikan pula kontrak nak buat air pancut atas jambatan kedua pulau pinang.

Kontraktor2 yg mcam ni yang merosakkan UMNO sbnrnya.

Kemudian ckp berdegar-degar ttg agenda perjuangan melayu dlm perhimpunan agung.

aku malas lah nak kutuk segelintir melayu yg mcm ni ttp hakikatnya, susah org melayu nak jadi orang islam kalau asyik menipu kiri kanan depan belakang.

++masih geram!!++

mnajem
10-12-07, 08:33 AM
Dalam dok tipu org ni mamat ni masih mencanang-canang bahawa beliau akan ditawarkan kontrak untuk membina air pancut atas jambatan kedua pulau pinang atas budibicara cable kuat UMNO Penang.

Adoi..lawak betul mamat ni.

Sampah binaan depan rumah aku pun aku tolong sewa back hoe untuk angkut. Inikan pula kontrak nak buat air pancut atas jambatan kedua pulau pinang.

Kontraktor2 yg mcam ni yang merosakkan UMNO sbnrnya.

Kemudian ckp berdegar-degar ttg agenda perjuangan melayu dlm perhimpunan agung.

aku malas lah nak kutuk segelintir melayu yg mcm ni ttp hakikatnya, susah org melayu nak jadi orang islam kalau asyik menipu kiri kanan depan belakang.

++masih geram!!++

sure laporan polis pun takde kesan.
aku tengok bab penyelewengan dalam projek binaan/tertangguh paling susah nak heret ke court.

pembelian keta pun macam tu

minhaj
10-12-07, 03:37 PM
apa kata....
kita wujudkan reference untuk recommended kontraktor untuk renovate rumah
sekurang-kurangnya kita dpt tolong sesama kita dalam forum ni....supaya takde masalah kene tipu camtu

jhana
03-01-08, 01:48 AM
Saya start dulu.

1. Contractor Indon nama Selamat phone no 016-322 0144 atau 012-677 7407. Dia dulu kerja utk cina & lepas tu started buat sendiri. Dia specialise dlm buat kerja2 kayu esp ukir-ukir. Kerja renovate biasa pun dia ada buat.

My friend pakai dia utk renovate the whole house (extensive renovation RM200k lebih) & puas hati. Recommended him to me & I pakai dia utk buat small renovation. Very professional & harga tak la cekik darah.

Dia banyak buat rumah kat Kota Kemuning so kalau berminat minta dia tunjuk rumah2 tu.

minhaj
03-01-08, 09:22 AM
renovation kecil yang awak buat tu...renovate ape?
extend dapur ke?
kalau siap dengan kitchen cabinet dia boleh buat ke?

gogsard
03-01-08, 09:42 AM
Saya start dulu.

1. Contractor Indon nama Selamat phone no 016-322 0144 atau 012-677 7407. Dia dulu kerja utk cina & lepas tu started buat sendiri. Dia specialise dlm buat kerja2 kayu esp ukir-ukir. Kerja renovate biasa pun dia ada buat.

My friend pakai dia utk renovate the whole house (extensive renovation RM200k lebih) & puas hati. Recommended him to me & I pakai dia utk buat small renovation. Very professional & harga tak la cekik darah.

Dia banyak buat rumah kat Kota Kemuning so kalau berminat minta dia tunjuk rumah2 tu.

Member ko tu bayo upah hari ke ?

cikgu-bakax
03-01-08, 11:55 AM
Aku pun upah pekerja indonesia terus untuk finishing rumah aku.Dia caj 1.5k untuk finishing tapi memang bapak punya puas hati.Bagus betul mutu kerjanya.Orang jawa timur.

Kalau aku upah member aku kontraktor melayu ni hadoi, dah lah pakai smart mai site project.Main arah2 pekerja indon, cekak2 pinggang.Lepas tu pukul 10 pg entah pergi ke mana..
Pukul 4 ptg tetiba muncul balik.

Entah apa2.

jhana
04-01-08, 12:30 AM
renovation kecil yang awak buat tu...renovate ape?
extend dapur ke?
kalau siap dengan kitchen cabinet dia boleh buat ke?

bukan extend dapur tapi buat siling kayu dalam rumah.

kitchen kabinet dia pernah buat tapi saya tak tengok lagi mcm mana mutu kerja dia,tak tau la sama ada dia buat atau sub kat org.maybe boleh mintak dia tunjukkan.


Member ko tu bayo upah hari ke ?

mana ada bayo upah hari.dia bayar ikut progress.

nonie
04-01-08, 01:52 PM
uwaa.... takutnya baca thread ni... camna nak tau contractor yg kita pilih tu betul2 ok ek... hmmm atas recommendation member2 la ek biasanya?...

masa nak buat umah mak abah kat kg dulu pun ada prob gak... ngan sedara2... janji nak pasang tiles lain... dia pasang tiles lain... kalau ikut abah ngan mak depa malas nak gaduh sebab sedara2... tapi nonie kata mana boleh dah janji buat yg itu, itu la... tak kirala sedara ke mara... kalau cantik tiles tu takpe.. ni tah pape jer rupanya... nak tak nak derang pecah balik tiles tu @ no extra cost... tu pun nonie baik ati sket soh derang pecahkan 2 living halls je...

tapi tula lepas nak dekat 5 thn dok mulala retak bocor sana sini... tiles dinding kat dapur pun ada yg dah tercabut2... hmm lagi satu camna nak tau kerja derang tu nanti take kesan sampingan lepas beberapa tahun... huhu.. memang nasib2 gakla benda ni ek...

pett
04-07-08, 03:52 PM
kesian gak aku tengok kes cam ni..
ape yg aku nampak..terang2 kontraktor 2 salah..
tapi owner pn sepatutnya x perlu bayar abis..
bayar ikut progress..hold duit last payment dulu..
bayar ikut dalam kontrak..klau tambah kerja..
tambah la ongkosnye..pn tambah ler..
klau kontraktor ok xpe..tapi payah nk jumpe..
memang penin..klau da jadi camni..

klau korang fikir2 lame...korang akan perasan(bkn dlm kes ni..
..owner..biasenye..mlayu la..(sori..brdasarkan dr xperience aku)
nk harge melampau murah..pastu nk mcm2..ni pn kire salah 1 faktor jgk..
jgn terpedaye dgn harge terlalu murah..sbb..tkt
diaorg curi barang..
kontraktor cine..lg truk..harge mahal..luaran nmpak ok.
tapi dalam..biasenye..korang kena tipu..
bkn semua la..(klau x menipu.. x cine la namenya..hahaha)
kebanyakkan nye la..

kambinggila
04-07-08, 04:00 PM
ko report jer kat pihak berkuasa.. sebab ko ada agreement asal which is a very strong evidence.. err jap agreement tu black and white kan?

balakblues®
06-07-08, 06:31 PM
bawak bersabaq la cikgu bakax..
mungkin ada sebahagian gaji ko tu yang tak berkatnya ,Allah sayang kat ko so dia cuci siap2 kat dunia ni..
aku dulu pun ada kes kerugian..ribu2 gak la..pk balik mmg ada rejeki kurang berkat aku ditarik balik...

bawak relaks nooh...
yang lepas jgn dikenang..jadikan pengajaran berguna masa akan datang...

indahrenovator
13-07-08, 07:35 PM
Sabar je la..
menda mcm ni mmg normal.. nak duit cara senang..
renovator kecil mcm kitorg ni pun selalu 'kena' gak ngan customer..
sbb xde hitamputih xboleh nak wat ape..
kat kwn skrg ni pun ada 4,5 kunci umah yg tuan rumah kedaung masih belum abis byr.. masa deal, janji kemain bayar bila siap..
pastu bila mintak n wat appointment xde kat umah, siap tukar kunci/mangga sekali..:tanya:
rs mcm nak robohkan balik pon ade

_____________________________________
DreamsKitchenPriced2EnjoyNow!
indahreno .cjb .net

nonie
14-07-08, 11:41 AM
yg nonie plak skang ni tgh sakit ati dgn mamat yg buat wiring umah kitaorang tu... lembab giler... janji dari bulan lepas nak siapkan... sampai skang tak siap2... macam pahat ngan penukul, sekali sound baru buat, pastu stop.. buat keje kat tempat lain, pastu sound, baru buat lagi... geramnya... patutnya dari bulan lepas dah boleh masuk umah... ni sampai skang dok menunggu dia siapkan keje.... sib baik tak abis bayar lagi, rasanya masa nak bayar tu cam nak potong jer apa2 yg patut sbb kitaorang pun menanggung kos terpaksa extend sewa umah sbb keje dia yg lembab tu... tpi sbb cam kaki dia ramai, takut gak nak berkeras sangat sbb kunci umah pun dia ada pegang, kang di buatnya dia duplicate pastu buat ntah pape kat umah kitaorang naya gak... tapi sampai bila nak tunggu dia siap? geramnya....

indahrenovator
14-07-08, 11:47 AM
[quote=nonie;2007318]... kang di buatnya dia duplicate pastu buat ntah pape kat umah kitaorang naya gak...quote]

make sure tukar kunci bile siap nanti.. at least tmbh padlock ke.. slalu jd mende2 cani