+ Balas Topik
Kiriman 1 hingga 6 daripada 6
  1. #1
    Dark Knight zack2terer will become famous soon enough zack2terer's Avatar
    Daftar Pada
    31 Aug 2004
    Lokasi
    www.1wiki.org
    Kiriman
    1,441
    Thanks
    69
    Thanked
    199 Times in 120 Posts
    My Mood
    Devilish

    Pesawat jet simbol prestij jutawan Asia

    Pesawat jet simbol prestij jutawan Asia


    Jet eksekutif Legacy 650 milik Jackie Chan dihias dengan lakaran unik yang diilhamkan daripada seekor naga dalam mitos Cina. Ia diterbangkan dari Brazil sempena Pameran Udara Singapura yang berakhir semalam. - AFP

    SINGAPURA 19 Feb. - Bagi golongan terkaya di Asia memiliki sebuah jet peribadi kini menjadi simbol status paling berprestij kerana rumah agam, limousin dan kapal layar tidak lagi memadai untuk mereka menunjuk-nunjukkan kekayaan.

    Pengeluar jet eksekutif yang ingin menarik pembeli dari kalangan bilionair dan jutawan yang semakin ramai di Asia memperagakan segala produk mereka pada Pameran Udara Singapura yang berakhir hari ini.

    Syarikat Embraer dari Brazil menerbangkan jet peribadi Jackie Chan ke Singapura untuk pameran tersebut.

    Jet Legacy 650 milik bintang filem Hong Kong itu memaparkan lakaran unik dalam warna putih, merah dan kuning yang diilhamkan daripada seekor naga dalam mitos Cina.

    Chan dilantik pada bulan ini sebagai duta jenama pertama bagi Embraer.

    Pesawat Chan yang dilengkapi 13 tempat duduk dan berharga AS$31.5 juta (RM98 juta) itu adalah antara beberapa pesawat eksekutif yang dipamerkan oleh pelbagai syarikat termasuk Bombardier dari Kanada dan Gulfstream Aerospace Corp. dari Amerika Syarikat (AS).

    "Seperti yang kita semua ketahui, rantau Asia Pasifik ialah pasaran yang berkembang dengan sangat pesat," kata Presiden Embraer, Ernest Edwards pada pameran udara itu.

    Asia kini mempunyai bilangan jutawan kedua terbanyak selepas AS, dengan pertambahan mereka di China dan India pada kadar yang menakjubkan, menurut kajian oleh Merrill Lynch Global Wealth Management dan Capgemini.

    Pengeluar jet memberi fokus terhadap individu dan keluarga yang memiliki aset boleh labur sekurang-kurangnya AS$30 juta (RM93 juta), iaitu golongan yang dikategorikan sebagai memiliki 'nilai aset bersih sangat tinggi'.

    Bilangan mereka di Asia meningkat kepada 23,000 orang pada 2010, menurut laporan itu, manakala majalah perniagaan AS, Forbes menganggarkan China sahaja mempunyai hampir 150 bilionair.
    - AFP



    Sumber








    (Disclaimer: All the information above are for information/knowledge sharing purpose. Taken from the original article site. Not related neither thread starter nor this forum)
    Nanodor=Mengatasi SEGALA BAU Dalam Kereta Anda. Guna Cahaya. Tahan Sehingga 2 Tahun. Tanpa Bahan Kimia, Racun, Elektrik, Kanser..
    4 Unit RM 110 FREE Pos Laju SeMalaysia = SMS 012 651 6289

  2. #2
    Ahli VVIP Awang Goneng is a glorious beacon of light Awang Goneng is a glorious beacon of light Awang Goneng is a glorious beacon of light Awang Goneng is a glorious beacon of light Awang Goneng is a glorious beacon of light Awang Goneng's Avatar
    Daftar Pada
    15 Apr 2009
    Kiriman
    5,196
    Thanks
    361
    Thanked
    514 Times in 349 Posts
    My Mood
    Dead

    Re: Pesawat jet simbol prestij jutawan Asia

    Cincin 1 vs jet 1, sape lagi kaya?

  3. #3
    Legendary User MUfanz is a name known to all MUfanz is a name known to all MUfanz is a name known to all MUfanz is a name known to all MUfanz is a name known to all MUfanz is a name known to all MUfanz's Avatar
    Daftar Pada
    29 Aug 2004
    Lokasi
    7th Street, Sevenlands Road
    Kiriman
    33,829
    Thanks
    7
    Thanked
    885 Times in 620 Posts

    Re: Pesawat jet simbol prestij jutawan Asia

    tak boleh lagi buruk ke dia punya design
    If you can't amaze people with your intelligence, confuse them with your bullshit.

  4. #4
    Ahli VIP sp3d2 is just really nice sp3d2 is just really nice sp3d2 is just really nice sp3d2 is just really nice sp3d2's Avatar
    Daftar Pada
    15 May 2005
    Lokasi
    Gaza
    Kiriman
    3,582
    Thanks
    405
    Thanked
    353 Times in 177 Posts
    My Mood
    Inspired

    Re: Pesawat jet simbol prestij jutawan Asia

    itulah yang paling buruk yang mampu die bayangkan
    Dreamers don't die easy and dreams never die.

    If you are neutral in situations of injustice, you have chosen the side of the oppressor

  5. #5
    Ahli Senior 2009 has a spectacular aura about 2009 has a spectacular aura about 2009 has a spectacular aura about
    Daftar Pada
    19 Jun 2005
    Kiriman
    2,318
    Thanks
    0
    Thanked
    242 Times in 119 Posts

    Re: Pesawat jet simbol prestij jutawan Asia

    Ooo... Kompeni tu dari Brazil. Tengok dari design tadi, aku ingatkan Made In China... Typical Mainland China punya design.


    2009

  6. #6
    Ahli VVIP ekzos_pipe is a name known to all ekzos_pipe is a name known to all ekzos_pipe is a name known to all ekzos_pipe is a name known to all ekzos_pipe is a name known to all ekzos_pipe is a name known to all ekzos_pipe's Avatar
    Daftar Pada
    31 Oct 2002
    Lokasi
    Bangi
    Kiriman
    9,663
    Thanks
    642
    Thanked
    737 Times in 410 Posts

    Re: Pesawat jet simbol prestij jutawan Asia

    yg jacky chan ni embraer lagacy 600 series - 650

    http://en.wikipedia.org/wiki/Embraer_Legacy_600

    anyway nak betul kaya dan nampak glam, amik le G6 or Gulfstream G650...

    http://en.wikipedia.org/wiki/Gulfstream_G650

    siap ada lagu tema lagi..

    -- ini adalah cetakan berkomputer, tiada tandatangan diperlukan --

+ Balas Topik

Informasi Topik

Users Browsing this Thread

Terdapat 1 orang sedang membaca topik ini. (0 ahli dan 1 tetamu)

     

Nota

  • Anda tidak boleh membuka topik baru
  • Anda tidak boleh membalas kiriman
  • Anda tidak boleh menghantar kepilan
  • Anda tidak boleh mengedit kiriman