PDA

View Full Version : OUM Student Tak Di Iktiraf Di Kerajaan

KdE
04-12-08, 12:31 AM
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya bukak thread ini adalah hanya untuk membincangkan kenapa "Graduate dari Universiti Terbuka" tidak diiktiraf walaupun tidak keluar dalam akhbar.
Saya adalah salah seorang dari beribu pelajar OUM. Malah sahabat saya juga penuntut di OUM. Ada beberapa kawan saya yang penah di temuduga semasa memohon jawatan di dalam kerajaan di perlekehkan oleh para panel dari JPA kerana depa kata graduate OUM ini tidak mengikuti satu standard dari Universiti tempatan dan kalau di bandingkan dengan pemahaman dari U lain kira OUM di paling bawah standard dia. Kenapa ini berlaku???

Nak diikutkan kalau ikut standard teori @ practical saya rasa para graduate dari OUM ini lebih hebat kerana mereka ini penuh dengan pengalam dari segi practically.

Jadi apa komen korang semua??
mj_xr:meleleh:

ggbiyu57
04-12-08, 08:36 AM
..aku pernah dengar pasal nie...tapi paada aku.....sepatutnya tiada masalah utk OUM graduate..dapatkan kerja. sebab setahu aku kebanyakkan mereka yg memang dah bekerja dan ambil kelas tu cara part time. rasanya pihak berkenaan patut beri penjelasan supaya...ia tidak merugikan pihak berkaitan

ChEf_N|3aM
04-12-08, 09:18 AM
bukan ke OUM nie PJJ dari semua IPTA seluruh malaysia... kalau x iktiraf memang x patut laaa... sebab orang2 kuat OUM pon dari kalangan IPTA jugak...

SoulShadow
04-12-08, 09:21 AM
rase nye yang sambung dari u lain ambik pjj kat oum x de masalah...mungkin yg pure oum kot ade masalah.. tapi kursus tu kalau lan iktiraf patut takde masalah...entahla...

Neo5
04-12-08, 09:22 AM
Ni bukan isu baru malah ada program2 diploma & degree dlm IPTA sendiri ada yg x diiktiraf.

sharuzzaman
04-12-08, 10:35 AM
pegi contact JPA dan mintak senarai universiti dan degree yang diiktiraf kerajaan.

kalau OUM tu tak diiktiraf, tanya apa sebabnya

mnajem
04-12-08, 10:49 AM
ye ke.
kawan aku cikgu sekolah under ministry hantar pi sambung degree kat OUM.

pelik, ni macam kes IKRAM dulu

husain7800
04-12-08, 11:10 AM
rasanya degree IT je yg diiktiraf

Lang
04-12-08, 11:26 AM
Check dulu la. Yang mana ada LAN aku rasa takde masalah. Cume yang takde LAN yang kasi problem.

teruteru_bozu
04-12-08, 11:51 AM
bukan ke OUM nie PJJ dari semua IPTA seluruh malaysia... kalau x iktiraf memang x patut laaa... sebab orang2 kuat OUM pon dari kalangan IPTA jugak...

ini yg aku dgr gak...betul ke?

ramai kawan2 aku...staff gomen further kt OUM sbb katanya iktiraf.

apa citer ni?

MUfanz
04-12-08, 11:58 AM
OUM ni half2 ke..?
bukan sepenuhnya private kan.

kalo staff gomen disuruh sambung sana
mustahil plak tak diiktiraf

mariahitam
04-12-08, 01:57 PM
tulah..ramai cikgu cikgu yang sambung belajar kat sini...sepatutnya x jd masalah...

Lang
04-12-08, 02:38 PM
Kawan baek aku pun belajar sini. Dak2 opis aku pun ramai gak yang sambung sini.

Berita camnie kene ade proof lemah semangat den dengar tibe2 tak di iktiraf pulak.

sawi
04-12-08, 02:45 PM
aku rasa dlm kes ni pegawai JPA tu yg takde pengiktirafan@takde standard sbb perlekehkan org lain :D

rons
04-12-08, 09:52 PM
Kat bawah ni kursus2 yg telah diiktiraf oleh JPA sendiri. Kalau bak kata diorg OUM tak ikut standard apasal diaorg bagi pengiktirafan. Susah sgt kau pakat ramai2 bawak hal ni masuk TV3, atau kalau berani gi saman JPA dan kerajaan, sbb dah ada bukti kukuh

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA (OUM) - JPA recognition

Diploma Pengurusan
Diploma Pengurusan (A1090)
Diploma Teknologi Maklumat (A 0707)
Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Multimedia dengan Kepujian (A0995)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Awam) (A 1071)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) (A 1070)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kejuruteraan Mekanik) (A 1069)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) dengan Kepujian (A 1067)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains) dengan Kepujian (A 1068)
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (TESL) dengan Kepujian (A 1072)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) (A0708)
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) (A7470)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) (A0710)
Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan Dengan Kepujian (A8369)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) (A0709)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat (Kepujian) (A7468)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Pengurusan (Kepujian) (A0711)
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dan Pengurusan (Kepujian) (A8795)
Sarjana Pengurusan (A1271)
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (A1273)
Sarjana Sains Alam Sekitar (Pengurusan Sumber Air Bersepadu) (A5481)
Sarjana Teknologi Maklumat (A 1272)

rons
04-12-08, 09:58 PM
aku rasa dlm kes ni pegawai JPA tu yg takde pengiktirafan@takde standard sbb perlekehkan org lain :D

Diorg tu mmg selalu pandang ipts tu hanya second class, walhal dia sendiri hanya standard 3rd class. Diorg tu mindset ketinggalan zaman 20 tahun kebelakang.

KdE
04-12-08, 10:14 PM
Diorg tu mmg selalu pandang ipts tu hanya second class, walhal dia sendiri hanya standard 3rd class. Diorg tu mindset ketinggalan zaman 20 tahun kebelakang.

Masalahnya kalau ikut silibus dari OUM compare dengan UKM bla..bla..bla
perghh memang lain sangat itu yang penah Pegawai JPA gred 50 keatas...bagi tahu then pegawai JPA tu sendiri bagi tahu kalau ....petikan "....kalau u nak sambung MASTER baik ambil kat Universiti local tp bukan dari OUM.

Pikir-pikir la sendiri:tolongla:

maz
04-12-08, 10:16 PM
aku ada check profail pegawai PTD kat jabatan aku
ada aku jumpe sorang pegawai grad OUM
ok la tuh... xda masalah lah OUM ni.. ok jerk..ok..

rons
04-12-08, 10:23 PM
aku ada check profail pegawai PTD kat jabatan aku
ada aku jumpe sorang pegawai grad OUM
ok la tuh... xda masalah lah OUM ni.. ok jerk..ok..

Masalahnya aku rasa dari Pegawai JPA yg cakap tu ikut sedap dia. OUM aku rasa takde masalah kot utk kerja dgn jabatan awam sbb dah dpt pengiktirafan. Pengiktirafan tu bermaksud degree2 tu adalah sama standard dan kualiti dgn universiti2 tempatan yg lain. So sepatunya tak timbul isu syillibus jauh berbeza ke tidak sbb diorg sendiri dah recognize.

maz
04-12-08, 10:45 PM
kadang panel temuduga ni bukannye cerdik gak
ada je arahan suruh dorang jadi panel...
dorang pun hentam pegi jela
outstation tuh.. boleh claim2 tuh.
sedangkan dorang sendiri tak faham
& tak alert lgsg dgn skop2 jawatan / kelayakan
jawatan yg di iklankan tuh..

mnajem
05-12-08, 08:15 AM
actually aku memang ada doubt pasal OUM sebab kawan aku yg takde background math pun boleh dapat degree in mathematics kat OUM... but then aku tak tau pasal syllabi dia so aku tak boleh komen la.. unless try buat sanity check sendiri pada student mereka.

salah sorang BDNer ni OUM part time lecturer.. cube tanye dia betui ke tak apa yg penanya isukan tu

matahari
05-12-08, 09:23 AM
Saya rasa kerajaan tak bole buat mcm tu..
kalu mcm tu baik semua org tak yah smbg study kan..
Saya rasa sbb benda ni jadi sbb ada student OUM tu sendiri yg menyebabkan OUM nie tak diiktiraf.

Ada yg takde inisiatif nak study..
sbb ada yg tak buat langsung lab...
ada tu siap copy lagi tanpa buat lab...
demonstator kena tegas...rasa bersalah mmg la ada
student tu fail sbb tak p lab n tak bole grad..
kalu nak ikut bole jer nak luluskan.. tp adil ker pada yg lain.
tak dinafikan ada yg mmg tau n perpengalaman..

kalu tak buat mcm nie... smpi bila2 pon student OUM tak kan dipandang tinggi..
saya rasa kerajaan tak bole buat mcm nie...dan takde sbb dia nak cakap tak diiktiraf.

SoulShadow
05-12-08, 09:59 AM
"....kawan saya yang penah di temuduga semasa memohon jawatan di dalam kerajaan di perlekehkan oleh para panel dari JPA kerana depa kata graduate OUM ini tidak mengikuti satu standard dari Universiti tempatan..."

bro camna dapat temuduga kalau x diiktiraf ???? ni mem ko yg problem ni...or kena trick soklan cepumas dah gigil kepala lutut..or ko yg kena trick ngan member ko....yg mana satu??

spider
05-12-08, 10:00 AM
actually aku memang ada doubt pasal OUM sebab kawan aku yg takde background math pun boleh dapat degree in mathematics kat OUM... but then aku tak tau pasal syllabi dia so aku tak boleh komen la.. unless try buat sanity check sendiri pada student mereka.

salah sorang BDNer ni OUM part time lecturer.. cube tanye dia betui ke tak apa yg penanya isukan tu

JPA mmg ada piawai dia utk kasi pengiktirafan utk Uni.2 ni... korang ingat
senang camtu jer nak kasi pengiktirafan, dia byk ambil kira lecturer camner,
kelayakan student camner, macamla orang takde basic fizik camner bleh amik
engineering sbb utk syarat amik engineering kena ada fizik ..tu contoh jerla.
Kalau nak kira keadaan dewan kuliah pun dia ambil kira, aku rasa geng2 yg
biasa kena akreditasi oleh LAN atau EAC tau camner susahnya nak dpt
akreditasi tu, kena prepare byk benda, susun file dan lain2. Letih wooo .
Kalau senang2 kasi camtu, bykla Uni. kat Malaysia nih dan nak dpt degree
pun senangla, takde bio bleh jadi doktor. ekekeke :D

apa2pun, better check kursus apa yg tak dpt pengiktirafan tu ... tak semesti
nya skang tak dpt next year pun tak dpt, kalau dah cukup syarat utk
dpt tu akan dapat punyer, uni. tula kena main peranan betul2. :)

MUfanz
05-12-08, 10:42 AM

nak kata susah tu aku ragu sikit laa...
sbb ada kolej yg takde stended langsung utk dpt LAN pada penilaian aku...
tp dgn mudah semua kos yg ditawarkan dpt pengiktirafan LAN..

kalau politik kuat..
benda2 mcm ni mudah je..

ada 1 kolej ni..
result SPM takde kredit langsung pun still boleh masuk
semua subject dlm BM

tu belum masuk facilities lagi..
dpt pengiktirafan kolej universiti plak lagi..

treec00l
05-12-08, 11:34 AM
"....kawan saya yang penah di temuduga semasa memohon jawatan di dalam kerajaan di perlekehkan oleh para panel dari JPA kerana depa kata graduate OUM ini tidak mengikuti satu standard dari Universiti tempatan..."

bro camna dapat temuduga kalau x diiktiraf ???? ni mem ko yg problem ni...or kena trick soklan cepumas dah gigil kepala lutut..or ko yg kena trick ngan member ko....yg mana satu??

aku pon agak bersetuju dgn ni.

kalo LAN dah iktiraf, lawan la smule. tp 3rd class mentality tu mmg sesuatu yg personal & relative;dan rasenye mmg rate2 setiap manusia ada sikap prejudis terhadap sesuatu.

squall_dx
05-12-08, 02:05 PM
pegawai yang interview tu punya personal view je. jangan di kesahkan sangat. mungkin sebab OUM tak segah university yang lain. plus, interview memang camtu, nak tengok kita ni glabah ke tidak.

apa2 pun terus mencuba. kekadang cari keje ni bukan 100% tengok kat result dan university dari mana.

morpheuzneo
05-12-08, 03:34 PM
apa cerita OUM tak di iktiraf pulak..?

kalau tak di iktiraf takde lah dia dapat LAN..

dan semua syllabus dia.. di buat oleh lecturer2 dari UKM/UM/UIA.. dan banyak universiti awam lain..

OUM ni di tubuhkan dari idea asal METEOR - pusat pendidikan jarak jauh bersepadu milik semua universiti awam (bukan swasta).

kalau OUM tak di iktiraf.. cam mana ada dapat ptptn?

dan.. lagi penting .. kalau oum tak di iktiraf .. apsal aku belajar situ? :D.. aku ada lah student OUM ler..! dulu aku dah belajar.. kat kolej lain.., tapi takde LAN.., rugi cam tu aje.. ! nak sambung master kt universiti swasta tak di terima.. tu pasal ler.. aku masuk OUM..!

ok apa kemudahan pelajaran kt OUM ni..! perpustakaan dia ok.! buku2 terbaru..!

kemudahan belajar pun ok.! cara pembelajaran online pun bagus! ada kuiz online lagi..!

periksa pun bukan kt merata-rata >> samada guna pusat peperiksaan UM, UIA atau UKM..

kecuali kalau student yg pelik2 sangat tu.. tak tau apa2... main nak grad cam tu aje.. mmg susah ler.!

ada kawan baik aku baru ni.. dah dapat sambung belajar kt UTP pun.. amik master petroleum engineering.

kalau tak di iktiraf mana dapat..!

ada 3 orang dari batch aku yg dapat PTD..! sorang kt jabatan perdana menteri.. , sorang kat wisma putra.. sorang lagi kt mosti rasanya..

hah.. ngarut lah tukang interview tu.

flamingo145
05-12-08, 03:42 PM
first time dengar OUM tak diiktiraf ni...

p/s : Bro Morp.. sihat dah? welkem back...:sengih:

rons
06-12-08, 01:47 AM
aaa memang terang dan jelas apa yg morpheuzneo cakap. so kesimpulannya memang salah interviewer tu sendiri sbb mempunyai mindset kelas ketiga (sbb hanya percaya kat institusi awam je) / prejudis dan patut di pencen kan lebih awal haha :P

KdE
06-12-08, 04:36 AM
[quote=morpheuzneo;2194751]apa cerita OUM tak di iktiraf pulak..?

kalau tak di iktiraf takde lah dia dapat LAN..

dan semua syllabus dia.. di buat oleh lecturer2 dari UKM/UM/UIA.. dan banyak universiti awam lain..

OUM ni di tubuhkan dari idea asal METEOR - pusat pendidikan jarak jauh bersepadu milik semua universiti awam (bukan swasta).

kalau OUM tak di iktiraf.. cam mana ada dapat ptptn?

Memang la OUM diiktiraf oleh LAN dan dari pinjaman PTPTPN masalahnya sekrang ni orang yang interviews meletakkan para student OUM di satu klass yang berbeza dibandingkan dengan IPTA/IPTS. Apa yang aku selidik depa meletakkan

1. Universiti Tempatan Yang Bagus Dari Segi Teori Dan Practical.
2. Politeknik / Sekolah Teknical Sebab Diaorang Ni Power Dari Segi Practical tetapi kurang dari segi teori.
3. OUM -> Terror tembak je, tapi suruh solve problem, atau bercerita pasal teori engine or whatever melalut....

Itu yang aku dapat info dari JPA interviewer....

Tapi yang bestnya kat tempat member aku jawatan dia Technical Support IT support (blaja IT) tapi tak tahu apa yang di blaja kat "U" kalau nak mintak tolong repair pc atau berkaitan dgn pc. Hancur!!! Apa macam kita fikirkan bersama

P/S Aku pon student sana, yang penting subject aku amik diitiraf oleh LAN itu jer, nasib baik bukan aku yang diinterview kalau tak, aku saman jer Kerajaan Malaysia tu.

rons
09-12-08, 07:46 PM
[quote=morpheuzneo;2194751]

Aku pon penah jumpa student degree (IT) tahun akhir UiTM tak tau nak pasang cable printer. So benda ni bagi aku bergantung kat individu tu sendiri. Student OUM ni sepatutnya lagi pandai berdikari utk explore ilmu2 baru, sbb OUM mmg stail dia belajar sendiri, study at ur own pace anytime anywhere.

MUfanz
09-12-08, 07:50 PM
IPT baru..biasa la..
org tak yakin nak ambik graduan dari univ yg baru setahun jagung...
mula la bg mcm2 alasan

Adreen
09-12-08, 08:59 PM
kalau graduate OUM nak mintak postgrad kat UM mmg mentah2 kene tolak hihi
siyes

rons
09-12-08, 09:19 PM
kalau graduate OUM nak mintak postgrad kat UM mmg mentah2 kene tolak hihi
siyes

Uik yeke. Ada bukti tak?. Kalau ikut logik, MQA/JPA dah iktiraf patut takde masalah nak sambung study kat IPTA

KdE
09-12-08, 10:02 PM
banggang punya kerajaan malaysia (jpa), blh ker define student oum macam tu, cuba la bagi problem atau teori., tengok macam mana troubleshoot mesti out of the box...blh beat aa ipta

dororo
10-12-08, 02:34 AM
aku rasa isu nih dah basi..apa ijazah yg kawan ko tuh amik KdE?

nak dapat LAN (atau sekarang MQA) pun nak kena tunggu 2 tahun, sekurang-kurangnya..pastu pulak, ada tamat tempoh..pe ntah lagi JPA, kawan aku lepas je aritu dengan JPA..tapi JPA bagi tempoh utk ijazah dia dalam 5 tahun..

yepp, hanya beberapa ijazah saja yang lepas..mgkin OUM tengah apply lagi, takpun JPA still pendingkan application diorang..

pasal OUM main tembak tuh, tak tau le pulak..ke orang JPA tuh yang bukan ada IT background..kelakar dowh..kalu cakap dengan orang bukan IT background..tambah-tambah orang keja gomen nih..cakap sikit je macam terror..alih2 suruh vendor jugak yang buat keje..diorang yg jadik pegawai hanya manage ngan sign je..baik jadik operator komputer je..wakakakaka...so, jangan lah nak ukur sapa yang lagi baik..mana yang lagi bagus..

Open U ke.. IPTA ke..IPTS ke.. yang penting ilmu yang ko nak cedok..kalu setakat nk tempek kertas yang takde insurans tuh kat dinding tinggi-tinggi..baik tak payah belajar..sistem pendidikan kat dunia nih pun bukan nye ada limit..sendiri-sendiri yang buat limitation sendiri...kat UK, ada open U tak le dapat respon pelik macam kat sini, siap ada publication sendiri tuh kt Open U sana..

blajar Master utk IT..jadik lecturer boleh le..itu pun aku tgk lecturer yang ada Master in IT pun..banyak sangat konfius..semua ikut buku je..wakakakaka...pastu, buat kajian berasas atas orang lain punya pengalaman...busan ar!! byk sangat hipokrit...endup..duit gaji lebih penting dari ngajar...busann!!

KdE, dari ko dok risau pasal JPA, baik ko mula plan untuk amik IT ProCert macam dari Cisco ke..MCSE ke..ITIL ke..lagi bagus kalu ko invest kat situ dari buat Master in IT dari IPTA..kalu ko risau-risau sangat, ko pegi je OUM, ko tanya dekat orang atasan bila Open Day OUM ada nanti, bukan setakat ko saja yang risau, pelajar-pelajar dekat situ, sejak dari tahun 2003, sejak OUM buka Open-Market, semua dok risau pasal JPA punya kelulusan..siap yang ada buat drama kat lagi situ..perghh..memang tak boleh lupa..

kalu ko risau, mungkin FAQ (http://www.oum.edu.my/portal/index.php?op=view&m=9&page=53) nie boleh ringankan ko sikit..dan satu lagi.. (http://www.oum.edu.my/portal/index.php?op=view&m=7&page=66)

Adreen
10-12-08, 09:35 AM
Uik yeke. Ada bukti tak?. Kalau ikut logik, MQA/JPA dah iktiraf patut takde masalah nak sambung study kat IPTA

ade la
aku hendel budak postgrad aku tau la
unless ada byk publication, grad 3.5 ke atas ngan ada pengalaman keje at least 3 tahun, baru consider
tu baru consider tu
lagi2 nak buat research
skang KPT wajibkan ikut RU nye requirement la

Lang
10-12-08, 09:40 AM
"....kawan saya yang penah di temuduga semasa memohon jawatan di dalam kerajaan di perlekehkan oleh para panel dari JPA kerana depa kata graduate OUM ini tidak mengikuti satu standard dari Universiti tempatan..."

Saiko la die balik. Macam mana encik tahu tak mengikut standard? Encik belajar sana ker?

rons
10-12-08, 12:01 PM
Aduh kalau camni lah, risau aku nak sambung Master kat OUM. Maybe cancel lah niat aku, sambung kat ipta je lah nampaknya

rons
10-12-08, 12:05 PM
aku rasa isu nih dah basi..apa ijazah yg kawan ko tuh amik KdE?

nak dapat LAN (atau sekarang MQA) pun nak kena tunggu 2 tahun, sekurang-kurangnya..pastu pulak, ada tamat tempoh..pe ntah lagi JPA, kawan aku lepas je aritu dengan JPA..tapi JPA bagi tempoh utk ijazah dia dalam 5 tahun..

yepp, hanya beberapa ijazah saja yang lepas..mgkin OUM tengah apply lagi, takpun JPA still pendingkan application diorang..

pasal OUM main tembak tuh, tak tau le pulak..ke orang JPA tuh yang bukan ada IT background..kelakar dowh..kalu cakap dengan orang bukan IT background..tambah-tambah orang keja gomen nih..cakap sikit je macam terror..alih2 suruh vendor jugak yang buat keje..diorang yg jadik pegawai hanya manage ngan sign je..baik jadik operator komputer je..wakakakaka...so, jangan lah nak ukur sapa yang lagi baik..mana yang lagi bagus..

Open U ke.. IPTA ke..IPTS ke.. yang penting ilmu yang ko nak cedok..kalu setakat nk tempek kertas yang takde insurans tuh kat dinding tinggi-tinggi..baik tak payah belajar..sistem pendidikan kat dunia nih pun bukan nye ada limit..sendiri-sendiri yang buat limitation sendiri...kat UK, ada open U tak le dapat respon pelik macam kat sini, siap ada publication sendiri tuh kt Open U sana..

blajar Master utk IT..jadik lecturer boleh le..itu pun aku tgk lecturer yang ada Master in IT pun..banyak sangat konfius..semua ikut buku je..wakakakaka...pastu, buat kajian berasas atas orang lain punya pengalaman...busan ar!! byk sangat hipokrit...endup..duit gaji lebih penting dari ngajar...busann!!

KdE, dari ko dok risau pasal JPA, baik ko mula plan untuk amik IT ProCert macam dari Cisco ke..MCSE ke..ITIL ke..lagi bagus kalu ko invest kat situ dari buat Master in IT dari IPTA..kalu ko risau-risau sangat, ko pegi je OUM, ko tanya dekat orang atasan bila Open Day OUM ada nanti, bukan setakat ko saja yang risau, pelajar-pelajar dekat situ, sejak dari tahun 2003, sejak OUM buka Open-Market, semua dok risau pasal JPA punya kelulusan..siap yang ada buat drama kat lagi situ..perghh..memang tak boleh lupa..

kalu ko risau, mungkin FAQ (http://www.oum.edu.my/portal/index.php?op=view&m=9&page=53) nie boleh ringankan ko sikit..dan satu lagi.. (http://www.oum.edu.my/portal/index.php?op=view&m=7&page=66)

Saje nak tambah sikit, kene paham, Master in IT ni dikhaskan untuk grad degree yg non background IT macam BBA, Management dan lain2, so syillibus nye lebih kpd introduction in IT, utk bagi knowledge in IT utk pekerja2. Benda ni apply kat semua U kat Malaysia ni. Kalau nak betul2 computer nya Master macam Master in Computer Science, Master of Software Engineering, Networking dan Info Security

dororo
10-12-08, 03:23 PM
rons tulis:
Master in IT ni dikhaskan untuk grad degree yg non background IT macam BBA, Management dan lain2, so syillibus nye lebih kpd introduction in IT, utk bagi knowledge in IT utk pekerja2. Benda ni apply kat semua U kat Malaysia ni. Kalau nak betul2 computer nya Master macam Master in Computer Science, Master of Software Engineering, Networking dan Info Security

hehehe..tima kasih bagi info..memang tak sangkal itu semua, bukan je IT School je buat macam tu..Business ngan yang lain2 pun ada yang buat general dengan spesify pun Sarjana...so, xpe..aku dah paham sangat dah pasal kes-kes master dalam satu bidang nih...yang pasti, ramai mengeluh dari buat yang general je..seriously dawg!! tak ramai buat spesific Master, dan ramai yang buat Coursework dari research, dari sini saja dah tau, apa objektif orang yang nak amik Master tuh..

terang-terang macam Adreen cakap:

ade la
aku hendel budak postgrad aku tau la
unless ada byk publication, grad 3.5 ke atas ngan ada pengalaman keje at least 3 tahun, baru consider
tu baru consider tu
lagi2 nak buat research
skang KPT wajibkan ikut RU nye requirement la

semuanya terpulang dengan requirement...kalu dia nak reject..dia reject..kalu dia suka nak pilih..dia pilih...

kalu sapa2 nak keje gomen, lebih baik angkat kertas-kertas sijil dari IPTA je..start dari Diploma hingga Master...tak de red tape macam nih..tak payah nk pusing2 kepala nak pikir, jelas, korang yang utarakan masalah nie, korang ada yang tak fulfill requirement IPTA, tapi korang still nak OpenU atau IPTS kasi chance utk korang nyer disability...adeih!! sah2 le gomen ada benda diorang nak jaga beb...sah2 le OpenU ngan IPTS ada disablitiy jugak...macam mana gomen treat diorang..

kalu korang nak buat loan atau perlepasan MoF, aku rasa Master mana2 IPT yang diiktiraf dari KPT musti tak de hal..selagi MQA dah lepaskan

OpenU nih utk orang-orang yang nak dapat ilmu untuk bantu kerjaya yang sedia ada, bukan utk bekalan temuduga untuk dapat kerja kali pertama.. satu lagi, objektif OUM memang dari awal2 bukan untuk suruh keje ngan gomen, walaupun awal2 penubuhan banyak tentera-tentera dari gomen masuk OUM, bukannya suruh diorang tuh boleh naik pangkat pun, tapi nak suruh tentera-tentera tuh dapat ilmu..tapi korang kena ingat, tentera-tentera nih walaupun dalam gomen, dia punya keistimewaan lain ckit dari hamba2 gomen yang lain..walaupun JPA tak lepas, masih Kementerian Pertahanan boleh lepas kan..

pasal kes Engineering course tuh..itu bukan nye course pure engineering..itu Bachelor in Education, kalu ada pun Diploma je..itu pun target OUM utk orang yang memang DAH KEJA dalam bidang engineering..bukan nye satu medium peralihan utk tukar kerja..so? salah sapa yang tak paham dan kaji konsep dengan idea OUM?

OUM yang dari 5 credit hours tukar kepada 3 credit hours atas desakan pelajar2 bekas IPTA yang CPGA rendah masa diploma yang nak jugak masuk2 OUM nak buat Ijazah, desak OUM sebab tak ikut piawai credit hours IPTA, zalim, takmo anak Malaysia dapat ilmu..kira macam2 ar...lepas dah tukar..kecoh lagi..pasal JPA pulak..

CADANGAN:
buat sapa2 yang ada prob ngan CGPA dia masa buat diploma..kalu korang nak guna jugak masuk gomen, buat cara macam nih, kalu CGPA yang dulu2 tak dapat fulfill requirement mana2 IPTA, cuba amik Exec Diploma dari IPTA, lulus sekurang2 nye 3.75.. setakat nih aku ada 3 orang kawan yang dari SPM gred 3 dengan ada 4 kredit..dah keje lebih 5 tahun..buat Exec Diploma kat IPTA..CGPA lebih dari 3.5..lepas tuh diorang sambung buat Ijazah kat IPTA tuh jugak..

so far yang aku dengar,dari CGPA tinggi tuh le..yang rendah aku tak tau le pulak...Ijazah yang diorang cakap tuh pun tak tau le macam mana..yg utk eksekutif ke atau macam mana...yang pasti mana2 LONG LIFE EDUCATION..semua kasi MODUL..ahaks...

kat UM pun ada UMCCED , ada BBA lagi, satu nih je le..BIT ke..atau yang lain2 aku tak tau..mungkin kena TUNGGU!!TUNGGU!!TUNGGU..wakakakak..tipikal tul... tak tau le plak aku, Ijazah nih lepas JPA ke tak..amacam Adreen? boleh tolong kaji ke? lepas ke tak BBA dari UMCCED?

last sekali, terpulang pada objektif korang:
1. MAU KEJA NGAN GOMEN -> amik sijil-sijil dari IPTA SAHAJA.. kaji requirement diorang..
2. MAU MEMULIAKAN DIRI DARI KEJAHILAN -> aku rasa yang ni dari mana2 IPT yang lepas MQA pun korang tak kisah
3. MAU LEPAS BUAT LOAN -> aku rasa yang sama jugak macam no 2..
4. MAU DAPAT DUIT PENCEN LEBIH -> nih sama macam no.1
5. MAU KEHIDUPAN BAHAGIA BERSAMA KELUARGA TANPA ADA HI-CONFLICT KEWANGAN SELEPAS PERSARAAN -> IPTA le jawab dia..

NASIHAT:
sebelum nak belajar tuh kaji le silibus2 apa yang diorang tawarkan..bukan Ijazah apa yang diorang tawarkan..jangan lah nak salahkan pihak2 IPT kalu korang yang takmo mintak..tapi ada jugak IPT mmg dari dulu tak kasi pe silibus yang diorang ajar..

tak payah le korang nak marah2 atau nk buat pertanyaan pelik kt OUM , kenapa OUM ada ramai cikgu2 ngan orang2 gomen kenapa JPA takmo lepas pengiktirafan...dah dia takmo lepas..dia tetap takkan lepas le..dia ada lagi kawalan-kawalan yang dia nak jaga (IPTA)...

OUM punya objektif pun utk target orang dewasa yang sudah berkeja utk dapat ilmu..dari JAHIL kepada ILMIAH..kalu nak salahkan OUM pasal tak tapis..salah sapa pulak yang tipu masa isi borang? salah sapa pulak yang menipu diri sendiri masa nak carik keje atau tukar keje? salah sapa yang dia pikir dia hebat menipu orang?

nak tunggu gomen buat satu daerah satu universiti..alamat aku dok rocking chair pun tak dapat lagi tengok..perghh!! banyak faktor sumber asas yang kena didulukan, macam duit, tempoh masa, waktu perjalanan, kena banyak pikir..selain faktor keperluan kehendak yang perlu dituruti...perghh!! tak sanggup aku jadik manusia jahil..dari mau TUNGGU!! TUNGGU!! TUNGGU!!

jangan risau!! jalan tuh tetap ada!! sama ada sanggup korban utk pilih cara lama ckit, buang masa ckit, buang lebih duit ckit, mgkin objektif korang tetap akan dapat!! konsistensi dan kesabaran satu perkara yang perlu ada utk capai objektif!!

so! jangan le nak push orang lain dengan perkara2 manis supaya nak diorang ikut kehendak kita..KESAN: setahun lepas tuh, kita jugak nanti dibenci..kredibiliti pun sudah out!! wakakakaka...

morpheuzneo
10-12-08, 05:41 PM
semua orang dalam ni macam memandang rendah aje grad oum ni eh.. !

tak kesah ler.! masing2 punya pendapat kan..!

tapi .., aku sendiri tgk kawan2 aku yg sambung master.. dapat aje mintak mana2 universiti lain.. ! ada yg masuk USM.. UTM..., UM aku tak pernah dengar ler.!

IPTS - ada yg masuk MMU, UTP, UMS.. terus saja masuk.. takde masalah.

yg sambung oversea pun ada..

yg nak mintak kerje.. - macam aku pernah tulis ler.. dapat aje keje gomen.. ! takde persoalan pun pasal OUM punya kelulusan..

Swasta pun ramai yg dapat keje baru lepas grad..!

dapat tak dapatnya.. aku rasa lebih bergaantung kepada macam mana individu membawak diri masing2 masa interview.! itu lg penting..!

kalau dah jenis sengal tu.., takde PR skill tu.. bawak paper USM 4 pointer pun.. belum tentu dapat!

kalau aptitude takde.. ada iq aje.. pun tak dapat gak lepas apa2 interview pun..!

so.. kelebihan grad oum ni pulak.. kebanyakan nya belajar sebab nak ada paper utk advance careeer masing! dari segi lain .. pengalaman.. management know how.. semua dah ada! so.. sekadar melengkapi satu aspek yg kurang cukup laa dalam perjalanan karier individu.. !

rons
10-12-08, 07:05 PM

Bagi saya, tak pandang rendah kat OUM pon, sbb ada niat nak sambung Master kat OUM, tapi sblm tu kene pastikan Master tu di recognize di merata tempat (atleast Malaysia) sbb plan nak sambung guna duit sendiri. Kalau Master tu 1 tempat iktiraf, 1 tempat lain tak iktiraf, macam tak berbaloi pulak duit keluar banyak. Bukan nya berangan nak keje gomen pon, saya lagi prefer tempat keje sekarang (public listed company), tapi tulah macam yg saya cakap tu.

Kalau nak sambung IPTA, so far Master diorg tak fleksible untuk org sedang bekerja, yg ada PJJ diorg tapi hanya ada Master in general course je, yg contoh utk Comp Science, Sw Eng, Networking semua ni kelas start kul 6 weekdays, so tak sesuai utk org bekerja. Yg case utm fees mahal gile. So yg saya nampak skrg ni OUM yg terbaik utk org bekerja, tapi kene berbaloi jugak lah dr segi pengiktirafan dan syillibus. Syillibus dia so far saya tgk ok.

highlander
13-12-08, 08:30 AM
saya ingin memberi pandangan/respon berdasarkan pengalaman sy mengajar di OUM tapi takut ada yg tersinggung pula.

spider
13-12-08, 01:48 PM
bagitau jer highlander, kira ko antara yg dekatla sbb ko mengajar sana. :)

flamingo145
13-12-08, 02:15 PM
ye hilander.. share laa cite..
maybe kite leh amik iktibar ape2 yg patut.. :)

KdE
13-12-08, 02:33 PM
saya ingin memberi pandangan/respon berdasarkan pengalaman sy mengajar di OUM tapi takut ada yg tersinggung pula.

bagi tahu aja la....sedara...

rons
13-12-08, 07:42 PM
saya ingin memberi pandangan/respon berdasarkan pengalaman sy mengajar di OUM tapi takut ada yg tersinggung pula.

Yups sila-sila. Tak sabar nak dengar hehe

NurAin
13-12-08, 11:27 PM
ade la
aku hendel budak postgrad aku tau la
unless ada byk publication, grad 3.5 ke atas ngan ada pengalaman keje at least 3 tahun, baru consider
tu baru consider tu
lagi2 nak buat research
skang KPT wajibkan ikut RU nye requirement la

any action or statement taken by UM can be proven herewith..?
need more infos pls...

ain pun tunggu gak jwpan highlander....

KdE
13-12-08, 11:35 PM
saya ingin memberi pandangan/respon berdasarkan pengalaman sy mengajar di OUM tapi takut ada yg tersinggung pula.

please provide us some information, once you infor is equiv than hope this thread wiillll be clooesedd.

ggbiyu57
15-12-08, 05:01 PM
..rasanya elok dikhabarkan berita..cerita..tersebut...
..paling tidak ianya boleh jadi panduan pada mereka yang ingn memohon dan pada warga2 OUM boleh dijadikan iktibar serta buat pemnambahbaikkan...

KdE
15-12-08, 05:13 PM
kalau dah x diiktiraf baik bubarkan aja oum ni..
macam x da standard....top gun oum kata ok diiktiraf tapi curtain org
dalam goment ni macam sialan...macam la depa tu bagus sgt...

morpheuzneo
15-12-08, 05:47 PM
takpe.. nanti aku nk pegi oum..

aku nak tanya kan sendiri kepada dean oum ni..!

kalau betul.! mmg buat naya laa beribu2 student dia.. seluruh malaysia..!

cikgu2.. abang2 polis dan askar yg nak naik pangka tu semua belajar kt oum ..

yg keje swasta pun.. banyak yg belajar oum..!

apa nasib mereka..kalau betul kerajaan tak nak iktiraf..!

benda ni... politik lebih ni!

yg tukang interview.. nak jadi napoleon kecil.. tu pasL nk susah kan orang tu..!

mnajem
15-12-08, 05:51 PM
until ada explanation dari OUM PT mcm highlander contohnya, aku lock dulu, exceeding 40 posts dah