PDA

View Full Version : Ingin jadi pensyarah universiti

transformerz
19-05-09, 09:53 AM
salam semua,

saya ni sudah lama bekerja di sektor industri. rasanya ingin sekali menceburi bidang pengajaran dan penyelidikan di universiti pula.

cuma, sy ingin tahu , dari sahabat2 sekalian yg mmg sdh bekerja sbg pensyarah, tentang apakah skop keje seseorang pensyarah itu?

apa yg sy tahu, pensyarah ni byk jg keje nak kena carry: mengajar, admin dan research. tp yg ni sy tahu secara kasar saja. betulkah pensyarah punyai true freedom in research?

harap sahabat2 sekalian dpt kongsikan pengalaman dgn saya. sy benar2 ingin tahu.

terima kasih : - )

sLumsCum
19-05-09, 10:09 AM
kenapa nak tukar proffession? mmg minat nak jadi pendidik ke?

nak jadi pensyarah atau pendidik kena ada minat mendalam dari sudut sanubari hati dan ada rasa bertanggungjawab yg melimpah ruah pada anak bangsa dalam mendidik dan memberi ilmu dan bukan menganggap ia hanya sekadar salah satu 'kerja' semata - mata untuk mendapatkan gaji bulanan dan elaun yg lumayan. Nak menjadi pensyarah perlu 'proffessional' dari segala aspek kerja, cara hidup, pergaulan, etc sebab ini akan menjadi teladan kepada bakal - bakal graduan.

Jadi pensyarah macam biasa la mesti sentiasa meningkatkan kualiti ilmu yg dimiliki. Kena sentiasa belajar ilmu - ilmu baru. buat research. tingkatkan level / grade pencapaian. tak boleh duduk diam saje macam kerja kilang. kerja kilang masuk 8 balik 5 dah malam tak payah pikir pasal kerja. tapi jadi pensyarah belum tentu. ilmu adalah yg utama. kadang - kadang sampai malam pun kena kerja nak settlekan project. dah jadi pensyarah kena ada anak buah yg ambik master ke phd ke. semua tu nak kena monitor. nanti dioran teruk sendiri punya nama jugak yg tak elok.

fizah_tinggi
19-05-09, 10:20 AM
nak jadi lecturer di IPTA ke?

sambung la belajar smpi PhD..kalau boleh contact dulu mana2 ketua jabatan universiti yg kamu minat..senangla nak buat specialization apa2 yg universiti tu belum ada :p

squall_dx
19-05-09, 10:33 AM
kenapa nak tukar proffession? mmg minat nak jadi pendidik ke?

nak jadi pensyarah atau pendidik kena ada minat mendalam dari sudut sanubari hati dan ada rasa bertanggungjawab yg melimpah ruah pada anak bangsa dalam mendidik dan memberi ilmu dan bukan menganggap ia hanya sekadar salah satu 'kerja' semata - mata untuk mendapatkan gaji bulanan dan elaun yg lumayan. Nak menjadi pensyarah perlu 'proffessional' dari segala aspek kerja, cara hidup, pergaulan, etc sebab ini akan menjadi teladan kepada bakal - bakal graduan.

Jadi pensyarah macam biasa la mesti sentiasa meningkatkan kualiti ilmu yg dimiliki. Kena sentiasa belajar ilmu - ilmu baru. buat research. tingkatkan level / grade pencapaian. tak boleh duduk diam saje macam kerja kilang. kerja kilang masuk 8 balik 5 dah malam tak payah pikir pasal kerja. tapi jadi pensyarah belum tentu. ilmu adalah yg utama. kadang - kadang sampai malam pun kena kerja nak settlekan project. dah jadi pensyarah kena ada anak buah yg ambik master ke phd ke. semua tu nak kena monitor. nanti dioran teruk sendiri punya nama jugak yg tak elok.

en slum pernah keje kat sektor industri?? kalau pernah, best betul ek, boleh balik tepat kul 5 :D

tranz, niat baik. best gak jadi pensyarah. tapi pasal research tu, rasanya kalau ada kesungguhan, takde masalah. cuma macam semua bende.. kene usaha la.

"yareba dekiru!"

transformerz
19-05-09, 11:43 AM
terima kasih kawan kawan ku sekalian : - )

sy mmg dh simpan lama minat nak mengajar ni. mmg nak sebarkan ilmu dan buat contribution dlm ilmu ni.

saya bercadang nak ke IPTA .. tak kisah baru atau lama.. asalkan kat situ ada area yg sy minat tu .. contohnya software engineering and security ..

sy mencari ruang utk jadi seorang yg world reknown dlm area ni. maksud sy ada true freedom in doing research and publish. boleh publish ilmu dan idea di conference impak tggi, jurnal impak tggi .. tanpa gangguan korporat

sbb kat industri xde benda2 ni semua . industri cuma tahu nak deliver produk saja. keje industri ni bagus jg la, tp bkn utk jangka masa panjang .. memandangkan life goal sy bkn utk jadi pemakan gaji yg kaya raya.

kalau bab gaji tu, industri ni dh bg byk duit dh. buat apa nak pegi universiti kalau nak fikir pasal gaji ye dak ..hehehehh
pasal balik pukul 5 .. oh tdk sama sekali. masuk keje sebelum matahari naik, blk keje matahari dah takde.. heheheh. projek kena deliver beb by hook or by crook ..
tapi tak bermaksud sy nk masuk universiti utk sbb nak balik awal. sbb bkn ini yg sy cari .. heheh

sy ada beberapa soalan di sini :

1. utk lecturer ada phd, berapa subjek dia kena ajar?
2. adakah subjek tu semua related dgn area interest dia?
3. nak tahu ttg pengalaman korang juggle antara research dan mengajar dan admin?
4. mestikah lecturer terlibat dlm admin ?
5. adakah area of interest kte dikawal oleh pihak lain (eg: ketua jabatan? dekan? )
6. sape yg berkuasa utk define atau approve kan projek lecturer tu?
7. im looking for true freedom in research. is universiti the exact place?
8. benarkah lecturer masing2 ada bilik sendiri?

: - )

Oral_B
19-05-09, 11:49 AM
kalau betul2 berminat nak masuk academik line masuk jer...
kita sendiri yang akan rasa dan bukan org lain...

apa yg org lain rasa tak semestinya itu apa yg kita rasa...

kalau duduk dlm industry tapi minat tak ada or hati rasa tak best pun tak best juga

bila dah ada minat nak jadi academician
semua benda akan rasa best n seronok jer nanti

transformerz
19-05-09, 12:21 PM
sy cuma nak tanya je utk info .. heheh. bkn nak compare mana2 keje yg best atau tak best.
sbb kdg2 kita sangka the grass at the other side is greener.

sblm sy sangka apa2 yg greener atau terlebih green, baik sy tanya pada korang2 yg mmg dah arif sbg pensyarah ni .. heheh

cth: sblm beli kete, mesti la kte survey dulu, tanya sana sini. test drive. bkn main beli je. heheh.

: - )

zamreda
19-05-09, 01:00 PM
aku suka cara kamu transformerz..sbb masa dlu aku blaja di poli mmg pensyarah yng dah pernah keje dlm industri berlainan mengajar dgn pensyarah yng baru nak kenal dunia..rasa best ajer..mata tak blurr.
rasenya KUITTHO atau UTM adalah tempat terbaik untuk kamu memulakan langkah dlm dunia pensyarah..

mnajem
19-05-09, 03:09 PM
apa kata mulakan langkah dengan mengajar part time dulu kat IPTA.. test la tengok macam mana.

btw aku baru je balik dari satu event ni, ada pak menteri patutnya datang, majlis patut start pukul 1030, tapi dekat pukul 12 tak datang-datang.

jadi lecturer bukan mengajar je... kadang kena datang ke event yang ko sendiri rasa banyak lagi bende berfaedah ko boleh buat.

transformerz
19-05-09, 06:44 PM

bagus juga cadangan mengajar part time ni : - )

fizah_tinggi
19-05-09, 08:47 PM
8. benarkah lecturer masing2 ada bilik sendiri?

: - )

lecturer kat univ ko dulu takde bilik sendiri ke?? cam pelik (kelako)je soalan ko ni

Kuro-Obi
19-05-09, 10:54 PM
ok transformerz, sebelum ko masuk bidang ni, meh aku interview dulu sebelum nko diinterview...soalannye mudah jer...hehe....

Sila huraikan mengapa anda berminat dengan kerjaya akademik?

p/s: sbnrnya aku just nk tau jawapan org lain je....:sengih:

transformerz
20-05-09, 09:01 AM
fizah,

ye tak ye gak. lupa.. ni la dah lama sgt duk dlm kiub industri ni. haha!

kuro-obi,

sah obi wan kenobi dlm star wars tiru nick ko.
ok, soalan ko ni agak luas juga. (mcm ade kena mengena dgn soalan SLAB/SLAI sj).

ok, aku cuba jawab:

1. aku suka dgn persekitaran uni sbb kita ada kebebasan utk berfikir dan do research (ni berdasarkan apa yg aku sangka la).

2. boleh publish tanpa halangan (ni pun berdasarkan apa yg aku sangka la).

3. have no interest in profit. solely interest in the expansion of the knowledge itself. making true, meaningful contribution. not like propagandas, as we always see in the industries.

4. mengajar belia belia negara tentang ilmu yg aku minat/ada/passion in.

5. mark kertas jawapan (ni pun berdasarkan apa yg aku sangka mcm best je benda ni)

6. punya kuasa tentukan arah mana keje/research ko nak pegi. maknanya kte berkuasa sepenuhnya.

7. because of the academics ladder yg menjurus ke arah lecturer-> senior lec-> assoc prof -> prof. means ada position ladder yg begitu solid.

8. academicians tents to bebas from politics (ni pun berdasarkan apa yg aku sangka la).

9. buat research because of the true humanity value in it. not because of $$$$ semata-mata. kalau bt projek terlalu fikir $, we tents to lose out the meaning of it.

10. TRUE FREEDOM in doing work. no stupid and dirty policies holding you back from doing your task as an academician. (ni pun berdasarkan apa yg aku sangka la).

harap korang yg mmg berpengalaman dpt clarify segala sangkaan2 indah aku ni.

: - )

matahari
20-05-09, 09:13 AM
Tahniah transformerz,

saya sgt mengalu2kan kedatangan anda dan minat anda utk jd academician..
masa nie la peluang utk u salurkan ilmu u yg ada utk anak2 muda zaman skrg..
secara tak langsung u dah meringankan serta membantu memartabatkan IPTA/IPTS di Malaysia..

Tahniah sekali lagi,
Takpe u mmg membuat pilihan yg tepat dalam kegawatan ekonomi skrg..
pilihan u tepat sekali... once u ikhlas dalam melakukan apa jua pekerjaan..
semuanya akan berjalan dengan lancar...
congrats....

mnajem
20-05-09, 09:28 AM
I think you are in the right track. Apa pun don't expect things will be easy once you are here.

sephianameera
20-05-09, 09:35 AM
Salam...

Sy sokong tranformerz nk jd academician nie.. Mmg beza rasanya kalo dr industri ke academician... Biar kter tgk dunia luar dlu.. baru seronok nk ceritakan pengalaman pada student.. Utk bidang research plak, kter lebih nampak real-time scenario sblm kter mulakan sesuatu research tu.
Actually sy sndiri pon br jek menjejaki dunia academician slps 2 thn di industri. Pengalaman mmg luas, di Uni dlu kter belajar basic.. belajar ikut buku.. tp bila industry semua hands on.. semua kne tau. Tp may b minat lebih pada academician, nk improvekan & skill yg ada pada org lain.

Suggestion sy, kalao transformerz dah ada master boleh trus cba apply di mana2 IPTA. Kalau belum may b boleh cma pada jawatan tutor.
Mungkin boleh cuba di UMP ( Uni Malaysia Pahang ) kalau bidang software engineering & security tuh.

Thankss:jadibaik:

transformerz
20-05-09, 12:38 PM
eesha, mnajem, sephia, dan kawan2 semua,

terima kasih ats sokongan dan pandangan anda!
begitu berharga ..

: - )

spider
20-05-09, 01:32 PM
aku nak jawab gakla walaupun bukan lecturer ... :p

1. utk lecturer ada phd, berapa subjek dia kena ajar?
- Subjek tu tengok bilangan staf dan sesuai ke tak lebih dari 1. Tempat aku
kebanyakan 1 subjek adala sorang dua yg amik 2 subjek. maksimum dah tu.

2. adakah subjek tu semua related dgn area interest dia?
- ya, biasanya related pd area interest ko, tapi aku jerla yg tak dpt2 ngajar
dalam bidang aku sendiri asyik kena ngajar subjek school lain :p

3. nak tahu ttg pengalaman korang juggle antara research dan mengajar dan admin?
- cam tak cukup masa sebenarnya, skang nie terlibat ada OBE lagi ler letih,
pastu dgn event luaran cam sukan, seminar, ntah macam2 lagila kenkadang
buang masa situ jerla.

4. mestikah lecturer terlibat dlm admin ?
-kebanyakan terlibat, jarang aku tengok yg tak terlibat kecuali yg malas giller
babas atau yg jenis melarikan diri atau juga buat2 sakit time dpt keje.

5. adakah area of interest kte dikawal oleh pihak lain (eg: ketua jabatan? dekan? )
- biasanya tidak, kalau dia tau ko terrer bahagian software dia akan letak
bahagian tu.

6. sape yg berkuasa utk define atau approve kan projek lecturer tu?
- biasanya ko apply grant .. utk short term pihak Uni. yg approvedkan, kalau
science atau techno tu MOSTI la biasanya kalau tak silap :D Tempat aku ni
biasanya pihak Uni. gakla yg filter dulu sebelum submit utk science dan techno
fund nih.

7. im looking for true freedom in research. is universiti the exact place?
- yup.

8. benarkah lecturer masing2 ada bilik sendiri?
- yup. Tapi ada gak yg buat rumah kat lab. :D

nonie
20-05-09, 02:03 PM
fizah,

ye tak ye gak. lupa.. ni la dah lama sgt duk dlm kiub industri ni. haha!

kuro-obi,

sah obi wan kenobi dlm star wars tiru nick ko.
ok, soalan ko ni agak luas juga. (mcm ade kena mengena dgn soalan SLAB/SLAI sj).

ok, aku cuba jawab:

1. aku suka dgn persekitaran uni sbb kita ada kebebasan utk berfikir dan do research (ni berdasarkan apa yg aku sangka la).

2. boleh publish tanpa halangan (ni pun berdasarkan apa yg aku sangka la).

3. have no interest in profit. solely interest in the expansion of the knowledge itself. making true, meaningful contribution. not like propagandas, as we always see in the industries.

4. mengajar belia belia negara tentang ilmu yg aku minat/ada/passion in.

5. mark kertas jawapan (ni pun berdasarkan apa yg aku sangka mcm best je benda ni)

6. punya kuasa tentukan arah mana keje/research ko nak pegi. maknanya kte berkuasa sepenuhnya.

7. because of the academics ladder yg menjurus ke arah lecturer-> senior lec-> assoc prof -> prof. means ada position ladder yg begitu solid.

8. academicians tents to bebas from politics (ni pun berdasarkan apa yg aku sangka la).

9. buat research because of the true humanity value in it. not because of $$$$ semata-mata. kalau bt projek terlalu fikir $, we tents to lose out the meaning of it.

10. TRUE FREEDOM in doing work. no stupid and dirty policies holding you back from doing your task as an academician. (ni pun berdasarkan apa yg aku sangka la).

harap korang yg mmg berpengalaman dpt clarify segala sangkaan2 indah aku ni.

: - )

sumer cam OK la... cuma no.5 tu kadang2 takdela best sgt lagi2 kalau jawapan tah hape2 je yg student bagi...

no. 8 tu pun tak tentu gak... no. 10 tu pun kalau nasib tak baik ada je bende2 yg boleh buat sakit hati & menyusahkan kita nak buat keje...

but overall minat yg anda senaraikan mmg sesoai la untuk masuk dlm line ni....

transformerz
20-05-09, 04:37 PM
terima kasih spider dan nonie!

penjelasan yg begitu terperinci..

: - )

transformerz
25-05-09, 02:54 PM
aku ada soalan lg ni.

1. ape contoh tugas2 admin yg seseorang lecturer tu kena pikul eh?

2. berapa maksimum tugas admin yg lecturer kena pikul?

3. masuk KPI tak? any elaun for this extra work?

4. boleh tahu tak, secara ringkas, for each year apa goals utk lecturer tu? means dlm KPI tahunan korang.. apa yg korang being expected to achieve..

cth mcm tpt aku:

KPI/target 2008
deliver project A: handle module 1.3. dateline feb
deliver project B: hanlde module 34.5 dateline mac
...

: - )

p/s - aku sudah mula mengisi borang slab nih.

spider
25-05-09, 05:11 PM
Aku tolong jawab apa yg aku tau :)

1. ape contoh tugas2 admin yg seseorang lecturer tu kena pikul eh?
- Tugas admin yg kena pikul tengok atas jawatan, macam2 ada ... tapi yg
paling aku nyampah utk akreditasi giller letih, sabtu ahad pun kenkadang kena
mai keje jugak :)

2. berapa maksimum tugas admin yg lecturer kena pikul?
-maksimum? susah nak cakap ... tengok atas jawatan jugak.

3. masuk KPI tak? any elaun for this extra work?
- Gomen ada SKT ... elaun utk extra work mmg takdela, kecuali la ko dijemput
utk ceramah atau mengajar kat luar cthnya: aku pernah mengajar staf Agilent
hari Sabtu dan situ ada elaun ikut berapa jam ko mengajar. kalau utk dalaman
tu kira ikhlas jerla :D

4. boleh tahu tak, secara ringkas, for each year apa goals utk lecturer tu? means dlm KPI tahunan korang.. apa yg korang being expected to achieve..
- Khidmat utk Universiti (%)
- Khidmat masyarakat (%)
- Penyelidikan dan Penerbitan (%)
-Kursus dan Seminar

tu jer yg aku ingat ... tapi SKT nih sama jerla, ko bleh byk mana pun
kenaikan gaji camtu jerla. Kalau RM100 setahun tu jerla yg naik. Yg bleh
naikkan gaji ko adalah exam PTK (bleh cross gaji dan naik pangkat). :)

nqfaq
29-05-09, 05:39 AM
aku amat menyokong orang2 industri ni masuk ke IPT utk mengajar, bila ada pengalaman sesuatu yg kita ajar kita boleh relate kan kpd pengalaman kita, student memang obsess dan layan giler. Berbanding dgn pensyarah yg ada degree n master yg baru habis belajar , yg muda-mudi pastu terus mengajar, so diaorang ni ambik apa yg diorang belajar dulu sampaikan balik. Pelajar selalu komen pasal ni, especially dlm bidang IT, Science and Engineering. Lagi sekali aku alu-alukan, dari pengalaman aku experience tu mamang amat berharga dan kau akan rasa teramatlah senang nak mengajar dan menjawab soalan2 student....

spider
29-05-09, 06:58 AM

mmg senang kalau subjek yg diberi tu related pada pekerjaan kita tapi kalau
takde kaitan camner? aku dulu degree microelectronic, keje utk electronic dan
setakat ni mengajar tak pernah sentuh pun bahagian micro-e dan electronic:D
cuma group research aku jer yg aku masuk dlm bidang micro-e nih, setakat ni
mengajar kebanyakan subjek elektrik dan komputer. :D

squall_dx
29-05-09, 10:26 AM
tak cukup lobi tu spider. :D:D

transformerz
03-06-09, 09:23 AM
ada sesiapa di sini pensyarah usm or unimap ?

spider
03-06-09, 09:54 AM
ada sesiapa di sini pensyarah usm or unimap ?

aku bukan pensyarah tapi keja kat UniMAP .. kuli jer :p

transformerz
03-06-09, 10:51 AM
wargghhh spider!

ko di unimap rupanya.

skang ni usm dgn unimap punya slab menarik hati aku . uum takde slab pula skang ni (based on iklan kat web universiti masing2).

mnajem
03-06-09, 03:57 PM
ko bidang apa? .................

spider
03-06-09, 07:28 PM
wargghhh spider!

ko di unimap rupanya.

skang ni usm dgn unimap punya slab menarik hati aku . uum takde slab pula skang ni (based on iklan kat web universiti masing2).

USM duit utk research skang banyak woo, status Apex byk duit grant :D tapi
kalau masuk USM ni susah nak naik skitla sbb ramai lecturer. Kalau UniMAP ni
ada gakla short term gran, selebihnya kena apply MOSTI, tapi sini kira senang
skit nak naik sbb staff takdela seramai USM, tapi peralatan makmal mmg agak
advance gakla sbb mmg khusus pada engineering sahaja.

Eh. cam soalan mnajem, ko ni bidang apa? :)

transformerz
03-06-09, 09:24 PM
bidang yg aku minat ni software ..web app

mmg skang ni target aku either slab usm atau unimap. tgh isi form2 yg berkenaan. berkenaan grant ni, aku most of the time, takde guna byk mesin sgt. ada 2-3 ketul pc sudah cukup. then, aku lebih suka guna open source software. so grant aku bajet tak target byk2. cuma, aku mmg berhajat gak la dpt attend byk conf oversea mcm usenix, defcon, etc . rasanya boleh mnta byk tak grant utk conf ni..hahahah

berkenaan kenaikan ni aku mmg tertarik. sbb aku plan nk achieve level highest as soon as possible. aku ada tanya senior dr upm, diorang kata utk dpt assoc prof, kena publish ke 10 jurnal. so, nak jge aku tahu camne eh kat unimap? camne dia punya syarat utk naik. katakan la nnti pas aku abis slab master dan phd, aku start dgn DS53 ..then ?

satu lg, aku ni dtg dr industri. ada years experience in this stuff. since aku nak apply slab master (means, mcm patah balik jd junior jek), pihak uni ada kira tak experience aku tu utk park tangga gaji aku aku at least better than P1T1 tu?

byk benda aku taktau psl universiti ni. hahahahh

: - )

spider
03-06-09, 09:58 PM
sama jer mana2 utk jadi lecturer kanan atau acc. prof. kena byk submit jurnal dalam atau
luar negara, kalau yg jenis high impact lagi bagus. Member aku dulu dari UM, mai sini dia
apply acc. prof. ada kat 100 lebih paper, dptla acc. prof. walaupun muda tapi yg dia dah
guna tu kira hangusla, utk naik prof. dia kena bagi yg baru plak :D

Member aku ada gak dari industri jadi teaching engineer, 4 tahun keje KenWood dan
setahun lebih kat Motorola, masuk sini gaji starting P1T6 tu pun dia kena buat surat
utk kira dia punyer pengalaman kat industri, apa2pun ni patut kawtim dgn org yg
interview tu biasanya TNC atau NC sendiri. :)

Aku tak pasti skang camner, habis Phd terus pi DS51 atau tak, dulu dengar ura2 camtula
tapi cam tak jalan pun, rasanya skang dia lompat tangga gaji jer kalau ada Phd. :p

Mnajem, highlander atau yg sewaktu dengannya bleh jawab nih. Aku tak tau sangat. :D

2009
04-06-09, 03:17 AM
Err, UniMAP tu apa? :D

2009

fizah_tinggi
04-06-09, 07:31 AM
Err, UniMAP tu apa? :D

2009

Universiti Malaysia Perlis ..dulu nama dia KUKUM - Kolej Universiti Kejuruteraan Utara Malaysia

transformerz
04-06-09, 09:37 AM
korang dlm setahun sempat tak publish kat 2 journal ?

maksud aku sempat tulis dan submit ke committee journal. (sbb kalau nk accepted aku dgr mau mkn masa 1 thn kan).

are both usm and unimap , a research university? actually what does it means by 'research university' (if all the lecturers are still need to be involve in dull admin work) ?

kalau dlm fac tu ade ramia lecturer means ssh nk dpt kenaikan eh. is it means that every fac has a yearly quota for promotion? or is it because of competitiveness among lecturers?

kalau lecturer dlm fac tu ramai, means ada possibility subjek yg kte kena ajar tu kurang dan tugas admin pun kurang burden sket kan? betul tak andaian aku ni.

: - )

mnajem
04-06-09, 01:22 PM
Aku pun dulu sangat bersemangat, tapi akhir berpijak ke bumi nyata, dah kerja tu kena expect less, regret less.

Unimap baru sangat, bukan RU. RU ni universiti yang 70an ...

Conf macam Defcon tu underground.. takde point sangat AFAIK.

Target ACM/IEEE ... yang masuk scopus, ada weight & ISI indexed.
(rate of acceptance rendah, makin tinggi level conf tu).

matnet
07-06-09, 08:44 PM
korang dlm setahun sempat tak publish kat 2 journal ?

maksud aku sempat tulis dan submit ke committee journal. (sbb kalau nk accepted aku dgr mau mkn masa 1 thn kan).

are both usm and unimap , a research university? actually what does it means by 'research university' (if all the lecturers are still need to be involve in dull admin work) ?

kalau dlm fac tu ade ramia lecturer means ssh nk dpt kenaikan eh. is it means that every fac has a yearly quota for promotion? or is it because of competitiveness among lecturers?

kalau lecturer dlm fac tu ramai, means ada possibility subjek yg kte kena ajar tu kurang dan tugas admin pun kurang burden sket kan? betul tak andaian aku ni.

: - )

Aku sangat2 sokonglah kalau ada orang yang ada pengalaman industri masuk jadi tenaga pengajar. Biar bawa perubahan pada cara universiti beroperasi dengan realiti dunia hari ini.

kacakkahaku
08-06-09, 09:11 AM
terima kasih kawan kawan ku sekalian : - )

sy mmg dh simpan lama minat nak mengajar ni. mmg nak sebarkan ilmu dan buat contribution dlm ilmu ni.

saya bercadang nak ke IPTA .. tak kisah baru atau lama.. asalkan kat situ ada area yg sy minat tu .. contohnya software engineering and security ..

sy mencari ruang utk jadi seorang yg world reknown dlm area ni. maksud sy ada true freedom in doing research and publish. boleh publish ilmu dan idea di conference impak tggi, jurnal impak tggi .. tanpa gangguan korporat

sbb kat industri xde benda2 ni semua . industri cuma tahu nak deliver produk saja. keje industri ni bagus jg la, tp bkn utk jangka masa panjang .. memandangkan life goal sy bkn utk jadi pemakan gaji yg kaya raya.

kalau bab gaji tu, industri ni dh bg byk duit dh. buat apa nak pegi universiti kalau nak fikir pasal gaji ye dak ..hehehehh
pasal balik pukul 5 .. oh tdk sama sekali. masuk keje sebelum matahari naik, blk keje matahari dah takde.. heheheh. projek kena deliver beb by hook or by crook ..
tapi tak bermaksud sy nk masuk universiti utk sbb nak balik awal. sbb bkn ini yg sy cari .. heheh

sy ada beberapa soalan di sini :

1. utk lecturer ada phd, berapa subjek dia kena ajar?
2. adakah subjek tu semua related dgn area interest dia?
3. nak tahu ttg pengalaman korang juggle antara research dan mengajar dan admin?
4. mestikah lecturer terlibat dlm admin ?
5. adakah area of interest kte dikawal oleh pihak lain (eg: ketua jabatan? dekan? )
6. sape yg berkuasa utk define atau approve kan projek lecturer tu?
7. im looking for true freedom in research. is universiti the exact place?
8. benarkah lecturer masing2 ada bilik sendiri?

: - )
ermm dah ada phd ke?kalau dah ada senang la nak masuk IPTA yang well known contohnya ukm ke uitm or USM....kalau u-u lain tu macam uNIMap ke universiti pertahanan ke...nak jadi lecturer hanya master diperlukan...kalau yg lain tu PHD...interms of kerja tu...tak susah sangat la...keje pon relek....cume pening die research je...kalau true freedom tu asal tak g IPTS je ... you buat communication erk? g MMU la...orait je sana

spider
08-06-09, 09:29 AM

ko ni lecturer Uni. mana? kat mana yg keje rileks tu?

aku nak cakapla pada yg nak masuk Uni. nih, kalau tempat kacakahaku
tu aku tak pasti, tapi tempat aku keje banyak giller sbb nak penuhkan
requirement utk dpt pengiktirafan EAC, dahla tempoh dia kasi max. 5 tahun jer,
macam2la ko kena buat nanti. Skang aku rasa semua Uni. implement OBE
byk benda kena sediakan dan mmg banyak keje. Kalau yg takde keje tu
kebanyakan jenis MALAS dan jenis duk dunia dia sendiri sahaja. Kat tempat
aku kalau ada jenis camtu mmg akan kena smash awal2 ...

Setiap staf jabatan akan kena buat keje pentadbiran disamping kena buat
research bagi staf akademik. Kalau rasa nak rileks pi Uni.2 yg kacakahaku
cakap tu. :)

transformerz
09-06-09, 10:40 AM
wargghh uni mana yg rileks tu kacak?

so far, rata rata org akademik yg aku approach, semua kata keje sbg ahli akademik kat uni mmg super byk.

as for me, i'm not looking for university for the rileks (as claimed by kacak) part. but i'm looking forward for a space for me to proceed with my research interest freely the way i like, without the hanky panky corporate rules and policies.

what i meant by freedom here, is not in the sense of lepak at will at uni's cafe. but freedom (as in free speech) in doing/publishing research work. i embrace the spirit of sharing and expanding knowledge.

in the corporate world, all your (related) mind products are (in any way) owned by the company. you cant simply share it to anybody without the company's consent. to gain company's bless, there'll be some more bureaucracies here and there, so more demotivation-kicks, and many more rules that i dont what to list here. hehe.

anyway, it all depends on what we are looking in this life. as for me, im looking for 'freedom in doing research'.

: - )

spider
09-06-09, 10:51 AM
transformerz..

aku rasala kalau ko dpt offer dari RU baik pi RU sbb mmg depa pun dah ada title RU :D
aku tak pasti sangat kat RU cam UKM, UM dan USM camner tapi kalau tempat aku ni
ko WAJIB ada geran, paling kurang pun 1 jer tapi mmg ko akan kene push buat projek
suka hatila ko nak buat projek apa asalkan high impact punyer :)

kalau short term grant tu senang jer dpt sbb under Uni. tapi kalau nak banyak
apply FRGS ke science fund ke,last year tempat aku apply 100 lebih utk FRGS tapi
yg lepas 13 jer sbb depa kat MOSTI dah kekurangan dana berbanding 2-3 tahun lepas
:)

Apa2pun better tanya masa depa interview tu, tapi kalau kat RU ni utk naik jadi
pensyarah kanan atau acc. prof. mmg saingan agak sengit :D

transformerz
09-06-09, 11:17 AM
spider, biler kampus baru unimap akan siap?

ada chance ni keje kat bangunan baru. apa2 hal, aku apply je mana2 uni skang ni. preferably sebelah utara.

kalo kat unimap, bila dah ada Phd, depa terus bagi tangga berapa eh?

utk dapat geran yg wajib tu, kte kena defend project mcm viva ke ?

ramai org siam tak kat unimap..? heheh

: - )

spider
09-06-09, 11:22 AM

2 school mungkin akhir tahun nie akan pi sana, school aku last sekali ..org kata
hero last2 minit baru muncul :D

aku tak pastila kalau ada Phd ke tangga berapa, bleh tanya highlander dia
lepasan Phd rasanya.

utk dpt geran tu mmg akan ada interview, citer jer pasal apa yg kita nak buat
yup kenala defend ... biasanya utk short term depa akan kasi jer tapi kalau
geran2 luar yg besar tu proposal mestila mantap. :D

orang siam adala, tapi takdela ramai sangat ... nak ramai pi padang besar la
haha ... :D

Apply jer, masa interview tu baru tanya byk2 .. tengokla jawapan saper yg
memuaskan hati :D

transformerz
09-06-09, 11:29 AM
warghhh ..

thanks for the inputs!

kacakkahaku
09-06-09, 12:20 PM
ko ni lecturer Uni. mana? kat mana yg keje rileks tu?

aku nak cakapla pada yg nak masuk Uni. nih, kalau tempat kacakahaku
tu aku tak pasti, tapi tempat aku keje banyak giller sbb nak penuhkan
requirement utk dpt pengiktirafan EAC, dahla tempoh dia kasi max. 5 tahun jer,
macam2la ko kena buat nanti. Skang aku rasa semua Uni. implement OBE
byk benda kena sediakan dan mmg banyak keje. Kalau yg takde keje tu
kebanyakan jenis MALAS dan jenis duk dunia dia sendiri sahaja. Kat tempat
aku kalau ada jenis camtu mmg akan kena smash awal2 ...

Setiap staf jabatan akan kena buat keje pentadbiran disamping kena buat
research bagi staf akademik. Kalau rasa nak rileks pi Uni.2 yg kacakahaku
cakap tu. :)

relek la sikit dari ko keje industri kan??ke ko penah keje industri lu?Sbb tu la byk dari industri pergi jadi lecturer MCM AKU....hemmm.

spider
09-06-09, 12:37 PM
relek la sikit dari ko keje industri kan??ke ko penah keje industri lu?Sbb tu la byk dari industri pergi jadi lecturer MCM AKU....hemmm.

aku pernah keje industri, tempat yg aku keja tu takyah meeting malam2, meeting
siang2 jer, sabtu ahad aku takyah keje ...keje berlambak masa waktu keje jer
sabtu ahad lepak kat rumah.

kat Uni. nie sabtu ahad pun ko kene keje gak, terutama masa akreditasi tu ...
2 bulan lepas dalam sebulan aku hanya cuti sehari sahaja tu pun hari ahad,
hari ahad berikutnya aku kena keje. Yes, ada yg keje rileks jer ... tapi orang
yg malas tu sahaja :)

Aku kasi tau ni sbb taknak orang pikir bila masuk Uni. nih byk bleh rileks, dulu pun
aku ingat camtu gak tapi hakikatnya byk kena korban masa utk management,
research dan kerja hakiki. :)

transformerz
09-06-09, 03:40 PM
spider dan kacak,

kat universiti ni, antara penyelidikan, pengurusan dan kerja hakiki, part mana yg plg byk peratusannya?

aku tak kisah bt 3 benda tu serentak, asalkan peratusan utk research tggi dan aku bebas nak bt kajian aku tanpa halangan, boleh publish tanpa sekatan.

pengurusan tu maksudnya jaga student punya tesis ke? mentor student? mark papers? bt soalan exam?
OR
boredom tasks mcm susun jadual waktu, firedrill, hari terbuka fakulti, hari keluarga fakulti etc? (bosan giler laki mcm aku ni kalau bt keje boredom ni. i just can't imagine it. hihi)

: - )

spider
09-06-09, 03:48 PM
pengurusan tu maksudnya jaga student punya tesis ke? mentor student? mark papers? bt soalan exam?

semua yg di'bold' kan dan ada lagi tambahan tapi cam sesak napas nak tulis, semua tu
kena buat

OR
boredom tasks mcm susun jadual waktu, firedrill, hari terbuka fakulti, hari keluarga fakulti etc? (bosan giler laki mcm aku ni kalau bt keje boredom ni. i just can't imagine it. hihi)

yang ni pun kena daaa, organise kursus, seminar, sukan bla bla bla ... jadual this month
dan next month dah mula sesak nih :D

transformerz
09-06-09, 04:11 PM
ok ok ..

aku dah mula sesak napaih. haha : D

mnajem
09-06-09, 08:20 PM
kalo ko nak apply tempat keje aku pun boleh. undergrad CGPA kena min 3.0 , sekurang2nye ada master.

dulu2 boleh apply dengan bachelor je.

spider
10-06-09, 08:33 AM
kalau pi kat Uni. yg lama ni mungkin bleh tumpu research lebih, cam Uni. baru nie masih
kearah pembangunan Uni. tu sendiri :D

transformerz
10-06-09, 08:49 AM
yep. tu la yg aku dah mula nampak skang ni. uni baru dan lama mcm ada skit beza dr segi research space. skang ni, usm, unimap, upsi mmg masuk dlm list aku . semua aku apply. haha..

mnajem, uni ko ade skim mcm slab tu tak? ko kat uni mane eh ?

spider, fac compu sc unimap pindah bile eh? area baru tu pekan besar ke atau kwsn kg? serius aku tak pernah gi sane lagi. hahah..

ada sape2 ade pengalaman keje/study kat computer sc usm? how's their research and labs there?

: - )

kacakkahaku
10-06-09, 09:23 AM
aku keje oil n gas dulu..so lecturer to me more relax.interms of research tak yah ckp la...relax in the meaning aku mampu g masjid setiap kali time solat...tak itu kite kene kejar :)kesain spider...kene kerja erk....sabtu ahad...unimap erk...Its a pitty for you....dam u r a hardworking person....nice but when is ur researsch due date?n whut r u researching??

interms of pengurusan memang smue tempat ada....tah la........mcm aku banyak pengurusan jugak n research byk aku jadi supervisor/project leader untuk staff bawah aku.so paham2 la,kalau aku je sorang buat research tu time aku ambik master n phd...lol...lama dah..tu pon ada RO bawah aku.lol~.....hemm tak tau nak cakap la......transformerz (http://bincang.net/forum/member.php?u=29352) ko bidang ape dulu?
I fully support you to become a lecturer lah.Try la IPTS.Gaji banyak n you would be amaze by the work load you will have.:) Work Smart not Hard right?lol

spider
10-06-09, 09:49 AM
yep. tu la yg aku dah mula nampak skang ni. uni baru dan lama mcm ada skit beza dr segi research space. skang ni, usm, unimap, upsi mmg masuk dlm list aku . semua aku apply. haha..

mnajem, uni ko ade skim mcm slab tu tak? ko kat uni mane eh ?

spider, fac compu sc unimap pindah bile eh? area baru tu pekan besar ke atau kwsn kg? serius aku tak pernah gi sane lagi. hahah..

ada sape2 ade pengalaman keje/study kat computer sc usm? how's their research and labs there?

: - )

School komputer mungkin sama dgn school aku kot fasa akhir jugak,tmpat
dia kat Pauh sempadan antara Kedah dan Perlis :D Pekan terdekat Changlun
..huhu dulu harga rumah murah jer skang naik ler plak :p

aku keje oil n gas dulu..so lecturer to me more relax.interms of research tak yah ckp la...relax in the meaning aku mampu g masjid setiap kali time solat...tak itu kite kene kejar :)kesain spider...kene kerja erk....sabtu ahad...unimap erk...Its a pitty for you....dam u r a hardworking person....nice but when is ur researsch due date?n whut r u researching??

interms of pengurusan memang smue tempat ada....tah la........mcm aku banyak pengurusan jugak n research byk aku jadi supervisor/project leader untuk staff bawah aku.so paham2 la,kalau aku je sorang buat research tu time aku ambik master n phd...lol...lama dah..tu pon ada RO bawah aku.lol~.....hemm tak tau nak cakap la......transformerz (http://bincang.net/forum/member.php?u=29352) ko bidang ape dulu?
I fully support you to become a lecturer lah.Try la IPTS.Gaji banyak n you would be amaze by the work load you will have.:) Work Smart not Hard right?lol

Akutak keje camtu so aku tak tau sangat, mungkinla OnG lagi busy dari
tempat aku keje dulu kot.

Aku kuli jer, bukan lecturer pun tapi keje jerla cam lecturer gaji tang tu jugak
tapi dah tanggungjawab kenala buat jugak. :) Aku punyer research utk part
aku dah setel tunggu geng2 aku tak siap, aku bahagian design circuit tu
yg duk depan PC jer, insyallah next sem. aku nak masuk bahagian fabrication
plak susah gak kalau bergantung kat org nih :p

Ekceli projek ni aku dan member aku yg propose tapi sbb kami nak apply
geran so kami letakla nama beberapa lecturer, mmg takde RA, ke RO ke
semuanya aku dan member jer yg buat.

Aku bukan hardworking sangat pun tapi ntahla mungkin sbb aku skema susah
nak kata NO kalau orang kasi keje, tapi ada keje yg takleh kata NO pun :D

transformerz
10-06-09, 09:53 AM
kacak,

aku tak target sgt pade gaji banyak. tapi aku target pd research, aku nak bt research in things that i like. before this, during working with the industry, my future is 'being decided' by the management. now, it is time for me to control my own work/future. haha..

aku rela bt tugas2 tambahan spt management etc, as long as takde sape leh ganggu research aku. anyway, there's no perfect job right : D

rasa mcm seronok juga eh keje dlm uni (taman ilmu). nk gi masjid pn senang. hehe

rezaritz
10-06-09, 02:07 PM
click this

http://www.jobs.ac.uk/careers/articles/1198/Five_Skills_You_Need_to_Become_a_Lecturer_in_Higher_Education