PDA

View Full Version : [Filem] Cuci



misscordelia
24-01-08, 08:36 PM
Sinopsis

Mengisahkan empat pemuda yang merupakan anak angkat kepada sebuah keluarga telah meninggalkan kampung halaman dan berhijrah ke ibu kota Kuala Lumpur dengan satu azam untuk menceburi perniagaan pembersihan. Sebelum ini mereka banyak terlepas peluang pekerjaan disebabkan oleh sikap kurang ambil berat dalam segenap hal oleh adik-adiknya, dan membuatkan FAIRIL (Afdlin Shauki yang merupakan ketua dan seorang yang bercita-cita tinggi menggalakkan mereka menyertai sebuah pertandingan iaitu ‘Window Washing Olympic&rsquo. Pemenang dalam pertandingan ini akan menerima satu kontrak pembersihan yang besar iaitu membersihkan tingkap dan cermin bangunan pencakar langit KLCC, dan terceburlah adik beradik ini ke dalam dunia mencuci bangunan bangunan pencakar langit. Adakah adik-beradik FAIRIL, TAN (AC Mizal seorang yang cepat berputus asa dan yang takut kepada tempat tinggi, JOJO (Awie) yang berbadan besar dan cubamengambil alih tempat arwah nenek mereka TOK BI, dan KHAI (Hans Isaac) seorang yang lurus bendul menjadi penghalang kepada kejayaan FAIRIL kelak? Penganjur kepada pertandingan ini adalah CJ (Erra Fazira) dan dibantu oleh KALSUM (Umie Aida) yang diminati oleh KHAI dan JOJO. Tanpa pengetahuan KHAI, WIRA (Khir Rahman) yang merupakan pemegang kontrak pembersihan yang lepas, juga menyimpan perasaan terhadap CJ.

Dengan kepintaran dan semangatnya serta kekayaannya, WIRA percaya dia mampu memenangi hati CJ. Adakah CUCI-CUCI SERVICES akan memenangi pertandingan tersebut? Dan siapakah yang mampu menambat hati CJ? Segala persoalan akan terjawab dengan menonton filem CUCI.

Sebuah filem sulung arahan Hans Isaac, dengan mengambil pemandangan yang mengagumkan di sekitar Kuala Lumpur, bukan untuk jenaka semata-mata, tetapi melihat tentang kisah empat pencuci tingkap dengan sudut kamera yang menarik dan mampu membuatkan anda tidak berganjak dari tempat duduk. Kelakar, menyentuh hati, dan penuh dengan aksi-aksi komedi dengan kemunculan bintang terkenal seperti Dato’ Rahim Razali sebagai ahli perniagaan yang berjaya dan juga bapa kepada CJ. CUCI merupakan sebuah filem yang penuh warna-warni, bekerja keras, dan penuh ceria serta cuba membawa mesej ‘Malaysia Boleh Lakukan Jika Mereka Mencuba’ dan ANGAN-ANGAN ADALAH LANGKAH PERTAMA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN.







Trailer

FDCYxSxLvsY

klasiQ
24-01-08, 08:51 PM
filem ni wajib untuk aku tonton..
aku minat citer deme ni..

hope besh la macam baik punyer cilok.. :D

misscordelia
24-01-08, 08:57 PM
aku plan nak tgk pas dapat gaji hehehe..

jom mior huhuhu

MUfanz
24-01-08, 08:58 PM
cara 4 org berjalan seiringan....mcm crew bruce willis nak ke angkasa dlm citer Armageddon...
berkisar 4 org anak angkat....mcm dlm citer Four Brothers..


ahha

ain07ik
24-01-08, 09:02 PM
Cite ni boleh jadi syok sebab keempat-empat watak utama tu memang boleh wat lawak ala-ala spontan. Tambah si Afdlin (betoi tah eja)..

misscordelia
24-01-08, 09:10 PM
aku belum missed citer afdlin n the geng..

pasal aku tgk umi aida lain macam je huhuhu..

judd
24-01-08, 09:17 PM
mmng plan nk tgk gak cite ni.. yg kelakarnya, minggu ni tingkap2 kat opish aku yg tinggi tu pun tgh dicuci..! ambik semangat filem CUCI agaknya..!

emy
25-01-08, 01:51 AM
oh nak tgk gakkk......

jom jom...

bila kuar kat malaysia ni? :hihi:

misscordelia
25-01-08, 07:16 PM
oh nak tgk gakkk......

jom jom...

bila kuar kat malaysia ni? :hihi:

24 Januari kelmain :peace:

sol_badguy
26-01-08, 02:42 PM
aku dah tengok dah. skrip nya agak longgar... banyak elemen deus ex-machina... ada part yang aku rasa dia orang come off as trying too hard untuk buat lawak... tapi ada time tu... memang lawak abis.... especially time 4 brothers tu bawak erra dan ummi makan kat gerai. character khai tu takde common sense, ada ke dia kata terpaksa limit makan kat gerai sebab tak cukup budget depan "aweks" dia, Erra.

Tapi aku rasa yg paling shining dlm cerita ni Awie. cara dia bawak watak dia natural... dia tak try too hard on his character... and kita bleh rasa dia punya "macho" aura radiate. aku puas hati ngan awie dlm cerita ini.

lawak2 dlm cerita ada yang pada aku too corny... tapi ada yang pada aku lawak yang besh dan bleh aku enjoy. Tapi aku lawak last2 dia orang dpt contract cuci kapal terbang Air Asia. Siap Tony Fernandez pun dlm filem nih! Apa punya cameo la... :D

masa dia orang interview untuk isi kekosongan watak afzlin shauki pun syok gak... rusdi ramli ada... elaine daly ada... yusni jaafar ada... elaine daly siap buat posing tu... at the end of the movie... diperlihatkan kerjaya sebenar dia sebagai tukang cuci jerr....

rating : 3.5/5

piyuun
28-01-08, 12:32 AM
aku nak tengok CUCI semalam kat TimeSquare, tapi full. sampai midnight. Jadik, terpaksa la aku tngok John Rambo.

iori yagami
28-01-08, 12:40 AM
aku dah tonton filem ni sabtu lepas..
memang klaka yang tak ler teramat sgt..
tapi boleh buat mata ku segar sentiasa..
layan plak dgn si dia... peeghh sampai
keluar panggung senyum sampai telinga..

korang kene layan filem ni....

Chinozie
28-01-08, 08:03 PM
jom kita tgk ramai2...
biler ?

Eastine_amilin
01-02-08, 01:37 PM
Aku dah tengok cete ni..
Amilin dgn Aiman yau2 minta ngok lagik..

uihhh...bukan gelak bodoh klu ngok cete neh!
tak wugi duit tiket wayang!

sile2 sesape rasa nak p tgok tu..

emy
01-02-08, 02:48 PM
tiba2 teringat plak..
aku paling suka scene hans main lawan mata ngan laki tu..(lupa nama plak)

ingat nak bertumbuk gaduh..rupanya hans nak lawan sape kelip mata dulu..

duhhh :lampi:

lelaki tu ckp "what the ..." . muka bengang/tak puas hati..

:hihi:

Lang
01-02-08, 03:41 PM
Best ker. Sowey to say aku tak berape suke erra berlakon.

Ada dua artis kalu berlakon aku tak suke nak tengok. Erra ngan farid kamil...

leevega
01-02-08, 04:03 PM
Ahaks .. ye la ye la .. aku tgk la nanti ...


sker la 4 oang nih ada .. lawak selamba macam steven chow ..

fa|thz|LeR
01-02-08, 05:30 PM
erra lakonan dia camtuuu jugak. intonasi suara dia pun camtuuuu jugak.

aku suka karakter hans dlm citer ni. giler jujur. haha. sekali bukak mulut, semua keluar. haha. ac lawak aa. hehehehehe. esp part yg elaine daily tu. hahaha.

sol_badguy
04-02-08, 12:39 AM
dlm temubual kat wanita hari ini - baru aku tau yang banyak scene dlm cerita tu dia orang improv... patut la rasa semacam jer lawak dia. mengingatkan aku kat transformers, yang maner pun banyak improv gak

tun_teja
04-02-08, 01:24 PM
ermm..baru teringat..ni 1st time ke awie n erra berlakon dlm 1 scene yg sama? after dorang break-off..dulu ada belakon sama gak tp xde adegan bersama dlm 1 scene.. maknanya x berjumpa la..eh ye ke..

pape pun ok la lawak dia..cuma towards de end, cam byk emosi sket..xbyk lawak..tp part ida nerina mmg xleh handle la..pecah perut..haha..

cumikimko
05-02-08, 06:18 PM
CUci ...jangan tak cuci...
Tengok.. jangan tak pg tengok....

skai
06-02-08, 02:18 PM
1st half of the movie tu, takde la lawak sangat, tapi aku tgk orang dlm panggung gelak semacam je... tak paham betul aku...

2nd half of the movie baru la lawak betul... favourite aku part yang Harun Salim Bachik keluar...

anyway, this movie better than Sumo-lah tapi belum boleh kalahkan Baik Punya Cilok

UNDERTAKER
11-02-08, 01:31 PM
Betui tu SKAI....
ada akak kat bhgn blkang seat aku doduk leh gelak part diorg main sembur2 air masa cuci kereta tuh...pada aku Xde le lawak manapun...hmmm pelik aaa...

Part Harun Salim Bachik kat atas bumbung tu memang lawak bg aku....dia tu biarpun kuar kejap...tapi sengat lawak dia menjadi tuh...+ ngan Ida Nerina....sempoi jerk...

Betui kata ko SKAI....
pilem ni Xleh celen Baik Punya Cilok punya lawak....SUMOlah lagi jauh....

Apa2pun ianya tidak mengecewakan...:)