PDA

View Full Version : Sekolah2 Elite Tidak Perlu Ambil SPM



Gripen
26-09-08, 04:02 PM
Maka, bergegas2lah ibubapa untuk menghantar anak ke MCKK dan TKC.
Memang dijangkakan dah sejak isu pengajaran Sains dan Matematik, ramai ibu bapa yang bising kenapa diajar dalam BI, akhirnya, sekolah2 BI akan diwujudkan balik semula, dan mereka akan menjadi elit.

Kalau masuk MCKK dan TKC, dapat ambil International Baccalurate, dimana tahap dan penerimaan IB memang lagi tinggi dari SPM dan diterima di seluruh dunia.


Option for students of elite schools to sit for IB or SPM


PUTRAJAYA: Students of Malay College Kuala Kangsar and Tunku Kurshiah College may soon choose if they want to sit for the International Baccalaureate (IB) or the Sijil Pelajaran Malaysia.

The IB diploma programme can be used for entry into major universities around the world.

Education Minister Datuk Seri Hisham­muddin Tun Hussein announced that both schools would be offering the IB from 2011.

“It will be up to the schools to decide if students can sit for one or both examinations,” he told reporters after releasing the third report card based on the National Education Blueprint 2006-2010.

In March last year, Hishammuddin said heads of cluster schools would be given autonomy in five key areas: human resources, school funds, student intake, teaching and learning, and examinations and evaluation.

“The heads of both colleges have been given the flexibility to decide. On our part, we want to see results,” he said.

Cluster schools have been defined in the blueprint as excellent schools within an existing grouping, and each is supposed to be a role model for other schools.

The schools can apply for funding of up to RM500,000 to carry out various projects, and must also identify niche areas (curriculum and non-curriculum) that they want to focus on.

To date, Hishammuddin said the 30 cluster schools from the first batch had received half of their funding, with the rest to be given based on the performance of the schools.

He said several of the cluster schools were already showing excellent results.

“This includes SK Ulu Lubai in Limbang, Sarawak. This is a rural school but its pupils have a good command of English and have done well in sports and cultural activities,” he said.

bangpit
26-09-08, 04:05 PM
MCKK n TKC je ker sekolah elit ? how about other premier school ?

trew
26-09-08, 04:07 PM
test 2 bijik dulu...

wassalam.

Gripen
26-09-08, 04:09 PM
MCKK n TKC je ker sekolah elit ? how about other premier school ?

They're not ELITE.
Premier and ELITE lain.

MRSM not ELITE, they could have been, but they became like McDonalds.

judd
26-09-08, 04:14 PM
Owh, sejak bila plak stdnts MCKK & TKC bleh ambik IB?

tapi IB ni lebih kpd engineering nye field je kan??

Gripen
26-09-08, 04:21 PM
My old school, VI pun apply to have IB as alternative.
IB bukan engineering, all.

Tapi requirement utk nak apply to have IB, the school must have the teaching capability and students English usage must be high.

kambinggila
26-09-08, 04:22 PM
gripen ko VI batch bila? *drool*

mnajem
26-09-08, 04:24 PM
TKC,MCKK..

STF takde hak hak..! Seri Puteri pun :p

kambinggila
26-09-08, 04:35 PM
alam shah tarak.. sdar tarak oh apakah apakah... star tarak apash nish...

maybe nanti dia akan kasi kat KISAS

mnajem
26-09-08, 04:36 PM
smap kajang pun tadak apalah ahahaha...

kambinggila
26-09-08, 04:38 PM
ko jangan najem karang kalau smap kajang ada smap labu pon nak gak..

hehehe

judd
26-09-08, 04:40 PM
smap kajang pun tadak apalah ahahaha...

ahaa.. smap labu, skolah lama aku pun nak gak.. :p

kambinggila
26-09-08, 04:42 PM
tapi kenapa MCKK? nak tarik penyokong dari MCCOBA sokong diorang ke? hehehehe

morpheuzneo
26-09-08, 04:51 PM
alah.. sayang program Sekolah Wawasan idea Tun Dr M tu tak menjadi kenyataan..

program tu dah mati. bersama resignnya mahathir.. !

kalau projek tu.. terus dan dapat wujudkan banyak skolah2 wawasan.! maka secara sendiri nya.. sekolah2 aliran cina dan india ni akan mati dgn sendiri nya!

ibu bapa yg hantar anak ni.. nak yang terbaik utk anak2 mereka! (sapa pun kan! mesti nak jugak)

Idea mahathir - kita takkan dapat paksa skolah2 SRJKC ni di tutup kerana isu ini sangat sensitif ..!

tapi sikit sebanyak kita berjaya tunjukkan - bahawa dgn mutu sekolah kebangsaan yg elok.., maka skolah2 SRJK (I) India - tamil makin lama makin mengecil dan di tutup.. ini kerana kebanyakan parent india di malaysia berasakan pendidikan di sekolah kebangsaaan lebih baik dari SRJK (T)

perkara yg sama tak berjaya nak di jangkit kan ke SRJK (C) sebab mereka siap ada badan pelajaran dan beberapa pertubuhan pelajaran bahasa cina! (Dong Jia Zhong? tak ingat dah)

Kelebihan skolah cina - pencapaian matematik dan bahasa inggeris serta bahasa mandarin.

Kelebihan skolah wawasan - pelannya - utk counter sekolah2 aliran bahasa ni la. ada makmal komputer yang lengkap dan kemudahan pembelajaran terkini..

aku sempat menghantar anak aku ke skolah Cyberjaya - ini di panggil skolah bistari pulak (projek Telekom malaysia).. (sempat 2 tahun aje skolah ni)

memang mewah komputer dan IT ler sekolah ni.

Baca tentang Sistem Pendidikan negara kita di : Wikipedia (http://en.wikipedia.org/wiki/Education_in_Malaysia)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`


Jadi dgn tertubuhnya cara baru utk ambil Exam ni.., apakah kebagusan nya?

mnajem
26-09-08, 05:01 PM
Koleh Tun Abdul Hamid takde kira fair la tu :D

wo0p
26-09-08, 05:09 PM
jadi sekolah elit memang tak perlu ambik SPM, jadi aku tau sekolah tersebut mungkin offer O levels, mane boleh kalau diorang straight ke A levels ,


jangan kucar kacir sistem pembelajaran kita sudah, jangan sampai sehingga SPM tidak releven lagi,

mnajem
26-09-08, 05:12 PM
tapi tengok content takde pengajian Islam pun:
http://en.wikipedia.org/wiki/International_Baccalaureate

kalo ambik SPM boleh ambik Bahasa Arab, Syariah, Quran Sunnah + fizik,kimia,bio etc

So tengok model pendidikan macam mana untuk IB ni.. jangan terer akademik saja tapi ilmu non IB nehi!


so takde masalah IB ni (tapi backfire jugaklah pada penguatkuasaan penggunaan Bahasa Ibunda, bahkan ada risiko masyarakat jahil BM).. esp bukan penutur Bahasa Melayu.

eksp
26-09-08, 05:17 PM
SEMESTI takde ke?

:ahha:

:D

Tok Janggut
26-09-08, 07:45 PM
I took IB during my college years. Definitely much easier to pass compare to A Level tetapi ia menguji diri kita sebagai seorang pelajar dari semua aspek. Tidak sekadar dari aspek bagus menghafal sahaja. IB is french in origin and I think sekolah kita patut adopt IB program.

tj

AbdullahCheng
26-09-08, 08:16 PM
jangan sampai sehingga SPM tidak releven lagi

kadang2 aku rasa mcm SPM ni mmg dah tak relevan.

Gripen
27-09-08, 12:29 AM
tapi tengok content takde pengajian Islam pun:
http://en.wikipedia.org/wiki/International_Baccalaureate

kalo ambik SPM boleh ambik Bahasa Arab, Syariah, Quran Sunnah + fizik,kimia,bio etc

So tengok model pendidikan macam mana untuk IB ni.. jangan terer akademik saja tapi ilmu non IB nehi!


so takde masalah IB ni (tapi backfire jugaklah pada penguatkuasaan penggunaan Bahasa Ibunda, bahkan ada risiko masyarakat jahil BM).. esp bukan penutur Bahasa Melayu.

Nama pun sekolah Elite, mana ada pengajaran Bahasa Arab,Syariah,Quran Sunnah di MCKK or TKC. Even MRSM pun mnajem.

Masyarakat jahil BM agak mustahil, tapi BM hanya jadi bahasa sekunder, itu memang dah berlaku,sektor awam,swasta etc. Tapi, itu isu lain.

Cuma kat sini aku nak tunjukan, kesan dari pelaksanaan ini, akan wujudnya kembali kasta dalam masyarakat Melayu, seperti zaman British dulu. Melayu yang berpengaruh, mempunyai wang etc maka anak2 mereka mendapat peluang pendidikan lebih, peluang perkejaan etc.

Mereka yang kaya, bertambah kaya, yang cerdik bertambah cerdik.

Lihat berapa ramai budak MCOBA dalam Petronas dan GLC lain, dan jawatan2 penting juga dikhaskan untuk kalangan mereka.

mnajem
27-09-08, 09:14 AM
Nama pun sekolah Elite, mana ada pengajaran Bahasa Arab,Syariah,Quran Sunnah di MCKK or TKC. Even MRSM pun mnajem.

Masyarakat jahil BM agak mustahil, tapi BM hanya jadi bahasa sekunder, itu memang dah berlaku,sektor awam,swasta etc. Tapi, itu isu lain.

Cuma kat sini aku nak tunjukan, kesan dari pelaksanaan ini, akan wujudnya kembali kasta dalam masyarakat Melayu, seperti zaman British dulu. Melayu yang berpengaruh, mempunyai wang etc maka anak2 mereka mendapat peluang pendidikan lebih, peluang perkejaan etc.

Mereka yang kaya, bertambah kaya, yang cerdik bertambah cerdik.

Lihat berapa ramai budak MCOBA dalam Petronas dan GLC lain, dan jawatan2 penting juga dikhaskan untuk kalangan mereka.

macam tu kena buat accreditation macam ABET hehehe.

memandangkan ramai sangat orang boleh score SPM, tapi nak cecah ranking top 10 Olympiad math pun susah, something must be done to our schooling system.

Sistem yang boleh jadi contoh mungkin Russian atau China.. tengok ranking Thai/Vietnam pun lebih baik:
http://www.imo-official.org/year_country_r.aspx?year=2008&column=total&order=desc


Tengok ranking Malaysia.. sedih!
http://www.imo-official.org/country_team_r.aspx?code=MAS

Gripen
27-09-08, 10:04 AM
Interesting you brought up that fact about Olympiad Mnajem.

Itu yg aku pelik, orang2 biasa dok cakap budak2 kita makin pandai, Amalina dapat 21A la...18A...10A...tapi ranking kita dalam Maths Olympiad masih gagal.

Pulak tuh, orang di Kementerian Pelajaran cakap...Olympiad x melambangkan ranking Malaysia...dan x penting bagi budak2 sekolah Malaysia compete in Olympiad. Pulak dah...
mcm dah la dia bodoh, kata orang lain tak pandai.

Tu pasal bila aku dengar menteri, orang gomen dari KPT...orang UMNO or orang2 awam yg x paham cakap 'Taraf pendidikan kita setaraf dengan negara maju' ... rasa mcm nak b*tch slap je muka...bab mana yang setaraf tuh?

totti 10
27-09-08, 11:51 AM
olympiad math :gelakgoleng:
jangan la korang buat ako teringat
peristiwa masa silam aku yang sangat mengerikan itu!!!


:gelakgoleng:

2009
27-09-08, 12:35 PM
Interesting you brought up that fact about Olympiad Mnajem.

Itu yg aku pelik, orang2 biasa dok cakap budak2 kita makin pandai, Amalina dapat 21A la...18A...10A...tapi ranking kita dalam Maths Olympiad masih gagal.

Pulak tuh, orang di Kementerian Pelajaran cakap...Olympiad x melambangkan ranking Malaysia...dan x penting bagi budak2 sekolah Malaysia compete in Olympiad. Pulak dah...
mcm dah la dia bodoh, kata orang lain tak pandai.

Tu pasal bila aku dengar menteri, orang gomen dari KPT...orang UMNO or orang2 awam yg x paham cakap 'Taraf pendidikan kita setaraf dengan negara maju' ... rasa mcm nak b*tch slap je muka...bab mana yang setaraf tuh?

Aku pun dari dulu rasa nak gelak bila pikir bab taraf pendidikan yang semakin hebat berdasarkan bilangan A nih... Aku yakin ini adalah 'kegilaan tahap baru' di Kementerian Pendidikan... Dulu masa Amalina tu dapat 17A, aku ada mention kat kawan aku yang one day akan ada budak yang nak dan akan pi score lagi tinggi dari 17A... Guess what, its already happening right now...

And seriously, aku tak nampak pun pendidikan negara kita ni jadi makin hebat... Makin gila adalah... Dari Kementerian sampai la ke student, ramai-ramai terpalit ngan kegilaan tahap baru nih... :wahaha:

'Pendidikan negara kita setaraf negara maju'? Muak loya tekak aku bila pikir benda nih...


2009

nurul2702
27-09-08, 12:48 PM
TKC,MCKK..

STF takde hak hak..! Seri Puteri pun :p


MCKK & TKC..
kira bahan uji kaji laa kan..ehehehe..syiok eh jd bhn uji kaji..:ngurat: so harapnya budak2 skolah tuh berjayalah menepati matlamat yg dijangkakan..:peace:

AbdullahCheng
27-09-08, 12:59 PM
heh... SPM byk A takdenye aku pandang... aku gelak lagi adalah...

amik:
BM 3 subjek
BI 3 subjek
Agama Islam 2 subjek
Math 2 subjek
Sains 6 subjek
Sejarah
Geografi
amik 1-2 subjek Vokasional

dah berape dah?

kronologi kertas perperiksaan :

sume esei ---> 1/2 esei 1/2 jawapan pendek ---> 1/3 esei 1/3 jawapan pendek 1/3 multiple choice ----> 1/2 MCQ 1/4 jawapan pendek 1/4 esei ---> 2/3 MCQ 1/3 jawapan pendek ----> 3/4 MCQ 1/4 jawapan pendek ----> mungkin lepas ni, sume MCQ.

oh, aku pernah bagi kertas soalan SPM math 2006 kat seorang pekerja Bangla... dia jawab dgn flying colours.

eksp
27-09-08, 04:00 PM
olympiad math :gelakgoleng:
jangan la korang buat ako teringat
peristiwa masa silam aku yang sangat mengerikan itu!!!


:gelakgoleng:

hahaha...

aku pun pernah mengalami mimpi ngeri itu... :gelakgoleng:

tapi pikir balik la kan... math dan sains diajar dalam bahasa inggeris pun ramai orang dah bising... nih kan pulak kalau nak apply semua dalam IB... siap kutuk2 SPM yang sedia ada kata tak berkualiti la.. apa la....

mampu ke? :ahha:

kita, mungkin... orang lain?

automatik_a
27-09-08, 06:51 PM
dulu dah buat benda2 pelik "lompat tahun" untuk budak sekolah rendah. hancur. skang... pastu math ngan sains dalam BI. pon....tunggang langgang. skang nak tikus putihkan budak2 SPM lak. pastu...boleh pulak pilih2 lak sokolah mana....student mana.
program yang lama tu perbetulkan dulu aaaa pak menteri. yang patut terus...kita terus..yang patut baiki...kita baiki...kalau SPM kita katanya cam semakin tak ada nilai. siapa la yg buat iya tak bernilai? ....kalau bukan kita sendiri.
sijil kita akan automatik dihormati org luar kalau nilai dia tinggi. IB atau SPM sekadar nama. bukan tak leh upgrade tahap pendidikan. cuma..kalau nak upgrade..ha! upgrade la sistem pendidikan menengah tu...biar sampai tahap IB yang katanya satu dunia tahu tuh.....
ke nak gak guna IB biar omputih senang sebut. yang pandai tetap pandai.

dulu semua standard.sebelum Uni....semua mesti ada SPM. dan mesti power. dari situ...sape nak jadi dlm golongan hebat...mesti power SPM. 1 je benchmark.
abes nnt?

"anak aku pangkat 1 SPM...nak amik medic..." "huh? SPM? anak aku dpt amik IB...nak naik roket gi marikh dah tahun depan ni..."

kita sendiri jugak la yang mengkastakan diri sendiri.

adeh...

(lepas ni..."pelajar2 sekolah elit...akan di dukung masuk ke dlm kelas...sbb derang ni mungkin sgt bijaksana dan bakal perintah negara")

Gripen
27-09-08, 07:08 PM
Actually, bekas pelajar2 sekolah elit yg ramai memerintah negara dan jadi CEO2 GLC...etc. Memang itu lah harapan semasa mereka tubuhkan sekolah tuh, lahirkan golongan elit yang memerintah...MCKK...dan di pasangkan pula dengan elit2 wanita...TKC.

Nak tulis 1 per 1, letih la, tapi kalau Proton pun boleh keluarkan Proton Gen2 MCOBA edition, siap dengan no plate MCOBA 1 dan kaler kereta ikut kaler sekolah mereka, just bayangkan betapa influential golongan mereka ini.

Berbalik kepada isu SPM. IMHO, kerajaan buat camni pasal...nak reform atau revamp the entire SPM sistem susah...so menteri ni pun nak short-circuit the process, kalau suruh semua sekolah ambil IB, nanti jadi mcm kes nak ajar Maths and Science in BI kepada semua sekolah, banyak dan mcm2 bantahan, yang rugi akhirnya pun budak2 Melayu jugak, pasal banyak sangat resistance,kills the entire project.

So, 2 sekolah ini dan sekolah2 urban lain mcm St John, Victoria Institution, Penang Free, BBGS, Convent Bukit Nenas, semua sekolah2 yg pelajar2 nye urban kids, dan comes from affluent family, and will not resist any betterment changes.

Sekolah2 yang dipilih juga mempunyai pelajar2 yg sedia menerima perubahan, dan juga resources2 untuk menyokong the changes. Contoh, kalau IB ini dipekernalkan kepada Sekolah Menengah Simpang Renggam or Sekolah Menengah Ceruk Tok' Kun ke...sapa nak sponsor guru2 yang mahir? Ada ke ahli2 koperat dari sekolah2 itu yg nak sponsor etc?

Geng2 MCOBA yang jadi corporate captains ada sponsor satu program ni yang dapatkan guru2 dari luar negara untuk mengajar di MCKK dan juga foriegn student exchange program etc.

Maka, mengetahui fakta2 seperti kesediaan pelajar dan guru2 MCKK dan TKC untuk menggunakan IB, beserta sekolah2 ni memang ada resources yang secukupnya, sekolah mereka dipilih.

Good discussion, to know they why they were choosen.

automatik_a
27-09-08, 08:47 PM
ooo..paham. :D

tapi kenapa kene amik suatu system lain? kenapa tak meng "IB" kan SPM yang sedia ada. kenapa ada 2 system. andai kata system ni bagus itu...jadi mungkin akan di luaskan. sampai satu masa SPM tu tinggal kenangan, boleh ke sekolah simpang renggam ikut rentak ini? adakah dia akan jadi situasi diamana... student urban ni sgt tinggi standard ilmu.... dan sekolah ceruk tok kun terus di takuk lama. Pada sijil SPM yang hidup segan mati tak mahu nanti.

Cuma cam sedikit hairan...kenapa nak revamp system pendidikan kita perlu ni semua. kenapa standard SPM tu sendiri tak diusahakan supaya maju. contoh...kalau dulu SPM takat hapal sifir 12...nak kejar standard omputih...kita usahakan supaya SPM kene hapal sifir 94. mula2 kita try kat sekolah elit. boleh tak budak2 bijaksana ni hapal. kalau boleh bagus. org putih pon suka. kita pon gembira. anak2 kita pon pandai. system kita di upgrade...dan tak cacar merba campur aduk itu ini.

maap kalau tulisan aku ni pon tunggang langgang. sekadar pendapat aku. sbb dua tiga project kementerian sebelum ni yang cam "kerja tak selesai"...buat aku sedikit skeptikal.
ni belum lagi tambah ura2 nak buat buku ahadiat akashah jadi text sastera. perghh...

Gripen
27-09-08, 09:51 PM
ooo..paham. :D

tapi kenapa kene amik suatu system lain? kenapa tak meng "IB" kan SPM yang sedia ada. kenapa ada 2 system. andai kata system ni bagus itu...jadi mungkin akan di luaskan.

Sebab, nak buat nation-wide ravamp, mengambil masa yang lama, kos yang tinggi dan tentangan hebat dari golongan2 nasionalis, pro-bahasa Melayu, etc.

Satu lagi sebab,IMHO, sekolah2 ini sekolah Melayu, so yg dibangunkan pun Melayu. So, takde la suara2 sumbang yg akan kata, hak melayu terhakis, melayu ketinggalan etc. Cuma, selected Malays jek.

Jadi, buat masa sekarang, mungkin SPM dikekalkan di MCKK dan TKC, tapi andainya pencapaian pelajar2 di sekolah2 ini tinggi dalam IB banding dengan SPM, mungkin SPM di tinggalakn terus dan hanya IB dikekalkan, or vice versa.

Start small, ini namanya pilot project. Pilot project IB kenalah buat tempat yg pelajar2nya, guru2 serta2 resources2 semua ready.


ooo..paham. :D
sampai satu masa SPM tu tinggal kenangan, boleh ke sekolah simpang renggam ikut rentak ini? adakah dia akan jadi situasi diamana... student urban ni sgt tinggi standard ilmu.... dan sekolah ceruk tok kun terus di takuk lama. Pada sijil SPM yang hidup segan mati tak mahu nanti.

Seperti yg aku tulis awal2 dulu, di zaman sebelum perang dunia ke 2,50-an dan 60-an, begitulah landscape pendidikan di Tanah Melayu....ada sekolah Melayu...iaitu pendidikan dalam bahasa Melayu sehingga darjah 6, dimana lulusan2 ini akan menjadi guru2. Ada sekolah cina untuk bangsa Cina dan ada sekolah2 Inggeris, dimana pendidikan sehingga sekolah menengah dan lulusan mereka sehingga ke peringkat universiti di UK dan juga jawatan2 awam kerjaan British.

Jadi, mak bapak2 golongan berada akan akan anak pegi ke sekolah2 Inggeris dan juga mak bapak2 yang kurang berada tapi sedar kepentingan sekolah Inggeris dan advantage kepada anak2 mereka. Like my dad and my father in-law.

So memang ada student2 dari urban atau student2 yg masuk ke sekolah2 elite ini standard tinggi, dan yg x dapat masuk, kekal sebagai guru2, petani etc.



Cuma cam sedikit hairan...kenapa nak revamp system pendidikan kita perlu ni semua. kenapa standard SPM tu sendiri tak diusahakan supaya maju. contoh...kalau dulu SPM takat hapal sifir 12...nak kejar standard omputih...kita usahakan supaya SPM kene hapal sifir 94. mula2 kita try kat sekolah elit. boleh tak budak2 bijaksana ni hapal. kalau boleh bagus. org putih pon suka. kita pon gembira. anak2 kita pon pandai. system kita di upgrade...dan tak cacar merba
campur aduk itu ini.

Pendidikan moden di negara maju dah takde hafal sifir2 dah, cuma kat Malaysia je. Semasa aku sekolah menengah di Australia, aku agak terkejut tengok mmg takde sapa pakai Buku Log dan semua pakai HP Electronic Scientific Calculator.

Walaupun di Singapura,Korea etc pun dah takde hafal2. Pendidikan moden, mengambil kira zaman Internet, information comes to them, they do not require to memorize, but must know how to retrieve the information.

Perbandingan semua SBP, sekolah2 di atas mempunyai kemudahan terbaik, bukan kerana dapat sumbangan lebih dari Kementeria, tetapi kerana sumbangan alumni2 mereka. Beza la kalau ko dari SEMESTI ke SEMESTA ke SMAT Labu ke...ni bukan nak mengejek, tapi nak point out the facts. The alumni are affluent people who have the financial capability to give back to the school.

eksp
27-09-08, 11:08 PM
Perbandingan semua SBP, sekolah2 di atas mempunyai kemudahan terbaik, bukan kerana dapat sumbangan lebih dari Kementeria, tetapi kerana sumbangan alumni2 mereka. Beza la kalau ko dari SEMESTI ke SEMESTA ke SMAT Labu ke...ni bukan nak mengejek, tapi nak point out the facts. The alumni are affluent people who have the financial capability to give back to the school.

uiks.. apa sebut2 SEMESTI nih... :p

agreed dengan Gripen...

cuma lepas nih makin berebut la golongan2 kelas atasan melayu nak masukkan anak2 depa ke dalam MCKK dan TKC... dan makin susah la anak2 orang biasa nak masuk kat situ.... sebelum nih pun dah susah dah...

aku je yang dah dapat offer masuk melalui MCOBA dulu... sebab arwah ayah aku old boys... tapi tak pegi sebab dah register kat semesti... lagipun time tuh ada beberapa reasons lain yang membuatkan aku terbantut nak masuk MCKK...

emy
27-09-08, 11:11 PM
ayah aku pun penah dpt offer masuk MCKK tp tak pegi sbb miskin..

automatik_a
28-09-08, 12:02 AM
ooo aaa...thanks gripen untuk penjelasan tu.
aku dari sekolah harian biasa dulu. mungkin sbb tu aku agak prejudis dengan sekolah2 elit. hehehe
anyway...harap apa yang dirancang berjalan selari dengan hasil yang positif. oh ya...berjalan sehingga selesai semestinya. bukan hangat2 tahi ayam. risau..perkembangan masyarakat kita nnt tak sekata. yang pandai terus naik bulan. yang lemah terus main motor.

satu lagi...pasal hapal sifir tu.....metafor jek. maksud terangnya...upgrade. tak kisah la apa pon... bukan soal hapal atau guna calculator. chill ;)

2009
28-09-08, 12:42 AM
Correct me if I'm wrong, tapi rasanya macam 'sistem feudal' dah nak wujud balik dah... Akan wujud golongan pemerintah dan golongan serf... Sebenarnya memang dah ada pun dizaman sekarang (secara tak langsung), tapi ngan kewujudan IB in elite school ni maka akan lagi terang dan jelaslah sistem feudal zaman moden nih... :marahle:


2009

triple8
28-09-08, 01:32 AM
IB ni aper sebenar nya? :) (http://snoring-device4u.blogspot.com/)

just.
28-09-08, 01:38 AM
how bout cluster school?
any comment?

Gripen
28-09-08, 03:01 AM
Father-in law aku pun orang miskin,so masa dia dapat offer MCKK, satu kampung dia kumpul dana nak antar the one and only anak kampung ke MCKK. So, till today, dia mmg grateful kat kampung dia.

Cluster school is brand name given to schools which have been identified as being excellent within their cluster from the aspect of school management and student excel.

Information on Cluster School from MOE
http://www.moe.gov.my/tayang.php?laman=sekolah_kluster&unit=pelajar&bhs=en

Cuma beza cluster school, sekolah itu yg tentukan, BOD....Parents Teacher Association etc. Misalnya, kalau Penang Free School nak buat IB, diorang kena decide dan siapkan keperluan...i.e. tenaga pengajar etc.

Cuma disini, aku terfikir sejenak...a lot of emphasis is given on this normal education, how about the idea of modern Islamic schools? Seperti sekolah Dr Zakir Naik di UK...pengajian Islam,hafaz Al-Quran,Sunnah & Hadith...which also includes science and technology...and teaching of Arabic and English?

Kenapa takde emphasis on this? Di Malaysia ni, sekolah2 mana yg sekolah agama pondok2 has only 1 direction, and sekolah2 yg biasa has only 1 direction. Melainkan sekolah2 private untuk golongan yg mampu seperti sekolah Adni etc which is not within reach of the ordinary Muslims or Malaysian.

Its true, the feudalism will finally see its place here in Malaysia due to a failed vision of education. Education can bring people together or tear them apart. For the past 20-30 years, our education system has been failing and failing miserably. There has not been any significant improvement to show the improvement or enhancements to the system, but a mere cosmetic add-ons like teaching using laptops for teaching and teaching of Maths and Science in English.

Jadi, bila dah buntu dan mungkin nak menutup kemaluan mereka, MoE last try is to at least have a few bunch of Malaysian that are successful, since they failed at making the masses successful, and hence the introduction of cluster school, elite school and IB options for the elite schools.

Paling teruk, mereka boleh mendabik dada dan berkata, lihat...anak2 Melayu dari sekolah ini cemerlang, dan amik IB. Tapi, yg lain...lagi 90%?

Gripen
28-09-08, 03:07 AM
IB ni aper sebenar nya? :) (http://snoring-device4u.blogspot.com/)

A demanding pre-university program that students can complete to earn college credit. IB emphasizes critical thinking and understanding of other cultures or points of view. A diploma is awarded at the completion of the IB program which allows graduates access to universities worldwide.

Itulah sebabnya taraf IB lagi tinggi dari SPM, kerana ia bukannya sijil, tetapi diploma dan di terima pakai merata dunia dan adalah kunci ke universiti antarabangsa.

Kenapa x buat SPM mcm IB? Susah agaknya, geng2 nasionalis Bahasa Melayu adalah orang pertama yang akan membantah, so nak jaga hati mereka (dan pengundi2 Melayu) maka dibiarkan SPM jadi SPM.

mohdaliffnajmi
28-09-08, 12:36 PM
aku tengok makin mengarut sebenarnya orang politik buat kerja.
setiap kali bertukar menteri..setiap kali tuelah jugak..dasar berubah.
yang jadi mangsa...budak2 sekolah dan pegawai2 kerajaan.

peliknya..semua projek..mesti ada hubungan peribadi ngan orang politik.
macam projek..makmal komputer..penyediaan dekstop..pembinaan sekolah.
semuanya kontraktor ada klass gitu. tapi rekod kerja hancur!
boleh pulak terlepas. ikan jerung kot!

hmm..apa pulak kaitannya dengan isu nie??
a'haks!

takdokla
28-09-08, 12:44 PM
Cuma disini, aku terfikir sejenak...a lot of emphasis is given on this normal education, how about the idea of modern Islamic schools? Seperti sekolah Dr Zakir Naik di UK...pengajian Islam,hafaz Al-Quran,Sunnah & Hadith...which also includes science and technology...and teaching of Arabic and English?

di terengganu wujud sekolah aliran agama dan sains yang dinamakan Sekolah Imtiaz under kerajaan negeri.. budak2 elit dari terengganu yang cemerlang UPSR dan lulus ujian baru leh masuk..

sekolah ini mensasarkan pelajar yg dapat menghafaz 30 juzuq al-quran pada tingkatan 5 disamping menekankan ilmu sains.. Idea dia nak melahirkan bijak pandai yang bukan sahaja pandai dalam bidang sains tetapi dlm bidang agama..

Gripen
28-09-08, 02:39 PM
aku tengok makin mengarut sebenarnya orang politik buat kerja.
setiap kali bertukar menteri..setiap kali tuelah jugak..dasar berubah.
yang jadi mangsa...budak2 sekolah dan pegawai2 kerajaan.

peliknya..semua projek..mesti ada hubungan peribadi ngan orang politik.
macam projek..makmal komputer..penyediaan dekstop..pembinaan sekolah.
semuanya kontraktor ada klass gitu. tapi rekod kerja hancur!
boleh pulak terlepas. ikan jerung kot!

hmm..apa pulak kaitannya dengan isu nie??
a'haks!

Hishamuddin budak MCKK, and maybe wife dia TKC jugak.
So, all the fights for your alma matter :).

takdokla,
Memang wujud sekolah seperti itu, aku x nafikan...seperti sekolah Adni...tapi ianya tidak meluas dan takde dalam 'blue print' kerajaan, dan tidak mendapat resouces secukupnya seperti 'Cluster School'.

mnajem
28-09-08, 02:48 PM
dulu dah buat benda2 pelik "lompat tahun" untuk budak sekolah rendah. hancur. skang... --)

sistem tahun lompat memang ada dah dulu.. since 1960s dah ada. abang aku dulu tahun lompat, umur 17tahun dah dapat peluang pi Kanada. tapi dia tak berapa sihat, tpaksa tangguh setahun then fly pi US .. jadi normal macam orang lain :sengih:


kesimpulannya sistem pendidikan LCE/MCE bekas tangan kolonial jugak kita nak guna... :riso:

Gripen
28-09-08, 02:53 PM
sistem tahun lompat memang ada dah dulu.. since 1960s dah ada. abang aku dulu tahun lompat, umur 17tahun dah dapat peluang pi Kanada. tapi dia tak berapa sihat, tpaksa tangguh setahun then fly pi US .. jadi normal macam orang lain :sengih:


kesimpulannya sistem pendidikan LCE/MCE bekas tangan kolonial jugak kita nak guna... :riso:

It doesn't matter which system or who is the originator, if its good we use it, rather than trying to create our own system from zero, and we end up with? Zero...like KBSR and KBSM.

The world numeric system that is being used today is from Islam, and they have no qualms about it, so we should be able to find a system that suits us and use it, or modify it.

LCE/MCE was better system, compared to SRP/SPM. Even O' Levels and A Levels was a lot better, it was recognized internationally, since its international recognition that we as individuals, universities, the country wants. Unless we are communist Cuba, then a 'closed' system would be a logic choice.

mnajem
28-09-08, 03:03 PM
just wondering, why not every school guna IB? since aku perasan western pun still guna A/O Level ni, begitu jugak matriculation.

nak kata KBSM/R is **** tu bagi aku tak jugak lah.. since I knew several scholars born from that system. cuma bak kate orang "memperkasakan" lagi sistem tu... cuma selalu sangat tukar-tukar untuk national level ni produce too many guinea pigs, orang lain nak recognized pun susah.

sistem kat US peringkat U,especially postgrad pun kadang aku tengok tukar2 structure gak, dari segi silbus dan tempoh pengajian.