PDA

View Full Version : Artikel Motorsikal : Memilih motorsikal yang betul



ncik mat
10-06-08, 02:30 AM
Memilih motorsikal yang betul

Artikel ini aku translate ke bahasa melayu dari web berbahasa asing….
Note: artikel ini adalah kurang sempurna kerana ia mempunyai beberapa kekurangan dari segi kategori… aku cuba untuk tambah ia dan sekiranya anda mempunyai pandangan yang lain.. sila kemukakan ya… :peace:
contoh gambar2 tunggangan adalah kebanyakan dari keluaran Honda...

SUPERBIKE

Apa yang anda mahukan? Kuasa? Kelajuan maksimum? Atau keterujaan? (apa aku translate nih). Keselesaan untuk penunggang dan penumpang tidak penting. Jarak perjalanan sehari lebih kurang 200km di atas tar dan tidak sekali-kali di trek yang berlumpur. Racing appearance dengan fairing penuh? Dengan bentuk yang kompak dan tiada ruang utk luggage. Close ratio 6 speed gearbox untuk pecutan yang maksimum. Daya manouver yang tinggi dan kestabilan...

Jika ciri-ciri di atas anda mahukan, maka apa yang sesuai untuk anda adalah di dalam kategori SUPERBIKE. CC adalah dari 250 hingga 1300 CC. Direka khas bertujuan untuk kelajuan yang tinggi dengan posisi menunggang, frame, adjustable suspension dan fairing yang mampu untuk mengurangkan rintangan angin. Motorsikal2 ini memerlukan gaya tunggangan yang agresif (kalau nk makan angin, jiwang2, bawak skuter la)

Contoh motosikal kategori superbike

Honda Super Hawk

http://i7.photobucket.com/albums/y294/donweirder/honda_sport2.gif

TOURER

Keselesaan kepada penunggang dan penumpang adalah menjadi factor utama. Ingin melancong dalam jarak yang lebih jauh? Bentuk fizikal yang besau. Ruang luggage yang besau yang dilengkapkan bersama fairing untuk memaksimakan keselesaan dalam perjalanan yang jauh.

Sebuah lagi motosikal berciri sport dikenali sebagai sport touring, motosikal yang mempunyai bentuk fizikal hampir sama dengan motosikal superbike tetapi beberapa perubahan dilakukan untuk memberi keselesaan kepada penunggang bagi perjalanan jauh.

Antaranya adalah tempat duduk serta bar pemegang di tinggikan untuk memberi keselesaan manakala enjin juga ditala supaya lebih menjimatkan bahan api.

Apa yang sesuai bagi anda yang berjiwa seperti diatas adalah sebuah TOURER atau touring bike pon org panggil gak. Dengan jumlah CC yang agak besau, lbh kurang 1000 CC keatas, motorsikal dalam kategori ini adalah lebih selesa untuk perjalanan jauh. Dilengkapi dengan windshield depan (apa org panggil yer) yang membolehkan penunggang menunggangnya dengan selesa kerana mengurangkan rintangan angin. Posisi penunggang yang tidak membongkok juga memberi lebih keselesaan walaupun ditunggang dengan kelajuan yang tinggi.

Contoh motorsikal kategori TOURER

Honda ST1100

http://i7.photobucket.com/albums/y294/donweirder/honda_sport_touring2.gif

CRUISER/EASY RIDER/CHOPPER

Apabila gaya diutamakan lebih dari prestasi dan deruman bunyi ekzos yang menyakitkan telinga, customization, stail dan atitud diutamakan. Bentuk fizikal yang besar dan berat dan cara tunggangan yang lebih kepada rekreasi dan makan angin, maka kategori dibawah perlu diambil kira.

Bagi penunggang jarak jauh yang kurang menggemari motosikal jenis sport touring, cruiser adalah sebuah lagi motosikal yang dicipta untuk perjalanan jauh.

Biasanya enjin motosikal cruiser mempunyai putaran enjin lebih rendah menjadikan kilasan yang tinggi walaupun kuasa kuda tidak tinggi.

Ini menjadikan cruiser motosikal jarak jauh terbaik yang menjimatkan petrol.

Dengan CC diantara 250 hingga ke 1400 dengan posisi yang relaks dengan belakang boleh bersandar kepada sesuatu (sesetengahnya). Dengan aksesori tambahan yang ada diantaranya melebihi dari harga motorsikal itu sendiri. Sesetengah CRUISER boleh dikategorikan sebagai TOURER juga.

Contoh motorsikal kategori CRUISER/EASY RIDER/CHOPPER

Honda Valkyrie

http://i7.photobucket.com/albums/y294/donweirder/honda_cruiser2.gif

CUSTOM CRUISER

Jika anda mahukan gaya yang lebih, anda seorang sahaja yang mempunyai motorsikal dengan rekabentuk sedemikian (one of a kind) dan selalunya untuk single-rider, maka kategori seterusnya adalah pilihan anda.

American cruiser atau chopper adalah sejenis motosikal custom cruiser yang paling digemari di Amerika Syarikat.

Jentera buatan sendiri ini mempunyai bar pemegang yang lebih tinggi, tempat duduk rendah serta roda belakang jauh lebih besar daripada roda hadapan.

Selain itu, motosikal ini boleh dikenali melalui pemijak kaki hadapan yang terletak jauh di bahagian hadapan serta digerakkan oleh enjin V berkembar sejukan udara.

Secara amnya, motosikal chopper berasaskan reka bentuk model Harley-Davidson tetapi biasanya pemilik akan mengubahsuainya mengikut selera masing-masing.

Contoh motorsikal dalam kategori CUSTOM CRUISER

(tiada nama) :D

http://i7.photobucket.com/albums/y294/donweirder/cruiser4.jpg

ncik mat
10-06-08, 02:33 AM
NAKED BIKE/SPORT BIKE

Anda minat superbike? Tapi tidak suka kepada fairing dan lebih suka dalam keadaan bogel (naked) maka ini adalah jawapan anda…


Secara batin (enjin, suspensi, gearbox) adalah sama dengan superbike, tetapi zahirnya, ia tidak mempunyai fairing yang menampakkan ia lebih macho dan berkuasa. Kelemahan yang pasti adalah ia tidak boleh ditunggang laju seperti superbike kerana ia tidak mempunyai windshield yang boleh mengurangkan rintangan angin terhadap badan penunggang, tetapi ia boleh diatasi dengan menambah windshield.

Contoh kategori NAKED BIKE/SPORT BIKE

Honda CB900F Hornet

http://i7.photobucket.com/albums/y294/donweirder/honda_hornet900_blu_1024.jpg

TRAIL BIKE

Motorsikal untuk merentas desa dan bandar. Detik2 perjalanan adalah lebih penting dari kelajuan. Untuk mereka yang mahu meneroka jalan bertar, berpasir dan denai2. keselasaan adalah antara faktornya dan juga sedikit ruang luggage untuk perjalanan jauh. Trail bike yang besar adalah lebih kurang seperti tourer dengan kemampuan yang lebih iaitu menempuhi jalan2 off road.

Ia juga dikenali sebagai dual sport/enduro. Membenarkan penunggang menunggang dalam keadaan posisi badan yang tegak. Pilih tayar anda sama ada untuk kegunaan jalanraya atau jalan berpasir.

Contoh TRAIL BIKE

Honda XR650L

http://i7.photobucket.com/albums/y294/donweirder/honda_off_road2.gif


MOTOCROSS

Teruja dengan off road? Rally Paris-Dakar? Keselesaan bukanlah faktor utama di dalam kategori ini. Sesuai di dalam suasana berpasir, berlumpur dan bukit bukau. Kategori ini menjadi pilihan.

Contoh MOTOCROSS

Honda CR250R

http://i7.photobucket.com/albums/y294/donweirder/honda_MX2.gif

MOTARD/DUAL PURPOSE

Ada sebuah lagi motosikal lasak tetapi lebih selesa di jalan raya yang dikenali sebagai dual-purpose.

Motosikal dwi-kegunaan ini mempunyai bentuk fizikal yang sama seperti motosikal motocross tetapi sistem suspensi dan ketinggiannya dipadankan supaya selesa digunakan di atas jalan raya biasa.

Contoh MOTARD/DUAL PURPOSE

Ducati Hyper Motard

http://i7.photobucket.com/albums/y294/donweirder/hypermotard.jpg

KTM 690 Super Moto

http://i7.photobucket.com/albums/y294/donweirder/2007_KTM_690_Supermoto_6w.jpg

MOPED/KAPCAI

MOPED berasal dari perkataan MOtorcycle with PEDal, manakala KAPCAI adalah berasal dari perkataan CubChai iaitu Cub dari Motor Honda Cub manakala Chai adalah berasal dari perkataan lengChai yg membawa maksud Lengchai yang menunggang Honda Cub kerana pada masa itu Honda dibawa masuk oleh Boon Siew dan Lengchai adalah gelaran kpd Tan Sri Boon Siew :D


Ia merupakan motosikal kegemaran rakyat Malaysia dan masyarakat Asia, kapcai adalah motosikal kecil yang amat popular berikutan kadar penggunaan bahan api yang rendah.

Motosikal kapcai juga ada di Eropah tetapi ia dikenali dengan panggilan skuter.

Model ini digerakkan enjin antara 50cc hingga 125cc, oleh itu kapcai amat menjimatkan petrol dengan kadar purata penggunaan petrol serendah antara 38 kilometer per liter (km/l) sehingga lebih 50 km/l.

Kebanyakan motosikal kapcai menggunakan transmisi manual klac emparan automatik untuk memudahkan penunggang menukar gear tanpa menghadapi masalah enjin mati selain turut dikeluarkan versi klac manual sepenuhnya.

Motosikal kapcai direka berasaskan model Honda Cub tetapi tahap keselamatan motosikal ini terlalu rendah berbanding motosikal lebih besar.

Contoh MOPED/KAPCAI

Yamaha 135 LC
http://i7.photobucket.com/albums/y294/donweirder/dsc00141copyjl1.jpg


SKUTER

Skuter adalah motosikal popular ketika ini. Motosikal skuter lazimnya dijana enjin sekecil 50cc hingga 200cc tetapi ada model skuter dengan kapasiti antara 250cc hingga 900cc.

Motosikal skuter amat digemari golongan muda di Eropah kerana ia menjimatkan minyak serta mudah dikendalikan.

Enjin skuter lazimnya terletak di bahagian bawah tengah dan terdiri daripada enjin satu silinder untuk meninggikan kuasa tork.

Model skuter terawal menggunakan transmisi manual tetapi hampir semua model skuter terkini menggunakan transmisi automatik CVT.

Tangki minyak skuter kecil terletak di bawah tempat duduk manakala bagi skuter bersaiz besar, tangki minyaknya terletak di bahagian hadapan.

Kebanyakan skuter moden kini mempunyai ruang sim panan barang di bawah tempat duduk. Model terawal skuter adalah daripada model Piaggio Vespa

Contoh SKUTER

Gilera Runner VX 125 cc

http://i7.photobucket.com/albums/y294/donweirder/gilera_runner_vx_125_2005_1.jpg

NAZIRAN1979
12-06-08, 10:26 AM
Nak tanya sikit leh tak? Manakah yang lebih murah penggunaan petrol nya antara kapchai ngan skuter?

morpheuzneo
12-06-08, 11:08 AM
kapchai ler.. ! kapchai cari yg 4 lejang.. tak payah nak curah 2T.., pastu drive chain besi..! tahan lama.

berbanding skuter yg pakai belting.

nak besit sesekala pun sedap kalau pakai kapchai.. :)

NAZIRAN1979
12-06-08, 11:14 AM
kapchai ler.. ! kapchai cari yg 4 lejang.. tak payah nak curah 2T.., pastu drive chain besi..! tahan lama.

berbanding skuter yg pakai belting.

nak besit sesekala pun sedap kalau pakai kapchai.. :)
:peluk:Thank You Bro. Just for my information. How ever I still love my Honda:peluk: 70

piyuun
12-06-08, 11:33 AM
adik aku pakai yamaha nuovo S, dia cakap minyak lebih sikit lah berbanding pakai honda wave. Lepas tuh adik aku yg sorang lagik ilang honda wave dia masa kat masjid, 2-3 bulan lepas tuh dia beli Yamaha Lagenda. Jimat minyak lom tanya dia lagik, lusa dia dtg rumah aku dr kg, nnt aku leh tanya dia... sbb aku pun cadang nak upgrade Kriss110 aku tuh...

ncik mat
12-06-08, 11:44 AM
Nak tanya sikit leh tak? Manakah yang lebih murah penggunaan petrol nya antara kapchai ngan skuter?

sila nyatakan model motorsikal yang dimaksudkan... bergantung pada jenis motor..cam walaupun dari segi cc sama.. tapi motorsikal yang mempunyai 2 lejang mempunya FC yang lebih tinggi berbanding 4 lejang... cth Honda wave 125 (4 lejang) adalah lebih jimat minyak berbanding Yamaha 125 Z (2 lejang) :D

motorsikal2 dibawah adalah aku amik dari forum motor Philippine... data2 ini blh digunakan.. tetapi kebanyakan nama model di sana dan di malaysia adalah berbeza.. contoh kt sini Yamaha 135 LC.. tp disana ia dipanggil Yamaha Sniper 135...

Honda Dio 1 50cc - 25 km/l city, 44 to 49 km/l open road
Honda C70 - 50 km/l
Honda XL100 - 40 km/l
Honda Wave 100 - 56 km/l
Honda Wave 125s - 50+ km/l
Honda XRM - 53 km/l
Honda CBR150R - Best 42 km/l Worst - 35, Ave. - 39
Honda XR200 - 28 km/l
Honda VT250 Spada - 27 km/l
Honda GB250 - 29 km/l
Honda CB1 - 18 to 23 km/l
Honda CB400 S4 - 16 - 23 km/l
Honda CB400 S4Spec 2 - 25 km/l
Honda CBR400RR - 22 km/l
Honda GPz400R - 16 km/l
Honda CBR 919RR Fireblade - 18 km/l
Honda CBR 1000RR Fireblade - 14 km/l
Honda CBR1100xx (rejetted) - 9 to 12 km/l

Yamaha F1ZR - 25 km/l
Yamaha XJR400 - 18 to 20 km/l
Yamaha FZR400 - 14 to 16 km/l
Yamaha R6 - 17 - 20 km/l
Yamaha YZR750 - 18 km/l
Yamaha YZF750R - 14 km/l
Yamaha Virago XV750 - 9 km/l
Yamaha Fazer 1000 - 15 - 21 km/l
Yamaha R1 - Conservative 15 to 21 km/l, Throttle Happy 10 to 15 km/l

Suzuki Shogun R125 - 50 km/l
Suzuki Shogun R125 Modified - 40 to 48 km/l
Suzuki Shogun Pro (Stock) - 52 to 56 km/l
Suzuki Raider125 - 33 to 38 km/l
Suzuki Raider150 - 39 to 42 km/l
Suzuki Smash 110 - 22 km/l
Suzuki Bandit V400 - 12 km/l
Suzuki GSXR750 - 15 km/l

Kawazaki KMX 125 - 14 to 21 km/l Ave. 16 km/l
Kawazaki Leo Star (SSR) - 30 km/l
Kawazaki ZZR400 - 19 km/l
Kawazaki XL400A - 10 km/l
Kawazaki ZL400 Eliminator - 15 km/l
Kawazaki KLR650 - 19 km/l

Kymco Pulsar Luxe - 33 to 35 km/l
Kymco TopBoy 100 - 27 km/l
Kymco Activ 110 - 45 to 48 km/l
Kymco Dink 150LX - 35 to 40 km/l

Peugeot Speedfight2 100 - 27 km/l

Motorstar Hawk 150 - 20 km/l

Sym Husky 150 - 30 km /l
Sym Jet Euro - 29 km/l

Lifan Saturn 110 - 45 km/l

Loncin Cyclone 200 - Ave. 43 km/l

BMW GS'05 F650 - 27 km/l

Gilera Runner 180 FXR - 27 km/l

Aprilia Scarabeo 200 - 30 km/l


ini adalah pengiraan FC dari motor aku terdahulu (Modenas Elite 150 CC (skuter)) dan motor aku sekarang (Yamaha 135 LC (moped/cubchai))

pengiraan adalah berdasarkan harga minyak yg lama ( RM 1.92/liter)

jarak adalah sama iaitu 31.25 km dan kelajuan Modenas elite adalah 120 km/j dan Yamaha 135 LC adalah 150 km/j all the way dari putrajaya hingga ke taman desa KL...

Modenas Elite – 7.5 liter x rm 1.92 = rm 14.4
Yamaha LC - 4.0 liter x rm 1.92 = rm 7.68

Jarak 31.25 km

Elite sport = 31.25 / 7.5 = 4.17 km/l
Yamaha LC = 31.25 / 4.0 = 7.81 km/l

sekian...

eh! betul ke pengiraan FC aku tuh ek? :D

ekzos_pipe
12-06-08, 01:02 PM
skuter ni dia mcm keta auto ler kena press masa mula2 tuh yg minyak kuat sket kot..

kapchai manual, kat situ time main gear ble sep sket.. moped tuh bahasa apa?

tapi lagenda best, enjin mcm lembut je....

la ni satu tank kriss 110(bini punya) 4 liter X RM2.70 = RM10.80.. perghh mcm isi minyak kancil je dulu, siap ble pegi lowyat balik pegi mines pastu jalan serdang hantar balik ke kedai dobi yg ada keta sewa tuh pun tak abis lagi isi RM10 dulu...

morpheuzneo
13-06-08, 05:39 AM
tapikan. dalam aku dok kata cupchai murah ler.!

aku lagi suka yamaha nuovo..

sebab aku dah pakai., dan aku rasa motor ni paling tak banyak kerenah skali!

memang pandai laa yamaha engineer buat motor ni. /

body cupchai.. tapi enjin skuter.. !

laju pun sedap.., korner lagi layan.. sebab dia tubeless tayar besar. (16"..)

kalau skuter lain layan korner tak sedap... tayar kecik

kalau ada wang sikit ler.., nk pakai skuter sedap.. apa lagas - Gilerla! eh.. Gilera.!

dari dulu .. aku ada dream ni.. nak pakai skuter ni! sebabnya.. suka sangat dgn design nya..

cuma.. mahal tak hengat..

http://w3.bikepics.com/pics/2008%5C05%5C21%5Cbikepics-1296418-800.jpg

lonewarrior
03-08-08, 11:41 PM
aku terjumpa thread yg cik mat wat ni
so aku bg bumpz...xnk ia terkubur mcm ni jer

MeowHidayah
04-08-08, 11:05 AM
Modenas Elite – 7.5 liter x rm 1.92 = rm 14.4
Yamaha LC - 4.0 liter x rm 1.92 = rm 7.68

Jarak 31.25 km

Elite sport = 31.25 / 7.5 = 4.17 km/l
Yamaha LC = 31.25 / 4.0 = 7.81 km/l




uihh.. teruknya FC.. rasanya salah amik data nih...

Caranya camni bro, isi penuh tank tu betul2, then amik kira total km yg dah travel sblm isi penuh skali lagi. masa isi penuh kali kedua tu tgk jumlah liter yg diisi penuh kat pam tu brp pastu baru bahagikan total km tu ngan jumlah isian penuh petrol yg kali kedua tu, baru dpt FC yg hampir tepat km/L.

Aku punye Modenas Elegan yg berat kering 144kg tu pun bleh dapat dlm 30-35km/L kalu merempit. Tak logik LC punye 7 km/L tu, org takkan pakai dah muto tu kalu FC camtu :sengih:.

MeowHidayah
04-08-08, 11:08 AM
tapikan. dalam aku dok kata cupchai murah ler.!

aku lagi suka yamaha nuovo..

sebab aku dah pakai., dan aku rasa motor ni paling tak banyak kerenah skali!

memang pandai laa yamaha engineer buat motor ni. /

body cupchai.. tapi enjin skuter.. !

laju pun sedap.., korner lagi layan.. sebab dia tubeless tayar besar. (16"..)

kalau skuter lain layan korner tak sedap... tayar kecik

kalau ada wang sikit ler.., nk pakai skuter sedap.. apa lagas - Gilerla! eh.. Gilera.!

dari dulu .. aku ada dream ni.. nak pakai skuter ni! sebabnya.. suka sangat dgn design nya..

cuma.. mahal tak hengat..

http://w3.bikepics.com/pics/2008%5C05%5C21%5Cbikepics-1296418-800.jpg

mau lagi mahal bang? angkat Nexus 500cc baru lazat, 160-170km/h sempoi jaa. Aku penah jupe mamat xSBK jual SBK dia angkat ini scut, RM30-40k gak laa but since dia trade in SBK dia, kira bayo full dah.

MukH
04-08-08, 11:11 AM
aku tgh berkira2 gak nih nak amik nouvo s tuh.....duit muka pun dah ade....tp aku takde lesen motor...wakakakakak.....cam takut lah plak ape2 hal....pegi tanyer kt metro driving school....mahal lah plak....458 kot.....adussss.....tolongggg.....ehhh...off topik lah plakkk..

ali
04-08-08, 04:18 PM
belilah yamaha fz 150 i

sangat best

fuel injection - jimat (ada yg mengaku 1 liter=44km, dan ia 150cc dlm keljaun 100km... pehh... tetapi buat masa ini aku x mengaku apa2 lagi, pasal aku baru jek isi rm55 dan meter moto aku baru cecah 800km...macam mana tuh nak kira?)

kerangka delta box yang stabil time korner walau kau bukan kaki korner

dan untuk tubuh yang tak berapa besar macam aku, aku tidak seperti menunggang motorsikal tetapi aku menyatu dengan motosikal... pehh

walau bagaimanapun, jika kau nak kelajuan...fz hanya boleh beri 140km sahaja (dan ini ikut meter kereta, bukan meter lc yg ringan nak mampus tuh..apa neraka meter tuh)

tetapi jika kau mahu jimat dan santai dan badan ko x lah besar mana, fz adalah definasi motorsikal yang sebenar

wallah

juga harganya tidaklah mencecah lima angka walaupun ko buat loan tetapi jgnlah ko buat loan dgn d/pnya rm500 jek, mampus kau nak bayar bulan2.


sekian terima kasih.

nota: penulis iaitu ali adalah pemelek fz 150 i dan dia sangat gembira walau motornya tidak ada bakul lagi.

pintupadang
16-08-08, 02:06 PM
Salam..

Menarik tu..FZ 150 boleh naik 140kmh (ikut meter keta lagi)..

Pada saya speed macamtu pun dah cukup untuk berulang keje..

Memandangkan harga minyak yang tak reti nak turun ni.FC pun jimat..