PDA

View Full Version : Qada & Qadar -- suatu kupasan jelas



k_a_a
03-04-08, 12:55 PM
Saya kira saya antara org2 yang tak berapa jelas tentanqg Qada & Qadar.

Harap ada yg boleh memberi kupasan yg detail (serta persoalan2) tetapi tidak memeningkan demi untuk makluman kita semua.:ahha:

Contoh persoalannya adalah, adakah nasib/takdir kita yg sudah tertulis dapat diubah melalui doa yang mengubah Qada & Qadar seseorang itu? Ini salah satu contoh soalan dari org yg tak pandai spt saya...

Terima kasih in advance.

xamel2001
03-04-08, 01:16 PM
Hidup kita ni dipenuhi dgn pelbagai kebarangkalian. Setiap kebarangkalian tu ada ketentuan nasib sesorg tu.

Nasib ini ditentukan dgn keputusan yg kita buat.

Tentang penggunaan doa utk mengubah Qada dan Qadar tu, my opinion, kurang berkesan kalau bersandarkan doa semata-mata. Kita kena berusaha dan setelah berusaha baru kita tawakal.

Allah takkan menyusahkan hambanya dgn 'fixed destiny'. Kalau kita ingin berubah, Qada' & Qadar kita pun akan berubah.

My 5 sen. (2 sen dah dibundarkan)

DatukM
03-04-08, 01:34 PM
rujuk
http://www.bincang.net/forum/showthread.php?p=1734628

DatukM
03-04-08, 01:41 PM
aku xbole nk edit posting b4
kopipes


The eminent Muslim scholar, Dr. `Atiyyah `A. Lashin, Professor of Jurisprudence at Al-Azhar University, states:

"Qadar, or Divine predestination is of two kinds:

1. Unconditional predestination

2. Conditional predestination.

Du`a has nothing to do with the first kind, while it may change the second one. This ruling is based on the Hadith that reads: "Nothing could change the Qadar except Du`a."

(Musnad Ahmad, Vol. 5, Hadith no. 277; Sunan At-Tirmidhi, Vol. 3, Hadith no. 139; and classified as Hasan (good) Hadith by Al-Abaani in Sahih Al-Jami`, Hadith no. 7687)

Shedding more light on this issue, Dr. Muzammil Siddiqi, former president of the Islamic Society of North America (ISNA) and member of the Fiqh Council of North America, answers:

"Du`a' has great power; it can change many things. We should always pray to Almighty Allah and should never give up hope in the acceptance of Du`a'. Du`a is the most important act of worship. It does not mean that we or any other human or jinn have power, but it means that Allah, the Almighty, has power and He can do whatever He wills. Du`a is the recognition and acknowledgement of our dependence upon Allah, Most High, and our deep faith that He can change anything. There are many verses in the Qur'an and many Hadiths that emphasize the importance and necessity of Du`a'. The Prophet, peace and blessings be upon him, said, "Du`a benefits in the things that have happened as well as the things that have not happened yet. The calamity comes down, but the Du`a confronts it and they may continuously wrestle until the Day of Resurrection." (Reported by Al-Hakim.)

In another Hadith, it is reported that the Prophet, peace and blessings be upon him, said, "Nothing can change the Qadar except the Du`a" This Hadith is reported by several authorities on Hadith, such as Imam Ahmad, Ibn Hibban, Al-Hakim, and Ibn Majah etc. Most of the scholars of Hadith consider it an acceptable Hadith.

There is no contradiction between our faith in the power of Du`a to Allah and in our belief in the Qada' and Qadar of Allah. Scholars have explained that there are two types of Qada' (Allahs Decrees):

a. those that are known as Qada' Mubram (absolute decrees);

b. and those that are known as Qada' Mu`allaq (conditional decrees).

The absolute decrees do not change, but the conditional one may change if and when the conditions are fulfilled. Such decrees are based on the fulfillment of causes, as well as Du`a. However, it is important to keep in mind that every thing is in the pre-existent knowledge of Almighty Allah. The knowledge of Allah, Most High, does not change, but the conditional decrees may change. Allah Almighty says in the Qur'an: "Allah effaceth what He will, and establisheth (what He will), and with Him is the source of ordinance." (Ar-Ra`d: 39)

taken from http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544922

pu3_cute
03-04-08, 01:54 PM
ape yang saya dengar di tv..
"Berdoa' dan bersedekah boleh mengubah Qada' d langit ~ Ustaz Mohd Zawawi Yusoh, Pensyarah UIAM."

satu cth ialah kes kehilangan adik sharlini..
ustaz zawawi memperkatakan tentang kehilangan adik sharlini..

sharlini telah hilang dan dikhuatiri d bunuh seperti nasib yg menimpa nurin jazlin.. (mintak d juahkan nau'zubillah)

ustaz menasihatkan, d samping usaha mencari d semua tempat.. ibu bapa dan org ramai d nasihatkan berdoa' memohon dr Allah..

memetik kata2 ustaz, Qada' masih boleh d ubah.. manakala Qadar sudah ketentuan dan tidak dpt d ubah..

mana tau, Allah memperkenankan doa' & sedekah kite.. org tu nak bunuh x jadi bunuh.. dan d pulangkan anak tersebut..

begitu juga dgn bersedekah..

"Sedekah itu dapat menutup 70,000 kejahatan/ keburukan yg bakal menimpa"

--> Barangsiapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dgn kekayaanmu, brgsiapa yg mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dgn ilmunya dan brg siapa yg mempunyai tenaga, bersedekahlah dgn tenaganya.

sekadar pendapat..

chi loco
03-04-08, 05:09 PM
Artikel ni byk membantu saya memahami Qada' dan Qadr dgn lebih jelas.. Hopefully it will do the same to you..

taken from => http://www.mail-archive.com/islah-net@yahoogroups.com/msg06259.html

SOALAN: Dr Danial apakah maksud qada dan qadar, mubram dan muallaq. Dan apakah
kaitannya dengan usaha serta ikhtiar yg kita lakukan? ( Di
http://formulacemerlang.com/ )

JAWAPAN: Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari
azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian
seperti mana yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, sebelum kejadian alam
semesta, Allah menetapkan gas atau asap akan memenuhi angkasa raya diikuti
dengan kejadian bintang-bintang dan planet-planet dan itulah sebenarnya yang
telah berlaku tanpa dapat dihalangi. Allah menetapkan satu bahagian oksigen
perlu bercantum dengan dua bahagian hidrogen untuk menjadi air dan hakikat ini
tidak dapat diubah sampai ke bila-bila. Allah menetapkan kaum wanita dan
bukannya kaum lelaki yang mengandung dan melahirkan anak dan hakikat ini juga
tidak boleh diubah. Allah menetapkan mata sebagai alat untuk melihat dan
telinga untuk mendengar dan fungsi ini akan berterusan sampai ke bila-bila.
Allah menetapkan setiap yang hidup pasti merasai mati dan tidak ada seorang
pakar perubatan pun yang mampu mengubah kenyataan ini. Semua ini dan yang
lain-lainnya tidak dapat diubah sebab ia adalah ketetapan Allah sejak dari
azali lagi berdasarkan kebijaksanaanNya yang tanpa batas dan ia telah menjadi
hukum alam yang dikenali sebagai hukum sebab musabab dan sebab akibat. Justeru,
hukum alam yang berkait rapat dengan kehidupan manusia ini adalah sebahagian
daripada ketetapan qada dan qadar.

Isu yang hangat diperkatakan tentang qada dan qadar ialah, adakah tindak tanduk
manusia juga telah ditentukan oleh Allah sejak dari azali lagi? Syed Sabiq di
dalam kitabnya Al-Aqaid Al-Islamiyah berkata: "Imam Al-Khathabi telah berkata:
'Ramai orang mengira qada dan qadar adalah pemaksaan Allah ke atas hambaNya dan
manusia hanya mengikut apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sebenarnya
pandangan yang seperti ini adalah salah kerana takdir adalah ketetapan Allah
berdasarkan ilmu Allah yang Maha Mengetahui tentang kejadian yang akan berlaku
berhubung semua perkara..' Pengetahuan Allah tentang sesuatu perkara tidak akan
mempengaruhi kehendak hamba itu."

Di zaman Omar Al-Khattab ra, seorang lelaki telah ditangkap kerana mencuri dan
beliau telah dibawa menghadap khalifah Omar. Lelaki itu telah disoal: "Mengapa
kamu mencuri?" Lelaki itu menjawab: "Kerana Allah telah mentakdirkan ini ke
atas diri saya." Khalifah Omar ra amat marah dengan lelaki ini lantas beliau
terus berkata: "Pukul lelaki ini dengan tiga puluh sebatan selepas itu potong
tangannya." Lelaki ini terkejut dengan hukuman itu dan terus bertanya: "Mengapa
hukumannya begitu berat?" Berkata Omar Al-Khattab ra: "Kamu akan dipotong
tangan kerana mencuri dan disebat kerana berdusta atas nama Allah." Maksudnya,
manusia diizinkan Allah utk membuat pilihan dan hal ini adalah sebahagian
daripada ketetapan qada dan qadar.

Hukum sebab musabab atau sebab akibat adalah takdir. Manusia dapat menolak
takdir dengan takdir yang lain kerana kesemua itu telah dicipta dan ditetapkan
oleh Allah bagi manusia. Justeru, takdir lapar dapat dihilangkan dengan takdir
makan, takdir dahaga dapat dihilangkan dengan minum dan takdir mengantuk dapat
dihilangkan dengan tidur. Mengikut sebuah riwayat yang sahih, khalifah Omar
Al-Khattab ra enggan memasuki kampung tertentu di Syam kerana ketika itu ia
sedang dilanda wabak taun. Sahabat Abu Ubaidah ibn Jarrah ra bertanya kepada
Omar ra: "Mengapa kamu lari dari takdir Tuhan?' Omar ra menjawab: "Aku lari
dari takdir Allah kepada takdir yang lain." (Tarikh At-Tabari)

Kesemua ini menunjukkan, Allah tidak pernah mengikat dan menzalimi manusia
malah sebaliknya manusia telah diberi kebebasan untuk menentukan jalan hidupnya
sendiri. Walau bagaimanapun, segala keputusan manusia tidak boleh keluar dari
ruang kemanusiaan yang telah Allah tetapkan dan Allah sejak dari awal lagi
telah mengetahui segala keputusan yang akan diambil oleh manusia.

Takdir mempunyai beberapa bahagian, pertama ialah takdir di dalam ilmu Allah
yang azali. Ia bermaksud Allah telah mengetahui segala-galanya sebelum ia
benar-benar berlaku. Takdir di dalam bentuk ini tidak boleh dan tidak mungkin
berubah secara mutlak. Jika ia berubah ia mencacat kesempurnaan Allah dan hal
ini adalah mustahil di sisi Allah. Berhubung dengan ini Allah berfirman:
"Keputusan di sisiKu tidak akan berubah dan Aku sekali-kali tidak menzalimi
hamba-hambaKu." (Surah Qaaf ayat 29)

Takdir ini dikenali sebagai qada mubram atau 'takdir yang pasti' dan
mengingkarinya akan menyebabkan seseorang menjadi kafir mengikut ijmak ulama.

Takdir yang kedua ialah takdir yang tertulis di Lauh Mahfuz dan ia dikenali
juga sebagai takdir mu'allaq. Mengikut K.H. Sirajuddin Abbas di dalam buku 40
Masalah Agama, takdir ini boleh berubah dari masa ke semasa, sebagai contoh,
jika seseorang telah ditakdirkan hidup hingga ke usia 60 tahun, dan beliau
sering menghubungkan tali persaudaraan dengan manusia, Allah mungkin menambah
umurnya melebihi 60 tahun. Atau jika seseorang telah ditulis akan memasuki
neraka kemudian di hujung hidupnya beliau bertaubat dan melakukan amal salih
dengan penuh keikhlasan, berkemungkinan beliau akhirnya akan dimasukkan ke
dalam syurga. Berhubung dengan ini Allah berfirman: "Allah menghapuskan apa
yang Dia kehendaki dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan di sisi-Nya
terdapat Ummul Kitab." (Surah Ar-Ra'd ayat 39)

Imam Baijuri di dalam kitab Tuhfatul Murid Syarh Jauharatut Tauhid berkata:
"Lauh Mahfuz, mengikut pendapat yang hak, menerima penghapusan dan penetapan."
Di antara perkara yang boleh mengubah ketetapan di Lauh Mahfuz ialah doa dan
amalan yang baik, berdasarkan sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: "Tiada yang
boleh menolak takdir selain doa dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali
perbuatan yang baik." (TIrmIzi)

Justeru, Omar Al-Khattab ra pada suatu ketika, telah melafazkan doa-doa ini
ketika bertawaf: "Ya Allah, jika Engkau telah mentakdirkan aku tergolong di
dalam golongan orang-orang yang bahagia, tetaplah aku di dalam keadaan aku.
Sebaliknya jika Engkau telah tetapkan aku di dalam golongan orang-orang yang
****** dan berdosa, hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah aku ke dalam
golongan orang-orang yang mendapat kebahagiaan dan keampunan."

Dalam bab mencari jodoh, nabi sendiri menyuruh kita memilih pasangan yang
betul. Oleh kerana kita disuruh memilih secara yg betul, kita mempunyai
pilihan. Justeru, berusahalah dan dalam konteks perkahwinan berusahalah utk
mencari jodoh berdasarkan landasan agama dan mintalah petunjuk Allah
tentangnya. Allah tidak pernah menzalimi manusia.

RUJUKAN: BUKU 'EMPAYAR MINDA MUSLIM' OLEH DR DANIAL BIN ZAINAL ABIDIN

azharkm
04-04-08, 12:25 PM
A'kum wbt,

Segala puji bagi Allah yang memberikan saya masa untuk menulis sedikit tentang apa yang saya tahu. Penulisan saya ini cuma berdasarkan sedikit pembacaan dan pemahaman saya dari Kitab Syarah Hikam, Ihya Ulumuddin, Minhajul Abidin dll. Saya memohon Allah agar pemahaman saya ini selari dengan kitab2 yang disebutkan diatas. Jika tidak, saya berharap agar pembaca2 di forum ini dapat menegur saya.

Saya akan bermula dengan sifat Qada' dan Qadar yang telah disebutkan sebelum ini


memetik kata2 ustaz, Qada' masih boleh d ubah.. manakala Qadar sudah ketentuan dan tidak dpt d ubah..
Terdapat sebahagian ulama' yang berpendapat sebaliknya. Tapi ini adalah tidak penting sebab ia cuma penggunaan perkataan sahaja.

Berpandukan kepada sifat Qada' dan Qadar di atas, definisi Qada' dan Qadar telah diberikan sebelum ini seperti


Qada dan qadar ialah ketetapan Allah yang telah ditentukan sejak dari
azali lagi berdasarkan ilmuNya yang Maha Tinggi, disusuli dengan kejadian
seperti mana yang telah ditetapkan.
Saya ingin memberikan pemahaman saya, apa itu Qadar dan apa itu Qada' sebenarnya dalam bahasa yang yang senang saya fahami. Almaklumlah bahasa ulama2 yang telah disebutkan sebelum ini amatlah tinggi hingga tidak terdaya akal fikiran saya untuk mencakupnya.

Qadar untuk manusia dan jin semasa mereka hidup (tidak termasuk makhluk lain seperti pokok dsb, dan tidak termasuk sebelum dilahirkan dan selepas mati) pada bahasa pemahaman saya (bahasa yang rendah) adalah cabang-cabang pilihan (atau cabang2 keputusan) Allah dari masa seseorang dilahirkan hingga dia meninggal dunia. Cabang2 pilihan ini telah diketahui dan ditetapkan oleh Allah sejak azali lagi, dan cabang2 ini tidak berubah seperti yang dinyatakan di atas.

Sebagai contoh, apabila kita menghadapi masalah, kita mungkin ada tiga pilihan untuk bertindak seterusnya. TIGA pilihan itu sudah termasuk dalam pengetahuan Allah sejak azali lagi. Malah kemungkinan Allah sudah menetapkan ada 100 lagi cabang pilihan sejak azali lagi. Akan tetapi, cabang2 plihan tidak kita ketahui disebabkan lemahnya kita sebagai hamba Allah.

Perlu difahamkan disini cabang2 pilihan ini adalah dari ketetapan Allah, bukan kita yang ditetapkan. Cuma apa yang kita rasa kita bebas membuat pilihan, itu sebenarnya adalah sebahagian dari cabang2 pilihan yang Allah telah tetapkan. Atau dengan kata lain, cabang2 pilihan Allah adalah lebih dari apa kita boleh fikirkan sebagai pilihan kita. Jadi cabang2 pilihan Allah ada yang kita suka, atau pada kebiasaanya, sebahagiannya akan menjadi pilihan kita, dan ada cabang2 pilihan yang kita tidak suka. Sebagai contoh, pada sesuatu masa, kita mungkin memilih untuk makan atau untuk menonton tv. Tetapi mungkin ada cabang2 pilihan dari Allah yang berkeputusan kita sakit selapas ini, kita dibuang kerja selepas ini dan sebagainya.

Cabang2 pilihan yang tidak kita sedari mungkin akan diberitahu oleh Allah melalui ilham, atau melalui kejadian2 diluar sangka kita seperti tiba2 kita berjumpa dengan orang yang akan menolong kita dan sebagainya. Seperti yang dinyatakan dalam ayat 2 surah Al-Talak, sesiapa yang bertakwa kepada Allah, Allah akan menolong mereka dari jalan2 yang tidak disangka2.

Jadi dengan cabang2 pilihan ini, Allah memberi kita kemudahan untuk membuat pilihan, disertakan usaha, ikhtiar dan doa. Bila kita sudah membuat pilihan, maka dengan keizinan Allah, Allah akan akan menjadikan sesuatu mengikut pilihan kita, atau mungkin Allah tidak menjadikannya. Adalah HARUS bagi Allah menjadikan atau tidak menjadikan sesuatu.

Apabila kita membuat pilihan, dan Allah jadikan pilihan kita, maka terjadilah dosa dan pahala. Sebagai contohnya, apabila seseorang lelaki tiba2 nampak seorang perempuan yang begitu cantik, maka lelaki tersebut memilih untuk memandang perempuan tersebut selama yang mungkin. Maka apabila Allah jadikan dia melihat perempuan itu sehingga naik nafsu syahwatnya dengan menghadapkan muka dan mata lelaki itu ke tubuh dan muka perempuan tersebut, maka jadilah dosa untuk lelaki tersebut, Tetapi Allah juga boleh tidak menjadikan lelaki tersebut memandang perempuan itu, Sebagai contoh, kemungkinan sebaik sahaja lelaki itu membuat pilihan, Allah jadikan telefonnya berbunyi, Jadi dia terpaksa menjawab telefon tesebut sehingga perempuan cantik itu terlepas pandang dari lelaki tersebut, maka tidaklah terjadinya dosa.

Peristiwa di mana seseorang membuat pilihan dengan usaha, ikhtiar dan doa, dan kemudian Allah jadikan atau tidak jadikan sesuatu mengikut pilihan tersebut, itulah yang dinamakan Qada'. Jika Allah tidak menjadikan, Allah akan menetapkan natijahnya dicabang pilihan (atau cabang keputusan) yang lain walaupun cabang pilihan itu tidak berada didalam pengetahuan sesorang. Sebagai contoh, seseorang mungkin memilih untuk berada di tempat kerja pada pukul 9 pagi, tetapi dengan Qada' Allah, dia berada di hospital pada pukul 9 pagi kerana kemalangan. Berada di hospital itu bukanlah daripada cabang pilihan(atau cabang keputusan) yang dia ketahui. Jadi bolehlah dikatakan dengan keizinan Allah, sesuatu Qada' itu boleh berubah ke Qada' yang lain.

Selepas sesuatu Qada' berlaku, bermulalah cabang2 pilihan yang lain yang telah ditetapkan oleh Allah, Dan dengan pilihan, usaha, ikhtiar dan doa kita, maka terjadilah Qada' yang lain berdasarkan cabang2 pilihan yang terkemudian itu.

Dari penerangan di atas, dapatlah kita simpulkan pilihan kita tidak terlepas dari cabang2 pilihan Allah. Atau dengan kata lain pilihan kita tidak terlepas daripada IRADAH Allah. Mahasuci Allah yang berkuasa diatas tiap2 sesuatu.

Sekiranya ada yang payah untuk memahami apa yang telah saya penakan, saya memohon berbanyak keampunan. Untuk lebih mudah kita amalkan kepercayaan kita kepada Qada' dan Qadar, bolehlah kita bertawakal seperti apa yang telah dinyatakan di dalam Minhajul Abidin


tawakal bererti berusaha bersungguh2 dan pasrah kepada Allah swt serta PERCAYA AKAN PERTOLONGAN ALLAH
Untuk itu sahaja setakat ini. Terima kasih

azharkm

PenditaGila
05-04-08, 11:44 AM
Ada ketentuan baik dan ada ketentuan buruk. Maka ketentuan itu ada yang telah tetap (tdk boleh diubah) seperti ajal. Manakala ketentuan yang boleh diubah melalui amalan adalah seperti rezeki,kebaikan,keburukan,cerdik,pandai,bodoh dan sebagainya melalui doa serta amalan. Wallahu 'alam bissawab.

Pendeta
05-04-08, 11:34 PM
Pendapat aku.

Dari permukaan, sangat senang untuk kita sebut apa dia Qada' dan Qadar. Tapi, kalau kita fikir jauh lagi, kita takkan dapat selesaikan dan akhirnya kita terpaksa menerima konsep ini seadanya.

Kenapa:

Allah Maha Mengetahui. Dia tahu apa yang telah, apa yang sedang dan apa yang akan.

Jika kita dijadikan dengan sesuatu fitrah, maka apa sahaja pilihan yang Allah sediakan kepada kita, Allah sudah tahu yang mana satu kita akan pilih. Ini kerana Dia tahu setiap perkara yang akan terjadi. Kita tidak boleh membuat pilihan yang memberi kejutan kepada Allah (We cannot surprise God).

Jika kita diberi peluang menentukan takdir sendiri sekali pun, melalui doa, maka Tuhan yang Maha Mengetahui ini juga sudah mengetahui samada Dia akan makbulkan atau tidak doa tersebut, walaupun ia belum terjadi kerana, Allah Maha Mengetahui.

Allah tidak boleh tidak tahu. Allah tidak boleh buat silap. Contoh ringkas:

Jika hari ini Dia telah menetapkan hari ini aku akan kesempitan duit, maka:

1. Dia tahu aku akan berusaha untuk dapatkan duit (atau tidak).

2. Maka Dia juga akan tahu aku akan berusaha dengan bersungguh - sungguh atau tidak.

3. Maka juga Dia tahu aku akan bertawakal atau minta rahmat-Nya melalui doa (atau tidak).

4. Maka dia akan tahu samada aku akan terus berdoa tanpa usaha (atau tidak).

5. Maka Dia akan tahu juga samada doa aku akan Dia makbulkan (atau tidak).

Ini adalah teori conditional fate (takdir berikutnya bergantung kepada "pilihan" aku sekarang). Ilusi "pilihan" yang ada kepada aku ialah, aku boleh pilih samada:

1. Aku akan berusaha (atau tidak).

2. Aku akan bersungguh - sungguh (atau tidak).

3. Aku akan terus berdoa (atau tidak).

4. Aku akan usaha dulu, baru doa.

Samada Allah akan memakbulkan doa aku atau tidak, ini diluar pengetahuan aku. Jika 1 betul, maka aku ada peluang 50-50 untuk menentukan 2. Jika 2 betul, 50-50 untuk aku "pilih" tindakan 3, dan seterusnya. Ini adalah sifat aku yang tidak maha mengetahui, aku hanya mampu berhipotesis, dan menjangka. Aku tidak tahu.

Tetapi Allah tahu setiap satu antara dua, antara tiga, antara seratus, antara seribu, Allah tahu yang mana satu akan terjadi. Dia juga tahu samada Dia akan membenarkan atau tidak perkara itu terjadi sebelum masanya tiba lagi! Dan kemungkinannya ialah hakikat ini tidak akan berubah, kerana untuk Allah mengubah pengetahuan ini akan menunjukkan bahawa pengetahuannya sebelum ini salah. Ini adalah mustahil. Tuhan tidak boleh salah!

Jadi di mana ruang untuk kita mengubah nasib kita? Allah sudah tahu samada kita akan berdoa atau tidak, dan dia tahu doa itu akan makbul atau tidak. Adakah "pilihan" kita akan juga menentukan nasib orang lain? Jika aku memilih untuk berkahwin hari ini dan mendapatkan anak, maka takdir anak aku kemungkinan akan bermula sembilan bulan sepuluh hari dari sekarang. Jika aku tidak berkahwin, apakah kisahnya takdir "anak" aku ini nanti?

Jawapannya kita tidak akan tahu. Tajuk ini sangat mudah kita meleret - leret dan tidak akan ada penghujung. Ia sama kesimpulannya dengan perbincangan yang membincangkan wujudkah Tuhan?: Kita tidak akan tahu di dunia ini, maka kita pilihlah untuk percaya atau tidak.

Apa yang aku buat bila setiap kali aku terfikir perkara ini ialah aku terima konsep ini seadanya. Jika aku benar - benar boleh buat pilihan, maka aku akan cuba pilih yang terbaik. Jika aku tidak boleh membuat pilihan, maka aku akan cuba sedaya upaya memahami kenapa aku berbuat demikian dan tidak menyalahkan Allah kerana walaupun Dia sudah tentukan segala - galanya, rahmat-Nya sangat luas dan aku berharap bila ditanya mengapa aku berbuat sekian - sekian, aku akan boleh jawab (walaupun dia sudah tahu samada aku akan boleh jawa atau tidak huhu) dan Dia berbelas kepada aku. Walau apa pun yang benar antara dua, kita masih hamba yang lemah.

Persoalan "jika Allah sudah tahu semua, macam mana kita boleh pilih?" boleh dijawab dengan "Allah itu maha berkuasa, Dia boleh buat apa saja Dia suka termasuk memberi kita kebolehan untuk memilih". Tetapi untuk persoalan "Jika Dia sudah tahu semua, maka adakah dia sudah tahu siapa yang akan masuk syurga/neraka?", maka jawapannya ialah "ya", tetapi kerana inilah ada hadis yang menyebut, ketika sesuatu ciptaan dijadikan, maka Allah telah menetapkan keatas Diri-Nya "Rahmat Ku akan mengatasi Kemurkaan Ku". Di sinilah pemboleh ubahnya: Adakah kita ini akan atau layak dirahmati?

Jadi saya cadangkan, melainkan untuk memahami konsep perkataan "Qada' dan Qadar", silalah berbincang. Tetapi untuk pergi lebih jauh, saya rasa ia amat berpotensi untuk menyesatkan akidah kerana ini adalah satu cabang yang memerlukan akal tunduk kepada akidah. Jika gagal, maka sesat. Ia amat mempengaruhi akidah kerana akidah adalah "state of mind". Kita tidak memilih untuk percaya atau tidak percaya sesuka hati, ini adalah pilihan subconsious. Tetapi kita boleh memilih setakat mana pembacaan kita dan topik - topik beginilah yang memerlukan iman yang kuat untuk menundukkan akal, yang akan menentukan subconscious mind, seterusnya state of mind ini tadi.

Eh...meleret pulok..:sengih:

So sekian jelah dulu....

God knows Best.

PenditaGila
08-04-08, 06:19 PM
Nevermind he,he,he,he....:sengih: