Antara senarai tugas yg perlu/wajib ada:-
1 .Menguruskan dan melaksanakan Projek Pembangunan dan Penyenggaraan Sistem Maklumat Berkomputer dan dipertanggungjawabkan kepada Pusat Komputer.
2. Melaksanakan pembangunan dan penyenggaraan sistem maklumat.
3. Menganalisa dan melaksanakan keperluan sistem maklumat dalam pentadbiran dan pengurusan universiti di Peringkat Pusat dan Fakulti /Pejabat
4. Membantu merancang pembangunan sistem maklumat yang telah dikenalpasti oleh universiti/Pejabat
5. Membantu merancang dan menguruskan keperluan peralatan yang bersesuaian dengan keperluan penggunaan Sistem maklumat yang akan dibangunkan.
6. Memberi khidmat nasihat kepada pengurusan universiti berkaitan dengan sistem maklumat.
7. Membantu merancang program latihan kepada staf di dalam Bahagian Sistem Maklumat .
8. Mengenal pasti, menguji dan menilai kesesuaian perisian / pakej yang terdapat di pasaran untuk kegunaan di dalam pembangunan Sistem Maklumat.
9. Mengkaji semula sistem maklumat yang sedia ada bagi memperbaiki keupayaan sistem dan bagi menampung keperluan Pengguna yang bertambah/berubah dari masa ke semasa.
Sekian.






Bookmarks