PDA

View Full Version : 8,500 anak Selangor dapat insentif RM1,000



bergthegreat
17-06-08, 02:23 PM
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mengagihkan insentif RM1,000 kepada 8,500 anak Selangor yang menjejakkan kaki ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bermula Julai ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata insentif itu terbuka kepada semua kaum daripada keluarga miskin berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.

“Anak Selangor yang layak dikehendaki mengisi borang yang dimuat turun dari laman web kerajaan negeri di www.selangor.gov.my.

“Selain itu, mereka boleh mendapatkan borang permohonan daripada pejabat wakil rakyat di kawasan masing-masing,” katanya, di sini, semalam.
Insentif itu diberikan tanpa mengira sama ada mereka yang layak itu menyambung pengajian dalam diploma atau ijazah.

Kaedah pembayaran akan diperincikan dan setiap pemohon yang berjaya pasti akan menerima insentif berkenaan.

sumber: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20080617091734/Article/index_html (http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Tuesday/Setempat/20080617091734/Article/index_html)

ps: intensif yang diberikan ini mampu mengurangkan bebanan kepda mereka yang berpendapatan rendah untuk memberi pendidikan terbaik kepda anak2 mereka...

rasanya kerajaan negeri yang lain boleh ikut cara yang telah ditunjukkan oleh Kerajaan selangor ini...

husain7800
17-06-08, 02:25 PM
bravo kpd kerajaan Selangor kerana berusaha utk membantu rakyat yg semakin tertekan ... :tepuk:

refleksi
17-06-08, 02:27 PM
kerajaan negeri Pahang, negeri aku ini, memang dah lama bagi token masuk IPT ni. jumlahnya RM500 seorang. tak kira diploma, ijazah. tak kira pendapatan keluarga. dibayar melalui Yayasan Pahang. tapi untuk sekali saje lah. maknanya, kalau masa diploma dah dapat, nanti sambung ijazah tak dapat dah lah..

kena pesan kat anak2 selangor tu, dapat duit rm1000, gunalah untuk bayar yuran dan beli kelengkapan masuk IPT, jangan terus pergi handphone pulak.

anyway, tahniah kepada mana2 kerajaan negeri yang prihatin sebegini.

Pendeta
17-06-08, 02:44 PM
Haa....kan dah malu budak UiTM yang saman kerajaan Selangor tu. Lainkali belajar tinggi - tinggi, sabar tu kena lagi tinggi. "Belum bagi" bukan maksud "Taknak bagi". Tak payah masuk universiti pun boleh fikir.

Anyway, bravo kerajaan Selangor. Benda kecik - kecik ni, tak payah tunggu tiga empat tahun baru pancing undi dengan tunai janji. Patut pancing undi dengan janji baru, bukan baru nak tunai janji lama.

refleksi
17-06-08, 02:49 PM
emmm kalau tak silap aku, yang saman budak uitm tu ialah dia saman kerajaan selangor sebab tak bagi kepada semua anak2 selangor tak kira berapa pendapatan. kerajaan selangor buat permulaan ni bagi kepada yang pendapatan rm1500 sebulan ke bawah sahaja. sebab tu dia saman.

aien
17-06-08, 03:01 PM
ipta aje ek.. ipts dopleh ke?

ekzos_pipe
17-06-08, 03:06 PM
Dengar cerita dia nak saman BN pulak, sebab dulu masa pilihanraya janji tahun ni tak naik minyak, tapi ni tetiba naik pulak harga, ada dengar cerita tak?

Sekali dengan kumpulan penduduk selangor yg nak mintak 300K tandatangan rakyat bantah kerajaan selangor kerana belum tunai janji, yg nih pun dgr2 nak saman kerajaan pusat pasal minyak naik nih..

Klik spoiler utk mengetahui jawapannya:

hahaha mana boleh saman, sah2 itu boss depa, boss mungkir janji no hal hahahahahaha...

Pendeta
17-06-08, 03:18 PM
emmm kalau tak silap aku, yang saman budak uitm tu ialah dia saman kerajaan selangor sebab tak bagi kepada semua anak2 selangor tak kira berapa pendapatan. kerajaan selangor buat permulaan ni bagi kepada yang pendapatan rm1500 sebulan ke bawah sahaja. sebab tu dia saman.

Ye ke? Aku miss detail la kot.

Point is, it's still to early to sue. Kena tengok balik contract law juga nih.


Dengar cerita dia nak saman BN pulak, sebab dulu masa pilihanraya janji tahun ni tak naik minyak, tapi ni tetiba naik pulak harga, ada dengar cerita tak?

Sekali dengan kumpulan penduduk selangor yg nak mintak 300K tandatangan rakyat bantah kerajaan selangor kerana belum tunai janji, yg nih pun dgr2 nak saman kerajaan pusat pasal minyak naik nih..

Klik spoiler utk mengetahui jawapannya:

hahaha mana boleh saman, sah2 itu boss depa, boss mungkir janji no hal hahahahahaha...

"Cis!" kepada isi kandungan spoiler tag.

mohdaliffnajmi
17-06-08, 06:46 PM
baguslah macam tue kat kerajaan PR selangor.
aku solute abis.

Chinozie
17-06-08, 06:54 PM
mane ? tak jumpa pun kat portal tu...yg ade jumpa...
pinjaman pelajran tenaga mahir (fast track)...

insentif tu tak jumpa pun muat turun dia...

jap...cari lg...pening lak page dia...

P/S : baru semalam adik den daftar masuk UM...

====================

owh jumpa dah...

nie dia :

http://www.selangor.gov.my/main.php?Content=articles&ArticleID=87&IID=

cipher
17-06-08, 06:56 PM
best la rakyat selangor pasni..
kurang sket beban kat mana2 parent yg ank study kat ipta..
hope gomen negeri selangor ni akn trus bt sumthing utk kurangkan
beban rakyat................

timunjepun80
17-06-08, 07:28 PM
terlaksana juga manifesto ....
syabas pkr ...
air pon dh dapat pree lg ....

sp3d2
17-06-08, 08:42 PM
tahniah kerajaan negeri selangor dan pakatan rakyat. kedah ngan perak pe cite? diam jerk....

eksp
17-06-08, 09:37 PM
tahniah kerajaan negeri selangor dan pakatan rakyat. kedah ngan perak pe cite? diam jerk....

rasanya setakat nih selangor saje yang mampu berbuat macam nih kot... pertamanya selangor adalah milik PKR, dan pemberian insentif nih bertepatan dengan manifesto PKR...

lagipun selangor memang kaya berbanding kedah dan perak... so negeri lain agak sukar nak bagi insentif macam nih rasanya...

mr_naza
17-06-08, 10:53 PM
aku dah dapat bil air....dapat 20m padu free...hehehe...tahniah pada pr sebab dapat tunaikan manifesto..yang lain2 janji tu nnt ek...sabo2..dak uitm tu xnak ke saman bos sbb minyak naik....hehehe...kalau tgk dlm buletin td ckp kerajaan 100 hari kedah cuba bermain politik dengan melantik jawatan baru dlm kulim hi tech yg cuba untuk membuang jawatan yang disandang oleh org masa bn memerintah...pastu cite pasal kerajaan 100 hari melaka..tunjuk pembangunan yang dicapai...memang bias giler...huhuhu

ekzos_pipe
18-06-08, 09:03 AM
Apa kerajaan negeri melaka? kes b.abi berpuluh tahun kat kampung melayu tuh dah dibangunkan ke jugak? kakakaka

asura
18-06-08, 09:41 AM
dlm dok sibuk2 AMNO dan pencacai mereka dlm dunia cyber
dok hantam negeri2 pembangkang ..masih mampu dan berdaya
lagi pemimpin PR membuktikan kesungguhan mereka dlm usaha
membela rakyat.

teringat lak aku kat berita Mohamad janji utamakan projek (http://www.bharian.com.my/klikkhas/pilihanraya/Berita/Semasa/20080313103238/Article/indexberita_html)
pembangunan Negeri Sembilan (http://www.bharian.com.my/klikkhas/pilihanraya/Berita/Semasa/20080313103238/Article/indexberita_html)

AMNO ni sibuk2 pasal negeri org ..ni janji di tempat sendri ..
ape cerita?

exs
18-06-08, 01:18 PM
rasanya setakat nih selangor saje yang mampu berbuat macam nih kot... pertamanya selangor adalah milik PKR, dan pemberian insentif nih bertepatan dengan manifesto PKR...

lagipun selangor memang kaya berbanding kedah dan perak... so negeri lain agak sukar nak bagi insentif macam nih rasanya...

kedah, cukai tanah dah turun (kj'an BN sblm ni naikkan cukai tanah kat kedah smpai mencecah 300%). now back to original. kawasan tanaman padi takbleh ditukar status (related dgn zippy). zippy is on tapi dibuat kat kawasan laut. jumlah pelabur utk zippy masa BN memerintah = 3, skarang = 5.

penang, rumah berstatus lease-hold converted to free hold. ada a few lagi improvement aku tak igt.

perak? tah. aku tak melawat perak lagi.

k1dz
18-06-08, 02:00 PM
alhamdulillah :D


.

bergthegreat
18-06-08, 02:09 PM
if kerajaan negeri mampu membantu mengurangkan bebanan kepda rakyat jelata, rasanya kerajaan persekutuan bleh ambil langkah sewajarnya utk turut serta membantu berbekalkan dana kewangan yang ada...

k1dz
18-06-08, 02:11 PM
if kerajaan negeri mampu membantu mengurangkan bebanan kepda rakyat jelata, rasanya kerajaan persekutuan bleh ambil langkah sewajarnya utk turut serta membantu berbekalkan dana kewangan yang ada...

stuju dan sokong :) ..


.

sp3d2
18-06-08, 06:06 PM
if kerajaan negeri mampu membantu mengurangkan bebanan kepda rakyat jelata, rasanya kerajaan persekutuan bleh ambil langkah sewajarnya utk turut serta membantu berbekalkan dana kewangan yang ada...

owh jgn harap sahabatku. era paklah adalah era rakyat lelah... makin lelah!!!:tensi:

aien
25-06-08, 04:49 PM
borang dah boleh download..
so download le cepat..

thegreen04
25-06-08, 05:28 PM
Syukur kepada Allah....
Terengganu pun ada bagi wang untuk pelajar yang berjaya ke ipt...

aien
25-06-08, 05:40 PM
bersyarat.. x semua layak..

hanya ipta/ipts terpilih shj..