PDA

View Full Version : Iklan Msig


maman
29-04-02, 03:42 PM
Telah banyak diperkatakan tentang usaha perkembangan IT di
>Malaysia. Sama ada ia diusahakan oleh kerajaan Malaysia, pihak swasta,
>organisasi atau pun individu, ia menunjukkan bertambahnya berkesedaran
>pentingnya perkembangan IT dalam kemajuan sesebuah negara.
>
>Sama ada usaha kerajaan dengan pembagunan MSC, bertambahnya syarikat
>IT dan pelaburan industri IT di dalam negara atau bertambahnya
>individu
>yang mahu mempelajari bidang IT, semua usaha ini menjadi tidak penting
>sekiranya mereka yang mempunyai kepakaran masih kurang berbanding
>dengan peningkatan usaha dan penambahan belanja IT.
>
>Tenaga pakar IT umpama seorang doktor. Ia mengambil masa yang
>lama,lebih daripada 10 tahun untuk melahirkan seorang doktor pakar.
>Begitu juga dengan kepakaran dalam IT. Ia memerlukan individu yang
>mempunyai pengalaman yang luas dan lama dalam bidang IT. Sesuatu
>perkara
>boleh diajar dan dipelajari, tetapi tiada nilai yang dapat mengantikan
>pengalaman.
>
>Suatu usaha perlu dilakukan agar mereka yang pakar dalam IT dapat
>dikumpulkan supaya mereka dapat berkongsi ilmu dan pengalaman kepada
>orang baru dan mempercepatkan pertambahan jumlah tenaga betul-betul
>pakar dalam bidang IT. Usaha ini telah mula diusahakan oleh sebuah
>pertubuhan berdaftar. Perkumpulan Pakar Ilmu ICT Malaysia.
>
>Wujudnya pertubuhan untuk pakar-pakar IT ini adalah satu
>langkah yang baik dan sepatutnya mendapatkan sokongan dikalangan
>tenaga pakar IT.
>
>Memetik muka laman Mysig. Sekian laman kumpulan pakar lain sama ada
>dalam bidang doktor, akitek dan peguam, mempunyai pertubuhan yang
>memperjuangkan supaya kepakaran mereka diiktirafkan. Maka sudah
>sampai masanya pula pakar-pakar IT mewujudkan satu pertubuhan
>yang boleh menilai dan mengiktirafkan kepakaran IT seseorang individu
>dan memperjuangkan pengiktirafan itu.
>
>Menurut laman webnya di http://www.mysig.org.my/ . Mysig adalah
>program komuniti yang cuba menemukan tenaga pakar ICT yang terdiri
>daripada penuntut, golongan lepasan sekolah dan mereka yang memang
>berada dalam bidang ICT.
>
>Menemukan mereka yang berada dalam bidang ICT ini penting. Sekian
>lama golongan ICT berkomuniti di dunia maya didalam IRC, ICQ dan laman
>forum, sekarang adalah masa yang sesuai, golongan ICT bergiat melalui
>pertubuhan yang berdaftar.
>
>Dengan menemukan tenaga pakar IT, pelbagai aktiviti dan projek
>dapat dirangka dan dijalankan untuk kebaikan ahli-ahlinya. Usaha
>pertama aktiviti Mysig ialah mengurus dan mengendalikan
>kursus-kursus yang bersesuaian dengan IT. Sama ada ia diadakan dengan
>kerjasama institusi pendidikan lain sebagai permulaan dan dengan
>sumbangan ahli-ahli Mysig yang menjadi tenaga pengajar dalam pelbagai
>bidang, sebagai rancangan jangka panjang.
>
>Walau apa pun jua usaha pertubuhan ini, kehadiran dan penyertaan
>ahli amat diperlukan. Mysig boleh menarik ramai pakar ICT menjadi
>ahli, namun sukar untuk mendapatkan ahli untuk hadir atau
>menyertai aktiviti terutama kursus-kursus yang akan dan sedang
>dijalankan. Satu kelemahan orang kita, suka tunggu dan lihat.
>
>Untuk memastikan pertubuhan kita, tempat kita menjadi
>tenaga pakar yang diiktirafkan sama seperti golongan doktor, peguam
>dan akitek, kita sekarang perlu bergerak secara aktif. Saya tidak
>nampak sebarang sebab untuk kita tidak bergerak secara aktif
>melalui pertubuhan yang sah dari segi undang-undang.
>
>Melainkan kelemahan kita sendiri , suka tunggu dan lihat. Ini boleh
>melumpuh cita-cita kita untuk mempunyai pertubuhan yang diktiraf
>dan dihormati. Kita sepatutnya mahu mencuba, walaupun langkah awal
>baru merangkak, diharap satu hari nanti kita mampu berlari.
>
>Penulisan nota ini tentang Mysig hanyalah satu pandangan peribadi.
>Ia tidak mewakili pertubuhan itu secara langsung atau tidak
>langsung.
>
>Untuk keterangan yang lebih jelas dan rasmi, anda boleh
>melawat laman Mysig di http://www.mysig.org.my/ atau melalui
>email secretariat@mysig.org.my . Sebarang pertanyaan boleh
>juga diajukan melalui telepon 03-40224854 atau melalui ruang forum
>di laman Internet Mysig.
>
>Mysig sedang mengadakan kursus Kejuruteraan Sistem Komputer
>secara separuh masa. Bagi anda yang berminat sila hubungi Mysig
>melalui nomor telepon diatas.
>
>Diharapkan anda semua terutama mereka yang berada di bidang ICT
>dapat meluangkan masa untuk menyertai aktiviti Mysig sebagai
>sokongan awal. Kursus Kejuruteraan Sistem Komputer baru bermula,
>luangkan masa nada untuk mendaptkan sijil MLVK ini, melalui
>Mysig. Buat masa ini kursus ini bertempat di bilik gerakan
>Mysig di Kuala Lumpur. Sila telepon 03-4022 4854 untuk
>keterangan lanjut.
>
>Sokongan anda juga boleh dilanjutkan dengan anda mendaftar
>sebagai ahli laman Mysig di http://www.mysig.org.my/
>
>Moga usaha baik ini mendapat sokongan semua.
>
>Wassalam.
>

selipar
29-04-02, 04:16 PM
cuba try register ..
nak gak jadik ahli dam ICT nih

sebol
29-04-02, 08:02 PM
Misi dia tak best

http://www.mysig.org.my/info/mission.asp

Banyak kepada nak dptkan "kepakaran" , "nak belajar", "nak kemahiran"

aku takmo join....

actually aku suka idea MNCC-OSSIG,
EXCEPT bab Bahasa Melayu je kurang.

maybe one day, aku nak ajak kawan2 aku masuk situ, then buat rampasan kuasa :)

tapi kalau leh ada sorang wakil kawan2 aku yg ada dlm mysig tu, so that propaganda leh disampaikan.