PDA

View Full Version : Perubatan Islam



orKid
21-11-08, 09:59 AM
Salam,

Macam mana kita nak membezakan pengamal perubatan Islam dengan yang bukan.

Kadang2 kita lihat mereka nie menggunakan ayat2 Al-Quran tetapi masih menggunakan tangan, daun sireh dsbnya untuk menilik. Na’uzubillah. Terang2 menyimpang tetapi masih ramai yang mempercayainya. Mempergunakan ayat2 Al Quran untuk kepentingan sendiri.


…………….

Camner plak mereka yang menggunakan tenaga batin dgn ayat2 Al Quran untuk berubat.

Contoh sakit batu karang, dengan mengelekn telur di pinggang, bila pecahkan telur tersebut akan keluar batu karang pesakit.

Begitu juga dengan patah tulang, dengan mengelekn telur sahaja tulang akan bersambung semula. dll ..

Biasanya telur yang akan dijadikan dammy. Kenapa telur ya, apa mistiknya telur nie…???

Ada tak sesiapa kat BDN jelas dengan penggunaan tenaga batin ni sebagai cara untuk mengubat pesakit. Boleh tolong terangkan tak???

Entahla akal waras saya mmg sukar byk nak percaya, takut salah masuk lorong.


Wassalam.

izafarid
21-11-08, 02:25 PM
Akal manusia terhad
dan disinilah peranan iman,
utk mempercayai apa yang mustahil
utk membezakan antara yang ghaib atau zahir
utk menilai yang mana hak atau batil

pada aku,
aku tak kisah apa cara sekalipun. dia nak pakai kemenyan ker, pakai daun sirih ker, tgk tapak tangankan, telur ayam ker, dia nak pakai serba hitam + tangkal, nak pakai jubah + serban ker, aku tak pedulik. itu hak dia, itu ilmu dia, itu kelebihan dia, dia punya pasal
dah juga itu semua sekadar pemakaian & zahir, yang tidak menentukan, dosa dan pahala

aku lebih pentingkan pada siapa dia bermohon, disitu baru kita tahu yang mana hitam atau putih.

Morpheus
21-11-08, 10:48 PM
dia nak pakai serba hitam + tangkal,....

aku lebih pentingkan pada siapa dia bermohon, disitu baru kita tahu yang mana hitam atau putih.

Kalau dah pakai tangkal tu musykil juga aku kepada siapa dia meminta... meminta pada Allah dan pada masa yang sama mendekati syirik (tangkal)?

Saje menyampuk.. kalau aku salah tegurla balik.

el-lail
21-11-08, 11:44 PM
:salam:

izafarid,
Adakah maksudnya pada siapa bermohon saja sudah cukup, walaupun cara bermohon itu bathil dan penuh bid'ah? Kalau ya, itu dah salah dah tu.. Dalam Islam, bukan setakat aqidah yang perlu kita jaga, tetapi fiqh/syariat juga perlu dijaga. Cuba fikir-fikirkan semula.

orKid,
Perkara yang benar berlaku, tak semestinya ia dibenarkan di dalam Islam. Seperti sihir, ia adalah satu ilmu yang benar-benar boleh memberi kesan, tetapi ia tidak dibenarkan.

PenditaGila
22-11-08, 07:56 AM
Cara tilik dan mengesan ada pelbagai jenis. Tilik menggunakan jampi mentera dengan menggunakan kain atau pakaian,gambar,aksesori pakaian seperti kasut,rantai,gelang dsb.Ada juga menggunakan tangan tetapi keadaannya hampir sama dengan kaedah Islam. Cuma Islam membataskan bersentuhan dengan yang bukan muhrimnya.Jadi untuk elakkan, pakailah sarung tangan.

Kaedah Islam mengubatai penyakit dengan bacaan ayat2 ruqyah sebagai memohon pertolongan daripada Allah s.w.t seperti mana yang dinyatakan di dalam AQ dalam ayat syifa' (biasa digunakan di dalam amalan perubatan Islam).



Dan Al-Quraan menyembuhkan hati orang-orang mukmin








Dan penyembuh bagi sesuatu penyakit yang ada di dalam dada








Keluar dari perutnya minuman yang beraneka warna, menjadi penyembuh bagi manusia








Dan Kami turunkan dari Al-Quraan sesuatu yang menjadi penyembuh dan rahmat bagi orang-orang mukmin








Dan apabila aku sakit, maka Dia (Allah) yang menyembuhkan aku








Katakanlah (hai Muhammad), ia (Al-Quraan) menjadi petunjuk dan penyembuh



Pelbagaijenis ayatuntuk kegunaan tertentu mengikut kaedah perubatan Islam. Ada kaedahnya yang masyhur di kalangan penuntut ilmu perubatan Islam. Bukan sahaja penyakit kencing manis,darah tinggi dsb tetapi kita tidak tahu bagaimana cara untuk menggunakan ayat2 AQ. Di dalam konsep perubatan Islam ada beberapa tertib yang perlu di jaga.

a) Perawat mestilah orang yang menjaga solat dan tertib hidup atau
muamalah, dan tidak melanggar hukum2 agama.
b) Mengetahui batas bukan mahramnya.
c) Menggunakan semata-mata ayat AQ.
d) Tidak membuat andaian dan menuduh sebelum mendapat petunjuk
daripada Allah s.w.t.
e) Mestilah berlemah lembut dengan pesakit tanpa melakukan kekerasan.
Lebih2 lagi pada wanita.
f) Mengikuti perjalanan pesakit dan perlu bersabar dalam perubatan.
Kaedah ini dapat mengetahui punca dengan tepat.
g) Perubatan jarak jauh, mempunyai kelemahan kerana masih ada
campurtangan kuncu2 Iblis yang menipu manusia.

Bersambung.............

kampung_girl
22-11-08, 06:37 PM
pada aku,
aku tak kisah apa cara sekalipun. dia nak pakai kemenyan ker, pakai daun sirih ker, tgk tapak tangankan, telur ayam ker, dia nak pakai serba hitam + tangkal, nak pakai jubah + serban ker, aku tak pedulik. itu hak dia, itu ilmu dia, itu kelebihan dia, dia punya pasal
dah juga itu semua sekadar pemakaian & zahir, yang tidak menentukan, dosa dan pahala

aku lebih pentingkan pada siapa dia bermohon, disitu baru kita tahu yang mana hitam atau putih.

sekadar pandangan.maaf kalo terasa.
kalo nak berubat kena amik tau smua tu.
jauhkan pengamal ilmu perubatan yg nampak mcm nak menyimpang ni.
kalo guna kemenyan dan diasapkan,tu panggil jin namanya.
asap tu makanan jin.
tuu belum lagi citer yg tiba-tiba 'menurun',memang patut dijauhkan.
bukan pe..banyak kes,dorang campur ayat quran,
tak taula niatnya samada nak mengaburi atau memang syarat dorang.
banayk kes plak, pesakit pas jmpa dorang akan tambah sakit lgi,
mana taknya..di suruhnya khadam/jin dorang jaga kita.
pi jumpa bomoh lain,bomoh lain plak letak sekor.
lagi seksa badan pesakit sebab 'banyak yg menumpang'.

kesimpulannya,elakkan dari berubat dgn seseorang yg dah menunjukkan ciri2 berkawan dgn jin...

kupia
22-11-08, 11:54 PM
Salam,

Macam mana kita nak membezakan pengamal perubatan Islam dengan yang bukan.

Kadang2 kita lihat mereka nie menggunakan ayat2 Al-Quran tetapi masih menggunakan tangan, daun sireh dsbnya untuk menilik. Na’uzubillah. Terang2 menyimpang tetapi masih ramai yang mempercayainya. Mempergunakan ayat2 Al Quran untuk kepentingan sendiri.


…………….

Camner plak mereka yang menggunakan tenaga batin dgn ayat2 Al Quran untuk berubat.

Contoh sakit batu karang, dengan mengelekn telur di pinggang, bila pecahkan telur tersebut akan keluar batu karang pesakit.

Begitu juga dengan patah tulang, dengan mengelekn telur sahaja tulang akan bersambung semula. dll ..

Biasanya telur yang akan dijadikan dammy. Kenapa telur ya, apa mistiknya telur nie…???

Ada tak sesiapa kat BDN jelas dengan penggunaan tenaga batin ni sebagai cara untuk mengubat pesakit. Boleh tolong terangkan tak???

Entahla akal waras saya mmg sukar byk nak percaya, takut salah masuk lorong.

Wassalam.

Contoh rawatan al-Quran yang genuine (rawatan utk sihir atau gangguan halus:-

1. Bahan yang digunakan hanya air biasa yang boleh diminum dengan "daun bidara". Kalau minta barang lain yang bukan2 boleh reject terus bomoh yang mengaku ustaz tu. (contoh merapu macam air kolah 7 masjid, air 7 muara sungai dan lain-lain).

2. Tidak merawat orang perempuan bukan mahram tanpa kehadiran mahramnya (kecuali kes2 emergency).

3. Menggunakan alas jika menyentuh bahagain kepala pesakit bukan mahram.

4. Minta semua yang hadir berwuduk dulu semasa rawatan. Solat jemaah dengan hadirin bila masuk waktu solat.

5. Minta semua tangkal-tangkal azimat yang diguna oleh yang hadir atau dalam rumah dikeluarkan dan dimusnahkan.

6. Gambar-gambar makhluk yang gantung didinding minta diturunkan.

7. Perawat akan membaca ayat2 quran (ruqyah syari'i) dengan jelas dan terang serta boleh didengar oleh semua yang hadir.

8. Akan memberi tahu apa petikan ayat2 Quran yang dibaca.

9. Selalunya dalam masa ruqyah dibaca perawat, pesakit akan kerasukkan dengan pelabagai gaya dan cara, ada yang pengsan, ada yang menggigil, ada menjerit atau macam-macam lagi.

10. Perawat akan berdialog dengan jin yang menggangu yang menggunakan lidah pesakit. Dialog yang jelas dan terang boleh didengar oleh semua yang hadir, kalau dialog sebelah pihak sahaja adalah dijangka pembohong.

11. Perawat akan berdialog dengan jin dengan alasan2 agama untuk mematahkan hujah jin (jin selalunya petah dan bijak bercakap). Mendesak dengan beberapa soalan untuk mendapatkan rahsia gangguan. Memujuk jin yang bukan Islam untuk memeluk Islam (banyak yang mudah dan berjaya diislamkan) tanpa boleh dipaksa.

12. Meminta jin gangguan keluar dari badan pesakit dengan hujah2 agama dan ayat2 Quran.

13. Tahu bagaimana untuk memaksa jin yang degil dan ingkar supaya keluar dengan paksaan. Samada jin disakitkan dengan bacaaan beberapa surah2 dari alQuran. Melakukan kaedah pukulan dengan rotan untuk memaksa jin keluar dari pesakit. Perawat yang mahir tidak mencederakan pesakit tetapi amat menyiksa jin gangguan dengan kaedah pukulan (tidak semua perawat melakukan kaedah ini).

14. Selalunya berjaya mengeluarkan atau mengislamkan jin gangguan, semua yang hadir boleh mengikuti perbicaraan antara kedua pihak.

15. Memberitahu pesakit apa2 amalan ibadat untuk mendinding diri dari didatangi semula oleh gangguan.

16. Selesai akan solat 2 rakaat tanda bersyukur.

17. Jangan percaya pada yang mengaku boleh nampak dan tahu benda-benda yang ghaib.

18. Dan lain-lain lagi.

izafarid
23-11-08, 08:16 AM
:)
sensitip ghupanyer posting aku tuh
:)


sekadar pengalaman aku,
ada sesorang tuh dipanggil ustaz, pakaiannya elok, tutur bahasa sempurna akan tetapi sayang perubatannya menggunakan dampingan. macam mana nak elak kalu dah sampai cam nie?

perjalanan aku masih jauh lagi,
dan bagi aku masih terlalu awal untuk menjatuhkan hukum (fitnah?) keatas seseorang pengamal dengan hanya berlandaskan apa yang dia lakukan. Mungkin itu cara ilmunya, siapa yang tahu?

izafarid
23-11-08, 08:27 AM
Kalau dah pakai tangkal tu musykil juga aku kepada siapa dia meminta... meminta pada Allah dan pada masa yang sama mendekati syirik (tangkal)?

Saje menyampuk.. kalau aku salah tegurla balik.

sebab tuh aku cakap,
adakah itu terlalu awal untuk menghukum? atau menjatuhkan fitnah?
kehidupan alam ghaib itu bukannya semudah penangkulan mantik

pakai tangkal = syirik, ok aku setuju.
macam mana nak tahu yang dipakai itu adalah tangkal?

apa itu tangkal? == Semua org tahu kan, apa itu tangkal.

Jadi bila semua orang tahu apa itu tangkal, boleh tak duit syiling dijadikan tangkal?

apa yang kita belajar,
apa yang kita baca,
tak tentu sama apa yang kita temui diluar didunia nyata

izafarid
23-11-08, 08:38 AM
:salam:
izafarid,
Adakah maksudnya pada siapa bermohon saja sudah cukup, walaupun cara bermohon itu bathil dan penuh bid'ah? Kalau ya, itu dah salah dah tu.. Dalam Islam, bukan setakat aqidah yang perlu kita jaga, tetapi fiqh/syariat juga perlu dijaga. Cuba fikir-fikirkan semula.


dr segi keilmuan, apa yang didengari, apa yang dibaca, jawapannya YA
dr segi pengalaman, apa yang aku lihat, apa yang aku faham, jawapannya TIDAK.

Walaupun dia menggunakan peralatan yang disifatkan sebagai bathil tetapi dia bermohon kepada Allah, kepada Allah dia sujud, kepada Allah dia berserah.
Adakah dia benar atau sesat?
Adakah peralatan tersebut mempunyai kesan sampingan terhadap kekuasaan Allah?

Walaupun dia hanya memegang tasih dan mulut terkumat kamit, dan berminta kepada tok, nenek & khadam.
Adakah dia benar atau sesat?
Dimana penyerahannya kepada Allah?

adalah terlalu awal untuk mengatakan seseorang sesat selagi tidak mengetahui kepada siapa dia bermohon, kepada siapa dia berserah
dan
adalah agak mustahil untuk mengetahui kepada siapa dia bermohon, kepada siapa dia berserah

seperti yang aku katakan tadi,

apa yang kita belajar,
apa yang kita baca,
tak tentu sepadan apa yang kita alami

renung-renungkanlah...

Morpheus
23-11-08, 09:55 AM
Sorry la izafarid. Aku tak bermaksud nak sebar fitnah ke apa... Aku cuma nampak ayat nih...




pada aku,
aku tak kisah apa cara sekalipun.

Dalam Islam dah jelas... Matlamat yang baik tidak menghalalkan cara yang batil. Doa termakbul pun dengan izin Allah, sihir terjadi pun dengan izin Allah, sembuh dengan perubatan yang batil pun terjadi dengan izin Allah juga. So amat penting mengikuti jalan yang baik untuk mencapai matlamat yang baik.

Kalau tangkal di tangan kita nampak tapi kalau tangkal duit syiling dalam poket dah tentu kita tak nampak. Apabila dia mengubat bersandar kepada tangkal duit syiling tu tetapi mengangkat tangan berdoa juga kepada Allah... dah tentu kita sangka dia bermohon kepada Allah semata-mata. So perkara yang kita tak nampak/tak tahu (mengikut ilmu masing-masing) itu, itu nak buat mcm mana. Allah pun tidak menghukum hambanya kerana tidak tahu tahu atau lemah ilmunya.

Cuma kita kena pastikan (atas kemampuan) untuk mencapai sesuatu matlamat dengan jalan yang baik. Matlamat tidak menghalalkan cara.

kupia
23-11-08, 01:30 PM
dr segi keilmuan, apa yang didengari, apa yang dibaca, jawapannya YA
dr segi pengalaman, apa yang aku lihat, apa yang aku faham, jawapannya TIDAK.

Walaupun dia menggunakan peralatan yang disifatkan sebagai bathil tetapi dia bermohon kepada Allah, kepada Allah dia sujud, kepada Allah dia berserah.
Adakah dia benar atau sesat?
Adakah peralatan tersebut mempunyai kesan sampingan terhadap kekuasaan Allah?

Walaupun dia hanya memegang tasih dan mulut terkumat kamit, dan berminta kepada tok, nenek & khadam.
Adakah dia benar atau sesat?
Dimana penyerahannya kepada Allah?

Apa yang dimohonnya dari Allah?
Bagaimana kalau dia memegang salib (cross) sambil bermohon, sujud dan berserah kepada Allah?
Atau kalau dia memegang sebungkus daging khinzir mentah duduk atas sejadah lepas solat sambil bermohon, sujud dan berserah kepada Allah?

Adakah salib atau daging khinzir mempunyai kesan sampingan terhadap kekuasaan Allah?

kupia
23-11-08, 01:38 PM
sebab tuh aku cakap,
adakah itu terlalu awal untuk menghukum? atau menjatuhkan fitnah?
kehidupan alam ghaib itu bukannya semudah penangkulan mantik

Hukum telah ujud lebih 1,400 tahun. Menghukum serahkan pada pihak yang berotoriti.


pakai tangkal = syirik, ok aku setuju.
macam mana nak tahu yang dipakai itu adalah tangkal?

apa itu tangkal? == Semua org tahu kan, apa itu tangkal.

Jadi bila semua orang tahu apa itu tangkal, boleh tak duit syiling dijadikan tangkal?

definisi tangkal dan azimat akan menyusul.
boleh tak duit syiling dijadikan tangkal? jawabnya boleh.

salah satu medium sihir yang pernah ditemui untuk tujuan menyekat dan memisahkan seorang peniaga dengan pelanggannya adalah dengan menggunakan duit syiling 1 sen yang di lekatkan di bhg atas tiang premis perniagaan berkenaan. Perniaggan cyber cafe yang begitu laris sebelum itu terpaksa tutup dan gulung tikar.

asura
23-11-08, 03:20 PM
nabi x penah makan panadol ..

jadi panadol pon bidaah ke?



.

kupia
23-11-08, 04:05 PM
nabi x penah makan panadol ..

jadi panadol pon bidaah ke?

.

pi cari dulu definasi bida'ah tu apa?

izafarid
23-11-08, 04:18 PM
Apa yang dimohonnya dari Allah?
Bagaimana kalau dia memegang salib (cross) sambil bermohon, sujud dan berserah kepada Allah?
Atau kalau dia memegang sebungkus daging khinzir mentah duduk atas sejadah lepas solat sambil bermohon, sujud dan berserah kepada Allah?
Adakah salib atau daging khinzir mempunyai kesan sampingan terhadap kekuasaan Allah?


yang jelas tetap jelas,
yang terang tetap terang,
persoalan tentang kemenyan, telur serta duit syiling, ada dinyatakan dengan jelas hukumnya?



Hukum telah ujud lebih 1,400 tahun. Menghukum serahkan pada pihak yang berotoriti.


:)
Di dalam masyarakat kita sendiri terdapat ramai pihak yang sering menghukum.
Terlihat atau terdengar sesuatu yang pelik, terus sahaja hukum sebagai sesat atau syirik.
Sedangkan diri sendiri yang tidak mengetahui



definisi tangkal dan azimat akan menyusul.
boleh tak duit syiling dijadikan tangkal? jawabnya boleh.

salah satu medium sihir yang pernah ditemui untuk tujuan menyekat dan memisahkan seorang peniaga dengan pelanggannya adalah dengan menggunakan duit syiling 1 sen yang di lekatkan di bhg atas tiang premis perniagaan berkenaan. Perniaggan cyber cafe yang begitu laris sebelum itu terpaksa tutup dan gulung tikar.

jadi,
adakah duit syiling yang didalam poket kita itu sejenis tangkal?
atau duit syiling yang disalah gunakan menjadi tangkal?
dimanakah penyerahkan kita semasa memegang duit syiling didalam poket?
adakah disebabkan seseorang yang berlaku syirik menggunakan syiling sebagai mediumnya, adakah syiling juga haram atas kita?

bukan medium tersebut yang haram (kecuali atas yang jelas haramnya),
bukan medium tersebut yang bersalah,
manusia itu sendiri yang syirik



nabi x penah makan panadol ..
jadi panadol pon bidaah ke?
.

soal bidaah & panadol,
belum lagi selesai lg kat sini ek...

PenditaGila
24-11-08, 10:13 AM
Konsep Mengenai Tangkal

Di dalam soal memakai tangkal perlu tahu apakah yang menyebabkan memakai tangkal itu dilarang. Bukan terus menghukum bahawa memakai tangkal itu haram tanpa mengetahui iktikad yang benar. Bagi PG memakai tangkal itu harus jika menepati dan tidak menyalahi akidah. Umpamanya memakan panadol bila demam atau pening. Di dalam soal kesihatan Allah telah mensyariatkan berubat bila kita sakit. Maka panadol itu satu ikhtiar bagi kita untuk melegakan atau meredakan kesakitan. Ia tidak menjadi satu kesalahan dalam iktikad sekiranya tidak meyakini bahawa panadol itu yang menyembuhkan tetapi Allah s.w.t. begitu juga dengan pemakaian tangkal yang berbentuk ayat2 AQ.

Tangkal (Tamimah) yang diamalkan oleh masyarakat Arab purba ialah amalan menggantungkan permata-permata atau manik-manik kepada kanak-kanak dan percaya ia dapat menghindarkan dari penyakit, menolak gangguan sihir dan membawa kebaikan.



Dalil-dalil yang mengharamkannya:
1. maksud hadis,"sesiapa yang menggantung tamimah (tangkal dari permata) , maka Allah tidak akan menyempurnakannya (akan hajatnya), sesiapa yang menggantung wad'ah (tangkal berupa kulit-kulit kerang dari laut), maka Allah tidak memberi keamanan baginya" HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 154.
2. maksud al hadis,"sesiapa yang menggantung azimat, sesungguhnya ia telah melakukan syirik." HR Imam Ahmad, al Musnad Jld 4, ms 156
3. maksud alhadis,"sesungguhnya azimat (jampi), tangkal, dan tiwalah (minyak pengasih) adalah syirik." HR Ibn Majah, Jld 2, ms 1166 hadis no 3530.


Syarah/Penjelasan:
1. Sebab diharamkan benda-benda ini ialah kerana kita beriktikad (yakin) bahawa yang memberi mudharat dan manfa'at hanya Allah semata-mata. Sesiapa yang percaya ada kuasa lain yang boleh memberi mudharat dan kebaikan maka aqidahnya telah sesat.


FirmanAllah,
" Jika Allah menimpakan sesuatu mudharat kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya melainkan Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan bagimu, maka tiada yang dapat menolak kurniaan-Nya." .(Surah Yunus:107 )
2. Furqan:3
3. anNaml: 65
4. alA'araf: 188


Segolongan fuqaha' mengharuskan tangkal dan azimat yang berbentuk ayat alQur'an:
1. al Khitobi (Fathul-Majid, ms 126)
2. Imam Ibn Hajar dalam fathul Bari: Tangkal itu harus jika menepati tiga perkara:
* ianya berbentuk ayat alQur'an
* dengan bahasa Arab
* i'tiqad bahawa tangkal tidak memberi kesan dengan sendiri melainkan dengan kuasa Allah jua.

Rumusan:
1. Menggunakan tangkal adalah kufur jika beriktiqad bahawa tangkal itu boleh memelihara dari kejahatan dan membawa kebaikan. (Fatwa Syaikh Atiyyah Saqar, Fatwa al Azhar)
2. Tangkal dan azimat yang diperbuat selain ayat alQuran tidak dibolehkan (fatwa Ibn Hajar)
3. Tangkal dari buah limau dan kemenyan serta pagar rumah perlu dinilai dengan pendapat ulama' di atas..
Rujukan: Syaikh Atiyah Saqr, Islam wa musykilatul Hayah
Muhammad Abdullah alKhatib, Nadzarat Fi Risalah atTa'alim
Ibn Hajar, Fathul Bari Imam Ahmad, alMusnad Imam Ahmad Ibn Hanbal

Riwayatkan daripada Jabir r.a beliau berkata yang maksudnya :



“Rasulullah s.a.w melarang daripada jampian. Lalu keluarga ‘Amr bin Hazm datang kepada Rasulullah s.a.w, mereka berkata: “Wahai Rasulullah, kami mempunyai jampi yang boleh kami gunakan untuk menjampi sengatan kala, sedangkan engkau melarang jampian.”

Jabir berkata: “Kemudian mereka pun memperlihatkan jampi mereka kepada Rasulullah s.a.w.



Lantas Baginda bersabda: “Aku tidak nampak ianya menjadi apa-apa, barangsiapa di antara kamu yang boleh menolong saudaranya maka tolonglah dia.”


(Hadits riwayat Muslim)

orKid
24-11-08, 11:23 AM
Salam,

Baru bkesempatan utk mbaca. Terima kasih kpd sumer yg membri pandangan.



Akal manusia terhad
dan disinilah peranan iman,
utk mempercayai apa yang mustahil
utk membezakan antara yang ghaib atau zahir
utk menilai yang mana hak atau batil



Part nie mmg diakui...



pada aku,
aku tak kisah apa cara sekalipun. dia nak pakai kemenyan ker, pakai daun sirih ker, tgk tapak tangankan, telur ayam ker, dia nak pakai serba hitam + tangkal, nak pakai jubah + serban ker, aku tak pedulik. itu hak dia, itu ilmu dia, itu kelebihan dia, dia punya pasal
dah juga itu semua sekadar pemakaian & zahir, yang tidak menentukan, dosa dan pahala

aku lebih pentingkan pada siapa dia bermohon, disitu baru kita tahu yang mana hitam atau putih.

Part nie^...jika bahan yg digunakan itu utk menelek(menegok) bukankah ia dah jatuh syirik.


Persoalannya bolehkah telur sbg cth dijadikan medium untuk mengubat? Spt cth yg saya bg kat atas... Adakah ia dikatogerikan sbg tangkal. Biasanya jika tangkal, pengamal biasanya membaca mentera m'ka pd tangkal tsbt.

..............
el-lail,
mmg betul perkara benar berlaku tak semestinya kita akan guna pakai sewenang2nya, disini letaknya akal, ilmu dan iman dlm diri kita. Jelasnya sihir itu smmgnya hendaklah ditolak.

izafarid
24-11-08, 11:45 AM
Part nie^...jika bahan yg digunakan itu utk menelek(menegok) bukankah ia dah jatuh syirik.


Adakah ini bermaksud, bahan tersebut yang menyebabkan syirik?



Persoalannya bolehkah telur sbg cth dijadikan medium untuk mengubat? Spt cth yg saya bg kat atas... Adakah ia dikatogerikan sbg tangkal. Biasanya jika tangkal, pengamal biasanya membaca mentera m'ka pd tangkal tsbt.


Jadi,
adakah telur itu sendiri adalah tercipta sebagai tangkal?
Atau mentera yang mengubah sesuatu medium itu menjadi tangkal?
Bagaimana ianya boleh berubah?
Kenapa ianya perlu diubah?

orKid
24-11-08, 11:49 AM
g) Perubatan jarak jauh, mempunyai kelemahan kerana masih ada
campurtangan kuncu2 Iblis yang menipu manusia.


thx utk info. apakah yg dimaksudkan perubatn jarak jauh..?




Contoh rawatan al-Quran yang genuine (rawatan utk sihir atau gangguan halus:-

1. Bahan yang digunakan hanya air biasa yang boleh diminum dengan "daun bidara". Kalau minta barang lain yang bukan2 boleh reject terus bomoh yang mengaku ustaz tu. (contoh merapu macam air kolah 7 masjid, air 7 muara sungai dan lain-lain).



thx juga utk info. jelas tips yg diberi menjurus kpd gangguan jin & syaiton. satu je kenapa daun bidara...?

asura
24-11-08, 02:19 PM
pi cari dulu definasi bida'ah tu apa?

mekasih ..

jawapan tepat dan bernas.

kalau pakai air 7 kolah masjid tu dikire merapu?


.

el-lail
24-11-08, 02:30 PM
:salam:

Copy paste untuk sama-sama kita baca... sumber: http://drazwan.blogspot.com/


Assalamualaikum,

Konsep perubatan Islam difahami dengan pelbagai sudut oleh pelbagai pihak. Perbezaan ini lebih dikelirukan dengan pendapat-pendapat daripada mereka yang tidak berbelakangkan bidang perubatan. Terma perubatan Islam dan perubatan Muslim digunakan secara wewenang seolah ia adalah perkataan yang sama dan membawa maksud yang sama.

Prof Dr Omar Hassan Kasule, pensyarah dari Universiti Brunei telah mengupas maksud derihal terma ini. Beliau seorang pakar epidemiology lulusan Harvard yang merupakan seorang lulusan doktor perubatan. Berasal dari Uganda, mahir di dalam 6 bahasa termasuk bahasa Arab, beliau pernah menjadi professor saya di UIAM di dalam bidang Islamic Reveal Knowledge dan Epidemiology. Beliau adalah di antara yang awal membentangkan kertas kerja tentang perubatan Islam moden di banyak negara termasuk Malaysia. Beliau memperkatakan masalah ini dari sudut yang lebih meluas termasuk perubatan Islam dengan menggunakan al-Qur'an dan Tibb Nabawi.

KENAPA TOPIK INI PENTING?

Ramai yang silap faham atau atau sekadar memahami bahawa perubatan Islam itu hanyalah doa, jampi dan amalan herba dan makanan yang disebut Rasulullah atau yang disebut di dalam al-Qur'an sahaja. Atau ada yang menganggap perubatan Islam itu adalah ketika "melawan JIN" atau "makhluk halus". Ada yang memahami perubatan Islam sebagai bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an sahaja.
Topik ini sangat penting kerana, apabila masyarakat Islam ingin mengadakan sebuah institusi seperti Hospital Islam, kita harus kembali kepada persoalan tuntas. Perubatan yang bagaimana harus dilaksanakan dan dipraktikkan? Tentulah Hospital tersebut perlu melaksanakan perubatan yang bercirikan Islam. Jadi definisi dan terma Perubatan Islam itu sendiri perlu jelas. Pada dasarnya apakah itu Perubatan Islam?

Bagaimana pula Universiti Islam yang ingin mengajar perubatan Islam di Universitinya? Perubatan Islam yang bagaimanakah perlu diajar? Apakah pendekatannya? Perubatan Islam yang sebagaimana?

Oleh itu artikel saya ini sedikit sebanyak akan mengupas isu apa itu perubatan Islam yang diamalkan oleh Hospital-hospital yang berteraskan Islam. Ia harus meluas, fleksibel di dalam kepungannya yang unik dan tersendiri, di mana batas dan ruangannya dan sebagainya.


PERUBATAN BERSUMBERKAN AL-QUR'AN - TIBB QUR'ANI

Ada yang berpendapat bahawa Perubatan Islam itu adalah perubatan yang disebut di dalam al-Qur'an. Al-Qur'an banyak menyentuh tentang penyakit spiritual dan penyakit fizikal di dalam ayat-ayatnya. Al-Quran menegaskan bahawa penyembuh segala penyakit adalah dari Allah SWT kerana DIA adalah Maha Penyembuh.

Al-Quran juga menyentuh tentang halal dan haram makanan yang boleh membawa kepada penyakit, makan berlebihan, dan panduan tentang ubat-ubat yang datang daripada madu lebah. Qur'an juga ada menyentuh tentang kejadian manusia, penyakit berjangkit, keburukan alkohol, kejadian manusia dan kebaikan berpuasa.

Hakikatnya al-Qur'an adalah buku panduan untuk kejayaan umat Islam di dunia dan di akhirat. Ia adalah dalil kewujudan Allah dan membuktikan bahawa Allah adalah Maha Bijaksana dan Maha Pencipta. Ia bukanlah satu buku teks perubatan khusus. Ia tidak menetapkan ubat yang khusus untuk penyakit yang khusus. Ia menyuruh manusia supaya berfikir, berusaha dan menambah ilmu untuk kebaikan manusia yang lain. Sesiapa yang menyelamatkan seorang manusia seolah-oleh dia menyelamatkan seluruh Umat. Pendekata al-Quran membawa pengertian lebih besar dan luas daripada hanya khusus kepada masalah kecil di dalam perubatan.

Prof Omar Kasule tidak pula menerangkan tentang aspek sesetengah golongan orang Islam mengkomersialkan ayat-ayat al-Qur'an sebagai air-air jampi yang dibotolkan dan dijual untuk meraih keuntungan di atas nama perubatan. (Saya pun tak bertanya pula). Adakah wajar mengambil keuntungan sebegitu dengan menjanjikan sesuatu penawar kepada penyakit yang adakalanya tidak ada lagi rawatan yang boleh menyembuhkan pada masa ini.


PERUBATAN CARA RASULULLAH SAW - TIBB NABAWI

Selain daripada al-Qur'an, sumber perubatan Islam boleh diperolehi daripada Tibb an-Nabawi.

Tibb An-Nabawi - atau perubatan berasaskan perkataan dan perlakuan Rasulullah juga telah didefinisikan sebagai perubatan Islam. Sahih Bukhari telah meriwayatkan 129 hadis Rasulullah yang berkaitan dengan perubatan Islam. Habbatus Sawda' dicadangkan oleh Rasulullah sebagai ubat secara umum dan telah dibuat kajian secara intensif oleh ramai Professor Islam dan menunjukkan peningkatan sistem imuniti melaluinya.

Banyak juga Tibb an-Nabawi yang menyentuh tentang masalah spiritual. Di dalam perubatan nabi inilah maka sistem asas perubatan Islam diperkenalkan iaitu setiap penyakit itu ada ubatnya. Ini sepatutnya menyedarkan ramai Saintis Islam tentang pencarian ubat-ubatan kepada penawar penyakit yang masih belum dijumpai melalui eksperimen secara piawai mengikut tahap yang diterima dunia.

Penyataan bahawa semua penyakit itu ada ubatnya, pada pendapat saya harus berada di dalam satu konotasi yang betul. Adakah wajar apabila seseorang yang mengatakan di dalam Islam, semua penyakit ada ubatnya, lalu mengambil segenggam daun yang entah dapat dari mana, lepas tuh meletakkan namanya dengan nama "Misai Harimau" dan mempromosikan inilah ubat untuk kanser hati, kanser itu dan kanser ini. Walhal, tiada satu pembuktian pun telah dibuat melalui eksperimen yang diterima pakai oleh ahli bijak pandai? Bolehkan ini diselarikan dengan 'semua penyakit ada ubatnya'?.

Apa-apa yang Rasulullah sebut adalah sentiasa benar dan boleh dipraktikkan. Doktor Islam tidak sewajarnya mempertikaikan tentang perubatan Rasulullah SAW kerana ia sangat berkesan pada zamannya dan juga sebahagiannya kini. Tibb Nabawi banyak mengajar tentang Penjagaan Kesihatan secara "Primary" iaitu rawatan pencegahan. Pencegahan adalah lebih baik daripada merawat oleh itu ia adalah aspek yang sangat penting sehingga kini.

Cara Rasulullah menjaga adab makan sebagai contoh boleh mengelakkan segala macam penyakit yang timbul akibat masalah nutrisi masa kini. Kesihatan mental, kebersihan seksual (membersihkan diri, mandi, berkhitan), menjaga persekitaran dan kebersihan dan menjaga penyakit berjangkit sangat berkesan dan diamalkan setiap hari oleh semua umat Islam. Malah penyakit psikosomatik - penyakit fizikal yang berasal daripada masalah mental - banyak disembuhkan melalui cara-cara spiritual seperti ibadah dan amalan doa yang dilakukan oleh Rasulullah.

Cuma keterbatasan dari sudut penyakit dan diagnosis pada ketika itu, sumber ubat-ubatan, penyakit-penyakit baru yang timbul dan pelbagai kemajuan dari aspek perubatan menjadikan ilmu-ilmu pada masa itu tidak mencukupi untuk menampung perkembangan ilmu-ilmu perubatan kini yang semakin pesat. Amat sukar untuk memastikan rawatan apa untuk penyakit yang bagaimana pada waktu ini kerana perbezaan penyakit yang ada pada waktu itu dan kini.


PERUBATAN ISLAM HANYA BERASASKAN NILAI DAN MORAL SAHAJA?

Adakah hanya dengan menetapkan bahawa perubatan moden yang menjaga etika, nilai yang tinggi dan moral sudah menjadikan perubatan itu dipanggil perubatan Islam.

Ini tentulah agak sukar kerana perubatan berdasarkan hanya nilai dan moral sangat subjektif dan sangat sukar untuk didefinisikan. Walaupun begitu, etika dan nilai moral yang tinggi adalah salah satu ciri perubatan Islam tetapi tidak hanya behenti di setakat itu sahaja.


PERUBATAN TRADISIONAL MUSLIM

Pada waktu ini, pengamalan perubatan tradisional orang Islam menggunakan ramuan tradisional pada zaman dahulu digelar perubatan Islam.

Mengapa pengamal perubatan tradisional Islam mendapat sambutan daripada orang ramai walaupun perubatan semakin moden?

Ada beberapa sebab. Pertama, kegagalan perubatan moden mencapai ke dalam kawasan-kawasan ceruk dan pendalaman. Sebagai contoh-contoh di kawasan kampung yang sukar dari segi akses, maka pengamal perubatan tradisional Islam akan mendapat tempat.

Kedua, adakalanya perubatan tradisional yang diamalkan oleh orang Islam memang ada keberkesanannya. Ubat tradisional adakalanya telah diuji selama beberapa dekad dan generasi. Sekiranya ia tidak mujarab maka ia sudah lama berkubur, tetapi oleh kerana ia mujarab, ia terus digunakan sentiasa. Contohnya gamat yang boleh menyembuhkan luka telah digunakan selama beratus tahun.

Ketiga, Sikap segelintir orang Islam yang cuba menjauhi daripada perubatan yang ada kena mengenai dengan dunia barat.

Keempat, pengamal perubatan tradisional Islam lebih memandang manusia secara menyeluruh (bukan sekadar penghidap penyakit), mempunyai lebih banyak masa untuk mendengar masalah pesakit dan tidak menggunakan teknologi yang kadang-kadang tidak disenangi oleh segelintir pesakit. Sedangkan di hospital, kebanyakan doktor terpaksa melayan beratus pesakit sehari menjadikan masa bukan berada di pihak mereka.

Malah, kewujudan lebih banyak perubatan tradisional turun temurun yang diamalkan oleh orang Islam sebenarnya bukan satu fenomena lokaliti tetapi menyeluruh ke banyak tempat disebabkan oleh kegagalan perubatan moden untuk menangani isu yang disebutkan di atas.

Walaubagaimanapun, Islam melarang umatnya yang mengamalkan perubatan tradisional menggunakan sihir, menilik nasib dan tangkal. Ada juga yang menggunakan jin atau mengaku mempunyai kuasa mengawal jin. Perbuatan-perbuatan ini telah jelas di dalam Quran dan sunnah adalah syirik dan menghampiri syirik. Ini adalah antara sebab ada perubatan tradisional tidak lagi popular di kalangan umat Islam secara majoriti.


DEFINISI BARU PERUBATAN ISLAM

Cadangan oleh Prof Omar Kasule untuk mendefinisikan Perubatan Islam sebagai amalan perubatan di mana dasar paradigma dan konsep, nilai dan prosedurnya sesuai dan tidak bercanggahan dengan al-Qur'an dan Sunnah. Ia tidak bergantung kepada prosedur dan ubat-ubatan tertentu yang menjadikan ia sebagai perubatan Islam tetapi perubatan Islam itu meluas, mencakupi kesemua dan fleksibel, dan melalui proses perkembangan termasuk cara berubat dan pemeriksaan penyakit.


ADAKAH PERUBATAN ISLAM HANYA UNTUK ORANG ISLAM?

Saya tertarik dengan persoalan ini. Adakah Perubatan Islam hanya untuk orang Islam, atau adakah ia adalah universal dan mencakupi ke seluruh dunia tanpa mengira agama, negara dan warna kulit?

Bila persoalan ini diungkapkan, perubatan Islam tentulah perlu berada pada aras cemerlang atau lebih cemerlang daripada perubatan barat yang ada sekarang.


PERUBATAN BERASASKAN BUKTI CIRI-CIRI PERUBATAN ISLAM

Perubatan empirikal atau perubatan berasaskan bukti (Evidence Based Medicine) adalah satu pembuktian secara saintifik yang telah diamalkan beratus-ratus tahun sejak zaman yunani dan greek dan diteruskan dan didokong oleh saintis Islam pada zaman kegemilangannya kemudian diteruskan oleh saintis barat dan Islam sehingga kini.

Ia adalah prioriti dan dianggap piawai kepada kecemerlangan ilmu saintifik. Malah perubatan berasaskan bukti adalah selari dengan Islam. Walaubagaimanapun, terdapat kelemahan-kelemahan perubatan empirikal yang diamalkan barat seperti "biased", kelemahan dari sudut pemerhatian dan sbg, ia boleh ditambah baik di dalam perubatan Islam.


MENG"ISLAM"KAN BIDANG PERUBATAN

Islamisasi di dalam sistem perubatan adalah perlu kerana sistem perubatan itu sendiri bukanlah hak barat sahaja malah ia adalah satu perkara yang universal. Malah ramai doktor dan saintis Islam telah banyak menyumbang kepada kemajuan bidang perubatan ini.

Perubatan Barat tidak melihat moral dan isu sosial sebagai perkara penting di dalam masalah pesakit. Apabila pesakit datang kerana masalah hati atau liver chirrosis, maka doktor tidak menyentuh tentang keburukan alkohol dan kenapa pesakit perlu berhenti daipada meminum arak. Mereka hanya mahu merawat masalah dan lupa kepada akar masalah tersebut yang bertitik tolak daripada nilai dan moral pesakit.

Begitu juga amalan kapitalis yang menjadikan perubatan hanya untuk mengaut keuntungan dan kekayaan. Ini menjadikan masalah penipuan dan "malpractice" di dalam perubatan adalah tinggi.

Sumber Ilmu di dalam Islam terbahagi kepada 2 iaitu sumber wahyu dan "kawn" atau dunia eksperimen. "Aqal" atau intelektual adalah alat yang diberi kepada manusia untuk menta'kul dan berfikir dan menguruskan 2 sumber ilmu tadi iaitu "wahyu" dan "kawn".

Pemikiran Barat tidak menerima "wahyu" sebagai sumber ilmu. Mereka bersifat materialistik, tidak mempercayai agama dan adalakalanya anti agama. Oleh itu "ghaib" iaitu satu entiti yang tidak dapat dilihat tidak dimasukkan sekali.

Oleh itu mereka bertindak berdasarkan sistem moraliti yang vakum. Tidak ada sistem moral yang berdiri. Oleh itu mereka cuba menyelesaikan masalah perubatan disebabkan oleh moral tadi dengan menggunakan hanya sistem kecanggihan teknologi sahaja. Ini yang menyebabkan kegagalan sistem perubatan barat berbanding Islam.


KESIMPULAN

Keadaan kita sekarang telah diterangkan oleh Imam Shafiie seribu tahun yang lalu yang ditulis oleh Jalaludin as Sayuti di dalam bukunya Tibb an Nabawi.

"Selepas sains yang membezakan di antara halal dan haram, saya tidak mengetahui satu pun ilmu sains yang lebih tinggi daripada ilmu perubatan... benarlah, Ahli Kitab telah mengalahkan kita dan meninggalkan kita jauh dari dalam bidang ini..."

Semoga proses Islamisasi di dalam bidang perubatan dapat meningkatkan lagi kemampuan intelektual dan motivasi kita secara prakikal untuk bekerja keras di dalam bidang penyelidikan perubatan agar Islam dapat kembali lagi sebagai pemimpin di dalam bidang ini.

Wallahu A'lam.

orKid
24-11-08, 05:00 PM
Adakah ini bermaksud, bahan tersebut yang menyebabkan syirik?

Sudah tentu asasnya bahan tersebut tidak syirik. Syiriknya bila menengok. Bila Izafarid kata tak kisah apa cara sekalipun, bukankah cara melambangkan perbuatan seseorg. Bukankah bahan yg digunakan itu melengkap cara pgubatan. Tanpanya process x akan lengkap.





Jadi,
adakah telur itu sendiri adalah tercipta sebagai tangkal?
Atau mentera yang mengubah sesuatu medium itu menjadi tangkal?
Bagaimana ianya boleh berubah?
Kenapa ianya perlu diubah?


Persoalan sy kat sini bukan disebabkan tangkal, sy tau sumer jelas apa itu tangkal. Maaf sy td lebih mprovok soalan.

.............
Berbalik kpd topic sy di atas, sy lebih melihat kpd process penggunaan tenaga batin dlm pgubatan.yg mana ianya disulami dgn bacaan ayat2 Al Quran yg jelas dan terang.

Cth sy yg pertama, sakit batu karang, dgn mengelekn telur(medium yg digunapakai) ke atas pesakit. Kemudian apabila telur itu dipecah keluar batu karang pesakit dari telur tsbt. Lagi lama sakit si pengidap lg besar batu diperolehi. Kdg2 batu yg diperolehi lebih dari sebiji. Adakah perubatan begini terdpt dalam Islam.

Sy cuma tidak faham apakah kaitannya dgn tenaga batin yg digunakan dgn keluarnya batu karang dari telur tsbt. Jika keluar semasa membuang air kecil faham la sy processnya.

Ini kerana semakin ramai yg menggunakan kaedah begini berbanding pegi hospital jumpa pakar.

PenditaGila
25-11-08, 07:35 AM
thx utk info. apakah yg dimaksudkan perubatn jarak jauh..?

Contohnya: Siperawat ada di Kedah, Sipesakit pula ada di KL. Jadi, perawat akan menggunakan kaedah pandangan halus/ghaib dalam ilmu kebatinannya mengesan dan melihat sesuatu dalam minda masing2.Setelah itu barulah ia memulakan dengan kaedah rawatan masing2.Wallahu 'alam bissawab.

izafarid
25-11-08, 11:00 AM
Sudah tentu asasnya bahan tersebut tidak syirik. Syiriknya bila menengok. Bila Izafarid kata tak kisah apa cara sekalipun, bukankah cara melambangkan perbuatan seseorg. Bukankah bahan yg digunakan itu melengkap cara pgubatan. Tanpanya process x akan lengkap.


Tidak semestinya.
Atas setiap pekara itu adalah terlalu awal dikatakan hitam atau putih, melainkan didengari dengan jelas apa yang dikatakan.




... topic sy di atas, sy lebih melihat kpd process penggunaan tenaga batin dlm pgubatan.yg mana ianya disulami dgn bacaan ayat2 Al Quran yg jelas dan terang.


Ini yang sebaiknya,
melihat dan mendengar baru menilai bukan sekadar melihat dan menilai



Cth sy yg pertama, sakit batu karang, dgn mengelekn telur(medium yg digunapakai) ke atas pesakit. Kemudian apabila telur itu dipecah keluar batu karang pesakit dari telur tsbt. Lagi lama sakit si pengidap lg besar batu diperolehi. Kdg2 batu yg diperolehi lebih dari sebiji. Adakah perubatan begini terdpt dalam Islam.


Selagi ianya tidak bertentangan dan melanggar akidah, YA.
akan tetapi jangan terlalu taksub, sebab amat sukar untuk membezakan antara yang ikhlas atau penipu, hitam atau putih



Sy cuma tidak faham apakah kaitannya dgn tenaga batin yg digunakan dgn keluarnya batu karang dari telur tsbt. Jika keluar semasa membuang air kecil faham la sy processnya.

Ini kerana semakin ramai yg menggunakan kaedah begini berbanding pegi hospital jumpa pakar.

Tenaga batin digunakan untuk memindahkan batu karang tersebut dari dalam badan pesakit kedalam telur. Satu tugas yang bukan mudah dan memerlukan latihan dan tumpuan yang penuh.
Jangan pula terlalu taksub, ada kemungkinan penggunaan pendamping


Contohnya: Siperawat ada di Kedah, Sipesakit pula ada di KL. Jadi, perawat akan menggunakan kaedah pandangan halus/ghaib dalam ilmu kebatinannya mengesan dan melihat sesuatu dalam minda masing2.Setelah itu barulah ia memulakan dengan kaedah rawatan masing2.Wallahu 'alam bissawab.

Tambah sket,
Pandangan halus/ghaib boleh disokong 3 pekara.
1. Keilmuan - atas apa yang telah dipelajari, latihan dan pengalaman
2. Ilham/petunjuk - pemberian dr Allah keatas sesiapa yang dikehendaki
3. Dampingan

kupia
25-11-08, 11:21 AM
mekasih ..

jawapan tepat dan bernas.

kalau pakai air 7 kolah masjid tu dikire merapu?

.

1. Jangan tersinggung saya rasa sdr tidak memahami dengan jelas definasi 'bida'ah' yang sebenarnya.

2. Pada saya penggunaan air kolah 7 masjid ni atau air 7 muara sungai ni memang merapu sungguh (khusus untuk rawatan gangguan halus). Ini amalan tardisi sahaja.

Pertamanya tak ada contoh pun pernah diguna oleh pengamal rawatan Quran dari zaman salaf zaman silam, yang disarankan guna air bersih yang boleh di minum dan dibuat mandi selepas dibacakan ayat2 Quran.

Pesakit yang sedang dalam masalah gangguan disusah-susahkan untuk mencari air yang diminta, sedangkan hasilnya sama sahaja dengan air biasa yang dibacakan ayat2 Quran, tak ada apa keistimewaan lainnya yang boleh dibuktikan, lebih banyak menyusahkan dan lebih banyak menghampiri perbuatan dukun dan bomoh.

Imam-imam besar dulu2 yang mengamal rawatan Quran tak pernah menyarakan penggunaan guna air ini, atau limau, lada hitam, garam, telur dan lain-lain. Guna air bersih cukup atau campur "daun biadara" ditumbuk dalam air untuk mandi (amalan zaman Rasululullah saw). Kalau mandi limau untuk kebersihan lain masa boleh dilakukan.

Yang pentingnya gangguan itu mesti dikeluarkan dah tentulah semua tak akan jadi kalau tidak dengan izin Allah.

Wallahu'alam.

asura
25-11-08, 12:11 PM
1. Jangan tersinggung saya rasa sdr tidak memahami dengan jelas definasi 'bida'ah' yang sebenarnya.
tak tersinggung ..sedara ade hak atas diri sedara sendri untuk menilai
org lain dengan menggunakan kefahaman sedara. :peace:

Bab air ni .. tengok sini (http://www.hado.net/)

Mengapa ade beza antara air telah di masak, belum dimasak, air sumber
asli dan air tasik, air dikenakan bacaan dan air biasa serta bezanya air paip.

Bagaimana kesannya dengan kesihatan ..ditambah lagi dengan berkat
bacaan Kalamullah. Sudah tentu penyembuhan daripada Allah.

Sama seperti makan nasi ..nasi tu tak memberi kekenyangan. Air tidak
menghilangkan haus. Panadol tidak menghilangkan sakit. Semuanya cume
akan berlaku dengan izin Allah. Manusia sekadar berikhtiar dengan cara
menjauhi jalan kekufuran.

Terserah lah nak pakai 7 kolah masjid ke ..10 kolah ker ..1 kolah ker ..takde
bilangan 'wajib'. Air selain air kolah pon boleh ..cume aku difahamkan air
kolah dijadikan pilihan kerana air tadi dekat dengan laungan azan dan selalu
didengarkan bacaan Al-Quran. Kerap diperdengarkan dengan majlis Ilmu dan
zikir. Itu aje ..bukan sebab ade kuasa mistik lain.

Konsepnya same dengan air dlm gelas dan dibacakan doa padanya. Cume
air kolah ni sudah sedia dikenakan bacaan. Di 'kuat'kan lagi dengan bacaan
doa perawat bermohon pada Allah sebarang hajat ..contohnya kesembuhan
penyakit.

maklumat lanjut ..leh tanya en.google (http://www.google.com.my/search?hl=en&q=clustered+water&btnG=Google+Search&meta=)

sekadar perkongsian.


.

PenditaGila
26-11-08, 07:41 AM
Tambah sket,
Pandangan halus/ghaib boleh disokong 3 pekara.
1. Keilmuan - atas apa yang telah dipelajari, latihan dan pengalaman
2. Ilham/petunjuk - pemberian dr Allah keatas sesiapa yang dikehendaki
3. Dampingan

Keilmuan tidak mengukur kesahihan pandangan halus seseorang melainkan jalan yang haq. Bagi orang awam memandang seperti kata pandangan halus/ghaib itu kebanyakannya meleset mengikut dalam pengalaman. Di nusantara keilmuan bersertakan dampingan berleluasa dikalangan masyarakatnya yang inginkan kelebihan dengan cara cepat.