PDA

View Full Version : skim pencen VS skim KWSP



Pu3ku
28-11-08, 11:40 AM
Nak tanya ape beza skim pencen n skim KWSP.....

Antara dua nie mana lbh baik n untung utk kakitangan kerajaan yg telah diberi pilihan utk memilih antara dua skim nie?

p/s: btl ke aku post kat sini...sbb nie kira mcm isu semasa gak....
tp kalau salah minta jasa baik mod utk alihkan..tq..

Lang
28-11-08, 12:04 PM
Salah bilik kot. Elok letak kat thread bincang2.

Aku pun keje gomen. Rasanye elok ambik pencen. Banyak kelebihan pencen nie. Contohnye dari segi kemudahan perubataan dan pinjamaan etc.

Kalau ambik kwsp lepas pencen dah takde kesitimewaan sebagai penjawat awam. Tapi kalau suami/isteri keje gomen salah sorang pilih la kwsp. Lepas pencen leh la buat biznes ke ape.

Yatie
28-11-08, 05:54 PM
better amik pencen..coz byk keistimewaanyer....kalo kwsp memang byk dpt lepas pencen tapi kali x pandai nk bahagi2 kan duit tu last2 abis gak...sbb tu la orang tua2 kata bile dh besar nanti keja gomen..cerah masa depan :)

zueazza
29-11-08, 02:13 AM
setuju dgn Lang....better amik skim pencen :)

morpheuzneo
29-11-08, 07:58 AM
er..

kalo ikutkan.. kwsp lagi banyak pulangan nya.! kalo pandai manage simpanan tu.. !

pencen pun.. bukan selamanya banyak! berapa aje sebulan..! tapi cukup ler.. utk makan hari tua..

kwsp.. kalau rajin manage duit tu masuk unit trust.., boleh dapat simpanan lebih utk hari tua..

Adakah anda tahu kadar dividen EPF sejak 1983? sila lihat di bawah :

Tahun - Dividen

2007 5.8
2006 5.15
2005 5
2004 4.75
2003 4.5
2002 4.25
2001 5
2000 6
1999 6.84
1998 6.7
1997 6.7
1996 7.7
1995 7.5
1988 - 1994 8
1983 - 1987 8.5


cuba lihat kadarnya.. makin menurun kan? walaupun fund nya makin besar.. dan kadar pulangan ASM dan ASW 2020 masih kekal pada 7 - 8..

Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) Dividend Rate Since year 1999

Year Dividend

2008 - 7.00
2007 - 8.00
2006 - 6.80
2005 - 7.10
2004 - 7.00
2003 - 6.60
2002 - 7.25
2001 - 7.25
2000 - 8.80
1999 - 10.20

Amanah Saham Malaysia (ASM) Dividend Rate Since year 2001


Year Dividend

2008 - 7.80
2007 - 6.80
2006 - 6.75
2005 - 7.20
2004 - 7.00
2003 - 6.60
2002 - 7.00
2001 - 7.80

aku tak tau ada tak skim di epf yg bolehkan kita keluar duit epf utk invest dekat asw2020 atau asm ni.! sebab pulangan nya.. memang stabil.! sapa yg manage duit kt ASM tu.. sangatlah bagus.. dan konsisten.

cyberalam
29-11-08, 08:40 AM
duit epf memang bleh kuar utk dilaburkan di asw2020.. kira dibawah pnb ni.. hanya asw2020 sahaja yg bleh guna epf.

----------
http://cyberalam.blogspot.com

kampung_girl
29-11-08, 10:18 AM
kalo aku baik amik kwsp.
dah pencen dapat skaligus 4 buat bisnes atau pe2 di hari tua.
tambah2 plak bagi mereka yg tak pasti lagi nak stay lama mana dm gomen macam aku ni.
bila dpt better offer dr swasta, aku blah je.
takyah pening2 pikirkan skim pencen yg aku dah pilih.

lgpon,kalo ade emegency, ble amik skit dari kwsp,
kalo pencen, tungggu le pencen dulu baru merasa.

ntah2 tak sempat merasa...
hdup ni singkat..hu hu

morpheuzneo
29-11-08, 12:36 PM
ada bijak jugak kampung girl tulis kt atas tu..!

kalau tak pasti nk keje lama ke tak dgn gomen.. baik amik kwsp aje..

dia takleh amik 2-2 ke? hehhe.. tamak..

tapi walau pun amik kwsp, semua gomen pun benefit lain pun dapat kan?

:)

tetikus
29-11-08, 02:48 PM
tapi walau pun amik kwsp, semua gomen pun benefit lain pun dapat kan?

:)

benefit lain tk dpt..

lps habis servis, kira terputus semua benefit kalo amik option EPF.

kalo suami isteri kerja gov, sorang amik kwsp, sorang amik epf, masih selamat lagi, sbb masih cover lagi benefit2.

morpheuzneo
29-11-08, 05:31 PM
kalo suami isteri kerja gov, sorang amik kwsp, sorang amik epf, masih selamat lagi, sbb masih cover lagi benefit2.

er.. kalo sorang amik kwsp.., sorang amik epf., somo ajo raso den.... :apelah:

ke tak sama? hmmm.... kene fikir jap.. ! aku rasa tetikus ni nakal ni.. kasi orang konfius..! sorang amik pensyen kot? :hoho:

ekod
29-11-08, 09:14 PM
gaji kecik amikla pencen...ada kemudahan kesihatan free lps retired

gaji besau amik lah epf

pablo_the_don
29-11-08, 09:18 PM
kalo suami isteri kerja gov, sorang amik kwsp, sorang amik epf, masih selamat lagi, sbb masih cover lagi benefit2.

EPF = kwsp
lain ke?
mc2 la kau ni:p

Lang
29-11-08, 11:57 PM
Sapa yang nak ambik skim pencen tue, korangnye kwsp akan close. Korang akan dapat duit korang balek, tak ingat berapo %, tapi agak banyak beb lepas la kalau nak buat kenduri kawen :p

Duit tue nnt jangan la bazir simpan la dalam asb or tabung haji or invest la kat mana2.

tetikus
30-11-08, 01:31 PM
er.. kalo sorang amik kwsp.., sorang amik epf., somo ajo raso den.... :apelah:

ke tak sama? hmmm.... kene fikir jap.. ! aku rasa tetikus ni nakal ni.. kasi orang konfius..! sorang amik pensyen kot? :hoho:

sori..sori..tk nak buat korang confuse..tersilap...sorang EPF sorang pencen..

typo error..maaf:tolongla:

ok senario nya camni, katakan aku dan isteri dua2 kerja dgn gov.., then decide aku nak ambil skim EPF, manakala isteri pulak, ambil skim pencen..

bila dah pencen, aku akan dpt duit EPF la mcm biasa..option ni sama je mcm org kerja swasta..dan bila je pencen, terputus la benefit2 sbbnya, aku ambil skim EPF..termasuklah kemudahan medical (ni paling penting)..

tapi oleh kerana isteri aku ambil pencen, ianya telah cover suami, anak2 lah dlm skim tersebut... so inilah yg aku maksudkan selamat..

maaf kawan2 tk perasan ada typo error...



EPF = kwsp
lain ke?
mc2 la kau ni:p

tk perasan tersilap tulis bang...:D maaf eh..


Sapa yang nak ambik skim pencen tue, korangnye kwsp akan close. Korang akan dapat duit korang balek, tak ingat berapo %, tapi agak banyak beb lepas la kalau nak buat kenduri kawen :p

Duit tue nnt jangan la bazir simpan la dalam asb or tabung haji or invest la kat mana2.

since ramai kat tmpt aku ni before ni kerja dgn swasta dan masuk ke gov, EPF diaorg ada dekat 50k-100K.. so bila diaorg close account, mmg ramai yg joli sakan..

ada yg buat rumah, bisness, buat settlement hutang..


EPF dgn pencen ada pro n cons..tp pencen paling byk kebaikan la..

antaranya, medical, anak2 punya future in case something happen to us.

spider
01-12-08, 11:51 AM
Sapa yang nak ambik skim pencen tue, korangnye kwsp akan close. Korang akan dapat duit korang balek, tak ingat berapo %, tapi agak banyak beb lepas la kalau nak buat kenduri kawen :p

Duit tue nnt jangan la bazir simpan la dalam asb or tabung haji or invest la kat mana2.

kalau amik skim pencen tak semestinya duit kat KWSP automatik tutup,
cuma majikan jer tak kasi caruman dan duit tak bertambah dalam tu sbb gaji
kita dah tak potong kwsp. :) kalau rasa nak biar dalam tu, biar jerla tapi
kalau akula baik aku amik dah letak dalam unit trust atau beli rumah ...
rasanya baki yg ada dalam kwsp anggaran dalam 45% jumlah yg sebelum tu,
tu pun kalau kita keje awal2 terus ngan gomen tapi kalau keje kat swasta
sebelum tu korang akan dapat balik full duit swasta tu. :D katakan masa
keje swasta korang ada 20K dalam kwsp pastu bila keje gomen jumlah ada
dalam 50K ... yg 20K tu korang dapat full+ 45% dari 30K ... :D

apa2pun aku amik skim pencen kot, musykil plak naper bleh tukar dari
kwsp ke pencen skang ... dah tepu ke? :D

ggbiyu57
01-12-08, 02:57 PM
.aku rasa elok ambil skim pencen.....nanti ada gak duit....nak guna...bila tua...sebab kalu boh kat kwsp..tu..aku kureng yakin...laa..

Lang
01-12-08, 03:03 PM
kalau amik skim pencen tak semestinya duit kat KWSP automatik tutup,
cuma majikan jer tak kasi caruman dan duit tak bertambah dalam tu sbb gaji
kita dah tak potong kwsp. :) kalau rasa nak biar dalam tu, biar jerla tapi
kalau akula baik aku amik dah letak dalam unit trust atau beli rumah ...
rasanya baki yg ada dalam kwsp anggaran dalam 45% jumlah yg sebelum tu,
tu pun kalau kita keje awal2 terus ngan gomen tapi kalau keje kat swasta
sebelum tu korang akan dapat balik full duit swasta tu. :D katakan masa
keje swasta korang ada 20K dalam kwsp pastu bila keje gomen jumlah ada
dalam 50K ... yg 20K tu korang dapat full+ 45% dari 30K ... :D

apa2pun aku amik skim pencen kot, musykil plak naper bleh tukar dari
kwsp ke pencen skang ... dah tepu ke? :D

mekasih betulkan.

yerla korang takyah la tutup lepas ambik skim pencen biar lam tue kasi die beranak pinak :p

balakblues®
01-12-08, 03:32 PM
uik..sape amik skim pencen pun pada aku ada untungnya.yes tak banyak as amik KWSP tapi ingat tetiap bulan selama mana kita bekerja selagi tu la kita dicarumkan pendapatan if choose sistem pencen. other side its very good sebab itulah ultimate saving yang kita takleh kaco.

if kita amik skim pencen.let say sorang hamba Allah ni keroje dengan gomen sejak lepas degree (cth 25 tahun) so keje keje keje sampai pencen 56 tahun

jumlah tahun dia kerja ngan gomen = 31 tahun.
kiraan dalam bulan = 31 x 12 = 372 bulan

benefit yang dapat sejurus seseorang tu pencen dengan pilihan sendiri :

1) PENCEN = 1/600 x Jumlah Bulan Berkhidmat x Gaji Akhir
2) GANJARAN PERKHIDMATAN = 1.5/20 x Jumlah Bulan Berkhidmat x Gaji Akhir
3) Gantian Cuti = Gaji akhir x 4 (jumlah bulan maksima cuti boleh dibawa)

plus
4) as soon as dia dah tak dicarumkan (sebab pilih opsyen pencen) dia leh kuarkan kesemua duit KWSP dia yang dah terkumpul (this time itu olang suda beli rumah atau renovate umah)
5) no more caruman maa (after 3 tahun berkhidmat andai telah disahkan jawatan)

cuba kita kira ramai2 kes 1,2 & 3 tadi.

andaikan gaji akhir dia (degree entry)= 5000 GAJI AKHIR

1) PENCEN = 1/600 x 372 x 5000 = rm3100 (tapi yang dia dapat hanya lah 2500 since pekeliling ada cakap max pencen ni adalah separuh dari Gaji Akhir.so sepanjang2 dia dok tido kueh kueh2 sampai dia mati tu la pencen dia dapat..benefit ospital pun tak putus lagi meh...kalo dia mati bini dia plak sambung..kalo dia kawin awek muda..bini muda dia tu plak sambung sampai bini muda tu kawin lain atau meninggal eksiden(hehe)

2) GANJARAN PERKHIDMATAN = 1.5/20 X 372 X 5000 = rm139,500.00.
dah leh wat tambang p aji neh..tak pun perbesaukan lagi umah..or tambah umah baru or tambah bini baru.

3) GANTIAN CUTI = 5000 x 4 = 20 000 (banyak gak ni meh)

pendek kata pilih la skim pencen...hehehehehehehehe

spider
01-12-08, 03:37 PM
kesimpulan daripada balak macam galakkan orang perempuan kawin dgn orang yg dah
pencen yg amik skim pencen sbb nanti blehla warisi pencen tu selagi tak kawin lain :D
tapi ada tapinya carila yg gaji minimum paling kurang 10K ...pencen 5k tu ...:p

Lang
01-12-08, 03:59 PM
Ekekeke aku suke idea balak tue cari bini mude...Tapi end gajie kene RM5k and above la :p

Ambik pencen lagi untung sebenarnya. Masa mula2 join pencen dah leh draw duit dari simpanan kwsp korang. Duit nie pandai2 la manage banyak wei...

Etc takde dah 11% potongan kwsp dari gajie korang duit nie pun byk gak wei. Pandai2 la juga manage.

Di hari tua sudah pasti ada duit punya. Dari bayaran perkhidmatan, bayaran cuti ganti dan duit pencen yang memang dpt punyer. Campur sume leh cecah ribu ringgit gak lepas g hajie dan buat misness.

Sadly aku takut jadi kes sesetengah orang kat opis aku kene tipu duit kwsp sian. Total lost duit ranap. Lepas pencen dah la takde income duit kene tipu. Nak makan ape...
Pastu sakit pulak...bertambah-tambah malang...kalau ada pencen boleh la jugak gov support.

spider
01-12-08, 04:05 PM
kalau yg amik kwsp tu, disarankan amik insuran sebagai protection bila sakit2 masa
kat2 tua.

balakblues®
01-12-08, 04:22 PM
arg!! peyoh ni ade je kat mana2 aku ade.. tensen :bengang:

morpheuzneo
05-01-09, 11:11 PM
hari ni.. kalau ada sesapa baca utusan.., wakil kerajaan mengesan trend di kalangan anggota polis yg rata2 memilih utk skim epf berbanding pencen!

kata wakil kerajaan yg membuat kaji selidik kepada peratusan kaki tangan kerajaan yg memilih skim pencen vs epf.. - mereka membuat kesimpulan peratusan tinggi anggota polis dan anggota beruniform lain memilih skim epf adalah kerana - mereka bimbang jika mereka di sabitkan kesalahan semasa bertugas.. (di buang kerja kerana kes2 salah laku - rasuah, jenayah, berhenti begitu saja.. ) - mereka tetap akan dapat wang pencen mereka di epf.. berbanding dgn skim pencen kerajaan yg mengikat anggota2 beruniform ni utk terus bekerja dgn kerajaan sehingga usia pencen!

pada pendapat kerajaan - anggota2 polis yg memilih skim epf sebenarnya tidak ikhlas bertugas.. dan membuat niat utk melakukan salah laku sepanjang tugas..! jadi mereka tahu jika jadi apa2.. kerajaan tidak boleh usik pun duit epf tu melainkan mereka sendiri saja..!

kalau pencen kerajaan - bila kena buang kerja.. atau di sabitkan dgn apa2 kesalahan kerja.. dan jenayah - pencen mereka akan hilang begitu saja!

hahaha.. bila dah ramai sangat anggota pilih epf pun jadi satu isu pula ya? mereka mulanya agak bingung dgn isu ni. itu sebab satu kaji selidik di buat..!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
pendapat aku pula - kalau aku jadi polis pun.., memang aku akan pilih epf lah! sebab aku tak tau apa akan jadi pada karier aku..! mana tau kene penaya ke.. kena buang keje sebab fitnah ke.. atau memang 'terambil' rasuah ke.. memang tua bodo aje lah kan.. kalau pilih skim pencen kerajaan.! tapi kalau epf.. apa2 jadi pun .. duit tu mmg duit aku sorang aje! hanya aku dan penama aku saja boleh keluarkan!

bijak.. bijak.. polis kita!

ekzos_pipe
06-01-09, 08:34 AM
safe mode, kekadang kalau kita tak main rasuah, kita tolak je go straigh, org lain croocked tuh bengang, org sesapa saja la bengang penaya kita, lani pulak sibuk kempen anti rasuah, kambing2 hitam kelas bawahan memang sedang dicari utk dijadikan mangsa aqiqah or korban.. mangsa2 besar tarap menteri2 or menteri2 di jabatan perdana menteri, tak leh sebab daging liat.

2009
06-01-09, 09:34 AM
Bukan pasal daging liat laa... Geng polisi dan BPR tak berani nak sentuh orang politik yang besar-besar nih... Diorang selalu ingat who is the paymaster... Padahal diorang lupa paymaster yang sebenar ialah rakyat...

Bagus la diorang ambik epf... At least ada otak la sikit, tak leh nampak bodoh sangat pasal selama ni asyik kena guna dek politician. Kesian, kerjaya diorang ni dah jadi cam kerjaya yang sinonim ngan rasuah plak... :sengih:


2009

ekzos_pipe
06-01-09, 10:56 AM
saya tak salahkan depa totally, saya salahkan yg jadi ketua/pemimpin yg dapat amanah utk memimpin tapi mengajar depa benda2 korup mcm ni.. inilah hantunya yg sebenar.

anyway setahu saya, gomen ni pun, kalau amik skim kwsp, habis service, depa akan dpt gratuiti duit sekelepuk jugak la tapi based on berapa tahun servis dan perkiraan gred jawatan.

satu lagi kekadan org nak amik kwsp ni even gomen sebab, kalau pencen, habis service je takat dapat gaji separuh je, duit sekelepuk ada pun sikit je yg grautuiti, so umo pun bukan lama, bila lagi nak buat rumah bungalow ke, pegi haji ke.. tuh yg ada pilih kwsp, ble keluarkan puluh2 ribu, pastu baki, ble arahkan kwsp mcm keluarkan bulan2 mcm gaji.. cuma takde benefit perubatan kerajaan je la...

strato
06-01-09, 01:06 PM
kalau tak silap kawan duit saguhati kerajaan yg diterima selepas pencen tu besar gak, bergantung kepada berapa ratus bulan kita berkhidmat dengan gomen,lepas tu ada kiraan bilangan hari cuti yg kita tak gunakan ditukarkan kepada bentuk wang maksimum5 bulan/150 hari....cukup lah duit tu + pencen tiap2 bulan,masa tu sekurang2nya duit ansuran rumah pun dah langsai... nak belanja byk pun utk apa lagi...ada tak ada pun tanggung anak2 yg masih tak habis study....kalau masih ada kudrat masa tu lah nak pergi haji + tambah amal ibadat yang sebelum ni tak byk mana coz dok sibuk dgn kerja je... pandangan kawan aje ni...

DatukM
06-01-09, 04:22 PM
kalo amek epf, lepas pencen nanti keistimewaan2 staf gomen akan terputus
anak2, istri2, n keluarga terdekat jugak xkn dapat
contoh: xdapat lagi perubatan percuma kat spital kerajaan (tanpa amek kira sikap skeptical pd spital gomen. but hey, we have a choice rite?)
benefit kesihatan ni aku rase benefit paling besar
sbb da tua macam2 penyakit bole muncul
walopn gaji besar, duit riban2, tp bila sakit sume tak dihiraukan

selain dari tu, benefit2 boleh diwarisi

macam bapak mentua aku baru pencen bulan 11 tahun lepas dpt sedepuk hampir2 6 angka gakla - after 25 years service (sokongan, not PnP)
kalo PnP (pengurusan n profesional) lagi banyakla

papehal pon tepuk dada tanya selera
masing2 ada pros n cons (ikot pandangan masing2)

orgpantaitimur
11-01-09, 04:47 AM
bagi aku,due2 skin tu ade pro and cont..
kalu gaji besar dan pandai uruskan duit tu,mungkin boleh ambik kwsp..
tp kalu takut2,ambil jer pencen...

mcm aku,aku xtau lagi nak kerje sampai tue bangka ke..hehe..aku ingat nak bukak bisnes bila umur dlm 40-an..

husain7800
20-01-09, 12:40 PM
aku pun sedang consider ni ... tp kalau duit yg kita saving drp masuk ke KWSP tu kita labur kat tempat lain memang lebih untung

aspire4920G
21-02-09, 12:22 PM
kalau ikut kajian, lepas keluar duit kwsp ni 2 ke 3 tahun, habis dah...semua penangan dapat duit banyak dan kurang pengetahuan merancang kewangan selain desakan anak-anak untuk menjadikan orang tua sebagai ALONG tanpa faedah. Dalam wesite EPF ada juga pilihan untuk bayaran secara bulanan sekiranya taknak bayar scr lump sum. Apa2 pun pilihan ditangan kita terutamanya untuk kwn saya yang kerja swasta...kadang2 company pun tak bayar epf tapi potong dalam slip gaji...makan duit haram je majikan depa ni. dunia dunia.

fms
04-03-09, 11:39 AM
duit epf memang bleh kuar utk dilaburkan di asw2020.. kira dibawah pnb ni.. hanya asw2020 sahaja yg bleh guna epf.

----------
http://cyberalam.blogspot.com

ASB xleh ke??

aspire4920G
09-03-09, 10:45 PM
ASB xleh ke??

rasanya tak boleh. Yang boleh ASD, ASM dan ASN. kalau ASB boleh, seronok wooo.:sengih:

cikfen
27-03-09, 02:54 PM
Isu yang menarik untuk diperbincangkan...

rizal
17-04-09, 12:35 PM
berapa peratus yg boleh dikeluarkan sekiranya masukkan duit epf ke dlm asw?

tun_teja
17-04-09, 01:14 PM
20 % daripada lebihan minimum balance dalam account 1..

minimum balance account 1 is rm12K..

so cth: account 1 ada rm20K..calculation dia:

(20,000 - 12,000) * 20% = rm1600 sahaja yg boleh dikeluarkan..

btol ke?? :D

morpheuzneo
18-04-09, 07:25 AM
20 % daripada lebihan minimum balance dalam account 1..

minimum balance account 1 is rm12K..

so cth: account 1 ada rm20K..calculation dia:

(20,000 - 12,000) * 20% = rm1600 sahaja yg boleh dikeluarkan..

btol ke?? :D

sekarang ada tambah utk umur..

sila lihat jadual umur di bawah :

http://1.bp.blogspot.com/_MGfJNDdrz20/SDFGQX80S3I/AAAAAAAAAGk/BgxeOaVxabc/s400/EPF+saving+table.JPG

lihat contoh pengiraan di bawah :

http://3.bp.blogspot.com/_MGfJNDdrz20/SDFGl380S4I/AAAAAAAAAGs/TpYqEixZSEs/s400/EPF+withdrawal+calculation.JPG

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku sendiri dah 3-4 kali keluarkan wang aku utk invest ke unit trust. Kalau korang nak keluar epf utk invest ke unit trust - sekarang lah masanya.

baca artikel di bawah :




Don’t rely on your EPF

Many Malaysians believe their retirement can be funded by their Employee Provident Funds (EPF) savings. This is unrealistic. By relying solely on your EPF savings, you underestimate the amount needed to retire and overestimate how much you can withdraw once retired.

Malaysia’s pension scheme is meant to provide contributors with the basic necessities. Unless you plan to make drastic lifestyle changes after you retire, there is a big chance of exhausting all your funds in just a few years, with escalating living costs and increased longevity.

Living on a quarter of your income
The amount that we have in our respective EPF accounts depends on how much we make. For salaried employees, the mandatory contribution rate to the country’s pension fund is 23% of the employee’s monthly salary; 12% is contributed by the employer and the rest is deducted from the individual’s pay. At age 55, contributors can opt to take the sum along with annual EPF dividends declared to finance the rest of their life. Any withdrawals made before this age, such as to buy a property or pay for medical and educational expenses, will reduce the amount that you receive at retirement age.

All things being equal, with a monthly contribution of 23%, those relaying solely on EPF funds for their retirement will have to live on slightly less than a quarter of their current income every month. Is it possible to live frugally on this sum?
Even EPF officials have consistently highlighted the need for contributors to supplement their retirement funds with other sources of income. According to Deputy Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadiah, the average Malaysian will have approximately RM120,000 in their EPF account at the age of 55. This amount provides the retiree with RM500 a month to live on for 20 years. While it can be argued that this meagre sum can be stretched to provide for basic necessities (families earning this amount are classified “hardcore poor” and are eligible for government aid), it is not sufficient to provide for those that live beyond the age of 75.

Inflation Surpasses Returns

Inflation is another reason why you should not depend solely on your EPF funds for your retirement.

Inflation pushes up the cost of living. At the very core, inflation means we have to pay more for the same amount (and quality) of goods and services consumed. It eats away the value of your EPF funds. For example, a yearly 5% dividend declared by EPF translates to a real return of 1% if inflation for that particular year averages out at 4%.

As shown in Table 1, the EPF’s annual dividends have been just slightly more than the country’s inflation rate, which is measured by the consumer price index (CPI).


Table 1: EPF and CPI

..............EPF........CPI
2005......5.00% |..3.1%
2006......5.15% |..3.6%
2007......5.80% |..2.0%
2008......4.50% |..5.7%


*Bank Negara’s estimate
Source: EPF and Bank Negara

However, one criticism of the CPI is that it does not reflect the actual consumption patterns of different regions and different income groups. This is could be due to controlled prices for a generic brand of several items in the CPI’s basket of goods and services, including cooking oil, white bread and rice. Controlled prices do not reflect actual market prices paid by the majority of Malaysians, especially those living in cities.

Revisions to the CPI basket are also infrequent - the last revision was in 2005. Recognising these shortcomings, the government reportedly reassessed the composition of the CPI and is considering publishing separate inflation rates for urban and rural areas.

CPI is also a poor reflection of inflation experienced by individuals. In June 2008, the CPI jumped to a 26-year high of 7.7%. However, in reality, most people experience a jump in prices which exceed 7.7%. It is more likely that the good and services purchased, especially in the urban areas, reflect the 40% increase in fuel prices and the 18% increase in electricity tariffs.

As more and more producers start passing down rising transportation cost to consumers, we believe inflation will continue at higher levels for some time. This will eat into the value your EPF savings, especially if annual returns declared for this year do not surpass 5.7%, the estimated inflation rate for 2008.

What Can Be Done?
The first step is to stop depending on the EPF. Take responsibility for your retirement and invest with a clear goal in mind. The objective is to invest in assets such as equities that have historically been able to provide inflation-beating returns.

To get started, here are some tips:
1. Invest now.
The sooner you start investing, the sooner you start building your wealth. Take a long-term view and invest small sums over a long period.

2. Take a look at how much you will need to retire.
This is, at best, a guesstimate of the expenses that you will incur when retired. Aim for a higher percentage of your current income, for example 65% to 80% of what you are earning now to sustain the same lifestyle once you stop earning.

3. Diversify.
This can be easily done with unit trust funds. It is possible to invest your EPF funds in approved local funds but your selected investments must make better returns than EPF’s annual dividends. However you still need to diversify your portfolio with different asset classes and geographical coverage.

4. No matter what happens – whether the market falls or climbs - always keep retirement as a financial goal and stay invested.


Kesimpulannya - kalau korang rasa korang bleh manage duit epf korang dgn lebih bijak daripada epf.. maka stay lah dgn epf.

Tapi kalau rasa malas nk manage duit.. dan nak ada duit poket di tangan dalam bentuk wang pencen tiap2 bulan.. maka pilihlah sistem pencen..

aku masih ingat Arwah Opah aku.. yg kematian suami masa aku kecik2 lagi, tapi dapat duit pencen.. aku selalu ikut opah aku pegi maybank Chow kit utk teman dia keluarkan wang pencen.! walau tak sebanyak mana.. mmg itu lah wang utk kami satu keluarga dgn cucu2 dia.. utk perbelanjaaan bulan tu.

jadi? epf ke pencen? aku epf laa..

cikfen
21-04-09, 11:09 AM
sekarang ada tambah utk umur..

sila lihat jadual umur di bawah :

http://1.bp.blogspot.com/_MGfJNDdrz20/SDFGQX80S3I/AAAAAAAAAGk/BgxeOaVxabc/s400/EPF+saving+table.JPG

lihat contoh pengiraan di bawah :

http://3.bp.blogspot.com/_MGfJNDdrz20/SDFGl380S4I/AAAAAAAAAGs/TpYqEixZSEs/s400/EPF+withdrawal+calculation.JPG

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

aku sendiri dah 3-4 kali keluarkan wang aku utk invest ke unit trust. Kalau korang nak keluar epf utk invest ke unit trust - sekarang lah masanya.

baca artikel di bawah :



Kesimpulannya - kalau korang rasa korang bleh manage duit epf korang dgn lebih bijak daripada epf.. maka stay lah dgn epf.

Tapi kalau rasa malas nk manage duit.. dan nak ada duit poket di tangan dalam bentuk wang pencen tiap2 bulan.. maka pilihlah sistem pencen..

aku masih ingat Arwah Opah aku.. yg kematian suami masa aku kecik2 lagi, tapi dapat duit pencen.. aku selalu ikut opah aku pegi maybank Chow kit utk teman dia keluarkan wang pencen.! walau tak sebanyak mana.. mmg itu lah wang utk kami satu keluarga dgn cucu2 dia.. utk perbelanjaaan bulan tu.

jadi? epf ke pencen? aku epf laa..

Artikel nie bagus ler. Thanks morpheuzneo!