PDA

View Full Version : Kepimpinan Mahathir dan Abdullah: Satu Perbandingan



raZZol©
18-06-08, 05:18 PM
Kepimpinan Mahathir dan Abdullah: Satu Perbandingan
>
> Selepas dua tahun mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula
> mengkririk kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dari
> pelbagai
> aspek. Kritikan tajam Mahathir mencetuskan pelbagai reaksi.
>
>
> 1. Semasa Jadi TPM
>
> Mahathir
> Sudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri
> nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM,
> sebagai
> menghormati bosnya.
>
> Abdullah
> Disebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan
> Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu low profile
> sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai
> mengenai keupayaannya mengambilalih pucuk pimpinan nanti.
>
> 2. Sejurus Selepas Jadi PM
>
> Mahathir
> Terus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti
> menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam
> waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui
> Teladan dan sebagainya.
>
> Abdullah
> Disebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat
> melaksanakan apa-apa lag , yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti
> Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang
> dan umum.
>
> 3. Pembangunan Islam
>
> Mahathir
> Di awal penerajuannya, Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai
> Islam' yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak cuba
> menampilkan dirinya sebagai seorang Islam waraq atau berpura-pura dengan
> menjadi Imam atau membaca doa. Baginya dia adalah seorang fundalmentalist.
> Namun Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa adalah merupakan cetusan
> ideanya yang kemudiannya diakui Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.
>
> Abdullah
> Pak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan IIslam Hadhari' yang amat
> kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan
> itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjemaah yang gambarnya
> dipamerkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang
> mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar
> juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru berpindah
> kementerian
> dan menjadi TPM!).
>
> Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding
> pejabat.
>
> 4. Menghadapi Aduan
>
> Mahathir
> Mahathir biasannya mendengar aduan dari orang-orang politik atau
> perniagaan
> yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen.
> Biasanya
> juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu,
> pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan
> tindakan diambil oleh pihak berkenaan.
>
> Abdullah
> Pak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang
> si pengadu. Beliau sering memberi komen, "Macam mana boleh jadi macam ni?
> Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar" dan
> sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh
> selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada
> sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu political
> public relations. Itu sahaja.
>
> 5. Menghadapi Cadangan Perniagaan
>
> Mahathir
> Meneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala
> fakta-fakta penting dan menandakan mukasurat?mukasurat yang berkaitan.
> Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke
> Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan 'Cadangan
> ini
> baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' ,
> Mahathir mengarahkan EPU untuk 'cari wang'. Dengan itu pegawai-pegawai di
> EPU akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang
> diperolehi dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Mahathir mahu cadangan
> itu dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim
> dilakukannya.
>
> Abdullah
> Ramai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang
> dihantar kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab
> 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk
> melaksanakannya' . Pak Lah akan jawab balik, 'Tak ada wang tak payah
> buat'.
> Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu
> lagi pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak
> mahu pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan
> bertuah jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang
> berlaku ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan
> kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, Gone
> with the wind.
>
> 6. Pengurusan Waktu
>
> Mahathir
> Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau
> selalu
> tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah
> lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia terlewat 10
> minit
> pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya
> tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima belas minit, lima belas
> minitlah masa yang dibenarkan bertemu dengannya. Maka tetamu-tetamu
> kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar di bilik tetamu atau berlepak di
> bilik setiausaha-setiausa hanya sementara menunggu giliran.
>
> Abdullah
> Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus
> waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau
> dua
> jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi
> perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet
> dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang
> membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya!
>
> Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu
> berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka
> tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di
> mesyuarat post kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau.
> Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat
> membaca dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara
> tergesa-gesa itu.
>
> 7. Memenuhi Jemputan Majlis
>
> Mahathir
> Apabila menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Mahathir akan
> segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka dia
> tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka
> awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur mencari
> ganti.
>
> Abdullah
> Pak Lah sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan
> sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program,
> menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan tidak
> boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila kena cari
> penggantinya.
>
> Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah janji untuk hadir, tiba-tiba di
> saat-saat akhir tidak boleh dan meminta wakil dari kalangan
> menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang telah dirancang
> berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri. Harapan penganjur
> berkecai kerana hampa dengan seorang 'alim?'yang memandang ringan dengan
> janji-janjinya.
>
> 8. Membuat Keputusan
>
> Mahathir
> Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya. Sebagai
> seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus juga buat,
> kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari silap kerana tak
> buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor, sebelum sebarang
> keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat atau bukti telah
> diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik mungkin
>
> Abdullah
> Pak Lah nampaknya tidak begitu berani buat keputusan kerana takut silap
> dan
> takut tidak popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih
> cenderung untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan
> dan mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang
> diketahui
> seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek Jambatan
> Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam mengatakan kepada
> Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah gerenti akan laksanakan,
> tiba-tiba diumumkan batal!
>
> 9. Menghadapi Wawancara Media
>
> Mahathir
> Apabila Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan
> favourite
> penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat. Seperti kata
> Inggeris
> he says what he means and he means what he says. Noktah.
>
> Abdullah
> Pak Lah pula bila diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup
> maklumat dan terpaksa berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambilalih
> Avenue Capital Resource, beliau pernah menjawab ?Saya tidak tahu, saya tak
> terlibat?. Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan
> mudah mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara.
> Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang diperolehi
> Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato? Annuar Zaini boleh dikatakan
> menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.
>
> 10. Campurtangan ahli keluarga dalam pentadbiran dan politik
>
> Mahathir
> Walaupun pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi
> keputusan-keputusan Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada pun dalam
> urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh dikatakan tidak
> langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran negara. Pernah
> diceritakan
> apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan bertanding mana-mana jawatan
> parti, tidak kira rendah atau tinggi, Mahathir akan menghalangkannya. Dia
> tidak mahu mereka terlibat semasa dia memegang jawatan Presiden parti.
>
> Abdullah
> Campurtangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta
> dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah
> menafikannya
> tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya lain dari apa yang
> dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri Isa Samad dari jawatan
> parti dan kerajaan, jelas dikatakan hasil manipulasi Khairy.
>
> Penutup
>
> Kesemua di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui
> penulis
> mengenai Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan kepimpinan mereka
> berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian bebas oleh sekumpulan
> pemerhati.
>
> Mahathir menunggu lebih dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan
> perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau merasai dirinya telah
> dikhianati, amanatnya tidak diambil hirau oleh penggantinya.
>
> Beliau menunggu dua tahun kerana beliau mahu mengutip sebanyak mungkin
> bukti. Mahathir tidak akan bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah
> orang cari bukti yang lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah
> beliau
> sendiri mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini.
>
> Perbandingan ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Mahathir
> ke tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu. Hanya
> pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan
> tanyalah
> diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah kecemerlangan?
.

eksp
18-06-08, 11:06 PM
satu perbandingan yang amat cantik sekali...

walaupun TDM pun ada banyak buat kesilapan jugak semasa kepimpinan dia... tapi nyata beliau pemimpin yang ulung sampai TGNA sendiri pun melahirkan rasa hormat kepada beliau dari zaman pimpinannya sampai lah bersara dan keluar UMNO...

tapi Pak Lah?

hahhaa.... lu pikir la sendiri....

k_a_a
19-06-08, 08:04 AM
Bagi aku sekarang yg jelas dan kesimpulan dari aku ialah :

Mahathir
Seorang yg patriotik, sangat bangga dan sayangkan MALAYSIA tanah air tercinta. Beliau mempunyai minda bijak (seorang kelulusan Doktor MD) yg mempunyai business sense yang mahu Malaysia keluar dari golongan negara ketiga dan menjadi negara maju. Tidak mahu negara dijajah. Berani mengeluarkan pendapat ; ingat "dasar pandang timur" serta bersama pejuang Palestin menuntut hak Palestin. Membina banyak infrastruktur bagi menjadi pemangkin perniagaan di Malaysia yang akan menguntungkan negara dan rakyat MALAYSIA.

Dollah "korek idung"
Imam besar Islam Hadhari (tah apa2). Pada aku, dollah tidak sayangkan negara, malah menjual negara (isu ECM Libra, Temasek controlling media via Media Prima, Hospital Pantai, Jambatan Bengkok, Iskandar Malaysia, AirAsia). Adalah barua Singapodah, melalui KJ (yg punyai byk sykt di Singapodah). Banyak skandal gatal, peluk pinggang dan raba2 bahu Michel Yeoh. Tidak punyai kebijaksanaan minda (rasanya lulusan Bahasa jer dari UM). Tidak support Palestin (baru2 ini usul sokong palestin di tolak dari dibentangkan di Parlimen). Telah menghabis duit yang banyak dlm setahun bersamaan dgn 10tahun pemerintahan Mahathir. Pendek kata, dia ni tak layak langsung jadi PM dan akan jual kita kpd Singapodah!!!

tudung biru
19-06-08, 08:19 AM
org yg tak pndai politik mcm fir ni pun leh tahu bijak ke tak paklah tu
pastu, Tun Mahathir fir teruja sgt nak jumpa dia
Pak Lah? tak payah la

morpheuzneo
19-06-08, 08:26 AM
boleh di nyatakan sumber artikel ini?

kita tak nak BDN ni jadi tempat copy dan paste dari sumber2 lain., tanpa kita memberi kredit sumber asal..

terima kasih.

asura
19-06-08, 09:09 AM
aku respek Tun M
tapi bab dia memperlekehkan Islam x leh dimaafkan

Pak Lah??
tade bende pon aku nak kagumi. Panas hati lagi adela.

raZZol©
19-06-08, 09:09 AM
boleh di nyatakan sumber artikel ini?

kita tak nak BDN ni jadi tempat copy dan paste dari sumber2 lain., tanpa kita memberi kredit sumber asal..

terima kasih.


sumber dr email jer bro.....
me kopipes...

morpheuzneo
19-06-08, 09:13 AM
sumber dr email jer bro.....
me kopipes...

ok.., kalau dari email pun, kita patut tuliskan awal-awal .. sebelum kita copy paste kan kat sini..

:)..

terima kasih.

ekzos_pipe
19-06-08, 09:18 AM
aku respek Tun M
tapi bab dia memperlekehkan Islam x leh dimaafkan

Pak Lah??
tade bende pon aku nak kagumi. Panas hati lagi adela.

Ya betul......................

Maybe kalau nak kagum la, boleh kagum dgn PakLah ini ialah masa dia nafikan scomi pernah dpt tender kerajaan interview live satu malaysia tuh... mmg confident betul muka dia, kalah lakonan Dato Jalalluddin Hassan Duta Besar MayFirst.

raZZol©
19-06-08, 09:50 AM
ok.., kalau dari email pun, kita patut tuliskan awal-awal .. sebelum kita copy paste kan kat sini..

:)..

terima kasih.

maybe terlupa nak tulis la tue...
nape,bro marah ker.....??

perang_merah
19-06-08, 10:03 AM
Mahathir
penuh wawasan..wlu pun dikritik teruk oleh rakyat.pembangunan yang menguntungkan rakyat
masa zmn pemerintahan smua suh beliau berundur..
kt dah lm sgt jd PM


Pak lah..
Bg gaji naik..pekeje goverment kt pak lah bgus,bgus dr Mahathir
bila brg2 naik, mnyak naik..smua kt pak lah xbgus..
smua suh Pak Lah berundur, letak jwtn
Kt Mahathir lg bgus..

seelok2nya PM kita adalah bangsa kita sendiri, ada pegangan agama,tegas,tiada kroni2 dlm perjuangan,x pilih bulu,pikir ms dpn rakyat,
jgn nak pikir family sendiri jer, sedara mara sendiri..

raZZol©
19-06-08, 10:06 AM
berundurlah sbb dah tua..takder idea bernas lagi @ berundur sebab dah lama jd pemerintah dah dah banyak benda yang dilakukan


perbezaan PM skrg dengan TDM

perang_merah
19-06-08, 11:25 AM
Jgn nanti timbul lak PM yg mn anak beranak siap ada jwtn @ kuasa sbb nti ms akan dtg smua org akan pertikakaikan..memg wjib ker tradisi tun temurun ada kuasa pemerintahan kat negara nie??ckuplah dlm 1 famil tu sorg jer jd pemimpin..anak beranak, bini baik keje lain, jd penasihat peribadi ker..org lain pun nak keje gak..

reloader
19-06-08, 11:41 AM
Isu pemimpin dari keturunan ni bukan isu utama, masalahnya peribadi & kempimpinan orang tu je, kalau dari suku sakat pun jika dah memerintah dengan saksama & adik takkan jadi isu, insyaAllah rakyat tak memberontak. Kalau dari suku sakat lain pun tapi caranya tetap nak seleweng, tak guna jugak...

mr_naza
19-06-08, 12:49 PM
banyak perbezaan antara tdm ngan paklah...kite semua dah matang pandai2 la pikir mana yang baik mana yang buruk...

bergthegreat
19-06-08, 12:53 PM
abdullah x layak untuk dibandingkan dgn TDM.. jauh panggang dari api...

amx
19-06-08, 01:35 PM
emm, usah dibandingkan sbb jauh perbezaan. tp yg pasti pak lah dan anwar ibrahim adalah seguru dan saling membantu. politik mereka sama. parti yg lain. nape? malas aku nak cite panjang. political suicide pak lah adalah udang disebalik batu. so forumer yg bijak pandai mesti paham. hopefully forumer yg lahir awal tahun 70an paham maksud aku. back to history klau nak faham agenda 2 orang ni-> pak lah & anwar. sori klau out topic.

flash
19-06-08, 01:38 PM
uhuhuhohhh pak dollah, udahlah.................... blah
kuasa rakyat jgn d cabar.

Pendeta
19-06-08, 03:47 PM
Ermm...Ini perbandingan jenis apa ni...Ini namanya puji mahathir kutuk pak lah. Nak buat perbandingan biarlah fair, teruk macam mana pun orang - orang yang dinilai. Janganlah sorang baik ajee...sorang buruk ajee...

Padalah dedua takleh blah. Oklah...sorang dah blah, sorang takleh blah. Apa pilihan yang ada ni?

emy
19-06-08, 03:51 PM
kat comparison patut buh pro cons masing2... kan?

amour_armani
19-06-08, 04:03 PM
Tun M mmg pemimpin yg disegani....wa tabik spring kat Tun M...

avicenna
19-06-08, 04:27 PM
tu la , mcm berat sebelah je perbandingan
kene ada PRO & CON , kalau tak , jadi PRO Mahathir , CON Pak Lah

berbalik la kepada sejarah . sejarah tidak pernah menipu .
asyik nak compare je , bile nak maju ke depan ?

raZZol©
19-06-08, 04:34 PM
utk maju kedepan pun kena compare gak.kalo tak tak tau mana betul mana salah...mana +ve dan -ve...

Pendeta
19-06-08, 05:25 PM
tu la , mcm berat sebelah je perbandingan
kene ada PRO & CON , kalau tak , jadi PRO Mahathir , CON Pak Lah

berbalik la kepada sejarah . sejarah tidak pernah menipu .
asyik nak compare je , bile nak maju ke depan ?

History is written by winner.

se7en
19-06-08, 05:58 PM
kalo nak dibandingkan paklah dgn TDM...mcm langit dgn bumi...

byk sgt kontra dia...terasa mendlm sampai ke tulang :p

amieshoro
19-06-08, 06:14 PM
mahathir - masa muda hensem..

pak lah - masa muda x hensem sgt...

maly
19-06-08, 06:25 PM
semoga Tun panjang umor

qasriena
20-06-08, 10:56 AM
mahathir - masa muda hensem..

pak lah - masa muda x hensem sgt...

uihhh...ini pun boleh dibuat perbandingan ke..hahahah
mana boleh judge pemimpin ikut 'hensem masa muda' aje..
iye tak..heheheh

k_a_a
20-06-08, 11:01 AM
Dollah - suka korek idung dan tido....

Mahathir - mudah lupa (asyik "apa nama" je)

ERFi
20-06-08, 11:04 AM
hidung mahathir besar..
hidung dolah penyek..

amour_armani
20-06-08, 01:33 PM
hidung mahathir besar..
hidung dolah penyek..
suka tengok idung derang ke erfi...:setan:

se7en
20-06-08, 10:33 PM
mesti ade pro Paklah..ckp..xadil utk comparekan...sebab paklah baru penggal 2 penggal...


tp sejak 2 penggal nie...aku rase step kebelakang..n kite semakin tkt pada sesuatu dasar libat negara singa

Tontoro
21-06-08, 05:05 PM
tp pak lah tuh mmg hancur

nanu
21-06-08, 09:35 PM
bagi aku TDM adalah yg the best. tegas dalam membuat keputusan.pak Lah banyak berkata 'tak pe'...kalau lagi lm dia jd PM rasanya Malysia terjual...

Mitsui
21-06-08, 10:09 PM
tun mahathir kerja sebagai seorang perdana menteri.

pak lah berkerja macam seorang yang dok atas lagi dari agong.

INTERPRENEUR
21-06-08, 10:15 PM
yer yer.. betul kata mits tu..

Gabot_Metal
21-06-08, 11:23 PM
ok.., kalau dari email pun, kita patut tuliskan awal-awal .. sebelum kita copy paste kan kat sini..

:)..

terima kasih.


ape setiap posting kene tulis ke 'ini dari kepala hotak aku sendiri' baru lah konfirm kot...

kita pandai belajar kat skolah pun semua dari idea dan ilmu org lain so kene sebut ke semua asal ilmu yg kite dapat tu?

pendapat pun kene source yek.......


p/s kene ban lah aku lagi nie....

se7en
21-06-08, 11:34 PM
xdela..kalo ko ckp pendapat...just ko mention jek...xde masalah la geng...

exceli xde halangan pun...bukan ape..kdg2 ade satu berita xbetul..kite sebarkan xelok...so better kalo pandangan peribadi...just mention "pandangan peribadi aku ttg...."

wo0p
21-06-08, 11:56 PM
bukan nak puji mahahir dan bukan nak kutuk paklah, tetapi 100% semua tu kan kebenaran, Kalau tak mampu nak uruskan negara, berilah kepada orang yang berkemapuan.. Pak lah PM yang kita tidak mahukan,

se7en
22-06-08, 12:00 AM
yup...dia ade la the worst ever..PM kite ade dlm sejarah..dan bende nie dah masuk dlm sejarah negara...yg mana PM ke 5...paling tidak bertimbangrasa dan bertggjwp pada rakyat dia...

raZZol©
23-06-08, 09:03 AM
ape setiap posting kene tulis ke 'ini dari kepala hotak aku sendiri' baru lah konfirm kot...

kita pandai belajar kat skolah pun semua dari idea dan ilmu org lain so kene sebut ke semua asal ilmu yg kite dapat tu?

pendapat pun kene source yek.......


p/s kene ban lah aku lagi nie....

jgn ko ckp camnie, nti "penguatkuasa" morpheuzneo band ko kan susah....ahaks..!!

nak wat camner, kena ada source, so kita kena ikutlah....

chunli
23-06-08, 09:22 AM
compare kewibawaan jd pemimpin la. tak baek compare physical... :P

.

amx
23-06-08, 11:08 AM
ape setiap posting kene tulis ke 'ini dari kepala hotak aku sendiri' baru lah konfirm kot...

p/s kene ban lah aku lagi nie....
nak buat camne bro, ada orang suka dgr citer yg best jer, so kena la tulis cite yg kepala hotak orang nak dgr. :tensi:

p/s pnh kena ban ke seblom ni? hehe! :ahha:

Amelin
23-06-08, 02:22 PM
wah hebat laa encik penulis nih.. begitu dedicated membuat analisa.
saya amat tertarik dengan point ini.


6. Pengurusan Waktu
>
> Mahathir
> Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau
> selalu
> tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah
> lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia terlewat 10
> minit
> pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya
> tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima belas minit, lima belas
> minitlah masa yang dibenarkan bertemu dengannya. Maka tetamu-tetamu
> kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar di bilik tetamu atau berlepak di
> bilik setiausaha-setiausa hanya sementara menunggu giliran.
>
> Abdullah
> Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus
> waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau
> dua
> jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi
> perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet
> dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang
> membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya!
>
> Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu
> berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka
> tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di
> mesyuarat post kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau.
> Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat
> membaca dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara
> tergesa-gesa itu.

siap tahu Tun akan mintak maaf. pada perkiraan saya penulis mesti ada dalam perjumpaan itu.

syabas laa. good info anyway.