PDA

View Full Version : Tiada lagi subsidi minyak



spider
01-06-08, 01:18 PM
Tiada lagi subsidi minyak - Diberi terus kepada pembeli layak - Mekanisme belum diumum

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
dan Oleh JAMDI NASIR

KOTA KINABALU 31 Mei – Tiada lagi subsidi akan diberikan kepada diesel dan petrol yang dijual di negara ini apabila satu mekanisme baru diperkenalkan oleh kerajaan Ogos ini bagi menangani beban kewangan kerajaan yang semakin meningkat.

Sebaliknya subsidi itu akan diberikan terus kepada pengguna yang layak apabila mereka mengisi bahan api itu di stesen-stesen minyak di seluruh negara.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, melalui mekanisme itu subsidi diubah daripada di peringkat pengeluaran sekarang ini ke peringkat jualan.

“Jadi minyak yang dibekalkan dan dibawa dari depot ke stesen-stesen minyak bukan minyak yang bersubsidi.

“Maknanya harga minyak di pam ialah harga tanpa subsidi. Apabila pengguna beli baru dia dapat subsidi. Itupun kalau dia layak terima subsidi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi taklimat program dan aktiviti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Sabah (KPDNHEP) di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini hari ini.

Ketika ini kerajaan membayar subsidi minyak kira-kira RM45 bilion setahun dan angka itu akan terus meningkat ekoran peningkatan harga minyak mentah di pasaran dunia.

Melalui mekanisme itu kata Shahrir, hanya pengguna yang layak sahaja akan diberikan subsidi ketika membeli minyak.

Bagaimanapun katanya, kriteria dan kaedah pemberian subsidi secara terus itu masih belum boleh diumumkan.

Sebelum ini, Shahrir berkata, diesel subsidi kemungkinan besar tidak lagi dijual di stesen minyak apabila penstrukturan semula subsidi bahan bakar negara dilaksanakan tidak lama lagi.

Langkah tersebut merupakan salah satu kaedah untuk memastikan golongan yang berhak sahaja menikmati subsidi diesel.

Menurut Shahrir, mekanisme baru itu juga secara tidak langsung akan dapat mengatasi masalah penyelewengan minyak bersubsidi.

“Sekarang minyak yang dibawa dari depot ke stesen minyak telah disubsidi,” katanya.

Akibatnya, kata beliau, jika lori tangki yang membawa minyak itu diseleweng sudah pasti ia menguntungkan pihak terbabit.

Dengan itu, katanya, mekanisme baru itu pasti dapat mengatasi masalah penyelewengan tersebut kerana subsidi hanya diberi ketika pengguna yang layak membeli bahan bakar terbabit.

Turut hadir pada sesi taklimat program dan aktiviti KPDNHEP Sabah itu ialah Pengarah KPDNHEP Sabah, Jaafar Walad; Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Majimbun; Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soon Bui dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Putatan, Datuk Dr. Marcus Mojigoh.

yehah ... cayalah :D oleh kerana beban kewangan Gomen bertambah, maka
tambah beban kewangan rakyatla plak...

berapa harga pasnie? Rm2.XX kan?

sp3d2
01-06-08, 02:37 PM
tak leh nk cakap pe lagi sebab kerajaan tak umum betul2 lagi. cuma harapnya subsidi d peringkat jualan tu menguntungkan rakyat yg berpendapatan rendah.

yg pakai kereta mewah tu tak yah la nk ambik gak subsidi tu. duit byk beli kete mahal, bayar minyak mahal skit tak yah la nk kecoh2.

jagalah kebajikan orang yg kurang mampu....

mEteOr_gArD
02-06-08, 10:50 PM
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0602&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

xtau la nape makin lame makin serabut...tibe2 langkah sementara la plaks isu sekatan kat sempadan sementara.

motor dibenarkan sbb mengambil kira yg berpendapatan rendah...>>> mengong tu kan rakyat negara lain

husain7800
02-06-08, 10:54 PM
adeh ... harap2 aku tak termasuk kategori yg tak layak subsidi ... :(

Laila
02-06-08, 10:54 PM
Lepas ni kena la jimat belanja..tak pun tukar jer pakai kereta yang save minyak..tak pun hadkan perjalanan..
memang membebankan...lagi-lagi kalau tempat kerja jauh..penat ulang alik...duit abis kat situ je

fms
02-06-08, 11:37 PM
yehah ... cayalah :D oleh kerana beban kewangan Gomen bertambah, maka
tambah beban kewangan rakyatla plak...

berapa harga pasnie? Rm2.XX kan?

bukan RM2+ tapi RM4+..
abis laa naik 2 kali ganda..

Mitsui
02-06-08, 11:39 PM
Tony blair pun naik ketapi jer pi office..

Chinozie
02-06-08, 11:44 PM
kenape tak kurang kan lg subsidi...tp sebalik nyer terus tarik subsidi minyak ?

blurr
03-06-08, 12:26 AM
kenape tak kurang kan lg subsidi...tp sebalik nyer terus tarik subsidi minyak ?


butui2..
kurangkan subsidi...
jangan tarik turus..

eksp
03-06-08, 01:39 AM
aku rasa sebab nak bagi "pengajaran" kepada rakyat yang sokong PR kot... tuh sebab depa buat macam nih... hehhee :setan:

kira macam balas dendam la....

ekod
03-06-08, 08:30 AM
petronas untung ratus2 billion dengan kenaikan harga minyak ni...takkan xleh tolong lagi kot...apelah nasib NMalaysia dpt PM otak tak tajam ni

mnajem
03-06-08, 08:35 AM
public transport lak tak berapa bagus.. dengan teksi tak guna meter lagi.
tu belum yang kerap eksiden...

sigh.

farezwani
03-06-08, 08:42 AM
pakat2 naik beskal balik la......not relevan not relevan ....nak buat macamana...pangkah lagi :D

sweethoney
03-06-08, 08:44 AM
hmmmm..aku tgh memikirkan utk menjual keta aku.........

morpheuzneo
03-06-08, 08:55 AM
aku sedih melihat kerajaan ku yang tiada ber'telor'.. utk menguatkuasakan sekatan pembelian petrol oleh kenderaan asing di johor..

dan boleh pulak bagi beli utk motor saja!

ini semua akan jadi penyelewengan juga nanti! percayalah..

motor datang bawak tong..! (ni kat sempadan malaysia - thai sana)

yang kat johor tu., motor berpendapatan rendah?

kalau berpendapatan rendah mereka tak keje s'pore..! keje s'pore gaji 2-3 kali ganda dari sini!! lagi berpendapatan rendah?

mereka naik motor tu.. sebab nak elak kan segala cukai2 Zon Ekslusif kat CBD sana..

isshk.. geram.. geram .. geram.. ! kita laa yang menanggung beban subsidi murah yg mereka beli tu..!

ChEf_N|3aM
03-06-08, 09:00 AM
huk... nak naik public transport.... kawasan area umah aku mana ade teksi, bas, komuter, tut-tut..... kena gak naik keta atau moto.... susah gak nie... kalau minyak naik lagi... beban kewangan bertambah lagi.... adoh..

spider
03-06-08, 09:02 AM
beban kewangan gomen tak sanggup nak tanggung, maka rakyat marhaenla kena tanggung
... okla tu :D Petronas untung Billion, Gomen tak dapat untung gak ke? :p

tenno01
03-06-08, 09:08 AM
aku rasa kena tarik subsidi minyak dari menteri2....baru la padan muka depa :D ... p kerja naik lrt tiap2 hari, kuang kuang...

xevolution
03-06-08, 09:10 AM
kjaan ni pun satu...
tolong la rakyat ni sket..
kalo nak hapuskan subsidi minyak...
mantap kan la public transport tu...
area kl, shah alam, bangi sume2 ngan bandar2 besar kt mesia ni je...
kalo dah mantap public transport..baru org seronok naik..nak naik kete pun pikir 2kali..elok naik train..bole tido dlm train..xyah penat2 penat2 drive..
bg senang nak access nak gi mana2 pun..wat la lagi byk lrt ke monorel ke..subway ke..

mampu ke kjaan kite wat ni?? hehe..idea jer..
pandai2 la pikir2 ek pak menteri sekalian..bazir je bagi datuk datin kt hangpa..tp kapla otak berabuk..ptuihhh!!!

bjoe
03-06-08, 09:16 AM
if i am not mistaken, someone told me ... Petronas contributes 1/4 of govt's income .. dan selebihnya they need/use the money to continue their business operations, to expand their business operations .. in order to continue supporting the govt / country in the future ..

MukH
03-06-08, 09:20 AM
hehehehe....hidup bjoe & kak mas....heheheh....tau dah hal nih....

SixShot
03-06-08, 09:25 AM
expected... so efektif ogos harga jadi berapa eh ?.. so now we're like all those developed nation oredi.. takde subsidi minyak.. adakah harga barangan, services, tax lain akan diturunkan setara ngan negara yg maju itu ?.. mari kita sama sama tengok.,..

ekzos_pipe
03-06-08, 09:39 AM
if i am not mistaken, someone told me ... Petronas contributes 1/4 of govt's income .. dan selebihnya they need/use the money to continue their business operations, to expand their business operations .. in order to continue supporting the govt / country in the future ..

and how much of the 1/4 petronas contribution to gov really use for malaysia's development for the people sake or some portion of it bleed to somewhere else? ask Pak Lah la.. tak pon tanya Idris jusoh of terrengganu.

bagi saya in theory takde subsisdi akan kurangkan pressure pada perbelanjaan kerajaan mentadbir, so more budget on development dan mungkin juga dengan kuasa pasaran harga minyak boleh dikawal (murah? most likely not la in the present time), tapi duit tuh berbillion2 lepas ni mana pegi? sapa boleh jamin ia betul2 utk pembangunan negara or just utk bagi projek/tender dengan harga merapu dgn cara close tender pada sesapa yg tak patut..??? in the current sitution and leader of the gov. i really doubt it after their record braking spending in terengganu and the campaign of fighting corruption that ezam really admires.. really i doubt it.

Tengok duit RM4billion+ masa naikkan harga minyak RM0.30 dulu, ada ke semua rakyat merasa better public transportation? ada, highway plus yg berbayar dah upgrade sikit jalan depa jadi 3 lane, and then harga toll pun naik lagi nanti.. perghh bagus le tuh kena bayar dan org kampung pun gembira merasa nikmat kenaikkan RM0.30 minyak dulu trade dengan upgrade highway berbayar yg depa jarang2 guna.. dan ini Ezam boleh teruja dengan Pak Lah....

tenno01
03-06-08, 09:45 AM
ezam teruja ngn billion2 tu kot, bukan ngn paklah, hahahar :D ....

chunli
03-06-08, 10:53 AM
aku rasa kena tarik subsidi minyak dari menteri2....baru la padan muka depa :D ... p kerja naik lrt tiap2 hari, kuang kuang...

menteri2 nih tol pon tayah kan..

kalo gitu.. saya becita2 nak jadi menteri kat malaysia.. bleh hidup senang..

zzz..

.

k1dz
03-06-08, 11:17 AM
menteri2 nih tol pon tayah kan..

kalo gitu.. saya becita2 nak jadi menteri kat malaysia.. bleh hidup senang..

zzz..

.
bukan takat tol, minyak, keta, pun kerajaan sediakn..
kesenangan hidup bkn atas harta benda, tp hati...
rumah sempit pun klau isi dalam nya lapang, terasa luasnya.
rumah yg besar dan luas, klau isi dlmnya sempit, terasa sesaknya.

chunli
03-06-08, 11:20 AM
tapi kalo membebankan rakyat seperti ako, hati ini tarak senang juga...

heheheheee..

dun take it seriously.. hidup senang tu pon aku italic kan siap2..

.

chi loco
03-06-08, 11:23 AM
Dari pagi tadi aku pikirkan pasal mekanisma yg diorang boleh buat.. Sebab pak lah kata dia nak implement immediately.. apa yg dia boleh buat?? Mekanisma sebelum ni yg dia try to implement (RON 99 & RON 95) tak boleh implement immediately sbb banyak menda nak kena buat.

Bile baca artikel ni, mungkin diorang boleh implement immediately.. tapi still org boleh abuse.. esp those with their own business..

Sebenonye, we HAVE to expect increase in petrol prices... Petrol supply makin kurang, demand either stable ataupun increase.. Kerajaan kalau pandai sgt, kena ahh suggest alternative kat rakyat, mcm NGV ke, pakai minyak sawit ke, promote use of kete hybrid ke... sebab kita tak boleh depend on petrol forever..

Bagi rakyat alternatif, bukan suruh ubah cara hidup.. there's only so much yg kita boleh ubah.. takkan ahh nak jalan kaki gi ofis, nak naik public transport pun teruk.. Sekarang ni inflation dah ah teruk.. aku takut dgn skim baru ni akan make thing worse..

Pemimpin yang incompetent and imbecile make life hard for the rest of us..

tenno01
03-06-08, 11:23 AM
bukan takat tol, minyak, keta, pun kerajaan sediakn..
kesenangan hidup bkn atas harta benda, tp hati...
rumah sempit pun klau isi dalam nya lapang, terasa luasnya.
rumah yg besar dan luas, klau isi dlmnya sempit, terasa sesaknya.

these guys only feel the heat when they're not menteri anymore...time tu la baru nyesal, "kalo la aku tau camni punya mahal harga minyak, nak p pasar depan umah pun kena rm10, misti aku bangkang masa lam parlimen dulu..."

k1dz
03-06-08, 11:46 AM
ya, aku setuju ngan chi colo.
jgn mechanisme yg gomen apply nnti boleh make things worst sudah.;
kecurian petrol beharga subsidi kat border ni isu lama, sejak TDM.
tahun 2008 baru nk implement mechanisme tuk cegah,
klau wat calculation, lebih RM 1 juta / year duit subsidi petrol ditanggung gomen akibat pendatang yg abuse kemudahan border pass yg slalu buat U turn. kuar masuk senang2 lenang w/o restriction.

30 / 40 years from now, we can expect petrol prices will go higher than current price. mgkin leh cecah 300 USD / barrel. it's not wise to keep relying on petrol forever.
time tu, apa lg yg kita leh expect to see as an alternative?
klau smua still relying kat petrol, inflation sure makin tggi... huru hara / perang boleh terjadi.

ps; ade tak sape2 yg boleh disclose statistik keuntungan petronas / year basis?

husain7800
03-06-08, 12:12 PM
carta keuntungan petronas aku tak tahu nak carik kat mana ... yg aku tahu ... staf petronas tahun lepas bonus 4 bulan gaji ... tahun sebelum tu 6 bulan gaji

tunggu pengumuman Pak Lah esok ...

refleksi
03-06-08, 12:18 PM
tak de dah ke penyelesaian yang lain
selain daripada menstrukturkan (baca menghapuskan?) subsidi minyak

kenapa tak laksanakan perbelanjaan berhemah
kurangkan belanja kerajaan yang tak patut
kurangkan gaji menteri

aku dah mula pertimbangkan
untuk jual kereta
dan beli motor

nak naik pengangkutan awam?
dah tentu lepas ni
teksi, bas nak naikkan tambang

salesman jual kereta
mungkin sakit sikit lepas ni
susah nak jual kereta sebab rakyat tak mampu nak beli minyak

Lang
03-06-08, 12:40 PM
beli kereta tapi jarang bergerak minyak mahal lol

farezwani
03-06-08, 02:33 PM
sape2 yg ade bnyk ketet tu...jual la...installment kete tu baik buat beli umah ... ada value :D .......
aku bile la dpt nak beli umah? :D :D

perang_merah
03-06-08, 03:11 PM
naik 40 sen jer...xla sampai rege myak jd rm4.00 per liter..
nak heboh2 sgt pun u all leh ke selesaikan mslh nie??
dah memang negara kt ketandusan minyak..
kt bkn leh wat per pun..
slama nie kerajaan tngungg subsidi kita..
xpnh nak rs bersyukur lg..
u ingat dgn tukarnya pemerintahan..smua leh ubah..

chi loco
03-06-08, 03:34 PM
hahahah....

confirm ke naik 40 sen???
ape mekanisme baru yg kerajaan buat tu???
ape mekanisme baru yang kerajaan boleh buat (implement) dlm masa satu hari??
dari pagi tadi aku fikir...

Mungkin kerajaan boleh tiru cara UK (kalau tak silap), every month pegi welfare svc, buat claim subsidy minyak...

Kalau nak tiru cara ni (yg aku rase satu2nye yg boleh implement in 1 day) confirm tak naik 40sen, dia naik ke harga pasaran ahhh.. AKu pun tak tau berapa, lebih kurang RM4 p/liter gak ahhh.. Harga pasaran akan terus melambung, walaupun fluctuate tapi the curve still naik...

Sebenarnye, kitorang bukan tak bersyukur, kalau baca post2 kat atas pun byk yg contribute to alternative ways nak cope dgn benda ni..

Isu ni takde kena mengena dgn negara kita ketandusan minyak... Satu dunia pun ketandusan minyak, b ukan Malaysia saje.. Petrol bukannye renewable resources mcm minyak sawit, once kau dah sedut semua abis ahhh..
Even kalau M'sia ketandusan minyak, kering sekalipun, takkan affect oil price that much.. Ingat minyak kete yg kita isi tu korek kat M'sia ke???

Bukan juga nak suruh tukar kerajaan.. cume aku sangat sedih, bile pemimpin yg terpilih tak dapat membela kebajikan rakyat... last month kata National Reserve is at an all time high... betul ke?? mcmana tak tinggi, rakyat kena perah lebih...
Pemimpin tak efisyen, negara makin miskin, rakyat makin ditekan.. entahLah

perang_merah
03-06-08, 04:17 PM
Bila Malaysia dah hilang sumber galian..jgn di salahkan pemimpin..skang nie pun Malaysia tgh launch ngan Venezuela psl projek minyak yg terbesar nie..mungkin petronas pun ada langkah2 n jgn cpt sgt dgr khabar angin..mn ada sampai naik rm4.00.klu kat thailand tu memglah..per yg diorg ader..malaysia msihl lg tgung subsidi cuma kt nie jgn la nak smuanya murah..Kn byr tol ckit pun kata mhl..kn byr income tax,cukai pintu,indah water pn bersungut..duk dlm utan lagi baik..mn ade benda free kat dunia nie..kalo smua nak free jer..lmbt laun bankrup la kerajaan kita..

ali
03-06-08, 04:23 PM
Bila Malaysia dah hilang sumber galian..jgn di salahkan pemimpin..skang nie pun Malaysia tgh launch ngan Venezuela psl projek minyak yg terbesar nie..mungkin petronas pun ada langkah2 n jgn cpt sgt dgr khabar angin..mn ada sampai naik rm4.00.klu kat thailand tu memglah..per yg diorg ader..malaysia msihl lg tgung subsidi cuma kt nie jgn la nak smuanya murah..Kn byr tol ckit pun kata mhl..kn byr income tax,cukai pintu,indah water pn bersungut..duk dlm utan lagi baik..mn ade benda free kat dunia nie..kalo smua nak free jer..lmbt laun bankrup la kerajaan kita..


jgn risau

sebelum kerajaan bankrup

rakyat yg akan dulu bankrup

chi loco
03-06-08, 05:11 PM
Sila baca statement from Syahrir Samad ni... Khabar angin???
RM4 tu pun kira murah tau... kalau ikut trend semasa, by the end of the year harga mungkin boleh cecah RM5/6...
Kami tetap sokong pakLah...
Abang merah faham tak mekanisma yang diorang nak buat tu?? cuba baca sikit... pastu komen..

http://www.malaysiakini.com/news/83843

Tiada kawalan harga bahan api Ogos ini
Jun 3, 08 12:28pm
Tiada kawalan harga akan dikenakan ke atas petrol dan diesel dengan pelaksanaan mekanisme subsidi bahan api itu Ogos
ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.

Beliau berkata kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan dua mekanisme subsidi bahan api iaitu "pendapatan tunai" dan penetapan kuota.

shahrir samad 01Menurutnya, dengan cara itu, harga bahan api di Malaysia akan mencerminkan harga pasaran global, demikain menurut laporan Bernama.

"Ia bergantung kepada harga pasaran global," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pembinaan Malaysia Pertama 2008 di Kuala Lumpur hari ini.

"Kita sedang menuju ke arah inflasi yang memerlukan keseluruhan sistem subsidi diubah, dan ini akan dilakukan menjelang Ogos. Tetapi apa yang akan berlaku esok adalah suatu langkah ke arah itu.

"Kita akan melakukannya secara beransur-ansur kerana satu sistem subsidi sepenuhnya tidak boleh dilaksanakan serta merta sekarang.

"Esok harus dilihat dan dianggap sebagai sebahagian daripada perubahan keseluruhan itu," katanya.

"Kita tidak boleh naikkan harga tanpa memberikan suatu bentuk subsidi kepada rakyat Malaysia. Kita sedang memikirkan untuk menaikkan harga runcit dalam pasaran. Pada masa yang sama, kita perlu menghentikan penyeludupan dan penyalahgunaan yang berlaku," katanya.

Shahrir berkata kerajaan menjangka untuk menaikkan subisidinya ke atas komoditi itu hingga di antara RM55 bilion dengan RM56 bilion tahun ini, bergantung kepada harga minyak dunia.

"Harga minyak terus meningkat, jadi peruntukan subsidi juga terus bertambah," katanya.

Morpheus
03-06-08, 05:22 PM
Green car dan hybrid car dah lama wujud. Aku rasa kalau proton buat/bawak masuk green car secara beransur-ansur masalah penggunaan petrol dalam negara akan selesai beransur-ansur...(target selepas 7 tahun 80% rakyat akan guna green car) subsidi minyak juga perlu dikurangkan sedikit demi sedikit. Petronas tak akan rugi kerana hasil carigali di Malaysia adalah untuk eksport... tak perlu lagi import minyak timur tengah.

Cuma petronas perlu berusaha menyediakan alternatif lain kepada pengusaha stesen minyak sedia ada untuk meneruskan perniagaan... mungkin sebagai penjual runcit biodiesel, ngv dll.

Tak perlu tunggu negara maju guna green car baru nak ikut. Sebab jika krisis minyak semakin teruk, negara kecil/miskin dahulu akan sengsara.

p/s: aku leh bayangkan dubai akan buat research supaya kelapa sawit boleh ditanam di sana untuk buat biodiesel.

chi loco
03-06-08, 05:27 PM
tulah pasal...
patutnye kerajaan potong duti import kerata2 yg mesra alam... bagi insentif sikit..

Proton dah kena start buat R&D pasal benda2 ni...

Adreen
03-06-08, 05:45 PM
dabel la minyak aku pasneh
400 sebulan jadik 800 sebulan
separuh gaji tuuu
*pengsan*

tenno01
03-06-08, 05:59 PM
pasni isik minyak motor kapcai penuh kena rm16-rm20....gila ah :D .... kalo gini ceo2 pun pakat naik motor, kakaka....

sp3d2
03-06-08, 06:16 PM
pasni isik minyak motor kapcai penuh kena rm16-rm20....gila ah :D .... kalo gini ceo2 pun pakat naik motor, kakaka....

carik bini spesis minah rempit lg bagus. mmg future planning :setan:

k1dz
03-06-08, 06:47 PM
carik bini spesis minah rempit lg bagus. mmg future planning :setan:

ha? apa kaitan minah rempit ngan future planning?

Chinozie
03-06-08, 06:56 PM
lepas nie nak beli kancil...bubuh NGV...
sbb Petrol : NGV = 1:3

or masuk NGV kat keta den...tp tank kecik skit...



expected... so efektif ogos harga jadi berapa eh ?.. so now we're like all those developed nation oredi.. takde subsidi minyak.. adakah harga barangan, services, tax lain akan diturunkan setara ngan negara yg maju itu ?.. mari kita sama sama tengok.,..

2nd this...
sejak dia memerintah...aku takde rase ape2 kenikmatan pun...haram satu pun takde...lg parah n perit lg ade laaa...

ChEf_N|3aM
03-06-08, 07:05 PM
tu laaa aku pun rasa nak beli keta kecik aaaa.... pastu tangki ngv...

tetikus
03-06-08, 08:02 PM
baru nonton buletin utama....

harga minyak tanpa subsidi adalah tidak kurang dari RM 3 ringgit seliter.......

waaaaa...gua jadi mat rempit balik la camni....

k1dz
03-06-08, 08:18 PM
baru nonton buletin utama....

harga minyak tanpa subsidi adalah tidak kurang dari RM 3 ringgit seliter.......

waaaaa...gua jadi mat rempit balik la camni....

wow. penuh tank lepas ni cecah RM 110..
sblm ni RM 70 jer... sob sob :riso:
inflasi sure naik ... gaji x naik ke?

revomatrix
03-06-08, 09:36 PM
siap laa pak lah lepas nih


geng2 pembangkang akan gunakan sebaik2 issue ini ..

harap pak lah leh bungkus lepas ni

popkoRn
03-06-08, 09:59 PM
..terpaksa la aku beli kuda..sekor utk aku..sekor lg utk bini aku..kalu nk jimat lg..aku beli sekor je kuda..jd aku bonceng kt belakang la..hehehehehehee...

eksp
03-06-08, 10:11 PM
2nd this...
sejak dia memerintah...aku takde rase ape2 kenikmatan pun...haram satu pun takde...lg parah n perit lg ade laaa...

haha.... aku bersetuju jugak tuh....

dan aku rasa subsidi minyak yang akan dijimatkan tuh akan habis masuk di poket2 orang tertentu instead of insentif2 kepada rakyat....

tengokla nanti

spider
03-06-08, 10:33 PM
nak tengok gak reaksi rakyat lepas kenaikan diumumkan. Adakah ada ahli Parlimen BN
yg prihatin akan lompat parti sebab nih? tunggu n lihat :D

se7en
03-06-08, 10:41 PM
satu idea yg bernas...sampai semua rakyat bertepuk tangan tanda setuju...
akhirnya negara kite sbg pengeluar imnyak mempunyai rate yg sama mcm negara yg xkluar minyak..tepuk2:D

ain07ik
03-06-08, 10:47 PM
Aku dari dulu lagi dah nampak memang last2 rakyat la jln penyelesaian dema. Nih kire terbalik nih.....nampak gaya rakyat yg jaga kebajikan kerajaan bukan sebaliknyer....

Bukan susah sgt dema nak wat keputusan......lebih2 lagi hal global nih......

tudung biru
03-06-08, 10:52 PM
pak lah nye komen bila beras naik
jgn mkn nasik

apa agaknya komen dia bila minyak naik?

haaa..makin nyampah laks tgk kepimpinan skg

se7en
03-06-08, 11:01 PM
komen dia mudah...naik pengangkutan awam...

ekod
03-06-08, 11:28 PM
pak lah nye komen bila beras naik
jgn mkn nasik

apa agaknya komen dia bila minyak naik?

haaa..makin nyampah laks tgk kepimpinan skg

komen terbaru perhimpunan bulanan...bukak langsir ofis kasi terang...jimat letrik takyah pakai lampu...serius ni....

revomatrix
04-06-08, 12:03 AM
aku masih tak faham .. kenapa pak lah masih nak guna harga minyak global ..padahal kiter ada minyak sendiri ...kenapa diorang masih nak kaitkan harga pengeluar minyak ngan harga minyak global ?


ada sesapa yang leh tolong jawap permasalahan nih ?

cipher
04-06-08, 01:06 AM
pak lah dah x btul.
tu la dia bt bnd yg nyusahkan rakyat..
aku rs,mst dia pk yg rakyat malaysia ni
suma kaya2 mcm kaum kerabat dia.
tu la dia suka suki je naik harga itu ini.

k1dz
04-06-08, 01:16 AM
pak lah dah x btul.
tu la dia bt bnd yg nyusahkan rakyat..
aku rs,mst dia pk yg rakyat malaysia ni
suma kaya2 mcm kaum kerabat dia.
tu la dia suka suki je naik harga itu ini.

besusah2 dulu, senang2 kemudian, - pak lah suka pepatah ni ...

husain7800
04-06-08, 08:48 AM
aku paling best statement ni ... "ubah gaya hidup"

ya, rakyat marhein perlu ubah gaya hidup ... tapi pak lah boleh plak guna duit rakyat sebanyak rm300k utk terbang ke sana ke mari masa kempen pilihanraya dulu sedangkan parlimen dah dibubarkan

sweethoney
04-06-08, 09:05 AM
ubah gaya hidup? antara alasan yg paling mengarut ..bosan dah dgr alasan basi tuh..:(

serra
04-06-08, 09:11 AM
aku masih tak faham .. kenapa pak lah masih nak guna harga minyak global ..padahal kiter ada minyak sendiri ...kenapa diorang masih nak kaitkan harga pengeluar minyak ngan harga minyak global ?


ada sesapa yang leh tolong jawap permasalahan nih ?

pasal minyak kita bukan untuk kegunaan rakyat kita. dah bertahun2 dulu dia hedge jual kat orang lain. sama cam kereta proton, yang terbaik dijual di UK dan yg x cukup sifat dijual di malaysia. pemimpin kita memang sentiasa menganaktirikan orang sendiri. caucasian lak kita layan cam raja.

untuk pemimpin kita, hasil bumi malaysia bukan untuk dinikmati rakyat malaysia tapi sebagai sumber kewangan negara.

misscordelia
04-06-08, 09:13 AM
aku yg tak pakai keta terasa sgt bebanannya apa lagik yg pakai keta...

ubah cara hidup mcm mana plak lagik? dah abih berjimat cermat dah aku ni ..adeh!

spider
04-06-08, 09:13 AM
dulu orang kata undi BN = Barang Naik, kira terbukti jugakla:p

revomatrix
04-06-08, 10:27 AM
siap laa pak lah lepas nih ...

paham2 sendiri laa biler aku cakap macam ni

tetikus
04-06-08, 10:35 AM
aku membayangkan kadar inflasi yg akan naik, groceries dll yg sure melambung lagi lepas harga minyak naik..

dah le keadaan skrg ni mmg semua benda naik...duit gaji cukup2 jek bila cukup bulan.

kalo naik lagi...hmmmm...mmg redha je lah...

lain la diaorg kat atas nun, duit 8 keturunan tak habis makan..

legolas
04-06-08, 11:33 AM
Salam,

Siapa lah advisor Pak lah agaknya ek? Ini la payah kalau keturunan "bagsawan" di pilih menjadi pemimpin. Sebab tu diaorang kalau diaorang buat apa apa keputusan, diaorang rasa tak bebankan rakyat sebab diaorang tak pernah rasa susah. Dari lahir dah senang lenang, apa sangat la naik minyak naik RM2? kan kan? heehheheheheh

asura
04-06-08, 11:39 AM
kalo naik lagi...hmmmm...mmg redha je lah...

aku x redha ..takkan nak redha dgn pemimpin lembab. huhh ..

bergthegreat
04-06-08, 11:52 AM
will see apa mekanisme yg akan mereka gunakan...

Tok Janggut
04-06-08, 01:11 PM
aku membayangkan kadar inflasi yg akan naik, groceries dll yg sure melambung lagi lepas harga minyak naik..

dah le keadaan skrg ni mmg semua benda naik...duit gaji cukup2 jek bila cukup bulan.

kalo naik lagi...hmmmm...mmg redha je lah...

lain la diaorg kat atas nun, duit 8 keturunan tak habis makan..

Infalsi dan barang-barnag naturally akan naik. Ini memang dah dijangka oleh kerajaan. Tetapi alasan mereka, dengan membuang subsidi kita boleh melihat "actual" inflation instead of yang kita hadapi sekarang ini inflation with subsidy yang tak actual. Menurut prof dari LSE (sengaja di terbangkan professor dari LSE ini beberapa hari sebelum pengumuman subdisi akan di tarik balik) bila harga minya telah mengikut harga pasaran, rakyat akan terasa bebannya tetapi lama-lama mereka akan "biasa".

Dngan kata lain, prof nie nak jadikan negara kita total laise faire dan free market dalam bab minyak dan menjadi total kapitalisme dalam bab nie. Masalahnya, unlike UK, harga minyak kita di control. Kalau nak buat betul2 macam tu, kena open market betul2 di mana pengusaha minyak akan buat price war ke atas minyak. Macam di UK, harga minyak di kawasan pedalaman lebih murah dari harga minyak di kawasan highway. Jadi yang akan menang ialah ESSO, MOBIL, SHELL (world player) sebab mereka boleh control dan main turun naik harga. Yang rugi, Petronas sebab takkan dia org boleh compete.

TJ