PDA

View Full Version : Bagaimana hendak menjaga keimanan diri?



NurKekal
23-04-08, 01:46 PM
Imanů.what is Iman? Bagaimana hendak menjaga iman or kuatkan iman? Saya suka membaca dan baru baru ini ada terbaca satu keratan akhbar di Iqrak. Satu statement tentang dosa orang tidak solat 5 waktu lebih besar dari penzina. Adakah dengan solat lima waktu saja dapat jaga iman? Ada juga saya dengar statement dari kawan bahawa orang yang ada tanda di dahi menunjukkan dia selalu sujud (means dia selalu solat kan?) :tanya: tapi..... belum tentu akhlak nya bagus. Pada pandangan saya, iaman kuat ke tidak, itu antara Allah dengan seseorang itu kerna tidak dapat dinilai langsung. Betul? Tolong perbetulkan saya jika saya salah. :peace:

supin_supian
23-04-08, 02:13 PM
buat apa yg di perintahkan oleh Allah swt...
tinggalkan apa yg dilarang Allah swt...
betulkan jika haku salah...
:peace:

gagek7
23-04-08, 02:46 PM
tidak ada sesuatu pun yang terjadi dalam kehidupan ini melainkan dengan izin Allah.
Kita rasa gatal hidung masa tgh sembahyang dan kita fikir bahawa kalau kita garu baru lah hilang gatal tu, tapi sebenarnya Allah yang mengizinkan rasa gatal itu hilang.
Kita pegi hospital sebab nak ambik ubat untuk baik drpd demam, padahal demam itu baik kerana Allah yg sembuhkan - maknanya bukan ubat tu yg menyembuhkan tapi Allah.
Dapat tak gambarannya?
Kita dibuang kerja dan risau bila takde kerja takdapat nak makan pulak sebab takde duit, tapi sebenarnya kalau kita yakin (beriman) pada Allah bahawa Dia akan pasti menolong hambanya yg memohon pertolongan = mesti kita dapat makan dan etc...
untuk lebih paham tanya dengan Ustaz/Ulamak.

xamel2001
23-04-08, 02:56 PM
Iman….what is Iman? Bagaimana hendak menjaga iman or kuatkan iman? Saya suka membaca dan baru baru ini ada terbaca satu keratan akhbar di Iqrak. Satu statement tentang dosa orang tidak solat 5 waktu lebih besar dari penzina. Adakah dengan solat lima waktu saja dapat jaga iman?

Solat sahaja tak dpt menjaga iman. Ni sebab selain dari org yg ikhlas solat, ada org solat sbb terpaksa. Ada juga yg solat sbb nak menunjuk. Tapi solat ada memainkan peranan dlm mengekalkan keimanan. Solat ni part of Rukun Islam - org Islam perlu mengerjakannya utk 'mengesahkan' dirinya Islam. Bhg iman tu, refer pada Rukun Iman yg 6 tu.


Ada juga saya dengar statement dari kawan bahawa orang yang ada tanda di dahi menunjukkan dia selalu sujud (means dia selalu solat kan?) :tanya: tapi..... belum tentu akhlak nya bagus.

Kalau org tu hantuk dahi kat dinding pun, bertanda jugak, kan? :sengih:


Pada pandangan saya, iman kuat ke tidak, itu antara Allah dengan seseorang itu kerna tidak dapat dinilai langsung. Betul?

Agree. Iman ni bukan sesuatu yg kita boleh 'zahirkan' utk tatapan umum.

Thread ni ada membincangkan pasal iman - Click me! (http://www.bincang.net/forum/showthread.php?t=82143)

NurKekal
23-04-08, 03:35 PM
[quote=xamel2001;1912404]Solat sahaja tak dpt menjaga iman. Ni sebab selain dari org yg ikhlas solat, ada org solat sbb terpaksa. Ada juga yg solat sbb nak menunjuk. Tapi solat ada memainkan peranan dlm mengekalkan keimanan. Solat ni part of Rukun Islam - org Islam perlu mengerjakannya utk 'mengesahkan' dirinya Islam. Bhg iman tu, refer pada Rukun Iman yg 6 tu.

Solat sbb terpaksa?...better than tak solat langsung kan? ye ke? :tanya:

Kalau org tu hantuk dahi kat dinding pun, bertanda jugak, kan? :sengih:

Kenapa nak hantuk dahi ke dinding? :tanya:ade ke orang macam tu?

izafarid
23-04-08, 04:04 PM
Solat sbb terpaksa?...better than tak solat langsung kan? ye ke? :tanya:


cuba ingat masa kecik-kecik dulu,
apa yg mak ayah tak paksa?
kena marah/pukul kalau makan tangan kiri,
kena paksa sembahyang tak? dah beso nie kena paksa lagi tak? kalu tak buat rasa apa?

btw,
better solat dlm keadaan terpaksa lebih baik drpd langsung tak solat, lama kelamaan bila dah biasa akan terasa cam kehilangan/kekurangan bila tak buat dan akhirnya akan timbul keikhlasan

supin_supian
23-04-08, 04:19 PM
btw,
better solat dlm keadaan terpaksa lebih baik drpd langsung tak solat, lama kelamaan bila dah biasa akan terasa cam kehilangan/kekurangan bila tak buat dan akhirnya akan timbul keikhlasan

yeah...
itu yg kita mahukan...
sgt2 lah betul apa bro ni ckpkan...

xamel2001
23-04-08, 04:29 PM
izafarid,

Contoh yg sesuai berkenaan solat sbb terpaksa. Thanks.

-----------------------------------


Solat sbb terpaksa?...better than tak solat langsung kan? ye ke?

Ada sorg kawan yg berfikiran camni. Dah puas kitorg mengajak. Reasoning mcm ni aku anggap sebagai alasan taknak solat. Reply izafarid dah sums it up. Mula2 rasa mcm paksaan tp lama2 rasa lost kalau tak solat.

-----------------------------------


Kenapa nak hantuk dahi ke dinding? ade ke orang macam tu?

Tu contoh je. Tanda di dahi tu tak boleh dijadikan ukuran keimanan seseorg tu. Nnt ada pulak yg tanya mcm mana dgn org yg rajin solat tapi takde tanda kat dahi tu.

NurKekal
23-04-08, 04:42 PM
ha...betul juga. Bukan semua orang akan ada tanda kat dahi kan? But kenapa boleh terjadi ya? tanda tu?

fosilmitra
23-04-08, 05:00 PM
ha...betul juga. Bukan semua orang akan ada tanda kat dahi kan? But kenapa boleh terjadi ya? tanda tu?

:salam:

Dlm satu ceramah YB Zulkifli Nordin... beliau ada bercite... panjang citenyer lantas acik pendekkan... nabi SAW mengatakan bahawa umat diakhir zaman yg tidak mengenai baginda adalah saudara baginda... sahabat bertanya bagaimana nabi leh kenal depa sumer nie... nampak pun idak... maka nabi menjelaskan bahawa nabi nampak mereka melalui wajah mereka yg terpancar cahaya putih hasil dari wuduk yg sempurna...

Wuduk nie perlu dijaga dgn sempurna tuan▓... ada yg ambik mudah pasal wuduk nie... walhal waktu bilal ditanya oleh nabi amalan apakah yg menyebabkan selipar bilal kedengaran di syurga maka bilal kata disebabkan dia sentiasa berwuduk 24 jam... begitulah lebih kurang citenyer... Dgn berwuduk kiter boleh terhindar dari melakukan perkara▓ yg terlarang at the same time kenalah jugak solat 5 waktu...

So, nak ada tanda didahi tue... rajin▓lah berwuduk dan bersolat... sekian.

Wallahu a'lam bisshawab.

azharkm
23-04-08, 06:27 PM
A'kum,

Dalam ceramah Ustaz Prof Dr Jahid, mendirikan solat (bukan asalkan solat) ini melibatkan aktiviti zahir, aktiviti hati dan aktiviti roh. Solat dalam ilmu syariat banyak menggunakan pergerakan zahir kecuali berniat pada permulaan solat. Syarat sah sembahyang banyak melibatkan pergerakan zahir, tanpa melibatkan pergerakan hati dan roh..

Ilmu tasawuf pula menggalakkan aktiviti hati untuk mengingati Allah semasa bersolat dengan menggunakan ilmu tauhid sekali. Solat dengan aktiviti hati sepenuhnya itulah sembahyang yang khusyuk. Aktiviti hati ditujukan sepenuhnya untuk mengingati Allah dengan memikirkan kewujudan Allah, kesempurnaaNya dan keagunganNya.

Mendirikan solat dengan melibatkan aktiviti roh hanya boleh dicapai oleh orang2 soleh yang telah mencapai peringkat ihsan. Contoh orang yang sampai ke peringkat ini ialah Saidina Ali. Diberitakan untuk mencabut panah yang terlekat di badan Saidina Ali ialah ketika Saidina Ali mengerjakan solat.

Disebabkan itulah seseorang muslim sebaik-baiknya mempelajari ilmu fekah, tauhid dan tasawuf, agar kita boleh berpindah dari solat secara zahir, kepada solat dengan hati sekali, dan akhirnya solat dengan roh sekali.

Ada yang berkata

Solat sahaja tak dpt menjaga iman.
Mendirikan solat itulah yang menjaga iman, bukan asalkan solat (solat dengat aktiviti zahir sahaja, bukan dengan aktiviti hati kepada Allah).


kena paksa sembahyang tak? dah beso nie kena paksa lagi tak? kalu tak buat rasa apa?
Masa kecik2, kita kena paksa sembahyang sebab untuk mendisplinkan zahir kita. Bila dah besar ni.. patut kita dah berusaha untuk mendisplinkan hati kita pulak untuk menggerakkan hati kepada Allah semasa bersolat.

Sebab itu mendirikan solat (bukan asal solat) dapat meningkatkan ketakwaan kita (taat kpd yg disuruh, meninggalkan apa dilarang). Sekaligus meningkatkan keimanan kita.

Orang yang asalkan solat (solat secara zahir shj) itu hatinya lalai daripada mengingati Allah semasa sembahyang. Hatinya teringat2 kepada keasyik2an dan masalah2 dunia. Bagaimana keadaan hati yang lalai ini dapat ditingkatkan keimanannya? Sebenarnya, saya pun selalu sebegini. Jadi, sama2lah kita berusaha untuk mendirikan solat.


Solat sbb terpaksa?...better than tak solat langsung kan? ye ke?
Better jauhkan daripada berkata begini sebab inilah taktik syaitan untuk memastikan hati kita tidak mengingati Allah (hati kita lalai) semasa solat. Kalau solat dah terpaksa mestilah, solat tuk setakat batuk ditangga je, cepat-cepat dan hati mesti menjurus kepada agenda dunia yang nak dibuat selepas habis solat. Kenapa kita tidak berminat untuk menggerakkan hati kita sekali semasa bersolat sedangkan kita berpeluang berbuat sedemikian semasa pergerakan zahir kita dalam solat?


Sekian shj

azharkm

NurKekal
24-04-08, 07:55 AM
Alhamdulillah...syukur...

I am so grateful with all the input here. Terima kasih banyak-banyak. More input would be appreciate. :peluk:

izafarid
24-04-08, 09:22 AM
..
Disebabkan itulah seseorang muslim sebaik-baiknya mempelajari ilmu fekah, tauhid dan tasawuf, agar kita boleh berpindah dari solat secara zahir, kepada solat dengan hati sekali, dan akhirnya solat dengan roh sekali.
...

sekiranya tiada kesempatan untuk mempelajari ilmu fekah, tauhid dan tasawuf, cubalah hayati maksud setiap ayat yang dibaca semasa solat
dan apabila ada kelapangan carilah guru. buku & internet hanyalah sumber alternatif
dengan buku tiada sesi soal jawab
dengan internet tiada sentuhan jiwa
hanya dengan guru, ianya sempurna

poloman
24-04-08, 10:05 AM
salam..

pertama sekali, kita perlu tahu apa definasi iman, apa maksud iman?.

Iman dalam bahasa mudah kita ialah percaya, yakin atau dalam bahasa english, ia disebut sebagai believe..

Kita ambil perumpamaan beginilah.. untuk kita bekerja dan menjadi "ahli keluarga" kepada sesuatu syarikat, adalah patut bagi kita untuk mengetahui, mempunyai rasa yakin terhadap syarikat itu dan percaya bahawa syarikat itu mampu terus maju dan berkembang supaya masa depan kita terjamin. Aku yakin, kita tidak akan sertai mana mana syarikat yang tunggang langgang sehingga nak bayar gajipun tertangguh tangguh.

Begitu juga dengan islam.. Kita perlu mengetahui, yakin dan percaya bahawa islam, adalah satu satunya agama yang dapat menjamin masa depan kita nanti.. (apa maksud masa depan di sini?).. Keyakinan adalah datang dari hati dan keyakinan dan kepercayaan terbahagi kepada 2 secara am..

1. timbul keyakinan atau kepercayaan pada kita sebab orang lain.. (dia meyakinkan kita dengan kata-katanya, kelakuannya, kejayaannya dan lain lain lagi..)

2. Timbul keyakinan atau kepercayaan dari dalam diri kita sendiri.. (ini berdasarkan pengalaman kita, pengetahuan kita, pemahaman kita dan lain lain lagi..)

keyakinan dan kepercayaan yang pertama kita bergantung kepada orang lain, kalau kita nak kaitkan dengan islam, kita yakin dan percaya kepada islam kerana bergantung kepada input yang kita perolehi dari ibu bapa kita (mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam hidup kita sejak dari kecil), keluarga kta, guru-guru, sahabat dan orang orang sekeliling kita tanpa kita mengetahui apa apa.. bagaimana jika kepercayaan mereka sebenarnya terpesong? nescaya kepercayaan kita juga terpesong sebab apa yang kita ada hanya bergantung kepada yang lain 100%.

Pada kepercayaan yang ke2, ianya datang dari dalam kita, berdasarkan pemahaman kita dari mereka yang sekeliling kita juga, dari pembacaan, observation dll. tetapi berbezanya sekarang ialah, ianya timbul dari dalam hati kita, bukan kerana pengaruh semata mata dan sesungguhnya inilah keyakinan dan kepercayaan yang terbaik.

Kepercayaan inilah yang memutikkan iman dalam diri kita, kepercayaan inilah yang akan membuatkan kita berpegang teguh kepada islam. dan Allah telah berfirman dalam Al-quran..

Al-baqarah, ayat 208 "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam sepenuh penuhnya dan janganlah kamu menurut langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata"

Itu bukan paksaan, itu ialah peringatan kepada orang-orang yang beriman. Jika kita yakin, percaya (beriman) kepada Allah, nescaya kita akan masuk ke dalam islam sepenuh penuhnya dengan penuh kerelaan.. dan jika keyakinan dan kepercayaan itu berdasarkan pengaruh orang semata mata, kita akan "masuk" dengan keterpaksaan (bukan dengan rela) yang pada hakikatnya bukan bermaksud masuk yang sebenar-benarnya..

Persoalan yang terbesar di sini ialah, bagaimana untuk kita memperolehi kepercayaan dan keyakinan yang datang dari hati kita terhadap Allah? (keyakinan dan kepercayaan sebenarnya tidak boleh dipaksa)

Salam... TKMTC

Kuro-Obi
24-04-08, 06:51 PM
bagi saya...kalu buleh tak moh la..ade bekas hitam didahi...dulu ade sket..pastu ..cuci2 nak hilang kan,dan hilang la mende tuh......x bes la...x macho jadi....skang ni..nampak lagi sket kesan sket antara dua kening tuh...

Humairah
24-04-08, 07:40 PM
iman ni ada naik turunnya...

masa kita happy...mewah......ramai kawan...family sayang...kawan baik2....kerja cemerlang...movie best...kereta best...segalanya ada...solat kurang memberi nikmat....kata org kerana byk sgt /sibuk sgt dgn keseronokan dunia...solat kadang sekadar solat tanpa ruhnya....kata org sekadar ambil syarat (bg yg takmo solat bg aku mmg jenis bodo sombong kalau tak pun sbb jahil agama n need others help)

tp dikala dirundung malang...banyak hutang...nak exam...mintak kerja..masalah...krisis...down...frust.......solat kita kusyuk...doa pun leleh2 air mata...harap sungguh2 pd Allah kan sbb tak boleh mintak tolong pd yg lain kan?

ketaatan kita hakikatnya bukan sekadar dlm solat.....solat adalah saat kita amat dekat padaNya.....tp kdg kita tak appreciate peluang tersebut.....just take for granted....:(

p/s: kesan iman terpancar pd akhlak dan contribution seseorang dalam melaksanakan amanah sbg khalifah sbgmana yg dianjurkan/diperintahkan.......org yg mantap iman pasti akhlak konsisten, disiplin dan integiriti pun tinggi jer......erm......haku yg hati bolak balik nih asyk confius sokmo......
:(

NurKekal
25-04-08, 06:05 PM
Saya notice juga bila tidak kusyuk dalam solat, saya akan tersalah sujud and ruku. Contohnya bila sepatutnya solat 3 rakaat pi buat 4 rakaat, bila kena ruku terus pi buat sujud. Memang kena buat balik dari mula kan?

BobSponge
26-04-08, 10:12 PM
ruku' tu rukun. Mesti buat...

Humairah
01-05-08, 12:09 AM
Saya notice juga bila tidak kusyuk dalam solat, saya akan tersalah sujud and ruku. Contohnya bila sepatutnya solat 3 rakaat pi buat 4 rakaat, bila kena ruku terus pi buat sujud. Memang kena buat balik dari mula kan?


Sama la ngan saya....
Kalau rasa tak cukup rakaat atau tak sure rakaat...saya sujud syahwi....

Mmg susah nak nafikan kadang2 byk sgt gangguan dlm solat tambah2 kalau byk sgt masalah yg masih terbawa2 dan difikir waktu nak solat...

Selain tuh ada sy baca...kerana kita tahu kualiti solat fardu tak seberapa, kita tambah dgn solat nafawil...(solat sunat ba`diyah dan qobliyah dan solat malam...waima 3 rakaat(3 rakaat witir @ 2 rakaat tahajud dan 1 rakaat witir- sama ada selepas isyak atau bangkit tidur sebelum subuh)

konsep yg sy tau biar sedikit tp konsisten@istiqomah.......:)

PenditaGila
02-05-08, 08:04 AM
Orang yang beriman pasti diuji. Maka bersedialah untuk memantapkannya dengan jalan2 amal.:sengih:

eksp
02-05-08, 03:59 PM
Iman dan keyakinan kepada Allah dan perkara-perkara ghaib yang termaktub di dalam rukun Iman. Ada sesetengah ulama' berpendapat, tanda seseorang itu beriman, dia suka dan gembira di dalam melakukan perintah Allah, takut dan sedih apabila terbuat larangan-larangan Allah.

Bila ianya dikaitkan dengan solat, bagi orang awam di peringkat permulaan seperti kebanyakan daripada kita, Solat tidak dapat meningkatkan iman, sebaliknya kerana imanlah kita dapat mendirikan solat.

Contohnya begini, bagi orang yang iman lemah, bayangkan nak bangun subuh, sedangkan cuaca pagi sejuk (tambah pula kalau terkena waktu hujan) Selimut tu rasa berat nak tolak, betul tak? Dan kadang-kadang boleh pulak kita tarik lagi selimut dan sambung tidur walaupun azan dah habis dilaungkan... Sedar2 lagi 10 minit nak syuru'! Biasa tak kita berdepan dengan situasi ini?

Tetapi bagi orang yang kuat sedikit imannya, dia mampu untuk tolak selimut tuh dan tunaikan solat subuh, lebih kuat lagi boleh turun ke masjid @ surau. Kerana iman di dalam hati terpanggil untuk menyahut seruan Allah... aik, panggilan kekasih tengah malam buta pun boleh susah payah untuk bangun dan jawab, ini kan pula panggilan Allah? Mestilah lagi boleh, betul tak?

Namun, sampai satu peringkat di mana solat salafussolehin (orang-orang terdahulu yang soleh), di dalam solat mereka pun, iman mereka meningkat. Kerana mereka telah mencapai satu peringkat di dalam solat di mana seolah-olah mereka melihat Allah, atau sekurang2nya mereka yakin Allah melihat mereka. Kerana setiap kali sebutan nama Allah di dalam azan, atau di dalam solat itu sendiri membawa kesan kepada hati mereka

Di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman,
"Sesungguhnya orang beriman itu apabila disebutkan nama ALLAH, gementar hati-hati mereka (dengan ketakutan), dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka maka meningkatlah iman mereka. Dan hanya kepada Rabb (Tuhan) mereka betawakkal (bergantung"
Surah Al-Anfal 8 : 2

Wallahualam