israel is not even a country,they all mana ada their own country for centuries sepatutnya
Haram terima kewujudan Israel
Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 11 Feb. - Setelah sekian lama membisu dalam isu kontroversi mengenai sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel, akhirnya Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) membuka mulut.
Melalui blog http://presiden.pas.org.my, hari ini, Presiden Pas itu menegaskan, adalah haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan negara Israel kerana telah menjadi fardu ain kepada orang Islam untuk membela serta membebaskan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi rejim zionis.
Sehubungan itu, jelas beliau, Pas menolak penyelesaian dua negara dalam isu Palestin-Israel.
"Haram menerima kewujudan negara haram (Israel). Maka Pas yang berdasarkan Islam menolak penyelesaian dua negara iaitu satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
"Bagi kami, hanya satu negara Palestin sahaja bagi penduduknya yang berhak," kata beliau sebagaimana dipetik dari laman blog tersebut.
Baru-baru ini, Anwar dalam temu bual bersama The Wall Street Journal memberitahu, beliau menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel sekali gus, mengundang kecaman daripada pelbagai pihak.
Namun ketua pembangkang itu berkata, pandangannya selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab yang berteraskan penyelesaian dua negara.
Menurut Abdul Hadi, walaupun banyak negara Arab menerima penyelesaian secara dua negara, tetapi Palestin bukan hak orang Arab sahaja sebaliknya, negara bumi anbiya itu adalah hak umat Islam keseluruhannya.
"Bumi Palestin adalah salah satu daripada tiga tanah suci bagi umat Islam selepas Mekah dan Madinah. Palestin dimuliakan kerana ramai para rasul dilahirkan di situ dan terpijak di atasnya kaki-kaki para anbiya.
"Allah juga menjadikan kiblat pertama bagi umat Islam di bumi Palestin. Di sini juga tempat Isra' dan Mikraj, maka yang layak memakmurkan bumi Palestin ialah mereka yang beriman dan budiman (bukan golongan Zionis).
"Islam mewajibkan penganutnya memegang amanah memelihara bumi Palestin kerana banyak darah para syuhada dari kalangan nabi dan ulama dibunuh Yahudi menyebabkan mereka dilaknat Allah sehingga ke hari kiamat," tegasnya.
Sumber
(Disclaimer: All the information above are for information/knowledge sharing purpose. Taken from the original article site. Not related neither thread starter nor this forum)
Nanodor=Mengatasi SEGALA BAU Dalam Kereta Anda. Guna Cahaya. Tahan Sehingga 2 Tahun. Tanpa Bahan Kimia, Racun, Elektrik, Kanser..
4 Unit RM 110 FREE Pos Laju SeMalaysia = SMS 012 651 6289
israel is not even a country,they all mana ada their own country for centuries sepatutnya
kompon x masuk dlm harakahdaily
Status FB Suzardi M Pakdi :- "Status kritik PR dikatakan saya orang BN. Status kritik BN dikatakan saya orang PR. Sebenarnya, saya adalah orang planet Nameck yang sedang turun ke bumi mencari dragonball. Hehe..."
Aku tak tau pun yang membela dan membebaskan rakyat palestin dari zionis ni masuk dalam hukum fardu ain........adalah haram bagi mana-mana umat Islam menerima kewujudan negara Israel kerana telah menjadi fardu ain kepada orang Islam untuk membela serta membebaskan rakyat Palestin yang sekian lama dizalimi rejim zionis.
ni sumber rasmi dari blog TGAH:
http://presiden.pas.org.my/v2/index....asmi&Itemid=56
memang dia sebut Fardhu AIN
http://jeans-my.blogspot.com/ Jeans Baru/Used dari UK dan US market saiz 42" sahaja
mcm mana boleh konpom? ade je dalam harakah ni:
http://bm.harakahdaily.net/index.php...a-haram-israel
-- ini adalah cetakan berkomputer, tiada tandatangan diperlukan --
anaktimur84 (13-02-12)
jawabor do a chicken hit & run.
The Ultimate Weapon is
an Educated Mind
salam
Kekafdhuan sesuatu itu boleh berubah dari kifayah kepada ain di atas beberapa kondisi. Contohnya dalam dakwah. Asal hukum dakwah ialah fardhu kifayah. Beberapa kumpulan melakukannya, maka terlepas kewajipan yang lain selagi mana terangkat mungkar tersebut disebabkan usaha beberapa kumpulan tadi. Tetapi sekiranya kumpulan tadi tidak cukup utk mengangkat kemungkaran tersebut, maka yang lain wajib membantu sehingga bertambah-betambah lantas akhirnya semua umat Islam di kawasan tersebut wajib melakukannya, maka telah bertukar fardhu kifayah kepada farhu ain.
Sama halnya dengan jihad. Sekiranya cukup pasukan tentera mengawal sempadan negara dari musuh sehingga musuh lari, maka fardhu kifayah hukumnya. Tetapi musuh telah masuk ke sempadan dan tidak cukup tentera kita mengawal musuh tadi, maka menjadi fardhu ain kepada kita mengangkat senjata menentang musuh tersebut.
Berbalik Isu palestin ia juga menjadi satu kaedah yang sama.
Tetapi timbul persoalan. Kalau fardhhu ain maka berdosakah kita tak pergi berjihad di sana? Kita kena ingat usaha membebaskan palestin bukan setakat dengan jihad perang sahaja. Jihad ini mestilah dilakukan oleh kita semua dengan seluruh cara yang termampu oleh kita walaupun dengan doa sahaja.
Dalam isu 2 state solution ini (recognition kewujudan negara Israel dan Palestin), Hamas juga telah berkompromi dan bersetuju dengan 2 state solution. Tetapi terma Hamas berbeza dengan PLO (fatah) dalam isu ini. Hamas bersetuju sekiranya Palestin dikembalikan seperti pada tahun 1967 dimana pada masa itu tanah palestin jauh lebih luas dari sekarang. PLO pula bersetuju dengan sempadan sekarang yakni sememanjung gaza dan tebing barat menjadi milik palestin dan selebihnya milik israel.
(ruj: http://www.npr.org/blogs/thetwo-way/...ith-67-borders)
Jadi bila sudah recognise kewujudan 2 states, kena recognise kedaulatan mereka termasuk dalam isu security.
For me, I agree with hamas utk isu itu sekarang. Selepas dah ada state sendiri, maka lepas tu nak declare perang ke apa ke itu terpulang la kpd mereka yang memenrintah selepas itu.
That is why US lebih pro kepada PLO dan bukan Hamas
Ini adalah peta Palestin dari 1948 sehingga skrg
wallahualam
tj
Last edited by Tok Janggut; 13-02-12 at 11:15 AM.
Allah matlamat kami, ar Rasul pemimpin kami, Al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati pada jalan Allah cita-cita tertinggi kami...Lamanweb: http://www.pemikir2.blogspot.com/
Ni maklumbalas dari DSAI mengenai isu ini....http://anwaribrahimblog.com/2012/02/...lestin-israel/
Terdapat 1 orang sedang membaca topik ini. (0 ahli dan 1 tetamu)
Bookmarks