w'salam...
yang suri tau haram jek....
kenapa haram tak tau lak...
Assalamualaikum....
Disebabkan status znoc dari ahli V.I.P dah jadi ustaz VIP..so kena perbanyakan dok dlm bilik Bincang Muslimin dan muslimah....
ok sakadar ingin tanya pendapat para cerdik pandai dlm hal ke agamaan ini....
kenapa lelaki tidak boleh pakai emas..?memang dlm al-quran melarang orang lelaki islam memakai barang kemas emas di badan ..tapi tahu tak cerita kenapa allah melarang umatntya (lelaki)berbuat demikain....
tq
||*|| Z N O C ||*||
**Bukan sekadar Smart di Muka malah di Hati Jua**
w'salam...
yang suri tau haram jek....
kenapa haram tak tau lak...
dah mmg di haramkan lelaki memakai emas....
so... jangan lerr ada yg ada hati nak pakai...
macam kain sutera jugak laaa...
emas dan sutera... lelaki mmg diharamkan memakainya...
KeCoMeLaN aDaLaH HaK MiLiK SeTiaP iNsAN...
Rasulullah bersabda: "Diharamkan emas dan sutera bagi lelaki dari umatku dan dibolehkannya bagi wanita dari umatku (HR.Tirmizi, hadith hasan sahih). Demikian juga riwayat Abu Dawud.
Hikmah pengharaman sutera bagi lelaki ialah agar mereka tidak bermewah-mewah di dunia ini dan tidak menimbulkan kesombongan (HR. Bukhari dan Muslim).
Allah matlamat kami, ar Rasul pemimpin kami, Al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati pada jalan Allah cita-cita tertinggi kami...Lamanweb: http://www.pemikir2.blogspot.com/
assalamualaikum....
tok saya wonder la tok......tolong jawab tok...
sabda Rasulullah S.A.W:-" Diharamkan emas dan sutera bagi lelaki dari "UMATKU"..............."
soalan saya, hadis tu utk umat Rasulullah....
adakah hadis tu tak terpakai utk umat sebelum Rasulullah?
same cases dgn, kawen 4
dinyatakan bahawa Rasulullah mempunyai lebih dari 4 isteri (7-9)
pada mas perkahwinan Rasulullah, belum ada ayat atau hadis yang mengatakan "berkahwinlah kamu 1,2,3 atau 4, juka kamu tidak dapat berlaku seadilnya, kahwinila hanya 1"..
is this mean sbl ada ayat atau hadis yg melarang berkahwin >4, manusia pada masa itu ada yg berkawen >4
dan KONONnya (sbb saya tak pasti), setelah adanya ayat/hadis yang melarang kawen >4 ni baru la, haram utk manusia berkawen >4
dlm AL-QURAN gak, ada firman2 ALLAH yang menggunakan words" wahai MANUSIA......."(sbl kedatangan islam),
"wahai MANUSIA YANG BERIMAN....."(stlh kedatangan islam)
lagi satu....manusia sbl Rasulullah....adakah mereka ISLAM?
sbb...agama islam datang setelah kelahiran NABI MUHAMMAD S.A..W,
so sbl NABI MUHAMMAD S.A.W.....apa agama manusia sbl tu?
yang saya yakini....umat sbl tu bukan islam, tapi masih berpegang kepada agama samawi, masih berakidah kan ALLAH MAHA ESA.
nabi yang ada sbl NABI MUHAMMAD beriman kepada ALLAH, tapi agama mereka apa?
kalimah SYAHADAH "ASYADUALLAH ILLAHHAILLALLAH WAASYADUANNA MUHAMMADUR RASULULLLAH"
kalimah MUHAMMAD wujud......
so......sebelum zaman NABI MUHAMMAD, kalimah SYAHADAH takde ke?
saya tak bermaksud nak memesongkan akidah sapa2....cuma nak tau dan nak dengar penjelasan, sbb saya sendiri pernah ditanya...benda2 ni, dan saya kurang yakin dengan jawapan sendiri........sebab saya menjawab menggunakan akal dan bacaan (yg sedikit)......
saya dah bertanya pada mereka yang sedikit arif, tapi jawapan pon kureng......
nak bertanya pada yang arif....saya belum sempat bertemu.......
sekian....wassalam.........
Kiriman asal oleh xyhie
assalamualaikum....
tok saya wonder la tok......tolong jawab tok...
sabda Rasulullah S.A.W:-" Diharamkan emas dan sutera bagi lelaki dari "UMATKU"..............."
soalan saya, hadis tu utk umat Rasulullah....
adakah hadis tu tak terpakai utk umat sebelum Rasulullah?
Pertama sekali kita harus faham di antara din dan syariah. Din tidak berubah tetapi syariah berubah mengikut rasul yang membawanya. Tetapi di antara para rasul ini pun ada yang sama syariahnya dan ada yang telah di mansuhkan oleh Allah swt dan diberikan syariah baru.
Yang kita perlu pentingkan adalah syariah pada zaman nabi kita. Kerana itu syariah pada zaman nabi terdahulu, melainkan yang dinyatakan oleh nabi dan tidak dimansuhkan oleh ayat quran atau hadis nabi, tidak boleh diikut. Ikutan kita hanyalah syariat nabi muhammad s.a.w.
Dalam hal ini, saya tak pasti sama ada pada zaman sblm nabi muhammad emas dan sutera itu diharamkan atau tidak untuk umat sebelumnya. Itu tidak penting utk diketahui. Tetapi sekiranya TIDAK diharamkan sekalipun itu tidak pelik kerana seperti yg saya katakan syariat boleh berubah mengikut nabi tetapi tidak pada din manusia.
Apakah din? Din ini adalah akidah yang disampaikan oleh nabi. Hakikat Allah itu Tuhan yang satu, syurga neraka ujud, kiamat ujud dan lain-lain adalah akidah yang dibawa oleh nabi kita dan nabi-nabi terdahulu.
Betul. Sebelum turunnya ayat dari surah an nisa tadi, mmg umat sebelumnya dan malah para sahabat sendiri mempunyai isteri lebih dari 4. Ada yang mempunyai 10 isteri. Kalau baca seerah setelah turunnya ayat ini, sahabat yg mempunyai isteri lebih dari 4 menceraikan yang lainnya (cerai di sini bukanlah bermakna tak di jaga selepas itu.) Cuma hukum ini tidak jatuh pada diri nabi s.a.w tapi jatuh untuk umat Islam yg lain.same cases dgn, kawen 4
dinyatakan bahawa Rasulullah mempunyai lebih dari 4 isteri (7-9)
pada mas perkahwinan Rasulullah, belum ada ayat atau hadis yang mengatakan "berkahwinlah kamu 1,2,3 atau 4, juka kamu tidak dapat berlaku seadilnya, kahwinila hanya 1"..
is this mean sbl ada ayat atau hadis yg melarang berkahwin >4, manusia pada masa itu ada yg berkawen >4
dan KONONnya (sbb saya tak pasti), setelah adanya ayat/hadis yang melarang kawen >4 ni baru la, haram utk manusia berkawen >4
kalau kita tengok pun nabi sulaiman mempunyai 100 orang Isteri, begitu juga dengan nabi Daud (ini juga fahaman org kristian). Malah kaum arab pada masa tersebut kahwin sampai 10 adalah perkara biasa. Tetapi tidaklah bermakna semua org arab masa tu kahwin sampai berpuluh-puluh, ramai jugak yg kahwin satu, cuma itu adalah praktis biasa.
Tak jugak betul nak kata sebelum datang Islam guna wahai manusia dan selepas datang Islam guna wahai orang beriman. Penggunaan ayat ini adalah berdasarkan kepada konteks ayat. Sekiranya ayat tersebut hendak ditujukan kepada manusia sama ada beriman atau tidak, maka digunakan perkara ya ayuhannas. Sekiranya ayat tersebut bertujuan untuk ditujukan kepada orang beriman sahaja, sama ada dalam bentuk hukum atau akidah/akhlak, maka di sebut wahai org yg beriman.dlm AL-QURAN gak, ada firman2 ALLAH yang menggunakan words" wahai MANUSIA......."(sbl kedatangan islam),
"wahai MANUSIA YANG BERIMAN....."(stlh kedatangan islam)
Ini kerana ayat2 al quran turun sama dengan turunnya perintah utk menyeru manusia dan pada masa ayat pertama turun sudah ada org beriman (Abu Bakar dan khadijah). Maka tak betul kata ayat wahai manusia utk sebelum Islam dan seterusnya.
Kita kena faham Islam itu apa. Islam membawa maksud "ketundukan dan kepatuhan yang sepenuhnya kepada kehendak Allah". Itulah Islam dan itulah ad din yang dibawa oleh para nabi/rasul. Maka sekiranya para rasul yang diturunkan pada zaman mereka diikuti dalam konteks memenuhi maksud Islam ini, merekalah Muslim (org Islam) tanpa nama/perkataan Islam itu. Islam adalah nama yang dikhaskan untuk zaman nabi Muhammad tetapi tidak bermakna konsep itu tidak wujud pada zaman sebelumnya. Malah pada zaman nabi sebelumnya mereka telah muslim (menundukan diri kepada ALlah). Ini diakui sendiri dalam Al quran.lagi satu....manusia sbl Rasulullah....adakah mereka ISLAM?
sbb...agama islam datang setelah kelahiran NABI MUHAMMAD S.A..W,
Perkataan Islam itu hanyalah perkataan untuk merujuk kepada title. Title itu tidak penting, yang pentingnya adalah kandungan ajaran. (Bukan bermakna tidak penting bermakna saya tolak perkataan Islam. Al Quran guna perkataan Islam kemudian, tetapi tidak bermakna tidak ada perkataan Islam, mereka bukan Muslim). Agama nabi Ibrahim adalah agama Hanif dan diikuti oleh nabi Musa dan Isa. Ada yang disebut oleh Al Quran mengenai title agama mereka ada yang didiamkan. Mungkin mereka menggunakan title Islam atau mungkin nama lain yg boleh dirujuk mengikut bahasa mereka. Tetapi hakiakatnya ia adalah sama. Cuma title mugkin berbeza.so sbl NABI MUHAMMAD S.A.W.....apa agama manusia sbl tu?
yang saya yakini....umat sbl tu bukan islam, tapi masih berpegang kepada agama samawi, masih berakidah kan ALLAH MAHA ESA.
Ini samalah dengan kita sebut kereta sebagai KERETA dan bahasa Inggeris menyebutnya CAR. Hakiat kita menyebutkanya kereta dan mereka menyebutnya CAR tidak mengubah hakikat ianya adalah kenderaan yang berenjin utk pengangkutan jalan. Nama sahaja berbeza, fungsinya sama.
Sudah disebutkan di atas. Perkataan kristian adalah ciptaan pengikut agama tersebut selepas kewafatan nabi Isa. Agama Yahudi merujuk kepada kaum mereka dari keturunan Yahud anak kepada nabi yaakub (adik beradik nabi Yusuf). Kedua-dua nama ini tidak datangnya dari Allah.nabi yang ada sbl NABI MUHAMMAD beriman kepada ALLAH, tapi agama mereka apa?
Ada. kalimah mereka adalah laiilah ha illalah. Tidak pasti sama ada mereka ada menyebut isa rasullulah atau musa rasullulah. Tetapi secara tersiratnya mereka mengikut nabi mereka dan dengan itu mengakui nabi tersebut sebagai pesuruh Tuhan. Memenuhi ruang kedua syahadah mereka tadi.kalimah SYAHADAH "ASYADUALLAH ILLAHHAILLALLAH WAASYADUANNA MUHAMMADUR RASULULLLAH"
kalimah MUHAMMAD wujud......
so......sebelum zaman NABI MUHAMMAD, kalimah SYAHADAH takde ke?
Mungkin mereka tidak melafazkan pun syahadah mereka seperti kita. Seperti yg kita lihat pada awal tadi, syariat setiap rasul berbeza.
Kalau nak lebih detail lagi baca buku oleh:saya tak bermaksud nak memesongkan akidah sapa2....cuma nak tau dan nak dengar penjelasan, sbb saya sendiri pernah ditanya...benda2 ni, dan saya kurang yakin dengan jawapan sendiri........sebab saya menjawab menggunakan akal dan bacaan (yg sedikit)......
saya dah bertanya pada mereka yang sedikit arif, tapi jawapan pon kureng......
nak bertanya pada yang arif....saya belum sempat bertemu.......
sekian....wassalam.........
1. Asas-Asas Islam (Fundamentals of Islam) - Syed Abu A'la Al Maududi
2. Let Us be Muslim - Syed Abu A'la Al Maududi
3. Apa ertinya saya menganut Islam - Fathi Yakan.
Saya sarankan 3 buku ini sebab ia amat mudah di baca, bahasa yang mudah dan penjelasan yang jelas.
wallahualam
TJ
Allah matlamat kami, ar Rasul pemimpin kami, Al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati pada jalan Allah cita-cita tertinggi kami...Lamanweb: http://www.pemikir2.blogspot.com/
.thanx tok......hanya ALLAH yang membalasnya
sebab: lelaki haram menyerupai permpuan dan perempuan diharamkan menyerupai lelaki....ok?
Terdapat 1 orang sedang membaca topik ini. (0 ahli dan 1 tetamu)
Bookmarks