PDA

View Full Version : Kenapa orang kita suka skim cepat?



azharkm
22-05-08, 02:58 PM
A'kum,

Dari bacaan saya di


Yang menariknya, hasil daripada siasatan Thomas F. Lennon (http://www.tlennonfor12dailypro.com/), individu yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk menyiasat dan mengambil alih 12 Daily pro kerana beroperasi menyalahi undang-undang, beliau mendapati kumpulan pelabur luar Amerika teramai terdiri daripada rakyat Malaysia.
Sila baca http://www.tlennonfor12dailypro.com/media/2nd_Interim_Report.pdf

Itu menunjukkan orang kita suka skim cepat kaya.. Dari dulu lagi. Sekarang ni dah banyak skim piramid cara terang2 contohnya http://www.e-jariah.net/index.php. Mereka menggunakan nama amal jariah yang kononnya menolong orang Islam.. yang terang2 sekali merupakan skim piramid. Kalau nak tahu kenapa skim piramid haram.. sila baca disini (http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=229&Itemid=98)


Banyak yang tak kira halal haram.. asalkan buat duit. Belum masuk lagi pelaburan internet yang lain-lain seperti swiss cash dan lain2 lagi. Kalau nak tahu kenapa swiss cash haram sila baca disini (http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=302&Itemid=98)

MLM pun boleh jadi haram kalau caranya tidak mengikut kaedah Islam. Sila baca di ustaz zaharuddin website (http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=72)

Kenapa ramai orang2 Islam kita yang menjadi hamba duit, takut duit hilang, bukan takut rahmat Allah hilang. Nak duit banyak2, bukan nak rahmat Allah banyak2.

Rezeki yang terbaik adalah rezeki yang membuat kita lebih dekat dengan Allah, walaupun sedikit. Kita ni hamba Allah,, bukan hamba rezeki.

azharkm

azharkm
22-05-08, 02:59 PM
Title tertinggal perkataan "kaya"

Eric Tiong
22-05-08, 04:15 PM
Title tertinggal perkataan "kaya"

:peace:sebab title "kaya" tu la...ramai yg nak jadi kaya tp dgn kadar segera. Usaha minimum tp nak hasil max...nak hasil cepat dgn usaha mudah...sdg kan sema org tau yg mudah x kan dtg bgolek...

Puncanya nafsu tamak lebih kuat dari sebab 'bodoh tak tau' sbb kebykan org tau, ikut logik akal tau tp akhirnya masuk jugak...x pe la masuk dulu, ikut untung sabut...mane le tau nasib aku( dah mcm bjudi pulak)

4 MLM(excuse me kalau tsinggung) i've never agree with the system sblum us.zaharudin tegur lagi. Sebab x der keadilan sejagat, takat jadi introducer bole dpt overiding etc. n futher more saper yg create sistem ni kalau bukan yahudi..cuma amat malang ader pulak ustaz yg masuk dan nak halalkan sistem. Yg dah top pulak tu dilabel usahawan(betul usahawan ke kalau ikut takrif usahawan sebenar):oppp::oppp::oppp:

Pada aku la, kalau nak kaya usaha kuat2 biar sikit2 tp kumpul jd bukit...biar business kecik tp tak susahkan org mcm anak2 cina yg g oz tu xyah mtak biasiswa pun tp bapak cuma tokeh kedai runcit, berniaga yong tau foo etc.tp boleh tanggung anak study kat oz, x kaya tu...:peace::peace:

se7en
22-05-08, 04:29 PM
kebanyakan manusia nak kaya cepat....
xyah berpeluh...n berusaha..

so demand akan ade jek ...even org ckp haramkan pun...tp kalo demand ada...bende nie masih kekal disitu:D

Pendeta
22-05-08, 05:03 PM
Dalam mata saya, bukan semua multi-level-marketing adalah bersistem piramid, dan bukan semua skim piramid adalah multi-level-marketing.

Direct selling, direct marketing, apa saja namanya, adalah idea yang baik. Yang merosakkannya ialah sistemnya dan praktisnya. Sepanjang saya bernafas dan didekati oleh golongan yang percaya kepada sistem - sistem ini, tidak ada satu pun yang tidak memerlukan kerja keras. Ini bukan masalah saya.

Masalahnya terletak kepada kejujuran ketika "merekrut".

"Awak ada impian?"
"Nak jadi kaya tak?"
"Nak jadi boss?"

Ayat intro memang manis. Lepas tu tunjuk cheque ribu - ribu. Claim sendiri punya, sedangkan nanti nak kena split dengan anak buah ni! Tapi nak tari orang punya pasal, halal aje tipu macam tu, bohong sunat. Meh sini aku sunat kali penghabisan.

Satu je nama ringkas untuk orang begini: penipu.

Betul, memang ada yang cheque tu dia punya sendiri. Tapi itu bukan point. Point saya ialah, halalkah duit yang didahulukan dengan usaha yang berasakan penipuan dan manipulasi? Halal - haram duit tak semata - mata letak pada sistemnya: bebas riba atau tidak, profit-sharing ratio, etc; tapi juga pada cara ia dilaksanakan.

Semua ni berbalik kepada soalan azharkm, kenapa orang kita suka sangat nak kaya cepat? Melalui skim lagi. Scheme. Scheming. Bila sebut scheming ni, nilai pertama masuk otak, negative sikit. Ada scheme yang baik, tapi terima kasih kepada penggunaan, scheming atau kata dasarnya, scheme, bukan selalu membawa maksud yang baik. Meleret pulak.

Kenapa orang kita suka benda - benda ni? Aku sendiri masih pelik. Takjub pun ada juga.





Salahkan sistem pendidikan lah kot.

fosilmitra
22-05-08, 05:11 PM
Dalam mata saya, bukan semua multi-level-marketing adalah bersistem piramid, dan bukan semua skim piramid adalah multi-level-marketing.



:salam:

Setuju dgn kamu Pendeta. Yg acik percaya, tak semua MLM itu ditegah oleh syarak... cuma kenalah kiter sumer berusaha utk memastikan yg mana satu ditegah dan yg mana satu dibolehkan...

Wallahu a'lam bisshawab.

eksp
22-05-08, 05:22 PM
mula2 tengok tajuk, macam pelik...skim cepat? skim cepat apa? hehehe.. skim cepat kaya rupanya...

saya tanak komen panjang2... cukuplah dengan saya mengatakan, TIADA JALAN PINTAS UNTUK MENGGENGGAM KEJAYAAN MELAINKAN DENGAN USAHA KERAS, DOA DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH

tu je... tak kiralah dalam MLM, direct selling, niaga udang, burger kat pasar malam... yang penting sah mengikut syariah... mereka yang mengaku boleh cari jalan pintas dan jadi jutawan tuh, janganlah cepat percaya dan terpedaya....

kalau dari bab muamalat... lebih baik rujuk banyak sumber2... web UZAR antara yang terbaik zaharuddin.net (http://zaharuddin.net)

Eric Tiong
22-05-08, 05:30 PM
:ahha:Ada tak sistem multi level dalam sistem perniagaan Islam atau pernah dicetuskan oleh cendiakawan/ekonomis Islam dan sistem ini memberi keadilan sejagat dari segi ratio keuntungannya. Dan adakah anda akan berjumpa saya kalau saya buat apt dan kata saya ingin menerangkan sistm MLM Islam? Ayat biasanya, jom lah ikut aku dengar international commerce biz, ni internet biz ni bukzn MLM...Belum aper2 dah menipu(kalau kata strategi ke ia tetap menipu..)So kalau in the 1st place ko da guna ayat tipu, adakah segala yg akan diceritakan kemudian menjadi benar...

Tapi:oppp::oppp::oppp:baca bismillah dulu seblm jwb dah byk kes topik ni jadi emo...tp kalu dah off topik dari "kaya" td pls kunci ler:jadibaik::tolongla::tolongla:

Humairah
22-05-08, 06:35 PM
mungkin sbb hutang dah banyak.....nak cover hutang...masuk skim yg leh cptkan lupus hutang......

satu lg kalau tgk orang kita sekarang ramai yg lebih respek orang kaya dr orang yg berilmu dan jujur....yg jujur dikata bodoh...lurus bendul.....banyak kerja pun tak kaya2.....dengan duit kuasa dan pangkat pun manusia sanggup beli........

lepas tuh yg kaya bisnes cara halal pulak...ada pulak sedara seagama yg dengki.....buat fitnah la.....bomohkan la.....

aku rasa dua punca je.....dengki kelebihan orang dan dihasut rasa tamak.......

sbb aku pun rasa mende tuh pun ada dalam diri aku.........:(

Mitsui
22-05-08, 09:54 PM
secara keseluruhanya..sebenarnya kita hanya nampak mereka yang mahukan kaya dengan skim cepat kaya ni..

tapi di sebaliknya.. sebenarnya ada orang yang dah sedia kaya hanya dengan menjual plan skim cepat kaya ni..

yang kita lepas pandang.. pada orang yang menciptanya.. perkara ni akan berlanjutan selagi manusia tu ada akal dan fikiran.

cuba la pergi cek kat memana.. kalau ada info lagi bagus.. berapa sebenarnya seorang perunding yang mencipta sistem perniagaan macam ni dapat bila menjual plan strategi bisness macam ni..

Eric Tiong
22-05-08, 10:27 PM
:peace: perasan tak sebenarnya lebih untung menjual 'sistem jualan' dari produk jualan? caranya mudah...lapik kan nama program yg indah2...favorite sekarang mesti la relate to IT dan jgn lupa ayat usahawan. Then create a propability ratio dengan andaian segala faktor lain adalah berkadar malar then pasti 5-6 angka sebulan :mataduit::mataduit::mataduit:

:siulan:Kumpul lah kata2 pujangga management guru then relate to sistem maka kembang-kempis la hidung pendengar2nya...sedar x sedar masuk saham/pelaburan malah ada yg menggunakan 'jariah'. Paling sedih, ada yg guna utk bina madrasah ttp sistem masuk duit to acc 1, acc2 juga...aku penah baca flyernya tp sori da buang....

Tp aku x mo sebut aper produk or co kat sini nti sensitif pulak tp trick/trend nya sama :
1. Iklan bagus2 kalau boleh besar2 1-2 mukasurat
2. Ratio keuntungan kadar malar
3. Testimonial-kalu ada gbr mesti tunjuk thumb-up sebelah 'lampu bulat'

Kwn aku penah study sistem2 ni malah penah kami terlintas nak buat style 'hit n run' tp kat hati aku x sanggup tapi kekadang nak hujah pjg lebar susah silap2 org kita sembang tu dah masuk sistem silap2 sedara pulak tu:ngurat:

Pada aku, biar la aku gunakan biz sistem yg konvensional (ketinggalan zaman la kalau ikut perspektif puak2 tu) tp yg penting 'jujur'..biar org tipu kita jangan kita tipu orang...kejayaan insyaAllah akan datang jua.

Kejayaan di mata masyarakat hari ini adalah merujuk kepada kereta apa yang anda pakai...uih, ustaz yg bagi aku ayat ni :nerd:so kalau anda mengambil faktor ini maka mudah la anda terjebak sama...personally aku lebih prefer biar nampak sengkek mcm apek tp masuk bank 'berkepok'duit dalam suar pendik dia...member2 bank byk jumpa kes mcm ni:hoho::hoho:

eksp
22-05-08, 10:53 PM
:
Pada aku, biar la aku gunakan biz sistem yg konvensional (ketinggalan zaman la kalau ikut perspektif puak2 tu) tp yg penting 'jujur'..biar org tipu kita jangan kita tipu orang...kejayaan insyaAllah akan datang jua.



boleh ke macam tuh?

penilaian tentang halal haram dalam muamalat pada tangan kita, atau pada perintah Allah?

Humairah
22-05-08, 11:10 PM
Tak sesuai guna istilah konvensional.....kaedah tradisional....konvensional orang salah faham bukan sistem yg islamik pulak......:)

Eric Tiong
22-05-08, 11:53 PM
Tak sesuai guna istilah konvensional.....kaedah tradisional....konvensional orang salah faham bukan sistem yg islamik pulak......:)

tq kerana telah memperbetulkan:jadibaik::jadibaik::jadibaik:

eksp
23-05-08, 07:26 AM
tuh la... hati2 dengan istilah... aku pun dah nyaris salah faham tadi....

znorm
23-05-08, 08:22 AM
mula2 tengok tajuk, macam pelik...skim cepat? skim cepat apa? hehehe.. skim cepat kaya rupanya...

saya tanak komen panjang2... cukuplah dengan saya mengatakan, TIADA JALAN PINTAS UNTUK MENGGENGGAM KEJAYAAN MELAINKAN DENGAN USAHA KERAS, DOA DAN TAWAKKAL KEPADA ALLAH

tu je... tak kiralah dalam MLM, direct selling, niaga udang, burger kat pasar malam... yang penting sah mengikut syariah... mereka yang mengaku boleh cari jalan pintas dan jadi jutawan tuh, janganlah cepat percaya dan terpedaya....

kalau dari bab muamalat... lebih baik rujuk banyak sumber2... web UZAR antara yang terbaik zaharuddin.net (http://zaharuddin.net)


yup! go UZAR! znorm start bca web UZAR masa tu org tgh sibuk dgn pelaburan EMPAY. tgh cari maklumat skim ni yg terjumpa web UZAR. alhamdulillah...very informatif. bkn stakat hal2 muamalat je...

fosilmitra
27-05-08, 03:58 PM
:salam:

Sebenarnyer acik masih ternanti˛ jawapan dari saudara TJ mengenai perkara ini... acik rasa˛ mailbox TJ dah penuh kot... dah berulangkali acik PM kat beliau tak berbalas pun.. (sorry terpaksa bagitau kat sini, sekadar utk makluman TJ sahaja)...

Persoalan yg acik ingin utaraselatankan ialah... adakah bersalahan dgn islam jika kiter menggunapakai sistem yg dipelopori atau dijumpai (foundernyer omkafir) yg boleh mendatangkan keuntungan sepertimana sistem MLM nie?... Acik yakin dan percaya bahawa kekeliruan umat islam especially org melayu terhadap MLM ini ialah kerana kekurangan ilmu pengetahuan pasal MLM yg sebenarnyer... da lagi satu negatif thingking mereka terhadap MLM ialah mana ada perniagaan yg boleh untung cepat?.. Kalau cepat sgt maka tak berusahalah org tue... bila takde usaha sgt adekah itu molek dlm islam?

Persoalan nie perlu saudara TJ jelaskan agar sumer dari kiter disini dpt suatu panduan ttg MLM nie... Acik dah byk kali ikuti thread yg mempunyai pandangan TJ dlm MLM tapi kebanyakkannyer acik berpendapat seakan TJ mengatakan bahawa MLM ini tidak mempunyai masalah dlm islam, sila betulkan jika sebaliknyer.

Kenkadang acik tertanya˛ jugak... apabila kiter bekerja makan gaji, byk manalah pendapatan yg kiter mampu perolehi... bagi org kaya, mereka lainlah... wang bukan segala˛nyer bagi mereka... tetapi bagi org miskin bukankah amat memerlukan wang.

Utk mereka yg miskin yg mahu berusaha utk berniaga... nak dptkan tapak kedai dah kena duit, nak dptkan cara nak buat air kacang soya pun nak kena kursus dan pelbagai lagi cara dgn kroni dan itu ini nyer... justeru itu... sampai bila umat melayu nak maju?... Peluang utk berniaga adalah amat sukar bagi mereka... dan sistem yg paling dikatakan berkesan hanyalah MLM...

Ok, maaf sumer, acik mmg dah masuk satu sistem MLM dan produk yg dijual ialah Score A Programme (e-learning) yg mana acik rasakan mampu mendapatkan pulangan yg baik. Pulangan yg bertujuan utk membangunkan semula keberadaan umat islam. Perniagaan education adalah keperluan berbanding coffee, health care, water filter dsb yg bersifat sampingan semata˛. Siapa ibu bapa yg menolak pelaburan utk anaknyer belajar?... Dlm bersamamu TV3 pun, miskin˛ camne pun pendidikan tetap diutamakan utk anak mereka...

Justeru itu acik mohon saudara TJ jelaskan dgn sebaik mungkin adakah sistem MLM ini tak boleh membantu umat islam utk maju dan bersaing dgn musuh islam?

Kalau kiter lihat di Iran pun, begitu ganas sekatan yg ingin diberikan oleh US kpd mereka hanya disebabkan mereka mempunyai sistem kecanggihan senjata yg sama dgn mereka.. jadi adakah salah utk umat islam bersaing dgn musuh islam utk membebaskan diri mereka dari musuh mereka?... Sorrylah kalau tak related sgt pasal nie dgn topik mlm nie... acik permisi duluk pak... :hehe:

Wallahu a'lam bisshawab.

Eric Tiong
28-05-08, 01:54 PM
[quote=fosilmitra;1949290]:salam:


Utk mereka yg miskin yg mahu berusaha utk berniaga... nak dptkan tapak kedai dah kena duit, nak dptkan cara nak buat air kacang soya pun nak kena kursus dan pelbagai lagi cara dgn kroni dan itu ini nyer... justeru itu... sampai bila umat melayu nak maju?... Peluang utk berniaga adalah amat sukar bagi mereka... dan sistem yg paling dikatakan berkesan hanyalah MLM...


:oppp:saya x npk nak niaga air kacang soya tu susah...n kenapa jual air kacang soya tu x bole kaya...YEOS tu kan jual air kacang soya tp jgn la baru niaga tepi jln dah aim nak compete dgn YEOS...yg susah nya nak jual air kacang soya ni susah..penat...dan malu(duduk tepi jln)

Sistem paling bkesan adalah MLM? sistem paling senang sebenarnya malah air kacang soya tu pun boleh di MLMkan...senang sebab senang nak 'jual' orang..bukan barang. Kita bukan jual air sebenarnya tp jual orang yg nak jual air itu. Dalam kes biasa, anda jual air terus kpd pengguna akhir atau pun pengedar yg akan jual kpd pguna akhir. Tp kalau dlm MLM, air itu akan dijual kpd pjual(belum tentu dia beli kerana dia pengguna) yang mcari 4 org lain utk mjual air itu kpd 4 org yg lain lg...begitu la seterusnya...tidak kah sudah berlaku akad ke atas akad.

Syer untung pulak...kes biasa anda jual direct so jual hg runcit tolak kos dpt la untung nya...kalau pengedar then anda kautimla komisennya. abis kat sini...tp kalau apply kat MLM mesti akan ada untung atas untung(over riding) boleh ke, apa usaha kita utk dpt over riding tu...tidak kah ini satu penindasan. O, kata la leader tu byk tolong kita ...betul2 tolong even drive keta dia p ke hulu ke hilir carik customer
..utk the 1st 4 mungkin tp utk the next rangkaian dia ada ke hulu ke hilir lg ker? dan kalau saya nak deal direct jer to company x yah go through leader bole tak?

Ada byk lg argument sebenarnya pasal MLM ni even dlm sistem ekonomi kapitalis pun ada juga argumentnya...tapi sebab nak cepat maka kita apply sistem ni...malah ada yg letak pakej umrah sbg salah satu ganjarannya. Yg bjaya dpt p umrah pulak berdoa depan Kaabah mohon dimurahkan rezeki dan msyukuri nikmat krn telah ditunjukkan jalan mcari rezeki yg diredhai tp sistem pniagaan yg diceburi masih tgantung status halalnya:tanya:

Satu lg, kalau produk tu betul2 baik, mantap kualitinya perlukan sistem pengedarannya secara MLM? Tp, lambat la nak tuai hasilnya...:nerd:

asura
28-05-08, 02:18 PM
MLM yg ada skang ni pon klu dipraktikan
dgn cara yg tidak betul boleh membawa
kpd hukumnya haram/syubhah.

Ada skim piramid yg dijalankan bawah
lesen MLM. Ramai yg keliru termasuk pak
ustaz dan cikgu sekolah. Padahal dorang
ni la yg dijadikan dalil org awam utk terus
memakan duit haram nih.

Skim internet pon same. Pelaburan lah,
cam main kutu lah, offshore lah. Masih
cuba menegakkan benang yg basah.
Ape tidaknya ..duit dah labur beribu2
takkan nak ngaku salah lak ..kan?

sememangnya org mesia terdesak mungkin
kerana angka2 ekonomi yg semakin baik
(bak kate pak lah)


Tp kalau dlm MLM, air itu akan dijual kpd pjual(belum tentu dia beli kerana dia pengguna) yang mcari 4 org lain utk mjual air itu kpd 4 org yg lain lg...begitu la seterusnya...tidak kah sudah berlaku akad ke atas akad.

pembetulan :
1 - MLM bukan wajib jual barang pada ahli dan wajib cari ahli baru utk jual
barangan mereka. Ahli MLM jual barangan pada diri sendri utk keperluan
harian dan dijual juga pada org ramai. Org ramai beli dgn ahli MLM same jer
dgn org tu beli kat TESCO atau JJ atau Kedai runcit. Ahli MLM tidak mengambil
barang daripada upline mereka tetapi megambil barang di Stokis.

Apa yg ayat eric maksudkan tu sistem Piramid atau Metrik yg sememangnya
sistem dorang berkonsep 'head hunter'. Ada juga MLM yg sah mengamalkan
sistem ini disebabkan mengejar 'level' atau 'pangkat' kerana inginkan bonus
besar atau cepat kaya. Disinilah bertukarnya MLM yg halal kpd haram/syubhah

Perlu ingat ..kite terkeliru antara Piramid dan MLM kerana mereka masing2 ada
produk dan bergerak dgn cara berlesen.

2 - sila baca balik hukum akad atas akad tu ..kat web zaharruddin.net
Aku ade tempek kat BDN ni dulu tp lupe dah kat celah mane sebab lame dah.
Aku gak ade tempek kat sini ciri MLM sah dan SKim Piramid.

Eric Tiong
28-05-08, 03:13 PM
:peace:ok tq, nti aku carik n fahamkan...tp sbb ayat favorite itu la "tidak semua MLM itu piramid n tidak semua piramid itu MLM...itu yg perangkap tu

Ok, kata la dlm sistem itu dia beli utk diri dia dan jual pulak kat org2 lain. Adakah putus setakat itu sahaja. Bmaksud, dia beli dari stokis kemudian jual kat sesapa x kira brp ramai pun...habis kat sini shj atau akan bsambung2 pulak kat org2 lain itu...Kalau abis takat tu apa bezanya sistem ini dgn sistem tradisional. Aku carik kat supplier(stokis) lps tu jual la kat buyer( x payah beli utk diri sendiri pun x pe)

Kalau putus setkt itu(bole cepat ker?), aku mungkin bsetuju. Tp, bagaimana pulak peletakan harganya? kalau halalpun akadnya tp harganya 'menyembelih' apa maknanya.(Dlm kebykan kes, hg diletak tinggi sebab sharing komisennya ramai). So, kesimpulannya- satu urusniaga islam yg ada akad plus 'sembelihan halal'? Byk juga yg setat betulkan sistemnya sebab uzar dah tegur.Kalau x, belasah semcm jer

fosilmitra
29-05-08, 12:19 PM
:peace:ok tq, nti aku carik n fahamkan...tp sbb ayat favorite itu la "tidak semua MLM itu piramid n tidak semua piramid itu MLM...itu yg perangkap tu

Ok, kata la dlm sistem itu dia beli utk diri dia dan jual pulak kat org2 lain. Adakah putus setakat itu sahaja. Bmaksud, dia beli dari stokis kemudian jual kat sesapa x kira brp ramai pun...habis kat sini shj atau akan bsambung2 pulak kat org2 lain itu...Kalau abis takat tu apa bezanya sistem ini dgn sistem tradisional. Aku carik kat supplier(stokis) lps tu jual la kat buyer( x payah beli utk diri sendiri pun x pe)

Kalau putus setkt itu(bole cepat ker?), aku mungkin bsetuju. Tp, bagaimana pulak peletakan harganya? kalau halalpun akadnya tp harganya 'menyembelih' apa maknanya.(Dlm kebykan kes, hg diletak tinggi sebab sharing komisennya ramai). So, kesimpulannya- satu urusniaga islam yg ada akad plus 'sembelihan halal'? Byk juga yg setat betulkan sistemnya sebab uzar dah tegur.Kalau x, belasah semcm jer

Maaf... lama tak mendtgkan hujah... Dari statement˛ yg acik baca, kamu lebih menyukai perniagaan yg bersifat 'konvensional' atau berniaga ada premis peniaga dan pembeli gitu... Acik setuju... mmg pokok pangkalnyer BERNIAGA... janji kamu berniaga maka akan beruntunglah kamu dgn hasil usaha yg kamu laksanakan...

Kenkadang... maaf ckplah kat sini... sedih gak dgr org yg tak tahu menahu dan tak masuk pun lagi MLM ataupun kalau dah masuk pun tapi MLM tidak menguntungkan mereka maka mrk dok sibuk nak mengatakan MLM nie tak bagus, rezeki yg tidak diberkati dan lain˛ lagi yg hanya melemahkan semangat org yg hendak mengubah nasib kehidupan mereka kepada yg lebih baik dari semalam... walhal umum menyedari 24 org dah jadi jutawan dgn gaji bulanan 1.2 million hanya kerana MLM... (acik bukan nak mengata kamu ek)

Sebab apa? kalau dlm solat pun kiter tidak mempunyai ILMU... dah tentulah solat mmg solat tapi tidak terjaga seperti solatnyer org yg berilmu... Kena ada ILMU dulu apabila ingin memasuki sesuatu bidang perniagaan nie... tak leh terus dok buat dan kemudiannyer ditinggalkan begitu saja kerana kurangnyer confident dan kurangnyer ilmu KEPERNIAGAAN...

Acik yakin dan percaya, jikalau bukan dgn MLM pun kiter boleh berjaya dgn syarat kena berusaha dan sentiasa memohon agar Allah murahkan rezeki kiter... insyaallah pasti akan berjaya...

Wallahu a'lam bisshawab.

p/s: Kalau ada pape pertanyaan just PM jelah ek... acik dah makin busy lak skang nie dan dah jarang masuk BDN... sedihnyer pulak rasenyer disaat adanyer topik santai˛ di BDN nie... :(

mr_naza
29-05-08, 01:53 PM
boleh x listkan mlm yg sah dari segi syariah dan syarak....tq

asura
01-06-08, 12:06 AM
kalau halalpun akadnya tp harganya 'menyembelih' apa maknanya.

HARAMMM ..

jgn campur MLM yg sebegini ..contoh dan andaian mudah spt dibawah.

andai penjual menjual barang kpd pembeli dengan keadaan terdesak. Penjual itu
menjual bawah harga kos. Maka haram kpd pembeli tadi membeli walaupon penjual
tadi rela menjual barangan mereka.

disini telah berlaku penganiayaan. Jika ada harga 'menyembelih' ..maka terbatal akad
dan haram urusan jual beli tadi. Sebab pembeli sudah teraniaya.

'menyembelih' ni sememangnya salah satu ciri piramid walaupon syarikat tu ade jadi
ahli DSAM atau ada lesen AJL(Akta Jualan Langsung).

Eric Tiong
02-06-08, 10:38 AM
boleh x listkan mlm yg sah dari segi syariah dan syarak....tq


TIADA, saya x jumpa lg, klu org lain jumpa sila kan....list kan :nerd: