PDA

View Full Version : Baca Horoskop solat tak diterima 40 hari



mnajem
10-10-08, 03:19 PM
http://www.webkl.net/modules.php?name=News&file=article&sid=3413&mode=&order=0&thold=0


SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.
'Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam,' katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.'

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

revomatrix
10-10-08, 03:22 PM
huhu..aku pernah tengok perempuan bertudung ...dengan penuh ketaakulan , membaca horoscope kat paper the star ..

dalam hati aku ..mmg tak patut

MUfanz
10-10-08, 03:24 PM
dah ada thread sebijik mcm ni

teruteru_bozu
10-10-08, 03:29 PM
eh...ya erk?

issh...aku ada gak baca tapi takdelah aku percaya pun...

emy
10-10-08, 03:30 PM
aku penah baca tp tak pecaya..
hurm..
tp dulu2 aku sker gak baca.. skang je tak baca dah..tak berkesempatan..

mnajem
10-10-08, 03:33 PM
dah ada thread sebijik mcm ni

ada ye ? artikel tu baru publish hari ni pada webkl

pablo_the_don
10-10-08, 03:35 PM
kekadang cam betul apa yg tercatit kat dalam tu..

adakah itu sekadar kebetulan?

mengapa ini bisa terjadi??

mangabra
10-10-08, 03:40 PM
Sesaje baca pun tak bulih ke...?
tak masuk kehati....

matahari
15-10-08, 01:29 PM
alamak...
saya kekadang baca gak..hehe
yupe..kekdang tu hampir sama..

pas nie jgn baca dah lah..

green
15-10-08, 01:40 PM
rasanya horoskop ni ada yg betul,,dulu2 maseh boleh setau aku,,tapi disebabkan yg buruk tuh lebih byk dari yg baik maka dah tak boleh,,macam pengharaman arak la,,dulu boleh tapi bila yg tak elok lebih banyak dari yg elok maka arak diharamkan,,,

tgok horoskop kaji personaliti tak pa kot kan,,,

asura
15-10-08, 02:15 PM
bukan masalah horoskop ..

masalahnya berkaitan dgn menenung nasib atau peramal.

cikgu aku ckp ..jumper bomoh yg boleh meramal atau tahu perkara ghaib
pon dah ckup utk ditolak amalan selama 40hari.

tu baru jumper ..bukan pegi minta dia tulun atau minta dia buat pape lagi
tu. Rasanya ade hadis berkaitan ..lupe ..yg pakar hadis klu hadis tu sahih
boleh la tulun paste kat sini.


dulu boleh tapi bila yg tak elok lebih banyak dari yg elok maka arak diharamkan,,,
dulu ke sekarang ke akan datang ke ..selepas ayat al-Quran yang khusus
utk mengharamkan arak turun. Arak kekal la haram sampai ke khiamat.

kajian personaliti? takat arini aku x nampak lagi camne horoskop barat tu
ade kaitan dengan personaliti terutama yg kat dlm suratkhabar tu.

Tak kene langsung !!! ..klu ade pon kebetulan. Klu seluruh rakyat Malaysia
baca horoskop tu ..x mustahil kemungkinan ada yang terkena cam ditulis.

Makin ramai baca ..kemungkinan terkena dgn ditulis tu makin meningkat.

simple math je aku rase ni ..kebarangkalian ..

.

ekzos_pipe
15-10-08, 03:33 PM
benda simple, menilik nasib mana boleh dalam islam. horoscope ke horrorscope ke.. benda takde manfaat pun.

apimarak
15-10-08, 03:39 PM
em alamak....aku salu n suke baca horoskop nih.....cmne....

mffmk
27-11-08, 12:22 PM
aiseymen...
aku pong ade gak baca..
tapi takde la caya sgt pun..cuma psl aku minat nk baca..
x bley jugak ka?
aiyooo?


_____________________
"mamaakk, capati sardinn woonekkk!!!"

unpretty
27-11-08, 07:40 PM
takperlaaa..
dulu kita jahil tak tahu..
takper.. skang dh tahu..
jgn la pulak dok gatai pi baca lagik..
40 hari tu... banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkk amalan..

perangai
27-11-08, 08:00 PM
karang ada pulak orang baca horoskop ni sebab dia rasa dia malas nak semayang 40 hari

UNDERTAKER
27-11-08, 08:05 PM
Kena elakkan membacanya nie....
Sebab dah tahu...
Dulu X tahu...
Isykkkk.....:(
Masa memuda dulu leh aa layan....
Skang X men aaa...

just.
27-11-08, 08:14 PM
kadang2 aku tertengok je,aku jadi busan.
sebab xde mende betol pun blaku.
siyes aku xleh bace mende camni.
haha.
tapi kalau ade depan mate,bace juge.
baru ku tahu xbuleh.
uwmm.

Kuro-Obi
27-11-08, 10:05 PM
SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

aku x fhm la tang ni....awat plak kalo baca then kite mmg xcaye , pastu solat kite ditolak selama 40 hari ?
tapi aku lbh fhm dgn hadith yg ni ha...


Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 'Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah selama 40 hari.'

dlm hadith tu, just mention solat tidak diterima selama 40 hari jika kita datang dan percaya dgn tukang ramal tuh..

Chinozie
27-11-08, 10:12 PM
Dah citer P.Ramlee tu ade ahli Nujum...eqeqeqqeqeq...

orait takleh baca dah...simple as that...bkn ade effect life pun...

thanx for sharing...

NurAin
28-11-08, 07:44 AM
ain ada gak baca2 just for fun..



rujukan..

~majalah remaja

~mujarrobat madiinatul asroor
m.a. jaya

mffmk
01-12-08, 03:51 PM
abih kalu yg mcm taksir personaliti ikut tarikh lahir bulan tu camne lak...?
yg kununnye bleh tau sifat sesorang dari tandatangan org..
tuh dh kire camne plak ek?

syahila
01-12-08, 04:35 PM
link (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503544140)

Semoga Allah menjaga diri kita dari perkara2 yang tidak diterima solat dan duanya. huhu

mnajem
01-12-08, 05:05 PM
aku x fhm la tang ni....awat plak kalo baca then kite mmg xcaye , pastu solat kite ditolak selama 40 hari ?
tapi aku lbh fhm dgn hadith yg ni ha...



dlm hadith tu, just mention solat tidak diterima selama 40 hari jika kita datang dan percaya dgn tukang ramal tuh..


meh tengok matan:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً.

dalam tu tak sebut pun percaya atau tidak, dalam teks tu dia sebut " مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ sesiapa yang jumpa & bertanya ... mungkin dia refer pada hadith lain ataupun terjemahan tu salah. jadi kesimpulannya elok la refer pada teks hadith


matan aku check kat sini:
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=11054.html

sol_badguy
01-12-08, 05:45 PM
"sesiapa yang jumpa & bertanya" sama ke ertinya dengan "sesiapa yang selak dan membaca"?

Lang
01-12-08, 06:49 PM
huh!!! aku selalu gak baca suke2...tapi lepas baca nie baru aku tau.

Betul la tue. Pasnie korang Jangan baca. Mybe just for fun. Tapi kadang2 kiter pun macam terpercaya sebab macam ada sama ngan apa yang jadi kat kiter dalam ramalan tue.

Hati2 orang kafir selalu mencari peluang utk merosakkan akidah kita.

Mekasih pembuka thread. Nice to know.

Lang
01-12-08, 06:53 PM
abih kalu yg mcm taksir personaliti ikut tarikh lahir bulan tu camne lak...?
yg kununnye bleh tau sifat sesorang dari tandatangan org..
tuh dh kire camne plak ek?

Doktor fadzilah kamsah selalu cakap. Ini hasil kajian. Jangan percaya bulat2, percaya pada allah.

perangai
01-12-08, 09:17 PM
ye ah tu untok rujukan boleh la personaliti tu dia buat kajian melalui kumpol 500 orang lahir time sagittarius ke. pastu dia carik persamaan 500 orang tu. haa.. tu ah ciri-ciri terdekat.. watdefek aku pon tak tau apa aku mencarot

ggbiyu57
02-12-08, 10:42 AM
....ya ker.?mmm...kalau yang tafsir hari lahir n yg sewaktu dengannya kira tak leh jugak ..laa...
........

mnajem
02-12-08, 12:03 PM
"sesiapa yang jumpa & bertanya" sama ke ertinya dengan "sesiapa yang selak dan membaca"?

hukum isap ganja or main PS3 sampai muntah hijau ade tak dalam al-Quran?
tapi kalau involve apa agak2nya sabit hukum dia? wajib? harus?

Kuro-Obi
02-12-08, 12:05 PM
....ya ker.?mmm...kalau yang tafsir hari lahir n yg sewaktu dengannya kira tak leh jugak ..laa...
........

bende2 ramalan cmni , x kisah la bentuk camne sekalipon, tarikh lahir la..
bintang la...even melalui kajian sekalipon(yg mcm Dato fadhilah Kamsah)...

aku tak kan cayer...buat ape...buang mase jer...

aku amik jalan ihtiyat untuk selamtkan Aqidah aku....

NurAin
02-12-08, 01:26 PM
tu sbb nyer kita kena yakin kat Qada' n Qadar....

Allah Maha Mengetahui..


*kun fayakun...

kupia
06-12-08, 01:38 PM
Tengok jenis ramalan lah, ramalan apa yang akan berlaku terhadapa diri kita pada masa mendatang...

kalau langit mendung pagi kita ramal akan hujan petang tak salah...
kalau budak malas belajar malas baca buku kita ramal tak lulus periksa tak lah salah kan?