PDA

View Full Version : Berat Jodoh dan kaitan Gangguan Jin @ Sihir Pemisah

el-lail
22-02-08, 08:11 AM
:salam:

Ramai kawan kita yang masih membujang kat sini. Pernah kah anda terfikir sama ada situasi 'berat jodoh' yang anda hadapi itu ada kaitan dengan gangguan jin atau sihir pemisah?

Cuba kesan melalui tanda-tanda yang telah dikenalpasti hasil pengalaman mangsa dan pengamal rawatan Islam ini. Jika banyak YA daripada TIDAK, kemungkinan anda sedang menghadapi gangguan jin asyik (jin jatuh cinta pada manusia) atau kemungkinan menghadapi sihir gagal nikah.

Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah: fikiran selalu runsing
sakit-sakit di belakang bahagian bawah
badan lesu, selalu letih
sakit perut selalu
sakit kulit
rasa ada seseorang tidur di sebelah
terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
suka menyendiri, pendiam
selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen
selalu kena period pain
ada migrain yg kronik
sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi

InsyaAlloh, ada cara untuk menyelesaikannya.

emy
22-02-08, 09:04 AM
fikiran selalu runsing

orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh <--- tak sure

selalu bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi

^ yg tak strike mmg berlaku kat aku...
adakah aku ni terkena Berat Jodoh?

xamel2001
22-02-08, 09:27 AM
Memang ada certain kes yg melibatkan gangguan jin. Pernah jadi kat Makcik & sepupu aku. Tapi yg diorg kena ni mcm guna2... ikut je lelaki tu & percaya ckp diorg. Tapi nasib baik sempat berubat.

Yg Makcik aku kena teruk sikit. Org tu buat sampai org lain nampak dia mcm org tua. Kalau nak merawat/berubat/nak check, cari la guru yg boleh dipercayai (mcm kat Darul Syifa ke). Jgn pegi kat bomoh... silap2 dia tambah lagi.

fikiran selalu runsing
sakit-sakit di belakang bahagian bawah
badan lesu, selalu letih
orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh <--- tak sure
orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
selalu kena period pain
halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
selalu bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi

Simptom ni mcm stress je (kecuali yg bold tu). Check dgn doctor dulu. Mungkin psikologikal. Kadang2 jadi sbb banyak sangat benda berserabut kat otak.

kupia
22-02-08, 09:40 AM
Sihir pelalau (penghalang jodoh) dengan jin asyik adalah dua gangguan yang berbeza. Gangguan jin asyik datang dalam keadaan sedar dan nyata (bukan dalam mimpi) tapi tidak melihatkan dirinya, semua perbuatannya boleh dirasa dengan nyata. Jin sihir penghalang jodoh selalunya duduk dalam badan mangsa.

Tanda mimpi yang selalu berlaku bagi sihir penghalang jodoh ialah mimpi menakutakan jatuh dari tempat tinggi, atau lain lain mimpi yang menakutkan dan akan terjaga selepas bermimpi tengah malam.

Putus tunang beberapa kali tanpa sebab-sebab yang menasabah, perhubungan yang baru terjalin akan putus tanpa sebab, tanpa alasan datangnya perasaan benci kalau ada orang yang berminat, pandangan mata mangsa dan orang lain telah disihir tidak melihat rupa diri yang sebenarnya, harus berhati hati dan segera dirawat dengan rawatan alQuran, jangan jumpa rawatan tradisi yang tidak mengamal alQuran...

Sediakan CD alQuran, pasang dan dengar dengan penuh perhatian sambil pejamkan mata (guna headphone dengan volume yg kuat) - surah surah Yasin, As Sofat, Ad Dukhan dan Al Jin atau lain2 surah yang banyak menceritakan azab siksa neraka. Gangguan selalunya akan cuba menghalang mangsa dari mendengarkan Quran dengan pelbagai cara, perhati dan tentukan apa2 reaksi serta tindakbalas yang berlaku dalam badan. Dengar quran dalam jangka masa yang panjang sikit kalau perlu diulang ulang dengar. Kalau baca sendiri lebih diutamakan.

Wallahu'alam...

izhani
22-02-08, 10:07 AM
el-lail...

thanks erk...(mcm yeye o je awak buka ni untuk sy)hahahhaaa.....

info yg bagus...nnt sy bg tahu kwn sy tu k....

teruteru_bozu
22-02-08, 10:21 AM
Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah:

fikiran selalu runsing
sakit perut selalu-sbb gastrik je..xde apa2 kot.
terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak(dihimpit)-kdg2 dihimpit..tak disentuh.
suka menyendiri, pendiam
orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh-rasanya tak
imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
ada migrain yg kronik-3/4thn lepas
selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi-tk sempat berkenan..org nk kwn pun..dh rasa rimas...tu je yg berlaku kt aku...yg lain..alhamdulillah...takde apa.
berat jodoh ke mcm tu?

asura
22-02-08, 10:29 AM
wah el-lail ..byk share ..thanks

el-lail
22-02-08, 10:32 AM
:salam:

Sebenarnya dah lama nak sambung siri topik jin asyik..bila awak buka topik tu, saya rasa sesuai masanya untuk saya buka topik ni.

kupia, terima kasih kongsi info tu. Gangguan jin asyik dan pelalau memang saya akui ada bezanya. Tapi, ada jugak kes yang mempunyai persamaan dan kaitan, bila mana jin asyik mampu mengenakan sihir kepada 'kekasih'nya supaya dia tak berkongsi kasih dengan orang lain, atau bila mana jin yang ditugaskan menyihir telah jatuh cinta kepada mangsanya. Waktu itu, kesemua tanda-tanda gangguan jin asyik dan tanda-tanda sihir pelalau akan ditemui satu persatu.

Untuk mereka yang masih tak sampai jodoh, tapi tak banyak tanda yang disebutkan, teruskan berdoa..insyaAlloh sampailah nanti jodoh anda.

Untuk mereka yang masih tak sampai jodoh, dan banyak tanda yang disebutkan itu ada pada anda, ada baiknya ambil langkah mempercayai bahawa ada mahkluk Tuhan yang sedang mengganggu anda. Untuk confirmkan, selalulah bangun malam (qiamullail) dan minta petunjuk daripada Alloh dalam solat malam tu. Minta juga ia dapat diselesaikan dengan baik.

Seterusnya, boleh cuba kesan dengan bantuan pengamal rawatan Islam. Tapi kena pastikan pengamal itu menggunakan kaedah yang bersih daripada bantuan jin, kaedah tilik, kaedah pelik yang seperti tidak selari dengan landasan Islam.

izhani
22-02-08, 10:42 AM
mcm mane plak kite nak tahu yg pengamal tu mmg mengamalkannye selari ngn landasan islam?

so far yg sy tgk kwn2 sy ni...blk je jumpa ustaz...dorg diberi air je....

gangguan jin2 ni di buat oleh manusia ke?atau mmg tetiba je kite kene mcm ni?

bkn ape...sbb aku plak pernah dgr...anak dara x elok mandi time mghrb2 ni...terutama mlm jumaat....roh2 org bujang laki2 yg berkenan akan dtg melihat dorg....sbb itu kite ni dilarang mandi naked...takut mende2 mcm ni lah berlaku.....

kupia
22-02-08, 10:54 AM
Betul jin asyik juga bersikap memiliki, dia menghalang mangsa dari cuba didekati oleh orang lain.

Mengikut Ustaz J, rawatan jin asyik sekurang-kurangnya 3 jam, tak cukup dengan baca ruqyah aja, mesti kena pukul belasah dengan rotan, cucuk dengan batu kristal, baru dia tak tahan lari keluar...

izhani
22-02-08, 11:07 AM
Betul jin asyik juga bersikap memiliki, dia menghalang mangsa dari cuba didekati oleh orang lain.

...

kupia,

ni mane ko tahu?

coz opismate aku pernah gak g berubat ngn sorg makcik tu kat kelantan...dia dikatakan kene pelalau...

dibuat oleh org...dia diberi bedak yg ade baca2 ni.....

double_sunday
22-02-08, 11:16 AM
jin asyik ni boleh kacau orang yg dah kawin tak????... sebab semua symtom symtom kat atas tu aku ada kena... aku dah kahwin.

orang rumah aku memang ada migrain kronik ngan masalah hidung selalu tersumbat. selalu juga gigi berlaga time tidur.

macam mana ni gang???

el-lail
22-02-08, 11:21 AM
mcm mane plak kite nak tahu yg pengamal tu mmg mengamalkannye selari ngn landasan islam?:salam:

Nak tahu pengamal rawatan tu tak tersasar, agak susah..kena hati-hati, antaranya:

Solat malam & doa minta petunjuk daripada-Nya (Istikharah)
Tanya pengalaman orang lain yang pernah ikut rawatan dari pengamal rawatan tu.
Pastikan tiada kaedah menilik.
Tiada menggunakan ayat jampi yang tidak difahami.
Pengamal tidak 'menurun' seperti menggelupur selepas membaca suatu jampi, suara berubah, bersilat, menari dan lain-lain.
perawat lelaki menyentuh pesakit perempuan
Membaca ayat-ayat Al-Quran sambil melakukan sesuatu perkara yang pelik
Memberi kertas / kain / tasbih dan apa saja berupa tangkal untuk pesakit pakai

Maaf, mungkin ada lagi yang saya tertinggal.

so far yg sy tgk kwn2 sy ni...blk je jumpa ustaz...dorg diberi air je....

gangguan jin2 ni di buat oleh manusia ke?atau mmg tetiba je kite kene mcm ni?Air ok je..disepakati bahawa air yang dibacakan ayat-ayat Al-Quran kemudian diminum untuk mengatasi gangguan jin. Lain perawat, lain caranya dalam menggunakan air ni.

Gangguan jin tu boleh jadi ia datang sendiri..boleh jadi jugak dihantar manusia. Tapi, jangan terlalu fikirkan siapa punya angkara..lebih baik fikirkan untuk clearkan gangguan tu.

bkn ape...sbb aku plak pernah dgr...anak dara x elok mandi time mghrb2 ni...terutama mlm jumaat....roh2 org bujang laki2 yg berkenan akan dtg melihat dorg....sbb itu kite ni dilarang mandi naked...takut mende2 mcm ni lah berlaku.....
Pasal larangan tu, tak pernah saya dengar.. Yang ada disebut dalam hadith, waktu nak masuk Maghrib, pintu tingkap semua kena tutup dengan disebut nama Alloh (baca bismillah), tadahan air kena tutup, anak-anak kena masuk duduk dalam rumah kerana waktu tu syaitan mula berkeliaran.

Masuk ke bilik air, ada adabnya. Situ tempat tinggal jin-jin kafir. Bacalah doa masuk tandas, doa buka baju etc..

kupia
22-02-08, 11:47 AM
jin asyik ni boleh kacau orang yg dah kawin tak????... sebab semua symtom symtom kat atas tu aku ada kena... aku dah kahwin.

orang rumah aku memang ada migrain kronik ngan masalah hidung selalu tersumbat. selalu juga gigi berlaga time tidur.

macam mana ni gang???

Ya kebanyakan kes jin asyik melibatkan isteri orang mengganggu ketika suami tiada dirumah....

azmaida
22-02-08, 12:14 PM
W'salam..

Bkn ke Jodoh tu di tangan Tuhan..
Mungkin xjupe lagi jodoh yg terbaik tuk kita..

:salam:

Ramai kawan kita yang masih membujang kat sini. Pernah kah anda terfikir sama ada situasi 'berat jodoh' yang anda hadapi itu ada kaitan dengan gangguan jin atau sihir pemisah?

Cuba kesan melalui tanda-tanda yang telah dikenalpasti hasil pengalaman mangsa dan pengamal rawatan Islam ini. Jika banyak YA daripada TIDAK, kemungkinan anda sedang menghadapi gangguan jin asyik (jin jatuh cinta pada manusia) atau kemungkinan menghadapi sihir gagal nikah.

Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah:

fikiran selalu runsing
sakit-sakit di belakang bahagian bawah
badan lesu, selalu letih
sakit perut selalu
sakit kulit
rasa ada seseorang tidur di sebelah
terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
suka menyendiri, pendiam
selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen
selalu kena period pain
ada migrain yg kronik
sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi
InsyaAlloh, ada cara untuk menyelesaikannya.

matahari
22-02-08, 01:33 PM
Adakah saya salah seorg drpd gangguan jin? hehehe...

part2 sakit badan, period pain tu mmg slalu

mnajem
22-02-08, 02:48 PM
Perido pain benda lain kot. Normal medication.

izafarid
22-02-08, 04:43 PM
mimpi biasanya berkaitan dengan saka.
Saka ingin memberitahu kewujudannya di dalam badan tuannya. Ini adalah disebabkan kewujudannya tidak dipercayai atau dia sedang bertarung melindungi tuannya dari ancaman luar atau dia inginkan habuan atau makanan atau sebab lain

sakit-sakit badan atau yang disewaktu dengannya pun disebabkan oleh saka atau ancaman luar diperingkat permulaan

penyakit-penyakit yang ditidak dapat dikesan doktor, disebabkan oleh ancaman luar yang datang menyerang bagi satu tempoh yang cukup lama sekurang-kurangnya satu tahun.

dalam satu-satu keadaan, sesorang itu mampu bertahan dengan penyakit-penyakit nie adalah disebabkan oleh saka. Kalu saka tak der, dah lama terlentang atas katil.

period pain is something normal but kalau dah sampai tak bleh nak bangun, bukan satu yang normal

apa-apa hal kalu sakit jumpa doktor dulu...

aku guna istilah ancaman luar yek, coz aku tak tau jin asyik tuh cam ner, sihir pemisah tuh cam ner, dan lain-lain tuh macam mana sebenarnya.

aku tahu 3 jenis sahaja, saka, ancaman luar (lintasan/ketegur, sihir, santau, permainan manusia), amalan sendiri (yg dicari sendiri, belajar cth: ilmu kebal)

jin asyik ni boleh kacau orang yg dah kawin tak????... sebab semua symtom symtom kat atas tu aku ada kena... aku dah kahwin.

jin tuh pedulik hapa engko dah kawin ker blom...
kalu dia suka, dia hinggap ajer...

Humairah
22-02-08, 05:40 PM
izafarid.....simpton yg ko ckp kat atas tuh cam kena kat kwn haku skang...dia ada istihadah....dulu dia murung....tp sakit kali nih dia agresif.....dia ckp sering mimpi...pehtu dia rasa cam something bg signal kat dia.....

aku muyskil adakah sekadar gangguan saraf,mental atau disebabkan saka.....td dgr citer....dah dihantar ke hospital taiping oleh polis sbb family dia dah tak boleh kawal dia......:(

p/s; sori, aku respon ttg saka .....ptg nih ustaz mai umah...nak tgk2 semula umah......perubatan ISLAM mmg pakai lada hitam gak ker? mintak setengah kilo tuh...mana nak cari banyak2 lada hitam nih.....respon please.....

trew
22-02-08, 05:45 PM

lada hitam sgt banyak dia sarawak...

wassalam.

kupia
22-02-08, 06:17 PM
izafarid.....simpton yg ko ckp kat atas tuh cam kena kat kwn haku skang...dia ada istihadah....dulu dia murung....tp sakit kali nih dia agresif.....dia ckp sering mimpi...pehtu dia rasa cam something bg signal kat dia.....

aku muyskil adakah sekadar gangguan saraf,mental atau disebabkan saka.....td dgr citer....dah dihantar ke hospital taiping oleh polis sbb family dia dah tak boleh kawal dia......:(

p/s; sori, aku respon ttg saka .....ptg nih ustaz mai umah...nak tgk2 semula umah......perubatan ISLAM mmg pakai lada hitam gak ker? mintak setengah kilo tuh...mana nak cari banyak2 lada hitam nih.....respon please.....

Penggunaan lada hitam dan garam ni rawatan Islam yang bercampur dengan amalan tradisi, saya tak berapa yakin.

Rawatan alQuran menggunakan air bersih sahaja atau menggunakan "daun bidara" kerana penggunaan daun bidara adalah sunnah...

Humairah
22-02-08, 06:20 PM
ampess la trew........heh.......:D

tu ar....sbb biasa dgr lada hitam ngan limau nipis nih tradisi melayu......:(

izafarid
22-02-08, 06:47 PM
kedai runcit rasanya banyak....
tesco pun ader....
rasanyer la....

Pinkee
22-02-08, 10:16 PM
alhamdulillah aku tak terkena byk simptom seperti diatas.....

murah rezeki jodoh aku kebelakangan nih...
dpt yg alim lak....caring and etc..
syukran.....

huhuu.....
alhamdulillah...
nway,go0d info....

..

fms
22-02-08, 10:21 PM
El-Lail bukak balik kisah jin pemisah ni..
aku pon masih terkapai2..
peluang byk tapi sume x menjadi..
harap2 yg kene tu sembuh laa...

deidaa
23-02-08, 02:07 AM
Er saye punye:

Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah:

fikiran selalu runsing --> kdg2
sakit-sakit di belakang bahagian bawah --> mmg sakit.. doc dah x-ray, xde apa katanya & bg ubat segala tp masih sakit
badan lesu, selalu letih
sakit perut selalu
sakit kulit
rasa ada seseorang tidur di sebelah--> sgt2 betol, rasa mcm ada org tedo kat sebelah kiri & bile mengiring ke kanan jd takut btol2 mcm ada something kat sebelah, rasa dkt sgt maka tido pon asyik tutup muka [lama gile dah rasa mcm ni, sejak skolah lg.. isk]
terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
suka menyendiri, pendiam
selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit --> jarang2
selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen --> setiap hari mimpi mcm ni :(
selalu kena period pain
ada migrain yg kronik
sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi --> aa tp sy yg jd menyampah dgn laki tu, [asal dorg nak.. tetiba sgt benci dkt dorg even dorg tu baik & selalu sy tetiba ckp kasar dgn dorg even dorg xpenah wat slh apa pon.. without any reason] :uwaa:Banyak sgt nih.. :confused:

Kenapa? :cedih:

*izafarid* cemana nak tau org tu ada saka @ x?
Kita akan sedar @ tak mende tu ada?

~dulu2 dah ada posting kat topic ni tp tgh2 diskas.. kena banned lah pulak.. heh~

Humairah
23-02-08, 09:49 AM
ttg saka.....waktu pi darul shifa`...ustaz pesan suh banyak amal zikir dan baca Quran....

Ustaz semalam pun tgk2kan kitaorg....dia cp takde apa2....kalau ada saka pu pd kawan kitaorg yg sakit tuh...kami dan umah alhamdulillah takde tanda2 gangguan......katanya takut yg dicipta sendiri......ala2 dgr citer org kata pokok ada penunggu kita pun tumpang takut sekali.....kata ustaz sambil senyum2.......hehe......

kadang2 mungkin jugak org yg ada simpton2 tuh adalah gangguan perasaan sendiri, masalah kesihatan, unsur stress dan macam2 lg....sbb byk perkara yg menyumbang kpd persekitaran dan perjalanan hidup kita.....gangguan makhluk halus hanyalah salah satu faktor.....yg ptg bagaimana kita mengemudi hidup kita kan?......:)

kupia
24-02-08, 05:54 PM
Ya bukan semua kes terlibat dengan sihir penghalang jodoh. Dalam masa yang sama banyak juga kes sihir ni berlaku tanpa disedari. Tanda tanda tu sebenarnya mudah dipastikan oleh mangsa sendiri, boleh dibezakan....

izafarid
24-02-08, 11:08 PM
deidaa,

cam Humairah dan kupia cakap tuh betul ler...
memang susah nak detect org/kita nie ada saka atau bakal menerima saka...

satu ciri umum, terasa macam ada kelebihan, kelebihan yang lain daripada yang lain, kelebihan yang bukan dalam bentuk kehebatan (mcm kebal, boleh terbang dan lain-lain) dan kebiasaan ia berlaku banyak kali tanpa kita sedar cuma bila dah 2/3 minggu baru terfikir... itupun kalau tersedar...
contohnyer dapat rasa anak/awek/balak/orang nak tipu kiter, dapat rasa anak tuh isap rokok/ponteng sekolah/tuisyen, dapat agak pekara yang akan terjadi (bukan dejavu tau), dapat rasa ada halangan dalam perjalanan so boleh elak halangan tersebut dan banyak lagi lah....
dan akhir sekali, apabila kelebihan ini berlaku pada kita, tak semestikan disebabkan oleh saka, mungkin ilham dari Allah... terlalu sukar untuk dibezakan

nak detect nie hanya dengan ilmu atau ilham dari allah sahaja yang boleh membantu

carilah orang yang boleh membantu...

p/s: out of topik dah... sori el-lail

el-lail
25-02-08, 08:27 AM
:salam:

Perlu diingat, jin asyik ke..sihir ke..saka ke..kesemuanya adalah jin, satu mahkluk yang terlindung daripada penglihatan manusia. Nak bezakan yang mana jin asyik atau sihir atau saka, memang susah. Nak kata dengan ilham dari Alloh pun, kita tak dapat 'betul-betul' confirm pastikan ilham tu dari Alloh atau bisikan jin syaiton yang memperdaya.

Jadi untuk langkah selamat, tinggalkan teka-teki ianya gangguan jenis mana. Yang lebih penting ialah clearkan gangguan tu.

Bagi mereka yang ada tanda-tanda seperti yang disebut, tapi tak banyak. Mungkin tak perlu risau sangat. Nasihat saya, banyakkan saja mengingat Alloh, dengan cara yang ditunjukkan nabi-Nya.

Bagi mereka yang banyak tanda-tanda yang disebut, kemungkinan besar ada gangguan. Gangguan jenis mana, kita tak dapat pastikan.

deidaa, saya ingat tu.. dan saya nampak, tanda-tandanya agak banyak. Ada baiknya, ambil langkah mendapatkan rawatan.

deidaa
29-02-08, 05:05 PM
*izafarid* thanks explain.
Sy xde la dpt rasa apa yg terjadi.. cuma ada instict & kdg2 ada jgk betul [rasanya semua org ada instinct kan?] :)

*el-lail* Masa skolah rendah dulu,
ingt2 lupa yg family penah ckp psl benda2 misteri dlm family [tp tau2 aje lah time tu tak faham lg]. Cuma masih ingt mak kata "takut dia cari anak2 kita pulak esok2!"--> xtahu la apa benda nya.
Adakah ada kaitan? :confused:

Ingt nak gi jg buat rawatan,
tp rasa mcm was2.. betul ke @ hanya mainan perasaan?

Ops sori off topic.
~info kat sini amat dihargai~ :)

fms
29-02-08, 10:37 PM
:salam:

Ramai kawan kita yang masih membujang kat sini. Pernah kah anda terfikir sama ada situasi 'berat jodoh' yang anda hadapi itu ada kaitan dengan gangguan jin atau sihir pemisah?

Cuba kesan melalui tanda-tanda yang telah dikenalpasti hasil pengalaman mangsa dan pengamal rawatan Islam ini. Jika banyak YA daripada TIDAK, kemungkinan anda sedang menghadapi gangguan jin asyik (jin jatuh cinta pada manusia) atau kemungkinan menghadapi sihir gagal nikah.

Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah: fikiran selalu runsing
sakit-sakit di belakang bahagian bawah
badan lesu, selalu letih
sakit perut selalu
sakit kulit
rasa ada seseorang tidur di sebelah
terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
suka menyendiri, pendiam
selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen
selalu kena period pain
ada migrain yg kronik
sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi

InsyaAlloh, ada cara untuk menyelesaikannya.

selain dari kesan2 di atas, sape penah dengar suara halus dalam keadaan sedar??

el-lail
03-03-08, 08:05 AM
:salam:

Diedaa, saya akui..ramai yang meragui kebenaran gangguan jin dan sihir ni. Kena percaya apa yang Alloh swt pernah sebut dalam Al-Quran:

Surah Al-Baqoroh ayat 102, maksudnya:
Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.

Kalau nak fikir secara logik tanda-tanda yang disebutkan, boleh kita fikirkan yang ini:
Jin aktif di waktu malam, sebab tu biasanya orang yang diganggu jin selalu resah di waktu malam, susah nak tidur, selalu terjaga, mimpi bukan-bukan.
Dengan izin Alloh, jin boleh masuk ke badan manusia melalui salur darah (urat darah), sebab tu kadang-kadang mereka yang dimasuki jin boleh rasa sesuatu bergerak di bawah kulitnya.
Jin yang tidak beriman biasanya akan kesakitan dengan amalan seperti zikir, azan, bacaan ayat-ayat Al-Quran dan sebagainya, sebab tu kadang-kadang mereka yang dimasuki jin akan terhalang seperti mengantuk ketika beribadat.

fms, suara halus dalam keadaan sedar tak pernah saya alami. Kena hati-hati tu, jangan ikut suara tu, cuba lawan dengan ingat Alloh (zikrulloh).

izafarid
03-03-08, 11:53 AM
deidaa & fms,
kiranya wujud persoalan sehingga menimbulkan keraguan,
carilah seseorang yang mampu membantu untuk mengurainya...

dengan terurainya setiap persoalan sehingga tiada lagi keraguan,
moga-moga dapatlah meneruskan kehidupan dan ibadat dengan penuh yakin dan bijaksana...

untuk menghurai setiap permasalahan disini adalah agak mustahil,
kerna perbezaan antara yang hak dengan yang batil adalah terlalu halus...
juga yang dihuraikan sebelum ini adalah sekadar panduan umum yang mana ketepatannya adalah terlalu rendah dan kebenarannya adalah tertakluk kepada situasi semasa bagi setiap individu...

fms
03-03-08, 07:15 PM
Ya bukan semua kes terlibat dengan sihir penghalang jodoh. Dalam masa yang sama banyak juga kes sihir ni berlaku tanpa disedari. Tanda tanda tu sebenarnya mudah dipastikan oleh mangsa sendiri, boleh dibezakan....

aku setuju..cuma perbuatan anda yg pelik je yg bole bagi tanda ade jin yg kuat dalam badan anda..biasa jin lemah akan bagi tanda2 kecil dan bole diabaikan..

fms, suara halus dalam keadaan sedar tak pernah saya alami. Kena hati-hati tu, jangan ikut suara tu, cuba lawan dengan ingat Alloh (zikrulloh).

aku pon dah lama x dengar..dulu lepas dengar suara halus 2 minggu, kene plak bertahun2 instinct yg kuat dlm hati utk melanggar hukum Allah..skarang dah ok laa..cuma x pasti ade lagi ke yg melekat..

deidaa & fms,
kiranya wujud persoalan sehingga menimbulkan keraguan,
carilah seseorang yang mampu membantu untuk mengurainya...

dengan terurainya setiap persoalan sehingga tiada lagi keraguan,
moga-moga dapatlah meneruskan kehidupan dan ibadat dengan penuh yakin dan bijaksana...

untuk menghurai setiap permasalahan disini adalah agak mustahil,
kerna perbezaan antara yang hak dengan yang batil adalah terlalu halus...
juga yang dihuraikan sebelum ini adalah sekadar panduan umum yang mana ketepatannya adalah terlalu rendah dan kebenarannya adalah tertakluk kepada situasi semasa bagi setiap individu...

dah pegi 3 tempat..sama je jawapan..
apapon kat akhirat nnt byk aku nak claim dari ahli sihir ni..

syakuntala
03-03-08, 11:52 PM
fikiran selalu runsing
sakit-sakit di belakang bahagian bawah
badan lesu, selalu letih
sakit perut selalu
sakit kulit
rasa ada seseorang tidur di sebelah
terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
suka menyendiri, pendiam
selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen
selalu kena period pain
ada migrain yg kronik
sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi

hikmahurut
08-03-08, 07:55 PM
jin asyik nie kalau dia suka kat pompuan tu...malam2 dia leh datang menyetubuhi pompuan itu...nie kisah benar sbb kwn saya ada kena....

fms
10-03-08, 12:00 PM
jin asyik nie kalau dia suka kat pompuan tu...malam2 dia leh datang menyetubuhi pompuan itu...nie kisah benar sbb kwn saya ada kena....

klu lelaki pon sama..
ialah, susah nak bezakan antara mimpi dan gangguan jin..:monyet::monyet:

xadsnax
11-03-08, 03:12 PM
salam!!
jadi ada tak diantara korang yang tau camna nak elak jin2 cam ni...
atau amalkan surah2 apa yang patut...
segala nasihat n petua2 dri anda amat aq hargai...

k1dz
12-03-08, 09:28 AM
amalkn surah yasin tiap2 mlm / pagi ... inshaAllah ade kelainan dr pelbagai sudut rezki, jodoh, kehidupan, etc... pasang niat awal2 sblm baca; smga Allah permudahankn segala kepayahan..

el-lail
03-04-08, 01:09 PM
:salam:

Saranan saya, jangan baca Yaasin je. Tapi amalkan al-Quran setiap hari..mula dari Al-Fatehah, sambung Al-Baqoroh dan seterusnya. :)

Sapa banyak tanda-tanda berat jodoh sebab gangguan tu, angkat tangan! Jangan risau..setiap masalah ada penyelesaiannya.

Rosululloh saw bersabada, "Mayyuridillahu khoiroyyushib minhu."
Maksudnya Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Alloh, maka Alloh akan mengujinya. - HR Bukhari.

arieed2796
06-04-08, 01:53 AM
:salam:

Ramai kawan kita yang masih membujang kat sini. Pernah kah anda terfikir sama ada situasi 'berat jodoh' yang anda hadapi itu ada kaitan dengan gangguan jin atau sihir pemisah?

Cuba kesan melalui tanda-tanda yang telah dikenalpasti hasil pengalaman mangsa dan pengamal rawatan Islam ini. Jika banyak YA daripada TIDAK, kemungkinan anda sedang menghadapi gangguan jin asyik (jin jatuh cinta pada manusia) atau kemungkinan menghadapi sihir gagal nikah.

Tanda-tanda Gangguan Jin Asyik dan Sihir Gagal Nikah / Sihir Pembenci / Sihir Pemisah:
fikiran selalu runsing
sakit-sakit di belakang bahagian bawah
badan lesu, selalu letih
sakit perut selalu
sakit kulit
rasa ada seseorang tidur di sebelah
terasa 'disentuh' ketika tidur, bila sedar..badan tak dapat bergerak (dihimpit)
suka menyendiri, pendiam
selalu mimpi hamil / dukung anak macam anak sendiri
selalu mimpi 'bersama' dengan seorg yg tak dikenali
orang nampak tidurnya seperti sedang mengeluh
orang nampak tidurnya dgn mengunyah..gigi berlaga
selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit
selalu sesak nafas waktu petang lepas asar
imsomnia - lama cuba tidur tapi tak dapat tidur walaupun badan dah letih
bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
selalu mimpi binatang/mahkluk huduh / kena kejar / melompat terjun dari tempat tinggi / kena bunuh / mimpi kawen
selalu kena period pain
ada migrain yg kronik
sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadi
InsyaAlloh, ada cara untuk menyelesaikannya.

saya ada masalah ini

fikiran selalu runsing
sakit-sakit di belakang bahagian bawah
badan lesu, selalu letih
bila dah tidur, selalu terjaga tengah malam
sakit-sakit lain yg susah nak sembuh, contohnya resdung
halangan masa beribadat contohnya mengantuk masa mengaji, solat n berzikir.
selalu benci dgn org yg nak jadikan calon isteri / bila dah berkenan, ada halangan yg buat tak jadiyang last selalu difikirkan bila ada yang berkenan ada aje halangan kat situ.

fms
19-04-08, 11:23 PM
kat forum ni pon korang leh kongsi pengalaman anda terkena sihir..
moga2 dpt laa forumer merawat sakit sendri..

http://www.terapialquran.com/forums/index.php?act=idx

organick
21-04-08, 04:50 PM
A very good thread!

Saya ingin berkongsi sikit. Adik perempuan saya pernah mengalami gangguan berikut:

1. Bila tidur malam, dia akan meracau spt bertelingkah dgn seseorg

2. Bila dia naik angin, memang bertindak seolah bukan diri dia sendiri

Hal ini dirujuk kpd pakar perubatan alternatif. Ternyata, dia diganggu sebgitu lama oleh makhluk halus kiriman orang.

Pakar tersebut berjaya mengubati tetapi hanya dengan perkahwinan boleh mengelakkan gangguan makhluk itu lagi.
Justeru, ibu bapa saya mengahwinkan adik saya dgn keluarga terdekat.

Sehingga kini adik perempuan saya sudah sembuh dari simtom2 tersebut.

me'ah kelabu
21-04-08, 05:31 PM
selalu rasa ada sesuatu bergerak di bawah kulit

yup...
ini slalu gak ada rasa...seriyau...gak...

cipher
21-04-08, 06:05 PM
apa2 faktor2 yg menyumbang kpd masalah ni??
ada sape2 bleh bg jawapan??

fms
21-04-08, 10:23 PM
A very good thread!

Saya ingin berkongsi sikit. Adik perempuan saya pernah mengalami gangguan berikut:

1. Bila tidur malam, dia akan meracau spt bertelingkah dgn seseorg

2. Bila dia naik angin, memang bertindak seolah bukan diri dia sendiri

Hal ini dirujuk kpd pakar perubatan alternatif. Ternyata, dia diganggu sebgitu lama oleh makhluk halus kiriman orang.

Pakar tersebut berjaya mengubati tetapi hanya dengan perkahwinan boleh mengelakkan gangguan makhluk itu lagi.
Justeru, ibu bapa saya mengahwinkan adik saya dgn keluarga terdekat.

Sehingga kini adik perempuan saya sudah sembuh dari simtom2 tersebut.

btol ke kawin setel problem??
agaknye jin cemburu buta sbb adik ko dah kawin, dier patah hati dan carik yg lain..

ko rasa aku camtu ke?? aku kene gak..bile pompuan yg ade kaitan ngan aku dah kawin, mcm kurang skit bala..

el-lail
22-04-08, 07:50 AM
apa2 faktor2 yg menyumbang kpd masalah ni??
ada sape2 bleh bg jawapan??
:salam:

Banyak faktornya. Antaranya:

jin jatuh cinta pada mangsa.
jin yang jahat nak menyakat manusia..dah memang tabiatnya.
jin diupah oleh tukang sihir, sebab dengki hianat contohnya lamarannya ditolak mangsa.
kelalaian mangsa, banyak bermaksiat, banyak meninggalkan ajaran Islam.

Kepada semua mangsa, ia perlu diambil sebagai batu loncatan untuk lebih mendekatkan diri kepada Alloh S.W.T. Ini adalah satu rahmat untuk anda.

PenditaGila
22-04-08, 10:08 AM
Mmm.....pakcik pun hairan apa pasal bila berat jodoh selalu dikaitkan dengan masalah jin la....,makhluk halus la.....,sihir la......Selidik dulu, mana tau ada sebab2 lain. Yang penting jangan melemparkan tuduhan sewenang-wenangnya. Bahaya oooo...... Tapi tak dinafikan ada kes yang berlaku disebabkan sihir. Mm.....he,he,he,he...:sengih: aaaa.......:tanya:

MukH
22-04-08, 10:23 AM
penditagila...aku sokong gak statement ko nih...mcm kes member aku sorang nih....dia nih pompuan...mulut mmg powerlah gak...dia ni rase dia secantik nasha aziz kot...memilih sgt...pastu kalo member2 dia yg lain ade bf or hubby...sebok ngata2 tak hensemlah...tak cukup macholahhh...laki ko hitamlahh....laki ko keje despatch/kerani jer...itulah antara ayat yg popular dia slalu kuarkan....

ini antara contoh org yg lambat jumpa jodoh...sama2lah kita pikir....mungkin dgn mulut & perangai kita....jodoh tu makin jauh....or langsung tak lekat...

poyo sgt pun susah gak....nak tunjuk kt mak pun problem....heheheheh...

princes82
22-04-08, 10:26 AM
mcm ne pulak dgn kes sy ni/
bile jumpe lelaki je mesti diorg akan mengadu yg bulu roma diorg naik laa..badan rasa panas laa......lepas tu dah tak nak jumpe sy lagi..memasing menghilangkan diri.............. :riso:

el-lail
22-04-08, 10:42 AM
mcm ne pulak dgn kes sy ni/
bile jumpe lelaki je mesti diorg akan mengadu yg bulu roma diorg naik laa..badan rasa panas laa......lepas tu dah tak nak jumpe sy lagi..memasing menghilangkan diri.............. :riso:
:salam:

Sis, tanda-tanda yang disebutkan sebelum-sebelum ni ada tak?

Apa kata sis carik calon pak ustaz pulak, meremang bulu roma jugak tak? :tumbuk:

Bagi mereka yang tak ada kombinasi beberapa tanda, tak perlu risau sangat dan jangan fikir sangat pasal gangguan mahkluk tu. Terus berdoa dan perbaiki diri je..adalah jodoh nanti.

izafarid
22-04-08, 10:45 AM
btol ke kawin setel problem??
agaknye jin cemburu buta sbb adik ko dah kawin, dier patah hati dan carik yg lain..

ko rasa aku camtu ke?? aku kene gak..bile pompuan yg ade kaitan ngan aku dah kawin, mcm kurang skit bala..

tak semestinya bro,
kena someone advise cara nie, tak bleh main pukul rata ajer.
biasanya pompuan ajer, biler kawin masa dia banyak terisi, tak keseorangan, ada kawan nak bersembang, layan, mengadu, dll

princes82
22-04-08, 10:53 AM
sy dah jumpe/kenal....dia pakar rawatan islam..
dia kata sy ada saka..kene pergi berubat..
sblum meet dia kata nak kawan serius dgn sy...
tp lepas jumpe sume kata2nye tak berguna..
tetiba lak kata yg dia tk nak ada komitmen..
dia pun rasa bulu roma meremang masa jumpe sy..
so.skrg ni dia dah menjauhkan diri dari sy..
betul ke saka tu bleh halang jodoh sy?
atau jodoh sy masih jauh?
simptom2 yg dinyatakan tu ada jugk laaa..
tp skit belakang tak penah pulak..
cuma skrg ni badan rasa letih lesu..tak de semangat..takde keyakinan...kepala sakit..bukan migrain coz sblh kanan je..
ada sesape bleh tolong sy?

princes82
22-04-08, 10:55 AM
org yg sy kenal tu mungkin el-lail kenal...

me'ah kelabu
22-04-08, 11:04 AM
selalunya fenomena cm gini...
ada dengar dr pengalaman org...

kdg2 kita dah berkenan ngan org tu mcm nk rak...dah bg hati dan perasaaan tp...tb2 klu gaya nk msuk gerbang perkahwinan mcm2 hal yg menghalang dan membuatkan terpaksa dibatalkan..dan putus ditgh jln...

lepas tu plak...

org kita x berkenan plak ada je nk kan kita la..nk masuk minang la..nk tuh nk nie...tp hati & perasaan x dak..x kan nk gamble je...

ada kah ini 1 sb halangan..,,pd diri seseorang tuh...

mmg la faktor jodoh ketentuan ilahi..tp klu selalu ja jadi cm tuh...parah gak tuh...
sb bkn dgn sorang ja tp byk dah yg jd mangsa...

kdg2 klu ajak umah terus dah x jadi..agaknya di umah tuh ada sesuatu x...

PenditaGila
22-04-08, 12:59 PM
mcm ne pulak dgn kes sy ni/
bile jumpe lelaki je mesti diorg akan mengadu yg bulu roma diorg naik laa..badan rasa panas laa......lepas tu dah tak nak jumpe sy lagi..memasing menghilangkan diri.............. :riso:
Bab ni kena scan la dulu dengan ayat sama ada betul atau tak anggapan diaorang tur. Entah2 bukannya bulu roma yang naik,nafsu yang naik ceh!! Ada2 saja.....aaaar. Sori aaar.....:neves:

izafarid
22-04-08, 12:59 PM
selalunya fenomena cm gini...
ada dengar dr pengalaman org...

kdg2 kita dah berkenan ngan org tu mcm nk rak...dah bg hati dan perasaaan tp...tb2 klu gaya nk msuk gerbang perkahwinan mcm2 hal yg menghalang dan membuatkan terpaksa dibatalkan..dan putus ditgh jln...

lepas tu plak...

org kita x berkenan plak ada je nk kan kita la..nk masuk minang la..nk tuh nk nie...tp hati & perasaan x dak..x kan nk gamble je...

ada kah ini 1 sb halangan..,,pd diri seseorang tuh...

mmg la faktor jodoh ketentuan ilahi..tp klu selalu ja jadi cm tuh...parah gak tuh...
sb bkn dgn sorang ja tp byk dah yg jd mangsa...

kdg2 klu ajak umah terus dah x jadi..agaknya di umah tuh ada sesuatu x...

banyak kemungkinan,
rujuklah masalah kepada yang arif, face to face.
dan ada masa dan ketikanya,
tiada hati dan perasaan pada seseorang tidak bermakna ianya akan berkekalan, dan seringkali perkawinan yg bermula dengan perasaan sayang diakhiri dgn penceraian...

PenditaGila
22-04-08, 01:07 PM
sy dah jumpe/kenal....dia pakar rawatan islam..
dia kata sy ada saka..kene pergi berubat..
sblum meet dia kata nak kawan serius dgn sy...
tp lepas jumpe sume kata2nye tak berguna..
tetiba lak kata yg dia tk nak ada komitmen..
dia pun rasa bulu roma meremang masa jumpe sy..
so.skrg ni dia dah menjauhkan diri dari sy..
betul ke saka tu bleh halang jodoh sy?
atau jodoh sy masih jauh?
simptom2 yg dinyatakan tu ada jugk laaa..
tp skit belakang tak penah pulak..
cuma skrg ni badan rasa letih lesu..tak de semangat..takde keyakinan...kepala sakit..bukan migrain coz sblh kanan je..
ada sesape bleh tolong sy?
Berkemungkinan saka,sihir atau sesuatu yang ghaib mengekori. Daripada pengalaman pakcik kena scan dulu la....Jika saka keturunan tidak terlepas daripada merasuki diri sendiri dan keadaan orang yang dirasuki itu jadi kuat dan tenaga yang luar biasa. Pernah kena rasuk ker? Meremang bulu roma pun boleh jadi juga. Sama seperti kena sihir. Apa2 pun scan dulu.

princes82
22-04-08, 02:18 PM
tidak la pulak sampai ke rasukan...
bab naik nafsu tu pun mcm boleh jadi jugak..ada la part2nye..walaupun sy tak pernah goda mereka..
cuma sy pernah la dulu2..selalu jugak la tinggal sorang2 kat rumah dlm 1minggu - 2 minggu lamanye..sebab parents g bandar jaga kakak dlm pantang.sy tak boleh ikut sbb keje waktu tu..so,mmng sy berani gile la tinggal sensorg kat umah...kekadang pun terasa gak macam ada penjaga..walaupun sy menafikan utk diri sendiri...
tp itu kisah dulu...masa muda remaja lepasan spm..
skrg ni..selepas je thn 2004..semangat sy serta keyakinan sy padam serta merta..kalau buat ape2 pun,rasa macam tak de mende...kalau kene buli pun rasa diri ni macam redha je...
skrg ni sy dah betul2 lemah..terpikir jgk nak dgr rukyah tu..tp tak berani..tak tau kenapa.
ada tak perawat(popuan) islam utk kaum wanita?
sy rasa seperti sgt2 perlu utk berjumpa dgn nye.

sy dah cukup lama bersabar...
setiap kali jumpe/kenal lelaki mesti yg tak berniat baik di hati mereka..
mungkin kah disebab kan itu juga?

kupia
23-04-08, 12:05 AM

Mungkin saka, mungkin penghalang jodoh hanya perawat yang boleh tentukan. Tak semestinya perawat perempuan sahaja, yang penting cari ustaz yg betul2 buat rawatan al Quran, dia tak merawat bukan muhrim tanpa kehadiran muhrim sama, kena tutup aurat semua kena ambik wuduk, alas kain bila pegang bhg kepala.

Pastikan apa2 mimpi yang menakutkan, selalunya dia mesti terjaga dalam ketakutan selepas mimpi awal pagi. Mimpi yang bersangkutan selalunya mimpi jatuh dari tempat tinggi.

Rawatan yang tulin lepas baca ruqyah perawat mesti boleh berinteraksi dengan makhluk yang mengganggu, jelas tak ada sembunyi2 semua yang hadir boleh mengikuti.

Tinggal dekat area mana? kalau2 boleh kita rekomen rawatan yang benar2 boleh dipercayai.

organick
23-04-08, 07:56 AM
Penggunaan istilah "perubatan Islam" perlu diperbetulkan di sini.

Sesungguhnya Islam menerima semua kaedah perubatan yang telah dibuktikan keberkesanannya asalkan ia tidak melanggar dasar-dasar Islam.

Nabi s.a.w sendiri pernah meminta ubat daripada orang bukan Islam, lantas baginda memakannya.

Ini membuktikan bhw Islam menerima segala bentuk perubatan yang terbukti kemujarabannya.

Justeru, penggunaan istilah "perubatan berasaskan al-quran" adalah lebih sesuai utk merujuk kaedah perubatan yg menggunakan ayat-ayat suci al-quran.

Wallahu 'alam

princes82
23-04-08, 09:16 AM
pernah jugak mimpi terjatuh.tapi masa nak jatuh tu terus tersedar.dgn rasa takut jugka la..tp dah lama tak mimpi mcm tu..dulu2 je..
ada kawan yg rekemen kan sy pergi ke darrussalam kat gombak tu.tp dia kata kene pergi dgn famly..tp kalau sy pergi hanya utk meng'scan' dulu boleh kan?

Humairah
23-04-08, 10:57 AM
Teringat pula pd seorang kenalan -jumpa waktu servis kereta..

Dia ckp dia dapat gangguan -dimana dia lambat jodoh lepas tuh dia rasa lenguh2 kat sendi sampai kena masuk hospital, hospital lak tak dapat kenal pasti masalah/penyakit dia.....lepas tuh ok sikit sbb berubat cara tradisi....tp masih tak berapa sihat.....

ttg adik perempuan dia pulak- lepas melahirkan anak sulung, meracau2 dan marahkan suaminya.....hampir2 nak bercerai suami isteri....

lepas tu dibawa berubat kg...saudara sebelah suami adiknya...pakcik yg kerja kg nih tanya...dia ada kakak perempuan tak? pompuan tuh cakap ada.....dia cakap makhluk yg ganggu kakak dia lg kuat.....dan dia suh datang jumpa dia ....kot2 dia boleh tgk2kan.....adik dia tu kat Besut....

erm.....kadang2 cam pelik kan? mistik sungguh......

p/s; bersembang pasal mistik sbb waktu tuh baca buku ttg perubatan Islam menggunakan AlQuran yg ada kat pusat Servis Perodua tu