View Full Version : Pindah syarikat telefon tanpa tukar nombor September ini
el-lail
05-04-07, 09:13 AM
:salam:
Best ke ha? Tak dapat tau kawan yang kita nak call tu pakai celcom/maxis/digi lagi..
Sistem peralihan nombor mudah alih diperkenal
KUANTAN 4 April – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memperkenalkan sistem peralihan nombor mudah alih yang membolehkan pengguna mengekalkan nombor telefon bimbit sedia ada walaupun berubah operator perkhidmatan.
Pengerusinya, Datuk Dr. Halim Shafie berkata, melalui langkah itu, nombor awalan pada telefon bimbit tidak semestinya akan mewakili mana-mana syarikat telekomunikasi (telco) tertentui.
‘‘Sebagai contoh, jika pengguna Maxis yang mempunyai nombor telefon bimbit awalan 012 ingin berubah kepada operator lain seperti Celcom atau DiGi, maka pengguna berkenaan masih boleh mengekalkan nombor asalnya yang bermula dengan 012 itu walaupun berubah operator,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pejabat Wilayah Timur SKMM dan Pusat Pengawasan Spektrum Negara (Nasmoc) di sini, hari ini.
Jelas beliau, perkhidmatan baru itu dijadual diperkenalkan awal tahun hadapan dan dijangka amat berguna untuk pengguna yang mahu mengekalkan nombor asal mereka tetapi ingin mendapatkan perkhidmatan talian telefon melalui telco yang lain.
“Perkhidmatan itu akan ditawarkan kepada pemilik talian pra dan pasca bayar dan para telco telah bersetuju dengan perkhidmatan berkenaan,” jelasnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 2.3 juta nombor prabayar ditamatkan kerana pemiliknya gagal mendaftar kad SIM prabayar mereka sehingga penghujung tahun lalu.
Keadaan itu, katanya, menyebabkan jumlah pengguna talian pra bayar telah menjunam daripada 18.5 juta pengguna tahun lalu kepada 16 juta pengguna pada satu peringkat.
“Namun, melalui usaha-usaha gigih para telco, jumlah itu telah pun meningkat kembali kepada 17 juta pengguna pada masa kini dan SKMM yakin jumlah pengguna akan kembali ke angka asal,” katanya.
Jelas beliau, secara keseluruhan, wujud sebanyak 19 juta talian telefon pra dan pasca bayar yang digunakan di negara ini.
Time ni mesti Telco berlumba2 turun caj
el-lail
06-04-07, 09:37 AM
Time ni mesti Telco berlumba2 turun caj
:salam:
Satu kesan sampingan yang baik untuk kita. :hehe:
Buat masa ni, no. 014 sahaja yang dikongsi bersama maxis, celcom dan digi. Tahun depan..haa..kalau tak pakai yang flat rate, rugi banyak la.
mcm kat Houston dulu starting no phone semua sama... tak kira network provider dan tak kira phone rumah ke opis ke handset ke... semua start 281... bila 281 dah habis diorg guna 713 lak... Houston is bigger than France :D
wassalam.
umikniey
06-04-07, 10:38 AM
cam ner tu...???
kekalkan no nombor asalnya yang bermula dengan 012 itu walaupun berubah operator
maksudnya klu no tu 012-8765432 blh tukar ke 012-8765431...camtu ker?
cam ner tu...???
kekalkan no nombor asalnya yang bermula dengan 012 itu walaupun berubah operator
maksudnya klu no tu 012-8765432 blh tukar ke 012-8765431...camtu ker?
- umikniey
‘‘Sebagai contoh, jika pengguna Maxis yang mempunyai nombor telefon bimbit awalan 012 ingin berubah kepada operator lain seperti Celcom atau DiGi, maka pengguna berkenaan masih boleh mengekalkan nombor asalnya yang bermula dengan 012 itu walaupun berubah operator,” katanya.
itu ok kalo nak tukar line digi <-> celcom <-> maxis ...
buleh kekalkan number takde susah² nak inform orang sbb tak tukar number
Mcm konpius jgk la nanti eh, kalo orang tu guna line 019 for sure kita ingat Celcom, 016- Digi, 012-Maxis.
Jadi kita takkan tau dan dpt pastikan orang tu guna line apa... :takpahaml
.
dan aku rasa bila benda ni diperkenalkan... rate call/sms ke network lain akan selaras la ek... kalau tak selaras jenuh jugak nak kena tanya dulu org yg kita nak contact tu guna network apa sebenarnya sblm nak sembang panjang atau ngorat guna sms :D
wassalam.
yup...
aku pun rasa semua telco kena seragam kan rate.....
takde lg maxis<->maxis baru nk murah....
semua sama....n coverage pun seragam kan
haha...mcm mana dirog nk bisnes kalo mcm ni..
ChEf_N|3aM
07-04-07, 12:00 AM
haha lepas tu gabungkan kesemua telco jadi satu... macam perkhidmatan rapidkl..
ada kemungkinan gak tu....
bagus idea tue...
dgn persaingan 3 provider services nie....aku harap segala rate2 or hidden cost tue jadi murah...slalunye kos akan bertmbh kn
umikniey
07-04-07, 10:06 AM
makin banyak psaingan...
harap2 rega charge panggilan n sms pun arap2 makin turun....
mcm kat Houston dulu starting no phone semua sama... tak kira network provider dan tak kira phone rumah ke opis ke handset ke... semua start 281... bila 281 dah habis diorg guna 713 lak... Houston is bigger than France :D
wassalam.
dang! Texas is bigger than France la :D
wassalam.
dang! Texas is bigger than France la :D
wassalam.
ko salah kesemua ayat berkenaan telco di houston....ataupun salah ayat yg terakhir jer...?? :D
ko salah kesemua ayat berkenaan telco di houston....ataupun salah ayat yg terakhir jer...?? :D
ayat terakhir je... mcm mana ntah buleh teringat... time kat umah pulak tu.. :D
wassalam.
i see a 'war of charges' ahead. low SMS and call rates, anyone? :D
mangabra
09-04-07, 04:54 PM
Kuning murah lompat tukar kuning..
kendian merah lah murah lompat kat merah lak...
kendian biru lak....boleh ke cam tu...
aku rasa sesapa yg nak tukar dan pakai no. yg sama mesti kena akan dikena penalty...
aku rasa sesapa yg nak tukar dan pakai no. yg sama mesti kena akan dikena penalty...
scholl harap tak jadi gitu.
For sure akan kena bayaran tertentu.
erm..dia wat cam nih pun aku rasa aku takkan tukar provider skrg nih..pakai line maxis dah dekat 7 tahun dah..banyak menda (kemudahan) dapat dari maxis..kecuali ler pasnih servis maxis cipan giler memang tukar aa..
pastu bila jadik cam nih, tak de lagi la penggabungan syarikat telco..tak de competition = suck
CupidOfLuv
14-04-07, 12:12 AM
dan aku rasa bila benda ni diperkenalkan... rate call/sms ke network lain akan selaras la ek... kalau tak selaras jenuh jugak nak kena tanya dulu org yg kita nak contact tu guna network apa sebenarnya sblm nak sembang panjang atau ngorat guna sms :D
wassalam.
sangat la. abeh kalo tak tanya. tataw plak kita dok sms dgn dia guna sms pree ke sms berbayar (sbb selama ni dah biasa guna sms pree maxis to maxis). heh.
dah wat cenggini, sah flat rate je la camtu
fosilmitra
22-08-08, 12:29 PM
Pindah syarikat telefon tanpa tukar nombor September ini
SERIAN 11 Ogos – Mulai September ini, orang ramai boleh bertukar pengendali rangkaian telefon mudah alih masing-masing pada bila-bila masa tanpa perlu menukar nombor sedia ada.
Dengan dasar baru itu, pelanggan Maxis, misalnya, boleh terus menggunakan nombor lama Maxis mereka walaupun telah bertukar kepada perkhidmatan Celcom. Begitu juga sebaliknya.
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, buat permulaan perkhidmatan portabiliti nombor mudah alih (MNP) itu akan dilaksanakan di kawasan Lembah Klang selama sebulan.
Beliau berkata, sekiranya berjalan lancar, sistem MNP itu akan diperluaskan ke seluruh negara mulai Oktober.
“Industri telekomunikasi akan menentukan kadar caj untuk menggunakan perkhidmatan MNP tetapi kerajaan tetapkan caj siling RM25, tidak boleh lebih daripada itu,” kata Shaziman.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Internet Desa dan Sekolah Rendah Kampung Grogok di Bau serta Perpustakaan Jalur Lebar Desa, Kampung Tebakang, Serian di sini hari ini.
MNP pada dasarnya membolehkan pengguna bertukar pengendali rangkaian tanpa perlu menukar nombor telefon mudah alih yang mereka gunakan.
Dalam perkembangan lain, Shaziman berharap syarikat telekomunikasi akan menukar struktur menara telekomunikasi di bandar-bandar besar seperti di Ipoh dan Johor Bahru daripada keluli kepada fiber.
“Menara komunikasi sedia ada harus ditukar kepada bentuk yang lebih komprehensif menggunakan fiber supaya tidak menjejaskan pemandangan,’’ katanya.
p/s: TOLONG CARIKAN SUMBER MAKLUMAT INI. TQ
farezwani
22-08-08, 12:50 PM
memang ade kuar utusan malaysia ari tu ....... menda ni memang betul dan ada kawan yg kerja di syarikat telekomunikasi (Umobile) bgtau beberapa bulan yg lalu
abih camne nak tau org tu pakai celcom ke maxis ke digi ke???
ye la..bila tau org tu guna celcom..kita plak maxis..nak call pun agak2 la sbb rate mahal ckit..
farezwani
22-08-08, 02:34 PM
abih camne nak tau org tu pakai celcom ke maxis ke digi ke???
ye la..bila tau org tu guna celcom..kita plak maxis..nak call pun agak2 la sbb rate mahal ckit..
betul jugak tu....xtau n xtnye lak pasal tu...
mgkin ade lah mekanisma baru kot....kite tunggu aje :D
morpheuzneo
22-08-08, 03:35 PM
berapa kali tangguh dah ni?
syarikat telco lain tgh tunggu telekom aje..!
asalnya.. benda ni patut di laksanakan tahun lepas lagi.., eh.. 2 tahun lepas pun dah ada ura2 ni..
tapi.. tiap kali setuju aje.., telekom akan mula berdolak - dalik..
kali ni pun akan sama! lihat saja nanti..
kenapa telekom beria nk tangguhkan?
kerana dia tau.. orang dah bosan dgn TM..!
bila benda ni berkuatkuasa.., mesti berduyun2 orang akan tukar ke Digi dan Maxis..
aku sendiri pun akan tukar ke Digi..!! (bila benda ni berkuatkuasa..!)
em maksudnya kepala (012,013,014,016,017,018,019) pon kekal ke?
maxis kepala 019.. camtu? ke 7 nombor je yg tukar? tapi kalo tuka 7 no je, mest ade no yg sama dari telco lain kan?
cth:
012-3456789
019-3456789
em maksudnya kepala (012,013,014,016,017,018,019) pon kekal ke?
maxis kepala 019.. camtu? ke 7 nombor je yg tukar? tapi kalo tuka 7 no je, mest ade no yg sama dari telco lain kan?
cth:
012-3456789
019-3456789
No ko akan sama, cuma provider je kekal.
Untuk nak jayakan MNP, a central exchange akan dibangunkan, dimana semua telco akan chip in nak buat exchange.
Antara lain, sebab tergendala (aku ada kat SKMM masa meeting dgn Telco2 ni), kerana kompeni yg dapat projek MNP ni, a RM2 kompeni :topi:. Telco2 pulak tuh, 'forced' to sign agreement and commit $$$ to this RM2 kompeni without even knowing who owns it, background etc.
Dalam meeting tuh, mostly lawyer each telco yg bercakap...since nak buat benda ni is not only a technological matter, but most importantly, a legal matter too!
Korang agak2, sapa punya kompeni MNP RM2 ni? ehhhehehe.
zahidjeng3x
22-08-08, 08:35 PM
No ko akan sama, cuma provider je kekal.
Untuk nak jayakan MNP, a central exchange akan dibangunkan, dimana semua telco akan chip in nak buat exchange.
Antara lain, sebab tergendala (aku ada kat SKMM masa meeting dgn Telco2 ni), kerana kompeni yg dapat projek MNP ni, a RM2 kompeni :topi:. Telco2 pulak tuh, 'forced' to sign agreement and commit $$$ to this RM2 kompeni without even knowing who owns it, background etc.
Dalam meeting tuh, mostly lawyer each telco yg bercakap...since nak buat benda ni is not only a technological matter, but most importantly, a legal matter too!
Korang agak2, sapa punya kompeni MNP RM2 ni? ehhhehehe.
tau....................saper lagi........
ChEf_N|3aM
22-08-08, 09:18 PM
ishkkk asyik kasi teka teki jer.... kasi tau laa sape empunya company itu?? hehee
SoulShadow
23-08-08, 04:25 AM
asalnya.. benda ni patut di laksanakan tahun lepas lagi.., eh.. 2 tahun lepas pun dah ada ura2 ni..morpheuzneo
betul tu.
byk negara lain da lama buat bende ni
kta baru tehegeh2
http://en.wikipedia.org/wiki/Mobile_number_portability
papehal pn untungla digi nanti
kenapa digi untung ye?
sorry lampi....
kenapa digi untung ye?
sorry lampi....
aku pun tertanya2 dengan statement nih....
apa kaitan dengan program pindah syarikat tepon tuh? :lampi:
morpheuzneo
24-08-08, 09:30 AM
kenapa digi untung ye?
sorry lampi....
aku pun tertanya2 dengan statement nih....
apa kaitan dengan program pindah syarikat tepon tuh? :lampi:
sebab dalam pasaran telekom sekarang.. digi yg paling kompetetif.. dan murah berbanding yg lain..
so.. bila MNP (mobile number portability) ni di laksanakan.. orang akan berduyun-duyun tukar ke DIGI.. dan kekalkan nombor lama mereka.!
itu yang telekom dan maxis takut sangat tu!!
beria-ria mereka nak delay kan menda ni!
soal teknikal dan alasan2 lain tu.. hanyalah helah mereka utk membuat benda ni tak jadi..
^ tu la... sape suh tak kompetetif macam digi...
kan dah gelabah.... :D
DIGI ni bukan local punye kan??maybe diorng bring in advance/kompetetif tech?maybe kite masih dgn TM yg "syok sendiri"??
dok heran dgn TM yg servis diaorng masih 20 tahun macamdulu...
DIGI ni bukan local punye kan??maybe diorng bring in advance/kompetetif tech?maybe kite masih dgn TM yg "syok sendiri"??
dok heran dgn TM yg servis diaorng masih 20 tahun macamdulu...
sebab dulu telekom nih kan ke sebahagian daripada jabatan kerajaan..
so terjangkit dengan mentaliti macam tuh kot... :hihi:
fosilmitra
27-08-08, 04:22 PM
DIGI ni bukan local punye kan??maybe diorng bring in advance/kompetetif tech?maybe kite masih dgn TM yg "syok sendiri"??
dok heran dgn TM yg servis diaorng masih 20 tahun macamdulu...
:salam:
Kalau saudara saudari sumer peka terhadap zaman ICT dan teknologi... saudara saudari akan mengetahui perniagaan yg melibatkan teknologi sajer yg akan maju dan berubah mendadak...
Cth mudah lihat sajer AirAsia... memperkenalkan sistem online utk memudahkan urusan org ramai membeli tiket... MAS yg sebelum ini menjadi pioneer dlm sistem penerbangan malaysia barulah terpaksa akur dan mula menyiapkan sistem online penerbangan mereka menerusi laman webnyer yg bakal kembali menguasai persada sistem penerbangan di Mesia ini...
Sebab tue ada org kata... perniagaan yg berpotensi hanya melibatkan dua perkara sahaja iaitu makanan dan children... selebihnyer hanya boleh untung cipot˛ jelah... :hehe:
p/s: Maaf kalau ada yg fikir ke lain... :p
jap.... apa kaitan Air Asia, MAS dengan telekomunikasi pulak nih acik oi.. :lampi:
morpheuzneo
30-08-08, 09:39 AM
entahnya.. tak berkaitan pun..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
eh.. start bulan september.. dah boleh tukar provider dah..! kene bayar RM25..
tapi tak tau laaa.. sebab hanya keluar kat akhbar aje..!
kadang cakap2 kosong MCMC aje..! sekadar nk sedapkan telinga..!
entahnya.. tak berkaitan pun..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
eh.. start bulan september.. dah boleh tukar provider dah..! kene bayar RM25..
tapi tak tau laaa.. sebab hanya keluar kat akhbar aje..!
kadang cakap2 kosong MCMC aje..! sekadar nk sedapkan telinga..!
tunggu officially announce je nih.... rasa macam nak tukar jugak... dari maxis ke digi... :D
tertanye2 aku brape lama masa diperlukn utk switch tu
kat ireland 20minit, kat ostolia lg besh - 3 minit ja!
http://en.wikipedia.org/wiki/Mobile_number_portability
izafarid
01-09-08, 12:56 PM
paling cepat 2 minggu?
1. Fotostate IC depan belakang yang disahkan
2. Fotosate surat beranak depan belakang yang disahkan
3. Bukti sah saper provider asal
4. Borang A
5. Borang B
6. Borang C
7. Borang G
8. Borang H
sbestos
03-09-08, 03:52 PM
paling cepat 2 minggu?
1. Fotostate IC depan belakang yang disahkan
2. Fotosate surat beranak depan belakang yang disahkan
3. Bukti sah saper provider asal
4. Borang A
5. Borang B
6. Borang C
7. Borang G
8. Borang H
betul ke kene isi sume borang ni? byknye..
nak tuka maxis to celcom la. pastu wat celcom ++ tu, hehe..
ahmadam
04-09-08, 01:52 PM
pesal DIGI best?? (serious ni tak tau)///
sebab DG je sekarang ni takde 3G nyer service...
aku dah pi tadi..
tempoh dalam 3-5 hari bekerja..
Aku dengar Digi akan ade 3G nanti. Aku penah pakai Digi dulu nk setkan gprs punya la susah.
Tak taw skang dah senang kot. Aku ade sorang jer kawan pakai Digi yang lain maxis. Celcom pun ade sket tak ingat.
Maxis sangat popular la...
aku dah berjaya swith dari merah ke biru..
buat masa ni semuanya percumaa... ..
ARe-BeaR
25-09-08, 10:46 AM
cemana ko buat tuh mitsui...?
digi mahal la kalo kol
sebab yg murah cuma kol sms digi ke digi
baper kerat je kawan aku yg pakai digi
so aku stop pakai digi, aku balik pakai celcom
aku tatau apa yg beshnya digi
kdg2 line tak dapat jugak
line paling byk coverage celcom la aku ngaku
maxis pun mcm cipan coverage dia
aku kalo buleh tuka nombo maxis aku ni, aku tuka ke celcom la kot
walo camne pon aku takkan lepaskan nombo maxis aku ni
kalo jual skang ribu2 pun org sanggup beli woo
nombo VIP :D
dah lama guna digi, memang tiptop. tukar ke digi takyah bayaq satu sen pun, free, leh wat online request. cumanya memang dari segi coverage, masih kurang tapi rasanya dah ok dah sekarng. tang 3g tu, tak lama lagi ada la kot. depa boleh wat servis tu, cuma lesen lum dapat. (bukan main cek punya promot)
Kenapa kena tkaq ke Digi? (http://www.chemot.com/2008/10/i-like.html)
kuden..
dah buleh tuka la..
kawan aku dah tuka... dari maxis ke celcom...
free je dia tuka...
naiffusDamha
22-10-08, 02:02 PM
so how about coverage???
still sama lagi ke??
say from biru ke kuning......
kat kg aku kuning takdok........biru ada
so skrg kuning ada la kat kampung aku???
ke guana???
kena paham konsep dia...
skarang nih nak kekalkan nombor lama tapi telco berubah...
dalam erti kata lain setiap awalan number (01X) dah tak merujuk kepada mana2 telco skarang nih...
kata kanlah nombo ko 012345678 (asalnya maxis) tapi dah ubah kepada DiGi.. semua benda akan ikot digi la.. coverage dan lain2...
note : X merujuk nombor 0 hingga 9
aku tukar pasal line sebelum ni kalau setakat klang valley mmg ok.. tapi kalau outstation.. susah skit.
yg aku perasan.. line maxis jalan-timur dari kulim ke kelantan tu teruk sangat.. tp celcom steady jer..
negara jiran pun kalau line maxis tu dia otomatik tukau roaming.. tapi dengan celcom dia stay jer..
bukan nak promote.. tapi aku rasa yang terbaik mestilah yg menjadi pilihan.. :D
kalo dulu dgn 3 nombor depan dah leh bezakan telco...
kalo dia buat mcm ni...payah gak..
mcm skrg leh beza "ohh dia pakai maxis..leh call/msg..sbb sama telco...murah"...
012=celcom?
019=digi?
016=maxis?
wahh pening :D
nak tukar senang lagi takat ni, blm ada syarat ketat.
katakan sekarang pakai maxis, nak tukar ke celcom, bawak je simkad ke center celcom, bgtau, nnt ada la dia suruh buat apa patut, isi borang ke, etc.
coverage ikut provider ko pilih la, kalau skarang pakai celcom, then tukar ke digi, coverage ikut digi.
kalau citer pasal coverage, celcom still the best, anytime, anywhere. aku dah pernah pakai DiGi, Maxis, Celcom
*mula2 pakai DiGi, blk kampung lupakan handphone langsung takde line, 1999-2000 1 thn lbh pakai DiGi, masa tu aku selalu contact customer support tanya perkembangan ttg perluasan coverage, sbb aku perlukan line di kg..tunggu2 tak berubah jauh pun coverage
*pakai plak maxis, 2000-2004, dkt 5 tahun dgn maxis postpaid, sama jgk, blk kg lupakan handphone, bandar terdekat je dapat line.
*2004 tukar celcom, prepaid jer, blk kg boleh la jenguk2 handphone, line kejap 2-3 bar, kejap 1 bar, kejap no coverage, tp still boleh call/sms, tinggal kena cari tmpt2 trtentu dlm rmh yg boleh dpt 2~3 bar....tahun 2007, line ok, tp still 2~3bar...tahun 2008 ni blk raya, dah takde masalah, dapat full bar, tak kira dlm blk, kat dapor, blakang rmh, tgh msk lemang, kat ruang tamu, sentiasa full coverage. akak aku pakai maxis, sama mcm dulu, line kejap ada, kejap takde.
so aku kekal kat celcom, walau ada benda kurang suka, tp coverage dia semakin meluas dan ada peningkatan dari tahun ke tahun, cuma celcom ni kedekut sket nak bagi free kredit, free sms berbanding provider lain.
leevega
22-10-08, 09:13 PM
dengan rasminya aku sudah menjadi pengguna 1+5 celcom . ..
aku pakai celcom sbb oang2 yang aku paling kerap sms/call/3g/mms sudah bertukar ke celcom n sebab yang paling utamanya maxis coverage kat batang berjuntai macam hampeh . ..
Celcom coverage paling baik, 3G and HSDPA stable and wide.
Customer service, walaupun di outsource, pun macam kaunter gomen jugak.
Banyak sangat 'hidden charges', x transparent.
Maxis, reception teruk, 3G/HSDPA dalam kawasan bandar pun teruk...dial-up lagi laju.
Tapi customer service, second to none. Seamless roaming bila pegi overseas and team up with the best players overseas.
Digi, paling transparent dalam charges, paling flexible. Coverage kurang. Supported by Telenor's expertise, high tech!
member aku yang menukar provider nih sim baru dia diaktifkan lebih kurang dalam masa 24 jam.
bertukar dari maxis ke celcom
el-lail
29-10-08, 01:08 PM
:salam:
Bilanya nak flat rate nih..sistem ni dah guna pakai dah..jenuh menunggu je lah. (-_-)zZZZzz~
Dah tengok iklan Celcom & Digi kat tv..tapi tak nampak lagi iklan dari Maxis & U-Mobile..ke haku yang jarang tengok tv?
Eh..sori mod, rasanya topik achik yang ni (http://bincang.net/forum/showthread.php?t=90180) kena merge dengan topik ni kot?
ada sesapa yang dah buat?
citer la sket kat sini pengalaman bertukar nom...
dari mana ke mana? :D
aku nak tukar ni...
tak sker la ngan service skang ni.. tgh2 gayut ngan bopreng.. leh putus plakkkk...
coverage full... ohhh bengkakk betulll..
aku nak tukar kepada ____ yg mempunyai coverage excellent.. apekahh???
coverage satu hal
aku ekceli tak gemar sgt maxis yg aku pakai neh
ada seten tempat tade line langsung
pastu kdg2 wiken maxis jadi gyler
mesej sangkut kat pokok
spam banyak plak tu (celcom pun apa kurangnye)
tu tak mensyen byk hidden charge lagi
activ10 dia mcm dodgy
tade la murah sgt kalo helo2 pon
aku igt nak tuka celcom, tapi nombo maxis aku ni taraf nombo vip dah
menarek tertarik gak mende alah neh
tapi aku tunggu dulu tgk sape yg convert pastu komen depa
ada sesapa yang dah buat?
citer la sket kat sini pengalaman bertukar nom...
dari mana ke mana? :D
pengalaman cemana?
pengalaman sendiri tak dak..
pengalaman temankan opis mate pegi tukar ada..
bertukar dari maxis ke celcom (maya karin ditangan anda)
coverage satu hal
aku ekceli tak gemar sgt maxis yg aku pakai neh
ada seten tempat tade line langsung
pastu kdg2 wiken maxis jadi gyler
mesej sangkut kat pokok
spam banyak plak tu (celcom pun apa kurangnye)
tu tak mensyen byk hidden charge lagi
activ10 dia mcm dodgy
tade la murah sgt kalo helo2 pon
aku igt nak tuka celcom, tapi nombo maxis aku ni taraf nombo vip dah
menarek tertarik gak mende alah neh
tapi aku tunggu dulu tgk sape yg convert pastu komen depa
komen dari segi apa ko nak?
semalam kakak kepada opis mate aku nih bertukar juga kepada maya karin (celcom) dari meksis...
dia amik plan 1+5
ikot apek yang buat registration tu sim akan diaktifkan dalam masa 5 ari bekerja (masa opismate aku buat dalam 24 je dah aktif)
bila dah daftar sim baru akan diberikan..
lagi satu... kedit sim lama (maxis) harus dihabiskan dulu tapi jangan luput expired laks...
gitu la sedikit sebanyak...
morpheuzneo
31-10-08, 08:45 AM
aku igt nak tuka celcom, tapi nombo maxis aku ni taraf nombo vip dah
menarek tertarik gak mende alah neh
tapi aku tunggu dulu tgk sape yg convert pastu komen depa
kuden..
let's join me to the smarter side.. :D.. tgk ler signature aku :D..
hahahah! digi mmg best..!
tgk itik dia tu.. senyumm aje kat aku.. , macam kawaaann.. :ayam:
chi loco
31-10-08, 10:16 AM
Dulu masa aku mule2 pakai handphone aku pakai DIGI.. sbb masa tu dia antara yg pertama subsidized handphone - back in 2000..
Tapi aku ade problem dgn diorang punye customer service.. pastu masa tu susah nak bayar bil... tiap2 bulan aku kena gi Shahzan Inses.. buat aku fedup... pastu aku tukar MAxis.. dpt diskaun sbb diorang client kitorang...
PAkai pulak maxis.. balik kg aje takde line.. balik kg aje takde line... Kat Kg aku masa tu yg dapat line pun 013.. TMTouch... tapi mcm tak glamer pulak 013 heheheheh.. In term of coverage masa tu mmg better than Digi ahhh.. tapi Digi kalau kat bandar2 besar mmg takde masalah... tip top.. pastu flat rate...
Last2 tak tahan aku try ahh amik prepaid Celcom (on the same time still retain Maxis punye line).. pastu mcm terbest pulak pakai Celcom ni....terus aku terminate line Maxis.. Pastu aku masuk company baru diorang bagi phone dgn line free... heheh enjoy katak ahh.. still maintain celcom.. pastu aku blah aku amik family plan celcom sampai harini.. so far ok ahhh..
It's time to change. Thinking the itik one.
aku ingat nak amik maya karin lah.. tp tunggu sms free maxis aku ni abih dulu la kot.. sayang bazir je nanti.. huhuhu..
naiffusDamha
31-10-08, 08:09 PM
aku igt nak tuka celcom, tapi nombo maxis aku ni taraf nombo vip dah
menarek tertarik gak mende alah neh
tapi aku tunggu dulu tgk sape yg convert pastu komen depa
mung MNP..........no tak tukor..........still leh menten laaa........
errrrkkkkk aku pih tukor from 012 to u-mobile...........
mung MNP..........no tak tukor..........still leh menten laaa........
errrrkkkkk aku pih tukor from 012 to u-mobile...........
Nih mesti psl free calls tuh kan? :teponlahye:
Powered by vBulletin™ Version 4.0.1 Copyright © 2010 vBulletin Solutions, Inc. All rights reserved.