Campro Waja 2006 basic tak guna iafm mahupun cps.
Utk maklumat lanjut rujuk thread ini
http://bincang.net/forum/showthread....M)-IAFM-vs-CPS
hello otai2 semua,
aku nak tanye korang ape beza enjin campro iafm yang digunakan pada proton persona dengan enjin campro biasacth pada gen2, boleh tunjukkan bentuk fizikalnya tak, sbb aku nak cari kete waja campro thun 2006 agak2 korang die guna enjin campro iafm ke tak, ok tak kete waja campro ni
Campro Waja 2006 basic tak guna iafm mahupun cps.
Utk maklumat lanjut rujuk thread ini
http://bincang.net/forum/showthread....M)-IAFM-vs-CPS
"Jack of All Trades & Master of None"
waja campro 2006 yg ekon bulat tu ok tak
campro biasa...klau tune bagus2..mmg mantop.........
cuba tgk graf dia nie.. campro biasa mmg kekurangan power/torque pada 2500~4000 rpm..
kalu bukan jenis kaki merembat dan selalu bawak dalam bandar aje.. elok la ambik campro IAFM tu..
camprocurve.jpg
Sent from S1555 x using Tapatalk
Enjin Campro Asas
Enjin jenis ini dikeluarkan dalam 2 keluaran iaitu berlainan sesaran.S4PH untuk sesaran 1600cc manakala S4PE untuk sesaran 1300cc.Semasa peringkat pembangunannya, enjin ini dipasang pada Proton Waja yang digunakan khas untuk ujian jalan raya. Enjin ini mula digunakan pada Proton Gen-2. Walaupun enjin tersebut kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi, namun pengguna awal Gen-2 mengalami masalah kekurangan kilasan terutamanya untuk mendaki bukit semasa kelajuan enjin sekitar 3,000 ~ 3,500 rpm disebabkan penurunan kilasan pada kelajuan tersebut sebelum meningkat semula ke 148 N-m pada 4,000 rpm. Akibatnya, pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2 dan 3 semasa mendaki bukit. Masalah ini diselesaikan dengan pemetaan semula ECU enjin tersebut pada tahun 2005.
S4PH (1.6 L)
S4PE (1.3 L)
- Kuasa kuda maksimum: 110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
- Kilasan maksimum: 148 N-m @ 4,000 rpm
- Lubang x lejang: 76 x 88 mm
- Sesaran enjin: 1598 cc
IAFM
- Kuasa kuda maksimum: 94 bhp (70 kW) @ 6,000 rpm
- Kilasan maksimum: 120 N-m @ 4,000 rpm
- Lubang x lejang: 76 x 73.4 mm
- Sesaran enjin: 1332 cc
Enjin Campro 1.3L IAFM yang dipasang pada Proton Saga generasi kedua.
Enjin Campro IAFM adalah enjin asas Campro DOHC yang dipasang dengan sistem rongga masukan boleh laras, dikenali sebagai modul IAFM (Modul Masukan Udara-Bahan Api), dibangunkan bersama-sama oleh Proton, Bosch dan EPMB pada April 2005. Walau bagaimanapun, perbezaan antara IAFM dengan sistem VIM pada enjin Campro CPS adalah seperti berikut:-Enjin Campro IAFM digunakan pada generasi kedua Proton Saga yang dilancarkan pada Januari 2008. Enjin 1.3L tersebut mampu menghasilkan kuasa maksimum 98 bhp @ 6,500 rpm. Kilasan maksimum menurun sedikit kepada 113.2 N-m, tetapi banjaran kilasan pada enjin IAFM tersebut adalah lebih lebar serta masalah kemerosotan daya kilasan yang biasa dihadapi pada RPM pertengahan telah dapat ditangani.
- IAFM adalah modul tunggal yang boleh dipasang terus pada enjin asas DOHC tetapi VIM pula perlu berfungsi seiringan dengan sistem CPS pada enjin CPS.
- IAFM berfungsi menggunakan tekanan vakum enjin manakala VIM berfungsi menggunakan solenoid elektrik kawalan ECU.
Versi 1.6 liter pula menghasilkan 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan sekuat 148 N-m @ 4,000 rpm, dan masalah junaman kilasan pada versi DOHC asas telah dapat ditangani sepenuhnya. Enjin 1.6L IAFM ini mula digunakan pada kereta Proton Gen-2 M-line dan Proton Persona mulai tahun 2008.
Note: Ehsan dari forum JKNJ
Sy penguna campro asas yg mula2.. ahha.. memang lembab sikit ar, tapi dgn sikit bantuan toyol.. kelemahan berjaya diatasi..
Escada? DKNY?? Creed???Gucci???? Calvin Klein???? Perfume with BIG brand!! small money, get it from me ! call or sms to: 013 392 5936
oris apakah contoh toyol2 yg anda gunakan?
sy pun pakai campro asas yg x de cps atau iafm.
kalo naik bukit yg ada bumper terpaksa guna gear 1.
kalo x mmg x terdaki.
1 info yg sy tau antara campro biasa, iafm dan cps, campro biasa paling menjimatkan minyak.
Escada? DKNY?? Creed???Gucci???? Calvin Klein???? Perfume with BIG brand!! small money, get it from me ! call or sms to: 013 392 5936
Terdapat 1 orang sedang membaca topik ini. (0 ahli dan 1 tetamu)
Bookmarks